Anda di halaman 1dari 3

Chong Mun Yee PPISMP BC (SK)---M2

ALIRAN OBJEKTIF
Aliran objektif yang diperjuangkan oleh Leopard von Ranke (1795-1886), John Locke dan Auguste Comte.

ALIRAN SUBJEKTIF
Aliran ini berlaku kerana faktor semula jadi manusia sendiri, yang memiliki naluri dan kecenderungan memilah dan memihak kepada sesuatu yang diminatinya atau dianggapnya sebagai penting dan utama.

ALIRAN RELATIF
Pada awal kurun ke-20, pengaruh Ranke mula luntur disebabkan oleh sarjana dari Amerika Syarikat iaitu Charles Beard dan Carl Becker yang mempersoalkan keupayaan ahli sejarah untuk menghasilkan karya sejarah yang objektif. Meraka menyatakan bahawa kebenaran dalalm sejarah bukanlah bersifat objektif tetapi relatif.

Bagi Ranke, matlamat pengajian sejarah adalah untuk menggambarkan kejadian-kejadian sebagaimana sebenarnya berlaku (wie es eigentlich gewesen), yang membiarkan faktafakta sejarah bercakap dengan sendirinya tanpa penglibatan sejarawan. Gambaran para sejarahwan tentang sesuatu peristiwa itu serupa sahaja dan memuaskan hati setiap pihak, tanpa sebarang perasaan subjektif atau sikap berat sehelah (bias).

Faktor naluri atau kecenderungan semula jadi manusia sendiri yang suka memilih (select) sesuatu yang dianggap penting dan berguna, serta mengetepikan (omit) sesuatu yang dianggapnya tidak penting dan tidak berguna.

Hakikat inilah yang ditegaskan oleh G. Lichtenherg, seorang filosuf Jerman, bahawa manusia selalu memihak, sekalipun ia tidak memihak, itupun merupakan suatu pilihan.

Chong Mun Yee PPISMP BC (SK)---M2


Pendirian seperti ini juga didukung oleh Ratzel, Helmolt, Fustel de Coulanges, Xenopol, dan Loanglois. Aliran sejarah objektif adalah berasakan kepada keyakinan tentang kemampuan memperoleh faktafakta seharah yang muktamad. Malah kecenderungan ini berkait rapat dengan kepercayaan bahawa sejarah ialah sejenis sains, dan kerana itu mampu menghasilkan karya yang bersifat saintifik dan objektif sebagaimana dalam kajian sains tabii. Antara ciri penulisan sejarah secara objektif ialah tidak berat sebelah. Penulisan sejarah tidak boleh dipengaruhi oleh perasaan sejarahwan itu sendiri. Ia perlulah berasakan sumber dan tidak memihak kepada mana-mana pihak. Ini bererti seorang ahli sejarah tidak boleh membiarkan perasaan Benedetto Crose, R.G.Collingwood.

Chong Mun Yee PPISMP BC (SK)---M2


peribadinya bermaharajarela semasa menjalankan kajian. Ini merupakan satu tugasan yang agak susah, tetapi tidak mustahil jika ahli sejarah sedar tentang ketidakupayaan dirinya untuk memisahkan secara mutlak daripada perkara yang dikaji serta kesan yang akan berlaku jika perasaan berat sebelah.

Anda mungkin juga menyukai