Anda di halaman 1dari 3

Soalan: Ibu bapa merupakan insan yang banyak berjasa kepada kita.

Tuliskan sebuah karangan tentang cara-cara membalas jasa ibu bapa.

Sejak dilahirkan lagi, kita dijaga oleh ibu bapa dengan penuh kasih
sayang, bagai menatang minyak yang penuh. Oleh yang demikian, sebagai
anak, kita sewajarnya membalas jasa kedua-dua ibu bapa kita. Pelbagai cara
boleh kita lakukan untuk membalas jasa mereka.
Antaranya, kita perlu belajar bersungguh-sungguh. Kejayaan yang
cemerlang dalam pelajaran sudah tentu mampu menggembirakan ibu bapa yang
bersusah payah menyekolahkan kita. Sesungguhnya setiap ibu bapa inginkan
anaknya berjaya dalam pelajaran kerana pelajaran boleh menentukan masa
depan kita.
Sebagai anak yang baik, kita juga sewajarnya mempamerkantingkah
laku yang mulia. Segala nasihat mereka perlu didengar dengan teliti dan diikuti
sebagai pedoman hidup. Apabila bertutur dengan ibu bapa, elakkan bercakap
kasar agar tidak menyinggung perasaan mereka.
Kita juga haruslah bersikap tangan terbuka membantu mereka. Penat
lelah mereka mencari nafkah menanggung kita sekeluarga dapat dikurangkan
apabila kita membantu mereka. Kita boleh membantu mereka mengemas
rumah, memasak, menyiram pokok bunga dan sebagainya.
Satu lagi cara untuk membalas jasa kedua ibu bapa ialah sentiasa
mendoakan kesejahteraan ibu bapa di dunia dan di akhirat. Kita boleh
memohon doa kepada tuhan agar ibu bapa diberi kesihatan yang baik,
dipanjangkan umur dan diampunkan segala dosa. Doa boleh diamalkan pada
bila-bila masa, lebih-lebih lagi selepas solat.
Sesungguhnya, pengorbanan ibu bapa tidak dapat dinilai dengan wang
ringgit. Segala perit jerih mereka membesarkan kita seharusnya dihargai. Oleh
itu, kita perlu sedaya upaya berusaha untuk membalas jasa dan pengorbanan
mereka.

KARANGAN FAKTA : FAEDAH BERSUKAN

Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh


daripada tubuh badan kita. Malah, kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa
melibatkan diri dengan aktiviti sukan.Hal ini kerana melalui bersukan banyak
faedah yang kita peroleh.
Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh
badan.Apabila kita berakreasi seperti berbasikal,bermain badminton dan
sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak
dalam tubuh kita.Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak
berasa lesu ketika belajar di dalam kelas.
Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan
menambah kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak
mengira umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di
taman-taman, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan
itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat
dipupuk.
Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang
secara bermanfaat.Sesi latihan permainan atau beriadah biasanya dijalankan
ketika waktu lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat
menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial.
Di samping itu, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama
sekolah.Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili
pasukan sekolah,daerah, negeri mahupun negara.Apabila kita berjaya
memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah berjaya
mengharumkan nama sekolah.Nama kita juga kian dikenali dan rezeki makin
bertambah.
Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan.Marilah kita
bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia
masyarakat yang cerdas dan cergas.

Fakta: Kebaikan Buah-buahan Tempatan


Rakyat Malaysia digalakkan makan lebih banyak buah-buahan tempatan.
Tuliskan tentang kebaikan buah-buahan tempatan.
Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang terdapat di negara kita
Malaysia. Antara contoh buah-buahan tempatan ialah durian, rambutan, langsat
dan lain-lain lagi.
Rakyat Malaysia digalakkan mengambil buah-buahan tempatan kerana
buah-buahan tempatan masih segar. Oleh itu, buah-buahan ini tentu lebih
berkhasiat kerana kandungan berbagai-bagai jenis zat dan vitaminnya masih
terpelihara dan ini tentunya lebih baik untuk kesihatan kita.
Buah-buahan tempatan juga mudah didapati terutama pada musim buahbuahan. Pokok buah-buahan ini seperti pisang dan betik boleh kita tanam sendiri
di sekeliling rumah, apatah lagi sekiranya kita tinggal di kampung. Ini akan akan
memudah kita mendapatkan buah-buahan ini tanpa perlu pergi ke kedai dan
sebagainya.
Buah-buahan tempatan juga dapat membantu meningkatkan ekonomi
negara. Apabila kita lebih gemar memilih buah-buahan tempatan, ini akan
meningkatkan pendapatan petani dan seterusnya dapat menyediakan lebih
banyak peluang pekerjaan. Secara tidak langsung kita telah membantu negara
dalam menyediakan peluang pekerjaan dan meningkat ekonomi negara.
Kesimpulannya, kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana
banyak kebaikannya. Tambahan pula buah-buahan tempatan didapati lebih
murah daripada buah-buahan import. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia dapat
menikmati buah-buahan ini tanpa mengira kaya atau miskin.

Anda mungkin juga menyukai