Anda di halaman 1dari 2

Objektif Am Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

1. memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek


perkembangan diri pelajar dengan menyediakan peluang,kemudahan dan
pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi pelajar
2. memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar daripada terlibat
dalam perbuatan salah laku seperti tingkah laku tidak berdisiplin,penggunaan
dadah,merokok,laku musnah,peras ugut,menyertai pertubuhan haram dan
tingkah laku anti sosial yang lain
3. memberi khidmat bersifat pemulihan(remedial) dengan tujuan
mengorientasikan semula pelajar yang bermasalah peribadi,pelajaran,kerjaya
dan sosial supaya pelajar mampu menghadapi dan mengatasi masalah
mereka.
4. memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar-pelajar yang
memerlukannya.

OBJEKTIF BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Wednesday, 23 December 2009 15:30 | Written by Administrator
Pengurusan

OBJEKTIF AM
a.Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan yang meliputi semua aspek
perkembangan murid-murid. Ini dapat dilakukan dengan menyediakan peluang
kemudahan dan pengalaman yang sejajar dengan kemampuan dan potensi murid
b.Menyediakan perkhidmatan pencegahan seperti menghindarkan diri dari terlibat
dalam masalah disiplin, penyalahgunaan dadah , tingkahlaku tidak bersopan dan
sebagainya
c.Menyediakan perkhidmatan kaunseling krisis kepada murid yang
memerlukannya d.Menyediakan perkhidmatan pemulihan meliputi aspek
akademik, sosial dan kerjaya agar murid mampu menghadapi dan mengatasi
masalah mereka.

OBJEKTIF KHUSUS
a.Membantu murid-murid membuat penyesuaian peribadi, sosioemosi dan
akademik dengan keadaan di sekolah

b.Mengenalpasti masalah dan kesulitan yang mengganggu pencapaian akademik


murid-murid dan berusaha mengatasinya
c.Memberi peluang kepada setiap murid mengembangkan potensi dan daya
kebolehan diri ke tahap yang maksimum
d.Membentuk sifat-sifat sosial yang positif
e.Membantu murid memahami kebolehan, bakat , minat dan mengenalpasti
kekuatan serta kelemahan diri sendiri
f.Membantu murid-murid membina tabiat kerja yang baik dan positif
g.Membantu murid-murid memperolehi perlbagai bentuk kemahiran hidup seperti
kemahiran menyelesai masalah, kemahiran membuat keputusan, kemahiran
komunikasi, , kemahiran bersosial dan sebagainya

Search
Comments (0)

Anda mungkin juga menyukai