Anda di halaman 1dari 11

KAJIAN KES PELAJAR YANG MENGHADAPI MASALAH MENANGANI

KEBEBASAN DI SEBUAH INSTITUSI LATIHAN

MOHD FAIZE BIN MASSTAPAR


MOHD FIRDAUS BIN DAUD
MOHD HAFIS BIN HARUN
SAPPA BIN SAMPE
SULAIMAN BIN MAT DIN
ZAIRUL NIZAM BIN ZAINUL
IS KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT


lsi Kandungan 2
1.0 PENGENALAN 3
2.0 OBJEKTIF KAJIAN 4
3.0 KAJIAN KES 5
4.0 PERSOALAN KAJIAN
Faktor Latar Belakang Diri Sendiri 8
Faktor Latar Belakang Keluarga 8
Faktor Pengaruh Rakan Sebaya 9
Faktor Persekitaran 9
5.0 CADANGAN DAN SYOR PENYELESAIAN
Pendekatan Secara Kaunseling 10
Program Mentor Dan Mentee 11
Program Motivasi 12
5.4 Program Lawatan Ke Pusat Pemulihan Akhlak 12
6.0 KAEDAH PENYELESAIAN TERBAIK 13
7.0 TINDAKAN YANG DIAMBIL 16
8.0 KESIMPULAN 19
10.0 RUJUKAN 20
1.0 PENGENALAN

( Soalan Kajian 1 : Apakah masalah yang dihadapi oleh dua orang pelajar
tersebut? )

Golongan remaja dan pelajar adalah aset negara dan pemimpin di masa
hadapan. Remaja sangat diperlukan oleh masyarakat dan negara kerana
golongan ini merupakan pemangkin kepada pembangunan negara.
Remaja juga merupakan golongan yang paling berharga serta harta yang
tidak ternilai. Pada mereka jugalah terletaknya masa depan negara. Ada
pepatah menyatakan 'rosak remaja, pincanglah negara'. Kita tentunya
tidak mahu keadaan ini berlaku.

Dari perspektif keibubapaan pula, anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang
bertanggungjawab mencorakkannya. Jika merah, merahlah ia jika biru,
birulah ia. Justeru itu, remaja kita harus disuntikkan ajaran agama dan
nilai moral sejak kecil lagi kerana melentur rebung biarlah dari rebungnya.
Lantaran itu, ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk mendidik
anak remaja menjadi modal insan kelas pertama yang berakhlak mulia
dan berjati diri unggul. Remaja yang dangkal imannya sudah pasti akan
terjejerumus ke dalam kebejatan sosial. Pada masa yang sama, naluri
remaja mula bersifat kedewasaan dan memerlukan tuntutan bagi
menzahirkan 'kebebasan' dan kematangan mereka. Remaja mula berasa
tidak senang diganggu oleh pertanyaan daripada ibu bapa. Kehidupan
moden pula menyediakan remaja dengan pelbagai pilihan dari segi
kepercayaan, pegangan hidup, karier, cara hidup dan kawan sekeliling.
Cara hidup (lifestyle) sementara ini berpunca daripada keterasingan
daripada keluarga lanjutan (extended family) dan sikap individualistic
masyarakat hari ini. Oleh itu, hari ini kita lihat golongan remaja belia
memerlukan 'kebebasan' terhadap cara berfikir dan cara bertindak
daripada diwarnai oleh ibu bapa dan masyarakat.

Kegagalan ibu bapa melaksanakan amanah, tugas dan tanggungjawab


masing-masing, menjadikan remaja akan mudah terjebak dalam gejala
sosial pergaulan bebas antara berlainan jantina yang mendorong kepada
seks bebas dan seterusnya terjerumus dalam kancah maksiat, kelahiran
anak luar nikah, pengguguran bayi dan sebagainya. Selain daripada itu,
keasyikkan bercinta mengakibatkan kebanyakan pelajar mengalami
kegagalan dalam pelajaran. Sesetengah pelajar sibuk melayan pasangan
dan perasaan sendiri menyebabkan mereka lebih banyak membuang
masa, leka dan tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar seperti
menumpu perhatian semasa belajar, mengambil bahagian dalam kelas,
menyiapkan tugasan, bersedia untuk peperiksaan dan sebagainya.

Bagi remaja-remaja yang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih


tinggi seperti institut latihan peluang diberi kepada pelajar untuk menjadi
individu yang berdikari dan dapat mengurus diri sendiri. Pelajar-pelajar ini
berada dalam peringkat dewasa perlu membuat keputusan dan perlu
bertanggungjawab dalam setiap keputusan yang telah dibuat. Antara
tanggungjawab ini termasuklah membuat keputusan kerjaya,memilih
rakan, menjaga keselamatan dan kesihatan diri, mengurus masa dan
kewangan serta melakukan inisiatif-inisiatif yang menentukan kejayaan
masa depan mereka. Kebanyakkan pelajar-pelajar ini mudah
menyesuaikan diri dengan persekitaran akademik berbanding
penyesuaian persekitaran sosial dan emosi. Kurangnya kemahiran dalam
menangani sosial dan emosi diri lebih-lebih lagi daripada segi kebebasan
menyebabkan mereka ini kecundang.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Bagi memudahkan perlaksanaan kajian ini, kami telah menentukan 3


faktor utama untuk mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan pelajar
menghadapi isu kurang bijak menangani kebebasan di sebuah institut
latihan dengan mempertimbangkan ciri-ciri peribadi, keluarga dan
persekitaran yang terdapat pada setiap pelajar tersebut. Faktor-faktor
tersebut adalah seperti berikut:

2.1 Mengenalpasti punca masalah yang dihadapi oleh pelajar


tersebut.
2.2 Mengenalpasti cadangan alternatif kepada pelajar menangani
masalah ini.
2.3 Mengenalpasti cara yang terbaik bagi membantu pelajar-pelajar
tersebut.

3.0 KAJIAN KES

3.1 Keterangan berkaitan latarbelakang kedua-dua orang pelajar


PELAJAR KES 1 PELAJAR KES 2

Pelajar perempuan berusia 19 tahun.


Pelajar perempuan berusia 20 tahun. Pelajar Kemahiran Malaysia Tahap 2
Pelajar Diploma Kemahiran Malaysia Jurusan Teknologi Mekatronik.
Jurusan Teknologi Elektronik Berasal dari Kampung di Pahang
Pelajar Cemerlang. Berasal dari kampung.
Berasal dari kampung. Bapa seorang yang tegas dan garang
Bapa seorang yang tegas dan garang Pernah diterajang oleh bapa disebabkan
Bapa kerja kerajaan. kesalahan kecil
Bapa seorang yang tegas dan garang.
Tidak dibenarkan berkawan dengan kawan
sekampung.
Tidak bebas walaupun telah belajar diluar.

Persamaan yang ada pada kedua-dua pelajar tersebut.

KES 1
KES 2
PERSAMAAN
- Pelajar cemerlang
- Tidak tegas dalam membuat - Aggresif dan berkonflik dengan
- Berasal dari keluarga
keputusan kampung
- Terkongkong dengan disiplin - Pasif kepada teman lelaki
- Bapa garang - Pernah melakukan hubungan seks
yang ketat - Seronok bebas
- Akur dengan perintah - Pegangan agama yang longgar.
- Perempuan
ibubapa

Rajah 1: Persamaan antara dua orang pelajar.

K1 & K2 - Berasa seronok dengan


kebebasan, tinggal di rumah sewa
dan berjauhan daripada keluarga
Masalah menangani
kebebasan

Berbohong kepada
keluarga supaya tidak
Hilang nilai perlu pulang ke rumah
agama dan - Menjalin hubungan
budaya keluarga seks di sebuah hotel

IDENTITI DIRI

- Ponteng kelas dan


Terjejas tanggung mengabaikan pelajaran.
jawab sebagai - Tidak menyiapkan
pelajar tugasan, mengandung
semasa belajar.

K1 - Mudah terikut dengan rakan,


takut kesunyian
K2 - Terpengaruh dengan kawan
Peningkatan tentang cerita cinta
pengaruh rakan Diugut oleh teman lelaki untuk
sebaya ditinggalkan jika beliau tidak
mahu bertemu.

Rajah 1: Rumusan masalah yang dihadapi oleh dua orang pelajar


4.0 PERSOALAN KAJIAN

(Soalan Kajian 2: Apakah sebab-sebab terjadinya masalah tersebut ?)


Maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian,laporan kaunseling dan temu bual yang
dirakamkan dalam beberapa sesi kaunseling dengan kedua-dua pelajar berkenaan dapat
dirumuskan dalam Jadual 1.

Jadual 1: lsu sosial yang dihadapi oleh pelajar-pelajar yang kurang bijak menangani kebebasan
di lnstitut latihan

IDENTITI DIRI PELAJAR Pelajar 1 Pelajar 2


Personaliti -Pelajar cemerlang. - Agresif dan berkonflik
-Tidak tegas dalam membuat dengan keluarga
keputusan. - Pasif kepada teman lelaki
-Terkongkong dengan disiplin - Pernah melakukan
yang ketat. hubungan seks.
- Akur dengan perintah
ibubapa.
Latar Belakang Berasal dari kampung.
-Bapa garang dan tegas
Masalah menangani -Berasa seronok dengan kebebasan tinggal dirumah sewa
kebebasan dan kebebasan berjauhan daripada keluarga.
Hilang nilai agama dan Berbohong kepada keluarga Menjalinkan hubungan seks
budaya kekeluargaan supaya tidak perlu pulang di sebuah hotel
kerumah
Terjejas tanggungjawab -Ponteng kelas dan Tidak menyiapkan tugasan
sebagai pelajar mengabaikan pelajaran. dan mengandung semasa
belajar
Peningkatan pengaruh rakan Mudah terikut dengan Terpengaruh dengan kawan-
sebaya ajakan rakan-rakan dan takut kawan tentang cerita cinta
kesunyian mereka.
- Diugut oleh teman lelaki
untuk ditinggalkan sekiranya
tidak mahu bertemu

SEBAB-SEBAB TERJADINYA MASALAH TERSEBUT

Berdasarkan kepada maklumat yang diperoleh seperti dalam Jadual 1, masalah ini disebabkan
oleh beberapa sebab. Antara sebab-sebab tersebut ialah faktor latar belakang diri sendiri, faktor
latar belakang keluarga, faktor pengaruh rakan sebaya dan juga faktor persekitaran.
4.1 FAKTOR LATAR BELAKANG DIRI SENDIRI
Kemelut ini sebenarnya bermula daripada remaja itu sendiri. Kedua-dua pelajar berkenaan
kurang tegas dalam membuat keputusan, seringkali menjadi mangsa dalam hubungan yang
tidak sihat, kurang keupayaan penyesuaian diri mempunyai pasangan seksual yang bersilih
ganti dan berperasaan tidak selamat (takut ditinggalkan). Ramai remaja seperti pelajar
berkenaan menghadapi masalah sedemikian, iaitu dalam membuat keputusan yang tepat bagi
kepentingan masa depan. Justeru itu kita dapati yang menjadi keliru serta bergantung pada
orang lain bagi memutuskan sesuatu bagi. Remaja tidak berupaya membuat keputusan apabila
keputusan yang dibuat hanya berlandaskan penerimaan rakan sebaya. Kita tidak menolak
hakikat salah satu keperluan asas pada usia remaja adalah kehendak dirinya diterima serta di
identifikasi bersama rakan-rakan seusia. Masalahnya, adakah remaja atau pelajar berkenaan
mampu bertindak tegas untuk kebaikan diri sendiri, tanpa dipengaruhi oleh desakan kuat
rakan sebaya? Pengaruh itu kuat kerana ia mempunyai kuasa afirmatif bagi mempengaruhi
tindakan individu.

4.2 FAKTOR LATAR BELAKANG KELUARGA


Kegagalan dalam pembentukan identiti positif berlaku pelajar-pelajar ini akibat daripada
latarbelakang keluarga yang merupakan penyebab utama dalam permasalahan tersebut. Konflik
di antara remaja dan ibu bapa wujud apabila dua generasi memandang kehidupan dari dua
sudut berbeza. Hal-hal yang dirasakan penting bagi remaja tidak lagi dianggap penting oleh ibu
bapa. Ketegangan emosi ibu bapa vang disebabkan oleh anak remaja adalah sesuatu yang
nyata, dan kadangkala ketegangan ini disalurkan melalui kawalan yang ketat dikenakan kepada
remaja walaupun tanpa niat mengongkong anak-anak remaja mereka. lbu bapa yang terlalu
mengongkong dan mengamalkan sikap terlalu tertutup dan menetapkan suatu undang-undang
atau peraturan yang perlu diikuti oleh anak-anak tanpa kompromi. Akibatnya pelajar 1 dan
pelajar 2 rasa tertekan lalu membuat jiwa remaja mereka memberontak. Jika berpeluang keluar
daripada keadaan itu, mereka akan melakukan apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran tanpa
berfikir panjang menggunakan jalan pintas menyelesaikan masalah seperti berasa seronok
dengan kebebasan tinggal di rumah sewa dan berjauhan daripada keluarga.

4.3 FAKTOR PENGARUH RAKAN SEBAYA


Pelajar yang tidak mempunyai identiti diri yang sihat berpotensi bertemu dengan rakan sebaya
bermasalah dan seterusnya terlibat dalam gejala sosial. Pengaruh rakan sebaya adalah satu
perkara yang menjadi punca berlakunya gejala social. lni adalah kerana rakan sebaya
merupakan antara orang yang rapat dengan seseorang remaja dan menjadi tempat mereka
meluahkan perasaan dan masalah setelah diabai oleh keluarga. lni sekaligus membuat mereka
terpengaruh dengan kelakuan buruk rakan dan cara rakan mengatasi masalah mereka dengan
mudah. Perlakuan negatif ini disokong oleh rakan-rakan lalu menyebabkan mereka rasa kuat
dan berani untuk melakukan aktiviti tersebut lagi. Menyahut cabaran daripada rakan sebaya
sehingga sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk mengekalkan persahabatan seperti pelajar
1 yang mudah terikut dengan ajakan rakan-rakan dan takut kesunyian sehingga membuatkan
pelajar berkenaan ponteng kelas dan mengabaikan pelajaran serta pelajar 2 yang terpengaruh
dengan kawan-kawan tentang cerita cinta mereka sehingga membuatkan pelajar berkenaan
terpedaya lalu hanyut dengan dunia cinta,akhirnya gagal mengawal nafsu dan berlakunya gejala
kehamilan luar nikah.

4.4 FAKTOR PERSEKITARAN


Sebagaimana negara ini membangun dengan pesat, iugalah hebatnya kebanjiran penduduk luar
bandar ke bandar-bandar besar untuk mencuba nasib masing-masing. Mereka yang
kebanyakannya golongan remaja, mengimpikan kerjaya yang boleh menjamin masa depan dan
tidak kurang yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Kehadiran remaja ini yang
masih hijau di kotaraya, selalunya terdedah dengan pembudayaan sosial yang tidak sihat dan
paling mudah terperangkap dalam kejutan budaya yang baru. Lazimnya mereka gemar mencuba
sesuatu yang baru. Setiap perkara yang terlarang itulah yang ingin diterokai oleh mereka.
Kedua- dua pelajar tersebut hilang identiti diri sebagai individu yang sihat apabila terdedah
kepada perubahan persekitaran yang baru. Serangan minda yang berlaku kepada pelajar-pelajar
ini menyebabkan mereka selalunya terlalu menngikut hawa nafsu untuk mencuba sesuatu yang
baru lalu membuatkan mereka mudah terjebak dalam aktiviti yang tidak berfaedah.

5.1 CADANGAN DAN SYOR PENYELESAIAN


(Soalan kajian 3: Apakah cadangan penyelesaian yang masalah ini?)

Terdapat beberapa cara atau kaedah yang boleh disyorkan dalam menangani masalah kedua-
dua pelajar tersebut, antaranya adalah:-
5.2 PENDEKATAN SECARA KAUNSELING
Perkhidmatan kaunseling disediakan di semua lnstitut kemahiran.
Antara tujuan perkhidmatan kaunseling ini adalah;

5.2.1 Memberi Maklumat


 Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat
 Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan
masalah daripada kaunselor

5.2.2 Menggalakkan Celik Akal


 Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan
persekitaran)
 Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada nasalah yang
dihadapinya

5.2.3 Memberi Sokongan


 Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bahagi. Kemesraan
dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan
masalah.

5.2.4 Penyelesaian Konflik


 Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua individu (pihak)
 Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai
penyelesaian yang menguntungkan

5.2.5 Membuat keputusan


 Membantu klien membuat keputusan kerana kerap kali menghadapi
masalah untuk membuat keputusan
 Kaunselor boleh mengemukakan cadangan dan berbincang dengan klien
sebelum sesuatu keputusan diambil.

5.2.6 Disamping itu, perkhidmatan kaunseling juga boleh dicanagi kepada tiga
peringkat iaitu;

Anda mungkin juga menyukai