Anda di halaman 1dari 135

Konsep Teknologi

TAJUK 1 Teknologi Pengajaran (2 jam)

Tajuk ini mengandungi konsep teknologi, konsep pengajaran, konsep teknologi pengajaran, pengajaran, peranan dan teori pembelajaran, fungsi mengenalpasti tersebut. domain Tajuk teknologi ini juga

menjelaskan

domain

membincangkan hubungkait konsep-konsep di atas. HASIL PEMBELAJARAN 1. 2. 3. 4. Subtajuk :


Menjelaskan konsep dan prinsip teknologi pengajaran. Mengaitkan peranan teori pembelajaran dalam teknologi pengajaran. Mengenal pasti domain teknologi pengajaran. Menghuraikan peranan dan kepentingan teknologi pengajaran.

Teknologi pengajaran Peranan Teori Pembelajaran Domain Teknologi Pengajaran Peranan dan kepentingan Teknologi Pengajaran dalam P&P

TEKNOLOGI PENGAJARAN

RENUNGAN 1. 2. Apakah yang anda faham tentang istilah teknologi?. Bagaimanakah teknologi digunakan untuk pembelajaran?

Perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani, techne yang bermakna kemahiran menggunakan pengetahuan secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas. Teknologi bukan sematamata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatan teknologi terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Kata Heinich, Molenda dan Rusell (1969) Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi prosesdan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakalakejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Ini bermakna, dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea samada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan pemangkin ke arah mencapai kejayaan.

Naim Hj. Ahmad (1990) mendefinisikan teknologi pendidikan sebagai satu perkaedahan atau pendekatan yang memadukan secara harmonis, fungsi-fungsi pengurusan (organisasi dan personel), pengembangan (penyelidikan, teori reka bentuk, penerbitan, penilaian, pemilihan, logistik, penggunaan dan penyebaran dan sumber ( mesej, manusia, bahan, alat, teknik dan cara penyediaan secara sistematik untuk penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran manusia.

Yusuf Hashim (1997), teknologi pendidikan ialah satu proses merancang, membina, mereka bentuk, melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti pembelajaran secara sistematik dengan tujuan meningkatkan serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan pelajar juga ditekankan sebagai

sebahagian daripada teknologi pendidikan kerana hal ini boleh mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Persatuan Komunikasi dan Teknologi Pendidikan (AECT) berpendapat bahawa teknologi pendidikan ialah satu bidang yang terlibat dalam kemudahan menyediakan pembelajaran untuk manusia menerusi pengenalpastian, penyusunan, penggunaan

dan pengurusan sumber yang sedia wujud, pengurusan proses dan manusia yang terlibat melakukannya.

"Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan" (Crowell

(1971):Encyclopedia of education)

"Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulkan pembelajaran" (Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology)

Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.

FIKIR-FIKIR 1. 2. Apakah yang dimaksudkan dengan Teknologi Pengajaran ? Apakah kepentingan teknologi pengajaran dalam proses pengajaran

dan pembelajaran? 3. 4. Apakah pengajaran? Apakah pembelajaran?

PERANAN RENUNGAN 1. 2.

TEORI

PEMBELAJARAN

Apakah teori pembelajaran? Bagaimanakah pemindahan pembelajaran berlaku?

Teori pembelajaran menjelaskan bagaimana perlakuan dalam proses pembelajaran dalam suatu persekitaran berlaku. Ini dapat membantu guru merancang, menyedia dan melaksanakan strategi P&P berbantu media yang berlandaskan teori pembelajaran yang sesuai.

Mengikut perkembangan pendidikan di Malaysia terdapat tiga (3) teori pembelajaran yang seringkali menjadi rujukan dalam proses P&P iaitu teori tingkahlaku, teori sains kognitif, dan teori konstruktivisme.

FIKIR-FIKIR Bagaimanakah teori pembelajaran dapat menentukan aktiviti yang bersesuaian dengan perkembangan teknologi pengajaran?

DOMAIN TEKNOLOGI PENGAJARAN RENUNGAN 1. 2. Apakah domain teknologi pengajaran? Apakah peranan domain teknologi pengajaran?

Domain Teknologi Pengajaran (1994) adalah teori dan amalan tentang mereka bentuk, membangun, mengguna, mengurus dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran.Teori bermaksud konsep, konstruk, prinsip dan cadangan yang menyumbang kepada badan pengetahuan. Amalan pula bermaksud pengunaan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah. Teknologi pengajaran adalah satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Teknologi pengajaran ialah satu proses yang kompleks dalam menganalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk memudahkan, istilah teknologi pengajaran akan digunakan seerti dengan teknologi pendidikan.

Teknologi pengajaran ialah satu komponen teknologi pendidikan yang merupakan satu gabungan harmonis dan sistematik antara perkakasan, perisian , seni penggunaan dan pengendalian untuk mencapai pengajaran yang berkesan dan bermakna. Secara jelas nya teknologi pengajaran menekankan kepada keperluan dan proses pembelajaran yang berkesan.

FIKIR-FIKIR

Berdasarkan analisis teknologi pengajaran, AECT, senaraikan lima domain teknologi pengajaran. Huraikan maksud dan seterusnya terangkan fungsi bagi setiap domain teknologi pengajaran tersebut.

PERANAN DAN KEPENTINGAN TEKNOLOGI PENGAJARAN DALAM P&P

RENUNGAN 1. 2. Apakah peranan teknologi pengajaran terhadap pembelajaran? Bagaimana teknologi pengajaran memberi kesan terhadap

pembelajaran?

Tujuan teknologi pengajaran ialah untuk mengubah dan memberi kesan terhadap pembelajaran. Pembelajaran adalah matlamat, manakala pengajaran adalah cara untuk mencapai matlamat ini. Guru harus memahami maksud pembelajaran untuk mencapai matlamat yang dituju. pembelajaran untuk mencapai matlamat yang dituju.

Antara peranan teknologi pengajaran ialah: (a) Mengubah Peringkat Membuat Keputusan (b) Mengubah Sistem atau Pendekatan Pengajaran (c) Mengubah Pengalaman Pembelajaran

FIKIR-FIKIR 1. anda. 2. 3. Mengapakah teknologi diperlukan dalam pengajaran masa kini? Adakah pengajaran tradisional tidak berkesan yang menyebabkan Senaraikan peranan lain teknologi pengajaran mengikut pengetahuan

teknologi diperlukan? Bincangkan.

LATIHAN

Nyatakan

secara

ringkas

definisi

konsep-konsep

berikut:

a. Teknologi b. Pengajaran c. Pembelajaran d. Teknologi Pengajaran

Bibliografi

Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim dan Rosnah Ahmad Zain, (2009) Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Penerbitan Multimedia Kuala Lumpur.

Rekabentuk Pengajaran Rekabentuk Pengajaran

TAJUK

Rekabentuk

Pengajaran

(Instructional

Design)

(4

jam)

Tajuk

ini

mengandungi

huraian

konsep

reka

bentuk

pengajaran.

Model

ASSURE sesuai sebagai panduan untuk mereka bentuk proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan media. Sebagai bandingan model ADDIE pula digunakan untuk menghasilkan sesuatu produk.

HASIL PEMBELAJARAN 1. 2. 3. 4. Menghuraikan konsep reka bentuk pengajaran; Menyenaraikan kepentingan reka bentuk pengajaran; dan Menganalisis model ASSURE atau model ADDIE Mengaplikasikan model ASSURE atau model ADDIE dalam

pengajaran. Subtajuk :

Reka bentuk Pengajaran (RP) Peranan dan kepentingan reka bentuk pengajaran Model-model reka bentuk pengajaran (ASSURE atau ADDIE)

REKA BENTUK PENGAJARAN (RP)

RENUNGAN 1. 2. Kenapa guru perlu merancang pengajaran? Bagaimana untuk merancang pengajaran?

Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik,seseorang guru tidak dapat mencapai keberkesanan dalam pengajaran. Terdapat banyak model reka bentuk pengajaran yang boleh menjadi panduan menghasilkan proses atau bahan pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi perkara asas berikut: a) menentukan keperluan pelajar; (b) menentukan matlamat dan objektif; (c) membina prosedur penilaian; (d) mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian; (e) mencuba sistem pengajaran; dan (f) menilai keseluruhan sistem.

PERANAN RENUNGAN 1. 2.

DAN

KEPENTINGAN

REKA

BENTUK

PENGAJARAN

Apakah tujuan reka bentuk pengajaran? Bagaimana reka bentuk pengajaran membantu proses P&P?

Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan bagi membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan serta digemari oleh pelajar. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus membina disiplin yang positif. Ini kerana pengajar dapat melaksanakan pengajaran dengan lancar dan menarik serta tidak membazir masa dan sistematik.

FIKIR-FIKIR 1. Apakah peranan dan kepentingan rekabentuk pengajaran dalam

merancang sesuatu proses P&P?

MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN

RENUNGAN 1. Apakah elemen-elemen yang biasanya ada dalam sesuatu model reka

bentuk pengajaran?

Model ASSURE dan ADDIE merupakan model reka bentuk pengajaran yang biasa digunakan dalam proses pemilihan dan penghasilan media.

Berikut adalah perbandingan langkah-langkah dalam kedua-dua model tersebut.

Model ASSURE mengandungi 6 langkah iaitu:

AAnalyse learner (Analisis pelajar) SState objective (Nyatakan objektif) SSelect method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan) UUtilise media and materials (Gunakan media dan bahan) RRequire learner participation (Memerlukan penglibatan pelajar) EEvaluate and revise (Nilai dan semak)

Analyse Laerner (Analisis Pelajar) Pada peringkat ini masalah pengajaran, objektif dan matlamat pengajaran perlu dijelaskan terlebih dahulu.Soalan-soalan yang boleh digunakan sebagai panduan analisis seperti berikut:

Siapa kumpulan sasar? Apakah ciri-ciri mereka? Apakah hasil pembelajaran yang hendak dicapai? Berapa tempuh perlaksanaannya?

State Objective (Nyatakan objektif)

Pada peringkat ini kita seharusnya menyatakan apakah objektid pembelajaran terhadap kumpulan sasar. Objektif mestilah dinyatakan secara eksplisit supaya mudah diukur dan dicapai.

Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan) Kaedah dan strategi pengajaran yang paling sesuai dan selaras dengan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjamin pencapaian objektif pembelajaran. Strategi yang diamalkan pada masa kini ialah strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar iaitu memberi penekanan kepada pelajar aktif. Misalnya kaedah perbincangan, simulasi, kajian kes, kajiam makmal, kajian lapangan, pembelajaran kendiri dan sebagainya.

Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan) Penggunaan bahan di sini merujuk kepada bahan-bahan pelbagai bentuk dan media; cetak, komputer, video, gambar dan lain-lain. Boleh juga menggunakan bahan yang sedia ada tetapi perlu dipastikan bahan tersebut diubahsuai, ditambahbaik dan dibaik pulih sesuai dengan situasi semasa. Perlu diingat guru hendaklah menentu arah tuju pengajaran dan pembelajaran.Pada masa kini penggunaan bahan capaian seperti internet, e-learning, online learning, laman web dan sebagainya sudah menjadi kebiasaan.

Require

learner

participation

(Memerlukan

penglibatan

pelajar)

Pada fasa ini, pengelibatan pelajar adalah penting. Pelajar perlu dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini pelajar terlibat dalam kerja kumpulan, berbincang dan memberi idea, pelajar membuat simulasi dan juga membuat beberapa aktiviti seperti membuat kajian kes.

Evaluate and revise (Nilai dan semak) Penilaian formatif memberi maklum balas semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Maklum balas ini dapat digunakan untuk membetulkan atau menambahbaikan proses dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Kadang-kadang perancangan pengajaran dan pembelajaran kelihatan cantik dan sempurna tetapi gagal apabila dilaksanakan. Jueteru itu adala penting untuk guru untuk mencuba

perancangan pengajaran ke atas sekumpulan kecil pelajar untuk mendapat maklum balas keberkesanan perancangan tersebut.

Penilaian sumatif ialah penilaian pada kursus unit atau peringkat oembelajaran yang memberikan maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh Datayang dikutip memberikan maklumat tentang pencapaian objektif yang ditetapkan. Oleh itu moedl ASSURE amat menekankan penilaian formatif dan juga sumatif.

Model ADDIE mengandungi 5 langkah iaitu: A Analyse (Analisis) D Design (Reka bentuk) D Develop (Bina) I Implement (Laksana) E Evaluate (Nilai)

FIKIR-FIKIR

Anda adalah seorang guru satu matapelajaran di sebuahsekolah. Sebagai seorang guru anda memilih MODEL ASSUREuntuk merancang dan menghasilkan

pengajaran yang berkesan. 1. Mengapakah anda memilih MODEL ASSURE berbanding Model

ADDIE sebagao relabentuk pengajaran anda?

2.

Terangkan bagaimana Model ASSURE ini dapat diaplikasikan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran anda?

Ingat: 1. Segala maklumat yang diperolehi dan hasil kerja dalam MODEL

ADDIE sebagai reka bentuk pengajaran anda? 2. Terangkan bagaimana MODEL ASSURE ini diaplikasikan dalam

proses P & P anda?

REKA BENTUK PENGAJARAN

4.1. PENGENALAN Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran berbagai elemen dan aspek yang perludifikirkan oleh pendidik dan mereka yang terlibat dengan pengajaran. Harus diingat bahawa elemen yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja wujud di dalam kelas malahan terdapat juga di luar bilik darjah. Memandangkan elemen yangperlu difikirkan terlalu banyak dan meluas, pendidik perlu memikirkan satu reka yangterbaik untuk membina dan merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bersesuaian.

Reka bentuk pengajaran merupakan mekanisma yang digunakan oleh perancang bagi membina dan merancang dalam segala aspek pengajaran dan pembelajaran. Tanggapan yang menyatakan reka bentuk pengajaran hanya perlu difikirkan oleh pentadbiran pendidikan sahaja adalah tidak tepat. Menurut Hunter (1987), kandungan dan corak pembelajaran mestilah dengan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang baik. Seorangpendidik akan merancang pengajaran dan pembelajaran sebelum memasuki bilik darjah. Justeru itu, setiap pendidik seharusnya dapat menguasai reka bentuk pengajaran bagi menjamin kualiti pembelajaran dan pengajaran yang baik dan berkualiti.

4.2. REKA BENTUK PENGAJARAN

Richey (1986) mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai proses sains bagi membina spesifikasi pengajaran dengan terperinci bagi menilai, mengembangkan dan menyenggara sesuatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran tanpa mengira unit. Reka bentuk pengajaran seharusnya mencakupi keseluruhan proses pengajaran iaitu mereka bentuk,membina dan seterusnya menguruskan

pembelajaran.

Seels dan Glasgow 1990 menyatakan reka bentuk pengajaran boleh dilihat daripada dua perspektif iaitu displin ilmu dan proses. Sebagai displin ilmu, reka bentukpengajaranadalah berkaitan dengan proses pengajaran, penyelidikan dan

teori tertentu.Proses rekabentuk pengajaran adalah pembangunan spesifikasi pengajaran berdasarkan teori pengajaran dan pembelajaran.Morrison et.al. (2001) menyatakan dalam mereka bentuk pengajaran, perspektif utamayang perlu dilihat ialah gaya pelajar bukan lagi perspektif isi kandungan atau pun daripada pendekatan tradisonal. Menurut Mohd Arif (2004), pendekatan reka bentuk akan memberi penekanan kepada pelbagai faktor yang mepengaruhi hasil pembelajaran.

Faktor yang perlu dipertimbangkan ialah: i. Menentukan pencapaian objektif ii. Tahap kesediaan pelajar untuk membolehkan objektif tercapai iii. Strategi pengajaran yang dapat menenuhi kehendak objektif dan pelajar iv. Media dan bahan yang sesuai dengan peringkat umur pelajar

v. Sokongan yang diperlukan untuk membentuk pembelajaran yang sesuaidengan kehendak pengajaran vi. Penyemak semula progam yang tidak mencapai kehendak Gropper (1997) menyatakan proses reka bentuk pengajaran akan dapat membaiki aspek berikut: i. Pendekatan yang sistematik dapat memandu pengguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran ii. Reka bentuk pengajaran dapat memantau dan mengawal fungsi sistem pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik iii. Dapat menilai komponen dan urutan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Model reka bentuk pengajaran bersistem ditakrifkan sebagai kerangka kerja yang dapat membantu pengaturcara atau pembangunan perisian dalam melaksanakan pembentukan perisian. Secara umumnya, model yang digunakan

dalammembangunkan perisiannberasal adalah daripada kejuruteraan perisian. Dewasa ini, terdapat berbagai model diperkenalkan, walaubagaimanapun secara umumnya proses yangn dicadangkan hampir sama.

Komponen penting yang terdapat dalam reka bentuk pengajaran bersistem ialahnmerancang, mereka bentuk, melaksana dan menilai. Di antara model reka bentuknpengajaran bersistem yang terkenal ialah:

i. Model ADDIE

ii. Model ASSURE iii. Model Hanaffin and Peck iv. Model Robert Glasea v. Model Branson vi. Model Resier and Dick vii. Model Van Patten viii. Model Gentry ix. Model Dick and Carey x. Model Air Terjun xi. Model Prototyping xii. Model Smith and Ragan xiii. Model Jerold Kemp xiv. Model Gerlach and Ely xv. Model Diamon

Model reka bentuk terbahagi kepada empat kategori iaitu: i. Model berorentasikan bilik darjah ii. Model orentasi produk iii. Model orentasi system iv. Model orentasi teknologi

Model

berorentasi

bilik

darjah

lebih

memberi

tumpuan

kepada

keadaan

pembelajarandalam bilik darjah serta tertumpu kepada elemen yang wujud dalam bilik darjah sepertiguru, pelajar,kurikulum dan kemudahan. Antara model-model reka bentuk pengajaran berorentasikan bilik darjah ini ialah Model ASSURE (1982), Model Gerlach and Ely(1980), Model Kemp (1985) dan Model Hanafin and Peck.

Model reka bentuk pengajaran berfokuskan produk membuat andaian bahawa bahan sesuatu produk pengajaran sentiasa diperlukan, bahan yang dihasilkan tidak memerlukan proses pengubahsuaian, produk yang dihasilkan boleh digunakan oleh pelbagai pihak dan penekanan diberikan kepada percubaan. Antara model reka bentuk produk ialah VaPatten (1989), Lesih, Pollock dan Reigeluth (1990).

Model reka bentuk berasaskan sistem melibatkan pembangunan bahan pengajaran

besar bagi sesuatu kursus atau satu kurikulum. Model ini lazimnya dibangunkan oleh satu pasukan yang besar. Pembangunan perisian memerlukan sumber tenaga, bahan sokongan, analisis, percubaan dan ujian yang banyak. Antara model yang terdapat dalam kategori ini ialah Branson (1975), Diamon (1989) dan Dick and Carey (1996).

Memandangkan semakin banyak corak pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi digunakan dalam dekad ini, model reka bentuk berasaskan teknologi mula mendapat tumpuan. Model ini memberi tumpuan khas terhadap pembinaan perisian berasaskan teknologi. Antara model reka bentuk pengajaran dalam kumpulan ini ialah Model Air Terjun (1997) dan Model Reka Bentuk Rapid Protyping (1998)

4.3. MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN

4.3.1. MODEL ADDIE

Rossett (1987) telah memperkenalkan model reka bentuk bersistem ADDIE, model ini diwakili oleh aliran kerja di bawah:

Rajah 4.1. Aliran kerja berdasarkan model ADDIE

Analisis

Dalam langkah ini, pembangun perisian perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi dan cara menyelesaikannya. Masalah boleh dikenal pasti melalui temu bual, pemerhatian,tinjauan, soal-selidik dan sebagainya. Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi,pembangun perisian perlu mencari punca atau faktor yang

menimbulkan masalah tersebut. Dalam fasa analisis inijuga, aspek persekitaran pembelajaran, analisis terhadap pengguna dan objektif pembelajaran dikenalpasti. Pembangun perisian perlu membuat penilaian terhadap perkara-perkara berikut:

Analisa(Analysis) Reka Bentuk(Design) Pembangunan(Development Perlaksanaan(Implementation) Penilaian(Evaluation)

i) Matlamat perisian ii) Objektif perisian iii) Kumpulan sasaran iv) Kandungan perisian v) Pendekatan pedagogi vi) Strategi penggunaan perisian

Kesemua analisis ini, dilakukan bagi memastikan reka bentuk pengajaran bersistem yang dihasilkan menepati atau memenuhi keperluan pengguna yang sebenarnya.

Reka Bentuk Perisian

Fasa reka bentuk ialah proses memindahkan maklumat daripada fasa analisis kepada satu lakaran fizikal yang akan digunakan semasa proses pembinaan. Kesemua maklumat keperluan dalam proses reka bentuk ini diambil dari fasa analisis permulaan. Dalammereka bentuk perisian multimedia, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

i)

Menentukan

kandungan

perisian

berlandaskan

kandungan

yang

telah

dirangkadalam fasa analisis. ii) Menentukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan objektif pembinaan perisian.

iii) Menentukan kaedah penyampaian maklumat mudah difahami dan bersesuaian dengan pengguna. iv) Menentukan reka bentuk paparan bersesuaian dengan teori pembelajaran dan strategi pembelajaran yang telah dirancang.

Pembangunan Perisian Pembangunan perisian melibatkan proses membangunkan atau menghasilkan perisian dengan mengunakan aplikasi multimedia dan alat pengarangan.

Pembangunan perisianperlu dibangunkan berdasarkan reka bentuk yang telah ditetapkan dalam fasa rekabentuk. Proses membangun perisian ini melibatkan pakar-pakar perisian dan memakanmasa yang lama.

Perlaksanaan Perisian

Fasa ini digunakan oleh pembangun perisian untuk membangunkan dan melaksanakan perisian multimedia. Kesemua elemen utama yang telah direka bentuk dalam fasa sebelum ini perlulah digarapkan ke dalam perisian dengan bantuan alat pengarangan.

Proses kerja dalam fasa ini ialah: i) Membangunkan perisian ii) Menilai perisian mengikut aspek-aspek yang ditetapkan iii) Menguji kestabilan perisian iv) Pengubahsuaian dan membaik pulih perisian bagi membaiki dan meningkatkan lagi kualiti perisian.

Fasa Penilaian

Fasa ini merujuk kepada proses pengujian dan penilaian perisian yang dibangunkan bagi memastikan isi kandungan, grafik, audio, video dan antara muka perisian bersesuaian.Fasa ini juga menguji adakah objektif perisian tercapai ataupun tidak. Menurut Cozby,P.C (2001), bagi menjamin satu sistem berjalan dengan lancar dan mencapai objektif,penilaian harus dilakukan. Jenis penilaian yang digunakan dalam menilai perisian ialah penilaian formatif dan sumatif.

4.3.2. Model ASSURE

Model ASSURE diperkenalkan oleh Heinich et al pada tahun 1996. Enam langkah dalam model ini ialah: A- Menganalisis Pengguna (Analyze Learners) S- Menyatakan Objektif (State Objectives) S- Memilih kaedah, media dan bahan (Select Methods, Media & Materials) U- Menggunakan media dan bahan (Utilize Media & Materials) R- Memerlukan penglibatan pelajar (Require Learner Participation) EMelakukan penilaian dan pengubahsuaian (Evaluate & Revise)

Menganalisis Pengguna

Golongan sasaran pengguna perisian serta sifatnya perlu dipastikan terlebih dahulu sebelum mereka bentuk perisian. Pembangun perisian perlu memastikan kandungan perisian yang dipersembahkan bersesuaian dengan golongan sasaran.

Pembangunperisian perlu melihat pengalaman lepas, kecekapan pengguna, sikap pengguna dan cara interaksi pengguna sebelum merancang reka bentuk perisian. Pembangun perisian jugaperlu membuat analisis media yang sesuai digunakan mengikut pengguna. Contohnya animasi dalam bentuk kartun amat sesuai digunakan bagi pelajar sekolah rendah.

Secara ringkas terdapat 3 perkara yang perlu difikirkan oleh pembangun perisian:

i) Menganalisis ciri-ciri umum pengguna seperti jantina, umur, tahap dan carapembelajaran, taraf sosial dan bakat. Dengan mengetahui ciri-ciri ini,pengguna perisian dapat menjadikanya sebagai asas dalam pemilihan mediadan bahan. Terdapat dua cara untuk mendapat maklumat tentang ciri-ciriumum ini iaitu melalui penelitian rekod dan interaksi. Interaksi membolehkan pembangun perisian menganalisis sikap dan latar belakang mereka.

ii) Menganalisis pengetahuan pengguna terhadap isi kandungan iaitu dari segi pengetahuan sedia ada, sikap dan kemahiran. Maklumat ini diperolehi

daripada ujian kemasukan dan juga interaksi dengan pelajar. Guru tidak seharusnya mengandaikan semua pelajar mepunyai pengetahuan sedia ada yang sama. iii) Menganalisis stail pembelajaran yang perlu digunakan bersesuaian dengan pengguna. Stail pembelajaran merujuk kepada bagaimana cara seseorang itu berinteraksi dan bertindak balas dengan sekitaran yang akan memberi kesan kepada pelajar ketika mereka belajar. Salah satu instrumen yang digunakan ialah gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1992).

Menyatakan objektif pembelajaran Pembangun perisian perlu menetapkan terlebih dahulu objektif pelajaran yang hendak dicapai. Objektif ialah perubahan tingkah laku yang akan dicapai setelah pengguna menggunakan perisian ini. Menurut (Jamaludin et al 2001), objektif merupakan tahap minima apa yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif perlu dinyatakan secara jelas, bagi memastikan aplikasi perisian yang dibina mempunyai hala tuju yang jelas. Dalam membina objektif pembelajaran pembangun perisian akan merujuk kepada sumber-sumber berikut: i) Dokumen seperti sukatan pelajaran, ringkasan kurikulum, buku teks atau ulasan pakar. ii) Harapan pembangunan perisian terhadap perubahan tingkah laku pengguna yang ingin dicapai hasil daripada proses menggunakan perisian pembelajaran.

Pemilihan kaedah, media dan bahan

Dalam langkah ini pembangun perisian harus memastikan kandungan yang dirancang bersesuaian dengan pengguna, objektif dan kurikulum. Bagi perisian pengajaran di peringkat sekolah, pembangun perisian seharusnya merujuk kepada dokumen seperti sukatan pelajaran, ringkasan kurikulum, buku teks atau lain-lain dokumen sebagai panduan, supaya perisian yang dibina tidak tersasar. Pembangun perisian seharusnya merancang bahan serta kaedah penyampaian yang sesuai. Pemilihan kaedah serta bahan yang bersesuaian dengan pengguna penting bagi mencapai objektif pembelajaran dan menanam minat pengguna. Selain daripada itu, faktor kebolehan pengguna, sumber yang sesuai dan kemudahan yang ada perlu diambil kira.

i. Memilih kaedah

Kaedah

dalam

konteks

ini

bermaksud Pembangun corak

cara perisian

yang perlu

digunakan memilih

untuk kaedah

mempersembahkan yang sesuai

maklumat.

dalam terdapat

membentuk pelbagai

pengajaran dalam

perisian

multimedia. pembangun

Disebabkan

peringkat

pengajaran,

perisian perlu memilih kaedah yang bersesuaian dengan peringkat pengajaran. Untuk memilih kaedah, pembangun perisian perlu mengkaji perkara-perkara seperti objektif, kandungan pelajaran dan kumpulan sasaran.

ii. Memilih media

Media adalah perantara. Media merujuk kepada apa sahaja bahan yang menjadi perantaraan antara penyampai dan penerima. Contoh media ialah filem, surat khabar, radio dan televison. Dalam memilih media, terdapat dua jenis bentuk media yang perlu difikirkan iaitu:

a) Media sedia ada Media sedia ada bermaksud media yang telah terbina dan hanya perlu dimanipulasikan sahaja. b) Media dibina

Media yang perlu dibina oleh pembangun perisian. Media yang dipilih perlulah: a) Sesuai dan sepadan dengan kurikulum b) Menggunakan perkataan sesuai dan tiada kesalahan bahasa c) Dapat memotivasi pelajar serta menggalakkan penglibatan pelajar d) Mempunyai maklumat yang tepat berkualiti dan terkini e) Mempunyai aspek tenikal yang berkualiti f) Mempunyai aspek nilai murni g) Dapat merangsangkan daya pemikiran

Menggunakan media dan bahan pembelajaran

Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah fasa yang cukup penting. Jika media gagal digunakan dengan baik, impaknya negatif terhadap persembahan. Media yang digunakan seperti teks, animasi, grafik, video dan audio perlulah dirancang agar ia bersesuaian dengan kehendak pengguna dan kandungan pelajaran yang dipersembahkan. Media yang digunakan seharusnya memberi kesan yang positif terhadap motivasi serta minat pengguna dan kesesuaian kepada persembahan.

Penglibatan pelajar Penglibatan pelajar yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi menjamin proses pemindahan ilmu berlaku secara sempurna. Perisian pembelajaran seharusnya dapat membentuk keadaan yang sesuai dengan pengguna, efektif serta dapat menarik minat pengguna. Pembangun perisian perlu memerhati, berbincang serta mendapat maklum balas terhadap keupayaan perisian dalam merangsang penglibatan pelajar yang aktif.

Melakukan penilaian dan pengubahsuaian Untuk menentukan keberkesanan perisian pembelajaran, perisian perlulah dinilai. Proses penilaian juga membolehkan pembangun perisian membuat pengubahsuai perisian bagi membaiki kelemahan dan kecacatan yang terdapat dalam perisian supaya memenuhi kehendak pengguna. Secara keseluruhan penilaian melibatkan

aspek: i. Menilai kepuasan pengguna ii. Menilai aspek pembelajaran dan pengajaran iii. Menilai media dan kaedah yang digunakan

4.3.3. Model Reka Bentuk Rapid Protyping (1998)

Model reka bentuk Rapid Protyping (1998) merupakan salah satu bentuk model pengajaran berorentasikan teknologi. Model ini mengandungi tujuh peringkat (Rajah 4.2). Model Rapid Protyping melibatkan aspek pembelajaran dan penggunaan teknologi. Prototaip yang dibina merupakan produk percubaan. Oleh itu terdapat sedikit perbezaan antara prototaip dengan produk akhir. Prototaip mempunyai keupayaan yang lebih rendah daripada perisian yang sebenar.

Rapid Prototyping lebih menekankan penggunaan teknologi serta melibatkan maklum balas daripada pengguna pada satu atau dua peringkat. Masalah masih wujud dalam perisian prototaip. Pengguna tidak dapat menilai keberkesanan keseluruhan pembelajaran dalam perisian prototaip. Perisian prototaip selalu digunakan bagi membangun perisian komersial. Reka bentuk skrin dalam perisian komresial sudah cukup untuk meramal dan menilai perisian keseluruhan yang akan siap. Dalam perisian pendidikan, walaupun prototaip dapat digunakan oleh pelajar, pembangun perisian tidak dapat menyatakan keberkesanan sehingga dilakukan ujian ke atas perisian sebenar.

4.3.4. Model Reka Bentuk Air Terjun (1997)

Model Air Terjun mengandungi enam fasa yang berurutan. Model Air Terjun terdiri daripada enam fasa iaitu analisis, rekabentuk, implementasi, pembangunan intergrasi, pengujian atau penilaian dan penyelenggaraan (Rajah 4.3). Model Air Terjun mengutamakan reka bentuk penggunaan teknologi. Kelemahan model ini

ialah proses pembangunannya terlalu terikat dengan satu fasa sehingga sukar untuk ianya diubahsuai atau mengikut kesesuaian suasana. Adalah mustahil untuk mengikut langkah secara terperinci tanpa wujud masalah.

Analisis feasibility Analisis keperluan Implement perisian Penilaian dan pengujian Kitaran prototaip Pembangunan perisian Mereka bentuk perisian

Rajah

4.3.

Aliran

Kerja

Berdasarkan

Model

Air

Terjun

(1997)

4.3.5.

Model

Reka

Bentuk

Pengajaran

Dick

Dan

Carey

(1996)

Model reka bentuk ini beorentasikan sistem. Model reka bentuk Dick Dan Carey (1996) melibatkan komponen pelajar, pengajar, bahan pengajaran dan persekitaran pembelajaran. Rajah 4.4 menunjukkan model reka bentuk pengajaran Dick dan Carey. Setiap langkah dalam model ini menerima input daripada langkah sebelumnya dan memberi output kepada langkah berikutnya.

Analisis Reka bentuk Penyelenggaraan Implementasi

Pengujian Pembangunan

Rajah 4.4 Model Reka Bentuk Dick dan Carey (1996)

Setiap komponen dalam model ini saling berkaitan, berinteraksi dan berkerjasama untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Komponen pengajaran dalam model ini membantu guru membaiki model yang sedia ada sekiranya terdapat sebarang kelemahan. Model Dick dan Carey memerlukan penglibatan pembangunan bahan pengajaran, analisis, percubaan, ujian dengan kadar yang banyak. Oleh itu model ini sesuai digunakan untuk pengajaran bagi keseluruhan kursus atau kurikulum.

Kenal pasti matlamat pengajaran Kenal pasti ciri dan perlakuan peringkat Penilaian formatif Bina atau pilih bahan pengajaran Bina strategi pengajaran Bina item ujian rujukan kriteria Tulis objektif prestasi Penilaian sumatif Buat analisis pengajaran

4.3.6. Model Hannafin Dan Peck (1988)

Model reka bentuk Hannafin dan Peck (1988) (Rajah 4.5) melibatkan tiga fasa iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk dan fasa perlaksanaan. Setiap fasa dinilai, diuji dan disemak secara berasingan untuk melihat keberkesanan secara berterusan. Fasa analisis keperluan digunakan untuk mengenal pasti keperluan pembinaan perisian multimedia. Peringkat analisis adalah peringkat yang paling kritikal kerana peringkat ini menentukan keupayaan keseluruhan perisian yang dibina. Analisis terhadap pengguna, analisis terhadap persekitaran pembelajaran serta kandungan dan matlamat perlu ditentukan terlebih dahulu sebelum fasa reka bentuk dan perancangan dilaksanakan. Fasa ini terbahagi kepada dua iaitu fasa analisis keperluan tafsiran dan fasa analisis keperluan perisian. Fasa reka bentuk digunakan untuk memindahkan maklumat yang terdapat di fasa analisis keperluan kepada satu lakaran fizikal yang digunakan semasa proses pembinaan. Kesemua maklumat keperluan yang digunakan dalam proses reka bentuk boleh didapati dari analisis yang dilakukan dalam fasa analisis permulaan.

RAJAH

4.5.

Model

Reka

Bentuk

Hannafin

Dan

Peck

(1988)

Kesemua elemen utama yang telah direka bentuk dalam fasa sebelum ini perlulah digarapkan ke dalam perisian dengan berbantukan alat pengarangan. Fasa Penilaian merujuk kepada proses pengujian dan penilaian perisian yang

dibangunkan. Fasa ini secara tidak langsung menguji keseluruhan fasa. Jenis penilaian yang terlibat dalam fasa ini ialah penilaian formatif dan sumatif.

Fasa 1 Analisis keperluan Fasa 2 Reka bentuk Fasa3 Pembangunan dan perlaksanaan Penilaian dan pengulangan

Model Hanifin dan Peck (1988) memberi penekanan kepada keupayaan kelas untuk menerima pengajaran dan pembelajaran berasaskan media. Model ini juga sesuai digunakan untuk skop pengajaran dan pembelajaran yang tidak luas serta dalam kumpulan sasaran yang terhad.

4.3.7. Model Robert Glasea

Model Robert Glasea mempunyai empat komponen utama iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia, kaedah mengajar dan penilaian.

Rajah 4.6. Aliran kerja berdasarkan Model Robert Glasea i. Objektif pengajaran Objektif pengajaran adalah hasil pengajaran yang melibatkan perubahan

tingkah laku yang spesifik dan boleh diukur setelah mengikuti pelajaran. Objektif pengajaran adalah tahap jangkaan minima bagi prestasi yang dicapai oleh pelajar. Pembangun perisian boleh mendapat maklumat tentang objektif pengajaran daripada sukatan dan huraian kurikulum. ii. Pengetahuan sedia ada Pengetahuan sedia ada adalah pengalaman yang telah dimiliki atau dikuasai oleh pelajar sebelum proses pembelajaran. Dengan mengetahui pengalaman

Objektif, Pengajaran, Pengetahuan sedia ada, Kaedah Mengajar, Penilaian, Maklum balas lepas pembangun perisian boleh memilih kaedah, tahap dan strategi yang bersesuaian dengan golongan sasarannya.

iii. Kaedah mengajar Setelah menetapkan objektif yang hendak dicapai dan mengetahui pengalaman sedia ada pada pelajar, barulah pengatur cara atau pembangun perisian memilih kaedah mengajar yang sesuai dengan golongan sasaran.Kaedah mengajar penting bagi memastikan pengajaran yang hendak disampaikan dapat digunakan dan diaplikasikan.

iv. Penilaian

Bagi memastikan perisian ini menepati spesifikasi yang ditetapkan, perisian yang dibina perlu diuji. Penilaian yang melibatkan pelbagai pihak bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan komen. Laporan penilaian akan dapatmembaiki kesilapan dan kelemahan dalam perisian. Dengan adanya maklumbalas dari proses penilaian, seorang pembangun perisian atau pengaturcaraan boleh mengesan pencapaian dan penerimaan pelajar.

Media Pengajaran

TAJUK 2 Media Pengajaran (2 jam)

Tajuk ini mengandungi konsep media dan media pengajaran yang merupakan salah satu domain dalam teknologi pengajaran. Tajuk ini juga menghuraikan pengkelasan, kelebihan serta fungsi untuk menentukan pemilihan, pembinaan dan penggunaan media pengajaran sebagai saluran komunikasi.

HASIL PEMBELAJARAN

1. 2. 3. 4. 5.

Menjelaskan konsep media dan media pengajaran. Merumuskan fungsi media pengajaran. Menyatakan pengkelasan media pengajaran. Menganalisis faktor dan cara permilihan media pengajaran. Menyata dan menghuraikan langkah penyediaan media pengajaran.

Subtajuk:

Konsep Media Pengajaran Jenis-jenis dan klasifikasi media Fungsi media dalam pengajaran dan pembelajaran

KONSEP MEDIA PENGAJARAN

RENUNGAN

Apakah media pengajaran? Bagaimana media boleh meningkatkan keberkesanan proses P&P? Bagaimana media boleh diklasifikasikan? Apakah fungsi media pengajaran?

Apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan di dalam memilih media

pengajaran?

Apakah langkah-langkah yang perlu di dalam menyediakan bahan media

pengajaran? Bidang teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang kemudiannya dikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu, bolehlah dikatakan media pengajaran menjadi pengasas kepada penubuhan bidang teknologi pendidikan. Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud perantara. Ia merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada penerima. Contoh media termasuklah filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar. Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran.

FIKIR-FIKIR

Nyatakan

kelebihan

menggunakan

media

dalam

pengajaran

Apakah jenis media yang akan anda gunakan untuk mengajar: (a) Sains mengenai rupa atom; (b) Matematik mengenai set, subset dan tindanan: (c) Perbezaan lagu-lagu klasik Timur; dan (d) Contoh binatang-binatang terancam di Malaysia?

JENIS-JENIS DAN KLASIFIKASI MEDIA

Media boleh dibezakan melalui: a. Bentuk fizikal atau format b. Atribut atau cirri

Media pengajaran terbahagai kepada dua: a. Media Cetak b. Media bukan cetak

Pengkelasan Media 1. Media Tayang Kaku contoh: transparensi, slaid dan mikrofilem 2. Media Tayang Bergerak contoh: pita video, cakera padat digital dan filem 3. Bahan Grafik contoh: lukisan, poster, kartun, carta dan graf 4. Gambar kaku gambar contoh: foto, kad imbasan dan poskad 5. Bahan Pameran Tiga-Dimensi contoh: model, boneka, diorama dan puppet 6. Papan Paparan/Pameran contoh: papan kapur, papan putih, papan flanel dan papan bulletin 7. Media Audio contoh: pita kaset, cakera padat dan computer 8. Media Cetak contoh: modul, buku teks, surat khabar, majalah dan risalah

FUNGSI

MEDIA

DALAM

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN

RENUNGAN

Apakah fungsi media di dalam proses P&P? Bagaimanakah media dapat membantu meningkatkan keberkesanan proses

P&P?

Sesuatu media pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan

objektif pembelajaran dengan berkesan.

Pengalaman pembelajaran seharusnya daripada situasi/media sebenar yang

lebih konkrik dan mudah difahami sebelum kepada situasi/media yang abstrak.

Antara fungsi media pengajaran ialah:

(a) Memperjelaskan Penyampaian Mesej Anggapan, perkataan sudah memadai untuk menyatakan sesuatu mesej seringkali menyebabkan kita menghadapi pelbagai masalah komunikasi. Adalah lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya. Dalam era teknologi komputer dan maklumat ini, penjelasan akan lebih berkesan dan menarik seperti melalui penggunaan animasi, bunyi dan muzik dapat dilakukan.

(b) Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera

Antara contoh berkaitan dengan mengatasi batasan ruang, waktu dan pancaindera: (i) Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model, gambar, transparensi, filem atau video.

(ii) Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan timelapse atau high-speed photography. (iii) Kejadian yang berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem, gambar foto mahupun secara lisan. (iv) Objek yang terlalu kompleks (misalnya mesin) dapat ditunjukkan dalam bentuk model, gambar rajah, dll. (v) Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan.

(c) Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan Bervariasi

Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi dapat mengatasi sikap pasif pelajar kerana ia menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti. Pelajar juga boleh belajar sendirian, menurut kemampuan dan keselesaan masing-masing.

(d) Pengalaman dan Persepsi yang Sama

Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran ditentukan sama bagi setiap pelajar, sifat unik yang ada pada setiap pelajar, ditambah dengan persekitaran yang berbeza membuatkan guru mengalami kesulitan. Keadaan ini dapat diatasi dengan media pengajaran kerana kemampuannya dalam memberikan rangsangan pengalaman dan persepsi yang sama. Misalnya, sebuah perisian kursus boleh digunakan berulang kali oleh pelajar tanpa merosakkan kandungan asal. Belajar secara berulang kali ini membantu pelajar membentuk persepsi yang sama dan tepat tentang sesuatu konsep atau prinsip.

FIKIR-FIKIR

Anda adalah seorang guru di sebuah sekolah. Penggunaan Media Pengajaran memainkan peranan yang penting dalam proses P&P.

i. Terangkan maksud media pengajaran ii. Nyatakan pengkelasan media pengajaran iii. Nyatakan kelebihan penggunaan media pengajaran

Langkah-langkah membina media pengajaran haruslah mengandungi aspek berikut;

Analisis o Keperluan o Kandungan Topik o Pelajar -Hasilan pembelajaran o Objektif.

Pemilihan Bahan o Jenis Media o Ciri Media o Kesesuaian

Reka bentuk o Media o Proses pengintegrasian dalam P&P o Rancangkan penglibatan pelajar.

Pembinaan o Pengguaan perkakasan, peralatan dan perisian o Penerbitan.

Pelaksanaan o Penggunaan dalam P&P

Penilaian o Semak perancangan anda. o Maklumbalas sebelum pelaksanaan o Maklumbalas semasa pelaksanaan o Maklumbalas selepas pelaksanaan

FIKIR-FIKIR

a)Bincangkan apa yang dimaksudkan media pengajaran?, b) Nyatakan ciri-ciri dan jenis-jenis media pengajaran. c) Bincangkan apakah kesan dan kepentingan media pengajaran dalam proses P&P. d) Dengan menggunakan persembahan elektronik atau perisian yang sesuai bina carta atau pengurusan grafik yang sesuai untuk menunjukkan klasifikasi media pengajaran.

REFLEKSI

1. 2.

Apakah yang kita faham tentang media pengajaran? Apakah perbezaan antara teknologi pengajaran berbanding dengan

media pengajaran ? 3. Apakah perbezaan antara media pengajaran dengan sumber

pengajaran?

LATIHAN 1. 2. 3. Apakah yang dimaksudkan dengan media? Apakah fungsi media dalam pengajaran dan pembelajaran? Terdapat pelbagai jenis media yang boleh membantu guru-guru dalam

melaksanakan pengajaran di bilik darjah. Jelaskan klasifikasi tersebut dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. 4. Anda telah melalui pelbagai pengalaman sebagai pelajar di sekolah.

Berdasarkan pengalaman anda buat penilaian dan refleksi tentang perbezaan pembelajaran melalui penggunaan pelbagai media dengan pembelajaran tanpa penggunaan media. 5. Bagaimana media mampu membantu masyarakat menjadi masyarakat

yang berpendidikan. 6. Apakah perbezaan antara media dengan media dalam pengajaran?

LATIHAN LANJUTAN

1.

Dalam pengkelasan media pengajaran, Edgar Dale (1946) telah

membina "Kon Pengalaman Dale". Apakah yang dimaksudkan dengan "Kon Pengalaman Dale"? Apakah pula pendapat Brunner (1966) mengenai kon yang sama? 2. Lukiskan 1 carta aliran (langkah-langkah) penyediaan media

pengajaran.

Model Assure

Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran

Reka bentuk pengajaran bilik darjah melibatkan tugas guru merancang, memilih dan menilai media pengajaran. Bagi melaksanakan tugas ini , guru boleh

mengaplikasikan beberapa model yang sesuai.

Sesuatu pengajaran yang terancang rapi akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Pengajaran berasaskan media tidak terkecuali memerlukan perancangan yang rapi dan tersusun. Perancangan yang dimaksudkan ialah susunatur pengajaran agar pembelajaran dapat berlaku secara berstruktur. Gagne (1985) menyatakan pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang perlu disusun secara berperingkat. Justeru itu

penyampaian

pengajaran

secara

berperingkat-peringkat.

Peringkat-peringkat berkenaan adalah 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Tarik perhatian pelajar. Beritahu objektif pembelajaran. Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar. Sampaikan isi pelajaran/ bahan pemgajaran dan pembelajaran. Bimbing pembelajaran pelajar. Uji penguaswaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti. Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar. Taksir pencapaian pelajar. Tingkatkan ingatan dan pemidahan pembelajaran.

Model ASSURE dapat membantu guru merancangan pengajaran yang dapat memanfaatkan penggunaan media.

Model ASSURE memberi fokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran

berasaskan media dalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancangan pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing.

Model ASSURE Aplikasi model ASSURE mengandungi enam langkah yang dapat menjamin kejayaan.

1. 2. 3.

Analyse Learners (Analisis Pelajar) State Objectives ( Nyatakan objektif/hasil pembelajaran) Select methods, media and materials ( Pilih kaedah, media dan bahan

sumber) 4. 5. 6. Utilize media and materials ( Guna media dan bahan sumber) Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran) Evaluate and revise (Nilai dan semak semula)

1. Analisis Pelajar Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar.adalah penting ntuk membantu kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut: 1. 2. 3. Ciri-ciri umum pelajar. Pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Gaya belajar

Ciri-ciri umum pelajar Ciri umum pelajar termasuklah umur, tahun, kelas, aliran, jantina,

penempatan/daerah/kawasan, budaya dan seumpamanya/ Pemilihan kaedah, sumber dan bahan dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenalpasti. Pelajar

yang lemah dalam penguasaan bahasanya dapat dibantu pembelajarannya melalui penggunaan gambar, bahan konkrit dan aktiviti tanpa media cetak.

Pengetahuan sedia ada Setiap pelajar mempunyai pengalaman yang berbeza. Analisis pengetahuandan pengalaman sedia ada pelajar dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar. Guru boleh mengenalpasti pengetahuan sedia pelajar melalui ujian praunit yang akan dipelajarinya, mengkaji pencapaian pembelajaran unit terlebih dahulun mengadakan sesi soaljawab di dalam kelas. Apabila guru ada maklumat tentang pengetahuan dan pengalaman pelajar tentang topikyang akan dipelajari, mudahlah bagi guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran dan kaedah yang sesuai yang akan digunakan.

Gaya Pembelajaran Pelajar Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang efektif.Model Dunn dan Dunn, model Honey dan Mumford, dan model Mutiple Intelligence Gadner adalah beberapa contoh model gaya cara faktor pembelajaran individu pelajar. Gaya pembelajaran membentuk laku individu persepsi belajar.

mempengaruhi merupakan

memproses dan

maklumat, tingkah

motivasi

2. Nyatakan Objektif/Hasil Pembelajaran Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan secara jelas.Ini adalah sebagai hala tuju pengajaran dan pembelajaran.Penekanan kepada apa yang pelajar boleh buat selepas menjalani proses pembelajaran. Oleh itu objektif mesti spesifik.

Pernyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan kaedajh penyampaian yang sesuai. Dengan itu guru dapat menentukan langkah aktiviti pemgajaran dan pembelajaran. Guru tidak mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa menyatakan objektif terlebih dahulu.

Dalam hal ini, pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria berikut: 1. 2. 3. 4. Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar) Apakah yang hendak dicapai? 9Apakah bentuk pelakuan baru) Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan) Aoakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)

Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar) Fokus penulisan pbjektif ialah pembelajaran.Kumpulan sasar yang dimaksudkan ialah pelajar. Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara mental ataupun fizikal.

Apakah

yang

hendak

dicapai?

Apakah

bentuk

pelakuan

baru)

Apakah yang hendak dicapai adalah merujuk kepada pelajar.Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah yang dapat dilihat dan diukur pencapaiannya. Tingkah laku ini juga hendaklah yang wajar dan berasas situasi sebenar.Antara perkataan yang sesuai digunakan ialah

melakar menamakan meramal membaca menjawab melukis menilai melabel menjelas

Situasi dan Syarat Perlakuan Apakah syarat pelakuan? Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah termasuk syarat bagaimana tingkahlaku itu baru yang dapat

diperhatikan.Penyataan syarat pencapaian objektif ini dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah pengajaran dan pembelajaran.

Bagaimana

hendak

dicapai?

(Apakah

syarat

pelakuan)

Situasi atau syarat pelakuan bermaksud penyataan pencapaian syarat objektif dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah-langkah pembelajaran dan media yang sesuai.

Aoakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian) Darjah pencapaian minimum atau standard pencapaian merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantititingkah laku, tempuh masa yang ditetapkan dan sebagainya.Penyataan pengukuran pencapaian ini akan membolehkan guru menyediakan tindak susulan bagi membantupelajar yang belum mencapai objektig pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk aktiviti pemulihan dan juga aktiviti pengayaan. Penulisan tahap pencapaian boleh dalam bentuk kualitatif atau kuantatif.

Contih

penulisan

objektif

pengajaran

dan

pembelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat melabel nama negeri-negeri yang diketuai oleh sultan pada lakaran peta

Malaysia sekurang-kurannya 7 dari 9 negeri dengan betu.

Menamakan secara lisan sekurang-kurangnya tujuh negeri di Malaysia yang

mempunyai sultan.

3. Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan Sumber Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah dan bahan sumber dibuat secara sistematik dan terancang. Proses pemilihan tersebut merangkumi aspek-aspek berikut:

Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang

hendak dicapai.

Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih. Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.

Menurut Mc Alpine & Wetson (1994) dipetik oleh Hwinich et al (1999), untuk memilih bahan sumber yang sesuaim soalan-soalan berikut perlu ditanya.

Adakah bahan ini menepati kurikulum? Adakah isipelajaran menepati kurikulum? Adakah laras bahasanya jelas?

Adakah bahan ini menarik dan dapat memotivasikan pelajar? Adakah bahan ini dapat menarik pelgelibatan pelajar? Adakah bahan ini berkualiti? Adakah bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan? Adakah bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak? Adakah ada panduan pengguna?

Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati kriteria dan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjimatkan masa.

4. Gunakan Media dan Bahan Sumber

Langkah seterusnya ialah bagaimana media dan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Bagi memasyikan kejayaan penggunaan media dan bahan, sumber tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru.

Semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Guru hendaklah menhkaji/menyemak/menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum digunakan. Ini dapat membantu guru memastikan bahan tersebut nemar-benar sesuai dengan kumpulan pelajarm objektif pengajaran dan pembelajaran.

Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas. Sediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran. Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.

5. Libatkan pelajar dalam pembelajaran

Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran seperti teori behavioris dan juga teori kognitif. Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis,

permainan bahasa dan sebagainya dapat terus mengekalkan pengelibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.

Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan pengelibatan pelajar dalam ptoses belajar, Gambar foto, slaidm gambar bersiri, video dapat mencetuskan perbincangan dalam kumpulan, dapat menjana idea dan juga aktiviti penyelesaian masalah.

6. Nilai dan Semak Semula

Ini merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE. Sebenarnya langkah ini menyentuh dua aspekpenilaian aiitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar.

LATIHAN Jawab SEMUA soalan 1. Terdapat enam langkah dalam model ASSURE.Senaraikan langkah-

langkah tersebut.Pilih dua langkah daripadanya dan huraikan secara terperinci langkah-langkah berkenaan. Huraian hendaklah disertakan contoh yang sesuai dengan subjek pengkhususan anda. 2. Anda hendak menyediakan satu rancangan persediaan mengajar bagi

satu topik pelajaran subjek anda. Sediakan dua objektif pengajaran pembelajaran setelah menganalisis ciri-ciri pelajar. 3. Pilih media yang sesuai bagi topik yang berkenaan.Berikan rasional

pemilihan tersebut, 4. Dalam fasa analisis learner, aspek pelajar adalah diutamakan.

Apakah ciri-ciri umum pelajar yang dapat dikaitkan dengan Model ASSURE. 5. Model Mutiple Intelligence adalah satu contoh gaya pembelajaran. ciri-ciri yang terdapat dalam model ini. Berikan contoh

Terangkan

berdasarkan subjek pengkhususan anda. 6. Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran

guru menggunakan media pengajaran semasa memberikan input kepada pelajar penting untuk mendapatkan perhatian pelajar. Pilih kemahiran guru yang sesuai untuk mendapatkan kemahiran pelajar. 7. Sediakan satu contoh Rancangan Pelajaran Harian (RPH)

matapelajaran pengkhususan anda. Bagaimana Model ASSURE dapat diintegrasikan dalam pembinaan RPH anda.

JAWAPAN 1. Terdapat enam langkah tersebut. Pilih dua langkah daripadanya dan huraikan secara terperinci langkah-langkah berkenaan. Huraian hendaklah disertakan contoh yang sesuai dengan subjek pengkhususan anda. Enam langkah dalam model ASSURE. A = Analyse learner (Analisis pelajar). S = State objectives (Nyatakan objektif). S = Select, modify or make media (Pilih Kaedah, Media dan Bahan) U = Use media (Gunakan media) R = Require learner response (Perlukan tindak balas pelajar). E = Evaluate materials (Menilai dan menyemak semula bahan). A = Analyse learner (Analisis pelajar). Terdapat 3 perkara penting untuk menganalisis ciri-ciri pelajar: (a) Ciri-ciri umum Merupakan deskripsi umum tentang umur, tahap, latar belakang sosial ekonomi dan sebagainya. dalam model ASSURE.Senaraikan langkah-langkah

(b) Kompetensi khusus Berkait dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran. (c) Gaya pembelajaran Merujuk kepada kluster trait psikologi yang dapat menerangkan bagaimana seseorang itu menanggapi, berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran. Tidak semua orang mempunyai kebolehan yang sama ;tidak semua orang belajar dengan cara yang sama

-Gardner Tabiat Pemprosesan Maklumat Urutan Konkrit pengalaman secara hands-on mengikut urutan logikal

Buku Kerja Pengajaran Terancang (PI) Tunjukcara Pendekatan Makmal berstrutur

Urutan Abstrak -pelajar mampu mendekod maklumat verbal & simbolik dengan mudah

Persembahan Verbal (reading presentation) Mendengar persembahan

Rawak Konkrik menjurus kepada pendekatan cuba jaya (TNE)


Permainan Simulasi Projek pembelajaran kendiri Kaedah penemuan

Rawak Abstrak tangapan makna (pemahaman) dari persembahan perantara (manusia) dan respons pada nada dan gaya penyampai

Perbincangan kumpulan Kuliah dengan sesi soal jawab Video Televisyen

S = Select modify or make media (Pilih Kaedah, Media dan Bahan) Terdapat 3 langkah dalam pemilihan kaedah, media dan bahan pengajaran. a) Menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran. Sesuatu sesi pengajaran kemungkinan mengambil kira dua atau lebih kaedah untuk melayani tujuan yang berlainan dalam perkembangan pelajaran. Seperti Set Induksi

dimulakan dengan kaedah simulasi, diikuti dengan kaedah demonstrasi latihan dan latih tubi untuk mempelajari kemahiran yang baru.

b) Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih. Pemilihan media berasaskan kriteria yang tertentu: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Sepadan dengan kurikulum Maklumat tepat dan terkini Bahasa yang jelas dan tepat Menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar Menggalakkan penglibatan pelajar Mempunyai teknikal kualiti yang baik. Terdapat bukti keberkesanannya Bebas daripada bias. Mempunyai buku panduan yang lengkap.

(c) Mereka bentuk media Bagi mereka bentuk media, ia terdiri daripada: Media sedia ada Ubah suai media yang sedia ada Mereka bentuk media yang baru Tujuh perkara yang perlu diambil kira untuk mengubahsuai media yang tersedia atau menyediakannya sendiri. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Objektif Pelajar Kos Kepakaran teknikal Peralatan Fasiliti Masa

Gunakan Media dan Bahan

Terdapat lima langkah bagi penggunaan media yang baik: 1. 2. 3. 4. 5. Preview bahan Sediakan bahan Sediakan persekitaran Sediakan pelajar Sediakan pengalaman pembelajaran

2. Anda hendak menyediakan satu rancangan persediaan mengajar bagi satu topik pelajaran subjek anda. Sediakandua objektif pengajaran pembelajaran setelah menganalisis ciri-ciri pelajar. Objektif pembelajaran a. Objektif pembelajaran mungkin diambil dari sukatan pelajaran, panduan kurikulum atau buku teks.

b. Penentuan objektif adalah berdasarkan kepada peringkat prestasi atau hasilan yang ingin dicapai, keadaan dan kriteria atau darjah pencapaian yang dihajati. Contoh: Diberi satu keratan akhbar yang mengandungi 200 patah perkataan (Keadaan/syarat pembelajaran), boleh membaca keratan akhbar tersebut (Prestasi) dengan lancar dan jelas (Kriteria/darjah pencapaian).

Objektif Pembelajaran Ikan Hiasan Tahun 5 Di akhir pembelajaran ini pelajar berupaya :

1. Mengenal, melabel bahagian luar ikan dan menyenarai spesis ikan hiasan tropika 2. Memilih ikan hiasan untuk dipelihara.

3. Mengenal, memilih dan menanam tumbuhan akuatik dalam akuarium. 4. mengenal dan memilih jenis makanan ikan hiasan. 5. mengenal pasti kandungan mutu air. 6. mengenal pasti simptom penyakit biasa pada ikan hiasan. 7. menjaga tumbuhan akuatik dalam akuarium.

3. Pilih media yang sesuai bagi topik yang berkenaan. Berikan rasional pemilihan tersebut, Seseorang guru harus tahu dan bijak untuk memilih media pengajaran, faktor-faktor berikut perlu diberikan perhatian: 1. Kesesuaian 2. Peringkat penerimaan/kefahaman 3. Pemerolehan 4. Harga 5. Mutu Profesionalisme seseorang guru dapat dipertingkatkan dengan pelbagai cara. Salah satu daripada caranya ialah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menggunakan media pengajaran semasa melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah. Banyak kajian dan penyelidikan telah dijalankan di dalam dan luar Negara mengenai faedah dan kepentingan media pengajaran dalam pendidikan seperti penggunaan computer dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana, ia dapat memberikan kemudahan seperti berikut :

Pengajaran lebih terancang Melibatkan pelbagai deria Memperkayakan pengalaman Perluasan batasan komunikasi

Pembelajaran individu Keseronokan belajar/motivasi Sumber maklumat Menolong membentuk gambaran yang betul dalam fikiran murid. Menguat dan mengekalkan daya ingatan Menghubungkan yang abstrak kepada konkrit Memberikan gambaran dan peristiwa di luar bilik darjah ke dalam bilik darjah Menjimatkan masa Membantu murid membentuk konsep dengan lebih mudah serta jelas Mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaran

Selain itu, menurut kajian, peratus penerimaan semasa proses pengajaran pembelajaran berlaku adalah dipengaruhi oleh penglibatan deria masing-masing. Deria Mata Hidung Mulut Telinga % Penerimaan 70 5 4 15

Rasa/sentuhan 6 4. Dalam fasa analisis learner, aspek pelajar adalah diutamakan. Apakah ciri-ciri umum pelajar yang dapat dikaitkan dengan Model ASSURE

Menganalisis ciri pelajar boleh membantu guru memilih media, teknologi dan kaedah yang sesuai dengan pelajar. Sebagai contoh, jika pelajar lemah dalam kemahiran membaca, adalah lebih sesuai menggunakan bahan bukan cetak. Begitu juga jika pelajar itu lemah dalam menghafal sifir, kaedah latih tubi menggunakan instruksi berbantu computer. Guru harus juga memilih media yang sesuai bagi kumpulan pelajar yang berasal dari kumpulan etnik tertentu atau yang mempunyai budaya atau nilai tertentu. Bagi pelajar yang tidak atau kurang berminat terhadap pelajaran, guru boleh memilih jenis media yang boleh merangsang pembelajaran seperti pita video, kaedah simulasi atau permainan atau aktiviti yang berasaskan teknologi. Jika guru memperkenalkan sesuatu

konsep baru adalah lebih berkesan menggunakan pengalaman enaktif (pengalaman sebenar, simulasi atau lawatan) atau pengalaman ikonik (Video, CD) seperti yang terdapat dalam Kon Pengalaman Pembelajaran Dale. Bagi kumpulan heterogenus iaitu kumpulan pelajar yang mempunyai tahap kebolehan atau pengalaman yang sangat berbeza, guru boleh memilih bahan pandang dengar atau multimedia seperti persembahan video atau PowerPoint. Media dan teknologi ini dapat memberi asas kepada kumpulan berkenaan untuk memulakan perbincangan kumpulan atau belajar secara individu.

Terdapat juga keadaan di mana guru tidak mempunyai masa untuk menganalisis pelajar kerana pertama kali bertemu dengan pelajar atau kumpulan itu terdiri dari pelbagai kebolehan dan pengalaman. Dalam situasi ini, guru boleh berbincang lebih awal dengan pelajar atau mendapatkan rekod akademik pelajar supaya dapat ditentukan jenis media dan kaedah yang diperlukan. Penceramah biasanya tidak dapat menganalisis penontonnya dan cara yang paling baik ialah datang lebih awal supaya dapat sedikit maklumat tentang pengetahuan, kemahiran, pengalaman, sikap atau minat mereka. Soalan 5 Model Mutiple Intelligence adalah satu contoh gaya pembelajaran. Terangkan ciri-ciri yang terdapat dalam model ini. Berikan contoh berdasarkan subjek pengkhususan anda. Mutiple Intelligence atau dalam bahasa melayunya ialahpelbagai

kecerdasan. Berikut ialah apa yang saya telah pelajari contoh gaya pembelajaran; Pelbagai Kecerdasan dan Kemahiran Berfikir Dalam kes ini, para pelajar perlu memahami lapan kecerdasan (eight multiple intelligences) dan kemahiran berfikir yang perlu dikembangkan di kalangan pelajar dalam apa juga bentuk pengajaran, sama ada secara kontekstual atau masteri. Mengapa Lapan kecerdasan dan kemahiran Berfikir Perlu Dikembangkan? 1. Setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan yang perlu dikembangkan.

2. kemahiran berfikir adalah penting kerana ia merupakan kemahiran seumur hidup. 3. Untuk menguasai sesuatu yang diajar, para pelajar anda seharusnya mahir berfikir secara kritis dan kreatif, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Bagaimana Lapan Kecerdasan Dikembangkan? Teori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983. Beliau merupakan profesor dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti. Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Justeru, Dr. Gardner telah

mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa. Kecerdasankecerdasan yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut: a. Bahasa b. Logik-Matematik c. Ruang (spatial) d. Muzik e. Kinestatik f. Interpersonal g. Intapersonal h. Nature Smart Lapan kecerdasan tersebut tidak diajar sebagai satu topik yang berasingan, tetapi dikembangkan secara penyerapan semasa pengajaran dan pembelajaran.

Ciri-ciri lapan kecerdasan boleh digambarkan secara ringkas melalui jadual berikut: Kecerdasan 1. Bahasa Cerdas dalam Pekerjaan penyajak,

Menulis karangan, sajak, Penulis, puisi, pantun dan memberi penceramah ucapan.

2. Logik Matematik

Menaakul, membuat analisis

kiraan, Saintis, jurutera, akauntan

3. Ruang (spatial)

Mencorak, mengukir

melukis, Pelukis, pengukir

4. Muzik

Mencipta lagu, menyanyi, Pencipta lagu, penyanyi, menikmati muzik, pemain alat muzik, peminat muzik.

memainkan alat muzik 5. Kinestatik

Gerakan, tarian, lakonan, Atlet, pemain bola sepak, sukan, permainan peninju, penari,, pelakon. Diplomat, peniaga ahli politik,

6. Interpersonal

Perhubungan manusia

7. Intrapersonal

Nilai

murni,

pendirian, Pengarang, penyajak, ahli falsafah

falsafah 8. Nature Smart

Mengenali, menyusun dan Petani, Ahli botani, Ahli mengkategorikan pelbagai biologi, Perancang Bandar, jenis flora dan fauna Geologist

Guru boleh mengembangkan kecerdasan-kecerdasan berkenaan dengan aktivitiaktiviti berkaitan bahasa berkenaan: i. Pembelajaran koperatif: Mengembangkan kecerdasan interpersonal. ii. Lakonan, permainan simulasi, dan main peranan: mengembangkan kecerdasan kinestatik, interpersonal, intrapersonal dan mungkin ruang. iii. Melukis, melakar, membuat gambar rajah atau peta konsep; mengembangkan kecerdasan ruang.

iv. menyanyi lagu, menulis lirik atau seni kata lagu; mengembangkan kecerdasan muzik. Guru juga boleh memberi tumpuan kepada perkembangan kecerdasan logik matematik seperti kemahiran-kemahiran berikut: i. Menaakul secara logik. ii. Membuat kiraan. iii. Membuat analisis seperti membanding, membeza, mengkelas, menilai, menyusun atur, atau mentafsir. iv. Membuat sintesis seperti membuat inferens, kesimpulan, hipotesis, rumusan. v. Membuat keputusan vi. Menyelesaikan masalah. Soalan 6 Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran guru

menggunakan media pengajaran semasa memberikan input kepada pelajar penting untuk mendapatkan perhatian pelajar. Pilih kemahiran guru yang sesuai untuk mendapatkan kemahiran pelajar. Mengapa Guru Perlu Menggunakan Media Pengajaran Profesionalisme seseorang guru dapat dipertingkatkan dengan pelbagai cara. Salah satu daripada caranya ialah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menggunakan media pengajaran semasa melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah. Banyak kajian dan penyelidikan telah dijalankan di dalam dan luar Negara mengenai faedah dan kepentingan media pengajaran dalam pendidikan. Artikel ini akan membincangkan peranan media pengajaran dan faedah kepada guru dan murid. Dengan penggunaan media pengajaran, guru akan dapat dilihat sebagai seorang yang sentiasa proaktif dan menitik beratkan hasil akhir pengajaran yang mana akan dapat membantu murid memahami dan mengingati

sesuatu fakta dan ilmu. Menurut kajian, peratus penerimaan semasa proses pengajaran pembelajaran berlaku adalah dipengaruhi oleh penglibatan deria masing-masing. Deria % Penerimaan Mata 70%, Hidung 5%, Mulut 4%, Telinga 15%, Rasa/sentuhan 6%. Kepentingan media pengajaran dalam proses pengajaran pembelajaran ialah seperti berikut:

Pengajaran lebih terancang Melibatkan pelbagai deria Memperkayakan pengalaman Perluasan batasan komunikasi Pembelajaran individu Keseronokan belajar/motivasi Sumber maklumat Menolong membentuk gambaran yang betul dalam fikiran murid. Menguat dan mengekalkan daya ingatan Menghubungkan yang abstrak kepada konkrit Memberikan gambaran dan peristiwa di luar bilik darjah ke dalam bilik darjah Menjimatkan masa Membantu murid membentuk konsep dengan lebih mudah serta jelas Mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaran

Pemilihan Media Pengajaran Seseorang guru harus tahu dan bijak untuk memilih media pengajaran, faktor-faktor berikut perlu diberikan perhatian: 1. Kesesuaian 2. Peringkat penerimaan/kefahaman 3. Pemerolehan 4. Harga

5. Mutu Kesesuaian Sebelum memilih sesuatu media pengajaran, guru perlu menetapkan objektif yang hendak dicapai terlebih dahulu. Contohnya, kalau objektif guru adalah supaya murid mengetahui tentang bunyi sebutan perkataan yang betul di dalam pembelajaran bahasa kedua, dan di samping membetulkan bunyi sebutannya, maka murid perlu mendengarnya sendiri. Oleh itu media yang betul ialah alat perakam audio. Boleh juga alat perakam audio digabungkan dengan carta dan sebagainya jika difikirkan mustahak. Sesuatu media dianggap sesuai jika memenuhi syarat berikut:

Memenuhi kehendak isi dan objektif murid Memudahkan kefahaman murid Memerlukan latihan yang minimum untuk menggunakannya Menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang menyeronokkan Mudah diubahsuai dari segi penggunaan serta juga senang dipindahkan dari

satu tempat ke satu tempat yang lain

Selamat digunakan oleh murid Peringkat penerimaan/kefahaman Mungkin isi kandungan media yang dipilih itu

sesuai, tetapi cara penyampaian atau peringkat penerimaan murid adalah tidak setara dengan keupayaan mereka. Dengan lain perkataan media tersebut tidak setanding dengan keupayaan murid untuk menerima dan memahami isi kandungan yang disampaikan oleh media tersebut. Ini berlaku kepada media yang telah siap tersedia oleh pihak-pihak tertentu seperti syarikat pengeluar media tersebut. Untuk mengelakkan perkara ini, media perlulah dihasilkan sendiri oleh guru yang mengajar. Media yang dapat memudahkan pemahaman murid terhadap konsep-konsep yang hendak disampaikan hendaklah dipilih. Harga Sesuatu media yang hendak digunakan hendaklah diperolehi dengan mudah dan harga yang murah. Media elektronik tidak dapat dinafikan mempunyai keupayaan yang lebih baik walaupun harganya mahal. Sekiranya harga tidak menjadi masalah, pilihlah media yang dapat memberikan kesan yang lebih baik. Kos adalah munasabah dan tidak terlalu membebankan.

Pemerolehan Seseorang

guru

yang

merancang

menggunakan

media

pengajaran, perlu mengenal pasti pemerolehan sesuatu media itu. Adakah media tersebut ada di pusat sumber atau sekolah masing-masing? Bolehkah media tersebut disediakan dengan mudah? Sekiranya mudah diperolehi, akan

mendorongkan seseorang guru menggunakannya dengan lebih kerap. Mutu Sekiranya faktor-faktor di atas sudah dipenuhi, apakah guru akan menolak penggunaan media tersebut kerana mutu yang rendah? Sesuatu objektif pembelajaran tidak akan tercapai sekiranya mutu media yang digunakan itu tidak elok seperti warna, suara dan tulisan yang tidak jelas. Penghasilan Media Kebanyakan media yang ada di pasaran adalah dipasarkan untuk mencari keuntungan tanpa memenuhi kehendak dan keperluan tertentu guru dan murid. Oleh itu untuk menyediakan media yang sesuai, guru perlulah membuat sendiri. Banyak sekali faedah yang diperolehi dari penghasilan media oleh guru seperti berikut:

Isi kandungan yang sesuai dengan sukatan sekolah Objektif pengajaran pembelajaran disusun dengan lebih tepat Jika dilibatkan murid dalam penghasilan media, akan dapat mengukuhkan

lagi daya ingatan dan meberikan pengalaman yang berguna kepada murid

Menambahkan koleksi pusat sumber sekolah di samping menjimatkan kos

Beberapa aspek yang perlu dititik beratkan dalam penghasilan media adalah seperti berikut:

Pengetahuan mengenai bahan yang hendak dihasilkan (isi kandungan) Kemahiran untuk penghasilan Mempunyai daya kreatif Tenaga untuk penghasilan Alatan khas yang diperlukan Masa Kos

Soalan 7 Sediakan satu contoh Rancangan Pelajaran Harian (RPH) matapelajaran

pengkhususan anda. Bagaimana Model ASSURE dapat diintegrasikan dalam pembinaan RPH anda.

Refleksi Sebelum

___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ _______________ Refleksi Selepas ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ _______________ Model ASSUREODEL ASSURE A -Analyze Learners (Analisis Pelajar) S -State Objectives (Nyatakan Objektif) S -Select Methods, Media & Materials (Pilih kaedah, media dan bahan) U- Utilize Media & Materials (Gunakan media dan bahan) R -Require Learner Participation (Pelajar mengambil bahagian) E -Evaluate & Revise (Nilai dan Ubahsuai Model ASSURE dapat diintegrasikan dalam pembinaan RPH anda melalui apa yang saya terangkan di bawah ini. Kenalpasti ciri-ciri peringkat masuk (pengetahuan sedia ada) berkaitan dengan tajuk dan isi kandungan (pengetahuan, kemahiran dan sikap) sebelum seseorang itu ingin membuat Rancangan pengajaran Harian (RPH).

Menyatakan objektif-objektif pembelajaran secara khusus di dalam RPH. Biasanya objektif diambil daripada sukatan, panduan kurikulum atau buku teks. Penentuan objektif berdasarkan peringkat prestasi yang ingin dicapai, keadaan pembelajaran dan kriteriakriteria atau darjah pencapaian. Model ASSURE. Memilih media bahan yang sesuai harus difikirkan sebelum membuat RPH. Dipilih berdasarkan tingkat kebolehan pelajar dan matlamat atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Menyediakan bahan yang sesuai, tempat-tempat belajar, makmal dan pusat sumber yang cukup. Menyediakan set induksi yang menarik bersesuaian dengan tujuan dan objektif pembelajaran. Libatkan pelajar semasa dalam PNP. Dalam proses pembelajaran, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran (membuat latihan, simulasi, perbincangan, latihtubi, kuiz dan lain-lain) Pengukuhan serta-merta diberikan akan menghasilkan tindakbalas yang betul. Nilai dan semak semula bahan yang telah diletakkan dalam RPH -Penilaian dan semakan semula perlu dijalankan di akhir pembelajaran. -Tujuannya adalah untuk mengesan: Adakah objektif tercapai? Adakah alat atau bahan dapat membantu pembelajaran? Adakah pelajar mengendalikan bahan dengan betul? Adakah suasana pembelajaran selesa?

Asas Grafik TAJUK 5 Reka Bentuk Visual (6 jam + 8 jam) 1. Tajuk ini mengandungi prinsip-prinsip visual bagi penghasilan media

pengajaran. 2. Ia memuatkan elemen dan prinsip reka bentuk visual memandangkan

kebanyakan media mengandungi atribut visual. 3. Prinsip-prinsip di atas diaplikasikan melalui penghasilan bahan-bahan

media unjuran dan bukan unjuran.

HASIL 1. Menghuraikan kepentingan visual dalam pengajaran. 2. Menyatakan peranan visual dalam pengajaran 3. Menyatakan prinsip reka bentuk visual.

PEMBELAJARAN

4. Menyenarai dan menjelaskan komposisi visual yang menggabungkan elemen dan prinsip visual dengan baik.

Sub-tajuk: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Rekabentuk Visual Peranan Visual Dalam Pengajaran Prinsip Asas Rekabentuk Visual Asas Grafik Grafik digital Asas Fotografi OHP

REKABENTUK VISUAL

RENUNGAN

Berikan contoh-contoh reka bentuk visual semula jadi yang terdapat di

sekeliling anda?

Apakah kelebihan bentuk tiga dimensi? Kenapa grafik perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

Visual ialah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebihbaik daripada pernyataan secara lisan atau bertulis. Ini bermakna fungsi utamavisual adalah untuk komunikasi dalam pengajaran. Justeru,peranan visual dalam pembelajaran adalah amat penting.Namun,sebahagian besar daripada kejayaan kerana bahan visual, adalah berdasarkan ada pada visual tersebut. Ini hasil daripada perancangan yang rapi dankesesuaian teknik digunakan.

PERANAN VISUAL DALAM PENGAJARAN

Visual membantu menyediakan panduan konkrit sesuatu idea. Visual ikonik umpamanya membantu ingatan untuk menghubungkan idea. Visualmemotivasikan pelajar dengan cara menarik perhatian, mengekal perhatian danmenghasilkan maklum balas emosi. Visual dapat menghuraikan maklumat yangsukar difahami. Visual juga dapat menggambarkan perkaitanantara unsur-unsurberlainan. 1. Visual jika digunakan bersama teknologi pengajaran dapat

meningkatkanpencapaian 2. 3. Menjadikan idea (perkataan) lebih konkrit Memotivasikan pelajar kerana dapat menarik dan mengekalkan

perhatian pelajar 4. 5. 6. Memudahkan idea atau maklumat yang sukar difahami Meningkatkan kefahaman jika digunakan bersama kapur dan tutur Digunakan untuk membantu sebarang komuniksi bentuk bukan

visualseperti tutur atau perkataan 7. Rebentuk visual yang baik dapat meningkat komunikasi antara punca

(Guru) dan penerima (pelajar) 8. jelas) Mempastikan kebolehbacaan (dapat lihat perkataan dan imej dengan

9. 10. 11.

Mudah untuk interpretasi mesej Dapat libatkan dan tarik perhatian pelajar Dapat tarik perhatian kepada perkara yang terpenting

Tipografi adalah olahan visual teks untuk menjelaskan jadual, carta, peta, gambar rajah atau ilustrasi. Tipografi melibatkan pemilihan jenis huruf/fon, reka letak dan penempatan teks di atas skrin berbanding dengan saiz skrin dan teks lain dan penggunaan petanda atau signal seperti tajuk, prakata, rumusan, dan lain -lain lagi

Untuk menyediakan visual yang baik dalam media, guru harus pertimbangkan tiga elemen reka bentuk visual berikut:

Elemen Visual (Pilih jenis visual) Elemen Verbal (Pilih jenis huruf) Elemen yang menarik perhatian (Kejutan, tektur, interaksi)

PRINSIP ASAS REKABENTUK VISUAL

Prinsip

Asas

Rekabentuk

Visual

dibahagikan

kepada

tiga

kumpulan

Visual : memilih dan mengendalikan elemen visual Corak: memilih corak untuk memapar elemen Susunan : menyusun elemen membentuk corak

Elemen Reka Bentuk Visual


Elemen Visual Elemen Lisan Elemen Tarikan Realistik Stail Huruf Bilangan Luar Biasa Permukaan Warna Interaksi Saiz

Jarak Analogi Organisasi

ATRIBUT VISUAL

Atribut Visual Visual Unjuran Visual Bukan Unjuran Tranparensi Video Objek sebenar Model Bahan Bercetak Kerja Lapangan Papan Paparan

KONSEP DAN FUNGSI VISUAL

Visual boleh didapati dalam tiga bentuk, iaitu fotografik, elektronik dan grafik. Fotografik dan video adalah visual yang mewakili realiti dalam keadaan yang paling realistik, iaitu menyerupai sesuatu subjek atau situasi yang sebenar.

Bahan grafik pula menyediakan ilustrasi secara artistik atau simbolik.

RENUNGAN 1. Kenapa dalam kehidupan kita warna memain peranan yang penting?

Kenapa bentuk sesuatu objek kadangkala memberi pelajar? 2. Berikan SATU contoh bagaimana prinsip grafik berkaitan dengan

kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan.

Visual analogik menerangkan sesuatu konsep dengan menunjukkan sesua simbol yang dianggap dapat mewakili kon kartun dilukis bagi mewakili peristiwa karektor sel darah putih dilukis menyerang menyamai bakteria. konsep Di sin asal.

kartun

Visual organisasi merangkumi carta aliran graf, peta, carta kategori dan sebagainya.

Lima elemen ASAS GRAFIK

Enam simpl dominan; pola; seimbang; variasi; dan

prinsip

grafik

akan

dibincangkan

iaitu:

harmoni.

ASAS FOTOGRAFI

Pada asasnya kamera sama saja, sama ada dari jenis yang murah mahupun yang mahal. Secara kasarnya kamera adalah sebuah kotak yang mempunyai lubang untuk mengawal cahaya pada satu bahagian dan mempunyai yang ruang lainnya.

untukmeletakkan

filem

dibahagian

Lubang ini membolehkan cahaya masukke dalam kotak dan menyinari filem yang telah sedia dimasukkan untuk membentukimej.

FIKIR-FIKIR Sejauh manakah fotografi penting dalam proses pembinaan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran? Berdasarkan topik sesuatu matapelajaran, hasilkan sekurang-kurang 5 keping cetakan fotografi dengan menggunakan beberapa teknik-teknik pengambaran. Lekatkan gambar-gambar yang diambil pada kertas A4, dan terangkan apakah

teknik-teknik pengambilan foto yang telah digunakan ketika mengambil gambar tersebut.

Anda ialah seorang jurufoto bertauliah yang bekerja di sebuah institut pengajian tinggi. Anda diminta memberi satu taklimat tentang Kamera SLR (single lens reflex), Kamera TLR (twin lens reflex) dan Kamera Digital. Maklumat anda juga perlu menekankan aspek pemilihan filem dan pemahaman tentang bacaan shutter speed.

PENGGUNAAN BAHAN TRANSPARENSI (LUTSINAR)

Subtajuk: Prinsip Penghasilan Transparensi Bahagian-bahagian dan fungsi OHP Pengendalian OHP Jenis-jenis transparensi Teknik penyediaan dan persembahan transparensi

RENUNGAN

Jelaskan bagaimana untuk menghasilkan transparensi dan cara penggunaannya bagi membantu proses P&P menjadi lebih berkesan. Keperluan perkakasan yang diperlukan ialah Projektor Over Head/Projektor lutsinar (OHP)

Teknik Penghasilan Transparensi a. Tulis Terus b. Bertingkap c. Berjalur d. Bertindih e. Pusingan

Jenis-Jenis Lutsinar a. Tulis Terus (write-on) b. Thermal (infra-merah) c. Fotokopi d. Ink-jet Film

FIKIR-FIKIR 1. Kenapa tranparensi masih menjadi pilihan guru dalam pengajaran

walaupun terdapat pelbagai pilihan teknologi yang lain? 2. Bincangkan juga kekangan atau had penggunaan OHP.

LATIHAN 1. 2. Apakah yang dimaksudkan grafik? Anda bercadang untuk menghasilkan bahan grafik untuk mengajar

tema 'Pencemaran Alam Sekitar". Dengan menggunakan lukisan lakaran grafik, jelaskan dua asas reka letak visual yang anda rancangkan untuk bahan tersebut. 3. Pernahkan anda melibat persembahan grafik yang menarik? Pada

pendapat anda, apakah yang anda mengatakan bahan persembahan itu menarik?

Soalan aneka pilihan

1. padanan-padanan berikut merupakan sifat utama elemen asas reka grafik kecuali A. B. C. titik garisan ruang tidak berukuran kawasan berukuran panjang, kosong dan lebar sekeliling tidak dan sesuatu berarah tinggi objek

D. bentuk keluasan, ketinggian, dan jisim yang lebih daripada satu permukaan

Fahami maksud sajak berikut Dalam suasana yang dingin Kulihat pohon-pohon melambai-lembut Deruan angin sepoi-sepoi bahasa Menyapa rinduku padamu

2. Sekiranya anda diminta untuk menterjemahkan maksud sajak tersebut kepada satu bahan grafik, apakah antara warna yang paling tepat mengungkapkan maksud sajak tersebut? A. Kuning dan jingga B. Merah dan putih C. Putih dan hitam D. Biru dan hijau

Penggunaan Bahan 2D Bahan-bahan Dua Dimensi

Keperluan

Visual Bahan

2D Bahan

3D Media

Dlm

P&P Papan

Pengajaran Projektor Transperasi

Bahan 2D atau dua demensi adalah bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak atau digambarfotokan di atas sekeping kertas atau permukaan rata.Jenis-jenis bahan 2D yang dapat digunakan di dalam bilik darjah termasuklah:

a. Gambar b. Grafik c. Carta d. Peta e. Graf f. Poster g. Kad Imbasan h. Kad Gambar

Gambar atau gambarfoto Gambar sama ada dalam bentuk hitam putih atau berwarna merupakan gambaran sebenar rupa bentuk manusia, tempat dan benda yang telah dirakamkan dengan kamera di atas kertas foto atau filem. Ada kemungkinan gambar foto tersebut telah dihasikan sendiri oleh guru atau dibekalkan oleh pihak-pihak tertentu. Untuk tujuan pendidikan, pelbagai bentuk dan jenis gambar foto boleh didapati seperti pemandangan, pekerjaan manusia, aktiviti-aktiviti harian,sejarah sains, hobi dan lain-lain.

Kelebihan Gambarfoto Gambar boleh menerangkan dengan jelas konsep-konsep abstrak kepada ide-ide yang maujud dan formal. Gambar mudah didapati dan mudah dihasilkan. Tidak memerlukan peralatan khas untuk menggunakan gambar kecuali ianya terlalu kecil.

Penggunaan gambar foto boleh disesuaikan dengan semua peringkat pengajaran pembelajaran dari set induksi hingga ke penutup. Gambar dapat menunjukkan mengenai sesuatu benda atau keadaan yang baru kepada murid dengan jelas dan tepat.

Kelemahan Gambarfoto Kadangkala ianya terlalu kecil untuk dilihat dengan baik oleh murid-murid dalam sesuatu bilik darjah yang besar. Tidak dapat menunjukkan keadaan atau sifat sebenar sesuatu benda kerana gambar berbentuk dua demensi.

Kaku tiada pergerakan. Oleh itu, mungkin konsep sebenarnya bahan yang ditunjukkan tidak dapat sampai kepada murid dengan sepenuhnya.

Kadangkala gambar yang dipamerkan tidak mempunyai warna, maka penegasan kesahan tidak dapat dibuktikan. Gambar foto hanya menunjukkan satu sudut pandangan sahaja. Dengan itu mungkin murid tersilap membentuk konsep mengenai sesuatu benda. Panduan Penggunaan Gambarfoto. Untuk alat Bantu mengajar gunakan gambarfoto yang besar agar dapat dilihat dengan jelas oleh semua murid dalam kelas. Semasa digunakan, letak gambarfoto di atas alas atau pemegang atau kaki atau diletakkan diatas papan kapur, supaya gambar foto berkedudukan tegap. Hadkan jumlah gambarfoto yang bakal digunakan pada satu-satu masa. Gunakan satu gambar foto pada satu-satu ketika agar perhatian murid tidak terganggu kerana terlalu banyak visual.

Cuba tarik perhatian murid dengan memberi soalan-soalan yang bersangkutan dengan gambarfoto yang dipamerkan.

Grafik Grafik adalah gambar-gambar yang dilukis dalam bentu hitam putih atau berwarna warni. Semasa menggunakan grafik, guru haruslah berhati-hati kerana telah terbukti berlakunya perbezaan intepretasi mengenai masej yang ingin disampaikan oleh grafik tersebut. Setiap individu mempunyai pandangan dan intepretasi yang berlainan mengenai maksud sesuatu garfik yang dilihatnya. Keadaan ini menjadi dasar yang digunakan di dalam Ujian Warna Rorschach Color Test oleh ahli-ahli psikologi untuk menguji personaliti seseorang. Guru mestilah sentiasa memberi pandangan semasa grafik digunakan agar bahan tersebut boleh mencapai objektif yang diperlukan. Semakin rendah tahap penerimaan murid, semakin banyaklah panduan dan bimbingan yang diperlukan untuk memastikan mesej yang betul diterima daripada sebarang grafik yang digunakan.

Carta Carta pada amnya merupakan kumpulan gambar rajah yang menunjukkan acaraacara yang kompleks atau perkara-pekara yang telah berlaku dalam jangka masa tertentu. Carta selalunya mempunyai satu sifat utama, iaitu melibatkan gambaran satu proses ataupun alran perubahan sesuatu. Sebelum carta dapat digunakan dengan sempurna di dalam bilik darjah, guru haruslah pastikan bahawa carta tersebut ada tujuan pengajaran yang jelas. Secara amnya, carta patut memberi satu konsep utama sahaja. Carta yang baik mesti dapat menyampaikan mesejnya melalui visual.

Jenis-jenis Carta Carta Organisasi yang menunjukan hubungan atau rantaian pentadbiran ataupun pemerintahan di dalam sesuatu organisasi kumpulan dan sebagainya.

Carta Klasifikasi digunakan untuk mengkelaskan atau menunjukkan kategori bahan-bahan tertentu, peristiwa, sepsis dan taksonomi haiwan atau tumbuhan mengikut sifat, kumpulan dan sebagainya .

Carta Masa menggambarkan hubungan masa dan peristiwa, berguna untuk meringkaskan masa satu siri peristiwa yang telah berlaku.

Carta Jadual menunjukkan keterangan berdata atau bernilai yang memberi penjelasan mengenai masa dan waktu suatu perkara atau peristiwa akan berlaku

Carta Urutan menggambarkan satu siri urutan atau sekuen atau prosedur atau tatacara atau aliran suatu proses atau tindakan tertentu. Carta ini selalunya dibuat mendatar agar perkembangannya mudah diikuti serta difahami langkah-langkah satu persatu.

Graf Graf adalah gambaran visual mengenai satu set nilai data yang dapat memberi penerangan boleh tampak mengenai hubungan dan perubahan-perubahan yang berlaku pada set data itu. Graf adalah satu pesembahan visual yang menarik dan berguna dalam pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat empat jenis graf yang biasa digunakan. Pemilihan jenis graf untuk digunakan di dalam bilik darjah bergantung kepada dua faktor penting; Kadar kesukaran fakta atau data yang hendak disampaikan Tahap fahaman atau penerima murid. Agar pengunaan graf menjadi amat efektif, guru patutlah memilih jenis yang sesuai dengan keperluan faktor-faktor di atas.

Jenis-jenis graf Graf Bar atau Batang Graf Gambar atau Pictograf Graf Bulat atau Pie

Graf Garisan

Graf Bar Data-data ditukar menjadi blok atau selinder yang mempunyai nilai-nilai tertentu. Selalunya graf ini dilukis menegak, di mana skala menegak menunjukan perubahan kuantiti. Untuk pastikan tidak ada kekeliruan mesej berlaku, adalah baik jika ketebalan atau lebar blok yang dibuat itu dilukis dengan menggunakan sukatan unit yang serupa. Graf Bar adalah mudah dibaca dan amat sesuai untuk murid tahap rendah.

Graf Gambar atau Piktograf Dalam graf ini data-data ditukar menjadi gambar atau symbol ringkas yang membawa nilai-nilai tertentu. Graf jenis ini kelihatan menarik walaupun nilai-nilai dipapar tidak begitu tepat. Untuk pastikan tidak berlaku sebarang kekeliruan, adalah lebih baik andainya guru dapat menulis unit niali setiap gambar atau simbol yang digunkan itu dengan jelas dan nyata.

Graf Bulat atau Pie Satu bulatan dilukis dan bulatan itu dibahagikan kepada beberapa bahagian atau segmen. Setiap satu segmen merupakan sebahagian ataupun peratus daripada nilai utama satu set data. Graf jenis ini adalah mudah untuk diterjemahkan jika data atau nilai utamanya boleh difahami oleh murid-murid.

Graf Garisan Graf ini merupakan graf yang paling tepat dan paling kompleks. Graf garis ditulis berpandukan kepada dua paksi bersudut tepat. Setiap paksi membawa skala-skala masing-masing. Titik-titik ditandakan mengikut koordinat pada satu set nilai datadata.Kemudian titik-titik itu disambungkan dengan garis lurus atau garis lengkung. Graf garis dapat menunjukkan perubahan atau perkembangan unit-unit data dalam 2 dimensi seperti 2 atau lebih unit data berubah atau berkembang mengikut jangka masa tertentu

Poster Poster adalah satu lukisan atau cetakan yang mengabungkan penggunaan garisangarisan, huruf-huruf serta warna-warna di dalam satu persembahan visual yang memaparkan satu atau lebih mesej-mesej tertentu. Kerap kali poster digunakan sebagai satu daya penarik kepada satu peristiwa atau acara yang bakal diadakan Poster boleh digunakan dengan berkesan dalam bilik darjah kerana poster mempunyai bentuk yang dinamik dan berwarna dapat menarik perhatian serta boleh menyampaikan mesejnya dengan spontan. Guru haruslah berwaspada kerana sesuatu poster akan berakhir selepas sesuatu acara atau peristiwa telah berlaku. Poster tidak boleh dipamerkan terus menerus.

Kelebihan poster Sebagai perangsang untuk menarik minat murid kepada satu topik baru atau satu kelas baru atau peristiwa sekolah tertentu. Sebagai satu motivasi menggalakkan murid menghadiri aktiviti-aktiviti sekolah, perjumpaan GERKO, aktiviti Pusat Sumber, Kempen Gerakan Membaca dan lain-lain. Sebagai peringatan keselamatan di dalam makmal atau bengkel atau situasi-situasi tertentu. Sebagai promosi untuk memberi latihan atau membentuk amalan kesihatan yang baik atau sikap yang murni.

Apakah bahan visual dua dimensi yang anda biasa gunakan semasa proses pengajaran. Nyatakan kelebihan penggunaan bahan dua dimensi itu.

Berikan alasan anda kenapa pelajar tidak berminat untuk belajar. (merujuk kepada bahan dua dimensi).

Bahan 3 D Panggunaan Bahan 3 D

Bahan Tiga Dimensi Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar. Banyak jenis bahan boleh didapati di dalam kumpulan ini.

Kelebihan Bahan 3D 1. Konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat benda yang

sebenar. 2. Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana muri dapat belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar. 3. Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu dengan lebih baik 4. Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu. 5. Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau hasilan. 6. Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi diantara satu sama lain. 7. Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep pembelajaran melalui penyelidikan.

Bahan-bahan 3D yang digunakan oleh guru sebagai alat Bantu mengajar antara lain termasuklah

Model Diorama Akuarium dan terrarium Mobile' Topeng Realia

Realia

Realia adalah bahan-bahan yang sebenarnya dan ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut: (a) Realia Asli Ini merupakan bahan hidup yang sebenarnya, dan masih hidup seperti cacing tanah, belalang dan sebagainya, ataupun bahan sebenarnya yang kaku (bukan hidup) seperti mesin, jentera dan lain-lain. (b) Realia Awet Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan di dalam bendalir kimia. Contoh, ikan dan serangga. (c) Spesimen Ini merupakan sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hiduphidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau cirri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Biasanya didapati sebagai bentuk bahan awetan. Contohnya Kutu Daun dan udang. Selain itu, bahan-bahan hidup seperti daun boleh digunakan sebagai spesimen untuk menunjukan sifat-sifat am suatu kumpulan tumbuhan.

Model Model adalah binaan rupa bentuk bahan atau benda asal yang mungkin diperbuat daripada bahan keras seperti tanah liat, plastisin dan getah.

Beberapa pecahan jenis model:

a) Model Berskala Model berskala ialah model bahan yang diperbuat dalam saiz yang sama besar dengan benda asal ataupun dalam saiz yang lebih kecil dengan berpandukan kepada skala pembesaran atau tertentu. Setiap bahagian yang dibuat menyerupai benda yang asal. Contohnya keretapi dan kapal terbang.

(b) Model Olok-olok

Model olok-olok merupakan model yang diubahsuai daripada rupa bentuk benda yang sebenarnya, untuk menunjukan pergerakan atau perjalanan kerja pada benda asal itu. Biasanya model olok-olok ini dibuat lebih besar

keadaan asal tanpa menghiraukan skala pembesaran tertentu tetapi masih dapat menunjukkan keadaan asal yang sebenarnya. Contoh: model enjin keretapi dan neraca.

(c) Model Keratan Rentas Model besar yang menunjukkan keratan rentas pada satu bahagian tertentu pada satu benda, untuk memperlihatkan rupa bentuk bahagian dalam benda tersebut. Keratan rselalunya digunakan dengan lebih meluas dalam matapelajaran Sains, Contoh keratan rentas daun atau kulit manusia

Diorama

Diorama adalah satu persembahan pameran model-model yang disusun rapi supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi pemandangan asal. Kebanyakan diorama dapat dilihat di dalam muzium yang mempamerkan pemandangan-pemandangan atau keadaan semasa zaman silam. Guru boleh menggunakan diorama untuk pengajaran tertentu di dalam bilik darjah seperti matapelajaran Kajian Tempatan, Sains dan sebagainya.

Diorama boleh dihasilkan dengan mudah, Murid boleh digalakkan membuat projek dengan menggunakan bahan-bahan seperti tanah liat, plastisin, kepingan polisterin dan bahan-bahan buangan lain

Akuarium dan Terrarium Akuarium ialah tempat untuk memelihara hidupan dalam air sementara Terrarium pula ialah tempat untuk memelihara hidupan kecil atas tanah. Akuarium boleh disediakan dengan menggunakan bekas-bekas kaca ataupun balang-balang plastik. Ikan tropika boleh dipelihara di dalam akuarium tersebut

Terrarium

Terrarium boleh digunakan untuk memelihara haiwan-haiwan kecil seperti mengkarung, .Kotak-kotak kura-kura kecil kecil, bertutup katak dan reptilia-reptilia digunakan kecil yang tidak

boleh

sebagai

terrarium.

Boneka atau Patung Boneka boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar yang berkesan

untuk pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral. Beberapa jenis boneka boleh dihasikan untuk kegunaan guru termasuklah; (a) Boneka sarung Tangan (b) Boneka Lidi (c) BonekaKulit (d) Wayang Kulit (e) Boneka Bertali

Sarung Tangan Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka.

menggunakan boneka jenis ini jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk anggota boneka.

Boneka Lidi Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota

yang bakal digerakkan semasa menggunakannya, boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota badan boneka tersebut.

Wayang Kulit Rupa bentuk Boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya di potong keluar. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin.

Boneka Bertali

Boneka Bertali atau marionette' diperbuat daripada bahan -bahan keras seperti papier mache, plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat anggotaanggota boneka tersebut bergerak.

Topeng

Topeng

boleh

diperbuat

daripada

kertas

atau

dengan

menggunakan

papier mach. Topeng amat sesuai untuk situasi main peranan atau lakonan dalam mata pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral.

Prinsip Asas Fotografi Cuba anda fikirkan

Sejauh manakah fotografi penting dalam proses pembinaan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran.

Pada asasnya kamera sama saja, sama ada dari jenis yang murah mahupun yang mahal. Secara kasarnya kamera adalah sebuah kotak yang mempunyai lubang untuk mengawal cahaya pada satu bahagian dan mempunyai ruang untuk meletakkan filem dibahagian yang lainnya. Lubang ini membolehkan cahaya masuk ke dalam kotak dan menyinari filem yang telah sedia dimasukkan untuk membentuk imej. Ada beberapa jenis kamera yang terdapat di pasaran. Antaranya ialah kamera piring (disk), kamera segera (instant), kamera katrij ( cartridge), kamera pembalikan (reflects) dan kamera format besar (large format view). Semakin kompleks binaan/struktur sesebuah kamera, semakin lengkap mekanismanya. Kelengkapan serta kecekapan mekanisma ini akan turut memberi kesan terhadap hasil fotograf yang dihasilkan.

Untuk menghasilkan kerja yang sempurna, sesebuah kamera mestilah mempunyai :

a. Satu alat memandang yang membolehkan pengguna mengarahkan kamera itu kepada sasarannya. Bahagian ini dinamakan tingkap penilik pandang.

b. Lubang yang dipanggil aperture untuk membolehkan cahaya masuk ke dalam kamera. c. Lensa untuk menerima cahaya dan memancarkan imej ke atas filem. d. Alat penutup dan pembuka lensa yang boleh diubahsuai dinamakan shutter. e. Satu punat yang dinamakan pelepas shutter, yang apabila ditekan, akan dibuka sekejap, cukup untuk membolehkan cahaya masuk bagi membuat imej ke atas filem. f. Filem dengan permukaannya yang sensitif mengadap lensa. g. Alat untuk menggulung filem. h. Mekanisma fokus untuk mengubah lensa ke belakang dan ke depan supaya ia dapat memancar imej dengan terang.

2.1 Jenis-jenis kamera

Kamera Fokus Tetap

Kamera jenis ini tidak mempunyai mekanisma fokus. Yang ada hanya sebuah penilik pandangan yang kedudukannya jauh sedikit dari lensa. Kebanyakan kamera jenis ini mempunyai aperture tetap dan tak boleh diubahsuai. Tetapi ada juga kamera jenis ini yang mempunyai aperture pelaras yang mudah yang ditandakan dengan lambang-lambang seperti berikut:

Kamera Pencari Jarak Padu

Kamera ini mempunyai mekanisma fokus pada lensa dan bentuknya hampir sama dengan kemara fokus tetap. Mekanisma fokus membolehkan jurufoto mengubahsuai lensa untuk mendapkan imej yang jelas dan tajam.

Kamera Satu Lensa Refleks (SLR)

Kamera SLR tidak mempunyai tingkap penilik pandang disebelah depannya. Ia hanya mempunyai tingkap menenang di sebelah belakang. Imej yang dilihat pada tingkap penilik pandangan masuk melalui lensa yang memancarkan imej ke filem. Ia dilengkapkan dengan sistem lensa yang boleh ditukar ganti. Lensa boleh ditukar walau pun kamera sudah diisi filem, tanpa merosakkan filem. Ia juga boleh menggunakan lensa telefoto, lensa sudut luas ( wide angle lens), lensa mikro ( micro lens), dan alat tambahan lain.

Kamera Satu Lens Refeleks

Kamera Stu Lens Refleks

Kamera Format Sederhana

Kamera jenis ini menggunakan filem saiz 120 atau 220 yang mempunyai ukuran bidang 60 mm x 60 mm. Bentuk kamera adalah besar dan berat. Ia boleh terdapat dalam jenis SLR dan TLR ( Twin Lens Reflex). Jenis TLR mempunyai dua kanta serupa yang dipasang di atas satu sama lain. Kanta teratas digunakan sebagai pemidang tilik dan kanta dibawahnya bertugas sebagai kanta objektif.

Kamera Format sederhana

Kamera format sederhana

Kamera Format Besar

Kamera format besar ialah kamera yang menggunakan filem yang lebih besar daripada 120/220. Oleh kerana bentuk kameranya besar, maka kamera jenis ini selalunya digunakan oleh jurugambar profesional dalam studio untuk mendapatkan kualiti gambar foto yang maksimum.

Kamera format besar

Kamera Segera

Kamera jenis ini boleh menghasilkan foto dan slaid dalam jangka masa yang singkat, iaitu antara satu hingga dua minit sahaja. Permukaan filem khas untuk kamera ini disaluti oleh satu bentuk bahan kimia yang dapat memproseskan imej menjadi positif dengan capat.

Kamera segera

2.2 Bahagian- bahagian kamera

Kanta Kanta digunakan untuk membentuk imej yang jelas di atas permukaan filem di dalam kamera. Ciri utama sesebuah kamera ialah jarak fokusnya. Kanta yang berlainan jarak fokus digunakan untuk membentuk imej yang berlainan saiz di atas filem. Jarak fokus kanta disukat dalam unit mm. Jarak fokus normal akan membentuk satu saiz imej biasa pada mana-mana jenis kamera yang digunakan. Jarak fokus normal adalah berbeza mengikut saiz filem masing-masing:

Saiz filem Jarak fokus normal 110 25 126/127 45 35 50 120 75 mm mm mm mm

Jenis-jenis kanta

a. Lensa Bidang Luas ( Wide Angle Lens) Ukurannya 6 mm 45 mm. Digunakan untuk pengambaran pemandangan atau tempat-tempat keluasannya terhad bagi jurukamera. Pemandangan jauh yang luas.

b. Lensa biasa ( Standard/ Normal Lens)

Ukurannya 43 mm 50 mm. Paling banyak digunakan. Sudut pandangan disesuaikan dengan pandangan biasa mata.

c. Lensa Foto Jauh ( Telefoto) 85 mm 120 mm Untuk gambar potret. 135 mm 200 mm Sesuai untuk sukan 300 mm 600 mm pergerakan, alam semulajadi, penghidupan liar

d. Lensa Zoom

Lensa zoom ialah kanta yang mengandungi gabungan beberapa jenis kanta pada satu unit sama ada gabungan sudut luas ke normal ataupuan normal ke sudut jauh. Kanta zoom berguna pada subjek-subjek yang berubah dengan cepat dan jurugambar tidak ada masa untuk menukarkan kepada kanta-kanta yang berlainan pada kameranya. 28 mm - 50 mm sudut luas ke normal 50 mm 100 mm normal ke sederhana 70 mm 200 mm normal ke jauh 35 mm 300 mm sederhana ke jauh

Lensa zoom

Pengatup / shutter

Penngatup atau shutter adalah sebuah tingkap yang menutup permukaan filem daripada terkena cahaya. Tingkap pengatup akan hanya dibuka untuk jangka masa dedahan tertentu yang sesuai untuk mendapatkan gambarfoto yang baik. Indeks kelajuan pengatup ditunjukkan dengan nagka-angka B, 1, 2, 4, 6, 15, 30, 60, 125, 250, 500, 1000 dan 2000 yang memberi maksud setiap tanda 1 menunjukkan kecepatan 1/1 saat kelajuan pengatup untuk membenarkan cahaya daripada apertur masuk ke adalam filem. Lebih besar indeks kelajuan maka lebih singkat masa dedahan dibenarkan dan lebih kecil indeks kelajuan pengatup maka lebih lama dedahan dibenarkan.

Rajah

shutter speed

Apertur ( Dedahan Cahaya)

Apertur ialah gegelang yang boleh membesar dan mengecil, berfungsi untuk mengawal kemasukan cahaya yang akan menuju ke filem. Skil di gelang apertur ini berukuran / ditanda dengan f atau f/stops. Skil pada gegelang akan ditanda dengan 2.8/3.8, 4, 5.6, 8, 11, 16, 22. Skil bergantung kepada lensa yang digunakan. Nombor yang kecil saiz bukaannya besar, sementara nombor yang besar (f22) zaiz bukaannya kecil.

Apertur

Fokus

Fokus adalah satu proses untuk mengubah jarak kanta dari permukaan filem supaya satu imej subjek yang jelas akan terbentuk di atas permukaan filem. Proses ini dilakukan dengan cara memutar pelaras fokus kanta ke kiri atau ke kanan, sambil jurugambar melihat subjek pada pemidang tilik. Jenis imej bertindan akan menunjukan dua imej sekiranya kanta berada di luar fokus. Imej akan menjadi satu apabila fokusnya tepat.

skala fokus

Filem

Filem adalah kepingan plastik khas yang mempunyai satu permukaan bahan kimia peka cahaya. Bahan kimia tersebut akan membentuk imej apabila cahaya dibiarkan jatuh ke atasnya. Kepekaan filem disukat berdasarkan beberapa skala seperti ASA ( American Standard Association), JIS ( Japan Industrial Standards), DIN ( Deutche Industrie Norme) dan ISO ( International Standards organisations).

Filem kamera Jenis-jenis Filem

Filem hitam-putih Negatif hitam putih membuat gambar hitam putih

Filem Warna Negatif warna untuk membuat gambar foto berwarna warni atau hitam putih

Filem Slaid Juga dipanggil filem Positif. Untuk mendapatkan slaid berwarna dan boleh dicetak.

Kepekaan Filem

Filem sangat peka kepada cahaya. Kadar kepekaan filem yang berlainan ukuran adalah tidak sama. Semakin nombornya tinggi kepekaannya semakin tinggi dan sebaliknya sekiranya nombor kecil kepekaannya semakin rendah. Jika mengambil gambar dalam cahaya matahari terang/terik, filem yang mempunyai kadar kepekaan yang rendah atau sederhana adalah sesuai. Filem ASA 100, 125 atau kurang adalah sesuai. Jika mengambil gambar dibilik gelap, cahaya lampu biasa ( lilin, pelita, lampu warna atau mengambil gambar dengan cahaya imbasan bagi pementasan, filem dengan kepekaan tinggi perlu digunakan. Misalnya Filem ASA 400 hingga 1000

Meter Dedahan

Cara yang tepat untuk menentukan pendedahan ialah dengan menggunakan jangka

cahaya. Jangka cahaya ialah alat yang kecil yang terdiri dari sel fotoelektrik, skala cahaya dan skala pelaras kamera.

Meter dedahan

Teknik Pengambaran 2.1 Teknik mengambil gambar

Terdapat pelbagai jenis teknik pengambaran gambar foto. Antaranya ialah

Teknik Jarak dekat (Close up)

Fokus Jarak Sederhana

Teknik Fokus Jarak Jauh

Teknik Panning

Teknik Pembekuan

Teknik Sepertiga

Teknik Simetri 2.1 Rumusan

Pembelajaran fotografi adalah penting di kalangan guru khasnya kerana kitya dapat mendokumentasikan hasil sejarah ataupun aktiviti harian kita supaya dapat dimanfaatkan kemudian hari. Sejauh mana jenis kamera digunakan adalah tidak penting tetapi yang paling penting ialah mutu dan makenisma gambar yang jelas. Modul ini akan membantu anda mempelajari secara asas pwngenalan dan teknik fotografi.

OHP dan Transperansi

Penerbitan dan Penggunaan Transperansi Dalam Pengajaran Pengenalan

Transperansi merupakan medium yang hampir sama dengan slaid.Tergolong sebagai alat bantu mengajar berbentuk tayang.Ia merupakan mesin tayang paras atas (Over Head Projecter=OHP) untuk mengunjurkan imej dalam transperansi ke layar putih(white screen)dalam ukuran yang lebih besar.Penggunaannya lebih efektif untuk guru menyampaikan isi pelajarannya dibandingkan dengan ABM

berbentukcetak dan pegun. Ia amat berkesan digunakan untuk menerangkan sesuatu perkara luar konteks, konsep, fakta data-data dan maklumat yang berbentuk visual sama ada pada kumpulan kecil atau besar.

Kebaikan Menggunakan Transperansi dan OHP

1.

Penggunaan medium transperansi pada OHP kalau disenaraikan

kebaikannya adalah seperti berikut: 2. Dalam proses penyampaian, guru boleh gabungkan papan hitam,

bahan cetak dan lisan. 3. bilik. 4. Transperansi boleh digunakan berulangkali dan penyampaiannya Gambar atau imej dari transperansi boleh ditayang tanpa mengelapkan

boleh dilakukan secara lebihteratur dan sistematik. 5. Guru berhadapan dengan pelajar atau penonton semasa

penyampaiannya. Ini memudahkan guru membuat kawalan. 6. Transperansi mudah digunakan, lebih berseih berbanding dengan

penggunaan papan hitam dan kapur. 7. Penggunaan OHP dan transperansi akan menjadikan proses

pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan; komen dan maklumat baru boleh ditambah di rajah atau digambar yang terdapat ditransperansi. 8. Dengan menggunakan warna. ilustrasi dan animasi.

9.

Imej

atau

gambar

boleh

dibesar

atau

dikecilkan

mengikut

keperluanpelajar. 10. 11. Menjimatkan masa dan mempercepatkan penyampaian. Projektor OHP mudah dikendalikan dan guru memerlukan

pengetahuan teknikal yang mendalam untuk menggunakannya. 12. Dengan menggunakan transperansi guru dapat menyampaikan

maklumat dan fakta yang berkaitan dan berperingkat-peringkat secara sistematik.

Peralatan / Perkakasan Transparensi Pada hari ini peralatan dan perkakasan untuk menerbit transparensi terdapat dalam pelbagai bentuk. Untuk menyedia dan menggunakan transparensi dengan lebih efektif guru perlu tahu dan menguasai tentang perkara berikut

a) Operasi mesin tayangan paras atas (OHP). b) Jenis transparensi. c) Penyediaan transparensi d) Teknik penggunaan transparensi

Mesin Tayangan Paras Atas (TPA = OHP) Mesin TPA yang terdapat di pasaran pada hari ini mempunyai pelbagai jenama. Sungguhpun jenamanya berbeza tetapi bentuk utamanya boleh digolongkan seperti berikut: a) Jenis meja (Desktop) b) Jenis mudahalih (Portable) c) Visualizer

Jenis mudah alih/ Desktop

Alat Tayangan Visualizer Alat tayang Visualizer juga boleh berfungsi sebagai mesin tayangan paras atas (OHP) yang menggunakan untuk menayangkan imej atau data yang terdapat dihelaian transaprensi atau dari buku ke layar putih melalui LCD ( papan hablur cecair) yang dijanakan oleh komputer. Kelebihan Visualizer dengan OHP yang lain adalah tentang kemampuannya menyimpan dan menayangkan balik maklumat yang telah dirakamnya diulangi. Kedua ia berupaya untuk membesar atau mengecilkan imej dan ketiga ia boleh menayangkan imej bahan realia untuk tontonan semua pelajar di bilik darjah.

Jenis Visualizer

Jenis Transparensi

Pada hari ini terdapat beberapa jenis transparensi yang guru boleh gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Sama ada dari jenis yang mempunyai kos rendah kepada jenis transparensi yang mahal. Jenis-jenis transparensinya adalah: a. Write-on b. PPC (Plain paper copier) c. Thermal d. Khas untuk kegunaan komputer e. Pemindahan gambar

Write-on Transparensi jenis write-on adalah jenis keeping plastik lutsinar biasa. Ia berupa plastik PVC berlutsinar yang boleh di potong mengikut saiz helaian kertas A4. Ia diperolehi dalam bentuk helaian besar yang suri rumah gunakan untuk menutup meja. Untuk menulis dan melukis grafik guru perlu gunakan felt pen atau marker pen yang berbentuk soluble atau permanent dalam pelbagai warna. Selain dari itu guru boleh juga menulis dan menambah maklumat write -on secara langsung di transparensi yang sedia ada di kaca datar OHP semasa proses penyimpanan dilakukan. Transparensi Jenis Thermal Transparensi jenis thermal memerlukan haba untuk menerbitkan imej di keping transparensi yang digunakan.

Oleh kerana transparensi ini terdiri dari pelbagai warna guru perlu buat pemilihan untuk menentukan kesesuaiannya. Guru boleh buat pilih sama ada hendak menggunakan jenis berwarna atau sebaliknya untuk menerbit dan

menggunakannya. Jenis transparensi yang terdapat di pasaran mempunyai: a. Imej hitam dan warna latarnya jernih b. Imej hitam dan latarnya berwarna c. Imej berwarna dan lantainya jernih d. Imej terbalik putih dan latarnya hitam (reversed image)

PPC (Plain paper copier) Transparensi PPC (Plain paper copier) merupakan jenis transparensi khas yang digunakan di mesin fotostat. Saiz dan bentuknya serupa dengan transparensi jenis

write-on tetapi berbeza pada ketebalannya. Bagu transparensi yang digunakan untuk mesin fotostat, saiz dan tebalnya memang dikhaskan untuk mesin fotostat sahaja. Ini menjelaskan bahawa guru tidak boleh menggunakan transparensi yang sebarangan bagi mesin mesin fotostat.

Cara transparensi diterbitkan didapati sama sebagaimana kita menyalin kertas biasa pada mesin fotostat. Dengan meletakkan helaian transparensi ditempat khas untuk transparensi atau ditempat kertas penyalin dan meletakkan bahan yang hendak dijadikan transparensi di kaca datar fotostat tersebut. Transparensi Khas Untuk Komputer Untuk mendapatkan imej yang baik dan serupa dengan gambar di mmonitor komputer, transparensi khas untuk komputer perlu digunakan. Pembukaan transparensi ini sebelah licin sebelah lagi kasar. Di bahgaian kasar inilah printer akan mencetak imej sebagaimana yang terdapat di monitor. Jika imej berwarna yang hendak dicetak pastikan mesin pencetaknya mempunyai warna dakwat laserinjet yang berwarna. Cara pencetakannya dilakukan sama seba Prinsip Reka Bentuk Menerbitkan Transparensi Untuk menerbitkan transparEnsi yang baik, beberapa prinsip penyediaannya perlu dipatuhi.

Prinsip prinsipnya adalah ;

(a) Maklumat yang terdapat di medium transparensi itu seelok-eloknya memuatkan hanya satu idea bagi satu pelan transparensi. (b) Kurangkan unsur pantulan dengan mengasingkan beberapa gambar atau imej yang kompleks kepada komponen atau mesej utama yang hendak kita sampaikan sahaja sebagaimana di rajah sebelah. (c) Bila menggunakan teks yang menggunakan fon 14 poin Tahoma atau Arial, pastikan bilangan perkataan yang digunakan pada satu-satu barisan itu dihadkan pada 6- 10 perkataan sahaja. (d) Bilangan barisan yang sesuai bagi sehelai transparensi dihadkan juga pada 6-9 barisan. (e) Warna yang digunakan selain dari tujuan untuk mencantikkan medium transparensi, kita gunakan juga untuk memberi tumpuan pada elemen yang difokuskan. Pilih warna yang harmoni dan kontras seperti, Kuning dengan Hitam, Biru dengan Putih, Putih dengan Hitam.

Hurufan yang digunakan juga perlu dipilih dari jenis hurufan San Serif ( Arial, Tahoma, Century Gothic, etc). Elakkan dari menggunakan hurufan yang berunsur dekoratif atau Italic. Skrip hurufan yang terdapat pada komputer antaranya terdiri jenis,

(g) Medium transparensi yang telah siap disediakan perlu mempunyai bingkai. Tujuannya adalah bertujuan untuk ;

Memudahkan kita menggunakan transparensi dengan mencatitkan penanda pada setiap transparensi mengikut urutan. Tidak menampakkan kesan jari pada transparensi. Boleh disimpan dengan transparensi yang lain agar tidak melekat. Boleh dibuat secara tindih-tindan. Maklumat penting boleh dicatitkan dibingkai untuk rujukan semasa proses

pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Teknik Menggunakan Medium Transparensi Untuk Persembahan

Hurufan Times New Roman Hurufan Monotype Corsiva Hurufan Impact Hurufan Arial Hurufan Arial Narrow Hurufan Comic Sans MALAYSIA NEGARA KU Hurufan jenis Serif Hurufan jenis Dekoratif Hurufan jenis San Serif Padat Hurufan jenis San Serif Hurufan jenis San Seri Hurufan jenis San Seri Padat

Teknik persembahan yang lazim digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran boleh diklasifikasikan pada tiga cara. Tranparensi selembaran dan sisipan (Single Tranparency) Transparensi bertindih (Overlay Transparency) Transparensi tutup-buka (Masking Transparency)

Transparensi Selembaran

Transparensi selembaran digunakan untuk menyampaikan informasi, konsep, pengetahuan dengan hanya menggunakan satu keping (lembaran) transparensi. Pendekatan ini terbatas dan isi pelajaran, konsep atau informasinya perlukan beberapa keterangan lanjut seperti diagram, graf dan gambar lain untuk difahami. Guru boleh gunakan helaian transparensi jenis write-on yang baru untuk mencatitkan maklumat baru di transparensi tersebut, di papan hitam atau menggunakan bahan bantu mengajar lain yang berkaitan untuk pengukuhan. Selain dari itu, guru boleh juga gunakan OHP untuk menarik perhatian pelajar tentang pelajaran yang diajarnya. Pertama adalah dengan menggunakan kaedah pasang tutup suis OHP pada waktu yang sesuai untuk menarik perhatian pelajar di suasana yang monotonus.

Dari penerangan lisan yang berterusan dan monotonus, guru alihkan kaedahnya dengan menghidupkan OHP dan gunakan transparensi sebagai alat bantu pengajaran. Kaedah kedua yang guru boleh gunakan adalah kaedah sisipan. Guru letakkan sekping kertas legap di atas transparensi dan menariknya ke bawah secara beransur-ansur sehingga seluruh maklumat ditayangkan kepada pelajar.

Transparensi Bertindih-Tindan (Overlay transparency)

Bagi menyampaikan isi pelajaran, konsep, ilmu pengetahuan dan informasi yang terdiri dari beberapa peringkat, tahap dan fasa transparensi tindih-tindan (overlay) digunakan. Ia paling sesuai bagi menerangkan konsep yang berkaitan antara satu dengan yang lain atau berkesinambungan. Untuk mengukuhkan lagi penyampaian,

transparensi warna jenis bergam sendiri (self adhersive colour firm) digunakan pada helaian ke2, ke3 dan yang ke4 yang ditindih untuk member kesan pada maklumat atau informasi yang disampaikan.

Transparensi Tutup -Buka (Masking transparenscy) Konsep transparensi tutup-buka ini selari dengan konsep masking iaitu menyembunyikan bahagian maklumat, gambar dan rajah dari tatapan pelajar. Tujuan pertamanya adalah untuk mendapatkan perhatian pelajar tentang gambar, maklumat dan rajah yang akan ditayangkan itu. Kedua, adalah untuk memudahkan pelajar faham peringkat-peringkat isi pelajaran yang berkaitan terbentuk. Ketiganya adalah untuk mengelakkan kekeliruaan pelajar memahami isi pelajaran yang ditayangkan itu nanti jika tidak dilakukan mengikut urutan. Sering juga kaedah ini dinamakan kaedah tertingkap kerana terdapatnya beberapa tingkap yang guru buka dan tutup semasa proses pengajaran dilakukan.

Jenis tutup dan buka

Layar Tayang (Skrin) Layar tayang (screen) merupakan satu lagi keperluan utama untuk menggunakan media tayang. Pada hari ini, terdapat 2 kategori layar tayang yang digunakan bersama dengan media. Kategori yang pertama adalah layar tanyang yang lut cahaya dinamakan tayang belakkang (rear screen). Layar tayang jenis ini tontonannya boleh dilakukan di dua belah layar tayang tersebut. Penonton boleh

menonton dari belakang dan juga dari bahagian depan layar. Kategori yang keduanya adalah layar tayangjenis tayangan depan yang sering digunakan di sekolah. Layar tayang jenis ini terdiri dari beberapa jenis permukaan pantulan cahaya yang perlu dipilih untuk kesesuaian kita. Ia berbeza pada saiz, bahan dan fungsinya. Ada yang menggunakan elektrik dan ada yang berbentuk manual. Jenis layar tayang yang kerap digunakan di sekolah terdiri dari jenis layar tayang berikut

Jenis teknik bertingkap .

a. Layar Tayang Jenis Matt

Materialsnya jenis kain tebal atau kanvas yang mempunyai permukaan putih dan licin. Layar tayang jenis ini kurang membalikkan cahaya yang banyak jika dibandingkan dengan layar tayang yang lain. Layar tayang jenis Matt ini sesuai digunakan pada bilik yang pendek dan lebar. b. Layar tayang Jenis Glass Beaded

Layar tayang jenis Glass ini di dapati gambar atau imejnya lebih terang daripada layar tayang Matt.permukaan putihnya disemburkan dengan serbuk kaca yang hamper menyerupai kertas pasir. Banyak digunakan kerana sinaran arcanya lebih terang seperti kaca ketika terkena cahaya. Layar jenis ini ssuai digunakan pada bilik yang sempit dan panjang.

c. Layar Tayang Jenis Silver Metalled

Layar tayang jenis Silver Metalled didapati jenis yang terbaik antara layar tayang yang lain. Ia berupaya memberi balikan cahaya yang baik dan mempunyai pengunjuran imej yang berkualiti. Penempatan Layar Tayang (Skrin) Majoriti dari sekolah menggantung layer tayangnya di papan hitam. Lokasi ini sungguh pun baik bagi sudut tontonan tetapi yang menyukarkan guru mengguna dan menulis maklumat di papan hitam apabila diperlukan. Guru akan membuka layar tayang apabila diperlukan dan alan menutupnya balik apabila beliau ingin menggunakan papan hitam untuk mencatitkan maklumat pelajarannya. Keadaan ini akan berterusan di sepanjang pengajaran dan boleh menganggu kelicinan

penyampaiannya. Lokasi layar tayang yang paling ideal seelok-eloknya diletakkan di sudut kanan bilik darjah. Pastikan layar yang digantung itu berada di sebelah kakan guru semasa berhadapan dengan pelajarnya. Ini memeudahkan guru membuat pergerakan dari menggunakan OHP dan mencatitkan maklumat di papan hitam dan sebaliknya tanpa membuka atau menutup layar tayang tersebut. Penempatan layar tayang ini juga diletakkan di aras yang lebihtinggi dan tidak berada pada sudut tegak imejnya akan menjadi herot dan berlaku kesan keystone (keystone effect). Yang membuat tontonan kurang baik. Cara membetulkan keadaan keystone effect ini kedudukan layar tersebut perlu\ dibetulkan dengan memastikan imej tayangan di layar tayang berada pada sudut tegak sebagaimana dinyatakan di rajah berikut:

Keystone Effect

TAJUK 6 Penggunaan Bahan Audio (2 jam + 4 jam)

HASIL PEMBELAJARAN (1) Menjelaskan bagaimana audio boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. (2) Mengetahui kelebihan penggunaan audio dalam bidang pendidikan.

(3) Menghuraikan bagaimana audio boleh dimanfaatkan dalam sistem pembelajaran elektrionik. (4) Menjelaskan kepentingan penggunaan audio dalam sesebuah aplikasi multimedia pendidikan. (5) Merancang dan melaksanakan rakaman audio. (6) Menggunakan media audio dalam P&P.

Sub-tajuk:

1. 2. 3. 4. 5.

Penggunaan peralatan audio Perancangan dan penyediaan rakaman Rakaman Suntingan Audio digital

Audio merupakan salah satu media yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada peringkatr awalnya ia sering digunakan dalam bidang bahasa terutama bagi mengajar seseorang cara sebuutan yang betul dan sebagainya. Kebanyakan media berunsurkan audio pula adalah berasaskan teknologi analog seperti pita dan sebagainya. Kini audio boleh digunakan dalam apa jug bidang ilmu dan dengan kecanggihan teknologi moden< audio semakin penting sebagai satu elemen dalam proses pengajaran dan pembelajaran>

Penggunaan Audio Dalam Bidang Pendidikan

Terdapat pelbagai cara bagaimana audio boleh digunakan dalam bidang pendidikan. Antaranya ialah:

1. 2.

Menyediakan peluang pelajar berehat sementara dari membaca. Mempersembahkan idea atau maklumat kepada pengguna yang tidak

suka atau tidak tahui membaca. 3. Memanfaatkan masa pengguna dengan sebaiknya kerana

membolehkan mereka melaksanakan pelbagai tugas atau aktiviti secara serentak. 4. Memudahkan proses menyampaikan maklumat apabila penggunaan

bahan bercetak mungkin sukar menyampaikan apa yang dikehendaki . 5. Memberi lebih kesan semulajadi atau sentuhan kemanusiaan dalam

proses pembelajaran. 6. 7. Untuk mendapat dan megekalkan perhatian pelajar. Menyediakan elemen motivasi kepada pelajarn.

Kelebihan Penggunaan Audio Dalam Bidang Pendidikan

Terdapat

beberapa

kebaikan

penyampaian

bahan

pengajaran

menerusi

penggunaan bahan audio. Di antaranya ialah

1. 2.

Sesuai digunakan bagi pelajar yang kurang mahir membaca. Bahan berbentuk audio dapat disusun dan disunting melalui proses

penyuntingan. 3. 4. 5. 6. Peralatan yang diperlukan adalah kecil dan mudah alih. Bunyi yang asli dapat dirakamkan bagi menunjukkan sesuatu situasi. Mudah dipadam dan digunakan semula. Penggunaan masa yang fleksibel di mana penyampaian dapat

disampaikan mengikut kadar masa tertentu.

7.

Boleh dijalankan secara berulang-ulang bagi meningkatkan kefahaman

pelajar.

Kelemahan Penggunaan Audio Dalam Bidang Pendidikan

Di samping pelbagai kelebihan yang ditawarkan oleh teknologi audio, ianya juga mempunyai beberapa kelemahan. Di antaranya

1. audio. 2.

Faktor pengalaman dan sentuhan sebenar tidak terdapat pada pita

Gangguan daripada bunyi luar yang akan menganggu minat pelajar

semasa proses pengajkaran. 3. Sekiranya pita aidio telah dimainkan, ianya telah ditentukan kadar

masa. kadar masa yang telah digunakan tidak boleh diubah. 4. Kurangnya unsur interaktiviti di antara pengguna dan mesin.

RENUNGAN

1.

Terangkan perkakasan dan perisian yang diperlukan untuk memainkan

bahan rakaman audio. 2. Bagaimanakah rakaman audio dapat dihasilkan dan huraikan format

fail yang kerapkali digunakan.

Pendengaran merupakan salah satu saluran untuk menerima maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Rakaman audio yang diperdengarkan mampu gambaran kepada pelajar tentang sesuatu situasi atau informasi melalui terhadap apa yang dituturkan atau melalui kesan bunyi maupun melalui muzik latar yang pada rakaman tersebut. Rakaman audio boleh disimpan dalam pelbagai format seperti kaset, cakera padat atau dalam bentuk klip audio digital (digital audio clip). Ia dapat dimainkan semula melalui perkakasan yang bersesuaian dengan perisiannya. Sebagai contoh kaset audio boleh dimainkan melalui pemain kaset (cassette player), cakera padat boleh dimainkan melalui pemain cakera (CD player) dan klip audio

boleh dimainkan melalui perisian pemain media (media player). Bahan audio yang disimpan dalam bentuk digital mempunyai file extension yang berbeza mengikut proses audio streaming yang dilakukan. Sebagai contoh fail MP3 (MPEG Audio Layer 3) melalui proses pemampatan (compression) dimana saiz failnya lebih kecil dan mudah diakses melalui internet. Fail Midi (.mid) adalah hasil bunyi daripada alat muzik sintizer seperti keyboard yang menghasilkan nada muzik tiruan. Manakala fail Wave (.wav) adalah fail audio yang kerapkali digunakan untuk membuat penyuntingan kerana bunyinya lebih berkualiti tetapi mempunyai saiz fail yang lebih besar. Terdapat beberapa fail audio yang lain mengikut perisian dan tujuan penggunaan yang tertentu. Fail audio boleh ditukar ke dalam pelbagai format melalui perisian audio converter.

Bahan audio boleh dihasilkan melalui rakaman yang mudah yang tersedia ada kaset audio. Mikrofon yang berasingan (external microphone) pengadun (audio mixer) boleh digunakan untuk mengadun suara dengan muzik latar atau kesan bunyi.

Dalam perkembangan teknologi sekarang, rakaman audio boleh dibuat secara digital melalui pekakasan komputer serta mengikut perisian penyuntingan audio (audio editing software) yang tertentu daripada yang mudah kepada yang lebih canggih. yang sedia ada pada sistem operasi windows seperti audio recorder atau audacity (perisian daripada open source) mampu membuat rakaman audio yang mudah. Manakala perisian komersial seperti Sound Forge, Ulead Media Studio, Sonar 6, mampu mengadun dan menyunting audio dengan lebih canggih melalui bilangan trek audio yang banyak serta menghasilkan audio dalam pelbagai format fail. Perisian Audio recorder daripada komponen sistem windows Rakaman dan penyuntingan audio boleh dilakukan melalui perisian Audacity 1. Apakah langkah-langkah perancangan yang perlu dilakukan dalam

proses penyediaan media audio untuk tujuan penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran? 2. Pada pandangan anda apakah kebaikan media audio dalam proses

pengajaran dan pembelajaran?

Perancangan dan penyediaan rakaman.

1. 2.

Tetapkan matlamat mengikut topik dan hasilan pembelajaran Mengumpul dan memilih bahan seperti fakta, kesan bunyi dan muzik

latar yang sesuai. 3. Memilih format audio yang sesuai untuk dihasilkan dengan perisian

yang akan dimainkan nanti 4. Memilih dan menyediakan perisian dan perkakasan yang sesuai

dengan format penghasilan audio 5. 6. 7. 8. 9. Menulis skrip dalam format papan cerita (story board) yang mudah Membuat rakaman dan penyuntingan Ujilari hasil rakaman Pengubahsuaian dari aspek isi kandungan (content) dan teknikal Menyediakan format penyimpanan sama ada dalam bentuk CD-Audio,

kaset atau fail klip audio 10. 11. Penggunaan bahan audio Maklum balas dan penilaian daripada pengguna

Penggunaan Video Penerbitan Video PendidikanModul Penyuntingan Audio Vidwo

Sinopsis

Tajuk ini menjelaskan jenis-jenis kamera video, bahagian-bahagian serta fungsi komponen kamera videa. Jenis-jenis syot yang terlibat dalam penerbitan video juga akan diojelaskan. Demi menghasilkan video yang menarik, beberapa teknik pergerakan kamera akan diperkenalkan. Anda juga akan diterngkan seluruh proses penerbitan video. Ini akan diikuti penggunaan video klip tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran. Akhirnya anda akan buat penilaian terhadap penggunaan klip video tersebut.

Hasil Pembelajaran 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Mengenalpasti jenis-jenis kamera. Mengenalpasti komponen-komponen kamera video. Membezakan jenis-jenis syot yang berlainan. Mengaplikasikan jenis-jenis pergerakan kamera video yang berlainan. Merancang dan melaksanakan rakaman video. Menyunting video. Menggunakan media video dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pengenalan

Video memainkan peranan yang penting dalam meransangkan pengajaran dan pembelajaran. Media yang mempunyai elemen-elemen multimedia ini sudah pasti dapat meningkatkan prestasi pengajaran guru sekiranya digunakan dengan baiknya.

Tajuk ini menjelaskan format dan peralatan video untuk perancangan , penghasilan

dan penggunaan video sebagai media dalam pengajaran dan pembelajaran. Perisian-perisian berkaitan dengan video juga diterangkan.

Kepentingan Video Dalam Pengajaran

Apakah video? Adakah video penting dalam pengajaran dan pembelajaran? Bagaimana video dihasilkan? Video merupakah salah satu daripada media bergerak. Ia boleh menghasilkan imej yang realistik dan sangat bermanfaat dalam penyampaian sesuatu mesej kepada penonton.

Dalam proses pengajarnan dan pembelajaran , video mempunyai beberapa keistimewaan.

Keupayaan menunjukkan imej yang bergerak seperti merakan seekor haiwan

binatang sedang berlari.

Media dapat mempercepatkan dan melambatkan pergerakan . Contoh

pergerakan haiwan binatang yang terlalu laju boleh diperlahankan dengan teknik gerak perlahan, malah pergerakan itu boleh dibekukan.

Video berupaya membawa masuk peristiwa yang berlaku di luar bilik darjah

atau peristiwa-peristiwa berbahaya seperti letupan gunung berapi ke dalam bilik

darjah..

Video berupaya merakam mesej dekat dan jauh. Ini bermakna video boleh

memanipulasi ruang. Contohnya pergerakan sel-sel darah dalam tubuh badan boleh dilihat oleh penonton.

Jenis-Jenis Kamera Video

Secara amnya kamera video boleh dibahagikan kepada dua iaitu 1. 2. Kamera video analog Kamera video digital

Kamera Video Analog Kamera video analog merakamkan imej dan menyimpannya dalam bentuk analog. Cara penyimpanan video hasilan jenis ini adalah dalam bentuk kaset video yang terdapat dalam pelbagai bentuk seperti format VHS, VHS-C, Hi * dan U-matic. Video jenis analog ini hanya boleh dimainkan pada pemain video yang sesuai dengannya,

Kamera Video Digital

Kamera jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk ditital.Biasanya kamera video digital ini menggunakan kaset video yang berada dalam dalam format

DVC (Digital Video Cassette). Kamera video jenis ini boleh disambung ke komputer dengan menggunakan kabel Fire Wire. Penyunting video yang dihasilkan boleh dibuat dengan menggunakan suntingan yang sesuai.

Bahagian-bahagian

yang

terdapat

dalam

sebuah

kamera

video

Lensa: membawa cahaya kepada sensor dan juga untuk memberi fokus kepada imej.

Butang Zoom: Butang yang diguna untuk merakam imej dekat objek tanpa bergerak dan menghampiri secara fizikal.

Butang white balance: butang untuk mengawal keseimbangan warna imej.

Gelang Fokus: diguna untuk melakukan fokus secara manual.

Sensor Dedahan (Esposure) : Mengesan seluruh medan rakaman dan menala bukaan lensa sesuai dengan intensiti cahaya yang diberlukan.

Shutter : menentukan cahaya yang masuk ke kamera video.

Alat Rakam Suara: Mikrofon dan sistem suara yang dibina untuk merakam bunyi.

Jenis-Jenis Syot

Terdapat pelbagai jenis syot yang boleh diadakan semasa merakam video. Jenisjenis syot yang berlainan menentukan tujuan dan fungsinya dalam proses pembelajaran. Sebagai contoh BCU (Big Close Up) memaparkan objek secara mikro, CU (Close Up) memaparkan objek secara dekat, MS (Mid shot) memaparkan sebahagian daripada objek, LS (Long shot) memaparkan keseluruhan objek dan

VLS (Very Long Shot) memaparkan objek dan kedudukan di pesekitarannya.

Untuk mendapatkan syot yang tertentu ia dapat dilakukan melalui butang zoom yang terdapat pada kamera ataupun melalui pergerakan kamera video.

Beberapa jenis syot yang biasa terlibat dalam video adalah seperti berikut:

Big Close; memaparkan objek secara mikro Close Up; memaparkan objek secara dekat. Medium shot: Memaparkan kedua0dua sebjek dan latar belakang. Waist shot: memaparkan objek setakat pinggang. Long Shot: Memaparkan keseluruhan objek. Very Long Shot: memaparkan objek dan kedudukan di pesekitarannya. Over the shoulder ahot: memaparkan subjek dari belakang bahu orang lain.

Pegerakan Kamera Video

Terdapat pelbagai jenis pergerakan kamera video dalam menghasilkan video. Jenisjenis pergerakan kamera video boleh disimpulkan seperti berikut:

Panning (Panning right/Panning left): Pergerakan kamera video ke kiri atau ke kanan.

Tilting ( Tilt Up/Tilt Down): Pergerakan kamera ke atas atau ke bawah.

Dolly (Dollt In/Dolly Out) : Pergerakan dolly melibatkan pergerakan kamera yang dipasang pada tripot ditolak (dolly in). Pergerakan dolly melibatkan pergerakan kamera yang dipasang pada tripot diundur (dolly out)

Trucking: Sama dengan dolly atau tracking.

Alat Penghasilan Video

Video boleh dirakam melalui kamera video digital yang menggunakan mini kaset DV (DV cassette) atau analog yang menggunakan pita video format VHS. Pita video VHS boleh dimainkan semula pada pemain video (video player) tetapi memerlukan peralatan khas iaitu kad perakam video (video capture card) pada komputer untuk ditukarkan ke bentuk klip video digital. Sedangkan kamera video digital yang menggunakan mini kaset DV boleh terus dirakam ke cakera nkeras pada komputer melalui penyambungan kabel USB dengan menggunakan perisian tertentu.

Perisian Untuk Penghasilan Video

Pelbagai perisian boleh digunakan untuk tujuan merakam dan menyunting video dan yang mudah seperti Windows Movie Maker yang tersedia ada pada sistem operasi windows atau perisian yang lebih canggih seperti A dobe Premier, Ulead Media Studio, Ulead Video Studio , Penicles, Edius,Let's Edit, Vegas, Avid dan sebagainya. Setiap perisian mempunyai keistimewaan masing-masing terutama untuk

menghasilkan pelbagai bentuk kesan khas (special effect), audio dan video yang mampu memberi penarikan kepada penonton.

Bahan video juga boleh diambil sebahagian daripada video-CD (fail format.dat) atau DVD (fail format. vob) melalui perisian seperti VCD Cutter atau Chopper VP dan disimpan semula dalam format .mpeg (mpeg1) atau .wmv ( Windows media video) agar ia sesuai (compatible) apabila disisip (insert) pada kebanyakan perisian. Penyesuaian format fail boleh dilakukan melalui perisian seperti Any File Converter, Total Video Converter atau seumpamanya dengannya.

Bahan audio dan video boleh juga dimuatturun daripada pelbagai sumber laman web tertentu seperti yang terdapat pada youtube. Walaubagaimanapun

penggunaanya tertakluk kepada tyerma dan syarat dalam panduan penggunaan bahan Hak Cipta ISila rujuk Fair use guidelines for educational multimediawww.libraries,psu.edu/mtss/fairuse/guidline.doc.html)

Bahan video yang telah disunting boleh dijadikan klip video dan disimpan ke cakera keras atau disimpan dalam format VCD atau DVD dengan perisian tertentu seperti Windows Movie Maker, DVD Movie Maker (terdapat pada Windows Vista0, Ulead Movie Factory, Roxio Creater DE, Nero Burner atau mana-mana perisian yang seumpamanya dengannya.

Perlu dingat penerbitan video haruslah bersifat informatif, mudah difahami, ringkas, menarik, dalam jangka masa yang bersesuaian dengan tujuan pengajaran.

Merancang Penerbitan Bahan Video Untuk Pengajaran 1. 2. 3. 4. Menetapkan tujuan dan objektif. Menjalankan penyelidikan. Memilih bahan (fakta) yang sesuai. Mengenalpasti, mengumpul dan memilih bahan grafik dan bahan audio

yang sesuai. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. Menulis skrip melalui format papan cerita (story board). Membuat persediaan untuk penggambaran. Menyedia bahan dan peralatan. Memulakan penggambaran. Memulakan proses menukar video dari DV ke bentuk klip. Membuat rakaman audio. Menyunting dan mengadun audio dan video. Membuat preview hasil rakaman. Mengubahsuai/menyunting. Menukar dormat yang sesuai untuk tujuan penyimpanan ( storage).

15. 16. Tugasan

Menggunakan dalam pengajaran. Memberi maklum balas dan membuat penilaian.

Video berupaya membawa masuk ke dalam bilik darjah peristiwa sebenar yang berlaku di luar bilik darjah. Berdasarkan satu tajuk pengajaran sediakansatu klip video bagi tujuan tersebut. Gunakan video itu dalam pengajaran anda untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran .

Panduan

Menghasilkan

Video

Untuk

Pengajaran

dan

Pembelajaran

Peringkat Analisis

Sebelum anda menyediakan audio, antara yang oerlu dilakukan ialah perkaraperkara berikut:

Analisis Pelajar 1. 2. 3. Apakah latar belakang pelajar? Apakah tahap pengetahuan pelajar tentang topik yang akan diajar? Apakah gaya pembelajaran pelajar?

Analisis Kandungan 1. Apakah skop pembelajaran seperti yang dinyatakan dalam sukatan

pelajaran? 2. Apakah objektif pembelajaran yang ditetapkan dalam sukatan

pelajaran? 3. Apakah teknik dan kaedah pengajaran yang akan digunakan?

Peringkat Rekabentuk

Rekabentuk Bahan

Video yang disediakan mestilah mengikuti skrip yang disediakan. Tempuh masa video ialah antara 10 hingga 15 minit.

Pastikan gambar dan suara dalam video adalah jelas.

Rekabentuk Pedagogi

Pastikan video yang disediakan dapat memberangsangkan pelajar. Aktiviti yang dicadangkan untuk menggunakan video dalam pengajaran dan

pembelajaran mestilah seimbang dengan masa yang digunakan untuk menyediakan bahan media tersebut.

Peringkat Pembangunan 1. 2. Kenalpasti tajuk pengajaran yang sesuai diintegrasikan video. Kenalpasti matlamat video yang akan disediakan dalam pengajaran

dan pembelajaran. 3. 4. Sediakan skrip berkenaan. Anda boleh menggunakan klip video yang sedia ada ataupun merakam

video itu sendiri. 5. Sekiranya menggunakan video yang sedia ada, anda perlu

menyuntingnya supaya sesuai dengan tujuanpengajaran anda. 6. 7. Untuk video yang dirakam sendiri, anda juga perlu edit sekiranya perlu. Pastikan anda mengikuti langkah-langkah perancangan penerbitan

bahan video untuk pengajaran.

Peringkat Pelaksanaan

Cadangkan bagaimana video yang disediakan tersebut akan digunakan dalam peringkat-peringkat pengajaran dan pembelajaran tertentu.

Laksanakan cadangan anda dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran.

Peringkat Penilaian

Cuba buat penilaian terhadap penggunaan video yang disediakan dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan soalan-soalan berikut? 1. Adakah bahan video yang disediakan benar-benar memberi impak

terhadap proses pembelajaran? 2. Adakah masa yang digunakan untuk menyediakan video tersebut

sesuai dengan masa yang digunakan? 3. 4. Apakah aspek bahan audio yang dihasilkan tersebut perlu diperbaiki/ Apakah kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang

digunakan sesuai untuk mengintegrasikan audio yang dihasilkan?

TAJUK 8 Integrasi ICT Dalam P&P (10 jam + 10 jam)

HASIL PEMBELAJARAN

1. 2. 3. 4. Sub-tajuk

Menghuraikan peranan ICT dalam bidang pendidikan Mengenalpasti pasti kesesuaian perisian untuk kegunaan P&P Mengintegrasikan aspek ICT dalam P&P Menentukan trenda ICT dalam perkembangan pendidikan.

Peranan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Integrasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran a. Pemilihan software b. Menyediakan bahan pembelajaran berasaskan multimedia c. Penggunaan multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran d. Internet & Pengunaan Internet e. Pembelajaran Atas Talian (online)

Isu-isu dan trenda terkini dalam Teknologi Pendidikan a. Hak cipta terpelihara (Copyright) b. Keselamatan & Kerahsiaan c. Trenda dalam Media & Teknologi d. Sekolah & Ruangkerja di masa depan

PERANAN ICT DALAM PEMBELAJARAN

RENUNGAN 1. 2. Bagaimanakah mengintegrasikan ICT dalam P&P? Bincangkan perkembangan teknologi multimedia di dalam internet dari

dahulu sehingga kini ? Penggunaan teknologi atau ICT dalam P&P, bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan proses P&P. Untuk itu kita seharus dapat menggunakannya secara berfikrah, terancang dan bersesuaian (iaitu, bila perlu, bila tidak, dan bagaimana?). Penggunaan ICT secara tidak langsung akan membantu dan mendorong kita untuk melakukan anjakan pradigma dalam proses P&P. Ini seterusnya akan melahirkan satu persekitaran pembelajaran yang lebih baik.

Anjakan dari sistem pendidikan masyarakat industri ke masyarakat maklumat dikatakan berlaku apabila pengajaran dan pembelajaran berbantukan teknologi.

Pelaku Sistem Pendidikan Masyarakat Industri Sistem Pendidikan Masyarakat Maklumat Guru Pencetus pengajaran Pengajaran secara keseluruhan kelas Menilai pelajar Meletakkan kemahiran komunikasi pada tahap yang rendah Bantu pelajar mendapatkan laluan pengajaran Bimbing pelajar belajar kendiri Bantu pelajar menilai progress sendiri Meletakkan kemahiran komunikasi pada tahap yang tinggi. Pelajar Kebanyakkannya pasif

Belajar kebanyakannya di sekolah Sukar dalam kerja berkumpulan Ambil soalan dari buku atau guru Belajar menjawab soalan Minat belajar rendah Lebih aktif Belajar di sekolah dan di luar sekolah Lebih kerja berkumpulan Bertanya soalan Mendapat jawapan untuk menjawab soalan Minat yang tinggi.

Persekitaran Pembelajaran kini yang lebih baik apabila teknologi digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Persekitaran Pembelajaran Tradisional Persekitaran Pembelajaran Kini Pemusatan Guru Pemusatan Pelajar Simulasi satu cara/arah Pelbagai simulasi Perkembangan satu laluan Pelbagai laluan perkembangan Satu media Pelbagai media Kerja bersendirian Kerja secara kolaboratif Menyalurkan maklumat Bertukar maklumat Pembelajaran pasif Pembelajaran aktif / penerokaan / inkuri-penemuan Pembelajaran berasaskan pengetahuan dan fakta Pemikiran kritikal dan membuat keputusan dengan bermaklumat

Maklum balas reaktif Tindakan proaktif / merancang Konteks terpisah dan tidak benar Konteks dunia nyata dan authentic Sumber : International Society for Technology in Education

INTEGRASI ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Teknologi Maklumat dan Komunikasi amat penting dalam rutin harian sebagai seorang pendidik. Perkembangan ICT begitu pantas, untuk itu kita tidak perlu lari darinya tetapi yang penting, kita perlu tahu yang mana perlu untuk keperluan kita sebagai seorang pengguna dan sebagai seorang pendidik.

RENUNGAN

1.

Apakah perisian-perisian aplikasi yang sesuai digunakan untuk proses

P&P? 2. 3. Terangkan dan huraikan 3 daripada yang dinyatakan? Apakah impak pemerosesan perkataan dalam pendidikan dan isu-isu

berkait dengan pemerosesan perkataan?

Integrasi teknologi atau ICT dalam P&P tidak semestinya berkehendakkan kita menguasi kemahiran ICT tahap tinggi, tetapi yang lebih penting dan utama ialah bagaimana kita dapat menghasilkan bahan atau media yang memenuhi kesesuaian dan keperluan pembelajaran pelajar. Untuk itu kita seharus menguasi kemahiran pedagogi (disamping konten dan psikologi) dan yang berkaitan. Kita juga harus memahami apa yang dimaksudkan dengan integrasi teknologi dalam P&P, perancangan dan pelaksanaannya .

Sebagai know are. Graig Barrett. CEO, Intel Corporation. all the how educational to use it technology effectively. is worth nothing arent if Computer magic,

renungan: teacher dont teachers

Bagi menghasilkan bahan atau media P&P yang menepati kesesuaian dan keperluan pembelajaran yang optimum, kita seharusnya perlu mengetahui dan memahami aspek-aspek rancangan pengajaran (instructional planning), rekabentuk pengajaran (instructional design) dan yang cukup penting ialah teori pembelajaran (learning theory) yang mendasari perkara di atas. Sesuatu yang perlu diingatkan semasa kita melakukan proses integrasi teknologi/ict dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kita tidak sama sekali mengajar bagaimana menggunakan teknologi tersebut apa yang kita lakukan menggunakan teknologi tersebut sebagai sesuatu yang dapat membantu memudahkan proses kita sebagai guru dan memudahkan pelajar untuk belajar memahami dan membina sesuatu ilmu pengetahuan.

Semasa

menghasilkan

media-media

anda

digalakkan

menggunakan

perisianperisian mudah yang boleh didapati dari sumber open source atau freeware, semuanya boleh didapati dari internet, kerana ia perisian percuma dan sah digunakan. Antaranya seperti dibawah:

Perisian Kegunaan

Gimp ; Avtive Pixels ; Free Image editor Grafik atau image editor Paint.Net Editor untuk mengolah foto. Audacity Editor untuk merekod dan mengolah audio Hotpotato Perisian untuk membina pelbagai latihan dalam persekitaran web. Photo Flash Maker Professional Perisian untuk membina slaid foto berasaskan flash dan dapat digunakan

dalam laman web.


PPtFlash Perisian menukar format power point kepada format flash (.swf) eXe (dicadangkan untuk digunakan meghasilkan produk P&P multimedia)

Editor menghasil e-pembelajaran dalam persekitaran web. Anda boleh mengabungkan pelbagai media yang telah dihasilkan dalam

editor ini.

Xerte Editor menghasil e-pembelajaran dalam persekitaran flash. Anda boleh

menggabungkan pelbagai media yang telah dihasilkan dalam editor ini.


Blender Perisian untuk menghasilkan animasi 3D virtualdub Perisian editor video Wax Perisian editor video

ISU-ISU

DAN

TRENDA

TERKINI

DALAM

TEKNOLOGI

PENDIDIKAN

RENUNGAN

1.

Terangkan apakah maksud Hakcipta Terpelihara. Bagaimana ia boleh

diaplikasikan dalam pendidikan yang berasaskan komputer.? 2. Bagaimanakah cara yang beretika untuk menggunakan bahan-bahan

yang ada bagi membina bahan P&P tanpa melanggar Akta Hak Cipta?

Hakcipta terpelihara (Copyright) merupakan hak ekslusif yang diberi oleh undang-undang kepada pencipta/penerima haknya untuk kawal pengeluaran semula atau pelbagai bentuk penggunaan hasil ciptaan berkenaan bagi sesuatu tempoh. Hakcipta adalah berdasarkan premis bahawa pencipta mempunyai hak kepunyaan terhadap ciptaan mereka.

Undang-Undang Hakcipta menyediakan perlindungan monopoli secara

sah

kepada mereka yang mencipta idea atau pengetahuan. Ia juga memberi kuasa monopoli secara ekslusif kepada pencipta atau pemunya intelektual,yang diberikan hak secara sah dari segi undang-undang terhadap ciptaan mereka, untuk mengelakkan daripada orang lain membuat atau menggunakan ciptaan mereka tanpa kebenaran.

Terdapat 4 undang-undang hak intelek iaitu;

1. 2.

Undang-undang hak cipta: kawal ketulenan kerja seseorang Undang-undang paten: kawal penemuan baru dan berguna dan juga

proses penemuan 3. Undang-undang tanda perdagangan: kawal perkataan, nama, simbol,

yang digunakan oleh pengusaha yang terlibat dalam pembuatan untuk mengenalpasti produk dan perkhidmatan mereka. 4. Undang-undang rahsia perdagangan: Kawal maklumat penting yang

tidak diketahui umum tetapi dirahsiakan oleh empunya.

Antara bahan-bahan yang dikawal di bawah undang-undang hakcipta ialah bahan bercerak seperti novel, puisi, artikel dan sebagainya, muzik atau kesan audio, pantomin, gambar dan grafik, -audio visual, dan rakaman suara. Tanda hakcipta mengandungi 3 elemen penting iaitu simbol atau perkataan Copyright atau Hakcipta Terpelihara, tahun pertama penerbitan, dan nama pemilik hakcipta tersebut

Cara untuk memperolehi bahan-bahan untuk pembangunan perisian multimedia:

1.

Mendapatkan hak untuk menggunakan bahan-bahan yang telah

mempunyai hakcipta 2. Menggunakan bahan-bahan yang tidak mempunyai status hakcipta

yang tepat atau public domain material 3. 4. 5. Membina atau mencipta bahan itu sendiri Mendapatkan kontrak atau perjanjian untuk menggunakan bahan asal Apakah implikasi yang wujud berkaitan dengan keselamatan dan

privasi pelajar di sekolah? 6. 7. Apakah peranan guru dalam isu keselamatan dan privasi? Pengguna komputer dan internet sentiasa terdedah dengan pelbagai

ancaman keselamatan.

Antara isu keselamatan yang berkaitan dengan ICT ialah;

Penipuan Kerosakan/Pengubahsuaian Program/Data Komputer Kecurian maklumat Menyalin perisian secara tidak sah Pengintipan Judi Siber Skim cepat kaya Pornografi Pengodam/Hacker Penyebar Virus

Anda mungkin juga menyukai