Anda di halaman 1dari 5

UM kaji peranan topeng

Mistik, kepercayaan, komersial dan adat budaya mengenai topeng ini


akan dikaji secara mendalam oleh Universiti Malaya (UM) yang akan
melakukan kajian mendalam dan menyeluruh berkaitan topeng.
Kajian itu berkisar tentang peranan topeng dalam kepercayaan serta cara
hidup masyarakat di Asia.
Naib Canselor UM, Tan Sri Datuk Dr. Abdullah Sanusi Ahmad khuatir
sekiranya proses pemodenan akan menghakis kemahiran pengukiran
topeng.
''Kajian ini amat penting kerana sudah terdapat unsur di mana topeng
dihasilkan untuk tujuan komersial dan diperdagangkan.
''Misalnya, topeng yang kecil digunakan sebagai petunjuk arah atau utiliti
di hotel-hotel bertaraf antarabangsa,'' katanya ketika merasmikan
Pameran Seni Topeng Masyarakat Asia di sini, baru-baru ini.
Selain mempamerkan hasil seni topeng pelbagai masyarakat di Asia, ia
juga bertujuan menonjolkan UM sebagai institusi pengajian tinggi yang
juga menitikberatkan ciri-ciri budaya serantau.
Pameran yang akan berlangsung sehingga 31 Januari ini mempamerkan
lebih dari 150 topeng. Seratus daripadanya didatangkan dari Universiti
Muzium Seni Asia.
Sementara itu, topeng tertua yang dipamerkan berusia lebih 80 tahun
hasil rekaan orang-orang Kenyah, Sarawak 'dipinjam' daripada koleksi
Nelson Tan.
Menurutnya, kajian mengenai pelbagai bentuk dan bahan yang digunakan
untuk topeng juga perlu dilakukan supaya khazanah dan warisan budaya
masyarakat silam tidak lenyap ditelan zaman.
Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya organisasi seperti muzium
bertindak lebih aktif untuk mengumpul topeng-topeng asli serta
menggalakkan kajian, penulisan dan dokumentasi tentang bahan
tersebut.
Menurut beliau, para 'veteran' daripada kalangan masyarakat berkenaan
patut ditemuduga bagi mendapatkan maklumat mengenai pemilihan
kayu, proses pengukiran dan bentuk-bentuk topeng berlainan bagi
upacara yang berbeza, katanya.
Topeng merupakan simbol komunikasi dan ekspresi masyarakat yang
digunakan bagi tujuan pengubatan, kesyukuran, menolak bala yang
berdasarkan kepercayaan turun temurun dan ilham dari mimpi.
Ia memainkan peranan terpenting dalam sistem kepercayaan masyarakat
pribumi.

Bagi masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak, topeng juga merupakan


alat bimbingan supaya kanak-kanak mematuhi corak hidup
masyarakatnya agar stabil dan tidak tergugat.
''Oleh itu, ada topeng yang diletakkan di kawasan merbahaya supaya
kanak-kanak tidak bermain di kawasan berkenaan,'' kata beliau.
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN
Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur


Subuh
5:50
Zohor
1:11
Asar 4:34
Maghrib
7:07
Isyak 8:22

Klik untuk waktu solat kawasan lain

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu

Riuh Rio Brazil 2014


Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014

Tragedi Pesawat MH370


Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370

KE7B Greenland 2014


Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014

IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan

MENARIK

Ruang iklan percuma hartanah, produk


Promosikan perniagaan anda kepada dunia.

Jom langgan akhbar Utusan Malaysia


Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.

Aduan sukar dapat naskhah akhbar


Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.

Gambar kahwin Album Raja Sehari


Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.

Mari baca Utusan Melayu Mingguan


Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.

SMS News Alert Utusan Malaysia


Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.

Terkini
Berita Utama
Arkib Berita

English Edition
Nasional
Dalam Negeri
Politik
Parlimen
Jenayah
Mahkamah
Laporan Khas
Luar Negara
Artikel
Rencana
Forum
Kolumnis
Cuit
Selak
Blog
Kami Prihatin
Wilayah
Kota
Selatan
Johor
Utara
Timur
Pahang
Sabah & Sarawak
Suara Rakyat
Hiburan
Tempatan
Rancangan TV
Gaya Hidup
Feminin
Keluarga
Kesihatan
Polis & Tentera
Sukan
Dalam Negeri
Luar Negara
Rencana Sukan
Golf
EURO 2012
ePlayer
Bisnes
Ekonomi
Korporat
Produk/Servis
Agro
Saham
Matawang
Pendidikan
Sekolah
Kampus

Sastera
Agama
Sains
Sains & Teknologi
Megabait
Kesihatan
Rekreasi
Rekreasi
Pemotoran
Pancing
Pelancongan
Impak Alam
Catatan Kembara
Xtive
Video
Blog Editor
Suara Rakyat
Salam Aidilfitri
Facebook
Twitter
Hubungi
Jom
Gaya Hidup RSS
Kami |
Iklan |
|
|
Feed |
Kumpulan Utusan | Kosmo! | Tutor | ADaP | e-Lab | Mangga Online | Saji
Online | disini.my | MyBooks | Job House | Utusan Karya

Polisi
Privasi

Privacy
Policy |

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=1999&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_03.htm#ixzz3uUMkbw00
Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai