Anda di halaman 1dari 4

PENGAJARAN MAKRO Makro bermaksud awalan yang banyak Pengajaran makro merangkumi segala proses pengajaran,sekurang-kurangya satu unit

kemahiran,dlm sesuatu waktu pelajaran. Di dalam proses makro meliputi tiga peringkat pemulaan pengajaran,perkembangan dan penutup Merupakan simulasi satu pengajaran yang lengkap kpd satu kelas biasa.simulasi boleh dilakukan di dalam bilik darjah,makmal atau bilik previu Pengajaran makro merupakan kesepaduan teknik-teknik pengajaran mikro yg disokong oleh perancangan pengajaran pembelajaran yg sekian lama dipelajari. Objektif Pengajaran Makro. Menyediakan suatu kemahiran lengkap kepada semua guru pelatih. Mempraktikana suatu suasana sebenar apabila mengajar Memperbaiki kelemahan-kelemahan pengajara yg berlaku di samping mengukuhkan kelebihan mengajar Kepentingan Pengajaran makro Memberi peluang kpd guru pelatih mempraktikkan kemahiran mengajar satu demi satu dalam situasi yg terancang . Mengurangkan pelbagai masalah dlm pengajaran biasa disekolah Meningkatkan keberkesanan kurikulum dan keadah baru kpd beberapa org pelajar Membolehkan guru menjalankan amali sebenar- benarnya sebagai melatih diri utk mejadi guru Matlamat makro Melahirkan guru-guru yg mempunyai keyakinan yg tinggi apabila mula menjalankan tugas kelak Menjadi lebih berkaliber dan kreatif semasa menagajar Pendedahan yg dipelajari semasa dimaktab menjadi satu kayu pengukur dalam menjalankan pengajaran Mengetahui setiap persediaan yg perlu dibuat apabila memulakan tuigas mengajar Perancangan Kejayaan bergantung kpd perancangan yg rapi. Komponen persediaan;- tarikh/masa/mata pelajaran/kelas/bil pelajar dan tajuk Kemahiran:-nombor kemahiarn /isinya Pengetahuan sedia ada Objektif pelajaran (kognitif/psikomotor/afektif) Sumber P&P Penerapan Nilai murni Penggabungjalinan kemahiran Komponen Penyampian Set induksi Perkembangan- langkah pengajaran. Strategi pengajaran Langkah pengajaran makro Set Induksi Perkembangan penutup

Pengajaran Mikro. Mikro bermaksud kecil atau halus. Pengajaran mikro bermaksud pengajaran yang memberikan fokus atau tumpuan kepada bahagian-bahagian kecil tertentu yang apabila digabungkan kesemuanya, akan menjadi satu pengajaran yang lengkap. a) Kemahiran Mikro Kemahiran yang terlibat dan yang perlu dikuasai dalam pengajaran mikro. 1.Set Induksi 2. Penyoalan 3. Variasi Rangsangan 4. Penggunaan Papan Tulis 5. Pengelolaan Bilik Darjah 6. Penerangan 7.Penutupan dan membuat kesimpulan i. Kemahiran Set Induksi - Aktiviti yang dikendalikan oleh guru pada awal pengajaran supaya murid-murid bersedia dari segi mental dan fizikal untuk mengikuti pelajaran. Aktiviti hendaklah menyeronokkan agar murid-murid dapat bersedia dari segi rohani dan jasmani. Set induksi sepatutnya merangsang minat murid untuk mengikuti pelajaran, tidak melebihi 5 minit, melibatkan ketiga-tiga domain; kognitif, afektif dan psikomotor dan berkesan. -Cara yang boleh digunakan ialah penggunaan alat bantu mengajar, motivasi, teknik menyoal,mengulangkaji topik yang berkaitan, bercerita, lakonan, menggunakan bahan rangsangan dan lain-lain. ii. Kemahiran Menggunakan Contoh - Guru boleh menggunakan contoh-contoh yang berkaitan dengan topik yang diajar, benda maujud, alam sekeliling, pengalaman sedia pelajar, peristiwa atau kejadian. iii. Kemahiran Penyoalan - Penyoalan merupakan aktiviti interaktif antara guru dengan murid bertujuan untuk memantau pemahaman murid terhadap pengajaran guru. Di samping itu, penyoalan juga dapat menguji aras pencapaian murid-murid untuk sepanjang sesi p&p. - Penyoalan yang baik tidak berupaya memotivasikan murid-murid ke arah tingkah laku pembelajaran yang positif. Penyoalan yang baik seharusnya bermula daripada mudah kepada yang sukar, konkrit kepada abstrak, merangkumi semua aras penyoalan, tebaran penyoalan yang menyeluruh dan menggunakan bahasa yang tepat dan mudah difahami. iv. Penggunaan Papan Tulis - Papan tulis merupakan alat yang digunakan oleh guru untuk menulis penerangan atau maklumat lain. Penggunaan papan tulis seharusnya terancang dan berstruktur serta menggunakan tulisan yang jelas dan mudah dibaca. 1. pembahagian ruang kepada dua atau tiga bahagian 2. teknik penulisan dan penggunaan ruang 3. dapat dilihat seluruh kelas - Bahan pengajaran diatur sekitar tajuk/idea penting - Penonjolan penggunaan warna sesuai dan menarik,perbandingan yang merangsangkan Teknik persembahan -Pembentukan konsep melalui carta, peta minda, gambarajah dapat memudahkan idea. - Melibatkan murid dalam penggunaan papan tulis.

v. Kemahiran Variasi Rangsangan - Variasi rangsangan membawa maksud kepelbagaian gaya atau tingkah laku bagi menggerakkan murid-murid ke arah tingkah laku pembelajaran yang hendak dicapai. vi. Kemahiran Menggunakan Bahan Bantu Mengajar - Bahan Bantu Mengajar(BBM) merupakan peralatan atau bahan yang menjadi sumber kepada guru untuk mengajar. BBM terbahagi kepada 3 kategori, iaitu:i. media elektronik seperti komputer,filem jalur,slaid, projektor, pita rakaman, radio dan video. ii. bahan cetak: buku, gambar, brosur, carta, model, surat khabar dan papan tulis iii. bahan bercorak pengalaman: lakonan, pentomin, lawatan, projek pameran dan bahanbahan dari alam sekitar. - Jenis-jenis BBM seperti:i. Alat-alat Pendengaran a. Bahan-bahan rakaman

b. Radio

ii. Alat-alat Pandangan a. Buku teks b. Akhbar d. benda-benda konkrit(maujud) e. Model g. Gambar h. papan tulis j. Alat multimedia

c. majalah f. patung dan diorama i. rajah dan graf

vi Pengelolaan Bilik Darjah - Pengelolaan bilik darjah merujuk cara guru mengendalikan murid dan bahan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Aktiviti p&p boleh dikelolaan secara kelas, berpasangan, berkumpulan dan individu. v. Penerangan - Penerangan merujuk usaha guru dalam menjelaskan dan menghuraikan sesuatu tajuk dalam sesuatu proses p&p. Penerangan seharusnya menggunakan bahasa yang jelas dan mudah difahami serta berbantukan bahan bantu mengajar yang sesuai. Fungsi penerangan menyampaikan maklumat, peingkat perkembangan dan memperjelas konsep. -Komponen menerang; i. Arah Permulaan: tarik dan kekalkan perhatian, sesuai dengan isi pelajaran, bangkitkan kesediaan. ii. Ilustrasi: contoh/sumber mencukupi sesuai, jelas dan menarik. Kecekapanmengurus contoh/sumber. iii. Penyusunan idea ; dikembangkan secara teratur, variasi rangsangan digunakan, penerangan lisan jelas dan tepat.

vi. Kemahiran Pengukuhan - Prinsip: diubah-ubah, diberi sebaik saja bertingkahlaku, elak sindir atau kutuk, sesuai dengan usia, jantina dan status sosial, secara ikhlas dan jujur. - Objektif: beri galakan kepada murid, kukuhkan konsep dan isi, tingkahlaku positif dan berterusan, yakin dan berdisiplin. - Fungsi: Lihat prestasi dalam aktiviti PNP, tingkahlaku responden, tingkahlaku operan, secara lisan, gerak isyarat, dampingan dan sentuhan.

Xii Penutup dan Kesimpulan - Penutup dan kesimpulan merujuk cara guru mengakhiri satu sesi p&p. Aspek ini penting kerana murid-murid perlu disedarkan tentang perkara yang telah dipelajari oleh mereka. - Guru perlu membuat kesimpulan atau rumusan untuk memberikan gambaran kepada murid-murid tentang isi utama yang perlu dikuasai oleh mereka. Guru boleh mengakhiri sesi pengajaran sama ada secara kognitif atau sosial. - Kepentingan:1. menarik perhatian terhadap apa yang baru dipelajari supaya mereka dapat memberi gambaran yang lebih jelas dan menyeluruh. 2. mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru dipelajari dengan merumuskan faktafakta penting atau memeberikan kerja bertulis 3. mewujudkan perasaan pencapaian dan kejayaan dalam kalangan murid dengan menggunakan teknik peneguhan. 4. menggunakan aktiviti penilaian untuk menilai pencapaian objektif pelajaran serta aktiviti PNP untuk membuat pengubahsuaian serta membaiki pelajarannya pada masa depan. 5. Aktiviti susulan dapat diadakan suapaya murid dapat memberi peluang mengaplikasi konsep dan kemahiran yang mereka pelajari.

Perbezaan antara pengajaran mikro dan makro Situasi Mikro Kelas kecil (5 - 8 orang murid) Guru pelatih berperanan sebagai murid Waktu mengajar diringkaskan (5 - 10 minit) Tumpuan kepada satu kemahiran sahaja Tidak perlu ke sekolah Keadaan luar biasa kerana dilaksanakan di dalam makmal Situasi Makro o Kelas sebenar (40 orang atau lebih o Perlu murid sebenar di sekolah o Waktu mengajar sebenar (30 minit atau lebih) o Pelbagai kemahiran digunakan o Dilaksanakan di sekolah sebenar o Keadaan lebih biasa kerana dalam keadaan sebenar

Anda mungkin juga menyukai