Anda di halaman 1dari 11

Konsep dan Ciri-Ciri Golongan Kata Tugas (Esei) Golongan kata tugas merupakan golongan kata yang bersifat

pelbagai jenis (keterangan). Dengan perkataan lain, golongan kata tugas bukan sahaja mengandungi golongan kecil yang berbeza malah turut menunjukkan sifat yang sama, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti untuk frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Kata tugas juga menjadi salah satu unsur dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung maksud sesuatu tugas sintaksis tertentu. Sehubungan itu, fungsi kata tugas dalam ayat adalah sebagai pemeri, penerang, penentu, penghubung, pembenar, penguat, penegas, dan sebagainya. Berikut

disenaraikan kelompok kata tugas dan contoh-contoh perkataan yang berfungsi untuk mendukung sesuatu tugas dalam sintaksis tertentu. kata hubung kata seru kata tanya kata perintah kata pangkal ayat kata bantu kata penguat kata penegas kata nafi kata pemeri kata sendi nama kata pembenar kata bilangan kata arah : : : : : : : : : : : : : : dan, atau, tetapi wah,amboi,cis apa, berapa, siapa sila, tolong, harap hatta, maka, syahadan akan, sudah, pernah sangat, amat, paling juga, lah, tah, kah, pun tidak, bukan ialah, adalah di, dari, dalam, daripada ya, betul, benar dua, segala, banyak atas, bawah, tepi

Jenis-Jenis Golongan Kata Tugas Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas tertentu seperti kata penyambung ayat, berfungsi sebagai kata praklausa, prafrasa, atau sebagai kata pascakata. Sila rujuk jadual yang berikut untuk huraian tentang jenis-jenis kata tugas (Ali Mahmood et.al.2010)

Jenis Kata Tugas (i) Kata Hubung Gabungan

Kata Tugas

Ayat

1. Menghubungkan klausa yang sama tara sifatnya. Gabungan dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan, sambil, kemudian Aminah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain. Mereka mungkin pergi ke Johor atau ke Perak. Sampah itu dipungutnya kemudian dicampakkannya ke dalam tong sampah.

(ii)

Kata Hubung Pancangan

1. Menyambungkan klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Relatif Yang Budaya hidup yang bertoleransi dapat menjamin kesejahteraan. Mereka beramairamai pergi ke sekolah yang menawarkan kursus komputer. Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin. Semua pihak harus menyedari bahawa perkara yang dihadapi adalah amat mencabar.

Komplemen

Bahawa

Keterangan

kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andai kata, kendatipun, hingga, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, ketika, untuk, tatkala, walaupun, sungguhpun, apabila

Pertandingan badminton akan ditangguhkan sekiranya tiada sambutan. Dia membaca terlalu banyak hingga terlupa untuk makan. Sementara menanti padi masak, petani itu menanam jagung. Kalau musuh menyerang, kami akan melawan. Sewaktu diumumkan berita penting itu kami tiada di sini. Orang tua itu berdoa semoga keluarganya sentiasa sihat.

(iii)

Kata Praklausa

1. Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, iaitu yang terdiri daripada kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat. 2. Tugasnya yang sedemikian adalah untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, pengiyaan, atau sebagai penerang pangkal kepada klausa Kata seru aduh, amboi, cis, oh, celaka, eh, wah, syabas, aduhai, wahai Syabas, awak telah berjaya! Aduhai, awak datang lambat sangat!
Harga barang itu berapa? Mengapakah dia menangis semalam?

Kata tanya

berapa, bila, bagaimana, mengapa, apa, siapa, mana

Kesihatannya sekarang
bagaimana?

Berapa tahunkah dia belajar di luar negeri? Manakah baju baharu saya? Siapakah yang datang semalam?

Kata perintah

jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong, harap, sila, jangan,

Jangan buang sampah di sini. Janganlah bersusah hati. Harap saudara dapat datang petang ini. Silalah masuk. Ya, itulah orangnya. Betul, tanyalah dia untuk mendapatkan kepastian. Benar, itulah cikgu baru di sekolah kita. Hatta istana itu pun siaplah. Kalakian berlakulah permusuhan antara kedua-dua kerajaan itu. Maka baginda pun bertitah kepada Bendahara Paduka Raja. Sebermula berburulah baginda bersamasama hulubalangnya.

Kata pembenar ya, benar, betul, benar

Kata pembenar

hatta, maka, syahadan, adapun, alkisah, kalakian, sebermula, sekali peristiwa, arakian

(iv)

Kata Prakfrasa

1. Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja, atau frasa adjektif. 2. Mendukung tugas maksud yang terkandung dalam ayat seperti tugas membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, memerikan, menyendikan, menunjukkan arah, dan membilang. Kata bantu 1. Bantu Aspek: telah, baru, pernah, sedang, masih, akan, belum
Pekerja itu telah pulang. Murid-murid itu baru tiba. Mereka pernah ke utara Malaysia.

Mereka sedang menyiapkan pengaturcaraan komputer. Semua pihak sedang sibuk menyiapkan kerja. Adik masih membersihkan meja. Semua kenderaan akan diperiksa esok. Pembesaran tasik masih belum dapat dimulakan lagi. Cikgu Ramli bersungguhsungguh hendak mengadakan kelas tambahan. Ramai graduan yang mahu bekerja sendiri. Halaman di hadapan rumah harus dibesarkan lagi. Keputusan mesti diumumkan pada hari ini juga. Semua pihak boleh memberikan pendapat mereka. Atuk dapat mengerjakan fardhu haji pada tahun ini. Bangau itu terlalu kurus. Cadangan yang dikemukakannya paling menarik. Pendapatnya agak bernas.

2. Bantu Ragam: hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat

Kata penguat

1. Penguat Hadapan: terlalu, paling, agak, terlalu, paling, agak Kata penguat hadapan ialah perkataan yang letaknya di hadapan kata adjektif.

2. Penguat belakang: sekali, benar, nian Kata penguat belakang ialah perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif.

Lukisan di dinding itu cantik sekali. Lambat benar bas itu tiba. Dia keluar sebentar nian.

3. Penguat bebas: amat, sangat, sungguh Kata penguat bebas ialah perkataan yang letaknya bebas, sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. Siapakah majikan kamu itu? Apatah daya kita. Orang itulah bapanya.

Kata penegas Kata penegas memberi penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat.

1. Penegas frasa predikat: kah, -tah, -lah. Hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian yang ditegaskan mengalami proses pendepanan.

1. Penegas frasa subjek atau frasa predikat: juga, pun, jua, hanya, lagi, hanya, memang Bersifat bebas dari segi kehadirannya dalam ayat

Kami juga ingin ke bandar. Kami ingin juga ke pekan. Hujan hanya turun pada musim dingin. Hujan turun hanya pada musim dingin. Itu bukan mereka. Roti bukan diperbuat daripada besi. Dia tidak berlari. Rumah lama itu tidak besar sangat

Kata nafi Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa predikat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif,

1. Menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama: bukan

2. Menjadi unsur nafi frasa kerja dan frasa adjektif: tidak.

dan frasa sendi nama

3. Menjadi unsur nafi frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa mendukung maksud pertentangan maklumat: bukan

Dia bukan hendak belajar tetapi hendak bermain sahaja. Pak Ali bukan kaya sangat tetapi pemurah orangnya. Yang dapat dilihat ialah usaha dan kerajinannya. Kereta api laju ke KLIA ialah jenis pengangkutan yang dapat menjimatkan masa. Kenyataan itu adalah tidak benar. Kejadian yang berlaku itu adalah disengajakan bagi mengelakkan salah faham. Tempat: Pengembara itu sesat di dalam hutan. Tempat: Mereka akan ke Kuantan esok. Arah: Mereka menuju ke selatan. Waktu atau masa: Ali menunggu hingga ke petang. Tempat atau arah: Angin bertiup dari arah selatan. Waktu atau masa: Tempoh pembayaran bermula dari esok.

Kata pemeri Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa utama dalam predikat.

1. Hadir di hadapan frasa nama: ialah

2. Hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama: adalah

Kata sendi nama Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.

1. Menunjukkan tempat: di

2. Menunjukkan: tempat, arah dituju, waktu atau masa: ke

3. Menyatakan tempat atau arah,waktu atau masa: dari

4. Menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, unsur mujarad, sumber, asal kejadian, perbezaan, dan perbandingan: daripada

Punca: Dia menerima surat daripada kakak. Sumber atau asal kejadian: Ukiran itu diperbuat daripada logam. Perbezaan atau perbandingan: Kami tiba lewat daripada mereka. Sasaran: Sila kembalikan borang itu kepada kerani. Pecahan: Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan. Perubahan keadaan: Keadaan berubah kepada yang lebih baik. Waktu: Bas bertolak pada pukul tujuh pagi. Tempat: Tuliskan nama anda pada kertas ini. Kegunaan untuk sesuatu: Rumah untuk pekerja sedang dibaiki. Rumah bagi pekerja sedang dibaiki. Bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan: Hadiah ini untukmu. Tujuan: Kita mesti bersatu demi keadilan negara.

5. Menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan: kepada

6. Menunjukkan keterangan waktu dan tempat: pada

7. Menunjukkan kegunaan untuk sesuatu: untuk, bagi

8. Menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan: untuk

9. Bertugas membawa makna tujuan: demi

10. Membawa maksud rujukan: tentang

Rujukan: Mereka berbincang tentang masalah negara. Perbandingan: Hatinya keras {seperti,bagai, umpama, laksana} batu. Bersama-sama: Ayah ke pekan dengan ibu. Cara sesuatu dilakukan: Dia memulakan majlis dengan doa. Memakai atau menggunakan: Ani melukis potret itu dengan cat air. Menyatakan perbandingan: Dia sentiasa sependapat dengan ketuanya. Penanda waktu atau masa: Kami tinggal di kampung {sejak, semenjak} dua tahun yang lalu. Rujukan: Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang Mendahului kata adjektif yang bersifat emotif: Wanita itu amat rindu akan anaknya.

11. Membawa maksud perbandingan: seperti, bagai, umpama, laksana

12. Membawa maksud bersama-sama, cara sesuatu dilakukan, memakai atau menggunakan, menyatakan perbandingan yang serupa: dengan

13. Membawa maksud penanda waktu atau masa: sejak, semenjak

14. Membawa maksud rujukan: terhadap

15. Mendahului kata adjektif yang bersifat emotif: akan

16. Membawa maksud hubungan pembuat dalam ayat pasif, hubungan yang membawa maksud sebab: oleh

Hubungan pembuat dalam ayat pasif: Kuih itu dibeli olehnya. Hubungan yang membawa maksud sebab: Pemain badminton itu kalah oleh (sebab) kekurangan latihan. Perihal peringkat dan had masa: Anaknya belajar {hingga, sampai} peringkat university. Lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak: Kita harus bertutur dalam bahasa kebangsaan kita. Tidak ada perbezaan besar antara pendapatnya dengan pendapat saya. Buku itu ada di atas meja. Dia duduk di antara Ramli dan Salmah. Mereka bersembunyi di bawah rumah. Petani itu berjalan di tepi danau. Kami mendirikan khemah di belakang rumah.

17. Membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu, atau tempat: hingga, sampai

18. Membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak: dalam, antara

Kata arah

1. atas, antara, bawah, tepi, belakang, tengah, dalam, luar, sisi, penjuru, sudut, segi, selatan, samping, timur, barat, hadapan, utara

Kata bilangan

1. Menunjukkan bilangan tentu: satu, dua, sepuluh, sejuta 2. Menunjukkan bilangan tak tentu: segala, semua, para, beberapa, sekalian, seluruh, banyak, sedikit

Bilangan tentu: Dua hari lagi dia akan sampai. Bilangan tak tentu: Segala persiapan telah dibuat.

(v)

Kata Pascakata

1. -nya yang hadir selepas perkataan. 2. Berfungsi sebagai penekan dan pembenda. Kata penekan 1. Memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya: nya 1. Menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama: Kata + -nya; lajunya, sakitnya Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.

Kata pembenda

Lajunya ialah 100 km sejam.

Anda mungkin juga menyukai