Anda di halaman 1dari 37

ISI KANDUNGAN

PERKARA

Biodata

Isi Kandungan

Penghargaan

TUGASAN 1 (Portfolio)

 Pendekatan dalam Pengajaran Pendidikan Seni Visual


 Teori atau Model Pembelajaran dan Pengajaran Pendidikan Seni
Visual
 Strategi, Kaedah serta Teknik Pembelajaran dan Pengajaran
 Perancangan dan Persediaan Mengajar bagi Semester serta
Tahunan
 Refleksi

TUGASAN 2 (Pengajaran Mikro)

 Refleksi

TUGASAN 3 (Pembentangan)

 Refleksi

TUGASAN 4 (Penulisan Akademik)

Rujukan
PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan kurniaNya dapat juga saya
menyempurnakan tugasan bagi subjek Pendidikan Seni Visual – Pedagogi Pendidikan Seni
Visual Sekolah Rendah PSVK3083 ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya telah
memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga
dan bermakna dalam hidup saya sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang saya perolehi
sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah-
pensyarah saya iaitu, En. Mansor Md. Desa dan En. Mohd Azlie b Abdullah kerana mereka
telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang menjalankan tugasan ini.
Tunjuk ajar mereka amat membantu dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah
diamanahkan ini.
Oleh itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga
saya terutamanya ibu bapa saya yang telah banyak memberi pemudahcara, sokongan
moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Mereka telah  memberikan
saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya
menghabiskan tugasan ini.
Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kerana telah
banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan
tugasan ini dengan jayanya. Mereka juga telah banyak memberi peringatan terhadap setiap
apa yang saya harus lakukan ketika saya dalam keadaan alpa. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah
anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua,
tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sekian, terima kasih.


1. PENDEKATAN DALAM
PENGAJARAN
PENDIDIKAN SENI
VISUAL
A. PENGERTIAN PENDEKATAN

Istilah pendekatan berasal dari bahasa Inggeris iaitu approach yang bermaksud
“Pendekatan”. Dalam pengajaran, approach diertikan sebagai a way of beginning something
‘cara memulai sesuatu’. Dalam erti kata lain, pengertian pendekatan ialah cara memulai
pembelajaran.

Pendekatan pembelajaran dapat diertikan sebagai satu set teori pembelajaran yang
beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan
kepada objektifnya.

1.1 PENDEKATAN PROSES DAN PRODUK

Pendekatan ini diperkenalkan oleh Stufflebeam(1971). Tugas para penilai ialah


mengumpul data, merancang, menganalisis menyediakan maklumat untuk memilih
tindakan alternatif dan melaporkan. Penilaian “proses” tertumpu kepada proses yang
digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat program. Maklumat ini perlu
diketahui dari masa ke masa untuk mengawal pelaksanaan program. Untuk kajian ini
penilaian “proses” ialah cara pengajaran dan pembelajaran guru-guru PSV, cara guru
menilai kerja-kerja projek dan kursus PSV yang diikuti oleh guru.

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan bagi mata pelajaran


PSV berdasarkan kepada pembelajaran melalui pengalaman. Terdapat banyak aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian disarankan. Ini termasuklah kerja
amali, projek, tunjuk cara, kerja luar, main peranan, sumbang saran, dan kaji siasat.
Adalah diharapkan suasana yang diwujudkan dapat memberi murid pengalaman dan
keyakinan untuk mengaitkan pengetahuan PSV dengan kemahiran dan amalannya
dalam kehidupan seharian.

Program ini mengajar murid-murid sepatutnya menggunakan kaedah


penyampaian yang beragam, beberapa kajian telah menunjukkan keputusan yang
agak memeranjatkan. Penilaian “produk’ tertumpu kepada hasil program setelah ia
tamat dilaksanakan. Penilaian “produk” dalam kajian ini ialah hasil perubahan sikap
pelajar dan pencapaian objektif PSV. Sikap pelajar juga merupakan faktor yang dapat
menentukan pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran. Rummers dan
Gage (1987) menyatakan bahawa sikap mempengaruhi dan mencorakkan pengajaran
di dalam bilik darjah. Ramlah (1993) menegaskan bahawa ada empat proses sikap
yang mempengaruhi pembelajaran iaitu integrasi, perbezaan, kejutan, dan
penerimaan. Keempat-empat proses ini dapat menentukan sama ada pelajar dapat
menyesuaikan diri dengan pengajaran dan pembelajaran.

1.2 PENDEKATAN DISCIPLINE BASED OF ART EDUCATION (DBAE)

DBAE adalah pendekatan kepada perkembangan Pendidikan Seni yang bermula pada
awal 1980an oleh ‘Getty Center For Art Education’ (dikenali sebagai Getty Education
Institute). Ianya merupakan sebahagian daripada ‘J.Paul Getty Trust’ sebuah yayasan
swasta yang mendedikasikan sumbangan kepada Seni Visual dan Kemanusiaan.
DBAE bukanlah teori yang asli tetapi lebih merupakan kerangka konsep yang
menggabungkan elemen-elemen daripada teori-teori pendidikan yang lain (contoh;
Visual Thinking Strategies).

DBAE meliputi 4 Asas Disiplin Seni


i. Produk Seni
Murid mempelajari kemahiran bagi menghasilkan keaslian hasil karya secara
tersendiri.

ii. Sejarah Seni


Murid mempelajari kejayaan penghasilan karya pada masa lampau dan
semasa bagi memotivasikan diri, contohnya gaya serta teknik, atau pun
perbincangan tentang perhubungan dengan kebudayaan, politik,
kemasyarakatan, agama, ekonomi dan pergerakan seni.

iii. Kritikan Seni


Murid akan menyata, menganalisa, membuat intepretasi dan membuat
penilaian sesuatu hasil karya. Aktiviti ini dikenali sebagai membuat apriesiasi
seni.

iv. Estetika
Murid akan menimbangkan keaslian, maksud serta impak dan nilai sesuatu
hasil karya yang menjana formula yang mencerminkan pendapat yang ilmiah
serta penghakiman terhadap karya seni itu. Di samping mengkaji karya serta
membuat penilaian sesuatu hasil karya itu.

Pada awalnya DBAE diperkembangan untuk hasil seni sahaja tetapi secara
beransur-ansur terarah mengkaji pelbagai bidang termasuk, tarian, drama dan
muzik. Ia juga digunakan dalam kepelbagaian bidang pendidikan, seperti penkajian
tinggi, pembelajaran sepanjang hayat, muzium seni tetapi lebih digunakan dalam
kelas Pendidikan Seni Visual.

Seperti kedua-dua ‘Visual Thinking Strategies’ (VIS) dan ‘New Muzeum


Model (NMM), DBAE merupakan satu asas latihan inkuiri (inquiry based training), di
mana fokusnya kepada murid dengan minat, pertimbangan, penaakulan serta
kemahiran pemikiran kritikal mereka. Inkuiri secara terbuka, perbincangan kumpulan
serta penyelesaian masalah memainkan peranan yang penting di dalam kurikulum
dan bilik darjah di mana guru dilihat sebagai pemudah-cara di dalam proses ini.
DBAE berbeza dari kedua-dua model ini (VTS dan NMM) kerana mempunyai
matlamat pendidikan yang luas dan lebih berstruktur serta kurikulum yang lebih
terarah.

1.3 PENDEKATAN CHAPMAN

Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalam
pelajaran seni iaitu:
(i) Pemerhatian
(ii) Penerokaan
(iii) Penghasilan (pembuatan)
(iv) Apresiasi dan perlanjutan

Pemerhatian yang aktif

Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu
diberi kepada perkara berikut:

• pengetahuan sedia ada murid

• benda yang konkrit

• minat, kecenderongan dan latar belakang murid

• bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi

• mencetus idea dan imaginasi

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan


Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti
penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti,
anda perlu beri perhatian kepada perkara berikut:

ii. Penerokaan

• aktiviti kecil mudah ringkas

• cuba mencuba, suaikenal dengan bahan

• penemuan oleh murid sendiri, uji menguji

• mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain

• bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba

• aktif melibatkan pelbagai kecerdasan

• menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik

Penghasilan / membuat penggunaan alat bahan dan teknik

• tatacara, langkah dan proses membuat

• amalan tertib kerja

• keselamatan semasa bekerja

• penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil

iii Apresiasi

Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis aktiviti Apresiasi.
Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang
di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu diberi
kepada perkara berikut:

• aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan,
warna,

ton, rupabentuk dan bentuk


• aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda

• aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik

• penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya

• perasaan, penghargaan dan refleksi diri

• penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan kandungan.

Laura H. Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini
dalam pelajaran seni iaitu:

(i) pemerhatian
(ii) penerokaan
(iii) penghasilan (pembuatan)
(iv) apresiasi dan perlanjutan

Laura H. Chapman telah menyatakan bahawa proses kreativiti = proses


penghasilan/artistik. Bagi memperkembang kreativiti pelajar, guru PSV perlu
menggunakan pelbagai cara dalam menghasilkan karya dan yang penting sekali ialah
guru PSV harus menguasai bidang seni visual ini supaya guru mempunyai
pengalaman yang lebih banyak untuk mengajar murid.

1.4 PENDEKATAN PSV

Pendekatan PSV sekolah rendah merangkumi empat aspek utama iaitu:


 Pemerhatian secara aktif
 Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
 Apresiasi seni visual secara mudah
 Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.

Pemerhatian secara aktif:


 Merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci
 Memperkembangkan pemahaman terhadap asas seni visual
 Murid dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan
manusia
 Membantu murid terus menyelaras idea, imaginasi dan alam fantasi murid ke
arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak
Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan:
 Menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam
mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan
 Proses ini membantu perkembangan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni
visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik- teknik mudah
.
Apresiasi seni visual secara mudah:
 Memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual
dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan
fungsi
 Murid diperkenalkan tokoh- tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.

Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan


 Murid dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud
dalam persekitaran dan kehidupan mereka
 Ini termasuk memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai
kebersihan dan kepekaan.

1.5 PENDEKATAN PENDIDIKAN SENI JOHN A. MICHAEL

Pendidikan Seni Visual di sekolah memberikan tumpuan yang khusus dalam empat
bidang utama iaitu :-
 Menggambar
 Membuat Corak dan Rekaan
 Membentuk dan Membuat Binaan
 Mengenal Kraf Tradisional.

Micheal (1983) dan Feldman (1970) mencadangkan agar guru menggunakan


pendekatan
kemanusiaan. Ia diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran yang akan
memberi
peluang kepada pelajar mengenali dirinya dan hubungan dengan masyarakat dan
kehidupannya. Keadaan ini akan membantu proses perkembangan mereka dari
peringkat
paling asas iaitu:
• Mengenali diri sendiri
• Mengenali seni dan kelompok-kelompok kecil di persekitaran mereka
• Peka tentang perasaan
• Memiliki konsepsi diri

Murid mempunyai cara pembelajaran mereka sendiri. Seharusnya kita mengeksploitasi


kelebihan itu di samping memberi tunjuk ajar secara berkesan dalam meningkatkan
kefahaman dan penguasaan mereka dalam menguasai sesuatu kemahiran. Mengikut
John A. Michael dalam bukunya 'Art and Adolescense' ada dua pendekatan
dalam Apresiasi Seni iaitu:

(a) Pendekatan secara logik


Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman
intelek semata-mata.Banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan
munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut.

(b) Pendekatan secara psikologi


Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada
perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada
penghasilan dan penghayatan sesuatu karya seni. Pendekatan ini akan
dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam.
Secara ini lebih realistik dan dapat menerima ‘response’ dan pendapat orang
lain. Kesan tindak balas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat yang
digunakan.
2. TEORI ATAU MODEL
PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN
PENDIDIKAN SENI
VISUAL
3. STRATEGI, KAEDAH
SERTA TEKNIK
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
3.1 Strategi

Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-


kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta
kemudahan secara optimum. Dalam proses pengajaran pula, seseorang guru biasanya
menggunakan gabungan beberapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu dalam
usaha untuk mencapai objektif-objektif pengajaran.

3.1.1 Kajian Masa Depan (KMD)

Kajian Masa Depan (KMD) ialah satu pendekatan pengajaran untuk


mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu
yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan.
D
M
IF
T
K
JE
B
O
3.1.2 Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP)

Kecerdasan Pelbagai ialah kebolehan untuk menyelesaikan masalah


yang dihadapi dalam kehidupan sebenar, kebolehan menjana masalah
baharu untuk diselesaikan, dan kebolehan membuat sesuatu atau
menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu
budaya.

Objektif Teori Kepelbagaian Kecerdasan(TKP)

a) kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar.


b) kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan.
c) kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam
lingkungan sesuatu budaya.
3.1.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

TMK dalam Pendidikan Seni Visual lebih merujuk kepada


kemampuan teknologi itu sendiri, yang berfungsi sebagai satu
alat kemahiran yang memberi sokongan kepada murid, guru,
panitia serta organisasi sekolah bagi menyempurnakan tugas
serta kewajipan yang ada kaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran serta sebagai salah satu kaedah melaksanakan
kegiatan Seni Visual yang terancang dan menarik.

3.1.4 Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah


pembelajaran yang mengaitkan isi
pelajaran dengan pengalaman harian
individu, masyarakat, dan alam
pekerjaan.

3.1.5 Pendekatan Konstruktivisme

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa


murid membina sendiri pengetahuan atau konsep
secara aktif berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada.

3.1.6 Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan
pemahaman terhadap sesuatu serta dapat menyelesaikan masalah.

Proses berfikir memerlukan aspek yang berikut:


a) Pengetahuan- apa yang anda tahu tentang sesuatu objek itu
b) Kemahiran- menyoal diri sendiri tentang sesuatu objek itu
c) sikap/Nilai- keinginan untuk mengetahui tentang sesuatu objek itu.

3.1.7 Pembelajaran Masteri

Pembelajaran Masteri berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang
dipelajari. Melalui Pembelajaran Masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut
kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap
penguasaan pembelajaran.

3.2 Kaedah

Pada umumnya, kaedah ialah cara atau peraturan digunakan untuk melaksanakan sesuatu.
Berlainan dengan pendekatan, kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang
sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka masa yang
pendek. Dengan perkataan lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif
pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.

Menurut Edward M.Anthony (1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan
yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun, berlandaskan kepada sesuatu
pendekatan yang dipilih. Huraian ini bermakna kaedah-kaedah yang dipilih untuk proses
pengajaran dan pembelajaran harus berdasarkan kepada suatu pendekatan yang berkaitan
dengan model, prinsip atau teori pembelajaran. Misalnya, didalam pendekatan daripada
spesifik kepada umum, iaitu pendekatan induktif, guru boleh menggunakan kaedah inkuiri-
penemuan yang mengandungi lima prosedur yang tersusun seperti berikut:-

1. Prosedur Pertama : Mengenal pasti masalah


2. Prosedur Kedua : Merancang penyelesaian
3. Prosedur Ketiga : Mengumpul maklumat
4. Prosedur Keempat : Membuat tafsiran
5. Prosedur Kelima : Membuat kesimpulan

Di dalam sesuatu pendekatan pula, terdapat beberapa kaedah mengajar yang boleh
digunakan. Oleh itu, selain kaedah inkuiri penemuan, guru juga boleh menggunakan
kaedah Socrates, iaitu; Kaedah Induktif, Kaedah Penyiasatan, Kaedah Kerja Praktis,
Kaedah Dapatan dan sebagainya dalam pendekatan daripada spesifik kepada umum.

3.3 Teknik
Menurut Edward M.Anthony (1963), teknik mengajar merujuk kepada satu muslihat, atau
strategi, atau satu kemahiran yang digunakan oleh guru dengan tujuan untuk mencapai
objektif pelajaran secara optimum. Di antara teknik-teknik mengajar yang biasa digunakan
oleh guru ialah; Teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi dan
hafalan, penyoalan, sosiodrama, main peranan, simulasi, penyelesaian masalah,
pemudahcara, sumbangsaran, permainan dan sebagainya.

Tujuan menggunakan variasi teknik mengajar dalam situasi pengajaran ialah untuk menarik
perhatian pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan minat serta rasa ingin tahu
seterusnya bagi mencapai objektif pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari
itu.

Oleh itu, teknik mengajar yang dipilh haruslah berdasarkan kepada peringkat umur,
kecerdasan, kebolehan dan minat pelajar. Contohnya, mengikut kajian Piaget, dalam
perkembangan kognitif kanak-kanak yang berumur 6 hingga 11 tahun, teknik mengajar yang
sesuai digunakan untuk menyampaikan konsep ialah bercerita dan permainan dengan
menggunakan pelbagai bahan konkrit.

Berikut adalah contoh antara teknik yang sesuai dengan aras kemahiran objektif pelajaran :-
Aras Kemahiran Teknik Mengajar
Pengetahuan Latih Tubi
Kefahaman Syarahan
Aplikasi Tunjukcara (Demonstrasi)
Analisis Penyoalan
Sintesis Perbincangan
Penilaian Sumbangsaran
Jadual 3.1: Perhubungan Aras Kemahiran Objektif Pengajaran dengan Teknik Mengajar
Kaedah individu dan kumpulan dalam PSV
Kaedah Individu
• Menumpukan perhatian kepada seorang individu atau murid.
• Berbeza dari segi intelek, minat, kecekapan, daya cipta, dan kebolehan-kebolehan
lain.
• Kesemua pengajaran individu diwujudkan dengan mengambil kira perbezaan
pencapaian serta kadar kepantasan murid.
• Murid-murid boleh belajar mengikut kemampuan sendiri.
• Dijalankan dalam dua matlamat mengikut tujuan dan objektifnya.
• Pengajaran biasa yang bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran
yang dihadapi oleh individu-individu tertentu.
• Sesuai untuk pengajaran pemulihan
• Memperkaya pengalaman pembelajaran individu.
• Belajar tanpa bergantung pada bantu guru tetapi memerlukan bimbingan guru.
Sumber pembelajaran dirancangkan supaya setiap pelajar mengkaji/memahami
objektif pembelajarannya dan bertindak sendiri untuk mencapai objektif-objektif ini.
• Hubungan guru dan murid paling minima.
• Bahan-bahan belajar sendiri disusun dengan tujuan supaya murid akan mencapai
kemajuannya sendiri mengikut kebolehan dan keupayaan masing-masing.
• Kaedah ini menegaskan fleksibiliti dari segi masa, aktiviti-aktiviti diagnostik dan
pemulihan, pemilihan bahan-bahan mengikut kemampuan sendiri serta tempat
belajar dan cara mempelajarinya.
• media seperti bahan-bahan bercetak, bahan-bahan tayangan, filem slaid atau strip,
pita rakaman video, dan lain-lain boleh digunakan.
• Aktiviti pengajaran terancang atau pukal pembelajaran sendiri adalah amat penting.

Kaedah Kumpulan
• Menurut Gibb (1969) ia didefinisikan, “beberapa orang individu yang mempunyai
tujuan yang sama, saling berhubungan dan bertukar‐tukar pendapat serta fikiran dan
bergantung di antara satu sama lain atau berganding bahu dalam apa juga aktiviti
untuk mencapai objektif mereka.”
• L.M.Smith (1969) pula menyatakan; “unit sosial yang terdiri daripada beberapa
individu yang berinteraksi di antara satu sama lain, mempunyai nilai nilai yang sama
dan saling bergantung di antara mereka.
• Berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berorientasikan guru
kepada berpusatkan pelajar.
• Ianya bertujuan supaya pelajar dapat menguasai kemahiran yang tertentu.
• mengikut kadar pembelajaran yang sepadan dengan kebolehan mereka .

Kaedah simulasi, sumbangsaran, projek, akses kendiri dan kembara visual.

Simulasi
• Murid dapat gambaran atau contoh pengalaman secara spontan.
• Melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan
kemudian melakonkannya tanpa sebarang skrip.
• Disebut juga sebagai ‘ambil peranan’ atau ‘sosiodrama’ yang mementingkan
interaksi individu serta kumpulan.
• Dikelolakan sama ada dalam satu kumpulan kecil atau besar.
• Berkesan terutama melibatkan aktiviti komunikatif.
• Membolehkan murid berinteraksi dengan menggunakan bahasa dalam situasi sosial
yang disediakan olok-olok oleh guru dalam bilik darjah.
• Murid perlu membayangkan keadaan situasi sosial yang sebenar terlebih dahulu
sebelum dapat berinteraksi dalam situasi-situasi tersebut.
• Guru merancang aktiviti yang melibatkan murid berlatih untuk berinteraksi dalam
situasi sosial yang berlaku seharian di luar bilik darjah.
• Guru boleh memberi peranan-peranan tertentu kepada beberapa orang murid dan
kemudian meminta mereka melakonkan peranan-peranan tersebut secara spontan.
• Murid mempunyai kebebasan untuk memilih sendiri bahasa yang hendak digunakan
dalam situasi yang diberi oleh guru.
• Murid juga diberi kebebasan untuk memperkembang watak yang diberi.
• Dirancang oleh guru dengan teliti.
• Menekankan perkara berikut;
- Sebelum : terangkan terlebih dahulu kepada kelas situasinya.
- Sewaktu : murid-murid lain diminta memerhati. Pemain-pemain peranan harus
tidak terkeluar daripada peranan mereka. Apabila tiba masa yang sesuai, guru
menamatkannya.
- Bincangkan peranan yang telah dilakonkan oleh murid.
-
Sumbangsaran
 Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang
merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan
menyumbangkan pendapat dan idea.
 Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan
berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebih serius dan kompleks pada
peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.
 Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kreatif dan bukan
pembelajaran secara analitis.
 Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid.
 Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas.
 Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan
dalam sesi umum.
 Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak.
 Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan.
 Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea
 Suasana perbincangan yang tidak formal hendaklah diwujudkan.
 Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi.
 Digalakkan menggunakan prinsip 5W + 1H ( What? Why? Who? Where? When? +
How? )
 Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik.
 Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan.

Projek
• Projek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen atau
aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu.
• Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh pelajar di dalam atau di luar bilik darjah
dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu.
• Tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan meluaskan
pengalaman pelajar semasa menjalankan projek.
• Ia juga membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam
menghasilkan sesuatu projek.
•  Ia juga dapat memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman melaksanakan
aktiviti.
• Projek yang hendak dibuat hendaklah bermakna dan membawa manfaat kepada
pelajar.
•  Bahan-bahan yang diperlukan untuk projek hendaklah mudah diperolehi.
• Projek yang sesuai dengan objektif pelajaran.
• Kelebihan kaedah projek ialah pelajar memperoleh kejayaan dan perasaan kepuasan
jika dapat menyelesaikan projek. Pengetahuan yang di perolehi kekal dan berkesan.
Akses Kendiri
• Seseorang pelajar belajar apa yang ia kehendaki pada kadar sendiri di sesuatu
tempat
yang disediakan. Tempat ini dikenali sebagai Pusat Akses Kendiri.
• Ciri-cirinya memerlukan tempat yang selesa, koleksi bahan bacaan dan rujukan,
setiap
unit pelajaran dibahagikan kepada unit yang terkecil dan setiap unit disimpan di
dalam
“folder” yang berasingan.
• Setiap unit disertakan dengan arahan, latihan dan jawapan.
• Penggunaan Pusat Akses Kendiri terbahagi kepada, Ikut Jadual dan Tanpa Jadual
• Setiap pelajar mempunyai kad rekod kemajuan.
• Peranan guru menentukan aras kecerdasan pelajar, mengenalkan konsep akses
kendiri, pemudahcara (bila perlu) dan memantau rekod pencapaian dan membuat
komen.
• Kaedah yang boleh digunakan ialah seperti terarah kendiri, mesra pengguna,
Maklum balas semerta, masa kendiri, kadar kendiri dan bersendirian tanpa
pengawasan.

Kembara Visual
• Kembara visual ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati
apa yang mereka telah belajar dalam situasi sebenar.
• Pelajar dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar
sesuatu yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah.
• Tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana
pengalaman secara langsung.
• Tujuan lawatan ialah menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa
kesan kepada pembelajaran.
• Tujuan lawatan ialah ia memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan
antara bahan maujud dan proses-proses yang berlaku.
• Kaedah ini juga menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman di luar bilik
darjah dengan pembelajaran kandungan  di sekolah.
• Ia juga menggalakkan pembelajaran eksperimental dan lebih menyeronokkan kerana
perbincangan bermakna bermakna berlaku dalam proses mengumpul maklumat.
• Kaedah lawatan juga dapat memberi peluang pelajar mengalami situasi sebenar dan
ini akan mengekalkan ingatan pelajar terhadap perkara-perkara  yang diajar.
• Garis panduan teknik membuat lawatan:
Sebelum
Persediaan - tentukan tempat, objektif, tempat, jadual lawatan, agihan tugas AJK, taklimat
lawatan.
-Surat/panggilan telefon/layari internet jika perlu.

Semasa
Perlaksanaan aktiviti – ikut jadual, kawal semua murid, memberikan makluman

Selepas
Tindakan susulan - adakan perbincangan tentang nilai yang terkandung dalam lawatan
kesesuatu tempat itu. Ceritakan pengalaman tentang lawatan dalam kelas / persatuan /
perhimpunan sekolah. Hasilkan laporan dalam pelbagai bentuk seperti buku skrap, koleksi
gambar, lukisan dan lain-lain.

Teknik soal jawab dan teknik memberi arahan.


Teknik soal jawab
Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan.
• Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk
yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.
• Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang
berkaitan dengan isi pelajaran dan murid dikehendaki memberi tindakbalas yang
sewajarnya.
• Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan murid berfikir disamping dapat menguji
dan menilai apa yang diajar.
• Untuk mengesan pengetahuan asas seni murid.
• Untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.
• Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang telah ditunjuk
ajar.
• Memberi masa untuk murid berfikir menjawab soalan.
-Contohnya, guru memberi ruang masa kepada murid ketika menjawab soalan
berkenaan beberapa warna harmoni yang terdapat dalam gambar tersebut
• Guru mengendalikan jawapan murid yang salah dengan baik. Misalnya, tidak
memarahi murid apabila soalan yang dijawab itu salah.
-Contohnya, “bagus kerana menjawab, tetapi jawapan yang lebih baik ialah
campuran warna primer akan menghasilkan warna sekunder.”
• Guru perlu mendorong murid untuk menjawab sesuatu soalan yang diberi.
Contohnya, guru membuat tunjuk cara untuk menghasilkan “topeng muka kartun
kegemaranku” terlebih dahulu. Kemudian bantu murid ketika melaksanakan tugasan
yang diberikan. Dorongan ini boleh dalam bentuk petunjuk-petunjuk yang dapat
membantu murid-murid melaksanakan tugas dengan lebih baik.
• Guru meminta murid menceritakan atau menjelaskan jawapan yang tidak jelas atau
tidak lengkap.
• Teknik soal jawab ini boleh dilaksanakan mengikut aras rendah kepada aras tinggi.
Soalan-soalan yang diberikan memerlukan laporan dari aspek perasaan, pendapat
atau
kegemaran, mengubah bentuk maklumat seperti membuat perbandingan, rumusan,
dan
menyusun semula nilai maklumat yang diberikan misalnya, melaksanakan tugasan
berdasarkan prosedur yang diberikan.
• Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran
pelajar, dapat mengapresiasikan sesuatu karya estetik dengan lebih baik di samping
dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

Teknik memberi arahan


• Guru mengawal APA yang akan dipelajari, BAGAIMANA ia dilakukan serta MULA
dan AKHIR sesuatu aktiviti.
• Pelajaran yang menggunakan gaya ini mungkin menggunakan prose
yang dicadangkan oleh Gallahue (1995)
• Tujuan teknik ini;
- Mengawal penuh pengajaran
- Memilih aktiviti
- Menentukan bagaimana dan bila
- Mengawal tingkah laku
- Menilaikeputusan
- Menjimatkan masa untuk membuat percubaan
• Guru memberi penerangan ringkas dan membuat demostrasi tentang kemahiran
yang digunakan.
• Guru memberi komen am tentang prestasi kelas.
• Jika perlu,guru memberi penerangan lanjut dan membuat demostrasi lanjut
• Guru mengarahkan murid-murid mengeluarkan bahan dan alat.
• Guru meminta murid-murid duduk dalam kumpulan. Murid-murid menjalankan aktviti
kolaj dalam kumpulan. Guru memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada semua
kumpulan.
• Guru menunjukkan cara-cara menghasilkan hasil kerja.
• Kumpulan yang dapat menyiapkan hasil kerja dengan segera diminta untuk bersedia
untuk aktiviti pembentangan.
• Guru meminta murid-murid lain memberi respon / komen tentang hasil rakan-rakan
mereka.
• Guru memberi bimbingan kepada murid-murid selepas membuat pembentangan.

Teknik tunjukcara, teknik tindakbalas, teknik bercerita, teknik kawalan kelas,
menggunakan sumber bahan pengajaran dan pembelajaran.

Teknik tunjuk cara


• Tunjuk cara ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu
aktiviti mengikut prosedur.
• Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk
menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah.
• Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, kemahiran hidup, lukisan, gimnastik atau
proses pengajaran yang menjalankan sesuatu aktiviti.
• Memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak
dipelajari setelah melalui prosedur yang ditunjukkan.
• Membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah.
• Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu
eksperimen.
• Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti.
• Membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah.
• Kelebihan teknik tunjuk cara ini ialah memperkenalkan bahan pembelajaran baru
kepada pelajar melalui penglihatan dan pendengaran.
• Tiga jenis tunjuk cara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi.
• Untuk menghasilkan pembelajaran melalui tunjuk cara yang berkesan, guru
hendaklah mematuhi prinsip-prinsip berikut: 

Sebelum demonstrasi
• Guru hendaklah mematuhi topik, objektif, dan kandungan tunjuk cara.
• Alatan dan bahan disediakan.
• Tempat demonstrasi hendaklah jelas dan mudah dilihat.

Semasa demonstrasi
• Guru hendaklah memandang ke arah pelajar semasa penerangan.
• Terangkan semula sekiranya ada yang tidak jelas.
Selepas demonstrasi
• Bincangkan dengan pelajar tujuan demonstrasi supaya mereka boleh membuat
rumusan dengan tepat.

Teknik penerangan menggunakan contoh, ilustrasi dan sumber P&P.


• Menurut Edward M. Antony;1963, kemahiran guru digunakan untuk pengelolaan dan
pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
• Kaedah membentuk teknik seperti teknik bercerita (teknik penyampaian)
• Satu muslihat, strategi atau kemahiran digunakan guru dengan tujuan mencapai
objektif pelajaran secara optimum.
• Teknik pembelajaran yang dilaksanakan di bawah penyeliaan guru.
• Mempelbagaikan perbendaharaan kata untuk mendapatkan hukum.
• Memperkenalkan pengetahuan dan pengalaman.
• Mengakumulasikan maklumat untuk membentuk hukum.
• Membentuk kesimpulan daripada contoh-contoh tertentu.
• Pengajaran dengan mengemukakan generalisasi dan kemudian diikuti oleh contoh-
contoh.
• Bermatlamatkan pemerolehan struktur kognitif.
• Membentuk satu tatacara yang berkesan bagi mengajar kemahiran bahasa iaitu
memahami, menulis dan bertutur.
• Generalisasi pada permulaan pengajaran mestilah dinyatakan secara eksplisit.
• Contoh-contoh yang digunakan mestilah sesuai dan mencukupi.
• Contoh hendaklah bertepatan dengan isi pelajaran.
• Contoh mestilah betul supaya murid dapat meniru dan menghasilkan contoh yang
lain.
• Cara mudah untuk menyampaikan isi pelajaran.
• Menjimatkan masa dan tenaga, tidak perlu membuat banyak persediaan.
• Teknik ini patut dan sesuai digunakan oleh kerana secara tradisinya, guru patut
memberikan penerangan sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran.
4. PERANCANGAN DAN
PERSEDIAAN
MENGAJAR BAGI
SEMESTER SERTA
TAHUNAN

TUGASAN 1 :
PORTFOLIO
TUGASAN 2 :
PENGAJARAN
MIKRO

TUGASAN 3 :
PEMBENTANGAN
TUGASAN 4 :
PENULISAN
REFLEKSI

REFLEKSI (Tugasan 1: Portfolio)

Alhamdulillah, sejuta kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T, kerana dengan izin
dan rahmat daripada-Nya dapatlah saya sempurnakan Tugasan 1 bagi kerja kursus subjek
PSVK3083, Pedagogi Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah.

Sesungguhnya, kerja kursus yang diberikan sudah tentu memberikan satu impak
yang mendalam terhadap diri setiap individu yang terlibat termasuklah saya sendiri. Saya
telah ditugaskan untuk membuat dokumentasi bahan maklumat mengenai pendekatan
dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual, teori atau model pembelajaran dan pengajaran
Pendidikan Seni Visual, strategi, kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran, dan
perancangan dan persediaan mengajar bagi semester serta tahunan. Oleh itu, antara
pengalaman dan pengetahuan baharu yang telah saya pelajari ialah, saya dapat belajar
untuk menjelaskan pendekatan dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual dengan lebih baik.
Selain itu, saya juga dapat menjalankan kajian terperinci mengenai teori, model, strategi,
kaedah, serta teknik pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan perkara tersebut,
semasa menyiapkan kerja kursus ini kami telah diajar untuk membuat Rancangan
Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Semester dengan format yang betul.
Maka dengan itu, melalui pengajaran yang telah disalurkan kepada kami secara tidak
langsung, kerja kursus ini membolehkan saya untuk belajar menghasilkan satu portfolio
yang semestinya melalui suatu proses kerja yang teratur dan sistematik.

          Secara keseluruhannya, kerja kursus kali ini telah menambah satu lagi ilmu
yang bermanfaat kepada naluri saya sendiri sebagai seorang bakal warga pendidik yang
perlu menguasai banyak hal termasuklah ilmu dalam bidang seni. Selepas ini, segala
kemahiran yang diperoleh pasti akan saya gunakan dan manfaatkannya dengan sebaik
mungkin. Akhir kata, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang
terlibat dalam membantu untuk tugasan kali ini. Sekian, terima kasih.

REFLEKSI (Tugasan 3: Pembentangan)

Alhamdulillah, sejuta kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T, kerana dengan izin
dan rahmat daripada-Nya dapatlah saya sempurnakan Tugasan 3 bagi kerja kursus subjek
PSVK3083, Pedagogi Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah.

Sesungguhnya, kerja kursus yang diberikan sudah tentu memberikan satu impak
yang mendalam terhadap diri setiap individu yang terlibat termasuklah saya sendiri. Saya
dan rakan sekumpulan saya telah ditugaskan untuk membuat pembentangan mengenai
teori-teori pembelajaran, pendekatan, perancangan dan persediaan mengajar, strategi,
kaedah dan teknik dalam pengajaran serta pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Tajuk
pembentangan kami ialah Perancangan dan Persediaan Mengajar, dan Melaksanakan
Pengajaran Makro dengan pendekatan PSV. Oleh itu, antara pengalaman dan pengetahuan
baharu yang telah saya pelajari ialah, saya dapat mengaplikasikan kemahiran pengajaran
makro. Selain itu, saya juga dapat mengaplikasikan 5P dalam pengajaran dan pembelajaran
kurikulum terkini.

          Secara keseluruhannya, kerja kursus untuk tugasan ini telah menambah satu lagi ilmu
yang bermanfaat kepada naluri saya sendiri sebagai seorang bakal warga pendidik yang
perlu menguasai banyak hal termasuklah ilmu dalam bidang seni. Selepas ini, segala
kemahiran yang diperoleh pasti akan saya gunakan dan manfaatkannya dengan sebaik
mungkin. Akhir kata, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang
terlibat dalam membantu untuk tugasan kali ini. Sekian, terima kasih.

REFLEKSI (Tugasan 4: Penulisan Refleksi)

Alhamdulillah, sejuta kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T, kerana dengan izin
dan rahmat daripada-Nya dapatlah saya sempurnakan Tugasan 1 bagi kerja kursus subjek
PSVK3083, Pedagogi Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah. Sebelum melangkah ke
intipati refleksi seterusnya, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada pensyarah-pensyarah pembimbing, En Mohd Azlie Abdullah dan EN Mansor Md.
Desa kerana mereka telah banyak menyumbangkan jasa dalam memberikan tunjuk ajar
sepanjang kerja kursus ini dijalankan. Komitmen mereka yang tinggi dalam memastikan
setiap dari kami dapat mengikuti interaksi dengan berkesan telah mendorong saya dan
rakan-rakan untuk turut memberikan kerjasama yang maksimum. Tidak lupa juga kepada
rakan-rakan sekelas yang sudi berkongsi dan bertukar-tukar maklumat.
Sesungguhnya, kerja kursus yang diberikan sudah tentu memberikan satu impak
yang mendalam terhadap diri setiap individu yang terlibat termasuklah saya sendiri. Saya
telah ditugaskan untuk membuat Tugasan 1 iaitu mengenai dokumentasi bahan maklumat
mengenai pendekatan dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual, teori atau model
pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Seni Visual, strategi, kaedah serta teknik
pengajaran dan pembelajaran, dan perancangan dan persediaan mengajar bagi semester
serta tahunan. Oleh itu, antara pengalaman dan pengetahuan baharu yang telah saya
pelajari ialah, saya dapat belajar untuk menjelaskan pendekatan dalam pengajaran
Pendidikan Seni Visual dengan lebih baik. Selain itu, saya juga dapat menjalankan kajian
terperinci mengenai teori, model, strategi, kaedah, serta teknik pengajaran dan
pembelajaran. Sehubungan dengan perkara tersebut, semasa menyiapkan kerja kursus ini
kami telah diajar untuk membuat Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan
Pengajaran Semester dengan format yang betul. Maka dengan itu, melalui pengajaran yang
telah disalurkan kepada kami secara tidak langsung, kerja kursus ini membolehkan saya
untuk belajar menghasilkan satu portfolio yang semestinya melalui suatu proses kerja yang
teratur dan sistematik.

Selain itu, saya harus melaksanakan suatu mikro pengajaran untuk Tugasan 2.
Micro teaching yang saya jalankan adalah mengenai tahun tiga. Micro teaching yang telah
dijalankan mempunyai beberapa kelebihan tertentu. Antaranya ialah pelajar dapat
mengenalpasti imej iaitu imej buah oren dan buah epal yang terdapat di kertas dengan baik.
Micro teaching ini juga tidak membosankan kerana saya dan rakan sekumpulan saya
menggunakan set induksi yang mempunyai unsur nyanyian. Pelajar dapat melaksanakan
tugasan berpandukan gambar rujukan yang saya tunjuk di hadapan dengan baik. Walau
bagaimanapun, micro teaching ini tetap mempunyai cacat cela atau kelemahan. Antaranya
ialah kawalan kelas agak tidak terkawal. Saya dapati diri kurang bersedia dengan topik yang
hendak diajar di dalam kelas. Selain itu, tugasan yang diberikan oleh guru kepada pelajar
tidak dibimbing dengan baik. Alat bantu mengajar yang kami gunakan juga amat ringkas dan
imej bersaiz kecil. Saya juga tidak menggunakan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK)
semasa PdP berjalan. Bagi melakukan penambahbaikan micro teaching ini, saya haruslah
melaksanakan aktiviti yang lebih menarik dan interaktif yang dapat merangsang kreativiti
pelajar. Seterusnya, saya haruslah menunjukkan langkah demi langkah cara-cara untuk
melukis objek dengan betul di papan tulis. Selain itu, saya boleh menaik taraf set induksi
saya dengan menggunakan elemen TMK untuk bahagian nyanyian supaya mempunyai ciri-
ciri kelas abad ke-21. Bagi tindakan susulan untuk micro teaching ini, saya mestilah
membuat rujukan beberapa contoh bahan bantu mengajar yang dihasilkan oleh senior. Saya
juga harus meminta bimbingan dan pendapat daripada pensyarah bimbingan.

Seterusnya, saya dan rakan sekumpulan saya telah ditugaskan untuk membuat
Tugasan 3 iaitu pembentangan mengenai teori-teori pembelajaran, pendekatan,
perancangan dan persediaan mengajar, strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran serta
pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Tajuk pembentangan kami ialah Perancangan dan
Persediaan Mengajar, dan Melaksanakan Pengajaran Makro dengan pendekatan PSV. Oleh
itu, antara pengalaman dan pengetahuan baharu yang telah saya pelajari ialah, saya dapat
mengaplikasikan kemahiran pengajaran makro. Selain itu, saya juga dapat mengaplikasikan
5P dalam pengajaran dan pembelajaran kurikulum terkini. Tugasan pembentangan topik
yang dipilih memerlukan kemahiran menggunakan enjin pencari. Hal ini membolehkan saya
dan rakan-rakan memperoleh banyak maklumat atau bahan yang berguna dan sesuai
dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran kelak. Dengan adanya bahan-bahan
tersebut, ianya akan membantu saya untuk melancarkan lagi pengajaran dan pembelajaran
yang akan saya jalankan sendiri satu hari nanti memandangkan kesemua bahan telah
disimpan dalam fail tertentu dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja.

Secara keseluruhannya, kerja kursus kali ini telah menambah satu lagi ilmu yang
bermanfaat kepada naluri saya sendiri sebagai seorang bakal warga pendidik yang perlu
menguasai banyak hal termasuklah ilmu dalam bidang seni. Selepas ini, segala kemahiran
yang diperoleh pasti akan saya gunakan dan manfaatkannya dengan sebaik mungkin. Akhir
kata, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam
membantu untuk tugasan kali ini. Sekian, terima kasih.
RUJUKAN
Sumber rujukan buku :

Ace Ahead, Marhain A.Razak, Mohd. Shahrizal Dolah. 2004. Seni Visual.
Selangor; Oxford Fajar Sdn Bhd.

Mohd Johari Ab. Hamid. 2010. Metodologi Pendidikan Seni Visual. Perak: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Mok Soon Sang. 2003. Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3.
Selangor; Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mohd. Yusof Abdullah. 2004. Pengetahuan Pedagogi Guru. Kuala Lumpur; Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd

HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual, Rousliluddin Ambia. OUM

Laman web :

http://nuruleyda.blogspot.com/2011/04/strategi-kaedah-dan-teknik.html

http://itukamibudakseni.blogspot.my/2010/11/strategi-dalam-pengajaran-dan.html

http://kaharkhai.blogspot.my/2013/04/konsep-strategi-o-kebijaksanaan-memilih.html

Anda mungkin juga menyukai