Anda di halaman 1dari 9

Kuiz 4 SSKC 5303

1. Apakah yang anda faham tentang akta kaunselor 580?


Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran dan amalan kaunselor
dan bagi perkara perkara yang berkaitan dengannya.

2. Apakah fungsi akta kaunselor 580 kepada kaunselor secara professional.


Fungsinya adalah mengandungi peraturan-peraturan di mana hendaklah terpakai
bagi seseorang kaunselor berdaftar yang didaftarkan di bawah akta ini yang
merangkumi aspek tatakelakuan, pemberitahuan perkhidmatan persendirian,
bayaran untuk urusan merujuk, kelayakkan dan latihan dan ujian kaunseling dan
psikologi. Pelanggaran mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini akan
mengakibatkan seseorang kaunselor berdaftar boleh dikenakan tindakan tatatertib.

3. Ringkaskan kandungan akta kaunselor 580.

AKTA KAUNSELOR 1998


PERATURAN-PERATURAN KAUNSELOR (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1999
PADA menjalankan kuasa yang diberikan di bawah seksyen 49 Akta Kaunselor 1998
(Akta 580), Menteri, selepas berunding dengan Lembaga Kaunselor, membuat
peraturan-peraturan yang berikut:

BAHAGIAN I
PERMULAAN
Nama dan permulaan kuat kuasa
(1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Kaunselor
(Kelakuan dan Tatatertib) 1998
(2) Peraturan-peraturan ini mula berkuatkuasa pada 31 Disember 1999

Pemakaian
(1) Peraturan-peraturan ini hendaklah terpakai bagi seseorang kaunselor berdaftar
yang didaftarkan di bawah akta ini.
(2) Pelanggaran mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini akan
mengakibatkan seseorang kaunselor berdaftar boleh dikenakan tindakan tatatertib.

BAHAGIAN II
KELAKUAN
Tatakelakuan
(1) Seseorang kaunselor berdaftar hendaklah mematuhi Akta Kaunselor 1998 dan
melaksanakan tugasnya dengan wajar.
(2) Dalam mempertahankan dan mengekalkan maruah, tahap dan reputasi
seseorang kaunselor, seseorang kaunselor berdaftar hendaklah :-
 Sentiasa mengutamakan kepentingan kliennya dan tidak
 Memperalatkan klien untuk kepentingan dirinya sendiri ;
 Menghormati hak peribadi klien dan menyifatkan segala maklumat yang
diperolehi semasa kaunseling sebagai rahsia melainkan jika mengikut budi
bicara kaunselor maklumat yang diperolehi boleh dianggap membahayakan
klien atau orang lain dipersekitarannya;
 Memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi kliennya;
 Memberitahu klien tentang tanggungjawab klien dalam pembentukan diri
dan tingkah lakunya dan kaunselor berdaftar hendaklah menghormati apa-
apa keputusan yang dibuat oleh klien kemudiannya;
 Menjelaskan kepada klien tentang keperluan, proses dan implikasi
perkhidmatan kaunseling yang diberikan; dan
 Merujukkan klien kepada pakar yang relevan sekiranya kaunselor berdaftar
itu mendapati klien tersebut memerlukan perkhidmatan pakar di luar bidang
kepakaran kaunselor berdaftar itu.

(3) Mengenai tanggungjawab seseorang kaunselor berdaftar kepada organisasi dan


majikannya, seseorang kaunselor berdaftar –hendaklah menjelaskan tahap
kepakaran dan kecekapannya dalam bidang kaunseling kepada majikan dan
organisasinya;
 Hendaklah menjalin hubungan antara perorangan dan persetujuan dengan
penyelia dan kakitangannya berhubung dengan aspek kerahsiaan maklumat
yang diterima, perbezaan antara fakta umum dan peribadi, beban kerja dan
kebertanggungjawapan sebagai seorang kaunselor; dan
 Hendaklah membenarkan dirinya dinilai secara professional oleh lembaga
dari masa ke semasa.

Pemberitahuan perkhidmatan persendirian

Seseorang kaunselor berdaftar, dalam memberikan maklumat mengenai amalan


persendiriannya, hendaklah menzahirkan – Kelulusannya yang tertinggi dalam
kaunseling atau bidang yang berkaitan;
 Status perakuan amalan dan nombor pendaftarannya;
 Jenis perkhidmatan kaunseling yang akan diberi; dan
 Alamat tempat amalan persendiriannya.

Bayaran untuk urusan merujuk

Seseorang kaunselor berdaftar tidak boleh mengenakan sebarang fi ke atas kliennya


atas urusan merujuk klien kepada mana-mana ahli professional yang relevan.

Kelayakan dan latihan

(1) Seseorang kaunselor berdaftar yang bertanggungjawab dalam bidang melatih


Kaunselor hendaklah mempunyai kelulusan dalam bidang yang diajarnya.
(2)Seseorang kaunselor berdaftar hendaklah mematuhi garis panduan yang
ditetapkan
oleh Lembaga berkenaan dengan latihan praktikal, peranan pelatih dan pengajar.
(3) Seseorang kaunselor berdaftar yang terlibat dalam latihan hendaklah
menerangkan kepada pelatih keperluan dan kandungan program latihan serta
peluang kerjaya dalam kaunseling sebelum latihan dimulakan.
Ujian kaunseling dan psikologi

(1) Seseorang kaunselor berdaftar tidak boleh mentadbir dan mentafsir ujian-ujian
kaunseling dan psikologi di mana dia tidak berkemahiran ataupun cekap
melakukannya. Klien hendaklah diberitahu mengenai kegunaan keputusan ujian
kaunseling sebelum ujian dilakukan, melainkan jika pengecualian eksplisit hak
tersebut telah dipersetujui terlebih dahulu oleh klien.
(2) Seseorang kaunselor berdaftar yang memberikan khidmat ujian hendaklah
member penerangan yang lengkap kepada klien mengenai ujian yang akan
dijalankan ke atasnya supaya keputusan ujian itu dapat difahami dan diterima oleh
klien dalam perspektif yang betul.

BAHAGIAN II
TATACARA TATATERTIB
Jawatankuasa penyiasatan

(1) Lembaga hendaklah menamakan seseorang daripada anggota Jawatankuasa


Penyiasatan yang ditetapkan di bawah perenggan 36(2)(a) Akta sebagai pengerusi
jawatankuasa itu.
(2) Pengerusi hendaklah mengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Penyiasatan.
(3) Keputusan oleh Jawatankuasa Penyiasatan hendaklah sebulat suara.
(4) Lembaga boleh pada bila-bila masa membatalkan atau menggugurkan mana-
mana anggota dari atau mengisi apa-apa kekosongan dalam Jawatankuasa
Penyiasatan.

Jawatankuasa Tatatertib

(1) Lembaga hendaklah menamakan daripada anggota Jawatankuasa Tatatertib yang


ditetapkan di bawah perenggan 36(2)(b) Akta seorang pengerusi jawatankuasa.
(2) Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa
Tatatertib.
(3) Keputusan Jawatankuasa Tatatertib hendaklah sebulat suara.
(4) Lembaga boleh pada bila-bila masa membatalkan perlantikan atau
menggugurkan mana-mana anggota dari atau mengisi apa-apa kekosongan dalam
Jawatankuasa Tatatertib.

Kewajipan Jawatankuasa Penyiasatan setelah menerima aduan

(1) Jawatankuasa Penyiasat hendaklah menyiasat tiap-tiap aduan dan menyimpan


rekod semua syor yang dibuat kepada Jawatankuasa Tatatertib.
(2) Jawatankuasa Penyiasatan boleh, sebelum membuat apa-apa syor, menghendaki
pengadu membuat suatu akaun berkanun mengenai pengataan fakta yang dibuat
olehnya terhadap seseorang kaunselor berdaftar.

Prosiding di hadapan Jawatankuasa Penyiasatan

Jika aduan tersebut mempunyai merit, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah –


 Mengeluarkan perintah bertulis, menghendaki kehadiran pengadu dan mana-
mana orang yang mengetahui fakta kes tersebut di hadapan Jawatankuasa
Penyiasatan pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh pengerusi;
 Menghantar notis kepada kaunselor berdaftar yang terhadapnya aduan
dibuat memberitahunya mengenai isi aduan itu, dan tarikh, masa dan tempat
di mana siasatan terhadap aduan tersebut akan dijalankan ; dan
 Membuat laporan mengenai penyiasatan tersebut dan menyatakan dapatan
fakta dan syor Jawatankuasa Penyiasatan kepada Jawatankuasa Tatatertib
sama ada atau tidak terdapatnya alasan yang mencukupi untuk prosiding
tatatertib diambil terhadap kaunselor berdaftar tersebut.

Ketidakhadiran pihak di hadapan Jawatankuasa Penyiasatan

Jika pada tarikh yang ditetapkan untuk pendengaran aduan tersebut di hadapan
JawatanKuasa Penyiasatan— Pengadu tidak hadir dan kaunselor berdaftar yang
terhadapnya aduan dbuat juga tidak hadir, Jawatankuasa Penyiasatan boleh, apabila
berpuas hati bahawa semua pihak berkenaan telah diberitahu sewajarnya,
membuang aduan itu;
 Pengadu tidak hadir, Jawatankuasa Penyiasatan boleh, apabila berpuas hati
bahawa pengadu telah diberitahu sewajarnya, membuang aduan itu; atau
meneruskan untuk mendengar dan menyiasat aduan itu tanpa kehadiran
pengadu dan tanpa notis lanjut kepadanya dan membuat pemutusan dan
syornya kepada Jawatankuasa Tatatertib; atau
 Kaunselor berdaftar yang terhadapnya aduan dibuat tidak hadir,
Jawatankuasa Penyiasatan boleh, apabila berpuas hati bahawa kaunselor
berdaftar berkenaan telah diberitahu sewajarnya, meneruskan untuk
mendengar dan menyiasat aduan itu tanpa kehadiran kaunselor berdaftar
berkenaan dan tanpa notis lanjut kepadanya dan membuat pemutusan dan
syornya kepada Jawatankuasa Tatatertib.

(2) Jawatankuasa Penyiasatan hendaklah menyimpan suatu rekod prosiding di


hadapannya.

Prosiding tatatertib di hadapan jawatankuasa Tatatertib

(1) Jika Jawatankuasa Tatatertib berpendapat bahawa laporan yang dibuat oleh
Jawatankusa Penyiasatan tidak jelas dalam apa-apa perkara tertentu atau bahawa
penyiasatan lanjut dikehendaki, perkara itu boleh dirujukkan balik kepada
Jawatankuasa Penyiasatan untuk menjalankan penyiasatan lanjut untuk membuat
laporan lanjut.
(2) Jawatankuasa Tatatertib boleh, atas syor Jawatankuasa Penyiasatan, membuang
terus apa-apa pengaduan jika ia berpuas hati bahawa—Nama dan alamat pengadu
tidak diketahui atau tidak dapat di kesan;

 Walaupun fakta itu adalah benar, ianya tidak menjadi suatu perkara
tatatertib; atau
 Ada sebab untuk meragui kebenaran aduan itu.
(3) tetapi di mana laporan Jawatankuasa Penyiasatan menyatakan menyatakan
bahawa terdapat alasan-alasan yang mencukupi untuk prosiding tatatertib diambil
terhadap seseorang kaunselor berdaftar, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah –
membentuk pertuduhan terhadap kaunselor berdaftar berkenaan dan menerangkan
kepadanya akan haknya sama ada untuk membela diri atau berdiam diri;

 Mengeluarkan perintah secara bertulis menghendaki pengadu dan mana-


mana orang yang mengetahui fakta kes tersebut hadir di hadapan
Jawatankuasa Tatatertib pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh
pengerusi; dan
 Menghantar notis kepada kaunselor berdaftar berkenaan memberitahunya
tarikh, masa dan tempat di mana prosiding tatatertib terhadapnya akan
dijalankan.

(4) Jawatankuasa Tatatertib hendaklah memeriksa pengadu dan orang yang


menyokong pengataan itu dan kaunselor berdaftar yang terhadapnya aduan dibuat
hendaklah diberi peluang menyoal saksi-saksi bagi pihak dirinya sendiri dan tiada
keterangan dokumentar boleh digunakan terhadap kaunselor berdaftar tersebut
melainkan jika kaunselor berdaftar itu telah sebelum ini dibekalkan dengan suatu
salinan keterangan dokumentar itu atau diberikan akses kepadanya.
(5) jika kaunselor berdaftar berkenaan memilih untuk membela diri, dia boleh
memanggil saksi-saksinya untuk menyokong pembelaannya; dalam keadaan
demikian, dia hendaklah memberi penyataannya terlebih dahulu.
(6) Jawatankuasa Tatatertib hendaklah merekodkan segala keterangan yang
diberikan dihadapannya dengan menjadikan setiap pernyataan yang dibuat oleh
pengadu danorang yang diperiksa dan juga oleh kaunselor berdaftar ke dalam
bentuk bertulis.
(7) Jawatankuasa Tatatertib juga boleh membenarkan kaunselor berdaftar
berkenaan membuat penghujahannya semasa prosiding tatatertib.
Hak kepada perwakilan di sisi undang-undang

(1) Jawatankuasa Tatatertib boleh membenarkan pengadu atau kaunselor berdaftar


yang terhadapnya aduan dibuat diwakili oleh seorang peguambela dan peguamcara
tertakluk kepada apa-apa penagguhan yang munasabah dan perlu untuk
membolehkan kaunselor berdaftar yang berkenaan sendiri membentangkan kesnya.
(2) Jika Jawatankuasa Tatatertib itu membenarkan pengadu diwakili, ia hendaklah
juga membenarkan kaunselor berdaftar berkenaan diwakili dengan cara yang sama.
(3) Kecuali bagi prosiding yang telah dimulakan dan pada keseluruhannya diteruskan
dengan perwakilan di sisi undang-undang oleh seorang peguambela dan
peguamcara, Jawatankuasa Tatatertib boleh menarik balik kebenaran untuk
perwakilan di sisi undang-undang pada bila-bila masa.
(4) Jawatankuasa Tatatertib boleh menangguhkan pendengaran di hadapannya dari
semasa ke semasa.

Ketidakhadiran pihak di hadapan Jawatankuasa Tatatertib

(1) Jika seseorang pengadu atau orang yang menyokong pengataan itu atau
kaunselor berdaftar tersebut gagal menghadirkan diri di hadapan jawatankuasa
Tatatertib pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan bagi pendengaran itu, dan
jika tiada alasan yang mencukupi diberikan bagi suatu penangguhan, Jawatankuasa
Tatatertib boleh sama ada terus menimbangkan dan memutuskan aduan itu atau
menagguhkan pendengaran itu ke suatu tarikh di masa hadapan.
(2) Jawatankuasa Tatatertib hendaklah setelah selesai pendengaran tersebut
membuat keputusannya secara bertulis.
(3) Dalam keadaan di mana kaunselor berdaftar berkenaan memilih untuk berdiam
diri semasa prosiding tatatertib, Jawatankuasa Tatatertib boleh membuat
keputusannya berdasarkan keterangan yang diberikan di hadapannya oleh saksi-
saksi di bawah subperaturan 13(4).
Keputusan Jawatankuasa Tatatertib

 Jika, pada penutup prosiding, Jawatankuasa Tatatertib mendapati— Bahawa


kaunselor berdaftar berkenaan tidak bersalah kerana salah laku,
Jawatankuasa Tatatertib hendaklah membebaskannya dan hendaklah
memberitahu kaunselor berdaftar berkenaan sewajarnya; atau

 Bahawa kaunselor berdaftar berkenaan didapati bersalah kerana salah laku,


Jawatankuasa Tatatertib hendaklah memberitahu kaunselor berdaftar
tersebut keputusannya, alasan-alasan untuk keputusan tersebut dan
hendaklah mengenakan ke atas kaunselor berdaftar berkenaan hukuman
yang sesuai di bawah seksyen 40 Akta.

BAHAGIAN IV
AM
Perlantikan Penasihat Undang-Undang

Lembaga boleh melantik seorang penasihat undang-undang untuk membantu


Jawatankuasa Tatatertib dalam apa-apa siasatan menyentuh perkara tatatertib.

Butir-butir kesalahan dan hukuman hendaklah dicatatkan

Tiap-tiap hendaklah tatatertib yang diambil terhadap seseorang kaunselor berdaftar


yang berkeputusan dengan suatu hukuman dikenakan ke atas kaunselor berdaftar
itu di bawah Peraturan-peraturan ini hendaklah dicatatkan dalam Daftar Kaunselor
dengan menyatakan butir-butir kesalahan yang dilakukan dan hukuman yang
dikenakan.

Anda mungkin juga menyukai