Anda di halaman 1dari 5

http://perfect4anis.blogspot.com/2010/03/teknik-menjadi-pelajarcemerlang.

html
Rahsia menjadi pelajar cemerlang
Kecemerlangan adalah penting dan menjadi idaman setiap manusia. Kecemerlangan bukan hanya
milik satu-satu kaum, bangsa ataupun penganut agama. Kecemerlangan adalaha milik setiap individu
yang berusaha dengan gigih dan bersungguh-sungguh. Cara pengukuran kecemerlangan bergantung
pula pada tahap pencapaian dan berbeza antara satu sama lain. Bagi seorang pelajar, kecemerlangan
bermakna berjaya mencapai keputusan yang baik di dalam bidang akademik ataupun menjuarai
acara-acara tertentu dalam sukan dan aktiviti-aktiviti lain. Kecemerlangan akademik menjadi impian
pelajar. Bagi menguasai ilmu dengan cemerlang dan menjadi pelajar yang cemerlang, pelajar perlu
berusaha dan bekerja keras. Kejayaan bukan mudah dicapai namun ia bukan perkara yang mustahil.
Setiap tahun, berates-ratus pelajar mendapat keputusan yang cemerlang apabila keputusan
peperiksaan diumumkan. Apabila ditanya mengenai rahsia kejayaan, kerja keras selain memberi
tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran menjadi resepi kecemerlangan mereka. Namun dalam
mencapai kejayaan yang diimpikan, terdapat beberapa halangan dalam usaha mencapai kejayaan.
Halangan-halangan ini perlu untuk dilihat semula oleh pelajar dalam mencapai kejayaan. Antara
halangan mencapai kejayaan ialah :

1. Matlamat yang tidak jelas

Setiap usaha yang dilakukan pasti mempunyai halangan-halangannya. Sama ada besar ataupun kecil.
Kejayaan bagi merealisasikan apa yang sedang diusahakan itu bergantung kepada sejauhmana
individu itu mampu mengatasi halangan-halangan itu. sebagai seorang pelajar, halangan-halangan
yang menghantui dan mengongkong mereka dikenalpasti berpunca daripada faktor luaran ataupun
dalaman diri. Tanggungjawab sebagai pelajar perlu dilaksanakan dan pada masa yang sama pelajar
sebagai seorang remaja bergelut mengenal pasti identiti diri. Sikap mahupun keseronokan, kebebasan
dan mahu segera menamatkan persekolahan bercampur baur dengan keinginan mahu cemerlang dan
berjaya dalam pelajaran. Sebagai pelajar yang inginkan kecemerlangan dalam semua aspek yang
diceburi, terlebih dahulu mereka perlu mengenal pasti antara halangan-halangan yang menyekat
mereka mencapai cita-cita. Selepas mengenalpasti halangan-halangan itu, pelajar perlu mencari
formula yang berkesan bagi mengatasinya. Halangan pertama yang dikenalpasti adalah matlamat
yang tidak jelas. Matlamat atau arah yang tidak jelas menyebabkan pelajar tidak tahu apa yang mahu
dicapai dalam hidup kita. Bagi pelajar yang mempunyai matlamat, segala gerak kerja dan usaha
diatur. Hal ini kerana, sebagai pelajar, kita tahu apa yang kita inginkan. Misalnya memperoleh
keputusan 8A bagi peperiksaan PMR. Oleh itu, mereka bertindak selari dengan apa yang mereka

inginkan seperti belajar mengikut jadual dan rajin mengulangkaji. Matlamat sama ada matlamat
jangka pendek ataupun matlamat jangka panjang, kedua-duanya berupaya mengubah hidup
seseorang. Kehidupan seseorang pelajar yang bosan dengan rutin hariannya berubah menjadi gaya
hidup yang lebih bertenaga apabila dia meletakkan satu-satu matlamat dalam hidupnya.

2. Tiada cita-cita

Cita-cita dan matlamat adalah dua perkara yang hampir sama. lazimnya, pelajar mempunyai cita-cita
sejak kecil lagi. Orang sekeliling mereka seperti ibu bapa dan saudara terdekat ghairah mahu
mengetahui cita-cita mereka. Jawapan yang diterima menggembirakan mereka apabila anak-anak ini
mempunyai cita-cita besar. Ketiadaan cita-cita menyukarkan pelajar menentukan masa hadapannya
sendiri. Dirinya terumbang-ambing kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Wujudnya cita-cita
bermakna pelajar tahu apa yang mahu dilakukan. Mereka sedar mereka perlu bekerja keras bagi
mencapai apa yang dicita-citakan. Pelajar perlu bijak membezakan di antara cita-cita dan anganangan. Apabila pelajar suka berangan-angan, ia dapat membunuh masa depan pelajar. Beranganangan tanpa usaha bersungguh-sungguh adalah satu perbuatan yang membuang masa pelajar. Oleh
itu, sepatutnya pelajar menjauhi perbuatan itu. kekerapan menukar cita-cita juga menjejaskan
tumpuan pelajar bagi melakukan apa yang sepatutnya. Pengaruh rakan dan tidak yakin mampu
mencapai cita-cita juga adalah antara faktor pelajar sering menukar cita-cita mereka. Walaupun ia
sesuatu yang lumrah, namun penukaran cita-cita perlu dapat mendorong semangat bagi berusaha
dengan lebih maju lagi. Pemilihan cita-cita jug mesti bersesuaian dengan minat dan kecenderungan
yang ada dalam diri pelajar. Keserasian ini periu bagi menjamin pelajar dapat apa yang diimpikan
dalam hidupnya.

3. Tidak pandai mengurus diri

Pelajar tidak cemerlang apabila tiak pandai mengurus diri. Mengurus diri melibatkan pengurusan
pakaian, perkataan dan perbuatan. Mengurus diri berkait rapat dengan cara mengurus keluarga
pelajar. Keluarga yang terurus biasanya melahirkan pelajar yang terurus. Sebaliknya keluarga yang
tidak terurus melahirkan pelajar yang tidak terurus. Pelajar tidak perlu mempunyai sumber kewangan
yang besar bagi belajar mengurus diri. setiap pelajar mesti belajar mengemas bilik sendiri. Biliknya
perlu bersih kerana ia adalah tempat belajar dan tempat berehat. Pelajar yang tidak mampu
mengurus diri dengan baik mengalami kesukaran bergaul dengan orang sekeliling. Individu seperti
guru dan rakan sebaya menjauhkan diri dari pelajar yang bersikap sedemikian. Kecemerlangan juga
hampir mustahil menjadi milik pelajar kerana sikap mereka yang tidak pandai mengurus diri. Oleh
itu, bagi mencapai kecemerlangan, mengurus diri patut diutamakan. Ini kerana mengurus diri dengan

sempurna memberi kesan langsung kepada diri pelajar.

4. Tidak pandai mengurus masa

Satu lagi perkara yang menjadi penghalang pelajar menjadi cemerlang adalah tiak pandai mengurus
masa. Kesibukan menghadiri sekolah, kegiatan kokurikuum, keas tambahan dan lain-lain aktiviti
menuntut pelajar mengurus waktunya dengan cekap. Kegagalan mengurus masa mengakibatkan
pelajar berada dalam kesukaran dan tidak dapat meakukan satu-satu perkara itu dengan sempurna.
Pelajar yang tidak mempunyai jadual harian sering mendapati mereka terperangkap dalam
kesibukan. Ketiadaan jadual menyebabkan pelajar tidak mempunyai panduan untuk diikuti. Jadual
adalah penting kerana ia menunjukkan gerak kerja yang peru dilakukan.setiap hari. Ia juga
menunjukkan jangka masa yang diambi bagi melakukan satu-satu perkara. Pelajar sukar bagi
mencapai kecemerlangan kerana tidak mempunyai pengurusan masa yang tersusun. Masa yang
begitu berharga dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa diisi dengna perkara berfaedah. Perkara ini
merugikan pelajar yang sepatutnya tahu menghargai masa dengan melakukan perkara-perkara
bermanfaat.

5. Malas belajar

Penyakit malas belajar melletakkan kegagalan lebih dekat menghampiri peajar. Sikap buruk ini perlu
dielakkan daripada menjadi amalan dan tabiat seseorang pelajar. Adalah menjadi tanggungjawab
utama bagi pelajar belajar dengan rajin. Ini supaya segala ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan
dengan sempurna di kemudian hari dan bukan hanya untuk peperiksaan. Sikap malas belajar
mengakibatkan peajar ketinggaan dalam pelbagai aspek yang diceburi. Walaupun seseorang pelajar
itu mendapat sokongan daripada semua pihak di sekelilingnya daripada segi kewangan, kemudahan,
nasihat dan sebagainya, namun sikap malas belajar yang menyelubungi diinya masih menjadi faktor
penghalang bagi mengukir kecemerlangan. Sikap malas belajar berpunca daripada pelbagai faktor.
Antaranya :

Kesukaran menerima dan mengikuti pelajaran, benci ataupun bosan bagi bersekolah
Belajar dalam keadaan dipaksa oleh ibu bapa
Tiada motivasi

Didapati sikap malas belajar membuatkan pelajar sering kecundang dalam peperiksaan. Guru-guru
kerap menghukum pelajar sebegini kerama tidak menyiapkan tugasan yang diberi mereka jiga tidak
pernha sunyi daripada di marahi oleh guru kerana sikap malas mereka. Peajar ini jugs kerap tidak

hadir ke sekolah. Sikap seumpama ini tidak memberi keuntungan kepada pelajar bahkan
mengundang kerugian dan keburukan kepada masa depan pelajar.

6. Kurang bermotivasi

Dewasa ini banyak pihak seperti ibu bapa, sekolah, dan persatuan menganjurkan program-program
berbentuk motivasi. Kesedaran kepentingan motivasi dalam diri para pelajar kian meningkat. Inu
bapa sanggup melabur wang yang banyak bagi membolehkan anak-anak mereka mendapat motivasi
daripaa pihak-pihak yang mempunyai kewibawaab dan kepakaran dalam bidang itu. ketiadaan
ataupun kurangnya motivasi dalam diri para pelajar memberikan impak yang besar kepada
pembelajaran mereka. Pelajar yang tidak bermotivasi biasanya tidak berminat ke sekolah, malas
belajar, tidak bersemangat dalam menimba ilmu dan melakukan tugasan hanya apabila disuruh dan
dimarahi. Pelajar yang tidak mempunyai motivasi diri tidak lagi bersemangant mahu belajar kerana
tiada sebarang dorongan wujud dalam diri mereka. Pelajar seumpama ini mudah kelihatan seperti
individu yang sudah tidak mempunyai apa-apa harapan lagi. Bagi pelajar yang tidak bermotivasi,
menjadi suatu kepaayahan atau kesukaran bagi mana-mana pihak bukan sahaja menyuruh mereka
belajar dengan bersungguh-sungguh malah bagi berbicara berkaitan konsep kecemerlangan diri.
peajar yang tidak mempunyai motivasi sentiasa leka, hanyut tanpa arah tujuan, tenggelam punca dan
tidak sedar tanggungjawab yang patut dilaksanakan. Peajar seperti ini tidak memahami kepentingan
pendidikan dan pelajaran. Atas alasan itu, adalah menjadi tugas yang penting bagi semua pihak bagi
memberikan kesedaran dan motivasi yang menyeluruh kepada para pelajar.

7. Lemah kemahiran belajar

Budaya menggunakan masa dengan sepenuhnya bagi mengulangkaji pelajaran memang tidak dapat
dipisahkan dalam hidup sebagai pelajar yang yang berdedikasi. Namun begitu masih masih terdapat
sebahagian besar pelajar yang sukar mencatatkan keputusan yang cemerlang walaupun banyak masa
yang diperuntukkan oleh pelajar ini bagi menguangkaji pelajaran. Sehingga ada yang menafikan hak
masanya bersama keluarga, beriadah, memenuhi hobi dan sebagainya. Amalan tidur lewat malam
juga kerap kali dilakukan oleh pelajar bagi mengulang kaji pelajaran terutama semasa menjelang
peperiksaan. Semua kaedah pembelajaran seperti mencatat nota, membaca buku, mengulang kaji
pelajaran, mendengar guru mengajar dengan teliti diamalkan. Namun, semuanya masih tidak
membuahkan keputusan cemerlang sebagaimana yang dikehendaki. Berlawanan dengan situasi di
mana terdapat pelajar yang tidak perlu mengambil masa yang lama unuk belajar namun berjaya
memperoleh keputusan yang cemerlang. Penting bagi setiap pelajar itu menyedari dan memahami
bagi mencatat keputusan yang cemerlang, terlebih dahulu pelajar perlu mempelajari dan menguasai

teknik pembelajaran yang bijak atau di sebut smart learning. Setiap pelajar perlu mengetahui kaedah
yang betul bagi membaca, mancatat nota, mengulang kaji pelajaran dan aspek-aspek lain yang
bersangkutan dengan dunia pembelajaran.

8. Pengaruh rakan sebaya

Faktor pengaruh rakan sebaya mempunyai pertalian yang kuat ke atas pembentukan minda, sikap
dan sahsiah pelajar. Remaja dilihat mempunyai hubungan yang lebih erat dengan rakan sebaya
mereka berbanding daripada ibu bapa, guru dan keluarga. Pengauh rakan sebaya dilihat lebih mudah
meresap dengan cepat kepada remaja. Sama ada melalui cara berpakaian, cara percakapan, mentality
berfikir dan cara bertindak. Remaja sering hanyut, terjerumus dan mempunyai kecenderungan
melakukan perbuatan negatif kerana terdorong dan terpengaruh oleh ajakan rakan-rakan mereka.
Terdapat juga dalam kaangan remaja yang sanggup melakukan kerosakan sosial akibat menyahut
cabaran rakan-rakan mereka. Remaja yang mempunyai keluarga yang kurang mengambil perhaitan
dan belaian kasih sayang kepadanya menjadikan rakan-rakan mereka sebagai tempat mengadu dan
berkongsi perasaan. Remaja ini lebih mudah menjadikan rakan-rakan mereka sebagai individu yang
dipercayainya. Segala ajakan sama ada negatif ataupun positif diterima bulat-bulat tanpa
pertimbangan yang wajar. Kita sering dikejutkan dengan perubahan sikap yang mendadak seseorang
pelajar yang pada awalnya mempunyai budi pekerti yang muai. Namun, seepas bergaul engan rakan
sebaya mereka lantas bersikap biadab dan kurang sopan. Begitu juga pelajar yang hakikatnya bersifat
rajin bajar tetapi akhirnya gaga dalam peperiksaannya.selepas bergaul dengan rakan-rakan yang
malas belajar.

Anda mungkin juga menyukai