Anda di halaman 1dari 3

7 Langkah Meningkatkan Keyakinan

Diri
02/13/2015 Hairee Johari
Artikel motivasi ini memaparkan 7 langkah utama atau cara-cara bagaimana anda
dapat membina atau meningkatkan tahap keyakinan diri anda.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Bina Prinsip Hidup yang Mantap.


Tetapkan Matlamat Hidup.
Bina Pelan Tindakan Mencapai Matlamat.
Tingkatkan Ilmu Pengetahuan.
Tingkatkan Kemahiran-Kemahiran.
Tingkatkan Kualiti Kesihatan Diri.
Tingkatkan Kualiti Penampilan Diri.

1. Bina Prinsip Hidup yang Mantap.


Antara prinsip-prinsip hidup yang boleh anda pegang adalah:
Saya yakin saya boleh!
Dapat mencapainya kerana kemahuan tahap gaban.
Yakin kerana cemerlang persiapan!
Prinsip-prinsip atau moto-moto tersebut kesemuanya bertujuan untuk meningkatkan
semangat dan keyakinan diri anda agar anda menjadi lebih berani menghadapi
cabaran-cabaran hidup dalam mencapai kejayaan. Lebih mantap prinsip atau moto
hidup yang anda pegangi, lebih yakinlah anda melangsungkan kehidupan anda.
Oleh itu, binalah prinsip-prinsip hidup yang positif lagi mantap untuk menyuburkan
keyakinan diri anda agar anda akan lebih berjaya dalam kehidupan anda.
2. Tetapkan Matlamat Hidup.
Matlamat-matlamat hidup yang jelas dan mantap adalah antara sumber-sumber
utama kepada pembinaan hala tuju dan peningkatan serta pemantapan keyakinan
diri seseorang. Seseorang yang tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas dan
mantap adalah seolah-seolah meniti kehidupannya dalam keadaan samar yang tidak
pasti akan ke mana arah dan tujuan kehidupannya.
Oleh itu, tetapkanlah matlamat hidup anda sejelas yang mungkin agar anda akan
dapat meniti kehidupan anda dengan lebih baik dan teratur.
Dengan mempunyai hala tuju serta matlamat hidup yang jelas, anda akan menjadi
lebih fokus, lebih yakin dan lebih berjaya dalam mencapai kejayaan hidup dunia
serta akhirat.
3. Bina Pelan Tindakan Mencapai Matlamat.
Mempunyai matlamat-matlamat yang jelas memang amat penting untuk
memperteguhkan keyakinan diri. Namun, tanpa perancangan atau pelan tindakan
untuk mencapai kejayaan, sesuatu matlamat hanya akan menjadi angan-angan.

Dengan mempunyai pelan tindakan jitu, keyakinan diri anda akan menjadi lebih
mantap. Ianya pula akan membolehkan anda mencapai matlamat-matlamat yang
anda telah tetapkan dengan lebih awal.
4. Tingkatkan Ilmu Pengetahuan.
Ilmu pengetahuan adalah antara sumber-sumber utama kepada pembangunan diri
seseorang. Semakin tinggi atau semakin banyak ilmu pengetahuan yang seseorang
miliki, bukan sahaja nilai seseorang itu akan semakin tinggi tetapi juga akan dengan
sendirinya meningkatkan keyakinan dirinya. Jika anda mempunyai tahap imu
pengetahuan yang tinggi tentang selok-belok pekerjaan anda, sudah pastilah anda
akan bertambah yakin diri serta lebih kompeten melaksanakan tugas-tugas anda.
Oleh itu, dengan sentiasa meningkatkan tahap ilmu pengetahuan khususnya dalam
perkara-perkara yang anda perlu ketahui atau kuasai, anda dengan sendirinya
melakukan sesuatu yang mengarah kepada peningkatan kemampuan dan keyakinan
diri anda.
Membaca buku-buku, menghadiri kursus-kursus atau seminar-seminar, bercambah
idea-idea dengan rakan-rakan serta membuat lawatan ke tempat-tempat menarik
adalah antara langkah-langkah cemerlang yang anda boleh lakukan untuk
memperkayakan ilmu pengetahuan anda.
5. Tingkatkan Kemahiran-Kemahiran.
Kemahiran-kemahiran adalah antara sumber-sumber utama kepada pembangunan
diri seseorang. Semakin tinggi atau banyak kemahiran yang anda miliki, semakin
meningkatlah keyakinan diri anda.
Seseorang yang tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi, sudah pasti akan
kurang, malah mungkin tidak yakin atau tidak mampu melaksanakan dengan
cemerlang sesuatu tugas yang dimanahkan kepadanya.
Tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi dalam bidang pengucapan awam
misalnya adalah salah satu sebab mengapa seseorang tidak yakin berucap di
hadapan audiens. Antara cara berkesan yang perlu dilakukan untuk mengatasi
ketidakyakinan sebegini ialah dengan mempelajari secara serius setiap aspek
pengucapan awam sehinggalah kemahiran pengucapan awam itu menjadi sebati
dalam diri kita.
6. Tingkatkan Kualiti Kesihatan Diri.
Kesihatan diri amat mempengaruhi keyakinan diri seseorang. Jika kesihatan diri kita
kurang baik, badan kita akan menjadi lemah; fikiran akan turut menjadi kusut. Ini
akan menjejaskan keyakinan diri kita. Jika kesihatan diri kita baik, badan serta minda
menjadi cergas dan cerdas. Ini akan menjadikan kita lebih bermaya dan lebih
berkeyakinan diri.
Oleh itu, usaha menjaga dan memastikan tahap kesihatan diri kita agar sentiasa
dalam keadaan cemerlang adalah seiring dengan usaha memantapkan keyakinan
diri sendiri.
Membina tabiat berfikiran positif, menjaga kualiti pemakanan, tidur secukupnya /
rehat (7-9) jam sehari serta mengamalkan pergerakan fizikal / senaman setiap hari
(5 minit 2 Jam) serta mendapat rawatan yang sewajarnya dari pakar-pakar
perubatan apabila diperlukan adalah antara perkara-perkara yang harus kita
amalkan untuk memastikan tahap kesihatan dan kesejahteraan diri kita sentiasa
dalam keadaan terbaik.

7. Tingkatkan Kualiti Penampilan Diri.


Apa pun juga keadaan fizikal diri anda, jika anda sentiasa bersyukur dan berfikiran
positif serta menjaga penampilan diri dari dalaman serta pada luaran, anda akan
tetap merasa diri anda amat bernilai.
Dengan sentiasa bersyukur dan berfikiran positif, anda akan lebih menghargai dan
menyayangi diri anda serta juga orang lain. Dan, sudah pastilah juga anda akan
lebih yakin diri apabila anda dapat membina dan menampilkan imej terbaik diri
anda.
Menjaga dan mencemerlangkan ketrampilan diri anda bererti juga anda menjaga
kesihatan, kebersihan, kekemasan diri, kebersihan dan kekemasan tempat kerja
anda, rumah anda, kenderaan anda dan sebagainya.
Kesimpulan
Keyakinan diri adalah berpaksi dalam diri anda. Anda perlu menjananya. Ia perlu
disuburkan. Anda perlu yakin pada diri sendiri dahulu sebelum mendapat keyakinan
orang lain terhadap diri anda. Ingatlah bahawa anda adalah peneraju kejayaan diri
anda sendiri.
Kalau anda fikir anda boleh, anda memang sebenarnya BOLEH!
Keyakinan yang meningkat pada diri anda akan membuatkan anda lebih
berkebolehan untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian dan kejayaan anda.

Anda mungkin juga menyukai