Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA

15100 KOTA BHARU,


KELANTAN.

KERTAS KERJA

BENGKEL CITA-CITA DAN


KERJAYAKU

TARIKH
2 NOVEMBER 2020

TEMPAT
PLATFORM GOOGLE MEET DI KEDIAMAN
MASING-MASING
1.0 Tajuk

Bengkel Cita-Cita dan Kerjayaku

2.0 Tujuan

Bengkel Cita-Cita dan Kerjayaku ini merupakan satu program yang dijalankan oleh
bagi memenuhi kerja kursus Perkembangan Kerjaya. Bengkel ini juga adalah untuk memberi
pengetahuan dan celik akal murid mengenai kaitan tret personalitinya dan juga minat
kerjaya murid. Bagi mengikut perkembangan semasa negara yang mengalami pandemik
Covid-19, program ini dilaksanakan secara atas talian bagi mencegah daripada perkara-
perkara yang boleh mendatangkan kemudharatan kepada peserta dan penganjur. Melalui
bengkel ini murid akan diberi ceramah tentang kerjaya oleh Guru Bimbingan Kaunseling
seterusnya murid akan mengikuti inventori minat kerjaya Sidek ataupun lebih dikenali
sebagai Self Directed Search (SDS). Murid akan dibimbing untuk menjalani ujian ini dan
setelah ditabdir murid akan diintepretasi keputusan yang diperoleh. Diharapkan murid-murid
yang akan mengikuti bengkel ini akan dapat mengetahui minat kerjaya mereka dan
seterusnya akan menyuntik semangat mereka untuk terus belajar bersungguh-sungguh.

3.0 Latar Belakang

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan


lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Program
bimbingan kerjaya sebahagian kecil daripada program bimbingan dan kaunseling yang
sangat luas (Sapora Sipon, 2014). Oleh itu, program bimbingan kerjaya tidak lagi mampu
memenuhi keperluan murid-murid secara berkesan, apalagi untuk respon kepada cabaran
keperluan pembangunan modal insan. Sementara di tempat-tempat lain satu pendekatan
pendidikan yang lebih komprehensif telah diperkenalkan dengan memasukkan pendidikan
kerjaya ke dalam kurikulum akademik. Oleh yang demikian, kerjaya diajar sebagai satu
subjek sementara konsep kerjaya yang berkaitan diterapkan ke dalam subjek lain bermula di
peringkat rendah hingga ke peringkat menengah (Melati Sumari et. Al, 2012). Oleh kerana
pendidikan kerjaya adalah pembangunan modal insan di peringkat sekolah, maka usaha
memperkasa program bimbingan kerjaya yang ada sekarang perlu menjadi satu keutamaan.
Pihak sekolah mengharapkan program ini dapat dijalankan memberi impak yang berkesan
kepada anak didik Sekolah Kebangsaan Kota, Kota Bharu, Kelantan.

4.0 Rasional

Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan


kepada potensi individu murid memainkan peranan penting. Menurut Abdul Halim Othman,
Md. Shuaib Che Din dan Sapora Sipon (2008), guru Bimbingan dan Kaunseling memainkan
peranan penting bagi menyediakan bimbingan yang profesional untuk membantu murid
memilih, merancang dan menyelesaikan masalah kerjaya. Oleh itu, antara rasional
pelaksanaan bengkel kerjaya ini ialah bertujuan untuk meningkatkan pemahaman murid
tentang dunia kerjaya.

5.0 Objektif
5.1 Membantu murid mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri sendiri dan
seterusnya merancang pelbagai strategi ke arah bidang kerjaya yang
bersesuaian.
5.2 Membekalkan pengetahuan awal mengenai cabaran semasa dan cabaran yang
akan hadapi pada masa depan.
5.3 Membantu murid mengenali personaliti diri dan seterusnya mengadaptasi diri
pada posisi pembangunan yang tepat.
6.0 Anjuran

Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Kota

7.0 Jangka Masa yang Diperlukan

3 Jam

8.0 Kumpulan Sasaran

5 Orang Murid Tahun 5

9.0 Kaedah Pelaksanaan


10.0 Ahli Jawatankuasa Pengurusan
10.1 Ahli Jawatankuasa Induk

PENAUNG
En Mohd Hakim Bin Yusof
(Guru Besar)

TIMBALAN PENGERUSI
Pn. Saniah Binti Md Taib
(PK Pentadbiran)

NAIB PENGERUSI I
Pn Roshani Binti Fauzi
(PK Hal Ehwal Murid)

NAIB PENGERUSI II
Pn Noorazlina Binti Aziz
(PK Kokurikulum)

PENYELARAS
En. Nik Mohd Rosdi Bin Abdul Aziz
(Guru Bimbingan dan Kaunseling)

SETIAUSAHA
Yogadeswa A/P Nages
(Ketua Guru Panitia)

10.2 Ahli Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi : Luqkman Hakim Bin Abdul Aziz

Naib Pengerusi : Lee Rou Xuan

Setiausaha : Luqkman Hakim Bin Abdul Aziz

Penolong Setiausaha : Lee Rou Xuan

Bendahari : Sharon Luk Tiong Ee

Jawatankuasa Peserta : Lee Rou Xuan

Jawatankuasa Teknikal/ Promosi : Sharon Luk Tiong Ee

Jawatankuasa Pengelola : Luqkman Hakim Bin Abdul Aziz

Jawatankuasa Hadiah / Cenderahati / Sijil : Luqkman Hakim Bin Abdul Aziz

11.0 Jadual bertugas

AJK NAMA BIDANG TUGAS


Peserta Lee Rou Xuan -Mencari peserta program
-Menghantar link kepada
peserta
-Mengemaskini status
kehadiran peserta
Teknikal/ Promosi Sharon Luk Tiong Ee -Membuat poster program
-Menyediakan platform
google meet beserta link
-Merakam semasa program
dijalankan
Pengelola Luqkman Hakim Bin Abdul -Menjadi pengacara semasa
Aziz program dijalankan
-Menguruskan kelancaran
semasa hari program
Hadiah/Cenderahati/Sijil Luqkman Hakim Bin Abdul -Menyediakan sijil
Aziz -Mengedar sijil kepada
semua peserta

12.0 Jadual Tentatif Program

BIL MASA AKTIVITI


Slot 1 – Kerjaya dan murid
1 9.00 pagi - Disampaikan oleh GBK SK Kota (En Nik Mohd Roshdi)
- Memberi maklumat tentang kerjaya di Malaysia
2 10.00 pagi Rehat
Slot 2 – Aktiviti Perbengkelan / SDS
3 10.30 pagi - Murid diberi masa untuk menjawab inventori
- Intrepetasi inventori dilaksanakan
4 12.00 t/hari Majlis penutup dan penyampaian sijil dan cenderahati

13.0 Kewangan

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


1 Utiliti - RM10
2 Sijil dan Cenderamata 5 RM25

Jumlah RM35

14.0 Penutup

Melalui program ini diharapkan para guru dapat meralisasikan objektif yang telah
dirancang sebelum ini dan menjadi seorang guru berijazah yang berjaya dan berinovasi
pada masa hadapan. Sapora Sipon dan Hapsah Yusof (2012) menyatakan bahawa program
intervensi kaunseling yang berkesan mampu melahirkan individu yang berjaya. Justeru,
program seumpama ini sudah pastinya dapat melahirkan lebih ramai lagi guru yang
berkualiti pada masa hadapan.

Disediakan oleh,

……………………………............
( LUQKMAN HAKIM BIN ABDUL AZIZ )
Setiausaha Bengkel Cita-Cita dan Kerjayaku,
Guru Praktikum Bimbingan dan Kaunseling,
SK Kota.

Disemak oleh,

……………………………............
(EN. NIK MOHD ROSDI BIN ABDUL AZIZ)
Guru Bimbingan dan Kaunseling,
SK Kota.

Disahkan oleh,

……………………………............
(PN. SANIAH BINTI MD TAIB)
Guru Penolong Kanan Pentadbiran & Akedamik,
SK Kota.
RUJUKAN
Abdul Halim Othman, Md. Shuaib Che Din & Sapora Sipon. (2008). Latihan Kaunseling di
Malaysia: Satu Ulasan dan Cadangan. PERKAMA, 141-144.

Melati Sumari, Ida Hartina Ahmed Tharbe, Norfaezah Md Khalid & Azmawaty Mohamad
Nor. (2014). Teori kaunseling dan psikoterapi. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya.

Sapora Sipon & Hapsah Yusof. (2013). Pengenalan kepada profesion kaunseling. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.

Sapora Sipon. (2014). Teori kaunseling dan psikoterapi (4th ed.). Kuala Lumpur: Universiti
Sains Islam Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai