Anda di halaman 1dari 19

1.

0 Pengenalan
Ketika kita ghairah meraikan peningkatan prestasi pencapaian akademik cemerlang
pelajar seluruh negara saban tahun, ada segelintir pelajar terjerumus kegiatan jenayah dan
memerlukan perhatian serta tindakan serius daripada semua pihak untuk menanganinya.
Mereka tidak hanya terbabit ponteng sekolah, vandalisme dan buli tetapi turut berjinak-jinak
dengan jenayah lebih ekstrem termasuk jual beli dadah, salah laku seks, membunuh,
menyertai kumpulan kongsi gelap dan militan. Perkara itu turut didorong kecanggihan
teknologi serta kebebasan penggunaan media sosial yang menjadi antara penyumbang
keruntuhan dan kebejatan akhlak generasi muda masa kini
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang dilaporkan surat
khabar Berita Harian online bertarikh 8 Februari 2019 statistik jenayah indeks membabitkan
pelajar sekolah pada 2017 menunjukkan sebanyak 1,722 kes dilaporkan dan jumlah itu
menurun kepada 1,285 kes tahun 2018. Meskipun menunjukkan pengurangan, usaha
menanganinya masih perlu dipergiat memandangkan jumlah kes ini masih berada pada
tahap yang menggusarkan. Statistik jenayah narkotik pula menunjukkan sebanyak 467
tangkapan membabitkan pelajar sekolah dibuat pada 2017 dan angka itu meningkat kepada
577 tangkapan tahun 2018. Pembabitan pelajar dengan najis dadah yang semakin serius
memerlukan perhatian semua pihak selain tidak dapat menolak pandangan skeptikal
masyarakat bahawa najis dadah adalah ‘ibu’ kepada segala punca perlakuan jenayah.
Menurut Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, 2005 ‘Kementerian Pelajaran Malaysia
menyatakan bahawa 1.09% daripada tujuh juta pelajar di negara ini terbabit dalam
pelbagai masalah disiplin’. Sesungguhnya keadaan ini menuntut peranan guru bimbingan
dan kaunseling di sekolah bagi membendung masalah ini semakin parah. Kesedaran akan
pentingnya kaunseling telah bercambah apabila Kementerian Pelajaran Malaysia
mengeluarkan beberapa perintah am seperti Surat Pekeliling KP 5209/30/(30) yang
mengarahkan Pengarah Pelajaran Negeri supaya semua guru besar memberikan kemudahan
tempat bagi aktiviti bimbingan dan panduan di sekolah masing-masing. Menurut Muhd
Mansur Abdullah & S. Nordinar Mohd Tamin (2010), murid-murid dikatakan berada di alam
remaja. Mereka berada dalam alam peralihan dari zaman kanak-kanak ke alam dewasa. Alam
remaja memang banyak pancarobanya. Maka kaunselor amat memainkan peranan penting
membimbing para remaja mencapai kejayaan yang cemerlang sama ada dari segi kejayaan
dalam peperiksaan atau perubahan sikap.

1
2.0 Penjelasan tentang latar belakang, tugas dan tanggungjawab kaunselor
Surat Pekeliling KP(BS-HEP)8543/60/(91) panduan tambahan perlantikan guru
kaunseling sepenuh masa di sekolah menyenaraikan beberapa kriteria perlantikan kaunselor
sepenuh masa iaitu di Sekolah Berasrama Penuh, jawatan kaunselor dipenuhi oleh personalia
kelulusan ijazah dalam bidang Bimbingan Kaunseling atau Diploma (Pos Graduat) Psikologi
atau kelulusan lain yang setaraf dengannya. Bagi jawatan kaunselor kedua/pembantu
personalia yang berkelulusan dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling yang setara atau lebih
rendah bolehlah dilantik. Bagi Sekolah Premier/Terpilih/Terkawal Jawatan kaunselor
dipenuhi oleh personalia kelulusan ijazah dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling atau
Diploma (Pos Graduat) Psikologi atau kelulusan lain yang setaraf dengannya. Bagi jawatan
kaunselor kedua/pembantu personalia yang berkelulusan dalam bidang Bimbingan dan
Kaunseling yang setara atau lebih rendah bolehlah dilantik. Manakala Sekolah Harian Biasa
sama dengan sekolah asrama penuh dan Sekolah Premier/Terpilih/Terkawal.
Berdasarkan temuramah ramah bersama beberapa orang kaunselor di sebuah sekolah
rendah yang mempunyai enrolmen murid paling tinggi di Sibu iaitu 1890 orang murid,
sekolah ini mempunyai kuota 4 orang guru kaunseling yang mempunyai pengalaman dan
kelayakan dalam bidang bimbingan dan kaunseling. Guru kaunseling 1 mempunyai
pengalaman dalam bidang kaunseling selama 14 tahun. Beliau lulusan Ijazah Sarjana Muda
dalam pengajian Bahasa Inggeris dari Universiti Terbuka Malaysia dan Diploma Perguruan
Pengajian Bahasa Inggeris. Beliau tiada kelulusan dalam bidang kaunseling tetapi
mempunyai pengalaman paling lama dalam bidang kaunseling. Guru kaunseling 2
mempunyai latar belakang dalam bidang kaunseling. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana
Muda Pengkhususan Kaunseling dari Universiti Malaya dan Diploma Bimbingan dan
Kaunseling dari Institut Perguruan Rajang. Beliau mempunyai pengalaman 1 tahun sebagai
guru kaunseling. Guru kaunseling 3 pemegang ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari
Universiti Malaysia Sarawak dan Diploma Pendidikan dalam bidang Bimbingan dan
Kaunseling dari Insitut Perguruan Rajang. Beliau mempunyai pengalaman selama 7 tahun
sebagai guru kaunseling. Manakala Guru Kaunseling 4 berkelulusan dalam Ijazah Sarjana
Muda Komunikasi dan Diploma Pendidikan dalam Bimbingan dan Kaunseling. Beliau
mempunyai pengalaman selama 2 tahun sebagai guru kaunseling.
Surat Pekeliling KP(BS-HEP)8543/60/(91) telah menyenaraikan 22 senarai tugas guru
bimbingan dan kaunseling.
2.1 Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling sekolah.

2
2.2 Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah
melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar,
guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibubapa dan bekas pelajar.
2.3 Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
2.4 Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada
semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
2.5 Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan
tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembanganpelajar secara
optimum.
2.6 Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu
secara profesional dan beretika.
2.7 Merancang, melaksana dan mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua
pelajar.
2.8 Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti
pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, SPMV
dan STPM.
2.9 Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti
pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
2.10 Merancang, menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang
melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.
2.11 Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti
perkhidmatan konsultansi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling,
kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.
2.12 Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti
konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi kerajaan dan
bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
2.13 Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen, pendekatan dan
sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme
perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
2.14 Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan beban resos perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling.
2.15 Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling.

3
2.16 Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan
kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah.
2.17 Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan
siapa sahaja yang memerlukannya.
2.18 Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar
yang berkaitan.
2.19 Menjadi ahli jawatankuasa ex-officio dalam jawatankuasa kurikulum
sekolah.Menjadi Ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah.
2.20 Menjadi Penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.
2.21 Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti
kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.

3.0 Menganalisis cabaran dan cadangan untuk mengatasi


Melalui dapatan berdasarkan sesi temu ramah bersama kaunselor sekolah kajian,
terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh pihak sekolah khasnya kaunselor dalam
menjalankan kaunseling terhadap pelajar yang bermasalah di sekolah tersebut. Apatah lagi
sekolah tersebut mempunyai enrolmen yang paling tinggi di Sibu dan kepesatan
pembangunan di kawasan perumahan tersebut memang menyumbang kepada pelbagai
masalah sosial murid. Tengku Elmi Azlina Tengku Muda (2014) menyatakan ’untuk
menangani permasalahan manusia yang pelbagai memerlukan guru Bimbingan dan
kaunseling memiliki kemahiran khusus bagi meningkatkan kecekapan profesionalisme
mereka.’ Coleman (1996), ‘kecekapan kecerdasan emosi terhadap profesion kaunseling dan
mendapati kecerdasan emosi dapat dikaitkan dengan prestasi kerja yang melibatkan
kepercayaan dan keyakinan diri terhadap kemampuan melaksanakan tugas dalam
pekerjaan.’
Pelbagai cabaran yang telah dihadapi oleh kaunselor di sekolah tersebut semasa menjalankan
sesi bimbingan dan kaunseling terhadap murid-murid yang bermasalah dan telah dirujuk
kepada mereka.

3.1 Klien menentang (resistant)


Melalui temu ramah bersama seorang kaunselor di sekolah kajian, klien menentang
kerana berpunca daripada perasaan takut sekiranya dia cuba mengubah tingkah laku. Teori
behaviorisme berpandangan bahawa resistan merujuk kepada tingkah laku yang tidak

4
memberi perhatian. Kadang-kadang klien tidak faham apa yang hendak dilakukan. Ada juga
klien yang faham apa yang hendak dilakukan tetapi kurang mahir. Klien juga tidak rela dan
tidak bermotivasi untuk menyelesaikan masalah. Menurut Sack (1988) di dalam buku
Counseling a comprehensive profession, yang paling banyak atau sering kali klien jenis
resistance cakap dengan kenyataan yang mudah iaitu “saya tidak tahu ”. Tindakbalas seperti
ini akan menyebabkan kaunselor susah untuk bergerak pada peringkat seterusnya (Gladding,
2000). Contoh tingkah laku menentang yang sering ditunjukkan oleh klien; enggan bercakap,
tidak memberi kerjasama semasa sesi kaunseling dijalankan, tidak menepati janji, terlalu
kerap menggunakan helah bela diri, memanipulasi kaunselor, mengubah atau tidak menepati
matlamat dan datang lambat ke sesi kaunseling.
Spora (2002) menyatakan beberapa halangan dalam kaunseling sekiranya mendapat
klien menentang iaitu klien tidak percaya bahawa matlamat sangat tidak penting dalam
kaunseling, klien bersikap acuh tidak acuh dan sambil lewa ketika sesi kaunseling dijalankan,
klien hairan melihat contoh matlamat yang dinyatakan, klien tidak faham tujuan matlamat
dan klien memerlukan untuk berfikir dalam sesi kaunseling.
Tingkah laku klien resistance boleh menggagalkan proses kaunseling. Dalam situasi
berhadapan dengan klien resistance, kaunselor perlu bijak menggunakan kaedah-kaedah
tertentu (Mansur Abdullah,1993). Cara untuk mengatasi cabaran ini adalah kaunselor perlu
menyediakan diri dengan kemahiran asas dalam kaunseling. Kemahiran mendengar
merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling. Dalam hal ini
kaunselor perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk
percakapan klien. Kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian sepenuhnya untuk
mendengar percakapan klien tersebut bagi benar-benar memahami apa yang telah
diperkatakan oleh klien. Kaunselor menggalakkan klien bercakap dengan menggunakan
soalan-soalan jenis terbuka. Semasa klien bercakap, kaunselor perlu mendengar dengan
penuh teliti dan penuh empati. Sementara itu, semasa klien bercakap, kaunselor harus
mendengar dan memberi perhatian, memberi respons yang minima seperti mengganggukkan
kepala dan sebagainya untuk menggalakkan terus bercakap.

3.2 Klien tidak rela (reluctant)


Klien reluctant bermaksud klien yang diberi pilihan akan rasa tidak rela untuk
berjumpa kaunselor. Mereka merupakan klien yang dirujuk oleh orang yang ketiga yang
berada dalam keadaan kurang bermotivasi untuk berubah atau untuk menerima bantuan
kaunselor. Klien ini boleh dikenal pasti melalui gerak geri badan serta tingkah laku semasa

5
berhadapan dengan kaunselor yang dipamerkannya sama ada secara verbal atau non verbal.
Kebanyakkan klien reluctance menamatkan sesi kaunselingnya pada masa-masa yang tidak
sepatutnya dan memberitahu bahawa mereka tidak berpuas hati dengan proses-proses yang
dilakukan (Tryon 2002)
Mansur Abudullah (1993) menjelaskan klien jenis ini boleh dikendalikan
dengan kaunselor menerangkan kepada klien tentang kepentingan proses kaunseling dan
membantunya menyedari apa yang boleh diperolehi daripada kaunseling diperingkat awal
pertemuan lagi. Menurut Sapora dan Wan Anor (2000) kaedah menangani klien yang tidak
rela atau enggan ini adalah dengan menjelaskan kepentingan, faedah yang didapati dalam sesi
kaunseling dan mewujudkan kemesraan serta kepercayaan kepada klien. Kemahiran
membina perhubungan merupakan langkah yang paling awal dalam sesi
kaunseling. Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai
dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang. Tahap ini
termasuklah memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang dengan memberikan
tanggapan pertama yang positif. Dalam membina kemahiran perhubungan, beberapa perkara
perlu diambilkira iaitu membina suasana alam sekeliling, suasana terapeutik, ruang untuk
berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata, cara duduk dalam sesi
kaunseling, pergerakan tangan dan kaki, senyuman, nada suara dan menggalakkan klien
bercakap. Hackney & Cormier dalam Gibson & Mitchell, 1981) telah menyatakan bahawa
hubungan kaunselor klien bukan sahaja bertindak untuk meningkatkan peluang bagi klien
mencapai matlamatnya, malah bertindak sebagai model untuk mewujudkan perhubungan
interpersonal yang boleh digunakan oleh klien untuk mepertingkatkan kualiti bentuk
hubungan lain diluar setting kaunseling.

3.3 Silang Budaya


Silang Budaya atau ‘Cross Culture’. Slavin (1997) dalam Modul HBEF2103
Psikologi Pendidikan (2009) menyatakan bahawa’kepelbagaian pelajar terdapat dalam
tahap prestasi, kadar belajar, gaya, kognitif, etnik, budaya, kelas social, bahasa, jantina,
bakat dan minat’. Masalah ini timbul bila pelajar tersebut berlainan agama dan budaya serta
membataskan kaunselor untuk meneruskan sesi kaunseling. Terdapat sebilangan ibubapa
tidak membenarkan anak-anak mereka mengikuti kaunseling kerana perbezaan budaya dan
agama. Latar belakang pelajar di sekolah tersebut rata-rata adalah Pagan, justeru ibubapa
bimbang akan wujudnya penyebaran agama kepada anak-anak mereka.

6
Dalam menangani masalah ‘Cross Culture’, kaunselor perlu memahami perbezaan
budaya setempat, tahap ekonomi,pendidikan dan fahaman mereka terhadap perkembangan
semasa. Menurut Slavin (1997) dalam Modul HBEF2103 Psikologi Pendidikan (2009)
menyatakan bahawa ’kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya,
kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina, bakat dan minat’. Dengan
mengambilkira aspek di atas, sesuatu masalah yang dihadapi oleh pelajar dapat dirungkai
dengan berlandaskan keupayaan kita mendalami budaya hidup mereka. Faktor agama juga
perlu dititikberatkan dalam penelitian kaunselor supaya memahami sensitiviti ini dan
kaunselor perlu memahami perlembagaan Malaysia. Berlandaskan perlembagaan ini
kaunselor perlu memahami nilai dan pegangan sesuatu agama itu bagi memastikan kaunselor
tidak meletakkan nilai pada klien. Dalam hal ini, penekanan prinsip penerimaan tanpa syarat
adalah sangat berguna. 

3.4 Kurang Sokongan


Komuniti yang tidak memberi sokongan padu kepada pihak sekolah dalam membantu
mengurangi masalah disiplin para pelajar. Sebilangan besar murid di sekolah tersebut
mempunyai latar belakang keluarga yang berpecah belah dan ibu bapa yang bercerai.
Keadaan ini menyebakan ibu bapa mengabaikan anak-anak dan sering tidak mengambil tahu
tentang permasalahan anak-anak mereka. Menurut Sapora Sipon (2005), ‘faktor pendapatan
keluarga, sosial, etnik, pengaruh rakan sebaya, ketidakstabilan keluarga menyumbang
kepada masalah sosial seperti ponteng sekolah.’ Kurang sokongan daripada pihak ibubapa
dan komuniti setempat turut membantutkan usaha pihak sekolah khasnya guru bimbingan dan
kaunseling dalam merangka program yang sesuai untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang
dihadapi oleh anak-anak mereka.
Pihak sekolah berusaha mewujudkan program bersama dengan PIBG dalam
perkongsian masalah di sekolah agar dapat mengatasi cabaran ini. Guru Bimbingan dan
Kaunseling sekolah kajian telah mengadakan hubungan yang erat dan positif dengan pihak
PIBG. Kaunselor telah menyebarluaskan maklumat tentang Unit Bimbingan dan Kaunseling
untuk pengetahuan semua pihak khasnya PIBG dan komuniti setempat bagi mendapatkan
sokongan penuh daripada ibu bapa dan komuniti setempat. Ibu bapa disarankan untuk
mempraktikkan gaya keibubapaan yang bersesuaian seperti pendekatan campuran (autoritatif,
autoritariandan permisif) tehadap anak-anak berdasarkan tahap umur tertentu (Nik Hairi et al.
2012)

7
3.5 Kurang Kefahaman Tentang Kaunseling
Kurangnya kefahaman para ibubapa dan pelajar tentang peranan Bimbingan dan
Kaunseling dalam membantu menangani masalah yang dihadapi oleh mereka. Persepsi
negatif terhadap guru kaunseling dan apabila masuk ke bilik kaunseling, mereka akan
dilabelkan sebagai pelajar yang bermasalah. Oleh sebab itu, kebanyakan ibu bapa tidak mahu
memberikan kerjasama kepada pihak sekolah untuk menguruskan masalah anak-anak
mereka.
Dalam meningkatkan lagi tahap kefahaman para pelajar tentang peranan bimbingan
dan kaunseling, guru bimbingan harus diberi peranan untuk mengajar di dalam kelas. Ini
dapat membantu guru bimbingan untuk memberi infomasi tentang fungsi kaunseling kepada
pelajar. Di samping itu, para pelajar juga perlu didedahkan dengan pelaksanaan perkhidmatan
bimbinan dan kaunseling agar dapat menghilangkan tanggapan mereka bahawa semua pelajar
boleh mendapatkan khidmat nasihat bukan hanya untuk pelajar bermasalah sahaja. Kaunselor
perlu menjalankan program untuk menjelaskan tujuan, manfaat dan matlamat kaunseling
serta faedah yang akan diperoleh oleh pelajar dan juga pihak sekolah (Rafidah dan Noh,
2005).

3.6 Pengalaman Guru Kaunseling


Pengalaman seseorang guru dalam bidang kaunseling turut memainkan peranan
penting semasa melaksanakan sesi bimbingan dan kaunseling. Menurut Tengku Elmi Azlina
Tengku Muda (2014),’pengalaman mengajar harus diambil kira apabila seseorang guru itu
dilantik sebagai kaunselor melainkan guru itu menunjukan ciri-ciri jelas boleh menjadi guru
bimbingan yang baik’. Di sekolah kajian terdapat dua orang guru mempunyai pengalaman
kurang daripada 3 tahun. Keadaan ini mungkin membataskan mereka melaksanakan sesi
kaunseling.
Bagaimanapun masalah kurang pengalaman dua orang guru kaunseling dapat diatasi
kerana sekolah tersebut mempunyai kekuatan dua orang lagi guru kaunseling yang sangat
bepengalaman. Tambahan pula kedua-dua orang guru tersebut mempunyai latar belakang
pendidikan dalam bidang bimbingan dan kaunseling. Mereka juga menunjukkan ciri-ciri dan
perwatakan guru kaunseling yang professional seperti kejujuran, amanah, kerahsiaan, tulen,
keterbukaan, menerima tanpa syarat, berkongsi, mengambil berat, tidak menghukum, empati,
spontan, bertanggungjawab dan mesra. Menurut Rogers (1961), seorang guru bimbingan dan
kaunseling yang berkesan mestilah bersikap mesra, menunjukkan keyakinan, dan boleh

8
dipercayai. Beliau juga berpendapat bahawa persepsi klien terhadap sikap seorang kaunselor
lebih penting daripada teori atau kaedah yang diperolehi. 

4.0 Penjelasan mengenai aktiviti pencegahan dan cadangan aktiviti pencegahan


Terdapat pelbagai pendekatan kaunseling dalam objektif perkhidmatan kaunseling di
sekolah. Antaranya ialah pencegahan dan pemulihan. Dalam kajian yang dilakukan ke atas
sebuah sekolah rendah di kawasan pinggir bandar Sibu, pendekatan yang diterapkan dalam
kaunseling di sekolah tersebut ialah pendekatan pencegahan. Pendekatan ini bermaksud
usaha yang dijalankan untuk menghalang satu-satu masalah yang mungkin timbul dan akan
meruncing Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pencegahan bermaksud perihal
(perbuatan dsb) mencegah, penegahan, penolakan, pengawalan atau pengawasan. Maznah
dan Zainal (2007),institusi pendidikan lebih memfokuskan kepada aspek pencegahan dan
perkembangan potensi berbanding institusi pemulihan. Sapora (2002), ”aspek pencegahan
meliputi usaha-usaha yang boleh dijalankan oleh kaunselor sekolah seperti menanam nilai-
nilai positif yang bersesuaian dengan norma masyarakat melalui penganjuran aktiviti-aktiviti
bimbingan dan kaunseling yang terancang. Berikut merupakan beberapa program dan aktiviti
pencegahan yang boleh dilakukan oleh sekolah kajian tersebut.

4.1 Program Guru Penyayang


Program Guru Penyayang yang berkonsepkan guru penyayang dan sekolah penyayang di
semua sekolah telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 15 Mei 2012.
Program ini membolehkan guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di
sekolah. Guru sebagai ‘role model’ dalam membudayakan sikap kasih sayang demi
memastikan murid-murid seronok belajar dan menganggap sekolah adalah seperti rumah
keduanya, juga bertindak sebagai agen untuk melahirkan modal insan cemerlang, selain
sebagai penjana kepada perubahan murid sama ada pemikiran, tingkah laku, keluhuran hati
budi dan pertumbuhan fizikal.
Matlamat program yang telah dirangka sekolah ini ialah membudayakan sikap kasih
sayang di sekolah, mewujudkan sekolah penyayang atau sekolah tanpa takut dan menginsafi
bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah. Objektif program ialah untuk
meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah, untuk memastikan murid dihargai dan
diberi perhatian dengan sewajarnya dan untuk memastikan murid suka dan seronok datang ke
sekolah.

9
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah tiga orang guru ditugaskan setiap pagi
hari persekolahan mengalu-alukan dan menyambut kehadiran murid di pintu pagar sekolah.
Guru-guru bertugas akan membuat sapaan seperti memberi salam selamat pagi, selamat
datang, jemput masuk. Pihak sekolah turut membuat promosi mengalukan- alukan kehadiran
murid ke sekolah. Banner “Terima Kasih Kerana Anda Hadir Ke Sekolah Hari Ini” di
gantung di hadapan pintu pagar sekolah untuk memberi semangat kepada murid-murid hadir
ke sekolah. Selain itu poster “Kehadiran Anda Impian Kami” turut ditampal di pintu kelas
bagi menghargai kehadiran murid ke sekolah setiap hari.
Disamping itu pihak sekolah juga turut menghargai murid dengan sambutan hari jadi
dan sambutan perayaan. Pihak sekolah mengambil inisiatif menyambut sambutan hari jadi
guru-guru bersama murid-murid sekali sebanyak dua kali sebulan yang akan diumumkan di
tapak perhimpunan. Memandangkan bilangan murid sekolah ini sangat ramai iaitu 1809
orang maka di dalam kelas, penghargaan sesama murid di dalam kelas dengan inisiatif guru
kelas atau rakan sekelas manakala bagi pihak sekolah akan meraikan dengan cara
menyerahkan kad ucapan dan sebiji kek cawan kepada murid. Manakala bagi guru –guru
yang diraikan pula akan diberikan kad ucapan hasil kreativiti murid Pembimbing Rakan
Sebaya dan sebiji  kek cawan. Walaupun sambutan yang ringkas, namun objektif program ini
dapat  meninggalkan impak yang besar kepada yang diraikan.

4.1.1 Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)


Pihak sekolah turut berkolaboratif dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam
usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid melalui Program Jom Ke
Sekolah. Kerjasama rapat antara pihak sekolah dan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)
terdiri daripada pegawai polis menjadi mekanisme terbaik mencegah pembabitan pelajar
dalam penyalahgunaan dadah dan kegiatan jenayah. Jalinan yang mantap antara kedua-dua
pihak dapat memastikan risiko salah laku dalam kalangan murid semakin menurun selaras
dengan konsep sekolah selamat dan Amalan Guru Penyayang. Kehadiran Pegawai
Perhubungan Sekolah melalui program JOM KE SEKOLAH pada awal persekolahan ini
diharapkan akan menjadi medan ke arah membentuk sahsiah diri murid yang lebih positif.
Menyedari bahawa proses pembentukan sosial masyarakat bermula seawal usia remaja, maka
langkah awal membendung salah laku jenayah harus dilaksanakan menerusi kerjasama rapat
antara pihak sekolah dengan PDRM melalui PPS.

10
4.1.2 Program Ziarah Cakna
Menurut Surat Khabar Berita Harian 25 Januari 2019 Kementerian Pendidikan
mengadakan program Ziarah Cakna di seluruh negara bermula 27 Januari 2019 (Ahad)
disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, di Kluang, Johor bagi
memperluas konsep sekolah penyayang dan memperkukuh hubungan antara sekolah dengan
ibu bapa, penjaga dan pelajar. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata
amalan ziarah guru ke rumah pelajar terpilih untuk menyantuni golongan ibu bapa atau
penjaga mereka akan dijalankan sepanjang tahun ini. Sebelum ini, program ziarah seperti
ini bukan teras dan pihak sekolah selalunya menziarahi rumah pelajar bermasalah tetapi
dalam konteks baharu, kita mahu mengetengahkan nilai saling hormat serta budaya kasih
sayang. Oleh itu, bukan pelajar bermasalah saja diziarah tetapi kita ziarah atas dasar
berterima kasih dan menghormati ibu bapa yang mempunyai anak yang cemerlang termasuk
mendapat pengiktirafan peringkat antarabangsa,.
Program Ziarah Cakna akan menjadi pentas bagi guru dan ibu bapa berkongsi
perkembangan menyeluruh berkaitan pelajar, memahami latar belakang keluarga mereka dan
berkongsi pandangan bagi memastikan kemenjadian murid. Program ini telah membuka
ruang bagi guru untuk lebih mendalami tingkah laku, merasai denyut kehidupan pelajar di
rumah dan lain-lain keperluan atau bantuan kepada mereka. Maklumat seperti ini amat
penting dihayati dalam membina asas bagi meningkatkan pembangunan diri, sahsiah dan
kecemerlangan pelajar.
Indikator output sekolah kajian ialah warga sekolah dapat menghayati nilai murni
dalam amalan ziarah menziarahi kerana cakna dengan keadaan orang lain dalam pelbagai
bentuk iaitu kerana sakit, masalah disiplin dan juga sahsiah terpuji murid. Manakala indikator
input mereka ziarah dapat menjadi budaya dalam kalangan guru untuk mengambil cakna
mengenai kehidupan murid dan menjalankan silaturahim dengan ibu bapa dengan lebih dekat
dan mesra melalui lawatan ziarah cakna.
4.2 PIBG Sekolah
Dalam merealisasikan impian negara untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai
pencapaian akademik yang baik. Pelbagai pihak perlu bekerjasama antaranya ialah sekolah,
guru, ibu bapa dan masyarakat. Hubungan yang baik dan berkesan di antara sekolah dan ibu
bapa dapat mengwujudkan pencapaian sekolah yang cemerlang. Mahat (2007), berpandangan
bahawa sekolah perlu mempunyai jaringan hubungan yang mantap dan akrab dengan ibu
bapa untuk kejayaan sistem pendidikan negara. Mohd Dom (2006), menyatakan pula,
jaringan kerjasama ibu bapa dan sekolah memainkan peranan penting yang boleh menjadikan

11
sekolah itu hebat dan berjaya. Khairudin (2007), berpandangan kejayaan misi
membangunkan modal insan bukan hanya terletak di bahu pihak sekolah mahupun kerajaan,
tetapi harus didokong oleh ibu bapa.
Penglibatan ibu bapa dan komuniti merujuk kepada pelbagai tingkah laku ibu bapa
dan komuniti yang secara langsung dan tidak langsung dalam mempengaruhi
perkembangan kognitif, emosi, fizikal dan pencapaian anak-anak di sekolah (Bakker &
Denessen, 2007). Menurut Bakker dan Denessen (2007), tingkah laku ibu bapa merangkumi
kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat PIBG, menjadi ahli aktif dalam PIBG, menjadi
sukarelawan di sekolah, membantu dalam bilik darjah, membantu kerja rumah anak,
berbincang tentang aktiviti sekolah dengan anak, memantau perkembangan anak di
sekolah, merangsang dan memotivasi anak, membaca bersama-sama anak, memaparkan
amalan suka membaca, mendisiplinkan anak, menghubungi sekolah sekiranya bermasalah,
mengawal aktiviti anak di luar waktu persekolahan dan kerap berbual-bual dengan anak.
Jelaslah bahawa, PIBG amat memainkan peranan penting kepada pihak sekolah
khasnya unit Bimbingan dan Kaunseling dalam membantu menyelesaikan masalah disiplin
pelajar terutamanya kes ponteng. Menerusi mesyuarat PIBG dan hari muafakat, masalah yang
dihadapi oleh pihak sekolah akan dimaklumkan kepada ibu bapa agar mereka mengetahui
perkembangan semasa anak-anak mereka. Guru kelas dan guru kaunseling akan
memaklumkan terus dan berbincang cara-cara untuk mencegah sesuatu kes disiplin dengan
ibu bapa supaya mereka tidak mendapat maklumat yang salah sekiranya perkara tersebut
terjadi kepada anak mereka.

4.3 Surat Amaran


Bagi mencegah ponteng pihak sekolah turut menggunakan surat amaran. Amaran
ponteng pertama diberikan kepada murid yang tidak hadir tanpa sebab selama 3 hari berturut-
turut atau 10 hari berkala. Surat amaran kedua akan dikeluarkan 7 hari berturut-turut atau 10
hari berkala selepas surat amaran pertama. Surat amaran terakhir akan dikeluar 7 hari
berturut-turut atau 20 hari berkala selepas amaran kedua. Sekiranya masih ponteng, maka
pihak sekolah akan memanggil ibu bapa untuk memaklumkan masalah pelajar tersebut.
Sebaliknya jika pelajar tersebut ponteng 14 hari berturut-turut atau 20 hari berkala maka
tindakan buang sekolah akan dilakukan. Teori Skinner menyatakan bahawa ‘gerak balas
boleh diperkuatkan atau dihapuskan,jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu
ditunjukkan’. Peneguhan  negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau
menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Surat amaran yang

12
dikeluarkan oleh pihak sekolah merupakan peneguhan negatif. Oleh kerana jemu dengan
surat amaran, maka murid akan hadir ke sekolah. Tindakan murid hadir ke sekolah dapat
mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini (surat amaran). Penggunaan dendaan
dapat mengurangkan berulangnya tingkah laku ponteng dalam kalangan murid.

4.4 Penerapan Agama Di Kalangan Pelajar.


Othman Najati (1992), “krisis yang dihadapi oleh manusia pada masa kini wujud
kerana peminggiran mereka kepada agama serta nilai-nilai kerohanian”. Mansor Mat Urdi
(2005),”pelajar yang kerap melaksanakan amalan agama dalam kehidupan tidak akan
melakukan sebarang salah laku di sekolah”. Sekolah kajian turut menggunakan pendekatan
penerapan agama sebagai langkah mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar
dengan memberi pendedahan keagamaan kepada setiap pelajar yang berpotensi akan
melakukan sesuatu masalah. Murid islam akan mengikuti kelas agama islam dan kafa pada
setiap petang. Manakala murid bukan Islam akan mengikuti kelas ISCF yang diketuai oleh
guru besar sendiri dan beberapa orang guru yang beragama Kristian setiap pagi Jumaat dari
pukul 6.30am hingga 7.00am. Beberapa orang guru Katolik juga telah melibatkan diri
mengajar kelas CCD yang dianjur oleh Gereja Saint Micheal. Ramai murid-murid Katolik
telah menyertai kelas CCD ini yang diadakan pada hari Sabtu. Pope Francis mengatakan “we
must restore hope to young people, help the old, be open the future, spread love. Be poor
among the poor. We need to included the preach peace”.

4.5 Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)


Matlamat utama Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) adalah
merealisasikan sekolah bebas dadah. Program PPDa ini harus dapat memupuk semangat jati
diri pelajar yang seterusnya dapat membentuk nilai murni, budi pekerti yang mulia dan
terpuji, kerohanian yang luhur dan memiliki perasaan cinta serta sayang kepada diri,
keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara (Mohd Muzafar Shah & Abdul Malek,
2005). Antara objektif program yang telah dirancang oleh sekolah kajian ialah;
4.5.1 Mempertingkatkan kesedaran bahaya rokok, alcohol dan dadah/inhalan.
4.5.2 Membina kekuatan dalaman dan pemikiran supaya menjauhi rokok, alkohol dan
dadah/inhalan.
4.5.3 Mengesan murid yang terlibat dadah/inhalan.
4.5.4 Membantu murid yang terlibat dadah secara bimbingan dan pemulihan.

13
4.5.5 Mewujudkan hubungan dua hala antara guru dengan
ibubapa/masyarakat/agen/badan/pertubuhan bagi memerangi dadah.
Melalui temu bual dengan kaunselor, antara program yang telah dijalankan oleh pihak
sekolah ialah Program Lima Minit Mesej Anti Dadah dan Anti Rokok. Ahli SLAD yang
dipilih akan membacakan teks yang disediakan semasa perhimpunan dua kali sebulan dengan
pengawasan guru PPDa mengikut giliran. Program Minggu PPDa dan Karnival PPDa turut
dijalan oleh pihak sekolah. Pengisian aktiviti adalah pertandingan pertandingan deklamasi
sajak, dikir barat, melukis poster, ceramah anti dadah dan pameran PPDa. Program PPDa
dalam KBSM turut dijalankan dengan memberikan info dalam kelas dan dihebahkan kepada
murid secara sisipan dalam matapelajaran yang berkaitan (penekanan kepada BM dan BI)
iaitu menulis karangan atau menjawab teks pemahaman. Ujian urin juga turut dijalankan
untuk mencegah masalah dadah di sekolah. Guru Kaunseling akan merujuk fail murid yang
berisiko, murid yang lain dipilih secara rawak dan dikumpul secara berhemah. Murid akan
diberikan taklimat penjelasan rasional ujian urin dijalan kepada mereka. Murid juga mengisi
borang secara sukarela dan pengambilan sample urin adalah secara sulit. Murid yang telah
menjalankan ujian urin ini akan mendaftar sebagai sahabat PPDa.

5.0 Rumusan
Masalah gejala sosial memang merupakan salah satu masalah yang meruncing dan
perlu ditangani segera oleh semua pihak terutamanya pihak sekolah dan ibu bapa. Salah laku
dan kemerosotan disiplin murid akan berterusan sekiranya pihak yang terlibat enggan
berganding bahu untuk mengorak langkah bersama-sama menangani masalah ini. Jika
dibiarkan berterusan, keadaan yang sedia ada boleh mengugat perkembangan murid dan
sistem pendidikan di negara ini. Hal ini demikian kerana pelajar merupakan generasi muda
yang bakal mewarisi dan memimpin negara pada masa akan dating. Keperihatinan
masyarakat bermaksud memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa, khususnya
pihak polis dalam menyampaikan maklumat serta membantu melaksanakan peraturan sedia
ada.
Pada maya yang mendepani ombak globalisasi ini, Unit Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah telah memikul obligasi yang vital untuk memastikan
perkembangan mental dan rohani pelajar-pelajar sejajar dengan perkembangan fizikal bagi
memacu kejayaan Transformasi Sekolah 2025 (TS25) ke arah melahirkan modal insan
unggul melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan dengan
mengutamakan kemenjadian murid, disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan,

14
guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi, serta komitmen ibu bapa dan komuniti yang
padu.
Sebagai persediaan dan persiapan berhadapan depan pelbagai cabaran pada era
teknologi digital ini, guru kaunseling harus memahami segala kemahiran dan pendekatan
pencegahan yang dipelajari dan tahu mengaplikasikan ke atas klien pada tempat, masa dan
keadaan yang sesuai.
Melalui temu bual dengan kaunselor, sekolah tersebut telah menggunakan pendekatan
pencegahan berbanding dengan pemulihan. Pendekatan pencegahan ini telah menunjukkan
keberkesanan apabila kita melihat peratus kehadiran sekolah tersebut pada tahun 2019 iaitu
daripada 94.10% pada bulan Januari telah meningkat kepada 95.59% pada bulan November.
Sudah semestinya disipilin murid turut mempengaruhi pencapaian akademik mereka. Hal ini
dapat dibuktikan juga dengan peningkatan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) sekolah tersebut daripada 53.22% pada tahun 2018 kepada 60.59% pada tahun 2019.
Oleh yang demikian, peranan guru bimbingan dan kaunseling amatlah penting dalam dunia
pendidikan hari ini bagi mengurangkan masalah disiplin yang kian meningkat saban hari dan
seterusnya menuju ke arah sifar salah laku.

15
6.0 Rujukan
Brott. P.E. 2006. Counselor education accountability:Training the effective counsellor.
Profesional School Counseling,10.2:179-189.

Coleman . J.S. The adolescent society the social life of teenager and its impact on education.
New York: The Free Press.

Engku Ahmad Zaki Engku Alwi(2005).’Merawat kemelut moral.’ Harian Metro


Online(Malaysia)

Englander,M.E.(1987). The strategies for classroom discipline.New York:Praeger Publishers

Kamus Dewan .(2005). Edisi ke-4. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khalim Zainal.(2004). A comparison of the penalty system programme and the conventional
programme in managing discipline of the secondary school students in
Malaysia.Unpublished Doctoral Thesis.University Putra Malaysia,Selangor Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2015) Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan


dan Kaunseling Di Sekolah Rendah dan Menengah. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

Malek Muhamat Said (2007) Mengurus Khidmat Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd.

16
Mansor Mat Urdi, 2005. Pengaruh amalan agama terhadap disiplin di kalangan pelajar
Muslim sekolah menengah. Tesis Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaysia.

Mardzelah Makhsin.2012. Hisbah dan penghayatan akhlak murid-murid sekolah menengah.


Tesis Ph.D Fakulti Pendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mau. (1988) High school students’ career plan : The influence of others’ expectations.
Profesional School Counselling, 2,2:161-166.

Maznah Baba & Zainal Madon.2007. Kaunseling Individu.Kuala Lumpur: PTS Profesional
Publishing Sdn. Bhd.
Mohamad Hashim bin Othman & Sharifah Amnah bintiSyed Ahmad (2005) Aras keyakinan
warga sekolah terhadap peranan dan tanggungjawab kaunselor sepenuh masa di sekolah
menengah. Posiding 1 Persidangan Kaunseling Kebangsaan 2005. Hotel Merdeka Palace,
Kuching, Sarawak. 28-30

Mohammad Othman Najati.1992. Psikoterapi Menurut al-Quran. Terj. Abd. Rahman


Ahmad. Kuala Lumpur: Human Resourse Enterprise.

Mohammad Abdullah.(1999). “PIBG Penggerak Kemajuan dan Prestasi Sekolah”.Dewan


Masyarakat. Edisi Oktober.

Mohd Muzafar Shah Mohd Razali & Abdul Malek Abdul Rahman (2005). Peranan
Kaunselor dalam Mencegah Penyalahgunaan Dadah di Kalangan Pelajar Sekolah.

Sapora Sipon.2002. Gejala social di kalangan pelajar dan keperluan perkhidmatan


bimbingan dan kaunseling. Kuala Lumpur.

Sapura Sipon (2008) Ciri-ciri kaunselor yang efektif. Universiti Sains Islam Malaysia

Sigmund Freud. Modul “HBEF 2103 Psikologi Pendidikan”, Universiti Terbuka Malaysia,
Selangor Darul Ehsan.

Skinner.B.F.(1979). The shaping of a behaviourist. New York.

17
Slavin. (1997) .Modul “HBEF 2103 Psikologi Pendidikan”, Universiti Terbuka Malaysia,
Selangor Darul Ehsan.

Suradi Salim (1996) Bimbingan dan kaunseling. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Zainal Abidin.(2002).”HBEF2203 Bimbingan dan Kaunseling.” Universiti Terbuka


Malaysia, Selangor Darul Ehsan.

Lampiran 1

100
95
PERATUS KEHADIRAN MURID
90
85 BAGI TAHUN 2019
80
75
BULAN
70 PERATUS
65
60 [%]
55
JANUARI
50 94.10
peratus

45
FEBRUARI
40 94.00
35
MAC 30 94.31 PERATUS KEPUTUSAN UPSR
25
APRIL20
15 94.68 SEPANJANG TEMPOH 2014-2019
10
MEI 5 93.90
0
JUN
TAHUN 92.57
PERATUS
70
AP C
L
RI

OG I

T
BR RI

EI
N

PT

V
OS
LA
RI

OK
A

NO
JU
M
UA
F E UA

SE
M

60
JU

JULAI [%]
93.73
N
JA

2014 49.60 50
OGOS bulan 94.21
PERATUS

40
2015
SEPT 58.39
76.54
30
2016
OKT 51.18
93.57 20
2017
NOV 53.25
95.59 10
2018 53.22 0
2014 2015 2016 2017 2018 2019
2019 60.59 TAHUN

18
19

Anda mungkin juga menyukai