Anda di halaman 1dari 16

UNSUR PENGARUH ISLAM DI

TANAH MELAYU
LUQKMAN HAKIM
SHARON
LEE ROU XUAN
Bahasa dan
Kesusteraan

Sistem Agama dan


Kekeluargaan Kepercayaan

UNSUR
PENGARUH
ISLAM DI
TANAH
Adat dan Cara MELAYU
Pendidikan
Hidup

Politik dan
Perundangan
Pemerintahan
AGAMA DAN KEPERCAYAAN
• Meninggalkan ajaran agama Hindu-­Buddha dan kepercayaan animisme.
• Daripada mempercayai roh, semangat dan dewa­dewa kepada mempercayai Tuhan Yang Maha Esa, percaya
adanya nabi­nabi, rasul­rasul, malaikat dan kitab­kitab suci.
• Sembahyang, puasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan rukun haji; Merayakan hari­hari kebesaran Islam
seperti mengadakan sambutan Maal Hijrah, sambutan Maulidur Rasul dan Nuzul al­Quran; Mempelajari al­
Quran dan ilmu tafsir; Anak­anak dididik dengan cara hidup Islam.
• Keyakinan yang berteraskan tauhid.
PENDIDIKAN
• Golongan bawahan menerima pendidikan yang sama seperti golongan atasan.
• Sistem pendidikan yang bermula di istana mula beralih ke beberapa institusi pendidikan Islam seperti pondok
dan madrasah.
• Pendidikan dan pengajaran secara lebih tersusun.
• Dorongan belajar bermula dengan pengajaran membaca al­Quran dan kitab-­kitab.
• Lahirlah para cendiakawan dan ulama-­ulama Melayu yang menjadi pegawai-­pegawai pemerintah, guru­guru
dan ahli agama
BAHASA DAN KESUSASTERAAN
• Tulisan Arab mulai diperkenalkan setelah kedatangan Islam. Dari segi bahasa
perubahan besar berlaku apabila masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan
Arab kepada bahasa Melayu.
• Bahasa Melayu memainkan peranan lebih penting apabila digunakan untuk
menulis kitab­kitab agama, hikayat-­hikayat, undang­undang dan pentadbiran.
• Dipilih sebagai bahasa pengantar persuratan dan juga sebagai alat penyebaran dan
penyampaian agama Islam di seluruh Alam Melayu.
• Pemindahan ilmu dari bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu telah menyebabkan
berlakunya perkembangan keilmuan yang pesat di Alam Melayu.
• Banyak hasil kesusasteraan Melayu ditulis seperti Hikayat Nabi Muhammad SAW,
Hikayat Para Nabi dan Rasul, Hikayat Para Sahabat, Hikayat Para Pahlawan Islam
dan Hikayat Ahli­ahli Sufi dan Orang­orang Yang Salih
PERUNDANGAN
• Sistem perundangan yang berubah: Contohnya Melaka mempunyai
Hukum Kanun Melaka yang meliputi tanah, sungai, dusun dan setiap
tanah jajahan takluk Melaka.
• Undang-undang Laut Melaka meliputi perusahaan perkapalan,
perdagangan di laut dan di darat dan kegiatan yang berkaitan
dengannya. Kedua-dua kumpulan undang-undang ini adalah
didasarkan kepada hukum syariah dan juga hukum adat yang telah
wujud sejak dahulu lagi (Zainal Abidin Abdul Wahid, 1992 : 29).
• Tradisi pemerintahan berdasarkan perundangan Islam dilanjutkan
dalam pemerintahan Malaysia hari ini. Perlembagaan Malaysia
menjadikan urusan Islam sebagai urusan negeri. Bidang kuasa tersebut
sangat terbatas dan dinyatakan secara terperinci satu persatu.
POLITIK DAN PEMERINTAHAN
• Institusi Islam didirikan bagi membantu mengukuhkan sistem pentadbiran berasaskan Islam.
• Jabatan Agama Islam dan Syariah.
• Kitab Undang-undang Laut dan Hukum Kanun Melaka dihasilkan untuk panduan masyarakat.
• Jawatan seperti kadi, imam dan sebagainya diwujudkan bagi melaksanakan peraturan- peraturan yang
ditetapkan.
• Gelaran raja bertukar kepada sultan dan disamakan dengan khalifah.
• Kekuasaan rakyat dalam menentukan penubuhan sistem beraja.
• Konsep dewaraja bertukar kepada konsep sultan. (bukan kepatuhan mutlak seperti konsep dewaraja)
SISTEM KEKELUARGAAN
• Berteraskan Islam dan adat.
• Institusi kekeluargaan lebih teratur dengan adanya garis panduan berasaskan ajaran Islam.
• Contohnya dalam pemilihan jodoh, tanggungjawab suami isteri dan anak-anak terhadap ibu bapa.
• Ibu bapa: Meletakkan nama yang baik kepada anak mereka, mengadakan akikah, menyusukan anak sehingga
berumur dua tahun, mendidik anak-anak supaya menjadi manusia yang beriman, bertaqwa, berakhlak mulia.
• Proses sosialisasi pada tahap kanak-kanak juga memperlihatkan penerapan unsur-unsur Islam yang
berterusan. (konsep-konsep dosa, pahala, haram, bersembahyang, berpuasa dan lain-lain
ADAT DAN CARA HIDUP
• Mengenepikan adat yang dianggap bercanggah dengan akidah dan kepercayaan Islam.
• Contoh-contoh Perubahan Adat dan Cara Hidup adalah seperti berikut:
• Kelahiran bayi disambut dengan persiapan tujuh lapis kain kuning, hiasan katil berwarna kuning, pulut kuning dan putih.
• Kelahiran bayi disambut dengan azan dan iqamah.
• Perkahwinan dilakukan oleh kadi dan dua orang saksi, upacara khatam al-Quran dan berzanji.
• Mengadakan majlis bacaan Yasin dan doa selamat.
• Membaca ayat-ayat al-Quran untuk mengelak gangguan syaitan.
• Kesan daripada perubahan adat ini telah mewujudkan suasana hidup yang lebih teratur, seperti adat berkeluarga,
berjiran tetangga, adat menuntut ilmu, adat berkampung dan sebagainya.
• Menjadikan golongan bawahan mula mendapat perhatian dan penghormatan. Tiada lagi sistem kasta yang
berasaskan ajaran agama Hindu diamalkan dalam masyarakat Melayu
KESAN DAN PENGARUH
TAMADUN INDIA DI TANAH
MELAYU
Agama

UNSUR
Politik Adat istiadat
PENGARUH
TAMADUN
INDIA DI
TANAH
MELAYU

Bahasa dan
Kesenian
Kesusteraan
AGAMA
• Kemunculan agama Hindu dan Buddha di Tanah Melayu.
• Agama Hindu juga memberikan pengaruh dan sumbangan
daripada segi amalan perkahwinan, kesenian, makanan,
konsep devaraja  dan  sebagainya.
• Bukti kedatangan agama Hindu dan Buddha pada ketika itu
ialah peninggalan Candi Bukit Patu Pahat di Lembah
Bujang dan imej Buddha diperbuat daripada gangsa di
Lembah Bujang
• Pelaksaaan Ritual yang membesarkan kedudukan dan
status raja.
POLITIK
• Raja dianggap penjelmaan Dewa Shiva, Vishnu dan juga Buddha (Abdul Rahman Haji Abdullah, 1989).
Lantaran itu raja dianggap mempunyai kuasa yang tinggi dan berdaulat.
• Wujudnya konsep derhaka. Rakyat pada masa itu begitu menyanjung raja dan tidak berani untuk ingkar
kepada arahan raja kerana tidak mahu derhaka.
• Pemujaan Devaraja ini berkembang meluas  di Alam Melayu pada zaman Hindu-Budha.
• Selain itu raja juga digolongkan sebagai individu yang mempunyai daulat dan kesaktian, Raja disamakan
dengan golongan dewa yang dianggap suci /
• Konsep raja juga berkait rapat dengan konsep daulat dan derhaka. Hal ini membawa maksud bahawa raja
memegang kedudukan teratas dalam stratifikasi sosial masyarakat India. Sesiapa yang mengingkari arahan
raja, maka ia di anggap derhaka dan akan mendapat balasan buruk
• Antara contohnya ialah ketur, cap mohor, tombak dan perhiasan berwarna kuning.
ADAT RESAM DAN BUDAYA
• Adat melenggang perut
• Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap 7 bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan
kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu di bahagian kepala di pintu rahim.
• Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Upacara melenggang perut ini akan di lakukan oleh
Tuk Bidan dan  ini merupakan kepercayaan animisme pada unsur ghaib. Bahan-bahan yang digunakan dalam upacara ini ialah beras kunyit,
buah kelapa agar ibu dapat lahirkan anak dengan mudah dan selamat. Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan
mengandam wanita hamil tadi. Seterusnya tepung tawar akan dicalit ke muka wanita hamil tersebut dan beras kunyit akan ditabur.
• Adat berinai juga merupakan adat tamadun Hindu yang diikuti oleh masyarakat Melayu
• ajlis berinai dijalankan secara berperingkat.
• Terdapat 3 peringkat berinai iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar.
• Secara ringkasnya berinai curi ini biasanya diadakan pada waktu petang hari. Manakala berinai kecil pula dilakukan selepas berinai curi dan
dilakukan pada sebelah petang. Bagi istiadat berinai besar pula,ianya dijalankan pada malam sebelum majlis langsung atau selepas majlis
akad  nikah untuk para jemputan khas daripada kedua-dua pihak pengantin
• Adat membelah mulut bayi
• Adat ini merupakan upacara mencecah garam ke mulut bayi yang baru lahir dan bagi upacara ini bersamaan dengan adat Hindu yang
mencecah madu dan minyak sapi ke bibir bayi seperti yang dilakukan oleh Brahmin supaya bayi itu panjang umur dan mendapat
kebahagiaan di dalam hidupnya.
KESENIAN
• Seni tarian merupakan aspek kebudayaan kaum India di Malaysia, tarian yang kaya dengan pelbagai langkah yang menarik telah
mewujudkan suasana yang berwarna warni di Malaysia yang memang kaya dengan pelbagai bangsa dan budaya  Muzik di India
terbahagi kepada dua iaitu tradisi muzik Hindustan di utara dan tradisi muzik Karnatak di selatan. Ramai ahli muzik yang terkenal
seperti Tan Sen, Nayak Baiju, Ram Das Raj Bahadur (raja dari Malwa) dan Tantarang Khan
• Selain itu, Tarian Khatak ini merupakan salah satu lagi tarian  klasikal India. Perkataan Kathak berasal dari perkataan India Katha yang
bermaksud ‘seni bercerita’. Dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu, Kathak
berkembang ke istana-istana pemerintah. Tarian yang klasikal dan memiliki langkah tari yang menarik perlu diiringi oleh alat muzik
yang menghidupkan seni tarian yang dipersembahkan oleh penari.
• Reka bentuk seperti pembinaan rumah dan istana pada zaman sebelum kemunculan Islam juga turut menyamai reka bentuk India yang
berunsurkan ritual amalan mereka.
•  Perkembangan seni bina dipengaruhi oleh persekitaran dan cuaca. Penggunaan jendela berkisi dibuat untuk mengurangkan pancaran
cahaya matahari manakala batu marmar putih seperti terdapat di Rajasthan digunakan sejak zaman Moghul untuk kurangkan bahang.
• Menurut kepercayaan Hindu, haiwan-haiwan tertentu dianggap suci, malah ada yang dianggap sebagai Tuhan atau pelindung. Seni
ukiran yang dipengaruhi oleh fahaman ini telah diterapkan pada bangunan-bangunan seperti istana, rumah pembesar, rumah ibadat,
pintu gerbang dan alat-alat perkakasan
BAHASA DAN KESUSTERAAN
• Batu bersurat yang dijumpai di sekitar Palembang(kurun ke-7M), Talang Tuwo(684M) dan di Pulau
Bangka(686M) menunjukkan bukti bahawa terdapat kira-kira 70% kosa kata bahasa Melayu kuno dan 30% lagi
kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit.
• Bahasa Melayu memang mempunyai banyak persamaan dengan bahasa Sanskrit(Hashim,2005).
• Kesusteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana dan Mahabharata dibawa masuk ke alam Melayu.
• Masyarakat terpengaruh dengan kesaktian dan kehebatan watak-watak yang menjadi penyokong cerita epik-
epik tersebut dan mengadaptasikan nya dalam situasi tempatan.

Anda mungkin juga menyukai