Anda di halaman 1dari 2

KAJIAN EMPIRIKAL

KONSEP KAJIAN EMPIRIKAL

Penyiasatan saintifik empirikal bermakna kajian yang dirancangkan boleh


diuji

dalam makmal atau luar makmal dan terbuka untuk diteliti orang lain.

Kajian empirikal dijalankan dengan mengaplikasikan dua kaedah iaitu


soal selidik dan temu ramah. Melalui kaedah soal selidik, pengumpulan data-data
atau maklumat terkini dapat diperolehi. Kaedah ini kebiasaannya melibatkan satu
turutan aktiviti yang harus diikuti untuk memudahkan kajian yang dilakukan. Turutan
aktiviti yang dimaksudkan adalah seperti berikut:-

Turutan aktiviti kajian empirikal

Kajian

empirikal

bermula

dari

suatu

pemerhatian

ke

atas

sesuatu

situasi.Pemerhatian tersebut akan mencetuskan satu inferens atau kesimpulan awal.


Walaubagaimanapun, inferens atau kesimpulan awal tidaklah muktamad kerana
kajian belum dijalankan untuk mengetahui kesahihannya. Bagi menjalankan kajian,
seseorang pengkaji perlu membuat hipotesis dan seterusnya mengenal pasti
pemboleh ubah yang terlibat. Hipotesis yang dikemukakan hendaklah dikaji melalui
kaedah penyiasatan yang telah dirancang termasuklah cara pengumpulan data,
pentafsiran

data

dan

membuat

kesimpulan.

Laporan

eksperimen

perlulah

dikemukakan untuk dimanfaatkan oleh pengkaji.

Berdasarkan pemerhatian, satu kesimpulan awal dapat dibuat yang dikenali


sebagai

inferens.

Inferens

merupakan

satu

kesimpulan

awal

berdasarkan

pemerhatian awal. Berdasarkan inferens, para pelajar dapat mengenal pasti


masalah seterusnya membuat hipotesis umtuk diuji.

Hipotesis pula merupakan satu penyiasatan andaian yang perlu dibuat


berdasarkan sesuatu kajian atau isu. Kajian dibuat dan selepas itu menguji
ketepatan andaian itu atau sebaliknya.

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian empirikal ini penting dan perlu dijalankan. Kajian terhadap alam
semulajadi

termasuk

flora

dan

fauna

harus

dilakukan

dari

semasa

ke

semasa.Maklumbalas ini perlu untuk mengetahui tentang penemuan-penemuan


baru, fungsi-fungsi serta habitat flora dan fauna ini. Jika kajian terhadap alam
semulajadi ini diteruskan, bermakna alam semulajadi ini akan dapat dikekalkan dan
generasi akan datang dapat merasai peluang melihat dan mengenali alam
semulajadi ini dengan lebih dekat.

Kajian empirikal ini juga dapat menarik minat para pelajar unuk lebih meminati
aktiviti rekreasi dan mendekatkan diri dengan alam semulajadi.

Anda mungkin juga menyukai