Anda di halaman 1dari 7

KAUNSELOR SEBAGAI SEORANG PROFESIONAL DAN MANUSIA BIASA

BY: WAI SUM

KAUNSELING Kaunseling adalah proses interaksi antara kaunselor dan klien bagi klien memahami dirinya dan alam sekitarnya. KAUNSELOR Seseorang yang pakar bagi membantu dan membimbing klien bagi menyelesaikan masalah KLIEN Orang yang berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan.

CIRI-CIRI KAUNSELOR PROFESIONAL


Tahap dan gaya kefungsian kaunselor. Kaunselor perlu berempati keatas klien. Kemahiran berempati adalah kebolehan kaunselor memasuki ruang dunia klien dan membenarkan dirinya mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien. Disinilah peluang kaunselor menggunakan kemahiran yang ada bagi mencungkil dengan lebih lanjut permasalahan klien berlandaskan proses berempati. Gaya hidup dan perhubungan menolong klien. Gaya hidup yang natural seorang kaunselor diluar perhubungan menolong dan sentiasa bersedia untuk mempertingkatkan dirinya. Kaunselor perlu terus meningkatkan kesedaran untuk terus maju, bersedia menghadapi sebarang perubahan dan menjadi model bagi tingkah laku yang baik dan aktiviti berisiko. Kesesuaian diantara kaunselor dan klien Personality yang sama iaitu personality yang dapat digunakan walaupun berbeza etnik dan budaya. Kaunselor haruslah menunjukkan rasa memahami, menghormati dan menghargai diri klien.

Kaunselor sebagai fasilitator yang memberikan pertumbuhan Menurut Rogers (1957) terdapat beberapa keadaan untuk perkembangan diri klien iaitu di antaranya kongruen (bermaksud konsisten dan ketulenan) dalam perhubungan, penerimaan tanpa syarat terhadap klien, pemahaman empati terhadap ruang rujuk klien dan usaha berkomunikasi untuk memahami. a) Kaunselor perlu empati b) Keterbukaan c) Kemesraan dan sikap ambil berat d) Membekalkan maklumat

Menurut Brammer (2003), dalam satu sesi kaunseling, kaunselor dan klien mempunyai ciri-ciri peribadi yang tersendiri. Ciri-ciri kaunselor profesional ialah : (a) Kesedaran tentang diri dan nilai-nilai Memerlukan satu kesedaran yang luas mengenai kedudukan nilai mereka sendiri. Boleh menjawab persoalan siapakah aku? dan apakah yang penting bagi aku?. Kesedaran membentuk kaunselor menjadi jujur dengan klien. (b) Kesedaran tentang pengalaman-pengalaman dan budaya Mengetahui tentang perbezaan dan persamaan di antara kaunselor dan klien Dapat bertindak dengan berkesan dan selesa melalui perbezaan budaya . (c) Kebolehan untuk menganalisa perasaannya sendiri Kaunselor mempunyai perasaan seperti kecewa kerana klien tidak dapat berkembang dengan baik dan tidak dapat berperanan seperti yang diharapkan oleh klien Kaunselor perlu menangani keraguan dan konflik nilai serta berkarisma

(d) Berkebolehan sebagai Model dan Mempengaruhi Kaunselor menggunakan hubungan menolong untuk memenuhi keperluannya yang tidak dipenuhi Menjadi model kesopanan, kematangan dan keberkesanan di dalam kehidupan peribadinya. Bertindak sebaga pakar (berpengatahuan tentang klien, latar belakang, sebab utama klien berjumpa kaunselor dan dapat bergerak ke masalah utama klien (e) Altruism and Compassion Minat kepada hubungan sesama manusia dengan memberi perhatian yang berat Mengidentifikasikan diri sebagai penolong dengan kemanusiaan dan tidak melihat diri mereka sebagai terpisah dengan masyarakat Belas kasihan dilihat sebagai tindak balas melihat penderitaan orang lain. Ram Daas (1992) belas kasihan sebagai acting from our deepest understanding of what life is, listening intently, and not compromising the truth. belas kasihan sebagai asas dalam spiritual dan agama (f) Mempunyai Tanggungjawab Klien bertanggungjawab terhadap keputusannya. Kaunselor bertanggungjawab melahirkan idea, memberikan reaksi atau sokongan selaras dengan kehendak klien Kaunselor yang bertingkah laku secara etika dengan dapat mengimbangi antara kebajikan yang klien dan harapan sosial.

KESIMPULANNYA
Ciri-ciri tersebut sama ada semula jadi atau dipupuk serta dipelajari adalah penting untuk kaunselor membantu klien. Individu yang memenuhi syarat kaunselor berkesan akan lebih mudah mengendalikan sesi kerana ia dapat memahami klien dengan baik. Oleh itu, keberkesanan kaunselor terletak kepada kemahiran-kemahiran oleh kaunselor.

Anda mungkin juga menyukai