Anda di halaman 1dari 2

Definisi Sampel Sampel kumpulan kecil daripada populasi yang menjadi sasaran penyelidik untuk melakukan penyelidikan.

. Sampel adalah anggaran Perbezaan antara anggaran sampel dengan populasi sebenar adalah ralat persampelan Kajian eksperimen tiada sampel kerana tidak buat generalisasi Cara pemilihan sampel untuk kajian survey dengan kajian eksperimen berbeza.

Tujuan Persampelan dan Kebaikannya Membuat kesimpulan terhadap populasi daripada sampel dengan menggunakan statistik inferensi. Mengurangkan kos, tenaga, dan masa penyelidikan. Murah untuk mengumpul maklumat daripada sebahagian individu berbanding keseluruhan populasi. Namun penyelidik harus berhati-hati supaya sampel benar-benar mewakili polulasi. Membolehkan kajian dilakukan di kawasan atau ruang penyelidikan yang lebih besar. Membenarkan penyelidik mendapatkan maklumat yang benar-benar dikehendaki apabila pengukuran menyeluruh ke atas populasi tidak dapat dilakukan. BIAS DAN RALAT DALAM PERSAMPELAN Sampel dianggap sebagai cermin kepada populasi dimana ianya diperoleh, walau bagaimanapun, tidak ada jaminan bahawa sampel tersebut benar-benar mewakili populasi dimana ia berasal.

Ralat Persampelan Ketidak tepatan statistik sampel menganggar parameter populasi ditentukan oleh ralat persampelan.

Ralat persampelan adalah ralat yang berlaku apabila sampel digunakan untuk membuat inferens terhadap populasi. Ralat persampelan merupakan perbezaan atau variasi antara min bagi sampel yang dirawak dengan min populasi yang bertaburan secara normal. Semakin besar nilai sisihan piawai (sd) sampel, semakin besar ralat persampelan yang Semakin besar saiz sampel, semakin kecil ralat persampelan. wujud.

Ralat persampelan berfungsi secara langsung dengan saiz sampel dan sisihan piawai populasi. Sekiranya saiz sampel tetap, ralat persampelan akan meningkat jika sisihan piawai populasi bertambah besar dan sebaliknya.

Semakin saiz sampel (n) meningkat atau menghampiri N, semakin ralat persampelan menurun, kerana apabila n meningkat, sisihan piawai populasi menurun.

Saiz sampel n yang kecil lebih terdedah kepada ralat persampelan berbanding dengann yang besar. Oleh itu, matlamat persampelan adalah untuk mengurangkan ralat persampelan dan ralat persampelan boleh dikurangkan dengan menambahkan n. variasi pada nilai-nilai individu dalam satu populasi dengan min populasi menyumbang kepada variasi pada min sampel rawak dengan min populasi. Variasi pada nilai individu dalam sampel daripada min sampel menyumbang kepada variasi pada min-min sampel dengan min populasi. Jika min sampel sama dengan min populasi, maka ralat persampelan adalah sifar (jika maklumat diperolehi daripada populasi). Krejcie & Morgan (1970) tidak membincangkan secara langsung tentang aras signifikan dan ralat persampelan berbanding dengan Cohen

Anda mungkin juga menyukai