Anda di halaman 1dari 1

Merujuk kepada Jadual Spesifikasi Ujian di atas, jadual tersebut merupakan jadual

spesifikasi ujian Geografi Tingkatan 1 yang merangkumi 4 topik. Topik yang terpilih
adalah topik 1 (Arah), topik 2 (Kedudukan), topik 3 (Peta Lakar), dan topik 5(Bumi).
Jadual spesifikasi ini berdasarkan Bloom’s Taxonomy yang diperkenalkan oleh
Benjamin S. Bloom pada tahun 1956 iaitu elemen pengetahuan, kefahaman, aplikasi,
analisi, sistesis dan penilaian.
Dalam topik 1, mengambil masa selama 4 jam untuk keseluruhan masa pembelajaran
dan 8 % untuk peratusan masa. Berdasarkan jadual tersebut, soalan 1 mempunyai
permakahan sebanyak 8 markah dimana soalan berkaitan dengan topik 1. Mengikut
Bloom’s Taxonomy, CLO untuk soalan 1 adalah elemen pengetahuan yang
merupakan elemen pertama dalam hierarki Bloom’s Taxonomy. Elemen pengetahuan
dipilih kerana ia menguji sejauh mana keupayaan pelajar dalam mengingatkan
kembali tentang fakta atau pengetahuan yang telah dipelajari. Hasil pembelajaran
yang murid dapat dalam topik ini adalah mereka dapat belajar menggunakan matahari
sebagai panduan untuk menentukan arah mata angin dan mengenal pasti lapan arah
mata angin.

Anda mungkin juga menyukai