Anda di halaman 1dari 7

ISU GEJALA SOSIAL

PERGAULAN BEBAS DALAM KALANGAN


REMAJA

Caption: Walaupun laporan JPN dan JKM tidak pernah menyatakan umur sebenar ibu-ibu
yang melahirkan anak di luar nikah ini, kejadian ini seharusnya sudah lebih dari cukup untuk
membuka mata masyarakat umum bahawa salah laku seksual atau lebih tepatnya kejadian
zina semakin merebak termasuk di kalangan remaja Melayu.
Sebahagian besar daripada mereka yang terlibat dalam gejala seks luar nikah adalah di
kalangan kumpulan remaja di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan juga di sekolah
menengah. Ini merupakan satu kejadian yang sangat menggerunkan kita semua.

PENGENALAN

Gejala sosial ialah perilaku buruk yang bertentangan dengan tatasusila ketimuran dan
nilai-nilai murni. Dewasa ini, isu keruntuhan moral dalam kalangan remaja sering meniti dari

bibir ke bibir masyarakat dan sering terpampang dalam akhbar tempatan. Memang tidak
dapat dinafikan bahawa isu gejala sosial dalam kalangan remaja telah mencapai satu tahap
kritikal. Keruntuhan moral dalam kalangan remaja menunjukkan ketidaksantunan remaja kita
pada hari ini. Mereka sering melibatkan diri dalam aktiviti negatif seperti mat rempit,
gangsterisme, vandalisme, buli dan yang paling serius, pergaulan bebas.

Pergaulan bebas sering dikonotasikan dengan sesuatu yang negatif seperti seks bebas,
narkoba, kehidupan malam, dan sebagainya. Istilah ini diadaptasi daripada budaya barat,
iaitu kebebasan melakukan sesuatu tanpa takut menyalahi norma-norma masyarakat.
Konsep ini amat berbeza dengan budaya timur yang menganggap semua itu adalah hal
tabu sehingga sering kali kita mendengar ungkapan jauhi pergaulan bebas kerana bagi
masyarakat kita, pergaulan bebas itu telah menentang konsep yang kita berpegang teguh
selama ini, iaitu kesantunan.

Pada masa kini, penyimpangan dan masalah seksual dalam kalangan remaja semakin
membimbangkan. Remaja-remaja ini hilang sikap kesantunan yang patut ada pada jati diri
mereka. Hal ini bertambah buruk apabila seseorang remaja itu tidak mengamalkan nilai
harga diri, iaitu kesanggupan menjaga maruah diri dalam kehidupan seharian.
Penyimpangan seks, iaitu zina sesuatu yang amat keji dan harus dihindari setiap
remaja. Hal ini memerlukan perhatian orang ramai bagi menyelematkan remaja-remaja kita
daripada terus terjebak dalam isu ini.

Faktor-faktor
Sebelum merancang langkah-langkah untuk menyelamatkan remaja-remaja kita, kita
seharusnya mengenalpasti punca-punca remaja melakukan pergaulan bebas agar masalah
ini dapat diselesaikan dengan berkesan.

1. Tahap Iman yang lemah


Kebanyakan remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas mempunyai kelemahan
iman. Kehilangan kesantunan, ketandusan ilmu dan kurangnya penghayatan agama
mendorong seseorang itu dikuasai nafsu. Seseorang itu akan mengalami kehilangan akal
fikiran yang waras. Tahap iman manusia hidup dalam jiwanya lemah dan kosong. Oleh itu,
seseorang itu tidak dapat membezakan kebaikan dan keburukan dan antara kebenaran dan
kebatilan.

2. Dunia Cinta Remaja

Pergaulan bebas antara remaja lelaki dan remaja perempuan disebabkan oleh
perasaan ingin berpasangan yang semakin menghantui mereka. Apabila perasaan ini tidak
dikawal, sudah tentu hal ini akan menimbulkan gejala-gejala sosial yang tidak diingini seperti
pergaulan bebas, anak luar nikah, zina dan sebagainya.

3. Pengaruh Media Massa dan pendedahan bahan lucah

Internet sememangnya mengubah pemikiran manusia di seluruh dunia. Internet amat


berpengaruh dalam kalangan remaja berbanding dengan media yang lain kerana internet
dapat melintas sempadan negara, sukar disekat, ditapis dan dihalang. Bahan-bahan lucah
boleh didapati dengan begitu mudah sahaja melalui internet. Selain itu, rancangan yang
disiarkan di televisyan juga selalu memaparkan adengan-adengan seks. Media cetak seperti
majalah-majalah berbentuk hiburan juga memberi kesan negative kepada remaja. Sekiranya
kita perhatikan, banyak majalah yang memaparkan gambar-gambar artis barat dan kelakuan
dan gaya mereka yang tidak bersantun dalam mata orang Timur.

Kesan-kesan

Pergaulan antara lelaki dan perempuan yang tidak terkawal akan mendatangkan banyak
kesan buruk kepada masyarakat. Contoh yang jelas dapat kita lihat dalam masyarakat barat
yang membudayakan pergaulan bebas. Antara kesan negatif pergaulan bebas dalam
kalangan remaja ialah:

1.Pembuangan bayi

Remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan di luar tabii.
Hal ini membawa kepada kehadiran individu yang ketiga yang tidak diharapkan
(mengandung sebelum berkahwin). Situasi ini lebih serius apabila remaja lelaki yang berjanji
semati hidup itu tidak mahu bertanggungjawab atas individu yang ketiga itu serta
menghilangkan diri. Dalam situasi tersebut, remaja perempuan yang hilang kewarasan akan
menjadi tidak berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempattempat seperti tandas awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya.

2. Perceraian dan keruntuhan rumah tangga

Kebanyakan pemuda-pemudi berkahwin akibat pihak perempuan mengandung.


Pembinaan rumah tangga sebegini biasanya tidak stabil kerana mereka masih tidak matang
lagi. Sekiranya terdapat pelbagai halangan dan cabaran akibat pergaulan bebas sebelum
perkahwinan, perkahwinan ini tidak dapat bertahan lama biasanya. Institusi keluarga mudah
mengalami kepincangan yang seterusnya membawa kepada penceraian walaupun hanya
disebabkan oleh perkara kecil. Hal ini dapat dilihat pada pertambahan kes perceraian yang
berlaku di Malaysia. Keruntuhan rumah tangga mampu menjejaskan masa hadapan anakanak.

3. Tersebarnya penyakit-penyakit yang membawa maut

Terdapat pelbagai penyakit yang disebabkan oleh hubungan bebas antara lelaki dan
wanita. Antara penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit ini merosakkan system pertahanan
badan dan boleh membawa maut. Penyakit ini paling banyak disebar melalui pergaulan
bebas. Ubat bagi mengubati AIDS masih belum ditemui sehingga ke hari ini.

Langkah mangatasi

Memandangkan masalah ini semakin menular dalam kalangan remaja, langkahlangkah perlu diambil untuk menyelesaikan masalah ini. Langkah-langkah yang patut
diambil adalah seperti berikut:

1. Peranan ibu bapa

Ibu bapa harus mengambil berat tentang pergaulan anak-anak mereka. Rakan-rakan
anak harus dikenali dengan lebih mendalam. Ibu bapa perlu mengawasi perilaku anak-anak.
Peribahasa Melayu ada menyebut, kalau tiada angin masakan pokok akan bergoyang.
Setiap perbuatan yang dilakukan oleh anak-anak pasti ada penyebabnya. Sehubungan
dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa memperhatikan
perkembangan fizikal dan mental anak-anak remaja mereka. Pergaulan bebas antara lelaki
dan perempuan sudah sinonim dengan masyarakat. Seluar ketat, baju singkat hingga
menampakkan pusat ibarat suatu adat yang diikuti oleh remaja. Maka ibu bapa perlu
memainkan peranannya dengan penuh tanggungjawab bagi memastikan anak-anak remaja
bersantun sentiasa dalam pergaulan, pertuturan, cara perpakaian dan sebagainya. Hal ini
demikian kerana sikap remaja menggambarkan kejayaan atau kegagalan didikan keluarga.
Ibu bapa tidak patut terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga mengabaikan anak-anak remaja
yang memerlukan kasih saying dan perhatian daripada ibu bapa. Ibu bapa juga harus
menunjukkan teladan yang baik, iaitu sentiasa bersantun agar sikap baik ini dicontohi anakanak.

2. Peranan pihak sekolah

Pencegahan pergaulan bebas harus dilakukan dengan memberikan pengetahuan


seks melalui ceramah. Pendidikan formal mengenai seksualiti harus diberikan kepada
remaja agar mereka sedar akan kesan negatif pergaulan bebas. Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat harus mengadakan perbincangan dengan
Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan pendidikan seksual di sekolah seluruh negara
Pelaksanaan pendidikan itu perlu disegerakan supaya remaja dapat dibimbing secara
terancang dan sempurna, seterusnya membantu mereka lebih memahami isu berkaitan
seksualiti dan menjadi benteng kepada mereka daripada terbabit dalam kegiatan tidak
bermoral seperti pergaulan bebas

Anda mungkin juga menyukai