Anda di halaman 1dari 1

Murid-murid sekolah kini digalakkan mengikuti kelas tambahan.

Nyatakan Kepentingan
mengikuti kelas tambahan.
Kelas tambahan bermaksud kelas pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di luar waktu
persekolahan atau ketima musim cuti sekolah.Ketika ini, kelas tambahan seakan-akan menjadi
suatu kewajipan bagi mana-mana sekolah. Pihak ibu bapa pula beranggapan kelas tambahan ini
perlu bagi meningkatkan prestasi pelajaran anak-anak.
Kelas tambahan ini biasanya menjadi pilihan utama ibu bapa kerana kelas ini boleh diikuti oleh
murid-murid secara percuma. Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan kos perbelanjaan ibu
bapa. Tambahan pula, tenaga pengajarnya pula terdiri daripada guru-guru sekolah itu sendiri.
Selain itu, kelebihan kelas tambahan ialah guru boleh memberikan banyak latihan tambahan
yang boleh meningkatkan keupayaan murid itu untuk menjawab soalan. Kaedah ini juga dikenali
sebagai latih tubi yang turut memberikan satu pengalaman kepada murid untuk menghadapi
realiti peperiksaan sebenarnya.
Pengalaman menjawab yang dialami dalam kelas tambahan berupaya memberikan satu
keyakinan kepada murid tersebut dalam menghadapi peperiksaan pula. Di samping itu, kelas
tambahan yang dijalankan biasanya memberikan lebih kefahaman kepada murid-murid. Muridmurid yang lemah akan diberikan lebih tumpuan kerana kelas ini tidak menekankan silibus. Oleh
itu, kelas tambahan banyak membantu murid-murid sederhana dan lemah untuk menguasai
kemahiran dalam sesuatu mata pelajaran. Malah, kelas tambahan juga memastikan murid-murid
memanfaatkan masa dengan aktiviti yang berfaedah. Kelas tambahan yang diadakan selepas
waktu sekolah biasa menyukarkan murid-murid untuk bergaul dengan budak-budak nakal atau
kacang hantu. Ini dapat menghalang mereka terbabit dalam gejala yang tidak sihat seperti
melepak dan menghabiskan masa menonton televisyen. Kesimpulannya, Kelas tambahan banyak
menberikan manfaat. Oleh itu, ibu bapa harus menggalakkan anak-anak mengikuti kelas
tambahan untuk memastikan masa depan mereka cerah.
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Anda mungkin juga menyukai