Anda di halaman 1dari 38

KAJIAN TINDAKAN:

KAEDAH PENGUMPULAN DATA


KAJIAN TINDAKAN
http://ccsgkasai.blogspot.com/2010/01/hbef2503.html
http://drotspss.blogspot.com/2011/02/tajuk-53-apakah-maksud-triangulasi.html
PENGENALAN
KAEDAH
PENYELIDIKAN
KUALITATIF
KUANTITATIF
Kajian yang menjurus untuk
menggambarkan sesuatu
situasi, fenomena, masalah atau
keadaan tanpa memberikan
bukti bersifat numerika.

KAEDAH PENGUMPULAN DATA
PENYELIDIKAN KUALITATIF

Kaedah Pemerhatian
Kaedah Temu Bual
KAEDAH
PEMERHATIAN
DEFINISI
JENIS-JENIS
PEMERHATIAN
CARA
MENCATAT
PEMERHATIAN
DEFINISI
The Concise Oxford Dictionary : Penglihatan
tepat dan penulisan sesuatu fenomena yang
wujud secara semula jadi dengan memberikan
perhatian tehadap sebab dan kesan atau
hubungan yang saling berkait (Shelley Anand,
2002).
Karl Weicks : Spesifik, sistematik, selektif,
merekod pemerhatian, menyemak dan
mengesahkan keputusan pemerhatian,
kepekaan pemerhati .
JENIS-JENIS PEMERHATIAN
Shelley Anand (2002):
1) Dimensi kawalan : Jenis-jenis pemerhatian
yang terlibat seperti pemerhatian berstruktur
dan tidak berstruktur, pemerhatian sistematik
dan mudah serta pemerhatian terkawal dan
tidak terkawal.
2) Dimensi penyertaan: Jenis-jenis pemerhatian
yang terlibat ialah pemerhatian peserta,
pemerhatian bukan peserta dan separa
peserta.
1) Pemerhatian Berstruktur
Bersistematik, berfokus dan dikawal oleh jadual
pemerhatian.
Memfokuskan kepada aspek-aspek tingkah laku
yang telah ditentukan dalam sesuatu keadaan
yang telah ditetapkan atau dalam eksperimen
terkawal yang disediakan dalam makmal.
Pencapaian yang ingin diperhatikan telah
ditentukan.
Menggunakan borang dan senarai semak.
2) Pemerhatian Tidak Berstruktur
Tidak menghadkan aktiviti-aktiviti mereka yang
diperhatikan pada tahap-tahap tertentu oleh
pengkaji.
Melibatkan pemerhatian tidak dikawal.
P.V Young :pengkaji mengunakan cara
pengamatan secara teliti terhadap situasi
sebenar dengan tidak menggunakan sebarang
instrumen ketepatan atau menyemak ketepatan
fenomena yang berlaku.
Kelebihan pemerhatian jenis ini memberikan
maklumat yang banyak dan secara langsung
terhadap fenomena yang diperhatikan.
3) Pemerhatian Peserta
Chua Yan Piaw (2006) membahagikan peranan
pemerhati dalam pemerhatian peserta kepada
empat keadaan:

i) Pemerhati sebagai peserta
ii) Peserta sebagai pemerhati
iii) Peserta penuh
iv) Pemerhati penuh / sebagai orang luar

Pemerhati Sebagai Peserta
- pengkaji merupakan peserta yang tidak
mengambil bahagian aktif dalam aktiviti di bawah
pemerhatian.
- statusnya sebagai pengkaji atau pemerhati
diketahui oleh mereka yang sedang diperhatikan.
Peserta Sebagai Pemerhati
- pengkaji mengambil bahagian secara aktif dalam
aktiviti di bawah kajian
- statusnya sebagai pemerhati diketahui oleh
peserta-peserta kajian.








Peserta Penuh
- pengkaji di bawah kaedah pemerhatian ini
berfungsi sebagai pemerhati.
- melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti di
bawah kajian.
- status dan identiti pengkaji tidak diketahui oleh
peserta lain.
- kebaikan pemerhatian jenis ini ialah peristiwa
kajian berlaku secara semula jadi


pemerhati penuh / sebagai orang luar
- pemerhatian bukan peserta atau non-
participant observation.
- pengkaji tidak terlibat dalam aktiviti kumpulan
tetapi hanya bertindak sebagai pemerhati pasif,
melihat dan mendengar aktiviti-aktiviti yang
berlaku dan membuat kesimpulan daripadanya.
- Peserta-peserta di bawah pemerhatiannya juga
mungkin tidak menyedari kehadirannya atau
tidak mengetahui pengkaji sedang melakukan
pemerhatian ke atas mereka.
- Chua Yan Piaw (2006); Shelley Anand (2002),
pemerhatian jenis ini dikenali sebagai
pemerhatian sistematik.

CARA MENCATAT PEMERHATIAN
Pemerhatian sistematik guna perakam video,
senarai semak, perakam kaset, kamera dan alatan
lain yang merupakan pencatat tetap.
- masalah seperti subjek kajian berasa kurang senang
atau bertindak bukan secara semula jadi.
Pemerhatian peserta guna jurnal lapangan.
- merupakan buku nota yang disedia khas oleh
pengkaji untuk mencatatkan pemerhatian.
Kajian mengarah kepada penyelidikan
kuantitatif seperti berapa banyak tingkah laku
berlaku boleh guna senarai semak.
kajian mengarah kepada maklumat kualitatif
seperti bagaimana atau sebab tingkah laku
berlaku, segala pemerhatian perlu dicatatkan
sebagai bukti kepada bagaimana tingkah laku
berlaku.


Cara Mencatat Pemerhatian
Penceritaan iaitu pengkaji merekod dengan cara
memberikan deskripsi tentang interaksi
menggunakan perkataannya sendiri.
-Boleh menimbulkan bias disebabkan kecenderungan
pengkaji dalam menginterpretasikan interaksi
tersebut.

Penggunaan skala, mengkategorikan pemerhatian,
contohnya pasif/aktif (dua kategori) dan
selalu/kadang-kadang/tidak pernah (tiga kategori).
-Masalah mungkin timbul dari segi maklumat yang
diperoleh tidak mendalam.
KAEDAH
TEMUBUAL
PROSES
TEMUBUAL
DEFINISI
JENIS-JENIS
TEMUBUAL
TEMUBUAL
MENDALAM
PERANAN
PENEMUBUAL
DEFINISI
Chua Yan Piaw (2006):perbualan dua hala yang
bertujuan untuk mengumpul maklumat kajian.
Melibatkan interaksi bersemuka antara
penemubual dan responden.

Goode & Hatt : proses sosial di mana
penembual mesti mengambil perhatian tentang
proses tersebut jika tidak timbul masalah
kebolehpercayaan dan kedalaman data serta
keputusan kajian.
JENIS-JENIS TEMUBUAL

Selltiz, Jahoda, Deutsh & Cook: temubual seragam dan
temubual tidak berstruktur.
Chua Yan Piaw (2006): temubual berstruktur, temubual
semi struktur dan temubual tidak berstruktur.
Ranjit Kumar (2005) :dari aspek kefleksibelan dan
ketetapan temubual iaitu temubual tidak berstruktur
dan temubual berstruktur.
Matt Henn, Mark Weinstein & Nick Foard (2006):
temubual mendalam samada individu@kmpulan.
Tim May ( 1997 ):temubual dalam penyelidikan sosial
iaitu temubual berstruktur, temubual semi struktur,
temubual tidak berstruktur / fokus dan temubual
berkumpulan.
TEMUBUAL MENDALAM

Dikenali sebagai in-depth interview.
- Untuk memeriksa dengan teliti isu-isu secara
mendalam menggunakan penyiasatan, ketepatan
dan gaya penyoalan yang fleksibel.
- Melibatkan hubungan yang baik antara penemubual
dengan responden.
- Untuk merekod dan merakamkan perbualan.
(Transkrip penuh)
- Pertemuan secara bersemuka dan berulang.
Menggunakan soalan jenis terbuka.
- Tiada penyediaan jawapan alternatif
- Memberi ruang kepada responden memberikan
jawapan mengikut pendapatnya sendiri.
Berbentuk tidak berstruktur.
- Penggunaan aid-memoire atau agenda
sebagai panduan umum kepada topik isu-isu
yang akan dibincangkan dalam temubual dan
bukan soalan sebenar yang akan ditanya.
- Ia berfungsi sebagai peringatan kepada
pengkaji terhadap topik-topik kajian.
- Tidak mesti diikut secara turutan tetapi sebagai
rujukan dasar terhadap jawapan yang
diberikan oleh responden.

PERANAN PENEMUBUAL

1) mendengar secara berhati-hati.
-Soalan terbuka dan luas digunakan untuk
memulakan temubual seperti bagaimana
kamu rasa tentang..
-Memberikan gerak balas seperti mengangguk,
senyum dan ketawa bila perlu.
-Respon secara verbal seperti saya suka idea itu..
Dan boleh jelaskan?
2) Menyesuaikan hala tuju perbualan mengikut
konteks individu.
3) Mestilah bagus dari segi penyoalan,
penyiasatan dan penyesuaian perjalanan
perbualan.
- Spradley(1979):empat tahap soalan digunakan
untuk membina hubungan yang baik iaitu
deskriptif , eksplorasi, kerjasama , penglibatan
sepenuhnya oleh responden .
4) Mampu untuk mengawal dan mengawasi
soalan, komen, gerak geri dan tindakan
mereka.

PROSES TEMUBUAL

Langkah 1: masuk ke dalam persekitaran.

- Memahami situasi persekitaran yang berkaitan
dengan kajian atau perkara-perkara diperlukan
sebelum membolehkannya masuk ke dalam
persekitaran kajian seperti dari aspek politik,
peraturan dan halangan birokrasi
Langkah 2: memahami bahasa dan budaya
responden.

-Ini kerana temubual jenis ini bertujuan
memahami pengalaman seseorang
berdasarkan perspektif responden sendiri.
-Oleh itu, pengkaji perlu memahami budaya dan
bahasa agar maklumat yang diterima tepat
seperti difahami responden.

Langkah 3: Menentukan bagaimana untuk
tampil sendiri.

-Temubual jenis ini bersifat dua hala dengan
kawalan yang kurang daripada penemubual.
-Kesinambungan perbualan amat bergantung
kepada gambaran terhadap penemuduga itu
sendiri.
Langkah 4: Mengesan pemberi maklumat.

-Ini bermaksud mengenalpasti mereka yang boleh
bercakap dengan pengkaji atau bertindak
sebagai penunjuk serta penterjemah bahasa
dan budaya.
Langkah 5: Mendapatkan kepercayaan dan
membina hubungan baik.

-Tahap ini amat penting kerana hanya apabila
wujudnya kepercayaan dan hubungan yang
baik barulah responden bersedia berkongsi
maklumat secara mendalam dan jelas dengan
penemubual.
Langkah 6: Mengumpul bahan-bahan
empirikal.
-Antaranya menggunakan pengambilan nota
sepanjang proses temubual tapi agak sukar.
-cara terbaik menggunakan rakaman audio
seperti kaset dan pita rakaman.
- Walau bagaimanapun, terdapat sesuatu
keadaan di mana responden tidak
membenarkan rakaman dilakukan.
- Oleh itu, nota perlu diambil secara cepat dan
kerap serta menulis kembali secara lengkap
setelah selesainya temubual.
Data
Berbentuk
Dokumentasi
Merangkumi bahan-bahan
bertulis yang pelbagai, bahan
visual dan bahan fizikal yang
bersesuaian dengan kajian.
Bogdan dan Biklen (1998):
Dokumen sebagai bahan seperti
fotograf, video, filem, memo, surat,
diari, rekod kes klinikal. Digunakan
sebagai maklumat sokongan
kepada temubual dan
pemerhatian.
TRIANGULASI DATA KAJIAN
Maksud:
Triangulasi bermaksud integrasi method
yang berbeza bagi mendapatkan lebih
dari satu bentuk data supaya dapatan
kajian kualitatif yang bersifat subjektif
akan lebih meyakinkan dan dapat
meningkatkan kesahan data yang
dikumpul.
TRIANGULASI DATA
Pengutipan pelbagai jenis
data untuk menyelidik
fenomena yang sama.
TRIANGULASI PENYELIDIKAN
Pelbagai pemerhati
berbanding pemerhati
tunggal untuk menyelidik
fenomena yg sama.
TRIANGULASI TEORI
Melibatkan peggunaan
lebih daripada satu teori
untuk menyelidik fenomena
yang sama.
TRIANGULASI KAEDAH
Pelbagai kaedah untuk
menyelidik fenomena yang
sama.
Katakan anda berminat untuk mengetahui
sikap pengunjung terhadap kebersihan di pantai
peranginan Port Dickson, anda boleh
menemubual secara rawak reponden yang
mengunjungi PD tentang kesedaran menjaga
kebersihan, diikuti dengan pemerhatian
terhadap tingkah laku pengunjung serta
membuat rakaman video serta mengambil foto.
Kesemua bentuk data yang berbeza ini di
triangulasikan bagi menghasilkan kumpulan
data yang lebih meyakinkan.

Anda mungkin juga menyukai