Anda di halaman 1dari 17

1.

0 PENDAHULUAN
Pendidikan Seni Visual di peringkat sekolah rendah bertujuan memberi peluang
kepada murid memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran
dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan
mata pelajaran lain. Umumnya, murid di sekolah rendah pada keseluruhan adalah
kreatif, ekspresif dan aktif. Seni Visual memainkan peranan memperkembangkan sifatsifat ini melalui persepsi visual, imaginasi, dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran,
penerokaan, dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan
mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana dapat
membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian, dan mengenali cita
rasanya tersendiri. Pendidikan Seni Visual merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan
penerokaan, proses penghasilan, pengertian seni secara menyeluruh. Dokumen
Standard Seni Visual merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan penerokaan, proses
penghasilan, pengertian seni secara menyeluruh, dan aspek kritikan. Diharapkan
dengan adanya Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah akan dapat membentuk
keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian.
1.1 Matlamat
Matlamat mata pelajaran Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan
yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.
Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran
terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan
bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan
negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
1.2 Objektif
Setelah mengikuti Kurikulum Seni Visual sekolah rendah murid dapat:
1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan
2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan
menyeronokkan
3. menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera
4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya
5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual
6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat, dan selamat
7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disipilin diri, dan bertanggungjawab
8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air
9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual.
10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang
berfaedah.
1

2.0 PENTAKSIRAN
Pentaksiran memainkan peranan yang penting dalam pendidikan. Pentaksiran
dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan
seterusnya bagi tujuan perancangan program pembaikan pendidikan. Dalam pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah, pentaksiran dilakukan bagi memastikan sama
ada guru `mengajar` dan pelajar `belajar`. Melalui pentaksiran pengajaran dan
pembelajaran, para guru, murid dan ibu bapa, pentadbir dan perancangan pendidikan
mempunyai asas yang kukuh bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan
keberkesanan pembelajaran pelajar. Malah , aktiviti pentaksiran menjadi sebati dengan
proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Tanpa pentaksiran, kita tidak dapat
menentukan sama ada pengajaran dan pembelajaran berkesan. Tanpa pentaksiran,
bidang pendidikan tidak mungkin berkembang sebagaimana perkembangannya pada
hari ini. Justeru itu, pentaksiran perlu dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Buktibukti emperik, iaitu bukti-bukti sahih tentang sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang
diperoleh mengunakan pengukuran, perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di bilik
darjah sering menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek utama dalam
bidang teknologi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
2.1 Pengertian dan Konsep Pentaksiran
Menurut Stufflebeam (1971) pentaksiran adalah proses mengenal pasti,
memperoleh

dan

menyediakan

maklumat

berguna

bagi

keputusan

mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Pentaksiran menentukan


jurang perbezaan antara apa yang dihasilkan dengan apa yang dihasratkan dari
sesuatu program pendidikan. Pentaksiran merupakan pertimbangan profesional
iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan. Beberapa pakar
seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich
(1996) menyatakan pada asasnya pentaksiran merupakan suatu proses membuat
keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan
pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan
berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan.
Mengikut pakar dan penulis buku yang terkenal dalam bidang berkenaan iaitu
David Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun
2

2003, pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi


maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan
berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Dodge et. al. (1994) pula
mengatakan pentaksiran merupakan satu proses pengumpulan maklumat tentang
kanak-kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran danperkembangan mereka
yang dinilai melalui pemerhatian, dokumentasi dan tugasan yang dilakukan oleh
kanak-kanak.
Menurut Hills (1993), pentaksiran melibatkan langkah yang pelbagai dalam
mengumpul maklumat mengenai perkembangan kanak-kanak dan proses
pembelajaran mereka. Dalam masa yang sama pentaksiran juga dikatakan akan
dapat mengenalpasti signifikannya matlamat dan objektif pendidikan serta
rnenggunakan maklumat yang ada untuk merancang program yang berkaitan
dengan pendidikan awal kanak-kanak, Ada juga pendapat yang mengatakan
bahawa dalam penulisan mengenai pentaksiran yang bersesuaian dengan kanakkanak perlu melibatkan penilaian yang bermakna terutama dalam aspek
pemerhatian dan pengukuran yang dibuat ke atas diri kanak-kanak yang lebih
bermakna untuk bakal generasi akan datang.
Dari segi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, pentaksiran boleh
didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan
sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah tercapai. Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, pendedahan tentang pentaksiran
prestasi juga turut dilaksanakan. Pentaksiran prestasi ini terbahagi kepada dua
bahagian iaitu pelaksanaan tugasan dan yang satu lagi ialah set pemarkahan
kriteria atau Rubrik. Tujuan pentaksiran dijalankan di bilik darjah semasa proses
pengajaran dan pembelajaran adalah untuk mendapatkan gambaran tentang
prestasi seseorang, menilai aktiviti yang dijalankan, mendapatkan maklumat
secara berterusan, memperbaiki pengajaran dan pembelajaran, merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan
tahap keupayaan murid, melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam
kelas secara efektif serta merancang dan melaksanakan aktiviti tindakan susulan
yang dikenalpasti.
Dalam konteks sekarang, istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat
penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan
3

pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Dalam


konteks pendidikan,

pentaksiran

merupakan sebahagian daripada proses

pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod,


memberi skor dan menterjemah maklumat pembelajaran seseorang pelajar. Dasar
penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan melalui
langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan
dijalankan dalam kelas. Justeru kecekapan guru dalam membangun instrumen
pengujian dan penilaian amat penting.
Pelbagai makna dan konsep yang telah diterangkan bagi istilah pentaksiran.
Melalui pemerhatian berdasarkan huraian tersebut pentaksiran merupakan satu
proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang
produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai,
merekod,

memberi

skor

dan

menginterpretasi

maklumat

tentang

hasil

pembelajaran seseorang pelajar.


2.2 Objektif Pentaksiran
Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam perkara berikut :
i.

Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.

ii.

Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.

iii.

Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari


masa ke semasa.

iv.

Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan


murid.

v.
vi.

Mengesan keberkesanan pengajaran


Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.

2.3 Tujuan Pentaksiran


Tujuan pentaksiran adalah :
i.
Mengesan keberkesanan pengajaran.
ii.
Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan sertamerta.
iii.
Merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan
iv.

pertumbuhan murid.
Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.

v.
vi.

Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari


masa ke semasa.
Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.

2.4 Ciri-Ciri Pentaksiran


1. Kesahan Skor :- merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan
2. Kebolehpercayaan Skor :- merujuk kepada ketekalan dan ketepatan
3. Keobjektifan :- ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor
4. Kebolehtadbiran :- kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan
secara berpusat atau berasaskan sekolah
5. Kemudahtafsiran :- maklumat tentang calon berdasarkan skor, diskrimininasi
antara calon, ketepatan tujuan mengadakan ujian
6. Kekomprehensifan :- Kertas soalan mewakili semua objektif penting Sukatan
Pelajaran
2.5 Instrumen Penilaian Pendidikan Seni Visual
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)

Ujian (sejarah dan apresiasi seni)


Kaedah pemerhatian
Kaedah temubual
Kaedah anekdot
Menggunakan senarai semak
Menggunakan soal selidik
Portfolio

2.6 Proses Pelaksanaan Pentaksiran


Terdapat berbagai jenis jenis penilaian yang boleh dijalankan dalam
pengajaran penduidiakan seni visual. Antaranya juga terdapat berbagai pandangan
dan garis panduan yang boleh dirujuk agar penilaian itu akauntabel dan
menggunakan piawai (standards) nasional yang telah ditentukan mengikut
kemahiran dan tahap pelajaran pendidikan seni visual. Penilaian juga boleh
dilakukan dengan menggunakan portfolio untuk penilaian yang berterusan.
Untuk menilai proses dan hasil kerja pelajar, beberapa cadangan boleh
dijadikan kriteria penilaian. Rob Barnes (1987) berpendapat, terdapat lima perkara
yang perlu dinilai iaitu:
i.

proses kerja,
5

ii.

pengendalian bahan,

iii.

penggunaan media,

iv.

kemahiran kritikal, dan

v.

peringkat-peringkat perkembangan peribadi.


Manakala Michael (1998) mencadangkan lapan objektif yang perlu dinilai

iaitu meliputi: komunikasi atau ekspresi, keyakinan diri /self-esteem, perkembangan


persepsi, ketekalan organisasi estetika, pengetahuan seni, kreativiti, kemahiran, dan
kepuasan atau keseronokan.
Dalam penilaian pendidikan seni visual, adalah penting untuk menilai aspek
yang berkaitan dengan pembelajaran, sejarah dan apresiasi seni serta
perkembangan dalam estetika. Sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru
hendaklah merancang perkara-perkara berikut :
i.

Mengenal pasti murid yang hendak dinilai.

ii.

Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai.

iii.

Menentukan instrumen yang hendak digunakan.

iv.

Menentukan aspek yang hendak diperhatikan.

v.

Menentukan tempoh masa pemerhatian.

vi.

Menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan pentaksiran.

3.0 ISU-ISU PENTAKSIRAN PERFORMANCE BASED DI SEKOLAH RENDAH


Pentaksiran Perfomance Based adalah penilaian yang mengkehendaki murid untuk
menunjukkan keaslian hasil kerja dan pada akhirnya akan di nilai berdasarkan kriteria
yang lebih spesifik.
Pentaksiran Performance Based membekalkan guru dengan maklumat mengenai
bagaimanakah murid memahami dan mengaplikasikan pengetahuannya. Mereka boleh
menggunakan penilaian secara produk dan kemahiran yang boleh di perhatikan dan
dinilai dengan kriteria yang terperinci. Tugasan yang mempunyai lebih dari satu
penyelesaian selalunya mendekatkan mereka kepada pentaksiran secara perfomance
based. Guru akan membantu murid untuk menggunakan kemahiran berfikir seperti
kajian dan analisis. Contohnya adalah seperti memberikan ilmu, menulis kertas kajian,
mencuba peralatan, dan membina serta mengelola eksprimen sains.
6

Persoalan yang timbul perlu kita ketahui dalam pentaksiran ini di mana kita perlu
tahu bagaimana untuk mengetahui pencapaian murid dalam pentaksiran Performance
Based. Peringkat pertama adalah

memberikan takrifan kepada murid dan guru

mengenai persepsi mengenai tugasan yang diberikan. Peringkat kedua pula adalah
setelah definisi diberikan atau di temui, guru dan murid menilai berdasarkan objektif
tugasan dengan tepat. Setelah peringkat tadi selesai, seseorang yang berkecuali akan
melaksanakan proses tersebut secara individu untuk mengetahui ketepatan penilaian
yang

dilaksanakan.

Dengan

kata

lain,

penulisan

kriteria

persembahan

akan

membolehkan guru untuk mengekalkan pencapaian terutamanya dalam kemahiran


mentaksir.
Melalui pentaksiran ini, kita juga dapat menyimpan maklumat berkaitan dengan
pencapaian murid itu sendiri. Terdapat 4 perkara yang perlu diketahui dalam proses
menyimpan maklumat yang berhubung dengan pencapaian berdasarkan pentaksiran
performance based. Antaranya ialah rubrik, senarai semak, naratif dan memori. Rubrik
penilaian merupakan dokumen yang berkaitan dengan skala pencapaian yang diperolehi
oleh murid-murid berdasarkan pemerhatian guru berhubung dengan kriteria yang
ditetapkan. Ianya adalah berhubung dengan tajuk atau perkara yang hendak dinilai.
Kebiasaannya rubrik penilaian ini menetapkan empat atau lima tahap yang dikehendaki
contohnya tahap satu adalah lemah, tahap dua sederhana, tahap tiga baik dan
sehinggalah kepada cemerlang. Ianya haruslah disesuaikan dengan jenis tajuk atau
perkara yang dipilih.
Penilaian melalui senarai semak pulak adalah jenis dokumen yang mudah untuk
dilakukan di mana penilaian tersebut hanyalah diberi dua kategori. Kategori yang
dimaksudkan

ialah

samada

murid

dapat

melakukannya

ataupun tidak

dapat

melaksanakannya. Ini amat mudah untuk dilaksanakan tetapi agak kurang tepat bagi
memastikan ianya berkesan atau tidak bagi tindakan yang selanjutnya dibuat.
Walaubagaimanapun penilaian cara ini memang mudah untuk dilaksanakan.
Bagi penilaian naratif pula ianya adalah berbentuk penulisan yang disimpan.
Sekiranya ingin membuat penilaian terhadap murid berdasarkan tugasan yang diberikan
kita perlulah membuat penerangan yang tepat bagaimana murid tersebut dapat
melaksanakan kriteria pencapaian yang ditetapkan. Keburukan yang dapat diperhatikan
berdasarkan

penilaian

jenis

ini

adalah

melaksanakannnya.
7

memerlukan

banyak

masa

untuk

Penilaian yang terakhir dalam pentaksiran performance based adalah penilaian


secara memori. Maksudnya di sini adalah guru perlu membuat pemerhatian secara
rawak berdasarkan perkara yang ingin dinilai. Maklumat melalui pemerhatian perlu
diingat oleh seseorang guru tersebut samada murid tersebut dapat melaksanakan atau
tidak bagi tugasan yang diberikan berdasarkan pencapaian murid. Di sini kelemahan
bagi penilaian ini adalah kesukaran bagi guru tersebut untuk menilai ketetapan
terutamanya dalam masa yang agak lama untuk menyimpan data dalam ingatannya.
Jadi di sini, penilaian performance based ini memerlukan guru memahami muridmuridnya berdasarkan empat contoh jenis penilaian yang boleh dibuat oleh guru
tersebut. Pemilihan penilian ini haruslah disesuaikan dengan perkara yang ingin dinilai
serta kesukaran penilian tersebut. Hasil daripada penilaian tersebut, guru dapat melihat
kelemahan dan kekuatan yang terdapat pada diri muridnya.

4.0 PERTAKSIRAN HASIL KARYA MURID

Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan


kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian
daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la
hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta
Pendidikan 1996. (Akta 550). Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk
mengenalpasti

kecerdasan

dan

potensi

murid

bagi

memperkukuh

dan

mempertingkatkan perkembangan mereka.


Setelah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual
bagi Tahun 4, satu rekod pentaksiran hasil karya murid telah dijalankan bagi mentafsir 6
hasil karya murid berdasarkan 2 orang tahap cemerlang, 2 orang tahap sederhana dan
2 orang tahap lemah. Melalui pentaksiran tersebut, satu rubrik analitikal dibina untuk
mentafsir karya murid tersebut.
Berpandukan kepada rubrik analitikal ini, guru dapat memberi markah secara
point iaitu ia perlukan skema pemarkahan yang terperinci dan setiap unit jawapan diberi
perhatian dan pemberatan. Ia juga dapat ditaksirkan bukan sahaja kepada unsur isi atau

idea utama tetapi juga kepada organisasi dan kesepaduan unsur-unsur berkenanan
dalam penghasilan karya.

4.1 Rubrik

Rubrik merupakan alat penilaian untuk penilaian subjektif. Hal ini adalah
untuk satu set kriteria dan standard yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran
yang digunakan untuk menilai prestasi pelajar di atas kertas, projek, esei dan
tugasan lain. Standard rubrik membolehkan kita menilai berdasarkan kriteria
tertentu dan membuat pemarkahan dengan lebih mudah dan telus.
Rubrik adalah usaha untuk menggambarkan kriteria penilaian yang
konsisten. Hal ini membolehkan guru dan pelajar sama-sama menentukan tahap
kriteria yang rumit dan subjektif dan memberikan landasan untuk penilaian diri,
refleksi dan rakan sebaya. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan penilaian yang
tepat dan adil. Selain itu, rubrik dapat membantu guru menjimatkan masa dalam
menilai dan memberi markah kepada pelajar.
Rubrik biasanya mempunyai 2 bahagian iaitu senarai kriteria tugas dan
tahap pencapaian kriteria. Setiap kriteria di dalam rubrik merupakan acuan
prestasi sehingga dijadikan asas untuk menilai respons pelajar. Rubrik
mempunyai skala pemeringkatan. berbeza dengan skala penilaian yang
pemeringkatannya hanya berupa kedudukan sangat kurang, sangap baik, cukup,
sempurna. Kaedah rubrik mempunyai kelebihan iaitu pemeringkatan kriteria
dalam bentuk keterangan yang terperinci.
Rubrik dapat bersifat menyeluruh atau berlaku umum dan dapat juga
bersifat khusu atau hanya berlaku untuk situasi tertentu. Rubrik yang bersifat
9

menyeluruh dapat disajikan dalam bentuk Holistik rubrik. Rubrik holistik adalah
pedoman untuk menilai berdasarkan kesan keseluruhan atau kombinasi semua
kriteria. selain itu, terdapat juga analytic rubrik. Rubrik analitik adalah pedoman
untuk

menilai

berdasarkan

beberapa

kriteria

yang

ditentukan.

Dengan

menggunakan rubrik ini, kita dapat menganalisis kelemahan atau kelebihan


siswa.

4.2 Rubrik Analitikal


SKEMA PEMARKAHAN HASIL KARYA SENI (ANALITIK)
Bidang
Aktiviti
Tema
Tajuk

: Membuat Corak dan Rekaan (Tidak Terancang)


: Ikatan Dan Celupan
: Alam Semula Jadi Ataun Objek Buatan Manusia
: Sapu Tangan

KEMAHIRAN YANG DINILAI


PERSEPSI ESTETIK
(20 MARKAH)
Unsur seni
Prinsip rekaan
APLIKASI SENI
(25 MARKAH)
Mengenal dan
menyatakan jenis-jenis
media
Mengetahui penggunaan
media, teknik dan proses
dalam penghasilan karya
EKSPRESI KREATIF
(30 MARKAH)
Memilih dan
memanipulasi bahan
secara kreatif
Menggunakan unsur seni
dan prinsip rekaan dalam

INDIKATOR PRESTASI DAN PENILAIAN


CEMERLANG
SEDERHANA
LEMAH
(16 20 MARKAH)
(8 15 MARKAH)
(1 7 MARKAH)
Mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang
ada pada corak teknik ikatan dan celupan
CEMERLANG
(18 - 25 MARKAH)

SEDERHANA
( 8 17 MARKAH)

LEMAH
(1 - 7 MARKAH)

Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media serta


proses dan teknik dalam penghasilan corak teknik ikatan dan
celupan
CEMERLANG
SEDERHANA
LEMAH
(21 - 30 MARKAH)
( 1 20 MARKAH)
(1 10 MARKAH)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual,
media serta proses dan teknik dalam penghasilan corak teknik
ikatan dan celupan secara kreatif

10

penghasilan karya.
APRESIASI SENI
(15 MARKAH)
Mempamerkan karya
yang dihasilkan
Menceritakan karya
sendiri secara lisan
Menghargai karya sendiri
dan rakan
SIKAP DAN SAHSIAH
(5 MARKAH)

CEMERLANG
(1115 MARKAH)

SEDERHANA
(6 0 MARKAH)

LEMAH
(1 5 MARKAH)

Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan


menumpukan pada aspek bahasa seni visual

CEMERLANG
(4 - 5 MARKAH)

SEDERHANA
(2 3 MARKAH)

LEMAH
(1 7 MARKAH)

Komitmen dan kolaborasi terhadap tugasan

Jadual 1 : Rubrik Analitikal

KRITERIA PENILAIAN
BIL
1

ASPEK

KRITERIA

WAJARAN

Perolehan ilmu
-

Susunan corak yang kemas dan

teratur.
Menghasilkan corak daripada capan

Perwujudan idea

10%

daun dengan kemas dan cantik.


2

Aplikasi seni
-

Pemilihan bahan
Pemilihan warna

Dapat menggunakan alat dan bahan

dengan betul.
Penggunaan warna yang pelbagai

10%

dan menarik
3

Proses dan teknik


-

Proses penghasilan
Penggunaan teknik

Keaslian

Mengaplikasikan
pengetahuan,kemahiran dan

40%

berbahasa seni visual dengan


-

menghasilkan corak
Penggunaan teknik capan yang betul

Menghasilkan corak yang berbeza

10%

daripada contoh yang diberikan.


5

Kekemasan

Penghasilan corak daripada capan


11

20%

daun yang kemas,bersih dan teratur.


6

Sahsiah

Memberi komitmen yang baik dan


menunjukkan kesungguhan dalam
melakukan aktiviti.

Jadual 2 : Kriteria Penilaian Hasil Kerja Murid

12

10%

Dengan menggunakan rubrik analitikal ini, hasil karya murid boleh diperiksa oleh
guru yang kurang berpengalaman dan tidak begitu menguasai bidang berkenaan.
Pemarkahan pula diberi berdasarkan kepada skrip jawapan yang telah disediakan. Guru
tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menimbang jawapan murid sama ada tepat,
kurang tepat atau tidak betul. Skrip jawapan akan diperiksa sekali sahaja oleh pemeriksa.
Cara pemarkahan ini dapat menjelaskan mengapa pencapaian murid tinggi atau rendah.
Guru juga dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan prestasi murid dan
menyampaikan maklumat ini kepada murid. Murid juga akan dapat melihat serta menilai di
mana dan apa kelemahan mereka dengan jelas. Di samping itu juga, objektif dan
ketekalannya dapat dikekalkan sekiranya pemeriksa menjalankan tugas dengan teliti.
Kelemahan bagi pentaksiran rubrik analitikal ini adalah ia akan mengambil masa
yang agak lama untuk memeriksa setiap skrip jawapan terutamanya apabila bilangan calon
terlalu ramai. Ia juga memerlukan pemeriksa untuk membandingkan jawapan pelajar
dengan skrip jawapan satu persatu. Pentaksiran ini melibatkan pemeriksaan yang dilakukan
secara fakta dan kurang memberi penekanan pada kemahiran penulisan. Apabila
penekanan hanya diberikan kepada fakta semata-mata, secara tidak langsung akan
menyebabkan

pelajar

hanya

terlalu

bergantung

mengulangkaji pelajaran.

13

kepada

skema

jawapan

dalam

5.0 PENTAKSIRAN PEMERHATIAN


5.1 Pengenalan
Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikutjangka
waktu yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Aspek yang diperhatikan menyeluruh,
meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor
bahan dan persekitaran.,Pemerhatian adalah satu kaedah penilaian yang sistematik
untuk mengumpul data atau maklumat dan merekodnya dengan tepat. Kaedah
penilaian melalui pemerhatian ini dapat dinilai melalui pemerhatian tingkah laku,
pemerhatian perbualan atau interaksi dan hasil kerja
Proses penilaian ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan instrumen
seperti senarai semak, skala kadar, rekod anekdot, rekod profil dan lain-lain.
Dapatan dari proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi
terhadap prestasi masing-masing.
5.2 Jenis Pemerhatian
Dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai/diperhati, iaitu :
i.
Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran (interpretation) dan tanggapan
ii.
iii.

(judgement)
Memerhati apa yang telah dirancang secara open ended
Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang

5.3 Strategi Pelaksanaan


Pemerhatian boleh dilaksanakan dengan menggunakan strategi dan cara serta
kriteria tertentu. Antaranya ialah :
i.
ii.

Dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan yang dirancang


Menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang

iii.
iv.
v.

merangkumi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran


Dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif pemerhatian
Tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian dijalankan
Jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan
keperluan

5.4 Strategi Pelaksanaan


14

Penilaian melalui pemerhatian :


i.

Digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu/kumpulan

ii.
iii.

dalam
Sesuatu proses pembelajaran
Dibuat oleh pelajar (individu /kumpulan) untuk melihat tahap pencapaian

iv.
v.

sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran


Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek
Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/pelajar merancang tindak

vi.
vii.
viii.

susul yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya seperti


Menjalankan aktiviti pemulihan/pengukuhan
Meningkatkan motivasi pelajar
Mengatur aktiviti pengayaan dan penyuburan diri yang sesuai dengan minat

ix.

dan keupayaan serta prestasi pelajar


Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru membuat refleksi terhadap
keberkesanan peranannya sebagai penyampai maklumat, pemudahcara,
pendidik dan mentor.

Pemerhatian yang terancang membantu guru :


i.

Mengetahui sejauh manakah minat pelajar terhadap pelajaran dan apakah

ii.
iii.
iv.
v.
vi.

yang mendorong/menolak minat tersebut


Mengesan sama ada strategi pengajaran guru memberi kesan yang positif
Mengesan kemampuan atau tahap pemikiran pelajar
Mengesan tahap penguasaan bahasa pelajar
Menyimpan rekod yang sistematik untuk rujukan dan perancangan
Mendapatkan petunjuk untuk mengesan sikap pelajar terhadap pelajaran ,
rakan sebaya dan terhadap diri sendiri

5.5 Borang Senarai Semak


Nama

: AHMAD NAQIUDDIN BIN ZULKIFLI

Kelas

: 4 ARIF

Tarikh

: 20 JUN 2014

Arahan

: Tandakan (/) pada ruangan YA atau TIDAK berdasarkan kriteria yang


disenaraikan.

BIL.

KRITERIA

YA

15

TIDAK

1.

Murid menunjukkan sikap menghormati guru ketika guru

2.

masuk ke dalam bilik darjah.


Bersemangat untuk memulakan pembelajaran.

3.

Murid memberikan perhatian semasa guru memberikan

/
/
/

penerangan dan demonstrasi berkaitan aktiviti capan.


4.

Murid memberikan tindak balas terhadap penerangan guru

5.

melalui soal jawab.


Murid dapat menyenaraikan alat dan bahan yang diperlukan

6.

dalam membuat aktiviti capan.


Murid dapat mengendalikan alatan seperti berus dengan

7.

baik.
Murid boleh mengecap corak daun pada permukaan kertas

8.

lukisan dengan kemas


Murid mampu untuk menyiapkan satu rekaan corak melalui

9.
10.

aktiviti mengecap.
Murid mempamerkan hasil kerja.
Murid mengemas dan menyimpan semula semua peralatan

11.

dan bahan yang telah digunakan.


Murid dapat mengikut arahan yang diberikan oleh guru

12.

Murid dapat memberikan kerjasama yang baik semasa

13.

menjalankan aktiviti
Menyempurnakan tugasan yang diberi oleh guru tepat pada

/
/
/
/
/
/
/
/
/
/

waktunya

BORANG PEMERHATIAN DAN PEMARKAHAN PENILAIAN


PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 4
BIDANG : MEMBUAT CORAK DAN REKAAN (TIDAK TERANCANG)

16

(5 MARKAH)SAHSIAH

SENIAPRESIASI

1
2
3
4
5
6
7

KREATIFEKSPRESI

NAMA MURID

SENIAPLIKASI

ESTETIKPERSEPSI

BIL

KRITERIA
JUMLAH
MARKA
H
(100
MARKA
H)

8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25

17

Anda mungkin juga menyukai