Anda di halaman 1dari 80

INSTRUMEN KAJIAN

Definisi
• Cara yang digunakan untuk mengumpulkan data.

• Soalan-soalan / kenyataan - kenyataan yang dibentuk khas untuk


memperoleh maklumat penyelidikan.
Kaedah Mendapatkan Data

Soal selidik Pemerhatian Temu bual Ujian Dokumen


KAEDAH SOAL SELIDIK
Pengenalan
• Soal selidik adalah koleksi soalan tinjauan yang ditulis untuk dijawab oleh
kumpulan peserta kajian yang terpilih.

• Soal selidik sangat efisien kerana dapat memberikan data dari sampel yang
besar dengan menggunakan masa dan perbelanjaan yang sedikit.
Langkah melaksanakan kajian menggunakan soal seliidik

Menyediakan
Mengenal Membina soal
Kajian rintis muka depan
pasti masalah selidik
soal selidik
Mengenal pasti masalah
• Penyelidik harus mengenal pasti objektif atau masalah yang berkaitan dengan
jenis maklumat yang diperlukan dan harus membina item soal selidik yang
berkaitan dengan objektif tersebut
Membina soal selidik
• Soal selidik mestilah menarik, ringkas, dan mudah untuk memberikan respon. Item-item
yang dibina mestilah ada kaitan dengan objektif kajian.

• Item berstruktur atau tertutup lebih sesuai digunakan kerana memudahkan peserta
untuk memberi respons dan memudahkan penyelidik untuk memberikan skor dan
menganalisis.

• Format item berstruktur yang selalu digunakan dalam soal selidik adalah seperti skala
Likert, skala jenis Likert, senarai semak, pembezaan semantic dan pemeringkatan.
…Membina soal selidik
• Bagi item tidak berstruktur seperti esei, responden mempunyai kebebasan untuk
memberikan respons yang mendalam seterusnya memungkinkan penyelidik untuk
mengetahui sebab-sebab respon berkenaan diberi. Walau bagaimanapun respon jenis
ini sukar untuk dianalisis dan ditafsirkan.

• Setiap item soal selidik harus fokus kepada satu konsep sahaja dan dinyatakan dengan
jelas.
Cth 1: Walaupun PSMI dapat meningkatkan keupayaan murid dalam BI, namun ia
menyebabkan murid menghadapi kesukaran memahami konsep dalam mata pelajaran
sains dan matematik. Setuju atau Tidak Setuju).
Cth 2: Melaksanakan kaedah, teknik, strategi pdp yang berkesan.
…Membina soal selidik
• Istilah atau konsep yang mungkin didefinisikan secara berbeza oleh kumpulan responden
tertentu haruslah dielakkan. (Cth: istilah kerap, banyak, tinggi)
• Contoh 1:
Adakah anda menggunakan masa yang banyak untuk membuat persediaan pengajaran pada
setiap minggu?
Berapa jamkah anda gunakan untuk membuat persediaan pengajaran pada setiap minggu?
(Lebih baik).
• Contoh 2:
Melaksanakan refleksi selepas kelas dijalankan (Tidak Pernah, Jarang-Jarang, Kerap)
Melaksanakan refleksi selepas kelas dijalankan (Tidak Pernah (Kurang dari 3 kali seminggu,
Jarang-Jarang (antara 3 hingga 5 kali seminggu), Kerap (antara 6 hingga 8 kali))
…Membina soal selidik
• Elakkan item yang memandu respon (Cth: Adakah anda bersetuju pandangan
sesetengah ulama’ bahawa…)

• Item soal selidik perlu disusun bermula daripada item umum dan tidak mengancam
kepada item yang spesifik. Item juga perlu disusun mengikut konstruk.

• Soal selidik juga perlu mempunyai arahan yang jelas untuk memudahkan pentadbiran
secara standard.
…Membina soal selidik
• Elakkan item yang sensitive atau yang memungkinkan responden tidak menjawab
dengan jujur. (Cth: Anda sayang anak anda?)

• Elakkan item yang tidak semestinya benar dalam semua konteks (Cth: Berapa
jam anda menjalani latihan softball di sekolah pada setiap minggu). – Bukan
semua sekolah ada latihan softball.
…Membina soal selidik
• Masukkan maklumat demografi mengenai responden jika anda merancang untuk
membuat perbandingan antara subkumpulan yang berbeza.
Kajian Rintis
• Soal selidik perlu diuji kepada sekumpulan responden yang memiliki ciri sama
dengan sampel kajian sebenar.

• Kajian rintis memberikan maklumat mengenai kekurangan instrumen serta


cadangan penambahbaikan. Item yang tidak jelas atau tidak relevan perlu
disemak atau digugurkan.

• Semakan pakar boleh memberikan eviden kesahan kandungan soal selidik.


Menyediakan muka depan soal selidik
• Muka depan soal selidik menjelaskan apa yang diminta daripada responden dan
mengapa. Maklumat pada muka depan harus ringkas dan kemas.

• Muka depan harus menjelaskan tentang tujuan, kepentingan dan sebab kepada
responden mengapa mereka harus menjawab soal selidik tersebut.

• Sokongan organisasi, institusi, kumpulan, atau pentadbir yang berkait atau dihormati
oleh responden dapat meningkatkan kredibiliti soal selidik seterusnya mendorong
responden untuk memberikan kerjasama menjawab soal selidik.
Mentadbir soal selidik

Memilih Mengedarkan Aktiviti Menganalisis


responden soal selidik Susulan dapatan
Memilih responden
• Peserta harus dipilih menggunakan teknik pensampelan yang sesuai (atau
melibatkan seluruh populasi), dan peserta yang dikenal pasti mestilah orang
yang mempunyai maklumat yang diinginkan dan bersedia memberikannya.
Mengedarkan soal selidik
• Soal selidik biasanya diedarkan melalui salah satu daripada lima pendekatan
berikut: pos, e-mel, telefon, pentadbiran peribadi, dan temu bual. Masing-masing
mempunyai kelebihan dan kekurangan.

• Tidak kira kaedah pentadbiran anda, penyelidik perlu mengikuti etika


penyelidikan termasuk memastikan kerahsiaan atau ketanpanamaan.
Kaedah Kelebihan Kelemahan
Pos • Murah • Kadar respon mungkin rendah
• Tidak boleh mengajukan soalan
yang lebih mendalam
Email • Keputusan yang pantas • Tidak semua orang ada email
• Terus kepada responden • Kemungkinan responden
sasaran membalas lebih dari sekali
Telefon • Kadar respon yang tinggi • Memerlukan senarai nombor
• Kutipan data yang pantas responden
Kaedah Kelebihan Kelemahan
Pentadbiran • Sangat praktikal apabila • Memakan masa
sendiri responden berada dekat
antara satu sama lain
Temu bual • Boleh mengajukan soalan • Memakan masa
yang lebih mendalam • Penskoran yang sukar – ikut
tema
Aktiviti Susulan
• Peratusan pulangan soal selidik yang rendah akan mempengaruhi kesahan kesimpulan
yang dibuat.

• Oleh itu penyelidik perlu membuat aktiviti susulan untuk mengingatkan responden
supaya menjawab soal selidik dan memulangkannya kepada penyelidik.

• Antaranya seperti menghantar salinan tambahan soal selidik yang biasanya bermula
sejurus selepas tarikh akhir memberi respon tamat.
Menganalisis dapatan…
• Sekiranya kadar respon adalah rendah anda mungkin menghadapi masalah
untuk mengeneralisasikan dapatan kajian. Kadar respon perlu 50% dan ke atas
dan jika ia semakin tinggi akan meningkatkan keyakinan terhadap generalisasi
yang dibuat.

• Maklumat kadar respon dan kesannya terhadap tafsiran kajian harus dinyatakan
dalam laporan akhir.
…Menganalisis dapatan
• Cara yang paling mudah untuk mempersembahkan dapatan ialah dengan
menyatakan peratus responden yang memilih setiap alternatif bagi setiap item.

• Walau bagaimanapun, analisis bagi setiap konstruk/sub konstruk adalah lebih


bermakna.

• Anda boleh mempersembahkan perbandingan data dengan memeriksa respon


berbeza bagi subkumpulan dalam sampel (cth: lelaki-wanita).
…Menganalisis dapatan
• Banyak penyedia dalam talian menyokong pembinaan, pelaksanaan, dan analisis
penyelidikan tinjauan. Contohnya ialah Google Form, Survey Monkey, Zoomerang,
LimeSurvey eSurveyspro, dan Qualtrics.
KAEDAH PEMERHATIAN
Pengenalan
• Apabila penyelidik memperoleh data dengan memerhatikan peserta.

• Penekanan semasa pemerhatian adalah untuk memahami persekitaran semula


jadi yang dialami oleh peserta tanpa mengubah atau memanipulasinya.

• Dengan membuat pemerhatian, anda akan memperoleh maklumat yang lebih


objektif yang dapat dibandingkan dengan laporan kendiri peserta kajian.
Jenis Pemerhatian

Pemerhatian ikut Pemerhatian tidak


serta ikut serta
Pemerhatian Ikut Serta..
• Pemerhati menjadi sebahagian daripada dan peserta dalam keadaan yang
sedang diperhatikan.

• Terdapat pelbagai tahap pemerhatian turut serta - penyelidik boleh menjadi


pemerhati peserta yang aktif; pemerhati aktif dan istimewa; atau pemerhati
pasif.
…Pemerhatian Ikut Serta
• Kelebihan: Membolehkan penyelidik memahami dan menjalin hubungan dengan
peserta yang akan mustahil sekiranya pengkaji membuat pemerhatian tanpa ikut
serta.

• Kelemahan: Penyelidik mungkin kehilangan objektiviti dan terlibat secara emosi


dengan peserta atau mungkin mengalami kesukaran untuk mengambil bahagian
dan mengumpulkan data pada masa yang sama.
Pemerhatian Tidak Ikut Serta
• Pengkaji memerhati dan merakam tingkah laku peserta tanpa berinteraksi atau ikut
serta dalam situasi yang dikaji.

• Pemerhatian tidak turut serta sesuai digunakan sekiranya pengkaji tidak mempunyai
latar belakang atau kepakaran yang diperlukan untuk bertindak sebagai peserta
sebenar atau jika kumpulan yang diperhatikan sukar untuk menerima ‘orang luar’.

• Pemerhatian tidak turut serta mungkin menghadapi kesukaran bagi mendapatkan


maklumat yang boleh dipercayai mengenai pendapat, sikap, dan keadaan emosi peserta
berbanding pemerhatian turut serta.
Merekodkan Pemerhatian
• Nota lapangan (Field Note) – catatan yang dikumpulkan, direkodkan, dan disusun
yang menerangkan keadaan yang berlaku semasa kajian dijalankan.

• Nota lapangan mengandungi dua jenis maklumat asas:


– maklumat deskriptif tentang apa yang dilihat atau didengar oleh pemerhati
secara langsung di lokasi kajian
– maklumat reflektif tentang reaksi peribadi penyelidik terhadap pemerhatian,
pengalaman dan pemikiran penyelidik semasa sesi pemerhatian.
…Merekodkan Pemerhatian
• Catatan harus dibuat di lapangan sedapat yang mungkin bagi memastikan
kejelasan dan perincian pemerhatian terpelihara.

• Sekiranya terpaksa, penyelidik boleh merakam nota lapangan setelah


meninggalkan lokasi pemerhatian namun catatan pemerhatian harus dilakukan
dengan kadar segera— semakin bertambah selang waktu antara sesi
pemerhatian dan penulisan nota lapangan maka semakin meningkat
kebarangkalian mencatatkan nota lapangan yang tidak tepat.
…Merekodkan Pemerhatian
• Nota lapangan adalah data yang akan dianalisis untuk memberikan penerangan
dan pemahaman mengenai peserta dan suasana kajian (research setting) oleh
itu catatan nota lapangan hendaklah menyeluruh, jelas dan terperinci.

• Contohnya, penyelidik yang baik tidak akan menulis, "Kelas menunjukkan


suasana yang gembira." Sebaliknya, penyelidik harus menerangkan tentang
aktiviti pelajar, raut wajah mereka, interaksi sesama mereka, aktiviti guru, dan
pemerhatian lain yang menunjukkan bahawa kelas itu menunjukkan suasana
yang gembira.
…Merekodkan Pemerhatian
• Sebagai panduan cuba elakkan penggunaan istilah yang tidak jelas/interpretasi berbeza
merentasi individu seperti baik, gembira, berguna atau istilah seumpamanya dan
gantikannya dengan istilah yang menggambarkan tingkah laku yang dapat dilihat atau
didengar.

• Maklumat reflektif merujuk kepada refleksi penyelidik semasa menulis nota lapangan
deskriptif. Refleksi ini mewakili aspek nota lapangan yang lebih peribadi dan subjektif
dan harus dibezakan daripada bahan deskriptif dalam nota itu sendiri. Pada maklumat
reflektif, anda dapat mengenal pasti masa ketika penyelidik mencatat sesuatu yang luar
biasa, sesuatu yang berulang, atau sesuatu yang mesti diterokai.
…Merekodkan Pemerhatian
• Untuk memudahkan catatan di lokasi, seorang penyelidik sering membawa protokol,
atau senarai isu yang boleh dijadikan panduan dalam pemerhatian.

• Protokol dapat membantu penyelidik untuk memberi tumpuan semasa pemerhatian dan
juga menyediakan kerangka umum untuk nota lapangan seterusnya menjadikannya lebih
mudah untuk menyusun dan mengkategorikan data.

• For example, a simple protocol for observation may include the following topics:
…Merekodkan Pemerhatian
• Sebagai contoh, satu protokol ringkas untuk pemerhatian boleh merangkumi topik berikut:
– Siapakah yang diperhatikan? Berapa ramai individu yang terlibat, siapakah mereka, dan apa
peranan dan tingkah laku individu yang dapat dilihat?

– Apakah yang sedang berlaku? Apakah sifat perbualan? Apakah yang dikatakan atau lakukan?

– Bagaimana keadaan fizikal? Bagaimana orang duduk, dan di mana? Bagaimana peserta
berinteraksi antara satu sama lain?

– Apakah peranan individu yang memimpin, siapa yang mengikuti, siapa yang menentukan, siapa
yang tidak? Apakah kepercayaan, sikap, nilai, dan sebagainya yang dapat diperhatikan?
…Merekodkan Pemerhatian
• Sebagai contoh, satu protokol ringkas untuk pemerhatian boleh merangkumi topik
berikut:
– Bagaimana mesyuarat berakhir? Adakah kumpulan itu berpecah, bersatu, kecewa,
bosan, atau lega?

– Apakah aktiviti atau interaksi yang kelihatan tidak biasa atau signifikan?

– Apa yang dilakukan oleh pemerhati semasa sesi tersebut? Apakah tahap
penyertaan pemerhati dalam pemerhatian tersebut (mis. Pemerhati ikut serta,
pemerhati tidak ikut serta)?
…Merekodkan Pemerhatian
• Kajian berbeza dengan peserta dan persekitaran yang berbeza berkemungkinan
akan mempunyai protokol berbeza, namun menjawab persoalan yang sama iaitu
‘apa yang berlaku di lokasi kajian?’

• Protokol adalah alat penting yang menjadi paanduan untuk merakam maklumat
dari sesi pemerhatian.
Panduan Membuat Pemerhatian
• Mulakan dengan perlahan. Jangan mengandaikan anda tahu apa yang anda cari
sehingga anda mempunyai pengalaman terhadap situasi yang diperhatikan
dengan meluangkan sejumlah masa bersama peserta.

• Cuba masuk ke lapangan tanpa sebarang prasangka. Cuba melihat sesuatu


perkara melalui perspektif peserta.
…Panduan Membuat Pemerhatian
• Tulis nota lapangan secepat mungkin. Setelah selesai, senaraikan idea atau tema utama
yang telah anda amati dan catat. Jangan bincangkan pemerhatian anda sehingga nota
lapangan ditulis; perbincangan boleh mengubah perspektif awal anda.

• Catatkan tarikh, lokasi, waktu, dan topik pada setiap set catatan lapangan. Wujudkan
satu lajur untuk menuliskan refleksi anda di sebelah catatan maklumat deskriptif. Lajur
ini juga memberi ruang untuk melakukan pengkodan dan analisis awal. Tulis hanya pada
satu halaman; strategi ini akan menjimatkan banyak salinan apabila tiba masanya untuk
menyusun nota lapangan ke dalam kategori yang berbeza. Lukis gambar rajah lokasi
yang diperhatikan.
…Panduan Membuat Pemerhatian
• Senaraikan kata kunci berkaitan pemerhatian dan kemudian senaraikan apa yang dilihat
dan dengar berkait dengan kata kunci tersebut. Gunakan kata kunci dan senarai
tersebut untuk menulis nota lapangan secara terperinci.

• Pastikan maklumat deskriptif dan reflektif nota lapangan dicatatkan secara terpisah
walaupun dikumpulkan bersama.

• Tuliskan firasat, soalan, dan pandangan selepas setiap pemerhatian. Gunakan memo.
…Panduan Membuat Pemerhatian
• Nomborkan baris atau perenggan yang dicatatkan dalam nota lapangan untuk
memudahkan mencari bahagian tertentu apabila diperlukan.

• Masukkan nota lapangan ke dalam program komputer untuk pemeriksaan dan


analisis data di masa hadapan.
Contoh Nota Lapangan

Sumber: Miller dan Gay (2016).


Meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan…
• Tingkah laku manusia yang hendak diperhatikan mestilah diberi
definisi yang jelas dan boleh diukur.

• Menggunakan bantuan alat teknologi moden seperti video, perakam.

• Cara permerhatian tanpa serta adalah lebih baik.


…Meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan
• Pemerhatian hendaklah kepada kejadian atau tingkahlaku yang seharus
diperhatikanya sahaja.

• Elakkan daripada menjalankan pemerhatian tunggal.

• Masa pemerhatian dibuat secara rawak.

• Hasil pemerhatian elok dicatat secepat mungkin.


Kelebihan Kaedah Pemerhatian
• Pemerhatian terhadap sampel kajian lebih terpeinci, jelas dan lebih
tepat.

• Maklumat daripada pemerhatian boleh dijadikan bahan rujukan.

• Maklumat benar-benar diberikan oleh sampel yang dikaji.


Kelemahan Kaedah Pemerhatian
• Kemungkinan bias timbul kerana kelainan ras, agama, jantina dan
sebagainya.

• Perlakuan sampel mungkin dibuat-buat (tidak original), mungkin juga
malu.

• Pemerhatian yang tidak bersistematik dan tidak konsisten menjadikan


dapatan kurang tepat.
KAEDAH TEMUBUAL
Pengenalan
• Temu bual adalah interaksi yang bertujuan di mana seseorang memperoleh maklumat
daripada orang lain.

• Temu bual membolehkan penyelidik memperoleh maklumat penting yang tidak dapat
diperolehi dari pemerhatian seperti sebab peserta bertingkah laku tertentu atau
tentang peristiwa lepas.

• Penemu bual dapat meneroka lebih mendalam terhadap tindak balas peserta untuk
mengumpulkan data lebih mendalam berkait dengan pengalaman dan perasaan mereka.
…Pengenalan
• Penyelidik dapat memeriksa sikap, minat, perasaan, keprihatinan, dan nilai
peserta dengan lebih mudah berbanding melalui pemerhatian.

• Temu bual boleh berlangsung dalam tempoh beberapa minit hingga beberapa
jam, satu sesi atau beberapa sesi dengan peserta yang sama dan secara
individu atau berkumpulan.
Jenis Temu Bual

Jenis Temu bual

Tidak berstruktur Semi struktur Berstruktur


Temu bual tidak berstruktur
• Temu bual tidak berstruktur adalah lebih daripada sekadar perbualan santai yang
membolehkan penyelidik meneliti sesuatu peristiwa/perkara yang menjadi perhatian di
tempat penyelidikan dan sebagai peluang untuk belajar tentang peristiwa tersebut.

• Temu bual jenis ini sekadar untuk mengetahui perspektif peserta dan apa yang mereka
alami.

• Selalunya temu bual jenis ini digunakan untuk memperoleh maklumat personal atau
maklumat yang lebih kompleks.
…Temu bual tidak berstruktur
• Walau bagaimanapun penyelidik dicadangkan untuk menyediakan juga panduan soalan temu bual
(who, when, why, what, where dan how) . Dengan demikian, penyelidik tidak akan sesekali
kehilangan soalan untuk ditanya.
Temu bual berstruktur
• Dalam temu bual berstruktur, penyelidik mempunyai satu set soalan tertentu bagi mendapatkan
maklumat yang sama dari semua responden.

• Cabaran utama dalam temu bual ialah untuk membina soalan temu bual yang dapat mencungkil
maklumat yang diinginkan.

• Masukkan soalan jenis terbuka (responden memberikan penjelasan dan huraian terperinci) dan
tertutup (responden memberikan respon yang jelas seperti Ya atau Tidak).

• Rintiskan soalan temu bual kepada sekumpulan responden yang mempunyai ciri yang serupa dengan
peserta kajian untuk melihat kesesuaian soalan tersebut.
Panduan Menjalankan Temu Bual…
• Wujudkan hubungan kepercayaan antara penemu bual dengan peserta.
• Lebih banyak mendengar.
• Jangan mengganggu ketika peserta sedang bercakap.
• Tunggu sebentar apabila peserta diam/ berhenti bercakap. Mungkin dia sedang berfikir.
• Elak menanyakan soalan yang memandu jawapan peserta.
• Minta peserta jelaskan secara terperinci.
• Tanya apa anda tidak faham.
• Jangan membuat penilaian terhadap pandangan/kepercayaan peserta.
• Jangan membantah pandangan/kepercayaan peserta.
• Penemu bual boleh mencatat semasa temu bual, mencatat selepas temu bual atau merakam audio.
…Panduan Menjalankan Temu Bual
• Rakaman temu bual perlu ditranscribe – ditulis semula dan disemak bagi memastikan
ketepatannya.
• Tuliskan pada transkripsi tarikh, topik perbincangan dan peserta (menggunakan kod) serta
nomborkan semua mukasurat.
• Semasa analisis, transkripsi perlu dibaca dan bahagian penting perlu dilabelkan.
Temu bual kumpulan fokus
• Temu bual boleh dijalankan melibatkan beberapa individu yang dipercayai dapat menyumbang
kepada pemahaman masalah dikaji. Temu bual jenis ini dijalankan bagai mendapatkan
pemahaman yang dikongsi bersama oleh individu-individu tersebut.

• Semasa menjalankan temu bual jenis ini, pastikan semua peserta diberi peluang untuk
menyatakan pandangan mereka dan bukan didominasi oleh individu tertentu.
KAEDAH PENGUJIAN
• Ujian adalah satu set rangsangan yang terdiri daripada soalan /
kenyataan.

• Rangsangan ini diberikan kepada subjek untuk mendapatkan gerakbalas


mereka berasaskan kepada permarkahan (skor).

• Ujian digunakan bagi tujuan menentukan kecerdasan, pencapaian dan


bakat subjek
Contoh Ujian
• Ujian kecerdasan.
• Ujian pencapaian.
• Ujian bakat.
Ujian Kecerdasan
• Digunakan untuk melihat sejauhmanakah subjek mengetahui
perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang tertentu.

• Melalui ujian dapat mengukur prestasi umum mental individu /


kumpulan.
Ujian Pencapaian
• Digunakan untuk mengukur penguasaan dan kemahiran individu
dalam bidang-bidang khusus.

• Contoh:
Ujian Pencapaian Fizik untuk mengukur penguasaan pelajar dalam
mata pelajaran Fizik.
Ujian Bakat
• Digunakan untuk mengukur bakat seseorang.

• Contoh:
– Ujian nada suara untuk mengukur bakat nyanyian.
Merancang Ujian
• Menentukan Bilangan Butiran – Bergantung kepada tahap kerumitan
sesuatu butir.

• Menentukan Paras Kesukaran – Tahap kesukaran penting dalam


menjamin kesahan ujian.
KAEDAH DOKUMEN
• Penyelidik kualitatif turut mendapatkan data dengan memeriksa pelbagai jenis rekod atau
dokumen, termasuk dokumen arkib, jurnal, peta, rakaman video dan artifak.

• Dokumen Arkib:
– Sekolah merupakan sumber pelbagai jenis rekod – rekod murid, skor ujian, data kadar
kehadiran dan minit mesyuarat.

– Dengan kebenaran, penyelidik kualitatif dapat menggunakan sumber data ini untuk
mendapatkan maklumat lepas yang berharga, mengenal pasti trend yang mungkin berlaku,
dan menjelaskan bagaimana keadaan menjadi seperti keadaannya.
• Jurnal:
– Jurnal harian yang disimpan oleh guru memberikan laporan langsung mengenai apa yang
berlaku di dalam kelas dan memberikan gambaran mengenai sekolah dari perspektif lain.

– Penyelidik perlu menggalakkan peserta untuk menulis jurnal sebagai cara merekodkan
persepsi mereka tentang apa yang berlaku di lokasi kajian.

• Video dan rekod digital:


– Teknologi seperti kamera digital dan kamera telefon pintar memberikan pilihan digital yang
sangat baik dan mudah dalam merekodkan tingkah laku peserta di lokasi kajian.
• Artifak
– artifacts—written or visual sources of data that contribute to our understanding of
what is happening in classrooms and schools.
– For example, schools have tended to move toward what administrators refer to as
authentic assessment techniques, including the use of student portfolios.
– Such artifacts are valuable data sources that qualitative researchers may use as starting
points for conversation with research participants.
SKALA PENGUKURAN
• Pengukuran merupakan simbol kepada masalah-masalah yang hendak dikaji
berdasarkan peraturan-peraturan yang tertentu (Smith & Davis, 1997).

• Pengukuran merupakan alat atau mekanisme untuk membezakan di antara satu


pembolehubah dengan pembolehubah yang lain.

• Skala pengukuran yang tertentu bagi memudahkan pengkaji untuk menganalisis


data
Jenis Skala Pengukuran

Nominal Ordinal Sela Nisbah


Skala Nominal
• Perwakilan nombor bagi menunjukkan kategori yang berlainan.
• Skala pengukuran yang paling mudah dan paling rendah.
• Contoh:
Jantina pelajar boleh diwakilkan oleh:
1 – Lelaki dan 2 – Perempuan
(Ini tidak bermaksud 1 lebih baik dari 2 atau sebaliknya – hanya sekadar perwakilan
nombor)
Skala Ordinal…
• Susunan data mengikut hierarki.

• Melambangkan perbezaan atau kedudukan individu relatif kepada individu yang lain.
Perbezaan antara data yang disusun tidak semestinya sama.

• Menunjukkan kedudukan skor individu sama ada di atas atau di bawah individu lain.
Skala Ordinal

Harga DVD Pilihan


Kurang drp RM 5.00 1
RM 5.00 hingga RM 12.00 2
RM 13.00 hingga RM 20.00 3
Lebih dari RM 20.00 4

Sela setiap kategori adalah tidak sama


Skala SELA…
• Mempunyai semua ciri skala nominal dan ordinal.
• Setiap titik dalam skala ini mempunyai jarak yang sama daripada titik origin (0).
• Contoh:
Katakan kita mempunyai 5 benda dengan nilai:
A B C D E
1 2 3 4 5

Sela A ke C ialah 3 – 1 = 2, Sela C ke D ialah 4 – 3 = 1


Oleh itu sela A ke D = Sela (A ke C) + Sela (C ke D)
=2+1=3
…Skala SELA
• Di sini bukan kuantiti atau amaun yang ditolak, tetapi sela atau jaraknya.

• Nilai ‘0’ (Sifar) dalam skala sela tidak bermakna tidak ada apa-apa pun yang diukur.

• Contoh:
Suhu 0 darjah Celsius tidak menandakan tiada suhu.
Skala nisbah…
• Mempunyai ciri nominal, ordinal dan sela.
• Mempunyai sifar mutlak (ada nilai).
• Nombor pada skala menunjukkan amaun atau ciri sebenar yang diukur.
• Contoh 1:
Berat ‘0 gram’ bermakna tiada berat.
• Contoh 2:
Pelajar A mendapat 60 markah. Pelajar B mendapat 30 markah.
Kesimpulan = Pencapaian pelajar A adalah dua kali dari pelajar B.
…Skala nisbah
• Jarang digunakan dalam pengukuran pendidikan kerana tidak menggunakan titik kosong yang
sebenar.

• Contoh 3:
Pelajar C mendapat markah 0 dalam ujian Matematik tidak bermakna dia langsung tidak
mempunyai ilmu dalam bidang diuji.
Skala Nisbah

Skala Sela

Skala Ordinal

Skala
Nominal

Rajah 5: Hubungan antara jenis-jenis skala pengukuran


Kepentingan mengetahui jenis skala
• Prosedur statistik hanya boleh digunakan dengan jenis skala tertentu.

• Contoh:
Ujian khi kuasa dua hanya boleh dilaksanakan untuk data berskala nominal dan
ordinal.

Ujian-t hanya boleh dilaksanakan untuk data berskala sela dan nisbah.

Anda mungkin juga menyukai