Anda di halaman 1dari 18

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH

ELM3033E

1.0

PENGENALAN
Pendidikan moral memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat
pendidikan dan sebagai wadah untuk mencapai hasrat negara. Mengikut sukatan
pelajaran Pendidikan Moral 1982, program pendidikan moral adalah bertujuan
untuk murid-murid mengenalpasti, menjelaskan dan membatinkan nilai-nilai yang
berasaskan kepada agama, tradisi dan nilai-nilai masyarakat Malaysia. Begitu
juga dengan penyemakan semula sukatan Pendidikan Moral pada tahun 1999
yang memperkenalkan lima bidang pembelajaran. Ia adalah bertujuan untuk
membentuk generasi yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh
menyumbang kearah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat
global.
Secara umum, guru memikul tanggungjawab terhadap masyarakat sebagai
agen sosialisasi dan penyebar budaya ilmu yang membawa perkembangan dan
kemajuan masyarakatnya. Peranan guru sebagai pendidik bagi membentuk
generasi yang bermoral pada masa kini dan masa akan datang adalah sangat
penting. Guru Pendidikan Moral mempunyai tanggungjawab yang penting. Selain
daripada perlu menyampaikan pelajarannya dengan berkesan beliau perlu
menjadi contoh kepada pelajarnya. Guru Pendidikan Moral bukan sahaja
mengajarkan nilai-nilai moral kepada murid-murid tetapi harus menghayati serta
mengamalkannya. Mereka ialah Role Model yang merupakan kayu ukur kepada
perkembangan moral pada pandangan pelbagai pihak, khususnya pelajar-pelajar
di sekolah tersebut.
Pendidikan Moral bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berilmu
pengetahuan,peribadi mulia serta rela dan sanggup berbakti kepada masyarakat
dan negara.Generasi muda yang dipupuk dengan nilai moral dapat mematuhi
semua peraturan atau norma yang ditetapkan oleh masyarakat. Amalan nilai-nilai
murni dapat membentuk pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek.

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH


ELM3033E

2.0

ORGANISASI PANITIA PENDIDIKAN MORAL SERTA PERANAN AHLI


PANITIA
Pendidikan Moral bertujuan melahirkan insan yang bermoral dan mempunyai
nilai-nilai murni. Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru mata
pelajaran Pendidikan Moral mengembelengkan tenaga menyelaraskan aktivitiaktiviti dan tugas-tugas mengajar dengan baik dan tersusun. Guru-guru
Pendidikan Moral berpeluang untuk menyelaraskan usaha dengan lebih terkelola
dan bersepadu dengan wujudnya Panitia Pendidikan Moral. Guru-guru yang
menganggotainya berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalahmasalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah yang
berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar.

2.1

ORGANISASI PANITIA PENDIDIKAN MORAL


Carta Organisasi Panitia Pendidikan Moral Sekolah Rendah
PENASIHAT
Guru Besar
Penolong kanan/ GK Pentadbiran
Penolong Kanan KoKurikulum
Penyelia Petang

PENGERUSI
Ketua Panitia

SETIAUSAHA

PENYELARAS TAHAP 1

PENYELARAS TAHAP 2

AJK
Guru-guru Pendidikan Moral
2

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH


ELM3033E

Panitia Pendidikan Moral adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh
semua guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral. Badan ini dipimpin
dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang dipilih dan dilantik sebagai
Ketua Panitia oleh Guru Besar. Ketua Panitia Pendidikan Moral secara automatik
akan menjadi ahli-ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan akan mewakili
panitia di dalam jawatan kuasa tersebut sebagai penghubung di antara ahli
panitia dengan Guru Besar.
Keputusan-keputusan yang diambil oleh panitia dalam perjumpaan
berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan pengajaran
perlu dibawa oleh Ketua Panitia kepada Guru Besar atau Penolong Kanan untuk
mendapat penyelesaian atau untuk makluman.
2.1.1 Tugas dan Tanggungjawab Panitia Pendidikan Moral
i.

Melaksanakan Tugas Pengajaran dan Pembelajaran;


Mengajar dalam kelas pelajaran Pendidikan Moral.
Menjadi guru contoh kepada guru-guru lain.

ii.

Pemimpin dan Pengurus Kurikulum;

Merancang, melaksana, menyelia dan menilai P&P yang akan


dijalankan dalam kelas.

Mengurus dan menggerakkan panitia.

Melaksanakan hasrat surat pekeliling.

Menguruskan jadual waktu mata pelajaran Pendidikan Moral.

Melaksanakan pemantauan ke atas pelajaran Pendidikan Moral.

Membuat tindakan susulan seperti membuat kelas-kelas pemulihan


dan pengayaan kepada pelajar.

iii.

iv.

Memastikan kemajuan staf;


Membuat analisis keperluan-keperluan staf dalam mengajar moral.
Merancang dan melaksanakan program latihan dalaman.
Menilai program Pendidikan Moral di sekolah.
Memastikan penyertaan guru dalam seminar, bengkel dan kursus.
Menyediakan Bahan;
Menyediakan bahan bantu mengajar dan bahan bantu belajar kepada
guru-guru untuk digunakan di dalam kelas.
3

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH


ELM3033E

Menambahkan koleksi Pusat Sumber Sekolah

2.2 PERANAN SETIAP AHLI PANITIA


2.2.1
i.

Ketua Panitia;

ii.

Memahami kandungan Huraian Sukatan Pendidikan Moral (HSP)/


Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Moral.
Memastikan perancangan dan pelaksanan pengajaran dan pembelajaran

iii.
iv.
v.

selaras dengan HSP.


Menyediakan takwim panitia dan melaksanakan perancangannya.
Membuat sasaran peratusan kelulusan.
Menyemak draf soalan ujian dan peperiksaan untuk memastikan ujian
dan penilaian adalah berkualiti sebelum penyediaan kertas soalan

vi.
vii.
viii.

dijalankan.
Menganalisa keputusan selepas peperiksaan.
Mempengerusikan mesyuarat panitia.
Mengetuai perbincangan dalam penyelesaian masalah pengajaran dan

ix.
x.

pembelajaran.
Membuat pemantauan dari masa ke semasa atau bila diperlukan.
Melaksanakan projek-projek yang bersesuaian untuk meningkatkan
penghayatan pelajar-pelajar serta prestasi panitia.

2.2.2 Setiausaha;

i.

Menyediakan surat panggilan mesyuarat.

ii.

Mencatatkan minit semasa mesyuarat dijalankan.

iii.

Menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada semua ahli

iv.
v.

dalam panitia sebaik selepas mesyuarat atau sebelum mesyuarat.


Menyelenggarakan fail-fail panitia, surat menyurat dan rekod-rekod yang
berkaitan
Menghadiri mesyuarat bersama ketua panitia atau mewakili ketua panitia
Pendidikan Moral bila diperlukan.

2.2.3
i.

Ahli-Ahli Panitia;
Menghadiri semua mesyuarat yang dikendalikan oleh panitia .
4

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH


ELM3033E

ii.

Melibatkan diri dengan aktif dalam semua aktiviti yang dirancang oleh
panitia dan Persatuan Moral.

iii.

Menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah


diselaraskan oleh Panitia.

iv.

Menyediakan draf soalan ujian atau peperiksaan untuk disemak oleh


Ketua Panitia sebelum menyediakan kertas.

v.

Mengadakan ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun dan akhir


tahun serta merekodkannya.

vi.

Menghadiri kursus-kursus yang dikelolakan di semua peringkat bila


diwajibkan.

vii.

Memeriksa buku latihan, buku kerja murid dengan teliti.


Tugas dan tanggungjawab guru Pendidikan Moral

ialah sebagai

penyampai ilmu Pendidikan Moral dan teladan insan moral. Guru Pendidikan
Moral membantu murid membentuk satu pandangan moral yang menyeluruh dan
relevan bagi kedua-dua institusi iaitu rumah dan sekolah. Di samping itu, guru
Pendidikan Moral juga menjadi pendorong dan fasilitator bagi setiap aktiviti serta
membantu pelajar memulakan aktiviti seperti menggalakkan murid menceritakan
pengalaman mereka dan menggerakkan murid menganjurkan satu projek
gotong-royong.
Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa sekolah itu sendiri
merupakan sumber pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial
di sekolah, cara sekolah itu ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku
akan memberikan pengaruh secara tidak langsung kepada pembelajaran moral
kanak-kanak di sekolah.

Kanak-kanak yang belajar di sekolah ternama dan

tinggi penghayatan moralnya sudah tentu lebih beruntung dan lebih mudah
proses pemupukan nilai dilakukan berbanding dengan sekolah yang sebaliknya.
Guru Pendidikan Moral mesti menerima hakikat bahawa nilai-nilai moral
sudah tertanam dalam diri murid-murid. Guru haruslah bersedia untuk mengajar
Pendidikan Moral dengan mengambil kira pengetahuan dan pembelajaran moral
yang sedia ada.

Guru dikehendaki memperkembangkan pengetahuan moral


5

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH


ELM3033E

murid-murid ini dan membimbing mereka semasa pengajaran Pendidikan Moral


dilaksanakan.

Pendidikan

Moral

di

sekolah

digunakan

untuk

memperkembangkan pengetahuan moral kanak-kanak ke arah mencapai


matlamat kurikulum untuk melahirkan individu yang bermoral tinggi.

3.0

PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DENGAN HASRAT PENCAPAIAN


WAWASAN 2020
Wawasan 2020 adalah satu visi negara kita yang dikemukakan oleh bekas
mantan Perdana Menteri Tun Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad pada tahun
1991. Tujuan visi adalah supaya Malaysia mencapai taraf sebagai sebuah
negara perindustrian yang maju dan beretika setanding dengan negara-negara
maju yang lain.Dalam menuju Wawasan 2020 terdapat sebanyak sembilan
cabaran yang telah digariskan untuk negara menghala ke arah mencapai hasrat
Wawasan 2020.
Dalam usaha untuk mencapai Wawasan 2020, kesepaduan antara kaum
dan semangat bersatu padu tanpa berbelah bahagi, pendidikan dilihat sebagai
satu wadah yang amat berkesan untuk merealisasikannya. Oleh itu, peranan
yang dimainkan oleh guru memberikan impak yang besar buat semua individu.
Dari jawatan kecil hinggalah jawatan yang

tertinggi semuanya adalah hasil

didikan seorang guru. Seiring dengan perkembangan semasa, peranan yang


digalas oleh guru juga semakin mencabar.
Bagi

merealisasikan

Wawasan

2020,

guru

Pendidikan

Moral

sememangnya memainkan peranan yang amat penting kerana mereka adalah


guru yang mengajar secara langsung tentang amalan murni dan nilai patriotik di
sekolah, tidak seperti guru-guru mata pelajaran lain yang hanya menggabung
jalinkan nilai-nilai ini ke dalam mata pelajaran teras.
Antara sembilan cabaran tersebut ialah:

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH


ELM3033E

Cabaran Pertama
Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi
bersama iaitu Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di
peringkat wilayah dan semua kaum dalam keharmonian.
Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu diletakkan sebagai cabaran yang
pertama dalam Wawasan 2020.Ini memberikan gambaran bahawa guru
Pendidikan Moral harus menekankan aspek bersatu padu penting kepada muridmurid. Aspek bersatu padu ini penting kerana pembentukan bangsa yang
bersatu dianggap syarat utama di dalam menjayakan segala cita-cita negara
yang terkandung dalam Wawasan 2020.
Negara tidak mungkin dapat membangun di dalam apa jua bidang
sekalipun sekiranya rakyat di negara ini tidak bersatu hati dan enggan
bekerjasama.Kita akur dengan kata-kata seperti Muafakat membawa berkat.
Kita akui kebijaksanaan kata-kata pusaka Bulat air kerana pembentung, bulat
manusia kerana muafakat. Kita juga sering melaungkan Bersatu Teguh Bercerai
Runtuh. Negara hanya dapat dibina dalam suasana yang aman dan damai jika
adanya kesefahaman di antara rakyat.
Cabaran Kedua
Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram serta maju
dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan yang
dicapai.Dari cabaran kedua selaku guru Pendidikan Moral harus menyemai sifatsifat yang dikehendaki pada setiap murid di Malaysia supaya apabila dewasa,
mereka ini dapat membina sebuah negara yang maju di dalam setiap
bidang.Sifat-sifat itu ialah:
berjiwa bebas
mempunyai fikiran dan perasaan yang tenteram
sentiasa mahukan kemajuan
memiliki keyakinan terhadap kebolehan diri sendiri
merasa bangga dengan apa yang dicapai
gagah atau kuat menghadapi pelbagai masalah
Cabaran kedua ini jelas tertumpu kepada faktor pembinaan insan, faktor
kejiwaan dan pembinaan semangat rakyat sebagai syarat penting di dalam

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH


ELM3033E

pembinaan negara maju.


Cabaran Ketiga
Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang.
Cabaran ini merujuk kepada corak kerajaan dan pentadbiran kerana sebuah
kerajaan yang bersih dan mantap adalah amat penting di dalam perjalanan dan
pembangunan sesebuah negara.
Sebuah negara yang tidak mempunyai kerajaan yang sah dan kukuh akan
menghadapai kekacauan dan huru hara. Kita melihat bagaimana beberapa
negara di dunia menjadi kucar-kacir akibat tidak ditadbir oleh kerajaan yang kuat
dan diterima oleh rakyat. Kerajaan adalah payung yang melindungi rakyat.
Kerajaan memegang teraju dan menentukan perjalanan negara. Kestabilan
kerajaan adalah sesuatu yang amat diperlukan di dalam usaha kita untuk menuju
taraf negara maju.
Cabaran Keempat
Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya yang
mempunyai warganegara yang kukuh dalam nilai agama dan jiwa.Cita-cita
Wawasan 2020 ialah untuk membina Malaysia menjadi sebuah negara
perindustrian yang maju dengan taraf ekonomi yang mampan.
Namun begitu matlamat yang ingin dicapai oleh wawasan ini bukanlah di
bidang ekonomi semata-mata kerana kemajuan yang dicita-citakan meliputi
segenap bidang kehidupan. Perdana Menteri sering menjelaskan bahawa
konsep maju yang sebenarnya ialah maju dari segi ekonomi, maruah dan
mertabat sebagai satu bangsa yang dihormati.
Pencapaian
kebendaan
atau
ekonomi

semata-mata

tidak

menggambarkan atau membuktikan kemajuan yang sebenarnya. Apalah ertinya


kekayaan material jika kehidupan anggota masyarakat terancam oleh pelbagai
jenayah yang berlaku di sekeliling mereka.Semakin maju sesebuah negara,
semakin canggih pula cara penyelewengan dan penipuan yang berlaku di dalam
bidang perdangan atau politik.
Oleh yang demikian kemajuan sesuatu bangsa tidak dapat diukur dari
segi kebendaan semata-mata. Tun Dr Mahathir ada menerangkan Sebenarnya

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH


ELM3033E

Wawasan 2020 bertujuan mengimbangi pembangunan material dengan


pembangunan rohaniah.
Cabaran kelima,
Mewujudkan masyarakat yang liberal serta bertolak ansur dalam konteks rakyat
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, bebas mengamalkan adat,
kebudayaan dan kepercayaan agama tetapi setia kepada negara .
Dalam mencapai Wawasan 2020 Malaysia memerlukan suasana yang
stabil , harmonis dan tentera. Hanya dalam suasana yang tenteram rakyat dapat
menumpukan perhatian kepada pekerjaan mereka dan memberikan hasil yang
baik untuk kepentingan negara. Hanya dalam keadaan tenang , rakyat dapat
menyumbangkan buah fikiran bagi memajukan negara.
Keadaan yang tenteram tidak akan wujud seandainya rakyat sering
bertelingkah dan berpecah belah. Oleh itu Cabaran Wawasan 2020 yang kelima
perlu ditangani ialah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan toleransi.
Masyarakat yang matang bererti masyarakat yang dapat berfikir secara rasional
dan tidak emosional. Sentiasa berfikiran luas dan menimbangkan dengan
saksama sama ada sesuatu tindakan itu akan membawa kebiakan kepada
rakyat.
Masyarakat Liberal pula bermaksud masyarakat yang berfikiran terbuka
dan membebaskan diri dari fahaman yang sempit serta bersedia menerima buah
fikiran orang lain.
Cabaran Keenam
Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif , yang bukan sahaja menjadi
pengguna teknologi malah menjadi penyumbang kepada tamadun saitifik dan
teknologi masa depan.Masyarakat yang maju bererti masyarakat yang sentiasa
bersedia menerima perubahan untuk menjadi lebih baik. Kemajuan bererti
berubah dari keadaan yang sedia ada kepada sesuatu yang lebih baik.
Masyarakat yang maju sentiasa terbuka untuk menerima idea dan dapat
mengubahsuai dengan situasi yang baru demi meningkatkan taraf kehidupan
mereka.
Perkataan saintifik pula merujuk kepada pengetahuan atau ilmu yang
sistematik dan dapat dibuktikan kebenaran.Oleh itu maju dan saintifik bermaksud

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH


ELM3033E

sentiasa

meningkatkan

mutu

kehidupan

dengan

cara

meningkatkan

pengetahuan yang sedia ada.


Cabaran Ketujuh
Mewujudkan masyarakat yang penyayang dan budaya penyayang iaitu sistem
sosial yang memberi keutamaan kepada kepentingan masyarakat daripada diri
sendiri.Dengan kata lain masyarakat penyayang ialah masyarakat yang hidup
bermuafakat dengan mesra serta bertimbang rasa. Setiap orang saling hormat
menghormati. Yang muda menghormati yang lebih tua dan yang tua mengasihi
yang muda.
Individu di dalam masyarakat penyayayng tidak hanya memntingkan
dirinya sendiri sahaja. Mereka tidak akan melakukan sesuatu yang jelas akan
membawa

kepada

kemusnahan

atau

bencana

kepada

masyarakat

di

sekeliling.Tanpa jiwa yang penyayang kita akan mengulangi kesalahan negara


maju yang mengalami keruntuhan moral yang berpunca dari pembangunan yang
tidak seimbang.
Cabaran Kelapan
Mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi iaitu masyarakat yang
melaksanakan penagihankekayaan negara secara adil serta saksama. Cabaran
yang kelapan ini memberikan tumpuan kepada bidang ekonomi. Ekonomi
dianggap sebagai keperluan asas kepada sesesbuah Negara. Masyarakat perlu
berada pada tahap ekonomi yang memuaskan sebelum ia dapat menbangunkan
aspek-aspek yang lain.
Keadaan ekonomi yang baik akan dapat membangunkan kesejahteraan
dan kebajikan yang lain.Sejak merdeka lagi negara kita telah menjalankan
pelbagai

program

dan

rancangan

untuk

meninggikan

taraf

ekonomi

rakyat.Pelbagai projek telah dilaksanakan dengan tujuan untuk membasmi


kemiskinan dan menyatupadukan rakyat berbilang kaum.
Cabaran Kesembilan
Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik,
giat dan kental. Masyarakat makmur bererti masyarakat

yang berada pada

tahap ekonomi yang sangat baik. Di dalam kamus Dewan perkataan makmur
bererti mempunyai hasil yang banyak. Ini bererti masyarakat makmur ialah
10

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH


ELM3033E

rakyat menikmati hidup yang serba mencukupi dan menikmati taraf hidup yang
baik. Cabaran yang kesembilan ini menumpukan perhatian kepada bidang
ekonomi dan pembangunan fizikal
Untuk menjamin kemakmuran negara, Malaysia harus mempunyai
kegiatan ekonomi yang mampu untuk bertindak dengan pantas dan dapat
menyesuaikan diri mengikut perubahan penawaran, permintaan dan persaingan
antarabangsa.
Berdasarkan sembilan cabaran Wawasan 2020 yang disenaraikan di atas,
adalah menjadi kewajipan kepada semua guru dan khusus untuk guru yang
mengajar Pendidikan Moral mengambil kira cabaran-cabaran Wawasan 2020
bagi memastikan Negara dan masyarakat dapat merealisasikan cita-cita
tersebut.
Lantaran itu, menjadi satu kewajipan seorang guru Pendidikan Moral
menyemai nilai-nilai murni kepada murid-murid serta masyarakat. Antara langkah
yang boleh dilakukan oleh seseorang Pendidikan Moral ialah mengintegrasikan
prinsip kepercayaan kepada Tuhan dalam pdp. Guru Pendidikan Moral juga
harus

menerapkan

nilai-nilai

perpaduan,

kenegaraan,

toleransi,

sikap

bekerjasama di kalangan murid-murid.


Dengan ini adalah diharapkan ianya dapat membantu dan membimbing
mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan
saling menghormati .Ini penting kerana negara kita terdiri daripada masyarakat
yang berbilang kaum, berbeza agama dan pegangan serta adat resam yang
berlainan.
Oleh yang demikian, peranan

seorang guru Pendidikan Moral

terutamanya amatlah penting terutamanya dalam memahami penghayatan


moral, nilai dan akhlak merupakan asas kepada kehidupan manusia dan asas
memartabatkan

sesuatu

profesion

khasnya

profesion

keguruan

yang

bertanggungjawab memastikan segala hasrat dan cita-cita negara dapat


direalisasikan menjelang tahun 2020.
Selain daripada memperkasakan diri dengan ilmu dan kemahiran di
dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral, seorang guru Pendidikan
Moral juga haruslah mempunyai memiliki bakat, minat, panggilan jiwa, dan
11

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH


ELM3033E

idealisme sebagai seorang

pendidik. Profesionalisme

dalam pendidikan

memerlukan guru yang mampu mempunyai instinct bagi memahami kerenah


pelajarnya. Guru juga harus menguasai secara mendalam di dalam bidang
keilmuannya bagi memantapkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas.
Justeru

guru

haruslah

sentiasa

bersikap

positif

agar

mampu

"membangun" manusia muda dengan penuh rasa percaya akan diri sendiri
melalui penambahan ilmu yang sentiasa segar diminda. Ini adalah penting bagi
menjamin Pendidikan Moral di sekolah mampu melahirkan cendekiawan yang
penuh dengan rasa tanggungjawab, serta mampu mengekalkan kesejahteraan
negara.
Jika guru dapat menjalankan amanah yang di pertanggungjawabkan
dengan baik dan jitu maka akan tercapailah Wawasan 2020 yang pernah
dizahirkan oleh mantan Perdana Menteri kita Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad,
yang mengimpikan satu sistem pendidikan negara yang memaparkan perpaduan
kaum sebagai satu usaha utama yang harus dilakukan. Nilai-nilai moral ini perlu
ada sejajar dengan perkembangan zaman dalam mencapai kemajuan.
Bagi mencapai hasrat ini adalah melalui pendidikan,

dengan

memperkemaskan proses pendidikan agar tujuan tercapai. Ini selaras dengan


hasrat KPM untuk membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan
ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung
warisan budaya dan kesenian bangsa.
Haruslah diingat wahai golongan pendidik negara, peranan pendidikan
penting untuk melahirkan semangat cintakan negara. KPM berhadapan dengan
cabaran besar melahirkan pelajar dengan ciri-ciri individu dan masyarakat
bangsa Malaysia. Harapan KPM adalah memupuk jati diri melalui kurikulum,
program kurikulum dan sukan serta berharap agar sistem pendidikan dapat
melahirkan warganegara glokal yang mampu bertindak dengan bijak untuk
menghadapi cabaran Wawasan 2020. .44444444444444444
Mmm
04.0

KESIMPULAN

12

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH


ELM3033E

Berdasarkan kepada huraian yang telah diberikan tadi, dapatlah dirumuskan


bahawa tugas guru adalah satu tugasan yang mencabar dan setiap daripada
cabaran itu haruslah diatasi dengan sebaiknya. Guru sentiasa menjadi sasaran
perhatian segenap kelompok masyarakat kerana peranan dalam pembentukan
masyarakat. Ketidakupayaan guru menunjuk model dan teladan yang baik akan
menjadi batu penghalang ke arah pembentukan pelajar yang baik. Bahkan ia
merupakan titik cemar dalam keperibadian guru berkenaan.
Oleh itu, sembilan cabaran yang dikemukakan dalam Wawasan 2020,
kebanyakannya mempunyai persamaan dari segi tindakan, orientasi dan
matlamat dengan idea-idea yang diutarakan dalam cabaran ketujuh iaitu
mencapai matlamat wawasan negara bagi menghasilkan modal insan yang
dihasratkan oleh Y.A.B Mantan Perdana Menteri Dato Seri Abdullah bin Haji
Ahmad Badawi.
Bagi mencapainya, negara memerlukan generasi guru yang benar-benar
berwibawa

kerana

keberkesanan

peranan

guru

pada

masa

ini

akan

mempengaruhi kualiti manusia yang akan mewarisi negara ini pada tahun 2020
dan sekali gus menentukan wajah acuan sendiri generasi Malaysia. diharapkan
guru berusaha dengan cemerlang dalam mendidik anak-anak yang bakal
menyambung sejarah tamadun bangsa pada masa akan datang. Merekalah
anak-anak harapan yang akan mengukuhkan kedudukan bangsa dalam arena
pertembungan kebudayaan dan pemikiran dengan bangsa-bangsa lain .

13

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH


ELM3033E

BIBLIOGRAFI
Sumber Buku:
Abd. Rahman Md Aroff & Chang Lee Hoon.(1994). Pendidikan Moral. Petaling Jaya:
Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng. (1994). Pendidikan Moral (Elektif). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Eow, B.H. (2000).Pendidikan Moral: Siri Pendidikan Tinggi. Petaling Jaya: Pearson
Education Malaysia.
Koo, K.P & Tang, C.T.(1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Nur Surayyah Madhubala Abdullah. (2002).Nota Kursus EDU 3650 (Unit 1-6/6).Serdang
Selangor: Fakulti Pengajian Pendidikan,Universiti Putra Malaysia.

Sumber Internet:
https://www.scribd.com/doc/92352782/KKP-EDU-3106-PERANAN-GURU-DALAMMEREALISASIKAN-MISI-NASIONAL-NEGARA
http://www.slideshare.net/ssuser0c27c8/peranan-dan-tanggungjawab-guru-dalammembina-negara-bangsa-berlandaskan-etika
http://rosmah.blogspot.com/2011/09/senarai-tugas-ketua-panitia-mata.htm
https://www.scribd.com/doc/19697915/Senarai-Tugas-Ketua-Panitia
https://www.scribd.com/doc/10150893/Cabaran-Pendidikan-Dalam-Wawasan-2020
14

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH


ELM3033E

15

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH


ELM3033E

ANALISIS ITEM KERTAS PEPERIKSAAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4


Soalan yang dianalisis adalah kertas soalan Peperiksaan Pendidikan Moral
Tahun 4 (Rujuk Lampiran). Kertas soalan ini mengandungi bahagian A dan
bahagian B. Soalan bahagian A merupakan soalan objektif aneka pilihan. Kertas
soalan ini mengandungi 30 soalan. Kertas soalan bahagian B pula lebih kepada
bentuk bertulis yang mengandungi 20 soalan. Jumlah semua soalan ialah 50.
Kertas soalan ini tidak mengikut aras Taksonomi Bloom kerana terlalu
banyak soalan aras pengetahuan berbanding dengan soalan aras kefahaman,
aplikasi, analisis dan sintesis. Taburan peratus soalan ujian kertas pensel
mengikut Taksonomi Bloom ialah,
kefahaman,

7.5% - aras pengetahuan,

25% - aras

55% - aras aplikasi, 10% - aras analisis dan 2.5%- aras sintesis

berbeza dengan kertas soalan ini yang mengandungi 88% soalan aras
pengetahuan, 8% soalan aras kefahaman dan 4% soalan aras aplikasi.
Soalan bahagian A :
Kesemua 30 soalan objektif bahagian A adalah soalan objektif aneka pilihan
memilih jawapan terbaik. Tidak ada bentuk soalan objektif cantuman dan
Soalan 1 dan 2;
positif/negatif.
1.

Setiap hari Jumaat, penganut agama Islam akan


bersembahyang di ___________ .
A

surau

masjid

rumah

di mana-mana sahaja

16

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH


ELM3033E

2.

Penganut agama Buddha melepaskan burung merpati


ketika

menyambut

Hari

Wesak

sebagai

tanda

______________ .
A

kebebasan

kesyukuran

Keimanan

Soalan 3 danD4;

Kerajinanan

3.
Rakan
kamu
secara
tidak sengaja proses
telah menumpahkan
Kebanyakan
soalan
dibina
menggunakan
mental padaairtahap
minuman ke atas
bajuyang
kamu.dibina
Apakah
yangmemproses
patut kamuidea-idea
rendah iaitu aras pengetahuan.
Soalan
hanya
dan pengetahuanlakukan
secara ?terus lebih kepada maklumat yang serupa dengan
pengajaran guru dan dalam buku teks.
A
Memaafkannya kerana tidak disengajakan

4.

Memarahinya dengan kata-kata yang tidak sopan

Tidak memaafkannya

Melaporkan kepada guru disiplin

Kamu pernah gagal dalam ujian Matematik baru-baru ini.


Pada bulan hadapan kamu akan menghadapi ujian
Matematik lagi. Apakah yang patut kamu lakukan ?
A

Meminta bantuan ibu bapa.

Mengulangkaji dan membuat latihan Matematik


dengan tekun.

17
Membuat ulangkaji
di saat-saat akhir.

Tidak membuat apa-apa persediaan.

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH


ELM3033E

Cara penyoalan bagi soalan 3 dan 4 juga mudah kerana menggunakan


perkataan apakah menguji kebolehan pelajar untuk mengingat kembali fakta
yang telah dipelajari Soalan aras pengetahuan tidak memerlukan pelajar
mengatur isi fakta dalam bentuk yang baru kerana soalannya adalah secara jelas
dan tersurat .

Soalan 1 hingga 5

Isi tempat kosong dengan jawapan yang diberi.

Soalan 6 hingga10 Tandakan ( ) pada pernyataan yang betul dan


( x ) pada pernyataan yang salah.
Soalan 11 hingga 20 Gariskan jawapan yang betul.

18

Anda mungkin juga menyukai