Anda di halaman 1dari 6

Melalui konsep e-pembelajaran atau e-learning yang diperkenalkan ini, guru dan murid tidak

perlu lagi berinteraksi secara empat mata. Sebaliknya, proses berinteraksi berupaya dilakukan
pada jarak yang tiada sempadan dan kekangan, iaitu hanya perlu menggunakan komputer dan
internet sebagai medium.
Sungguhpun demikian, pengaplikasian e-pembelajaran tidak bermaksud proses pembelajaran
akan menjadi lebih longgar dan kurang pengawasan hingga boleh menjejaskan kualiti pendidikan
yang disampaikan. Sebaliknya, e-pembelajaran merangkum suatu program yang mapan, bukan
saja mampu mengekalkan kualiti pendidikan, malah mampu menjadi lebih terancang dan
fleksibel jika diukur dan aspek penilaian prestasi pelajaran dan pembelajaran yang
dilangsungkan.
Konsep ini merupakan enjin e-pembelajaran mengikut masa sebenar yang dibangunkan bagi
mewujudkan kitaran pembelajaran yang menyamai proses pengajaran dan pembelajaran secara
fizikal, seperti yang diamalkan di sekolah. Pada masa yang sama, konsep e-pembelajaran dapat
mengenal pasti kelemahan setiap pelajar juga. Proses mengenal pasti kelemahan dan kekuatan
pelajar ini dapat dilaksanakan melalui latihan dan profil pelbagai cumber pembelajaran. Malah,
melalui latihan yang dijalankan melalui talian, enjin ini mampu membuat penilaian terhadap
kemampuan para pelajar dalam setiap komponen dalam satu-satu mata pelajaran.
Misalnya, dalam pelajaran Bahasa Inggeris, para pelajar akan diberi ujian dalam setiap
komponen yang terdapat dalam subjek tersebut, termasuklah aspek tatabahasa, pemahaman, dan
sebagainya. Seterusnya, keputusan semua ujian tersebut akan dianalisis secara automatik untuk
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap pelajar.
Pada masa yang sama, enjin ini juga turut menyediakan kemudahan kepada para guru untuk
mengubahsuai sistem sedia ada mengikut kesesuaian proses pengajaran mereka. Misalnya, guru
dapat menyesuaikan beberapa pilihan jawapan yng betul dan dapat diterima untuk satu-satu
soalan berbentuk subjektif. Beberapa kata kunci tertentu akan dimasukkan ke dalam sistem oleh
guru yang terlibat bagi membolehkan sistem tersebut menandakan jawapan yang diberikan oleh
pelajar mengikut kehendak guru yang berkenaan.
ePembelajaran telah terkenal dalam kalangan para pendidik dan pelajar sejak beberapa tahun
yang lalu. Ia sebenarnya merupakan istilah yang merujuk kepada penggunaan pelbagai jenis
komputer dan media elektronik, beberapa alat komunikasi dan juga Internet untuk menyediakan
latihan dalam mata pelajaran tertentu. Pelajar boleh menghadiri kelas-kelas dalam talian ini pada
bila-bila masa – siang atau malam – dan mereka boleh mengambil bahagian dalam kelas yang
dianjurkan oleh pengajar di mana terdapat soalan interaktif dengan pelajar-pelajar lain. Mereka
juga boleh menggunakannya mengikut masa mereka sendiri. Secara umumnya, ePembelajaran
ini lebih bersifat latihan kendiri dan ia sangat fleksibel bagi mereka yang bekerja sepenuh masa
tetapi mahu melanjutkan pelajaran.

Terminologi (Istilah)

Terdapat pelbagai istilah telah berkembang seiring dengan perkembangan ePembelajaran


termasuklah :

 Latihan Berasaskan Komputer (CBT)


 Digital Educational Collaboration (DEC)
 Latihan Berasaskan Internet (IBT)
 Pendidikan On-Line
 Technology-enhanced Learning (TEL)
 Latihan Maya atau Pendidikan Maya
 Latihan Berasaskan Web (WBT)
Setiap daripada perkhidmatan di atas menyediakan kemudahan “streaming video”, audio,
penyertaan interaktif, teks, imej, animasi melalui CD-ROM, penghantaran satelit, saluran
pembelajaran kabel, pita video, internet dan saluran intranet.

Kelebihan ePembelajaran

Bagi peserta kelas ePembelajaran, terdapat banyak kelebihannya seperti :

 Kos yang rendah – Pelajar tidak perlu pergi ke kelas, mencari penginapan ataupunn merada
jauh dari pekerjaan mereka apabila menghadiri kelas atas talian. Kelas ini juga kurang
mahal berbanding belajar di dalam bilik darjah.
 Kemas Kini Dengan Lebih Cepat – Pelajar yang menghadiri ePembelajaran mempunyai
kelebihan yakni maklumat sentiasa dikemas kini dengan lebih kerap berbanding kelas biasa.
Hal ini adalah kerana bahan bagi kelas biasa, bahan kursus perlu dikemaskini dan pengajar
perlu dilatih mengenai proses/prosedur/teknologi yang mana akan memakan masa yang
agak lama.
 Keberkesanan – Bagi sesetengah pelajar, ePembelajaran adalah jauh lebih berkesan kerana
mereka boleh menghadiri kelas pada waktu mereka sendiri tanpa perlu terikat dengan jadual
waktu yang ketat. Sebahagian daripada kita percaya bahawa kelas seperti ini berkesan untuk
satu jangka masa yang panjang dan pelajar dapat menyimpan maklumat dengan lebih lama.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kajian jangka panjang yang dilengkapi dengan data
membuktikan bahawa pelajar menyimpan sesuatu maklumat itu lebih lama atau lebih baik
pada waktu peperiksaan.
 Kelas yang lebih Pendek – Secara umumnya, kelas IBT lebih pendek berbanding kelas biasa
kerana pelajar boleh menghabiskan satu modul dalam satu-satu kelas dan pada waktu yang
ditetapkan mereka sendiri. Apabila mereka sudah menghabiskan satu modul dalam satu jam,
mereka boleh bergerak ke modul seterusnya. Dengan ini kelas kelihatan mudah dan lebih
pendek.
 Mengurangkan kos bahan kursus – Bagi sesetengah kelas latihan, persekitaran tertentu perlu
diwujudkan. Misalnya memuwujudkan Bilik Operasi, makmal uji kaji.
Walaubagaimanapun, dalam kursus audio/visual, semua kemudahan ini tidak diperlukan.
Persekitaran dalam talian membenarkan pelajar untuk “melihat” dan mendengar bagaimana
sesuatu prosedur/proses itu berlangsung tanpa perlu meninggalkan rumah atau pejabat.
 Kursus yang Seragam – Walaupun setiap tenaga pengajar dilatih untuk membentangkan
bahan dengan baik, namun setiap pengajar pasti mempunyai cara yang berbeza dalam
pembentangan masing-masing (ada yang baik, ada yang sederhana dan ada yang tidak
begitu baik). Kursus ePembelajaran memastikan setiap bahan dibentangkan dengan cara
yang sama dan tepat kepada semua pelajar.
 Kaedah yang Tiada Had – Terdapat banyak cara bagaimana bahan kursus yang berbeza
boleh dibentangkan kepada pelajar dengan pelbagai teknik pembelajaran elektronik. Dengan
menggunakan audio, video, grafik dan animasi, adalah lebih mudah untuk mendapatkan
beberapa komponen kepada para pelajar.
Gaya Belajar

Setiap pelajar mempunyai gaya beajar yang tersendiri sama ada secara auditori, visual atau
kinestetik.Walaubagaimanapun, kursus dalam talian ini dilihat sebagai satu medium yang ideal
bagi semua pelajar tanpa mengira gaya belajarnya. Pelajar visual boleh menikmati graik dan imej
animasi yang disediakan manakala pelajar auditori boleh mendengar sebutan dan suara dalam
penerangan yang diberikan yang mana boleh didapati dalam pelbagai jenis kursus dalam talian.
Walaubagaimanapun, pelajar kinesteik mungkin mendapati pembelajaran jenis ini agak sukar
kerana terdapat simulasi tentang apa yang dipelajari namun ianya bukanlah secara “real hand-
on”. Kelebihan pembelajaran dalam talian ini menyediakan kaedah yang bersifat lebih peribadi
yang mana boleh digunakan oleh kebanyakan pelajar. Pilihan untuk meletakkan bahan dalam
talian juga adalah tidak terhad.

Kaedah yang Berjaya

Memandangkan pengulangan terbukti dapat mengekalkan daya ingatan untuk jangka masa yang
lebih lama, salah satu kelebihan yang diperoleh oleh pelajar dalam pembelajaran dalam talian ini
ialah mereka dapat memainkan semula bahan yang terdapat dalam talian secara berulang kali
sehingga mereka ingat dan benar-benar faham. ePembelajaran terbukti berkesan kerana
pendekatan yang berbeza boleh digunaan untuk menerangkan isi pembelajaran setiap topik dan
fleksibiliti yang terdapat dalam pembelajaran ini benar-benar memudahkan pelajar.
Pembelajaran Online - Dewasa ini kita mengenal internet sebagai salah satu sumber informasi
yang sangat diminati oleh masyarakat modern saat ini. Di dalam internet kita dapat menemukan
berbagai macam informasi menarik tentang sebuah hal secara lebih lengkap dan mudah.
Misalnya saja ketika seorang mengalami kesulitan tentang sebuah pertanyaan yang sulit tentang
sebuah pembelajaran maka seorang tersebut dapat dengan mudah menemukan jawabannya
melalui internet. Dengan fakta mengenai kemudahan dan kelengkapan informasi yang terdapat di
dalam internet dan setelah melihat banyaknya media yang saat ini dapat digunakan untuk
mengakses internet terlebih juga tentang kenaikan kecintaan masyarakat dalam mengakses
internet maka saat ini banyak orang yang kian mengembangkan internet ini untuk tujuan
pembelajaran.

Kegiatan pembelajaran yang terdapat di internet ini sering kali kita sebut dengan kegiatan
pembelajaran online ini tak luput dari
berbagai macam permasalahan yang akhirnya timbul dengannya. Permasalahan tersebut terkait
dengan pembandingan mengenai lebih banyak mana antara kelebihan dan juga kekurangan dari
kegiatan pembelajaran online tersebut. Yang dengan hal tersebut maka di bawah ini saya telah
merangkum tentang berbagai macam kelebihan dan kekurangan yang terdapat dalam kegiatan
pembelajaran online. Selamat membaca, semoga anda mendapatkan informasi yang anda
butuhkan di sini.

Kelebihan pembelajaran online. Hal pertama yang akan kita bahas di sini adalah tentang
kelebihannya. Pada kegiatan pembelajaran online ini yang menarik adalah tentang waktu yang
lebih fleksibel. Seorang yang ingin belajar di internet tak perlu harus berpatokan pada waktu
tertentu karena yang penting terdapat akses internet mereka sudah dapat mempelajarinya kapan
dan dimanapun. Jangkauan dari kegiatan pembelajaran ini pun tak terbatas tempat, di manapun
di seluruh dunia asal terdapat akses internet, pembelajaran dapat tetap berlangsung.
Kekurangan dari kegiatan pembelajaran online. Karena kemudahan penyebaran informasi ini
oleh semua pihak yang terkait maka sangat mungkin sekali terjadinya kesalahan pada materi
yang terdapat di internet. Juga mungkin sekali terdapat banyak kejahatan teknologi semisal
mengenai bahaya pornografi yang bayak terdapat di internet yang selama ini meresahkan para
orang tua.
Dan itulah beberapa hal yang dapat saya sampaikan tentang pembelajaran online ini, semoga
bermanfaat.

Anda mungkin juga menyukai