Anda di halaman 1dari 9

Cabaran & Implikasi Pembelajaran Atas Talian Dalam Rumah

Pembelajaran atas talian sememangnya banyak mendatangkan kebaikan serta kelebihan kepada
pengguna, terutamanya kepada generasi Z dan Alfa yang lahir dalam trend teknologi maju serta
era Revolusi Perindustrian 4.0. Walha nya cermin pun ada dua muka, sesuatu yang baik
sekiranya terlebih penggunaan bukan lagi memanfaatkan pihak berkenaan malahan bakal
mendatangkan kesan yang sebaliknya kepada mereka. Pengarah kepada Pusat Pediatric Sleep
Hopkins, Dr Laura Sterni menyatakan kebimbangan beliau terhadap pengaruh pembelajaran
digital yang menggantikan sepenuhnya pembelajaran konvensional terhadap kesihatan pelajar,
khususnya kualiti tidur serta tahap penglihatan mereka. Menurut beliau, tabiat tidur para penuntut
terutamanya golongan mahasiswa mahasiswi akan terjejas akibat sistem zon masa yang
berbeza. Penuntut - penuntut yang berada di zon masa berbeza yang menuntut di sesebuah
universiti sama terpaksa menggadaikan masa tidur demi menghadiri kelas maya yang diadakan
dengan Zoom, Google Meet atau Cisco Webex. Bukan begitu sahaja, pembelajaran maya atas
talian telah pun meningkatkan jumlah masa pelajar menggunakan peranti digital mereka setiap
hari. Hasil kajian temubual dengan Divisha Jaiswal, pelajar antarabangsa dari India, menyatakan
bahawa masa peruntukkan harian beliau untuk berdepan dengan laptop serta peranti elektronik
seperti telefon pintar telah meningkat kepada lapan hingga sepuluh jam semenjak pelaksanaan
sepenuhnya pembelajaran atas talian akibat pandemik Covid-19. Pendedahan pada skrin
paparan peranti elektronik pada satu jangka masa yang panjang , atau lebih dikenali sebagai
“waktu skrin”, akan membebankan mata malahan menjejaskan kesihatan penglihatan manusia.
Dr Dinesh Kumar Ramesh Chandra, pakar Ophthalmologi dari Hospital Columbia Asia, Petaling
Jaya, Malaysia melaporkan bahawa terdapat peningkatan kes penyakit mata yang mendadak
semenjak tahun 2016 akibat penggunaan peranti elektronik seperti komputer, telefon bimbit,
tablet, televisyen dan sebagainya. Beliau menyatakan kerisauan bahawa Sindrom CVS, atau
lebih dikenali sebagai Computer Vision Syndrome yang biasanya berlaku kepada golongan yang
menatap skrin paparan peranti elektronik mereka melebihi tiga puluh jam seminggu selama
sepuluh tahun ke atas tetapi kini semakin bertambah kebelakangan ini. Rakyat Malaysia secara
puratanya meluangkan antara lima hingga lapan jam sehari untuk waktu skrin mereka dalam
menatap skrin digital termasuk pendedahan kepada pelbagai jenis peranti digital. Namun rekod
purata tersebut telah meningkat berganda dalam tempoh PKP dilaksanakan akibat pandemik
Covid-19. Menurut kajian yang dijalankan oleh Dr Tiara Alfitriana tentang Hubungan Antara Lama
Kerja dan Jarak Meja Dengan Kejadian Computer Vision Syndrome, didapati bahawa tempoh
masa yang lama bekerja menghadap peranti elektronik mempunyai hubungan signifikan terhadap
kejadian Computer Vision Syndrome. Beliau turut menambah bahawa setakat kini dijangkakan
hampir enam puluh juta manusia di dunia ini menderita CVS dan diramalkan jumlah ini akan
bertambah setiap tahun dalam lingkungan satu juta kes. Dengan pembelajaran atas talian situasi
pelajar duduk menghadap peranti digital mereka setiap hari untuk berjam-jam lamanya telah
menjadi satu norma baru semenjak PKP dilaksanakan. Situasi tersebut bakal menjadi faktor
penyumbang kepada sindrom CVS dan seterusnya membawa kepada peningkatan penyakit
mata seperti rabun mata, mata merah dan kering dan juga masalah masalah yang lain seperti
sakit kepala, leher, punggung. Kajian tersebut turut disokong oleh Nafolion Nur Rahmat, Al
Munawir dan Saiful Bukhori dalam penyelidikan mereka terhadap isu kelesuan mata pelajar atau
CVS. Dalam hasil kajian mereka mendapati bahawa pelajar lingkungan 16 hingga 18 umur adalah
antara golongan yang mudah menghidapi kelesuan mata kerana waktu skrin mereka menatap
gadjet digital adalah panjang dan banyak memandangkan pembelajaran atas talian banyak
berlaku seiringan dengan perkembangan teknologi dalam abad 21. Seperkara lagi, norma baharu
iaitu budaya “duduk sahaja dan berdepan dengan peranti digital” turut menjadikan waktu skrin
serta waktu duduk pelajar bertambah. Dari melayari internet sehingga membalas pesanan kerja
rumah yang diarahkan oleh guru di telefon bimbit, kesemua tindakan berkenaan tidak lari
daripada menatap peranti digital. Kitaran budaya hidup sebegini lama-kelamaan akan
menyumbang kepada gaya hidup tidak aktif atau “sedentary lifestyle”. Terdapat kajian
menyatakan bahawa seseorang bakal mengalami kesan “kesukaran berfokus” serta “ketagihan
internet” yang berpunca daripada peningkatan waktu skrin yang berlebihan. Kedua-dua isu
berkenaan bukan sahaja memberi impak yang mendalam kepada kehidupan seseorang,
malahan mendorong kepada pengasingan sosial dan penyakit mental seperti kemurungan. Oleh
sebab pergerakan adalah terhad dan hanya termaktub dalam kawasan rumah sendiri,
kebanyakan pelajar bergantung sepenuhnya kepada peranti digital serta perkhidmatan internet
untuk menjalani pembelajaran serta bersosial dengan kawan dan guru, ini termasuklah hiburan
seperti permainan atas talian serta pelayaran tayangan filem di Youtube dan sebagainya. Apatah
lagi jika sepanjang hari hanya duduk dan menatap skrin peranti mengakibatkan seseorang terasa
lembap serta malas di samping kelesuan mata. Pernyataan ini disokong oleh Pengarah Unit
psikologi dan neuropsikologi, Hopsital Kanak Kanak Hopkins, Dr Jennifer Katzenstein bahawa
peningkatan kejadian kemurungan, keresahan serta masalah gangguan perhatian di kalangan
pelajar berkait rapat dengan peningkatan waktu skrin mereka. Selain risiko kesihatan mental yang
tersenarai di atas, peningkatan waktu skrin turut membawa impak negatif kepada anggota badan
seseorang. Anna Schaefer dan Stacy Simon masing-masing dengan artikel mereka menyatakan
bahawa waktu duduk lama yang berpunca daripada aktiviti waktu skrin yang berpanjangan
menjadi penyumbang utama kepada kecederaan otot serta sendi malahan tulang, isu “tech
neck”, serta berisiko tinggi terhadap masalah kesihatan lain seperti obesiti, penyakit barah dan
kanser, dan banyak lagi, ini termasuklah risiko membawa kepada kematian semua punca akibat
waktu duduk yang lama. Kenyataan tersebut telah pun diselidik oleh Neville Owen, Genevie`ve
N. Healy, Charles E. Matthews dan David W. Dunstan dalam kajian mereka “Too Much Sitting:
The Population Health Science of Sedentary Behavior”. Dalam satu kajian obesiti yang
dilaksanakan pada tahun 2012 membincangkan bahawa jumlah waktu skrin yang berpanjangan
bakal meningkatkan risiko obesiti di kalangan kanak - kanak serta remaja. Dr Lai Eng Meng,
pakar pediatrik Hospital Columbia Asia, PJ menyarankan bahawa kanak-kanak dan remaja
sepatutnya mengagihkan lebih masa untuk bersukan ria bagi membakar kalori berbanding
dengan hanya duduk sahaja menatap skrin peranti digital mereka. Oleh demikian, pembelajaran
atas talian mungkin merupakan suatu peluang kepada penggunanya namun ia tetap mempunyai
risiko tersirat sekiranya cabaran seperti waktu skrin serta waktu duduk tidak diberi penekanan
sewajarnya. Jessica Mangis dalam artikel penyelidikan beliau telah merekodkan pendapatan
kajian bahawa terdapat hubungan signifikan di antara pembelajaran atas talian dengan kesihatan
pengguna. Rentetan daripada itu, mungkin dalam tempoh PKP ini agak sukar bagi pelajar untuk
menjalani aktiviti riadah di luar rumah namun senaman ringkas tetap boleh diamalkan di dalam
rumah demi menjamin kesejahteraan hidup mereka sementara pelajar sibuk menyesuaikan diri
dengan norma baharu dan pembelajaran atas talian sepenuhnya.
Apakah antara perubahan yang perlu dilakukan?

Pandemik Covid-19 memang membawa parah namun ia tetap merupakan satu peluang untuk
melihat semula dan mengubah sistem pendidikan yang ada untuk mendidik anak-anak dengan
lebih baik pada masa hadapan. Pertama, jadual pembelajaran atas talian yang lebih
komprehensif dan spesifik perlu dibincangkan dan dirangka sebagai panduan kepada pihak
sekolah untuk melaksanakan pembelajaran atas talian dengan lebih efektif. Walaupun terdapat
panduan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia pada awal bulan April
2020, namun pelaksanaan Google Classroom bagi setiap subjek masih kurang sistematik. Ini
boleh dilihatkan dengan adanya di kalangan guru yang membuat kelas pdp sehingga waktu
malam padahal jadual pembelajaran atas talian adalah bersifat fleksibel. Pelbagai
pengubahsuaian dan adaptasi perlu dicuba dalam tempoh PKP ini demi memastikan langkah
terbaik untuk pelajar sekalian. Dalam pada itu, jadual anjal khas mengikut subjek dalam seminggu
perlulah dirangka agar kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar dapat melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran yang lebih efisien. Sebagai contohnya, satu hari satu subjek dan bukannya
mengikut kembali jadual pdp di sekolah yang sedia ada. Sekiranya jadual pdp pembelajaran atas
talian mengikut kembali jadual pdp sekolah sedia ada, ini akan menimbulkan masalah kepada
para pelajar, iaitu bertambahnya waktu skrin serta waktu duduk dan menjadi kurang aktif.
Seterusnya sukatan pelajaran juga perlu disesuaikan dengan sesi PKP. Jika kita kekal
mengamalkan cara pembelajaran yang lama dan hanya memindahkan pembelajaran ke platform
dalam talian, usaha ini adalah tidak bermakna. Oleh itu, kandungan pembelajaran atas talian
haruslah bersifat ringkas, padat dan efektif. Dalam sesi pembelajaran atas talian, pelbagaikan
aktiviti pelajar melalui perkongsian serta latihan kolaborasi di antara pelajar adalah lebih efektif
daripada pengajaran lama yang berpusatkan guru pada tahap PKP ini. Jabatan Pendidikan
Negeri Sabah telah melaksanakan pembelajaran Project Based Learning (PBL) seiringan dalam
pembelajaran atas talian dalam tempoh PKP tersebut. Pelajar diberikan panduan dan tempoh
masa yang cukup dalam PKP untuk menyiapkan satu projek bagi setiap subjek yang dipelajari.
Sepanjang sesi pembelajaran atas talian, selain pengajaran sukatan subjek yang disesuaikan
dengan PKP mengikut jadual yang ditetapkan sekolah, guru dan pelajar akan membincangkan
perkembangan serta persoalan projek mereka. Pelajar akan membentangkan proses projek
individu atau kumpulan mereka sesama guru dan rakan mereka sambil mendengar komen dan
nasihat untuk memperbaiki dan menyempurnakan projek mereka. Guru pula akan menilai projek
PBL pelajar dan sentiasa membimbing dan memberikan motivasi sewajarnya. Langkah berikut
merupakan satu percubaan yang sangat sesuai dalam tempoh PKP kerana pembelajaran atas
talian bukan sekadar media perantara malahan pentas persembahan para pelajar. Satu lagi cara
untuk meluaskan capaian pembelajaran digital ialah melalui televisyen. Meskipun Malaysia
semakin bertambah baik dalam kadar penembusan internet secara keseluruhan, perbezaan
jurang digital masih ketara antara kawasan bandar dan luar bandar. Statistik suku ketiga 2019
yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mencatatkan
perbezaan kadar penembusan jalur lebar antara negeri. Negeri Sabah mempunyai kadar
penembusan jalur lebar yang paling rendah iaitu 82.0 peratus, diikuti oleh Kelantan 93.1 peratus,
Wilayah Persekutuan Labuan 95.9 peratus, dan Terengganu 97.4 peratus manakala kadar
penembusan jalur lebar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencapai 265.0 peratus, jauh
lebih tinggi daripada kadar penembusan jalur lebar national. Dan menurut statistik yang baru
dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah baru-baru ini, hampir 52 peratus pelajar
negeri Sabah tidak mempunyai peranti digital yang lengkap untuk melaksanakan pembelajaran
atas talian. Dengan itu, memandangkan bukan semua tempat dapat menikmati pelaksanaan
pembelajaran atas talian yang sama rata, maka penggunaan televisyen untuk menyiarkan
pembelajaran perlu diperluaskan lagi. Berdasarkan Kaji Selidik Penggunaan ICT dan Akses Oleh
Individu dan Isi rumah 2018 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, isi rumah yang
mempunyai akses kepada televisyen ialah sebanyak 98.6% dan merupakan yang tertinggi antara
peranti lain. Oleh itu, liputan kepada para pelajar melalui televisyen adalah lebih luas berbanding
platform atas talian. Pada waktu ini, Kelas@Rumah disiarkan dalam dua slot berdurasi satu jam
setiap hari di Okey TV. Selain itu, ASTRO turut melibatkan lebih rancangan pendidikan
berasaskan mata pelajaran sekolah. Penyiaran ini telah diperluaskan lagi mengikut jadual masa
yang sesuai malahan mempunyai fungsi “rakam” dan “tonton semula” untuk kesenangan pelajar.
Bukan itu sahaja, televisyen turut berperanan mustahak dalam menyampaikan pesanan norma
baharu iaitu rajin mencuci tangan serta amalan penjarakan sosial agar menjadi budaya tabiat dan
disemai dalam ingatan pelajar bagi persiapan pembukaan semula sekolah pada pasca pandemik
nanti. Seperkara lagi, senarai rangkaian sosial yang boleh dipercayai perlulah dikeluarkan oleh
SKMM dan PDRM sebagai panduan kepada pelajar demi memastikan jaringan keselamatan yang
terkawal agar tiada isu kebocoran maklumat yang tidak wajar ataupun risiko keselamatan siber
yang tidak diingini. Sebagaimana yang telah ditekankan oleh Rebecca Winthrop dalam artikelnya,
terdapat keperluan untuk memberi sokongan kepada kanak-kanak dalam memastikan
kesejahteraan mereka dan mengurangkan kebimbangan ketika waktu kecemasan seperti PKP
ini. Kerajaan China telah melaksanakan pembelajaran fleksibel semasa pandemik Covid-19
melanda negara. Menurut Handbook on Facilitating Flexible Learning During Educational
Disruption: The Chinese Experience in Maintaining Undisrupted Learning in COVID-19 Outbreak
yang diterbitkan 15 Mac 2020, Kerajaan China telah melancarkan pembelajaran atas talian
berdasarkan enam strategi penting yang melibatkan kerjasama pintar, jaringan dan jalingan di
antara kerajaan, perusahaan dan sekolah. Kementerian Pelajaran China telah menyediakan
platform pendidikan nasional untuk kegunaan seluruh warga pendidik serta pelajar di negara
China. Pelbagai media seperti Wechat, QQ, DingTalk, Tencent Class menjadi pelantar
komunikasi jarak jauh di antara guru serta pelajar. E-Portfolio menjadi antara agen penilaian serta
pentaksiran perkembangan pembelajaran pelajar yang popular. Televisyen pula berperanan
penting dalam menyampaikan pesanan norma baharu seperti penjarakan sosial serta kebersihan
diri sama ada dalam tempoh PKP atau pasca PKP dalam pandemik Covid-19. Selain itu,
sokongan dan perkhidmatan turut dibekalkan kepada para guru dan pelajar sekali. Dalam pada
itu, Malaysia telah pun melancarkan perkhidmatan pembelajaran atas talian dengan kerjasama
RUMAHKOD dan GEG melalui pelantar seperti Google Classroom, Digital Classroom Malaysia,
Microsoft Teams Malaysia, portal e-Guru semenjak PKP dilaksana. Namun sasaran yang menjadi
penerima hanyalah kepada para guru sahaja. Oleh itu, adalah baiknya sekiranya perkhidmatan
berkenaan dapat dipanjangkan kepada pihak ibu bapa juga. Sementara itu, para pelajar sekolah
rendah dan menengah beserta dengan ibu bapa pula boleh mengakses pembelajaran atas talian
di eduwebtv dan cikgootube selain menonton siaran pendidikan di TV. Sepanjang PKP dilaksana,
ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembelajaran atas talian pelajar. Ibu bapa perlu
bertindak sebagai pembimbing, guru sementara, serta agen motivasi kepada pelajar. Ibu bapa
jugalah yang berperanan besar dalam memastikan perkara seperti waktu skrin serta waktu duduk
lama tidak berlaku pada anak anak mereka. Tambahan pula, amalan hidup sihat bermula dari
rumah dan ibu bapa atau penjaga wajib membantu pelajar menanamkan tabiat senaman serta
kehidupan yang sihat memandangkan kebanyakan mereka berada di rumah bersama anak
mereka pada masa PKP ini.

Hala Tuju Masa Depan

Pembelajaran atas talian ini sebenarnya mampu menghasilkan seseorang yang mempunyai
kemahiran pembelajaran sepanjang hayat. Kemahiran pembelajaran sepanjang hayat yang
berteraskan teori konstruktivisme ini adalah salah satu kemahiran utama dalam kemahiran abad
ke-21 yang perlu dikuasai oleh seseorang individu untuk berjaya dalam abad yang mencabar ini.
Apabila dilakukan pembelajaran secara atas talian, pelajar tidak lagi boleh bergantung kepada
pensyarah atau guru semata-mata sebagai sumber ilmu sebaliknya mereka perlu giat membuat
pencarian sendiri dan menentukan isi kandungan yang hendak dipelajari. Sememangnya bukan
senang untuk membina kemahiran pembelajaran sepanjang hayat ini. Justeru, pendidik perlu
bijak menangani isu tersebut secara berhemah. Setiap pendidik perlu mengambil langkah proaktif
bagi memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan di sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran, serta matlamat utama pembelajaran secara holistik dan inklusif tercapai. Kita
harus sedar bahawa suatu hari nanti pelajar dan guru akan kembali ke sekolah untuk menjalani
pembelajaran seperti biasa dan pembelajaran atas talian juga akan menjadi norma baharu yang
telah diterapkan ke dalam pdp mereka. Namun, adakah pelajar sudah bersedia kembali ke
sekolah sekiranya masa itu telah pun tiba? Carmen Burbano de Lara, Pengarah School Feeding
Division, UNESCO menyatakan kerisauan beliau semasa World Food Programme, bahawa
semakin lama pelajar terhindar daripada sekolah, semakin kuranglah niat mereka untuk kembali
ke sekolah. Dengan itu, beliau berpendapat bahawa pihak sekolah berperanan besar dalam
menanamkan minda bahawa pembelajaran atas talian hanyalah langkah sementara dan
merupakan bahan bantu belajar dalam pandemik Covid-19. Para pelajar tetap perlu menjalani
hidup bersekolah selepas pasca Covid-19 nanti. Oleh yang demikian, peranan pengajar pada
abad ke-21 tidak lagi hanya menyalurkan ilmu pengetahuan tetapi ke arah mendidik dan
membimbing anak-anak menjadi seseorang yang berdaya tahan, fleksibiliti, pembelajaran
sepanjang hayat, pemikiran kritikal dan kreativiti. Untuk mencapai usaha jangka panjang ini,
kolaborasi erat di antara kerajaan, perusahaan dan sekolah tiga pihak berkenaan amatlah
diperlukan dan sebaiknya bermula dari awal persekolahan sehinggalah ke institusi pengajian
tinggi.
Rujukan :

Ayu, P. N., Chandra, D. K. R., & Lai Eng Meng. (2017, March). are your gadgets making you
sick. ColumbiaAsia, 108–109. Retrieved from
https://www.columbiaasia.com/malaysia/sites/default/files/downloads/health-articles-
are-your-gadgets-making-you-sick.pdf

Balram, A. (2020). How online learning can affect student health. Retrieved May 18, 2020,
from https://www.jhunewsletter.com/article/2020/04/how-online-learning-can-affect-
student-health

Broom, D. (2020). Homeschooling during the coronavirus pandemic could change education
forever, says the OECD 03 April 2020. Retrieved May 18, 2020, from
https://www.weforum.org/agenda/2020/04/coronavirus-homeschooling-technology-
oecd/

Chandra, D. K. R. (2016). Preventing Digital Eye Strain. Infomed Malaysia (Jul-Sept 2016),
ColumbiaAsia, 52–56. Retrieved from https://www.columbiaasia.com/malaysia/health-
articles/preventing-digital-eye-strain

Daniel, S. J. (2020). Education and the COVID-19 pandemic. Springer, (20 April 2020).
https://doi.org/10.1007/s11125-020-09464-3

Hand, B. (2018). 3 Common eLearning Health Issues And How To Overcome Them.
Retrieved May 18, 2020, from https://elearningindustry.com/elearning-health-issues-
overcome-3-common

Huang, R., Yang, J., & Chang, T.-W. (2020). Handbook on Facilitating Flexible Learning
During Educational Disruption: The Chinese Experience in Maintaining Undisrupted
Learning in COVID-19 Outbreak 15 Mac 2020. International Research and Training
Center for Rural Education (1.2). Beijing: Smart Learning Institute of Beijing Normal
University. Retrieved from https://www.researchgate.net/publication/339939064

Hughes, C. (2020). What lessons from the coronavirus pandemic will shape the future of
education? 06 May 2020. Retrieved May 18, 2020, from
https://www.weforum.org/agenda/2020/05/covid19-lockdown-future-education/

Lehmann, J. (2020). Commentary: Responding To Covid19: What Is Happening for Our


Vulnerable Children and Young People. Children Australia, (May), 1–6.
https://doi.org/10.1017/cha.2020.18

Li, C., & Lalani, F. (2020). The COVID-19 pandemic has changed education forever. This is
how 29 April 2020. Retrieved May 18, 2020, from
https://www.weforum.org/agenda/2020/04/coronavirus-education-global-covid19-
online-digital-learning/
Luthra, P., & Mackenzie, S. (2020). 4 ways COVID-19 could change how we educate future
generations 30 Mac 2020. Retrieved May 18, 2020, from
https://www.weforum.org/agenda/2020/03/4-ways-covid-19-education-future-
generations/

Mangis, J. (2016). Online learning and the effects on functional health : a pilot study. Eastern
Washington University, Cheney, Washington. Retrieved from
http://dc.ewu.edu/theses/386

McCarthy, N. (2020). COVID-19’s staggering impact on global education 26 Mac 2020.


Retrieved May 18, 2020, from https://www.weforum.org/agenda/2020/03/infographic-
covid19-coronavirus-impact-global-education-health-schools/

Nafolion Nur Rahmat, Munawir, A., & Bukhori, S. (2017). Duration of Gadget Usage Affects
Eye Fatigue in Students Aged 16-18 Years. Health Notions, 1(4), 335–340. Retrieved
from http://heanoti.com/index.php/hn/article/view/hn1409

Owen, N., Healy, G. N., Matthews, C. E., & Dunstan, D. W. (2010). Too much sitting: The
population health science of sedentary behavior. Exercise and Sport Sciences Reviews,
38(3), 105–113. https://doi.org/10.1097/JES.0b013e3181e373a2

Polcari, K. (2019). How the Internet Affects Students’ Mental Health. Retrieved May 18,
2020, from https://learnsafe.com/how-the-internet-affects-students-mental-health/

ResearchGate. (2020). COVID-19 Impact on Global Scientific Community. Retrieved from


https://solutions.researchgate.net/

Schaefer, A. (2015). 10 Perkara Yang Berlaku Semasa Anda Duduk Sepanjang Hari 21 May
2015. Retrieved May 18, 2020, from https://www.healthline.com/health/workplace-
health/things-that-happen-when-you-sit-down-all-day#1

Shaker, G., & Plater, W. (2020). 5 ways universities are helping tackle COVID-19 29 April
2020. Retrieved May 18, 2020, from
https://www.weforum.org/agenda/2020/04/universities-colleges-higher-education-
coronavirus-covid19-research/

Simon, S. (2018). Sitting Time Linked to Higher Risk of Death from All Causes 29 June 2018.
Retrieved May 18, 2020, from https://www.cancer.org/latest-news/sitting-time-linked-to-
higher-risk-of-death-from-all-causes.html

Tam, G., & El-Azar, D. (2020). 3 ways the coronavirus pandemic could reshape education
13 Mac 2020. Retrieved May 18, 2020, from
https://www.weforum.org/agenda/2020/03/3-ways-coronavirus-is-reshaping-
education-and-what-changes-might-be-here-to-stay/
Thackeray, D. (2020a). Coronavirus: 4 tips for parents who are homeschooling 28 April 2020.
Retrieved May 18, 2020, from weforum.org/agenda/2020/04/homeschooling-tips-
coronavirus-lockdown/

Thackeray, D. (2020b). Coronavirus: Can online courses teach us how to be happy during
lockdown? 16 April 2020. Retrieved May 18, 2020, from
https://www.weforum.org/agenda/2020/04/coronavirus-virtual-learning-lockdown-
covid19-education-loneliness/

Thomson Reuters Foundation. (2020). COVID-19: These countries show us what education
looks like after lockdown 14 May 2020. Retrieved May 18, 2020, from
https://www.weforum.org/agenda/2020/05/schools-education-lockdowns-coronavirus-
covid19/

Tiara Alfitriana. (2019). HUBUNGAN ANTARA LAMA KERJA DAN JARAK MONITOR
DENGAN KEJADIAN COMPUTER VISION SYNDROME PADA ANGGOTA
KEPOLISIAN RESOR KOTA SURAKARTA. UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH
SURAKARTA. UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH SURAKARTA.
https://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004

UNESCO. (2020). Schools are more than just a platform for knowledge, UNESCO webinar
highlights 05 May 2020. Retrieved May 18, 2020, from
https://en.unesco.org/news/schools-are-more-just-platform-knowledge-unesco-
webinar-highlights

Wiley, M. (2020). COVID-19: Countries around the world are reopening their schools. This
is what it looks like 02 May 2020. Retrieved May 18, 2020, from
https://www.weforum.org/agenda/2020/05/coronavirus-countries-schools-education-
covid19-reopen-classroom/

Zaitie Satibi. (2017). Tekanan digital mata 06 Ogos 2017. Retrieved May 18, 2020, from
https://www.hmetro.com.my/sihat/2017/08/250763/tekanan-digital-mata

Zhaohui, W. (2020). How a top Chinese university is responding to coronavirus 16 March


2020. Retrieved May 18, 2020, from
https://www.weforum.org/agenda/2020/03/coronavirus-china-the-challenges-of-online-
learning-for-universities/

Anda mungkin juga menyukai