Anda di halaman 1dari 17

PEDAGOGI PSV KBSR

PSV3107 1

1.0 PENGENALAN
Kanak-kanak adalah unik dan berbakat dalam seni. Guru yang berperanan sebagai
pembolehubah perlu kreatif dan mempunyai tahap sensitiviti yang tinggi dalam
menyediakan pengalaman seni untuk kanak-kanak. Bagi meningkatkan tahap kreativiti
di kalangan murid-murid, guru pendidikan seni perlu mengetahui pandangan tokoh-
tokoh seni tentang kreativiti dan pendekatan yang digunakan oleh mereka dalam
memupuk perkembangan kreativiti di kalangan kanak-kanak.
Dalam pembelajaran PSV, terdapat beberapa pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang berkaitan seni dan kreativiti yang ditekankan. Antaranya
Pendekatan Proses dan Produk, Pendekatan Discipline Based of Art (DBAE),
Pendekatan Chapman, Pendekatan PSV KBSR, Pendidikan Seni John A. Michael
dan sebagainya. Pendekatan-pendekatan ini adalah berbeza dalam melahirkan kanak-
kanak yang kreatif. Ia juga merupakan panduan kepada guru-guru dalam merancang
dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran PSV yang berkesan yang sesuai
dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan murid.
Pendekatan Proses dan Produk dikemukakan oleh Stufflebeam, dibentuk pada
padal lewat 60-an untuk memenuhi kehendak penilai yang beorientasikan objektif. Juga
dikenali sebagai model Konteks-Input-Proses-Produk (KIPP). Pendekatan Pendidikan
Seni John A. Michael pula mengutarakan pendekatan apresiasi dan kritikan seni.
Pendekatan PSV KBSR merangkumi empat aspek utama iaitu pemerhatian secara
aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual secara
mudah dan menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan. Bagi Pendekatan
DBAE dan Pendekatan Laura Chapman akan dibincangkan dalam tajuk seterusnya.
Tahap kemampuan murid adalah berbeza dan sangat luas antara satu murid
dengan murid yang lain berdasarkan faktor yang mempengaruhi murid tersebut. Dengan
menggunakan pendekatan yang sesuai seperti yang disarankan dalam teori-teori yang
diperkenalkan, guru akan dapat meningkatkan kreativiti murid-murid yang lemah di
samping meningkatkan lagi kreativiti murid yang sememangnya kreatif dengan
merancang aktiviti-aktiviti seni yang lebih tersusun bagi menjamin proses pembelajaran
yang bermutu dan berkesan.



PEDAGOGI PSV KBSR

PSV3107 2

2.0 PENDEKATAN LAURA CHAPMAN DAN PENDEKATAN DISCIPLINE BASED OF
ART EDUCATION (DBAE)
2.1 Pendekatan Laura Chapman
Laura H. Chapman ialah seorang perunding dan penulis dalam bidang Pendidikan Seni
di Cincinnati, Ohio. Berpengalaman mengajar prasekolah serta kelas dewasa, di
kawasan luar bandar, pinggir bandar dan sekolahsekolah di pusat bandar. Beliau pernah
mengajar mahasiswa dan ijazah pendidikan seni di Indiana University, The Ohio State
University, University of Illinois dan University of Cincinnati. Laura H. Chapman
berperanan sebagai pemimpin dalam bidang pendidikan seni sudah melebihi 40 tahun.
Buku, rencana, kajian dan ucapan beliau membincangkan tentang isu polisi, reka bentuk
kurikulum, pengajaran metadologi dan penilaian.
Laura H. Chapman dalam bukunya bertajuk Approches in Art Education (1978),
menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir
sama dengan proses penghasilan karya ataupun dikenali sebagai proses artistik.
Pelbagai model perkembangan telah dikemukakan dan dapat membantu
memperjelaskan perkembangan artistik kanak-kanak. Model yang telah diformulasikan
oleh Lowenfeld (1975) dan Chapman (1972) mempunyai corak perkembangan yang
lebih kurang sama. Antara persamaan yang ketara ialah transisi perkembangan
daripada peringkat scribbling ke representasi. Antara persamaan-persamaan yang lain
ialah:
Faktor sosio-ekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam
peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dan
perempuan didapati melukis dengan cara yang sama di peringkat awal
pertumbuhan.
Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang
perkembangan mereka daripada catan kerana ianya menggunakan
krayon, pensel dan pen. Alatan ini lebih mudah dikawal oleh kanak-kanak
daripada berus dan warna.
Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkat-
peringkatperkembangan. Lukisan kanak-kanak mungkin mempunyai
elemen dua peringkat serentak dan tidak semestinya elemen satu
peringkat perkembangan sahaja.

PEDAGOGI PSV KBSR

PSV3107 3

2.2 Pendekatan Based Of Art Education (DBAE)
Discipline Based Of Art Education (DBAE) terbentuk melalui gerakan reformasi
kurikulum pada tahun 1950-an dan 1960-an. Pada tahun 1967 Elliot Eisner bekerja di
Stanford University, di bawah sponsor dari Yayasan Kettering. Beliau adalah pendahulu
konsep disiplin dalam DBAE. Sekitar 1980-an, DBAE disokong melalui iniasitif dan
program yang dibiayai oleh J. Paul Gettt Trust iaitu sebuah yayasan swasta yang
memberi sumbangan kepada Seni Visual dan Kemanusiaan.
Pada tahun 1983, Trust membentuk pusat pendidikan dalam seni dan LeiLani
Lattin-Duke berkhidmat sebagai Pengarah Program. Menurut Eliot Eisner, terdapat
banyak cara untuk melihat dan mentafsirkan dunia, dan seni adalah tetingkap yang
melaluinya kita boleh melihatnya"
Dari kenyataan itu, Eisner berpendapat apa yang cuba dicapai oleh DBAE dalam
usaha membentuk individu yang seimbang dan bersepadu serta untuk mengembangkan
keupayaan pelajar menangani masalah bagi keempat empat disiplin. DBAE juga
merupakan satu konsep atau struktur kurikulum berdasarkan empat disiplin ilmu
pendidikan seni yang diguna pakai di peringkat global.
Matlamat pendekatan DBAE adalah seperti berikut :
1) Peningkatan ilmu dalam membuat gubahan
2) Peningkatan ilmu dalam sejarah seni , mengenali tokoh seni
3) Peningkatan ilmu dalam estetika dengan laras bahasa seni (mengenal
gubahan yang baik).
4) Peningkatan ilmu dalam kritikan dan laras bahasa seni
5) Pengamatan terhadap sesuatu gubahan dalam ruang dua dimensi semakin
berkembang.










PEDAGOGI PSV KBSR

PSV3107 4

3.0 PRINSIP-PRINSIP PENDEKATAN LAURA CHAPMAN DAN PENDEKATAN DBAE

3.1 Banding beza Pendekatan Laura Chapman Dengan Pendekatan DBAE
ASPEK
PERBANDINGAN
PENDEKATAN
LAURA CHAPMAN
PENDEKATAN
DBAE
Kandungan Proses kreativiti mempunyai
pertalian dan hubungan yang
hampir sama dengan proses
penghasilan karya ataupun dikenali
sebagai proses artistik.Proses
artistik yang terkandung;
a) Tidak bersifat statik
b) Bersifat boleh ubah
c) Berulang-ulang

Disiplin Sejarah Seni
memusatkan pembelajaran
mengenai artis dan sumbangan
aktiviti seni terhadap
perkembangan peradaban seni
Disiplin Kritikan Seni
Menumpukan perhatian kepada
penekanan kandungan mengenai
persepsi, diskripsi,analisa,
interprestasi dan penilaian
terhadap sesebuah karya seni.
Disiplin Estetik Seni
Membantu pelajar membuat asas-
asas penilaian sehingga mampu
membuat petimbangan mengenai
seni.
Penghasilan karya atau produk
Penegasan tentang penggunaan
langkah-langkah artistik dan proses
kreativiti sebagai langkah
penghasilan karya.
Objektif Supaya guru-guru Pendidikan Seni
Visual perlu memahami bahawa
proses penghasilan karya tidak
hanya tertumpu kepada satu cara
sahaja.
Membentuk individu yang
seimbang dan bersepadu serta
untuk mengembangkan keupayaan
pelajar menangani masalah bagi
keempat-empat disiplin
Kaedah - Kaedah penjanaan idea
- Pengolahan dan pemurnian
- Kemahiran menggunakan
Kaedah pengamatan dan
pemerhatian yang telah teliti
tentang sesuatu karya seni. Ia
PEDAGOGI PSV KBSR

PSV3107 5

bahan. merupakan keupayaan pemerhati
untuk menilai, membanding dan
membeza antara karya dengan
mengambil kira pertimbangan
terhadap semua aspek
Pendekatan a) Alam semula jadi dan objek
di persekitaran.
b) Perasaan dalaman
khayalan dan imagimasi.
c) Aliran dan tema sejagat
d) Keperluan dan pengalaman
hidup harian.
Pembacaan, penulisan, komentar
yang sering diperbincangkan atau
diulas oleh pengkritik seni,
budayawan dan sejarawan
Tempoh
pelaksanaan
Bagi memperkembangkan kreativiti
pelajar, guru PSV perlu
menggunakan pelbagai cara dalam
menghasilkan karya dan yang
penting sekali ialah guru PSV
harus menguasai bidang seni
visual ini supaya guru mempunyai
pengalaman yang lebih banyak
untuk mengajar pelajar.
Mengambil kira faktor sebelum
berlakunya pembelajaran

Jadual : Banding beza Pendekatan Laura Chapman dan Pendekatan DBAE

3.2 Prinsip-Prinsip Pendekatan Laura Chapman
Proses artistik yang dijelaskan oleh Chapman melibatkan 3 disiplin iaitu tidak
bersifat statik,bersifat boleh ubah dan berulang-ulang. Menurut Chapman lagi, 3 disiplin
ini tidak menjadi keutamaan asalkan penghasilkan karya seni mencapai objektifnya.
Laura Chapman telah menggunakan 4 aspek utama dalam pelajaran seni iaitu;
Pemerhatian yang aktif
Penerokaan
Penghasilan/pembuatan
Apresiasi dan perlanjutan

PEDAGOGI PSV KBSR

PSV3107 6

Pemerhatian yang aktif
Melibatkan sensitiviti deria. Perhatian perlu diberi kepada beberapa perkara ketika
menyediakan aktiviti seperti berikut;
pengetahuan sedia ada murid
benda yang konkrit
minat, kecenderungan dan latar belakang murid
bahan, bunyi, pergerakan dan aksi
Mencetus idea dan imaginasi
Penerokaan
Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Perhatian perlu
diberikan kepada perkara-perkara berikut;
aktiviti kecil yang mudah dan ringkas
cuba mencuba, suaikenal dengan bahan
penemuan oleh murid
mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain
bebas daripada jawapan tepat, murid senang dan ingin mencuba
aktif melibatkan pelbagai kecerdasan
menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik
Penghasilan
Aspek ini adalah melibatkan penghasilan atau hasil kerja murid. Guru boleh melihat
penghasilan kerja murid kepada perkara-perkara berikut;
penggunaan bahan , alaat dan teknik
tatacara, langkah dan proses membuat
keselamatan semasa menjalankan aktiviti
penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil
Apresiasi
Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif. Terdapat dua jenis aktiviti utama
apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang
dirancang di akhir setiap pelajaran. Bagi aktiviti mudah, perhatian perlu diberikan
kepada perkara-perkara berikut;
aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan,
warna rupa bentuk dan bentuk;
aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda;
aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik;
PEDAGOGI PSV KBSR

PSV3107 7

penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya;
perasaan, penghargaan dan refleksi diri; dan
penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan
kandungan.
Terdapat 3 fasa dalam kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman bagi
menghasilkan karya seni, iaitu:
1. Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)
Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan
karya. Di dalam konteks pendidikan seni visual, guru dimestikan untuk membimbing
pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah
menjana idea. Sekiranya diabaikan, adalah dikhuatiri murid mungkin tidak mampu
menghasilkan karya.
2. Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and Refinement)
Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang
lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan
imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif
penghasilan. Dalam penghasilan karya di peringkat kanak-kanak, proses ini dianggap
signifikan kerana proses pengolahan dan pemurnian biasanya diulang beberapa kali
bagi mendapatkan hasil terbaik.
3. Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)
Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung kepada pemilihan yang
dilakukan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya akan terus menggunakan bahan yang
sama bagi menghasilkan karya dan tidak kurang juga yang gemar membuat
eksperimentasi bagi melihat kesan-kesan tertentu. Jelasnya, pemilihan bahan yang
dipilih memberikan kesan terhadap masa yang diambil bagi menyiapkan sesuatu karya
dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghasilkan. Oleh yang demikian, guru
perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan
serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya
pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.

Idea-idea boleh didapati melalui pendekatan;
Alam semulajadi dan objek di persekitaran
Perasaan dalaman khayalak dan imaginasi
Aliran dan tema sejagat.
PEDAGOGI PSV KBSR

PSV3107 8

Keperluan dan pengalaman hidup harian.
Proses penghasilan karya menurut pendekatan Laura Chapman tidak hanya
tertumpu kepada satu cara sahaja. Proses artistik ini perlu diaplikasikan ke atas murid
dengan pelbagai cara dan kaedah selagi proses penghasilan karya tersebut dijelaskan
dengan baik kepada murid. Seseorang guru perlu mempunyai pengalaman luas di
dalam penghasilan karya seni untuk menggalakkan pelajar menghasilkan karya seni.
Bimbingan dan panduan yang akan diberikan kepada pelajar oleh guru bergantung
kepada pengalaman guru itu sendiri.
Dalam proses ini, guru-guru mungkin mempunyai kecenderungan untuk
menggunakan kaedah atau teknik yang sama semasa menghasilkan karya terdahulu,
namun perlu diingatkan bahawa pengajaran PSV di sekolah mempuyai panduan yang
telah ditetapkan agar tidak keluar daripada objektif asal pendidikan seni di sekolah.

3.3 Prinsip-Prinsip Pendekatan DBAE
Pendekatan DBAE merupakan satu konsep kurikulum yang lebih bercorak akademik
dikenali secara umumnya sebagai pendidikan seni berasaskan disiplin ilmu. DBAE
menekankan kepada empat disiplin seni iatu disiplin yang berkaitan produk seni,
sejarah seni, kritikan seni dan estetika seni . Keempat-empat disiplin itu diajar secara
bersepadu.
Produk Seni
Seni untuk pernyataan diri (ekspresif) memerlukan pelajar melalui beberapa peringkat
pembelajaran kajian dan penerokaan untuk mewujudkan pengalaman iaitu:
Pengalaman dan penyesuaian dengan menggunakan pelbagai alatan, bahan,
proses dan teknik.
Mempelajari dari pengalaman sejarah dan warisan iaitu cara artis atau pandai
tukang menggunakan alatan, bahan dan teknik pembuatan serta sikap dan nilai
budaya kerja mereka.
Membina dan memperkembangkan kualiti sahsiah yang diperlukan untuk
mencapai kejayaan seperti tekun, sabar, dedikasi, cermat, teratur serta
berkeupayaan menilai diri dari segi artis atau budaya.
Belajar melahirkan pernyataan diri akibat dorongan emosi, perasaan dan
pemikiran melalui bentuk-bentuk tampak.
Memahami faktor-faktor motivasi melalui peranan artis atau pandai tukang
mengenai kehidupan serta sumbangannya kepada masyarakat dan budaya.
PEDAGOGI PSV KBSR

PSV3107 9

Sejarah Seni
Disiplin ini memusatkan pembelajaran mengenai artis dan sumbangan aktiviti seni
terhadap perkembangan peradaban seni serta pengaruhnya terhadap tamadun dan
budaya bangsa.Terdapat beberapa aspek dan peringkat pembelajaran sejarah seni
iaitu:
Belajar tentang sejarah perkembangan penghasilan seni dan peningkatan
pencapaian nilai artistik melalui sejarah pergerakan aliran gaya seni.
Menganalisa karya-karya seni masa lampau yang mendapat pengiktirafan
masyarakat serta dapat dijadikan sebagai bahan rujukan atau sumber
pengetahuan dan pengalaman bagi generasi masa kini dan akan datang.
Menyelidik dan mengkaji karya untuk mengesan asal-usul, kesan terhadap aliran
seni dan artis serta mencari makna serta pengertian.
Mengukur dan menilai serta memahami karya seni dalam konteks yang luas.
Kritikan Seni
Seni terbentuk dari unsur-unsur yang saling melengkapi dan digubah berlandaskan
prinsip sehingga dapat diiktiraf sebagai suatu hasil seni. Disiplin kritikan seni
menumpukan perhatian kepada penekanan kandungan mengenai persepsi,diskripsi,
analisa, interprestasi dan penilaian terhadap sesebuah karya atau produk seni.
Pengetahuan mengenai disiplin ini juga boleh dihasilkan melalui peningkatan kefahaman
melalui pembacaan, penulisan, komentar yang sering di bincangkan ataudiulas oleh
pengkritik seni, artis, pemerhati seni, budayawan dan sejarawan.
Terdapat 3 komponen asas dalam membuat kritikan iaitu apa (memerlukan
persepsi dan diskripsi), makna (analisis atau interprestasi) dan penilaian (pertimbangan
dan penilaian). Kritikan seni juga melibatkan aktiviti pengamatan dan pemerhatian yang
teliti tentang sesuatu karya seni. Ia merupakan keupayaan pemerhati untuk menilai,
membanding dan membeza antara karya dengan mengambil kira pertimbangan
terhadap semua aspek. Ia juga membicarakan tentang tindakbalas dan persepsi orang
lain atau audien juga masyarakat terhadap seni.

Estetika
Perbincangan mengenai estetik memerlukan kefahaman dan penguasaan laras bahasa
tampak. Perbincangan boleh melibatkan pelbagai faktor dalam aspek antropologi,
falsafah, sosiologi, psikologi dan sifat semulajadi seni. Pelajar diminta membicarakan
definisi dan ciri-ciri signifikan mengenai seni melalui disiplin ini.
PEDAGOGI PSV KBSR

PSV3107 10

Disiplin ini membantu pelajar membuat asas-asas penilaian sehingga mampu
membuat pertimbangan mengenai seni. Pengetahuan estetik membantu pelajar
membuat apresiasi tentang keindahan, keunikan atau kesalahan yang wujud pada hasil
seni melalui pelbagai pengalaman estetik.

4.0 KELEBIHAN YANG DIKENAL PASTI DALAM PENDEKATAN LAURA CHAPMAN
DAN PENDEKATAN DBAE SEHINGGA MERENTAS DISIPLIN ILMU.

4.1 Kelebihan Pendekatan Laura Chapman











i. Penerapan Nilai Murni Sentiasa Berlaku
Kebanyakan aktiviti pendidikan seni dalam pendekatan Laura Chapman melibatkan
murid-murid dalam aktiviti berkumpulan. Aktiviti yang dirancang berdasarkan empat
aspek pendekatan iaitu pemerhatian, penerokaan, penghasilan dan apresiasi. Melalui
aktiviti secara berkumpulan ini, secara tidak langsung telah menerapkan nilai-nilai
murni dirimereka kerana mereka bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama, bantu-
membantu, hotmat-menghormati pendapat masing-masing, bertolak-ansur dan
bertoleransi supaya matlamat tercapai.
Kelebihan
Pendekatan
Laura
Chapman
hapman
Penerapan
Nilai Murni
Sentiasa
berlaku
Aktiviti
pengintegrasian
mata pelajaran
boleh dijalankan
dalam P&P
Dapat
menimbulkan
kejayaan dan
kecemerlangan
Sesuai
dengan sifat
semulajadi
kanak-kanak
PEDAGOGI PSV KBSR

PSV3107 11

ii.Aktiviti Pengintergrasian Mata Pelajaran Boleh Dijalankan Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran
Melalui pendekatan ini, Pengintergrasian dapat diwujudkan melalui penggabungjalinan
kemahiran dan penyerapan ilmu pengetahuan. Penggabungjalinan adalah satu proses
yang mengabungkan pelbagai bidang kemahiran dalam satu pengajaran dan
pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran yang intergratif dan menyeluruh. Melalui
proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Penggabungjalinan kemahiran
dalam Pendidikan Seni Visual menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menarik
dan bermakna serta suasana pembelajaran yang berkesan. Penggunaan pendekatan ini
membolehkan pelajar berpeluang menguasai kemahiran bertutur, menulis dan melukis
dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
Penyerapan ialah satu strategi penyatuan atau penyebatian isi pengetahuan
daripada satu-satu mata pelajaran ke dalam isi mata pelajaran lain. Penyerapan ilmu
pengetahuan dalam Pendidikan Seni Visual misalnya, guru mengajar murid-murid
mengeja nama binatang dan mengajuk bunyi binatang. Ini merupakan penyerapan mata
pelajaran bahasa Melayu dan Sains dalaM Pendidikan Seni Visual. Pelbagai maklumat
dapat disampaikan dan murid dapat menguasai ilmu dengan lebih meluas.

iii. Sesuai Dengan Sifat Semulajadi Kanak-Kanak
Pendekatan Laura Chapman selaras dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang suka
bermain. Kanak-kanak mempunyai naluri ingi tahu dan ingin mencuba sesuatu yang
baru bagi mereka. Melalui aktiviti penerokaan, murid-murid meneroka apa yang mereka
lihat, sentuh, dengar, berfikir dengan mempelbagaikan kegiatan kreatif menggunakan
alat dan bahan. Contohnya aktiviti menerokai jalinan sentuh dan jalinan tampak yang
ada di sekeliling merekadapat memberikan kanak-kanak keseronokkan dan kegirangan
di dalam bilik darjah. Hal ini kerana mereka diberi kebebasan untuk bergerak.
Berbanding dengan pendekatan yang lain, mereka dikehendaki berduduk diam pada
kerusinya sahaja dan setiap pergerakan mereka adalah terhad.

iv. Dapat Menimbulkan Kejayaan Dan Kecemerlangan
Aspek yan keempat dalam Pendekatan Laura Chapman iaitu apresiasi membolehkan
murid menyatakan perasaan dan pendapat mereka apabila berjaya menghasilkan karya
seni mereka. Oleh itu, mereka dapat merasai serta menikmati kejayaan, kecemerlangan
PEDAGOGI PSV KBSR

PSV3107 12

dan bangga dengan apa yang telah mereka usahakan. Keadaan ini akan menjadikan
mereka lebih yakin dan bermotivasi.
4.2 Kelebihan Pendekatan Discipline Base Of Art Education (DBAE)
DBAE merupakan satu asas latihan inkuiri (inquiry based training), di mana fokusnya
kepada murid dengan minat, pertimbangan, penaakulan serta kemahiran pemikiran
kritikal mereka. Inkuiri secara terbuka, perbincangan kumpulan serta penyelesaian
masalah memainkan peranan yang penting di dalam kurikulum dan bilik darjah di mana
guru dilihat sebagai pemudah-cara di dalam proses ini. DBAE mempunyai matlamat
pendidikan yang luas dan lebih berstruktur serta kurikulum yang lebih terarah.
Kelebihan Pendekatan DBAE dalam Pendidikan Seni Visual antaranya dapat
mengembangkan keupayaan pelajar melalui empat aspek yang struktur kurikulumnya
iaitu menghasilkan produk seni, mengkritik seni, sejarah seni dan estetika. Aktiviti
menghasilkan produk seni boleh membantu pelajar berfikir secara bijaksana tentang
mencipta imej-imej visual, membantu mereka belajar mencipta imej yang mempunyai
tenaga eksprasif, coherence, celik akal dan pandai mencipta . Manakala melalui kritikan
seni pula akan membantu keupayaan pelajar melihat , bukan sekadar memandang
sahaja, melalui keupayaan melihat dengan teliti boleh menbina kualiti yang lebih bererti
tentang dunia persekitarannya. Persekitaran yang terdapat di dalamnya berselerakan
dengan hasil kerja-kerja seni yang formal.
Sejarah seni pula boleh membantu pelajar tentang hubungan antara karya seni
atau hasil-hasil peninggalan seni dengan dimensi masa, ruang, manusia dan seniman
serta pemikiran mereka seterusnya membolehkan pelajar memahami bentuk-bentuk
tamadun merentasai dimensi masa dan ruang serta bangsa secara perbandingan.
Tiada hasil seni yang berada dalam konteks yang vakium, sebahagian daripada makna
yang dipancarkan menerusi karya seni bergantung kepada kefahaman dan penerimaan
konteks semasa atau setempat.
Estetika juga membantu pelajar melihat apa jenis seni dan reka bentuk yang
diperlukan oleh kebanyakan orang. Satu aspek yang penting dalam pengajaran
ialah pentaksiran atau penilaian. Penilaian adalah juga merupakan komponen penting
untuk DBAE. Misalnya dapat membuat penilaian pelajar melalui portfolio. Pada ketika
yang ditetapkan, pelajar dapat menggambarkan apa yang diperoleh untuk
menghasilkan produk/ karya pada setiap fasa koleksi dan mengkritik seni mereka
PEDAGOGI PSV KBSR

PSV3107 13

sendiri. Melalui kerja-kerja portfolio guru dapat melihat perkembangan gaya penampilan
pelajarnya dan mudah untuk memberi penilaian hasil karya..
Satu lagi keistimewaan menggunakan DBAE dalam perancangan kurikulum
ialah menerusinya pelajar boleh mendapat manfaat apakah sebenarnya keistimewaan
mata pelajar pendidikan seni ini. Selain daripada mendapat pendedahan mengenai
empat disiplin iaitu sejarah seni , kritikan seni ,estetika dan menghasilkan produk seni
pelajar-pelajar juga akan menimba pengalaman kerana mata pelajaran ini memberi dua
bentuk sumbangan untuk pembangunan dan pengalaman manusia. Pertamanya melalui
imej dan peristiwa yang dijalin melalui bentuk estetika dan melalui curahan perasaan
adalah merupakan perantara melaluinya potensi keupayaan minda manusia
diterjemahkan kedalam bentuk visual.
DBAE juga boleh digunakan oleh guru-guru bidang lain yang menyerapkan seni
dalam pengajaran. Misalnya guru-guru yang mengajar sejarah boleh menggunakan
karya-karya seni yang terkenal. Ia satu langkah bijak untuk guru-guru untuk
menggunakan DBAE kerana ia disampai kepada pelajar berorientasikan visual. Oleh
yang demikian Guru PSV boleh bekerjasama untuk menyokong kurikulum yang diajar
oleh guru-guru lain.

















PEDAGOGI PSV KBSR

PSV3107 14

5.0 RUMUSAN
Pendekatan-pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual ini
merupakan panduan kepada guru-guru dalam merancang dan melaksanakan sesi
pengajaran dan pembelajaran PSV yang berkesan yang sesuai dengan tahap
pertumbuhan dan perkembangan murid. Pendekatan Laura Chapman dan DBAE dapat
meningkatkan kemampuan seorang guru PSV dalam membantu murid-murid untuk
memperkembangkan atau meningkatkan lagi daya kreativiti, ekspresi dan imaginasi
mereka semasa pembelajaran PSV dijalankan.
Pemahamanan terhadap pendakatan ini juga akan membantu guru untuk
menjadi seorang guru PSV yang lebih baik di samping dapat mengenal potensi dan
kemampuan diri sendiri seterusnya mengenal dunia seni dengan lebih mendalam. Ini
penting kerana guru PSV perlu mempunyai kreativiti yang tinggi sebelum dapat
menggalakkan perkembangan kreativiti para pelajar. Seorang guru yang berkemahiran
akan mampu menjadikan pemikiran kreatif para pelajarnya berfungsi dengan sebaik
mungkin.
Adalah jelas menunjukkan bahawa keupayaan dan kesediaan kanak-kanak
dalam menghasilkan kerja-kerja seni adalah berbeza antara satu sama lain berdasarkan
umur, kebolehan fizikal, emosi dan kebolehan inteleknya. Kemahiran kanak-kanak amat
bergantung kepada latar belakang pendidikan yang diterima menerusi corak pengajaran
guru Pendidikan Seni Visual yang lepas. Peranan guru adalah untuk membantu kanak-
kanak berfikir untuk dirinya dan bukan mengarah kanak-kanak melakukan kerja-kerja
untuk memenuhi kehendaknya. Mereka perlu menyediakan peluang yang lebih
mencabar kepada kanak-kanak supaya pengalaman mereka bertambah dari masa ke
semasa.
Pendidikan Seni Visual bukan sekadar keperluan dalam meningkatkan kreativiti
murid-murid malahan mampu memberikan sumbangan untuk pembangunan negara
dengan menghasilkan ramai tenaga profesional seperti jurutera,arkitek,doktor,saintis
atau seniman yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi. Tambahan pula,dengan
lahirnya guru-guru Pendidikan Seni Visual yang mempunyai bakat serta efektif,proaktif
dan mempunyai kualiti peribadi yang tinggi akan meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah.Keterampilan,kewibawaan dan komitmen
guru merancang,mengurus,melaksana,menilai dan membuat penambahbaikan dalam
keberkesanan pengajaran dan pembelajarannya merupakan langkah-langkah ke arah
kecemerlangan.
PEDAGOGI PSV KBSR

PSV3107 15

6.0 REFLEKSI
Bersyukur ke hadrat IIlahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya
menyempurnakan tugasan Pedagogi PSV KBSR (PSV 3107) ini. Kekangan masa
dengan tanggungjawab seorang guru dan kerja kursus subjek lain yang perlu disiapkan,
disamping kurangnya pengetahuan tentang Seni, kerana saya bukanlah guru opsyen
Pendidikan Seni menjadikan satu cabaran bagi saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Sepanjang menyediakan tugasan ini, pelbagai maklumat dan input yang saya
dapat tentang kepentingan Pendidikan Seni Visual. Sebagai seorang pendidik, ianya
amat penting dan berguna sekali untuk saya aplikasikan dalam pengajaran serta dapat
dijadikan panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran PSV.
Tugasan ini telah dapat menambahkan pengetahuan dan minat saya dalam Pendidikan
Seni Visual.
Tugasan ini dapat membimbing saya untuk menjadi seorang guru yang lebih
berkaliber di masa hadapan. Ini kerana dengan menjalankan pemantauan dan kajian,
banyak perkara yang dapat saya ketahui dan pelajari secara menyeluruh. Saya juga
menyedari peranan guru PSV juga sama pentingnya dengan guru mata pelajaran lain.
Guru PSV berperanan besar dalam mencungkil bakat dan kreativiti murid dalam
Pendidikan Seni. Bagi murid yang lemah atau kurang berminat dengan mata pelajaran
lain, maka PSV merupakan satu cabang untuk mereka meningkatkan keupayaan dan
kebolehan dalam bidang ini. Murid-murid ini perlu sentiasa diberi motivasi dan
bimbingan agar berasa tidak terpinggir kerana mempunyai bakat yang tersendiri dan
unik dalam seni.
Dalam hal ini, guru berperanan memupuk semangat ingin berjaya dan mencapai
cita-cita tanpa rasa rendah diri serta membantu murid menghadapi cabaran masa depan
dalam PSV. Guru juga mestilah sentiasa mengingatkan murid untuk meningkatkan rasa
kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran dan keindahan
seni warisan bangsa. Saya dapati kita sebagai guru harus memastikan rangsangan
dalam bilik seni menimbulkan perasaan keseronokkan serta keselesaan dan bukan
perasaan takut atau risau. Segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk
membantunya dalam menyampaikan pengajaran PSV mesti ada disediakan di dalam
bilik seni.
Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku, papan hitam, kapur dan
gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam
PEDAGOGI PSV KBSR

PSV3107 16

pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan
sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.
Bagi menanam minat murid dalam PSV, hasil daripada tugasan ini , saya dapati
pengajaran dan pembelajaran PSV juga memerlukan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Pendekatan yang dipilih dan diaplikasikan dalam
pengajaran PSV secara tidak langsung menjadikan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih produktif serta efektif. Penguasaan ilmu yang lebih luas juga
turut berlaku kerana pelbagai maklumat dapat disampaikan disamping murid-murid
menjadi lebih faham dengan sesuatu yang telah dipelajarinya. Guru haruslah bijak
memilih isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran lain untuk meransang
minat murid terhadap pengajaran dan menjadi lebih ceria, aktif serta progresif.
Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada
Encik Mohd Razali b. Jaafar selaku pensyarah pembimbing. Semasa menerima
tugasan ini, beliau menerangkan dengan terperinci bagaimana untuk melaksanakan
tugasan ini. Ini semua dapat membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya. Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih rakan-rakan sekuliah yang banyak
membimbing, membantu dan memberi pandangan dalam menyiapkan tugasan dan
juga dalam sesi pembelajaran di dalam bilik kuliah.
Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan ini telah memberikan
banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion perguruan ini
serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi
melahirkan modal insan yang seimbang.

Sesungguhnya yang baik itu hanya dari Allah dan segala kelemahan itu adalah dari
saya sendiri.

Disediakan oleh;
Salina bt Md Saad
BM03 , PPG Kohort 2
Semester 5 / 2014



PEDAGOGI PSV KBSR

PSV3107 17

BIBLIOGRAFI
BUKU
Hassan Mohd Ghazali. (1983). Dimensi Pendidikan Seni. Petaling Jaya: Delta
Kathleen Chee. (2010). Pendidikan Seni Visual SPM. Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.,
Modul Pembelajaran Program Pensiswazahan Guru.(2013). Pedagogi PSV KBSR
(PSV 3107):Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Zulkifli Yaakob,Mohd Jamil Ismail.(2011). Modul HBEF 1403,Seni Dalam Pendidikan:
Open University Malaysia.

LAMAN SESAWANG
http://www.scribd.com/doc/132966200/Pendekatan-DBAE
http://www.scribd.com/doc/129562592/Pendekatan-Dalam-Pengajaran-Dan-
Pembelajaran-Psv
http://wwwartstudent.blogspot.com/2009/10/pendidikan-seni-di-malaysia-antara.html
http://www.slideshare.net/rogiyahgiah/eisner-pendidikansenidandbae1
http://www.scribd.com/doc/37212233/Laura-Chapman-Presentation

Anda mungkin juga menyukai