Anda di halaman 1dari 5

Ucapan Harum Cempaka Di Sisi Bidara

Pembuka Indah Redup Dihias Melati


Salam Sembah Pembuka Bicara
Sulamkan Mesra Satukan Hati

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera,

Yang dihormati Encik Ahmad Hashim Bin Yasin, Guru Besar Sk Temin,
Yang berusaha Puan Rosniza Binti Idris, Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang berusaha Puan Intan Suryati Binti Ishak Penolong Kanan Hem,
Yang berusaha En Aminuddin Bin Mat Ludin, Penolong Kanan Kokurikulum,
Yang berusaha Puan Suriani Binti Mohamed Adenan, Penolong Kanan Pendidikan Khas,
Yang diraikan Encik Ahmad Johari Bin Dawod, Mantan Penolong Kanan Pentadbiran, dan
Encik Suhaimi Bin Abd Kudus mantan Juruteknik Komputer sk temin
serta Rakan-rakan sekerja yang saya kasihi sekalian.

*******

Bersyukur kita kepada Ilahi, pada hari yang tenang penuh ceria ini, kita bersama-sama
dapat berkumpul bagi merealisasikan jamuan akhir tahun sk temin dan majlis
perpisahan guru dan staf yang telah ditukarkan

Saya bagi pihak jawatankuasa pelaksana mengucapkan selamat datang ke majlis khas
untuk Encik Ahmad Johari Bin Dawod yang telah dinaikkan pangkat sebagai guru besar
dan berkhidmat di SK Kuala Mu.
Dan seorang lagi rakan staf kita Encik Suhaimi Bin Abd Kudus juga telah ditukarkan dan
sekarang meneruskan perkhidmatannya di Pejabat Pendidikan Daerah, Kuala Kangsar.

Kuning Emas Masaknya Padi


Mawar Merah Dahannya Berduri
Terima Kasih Daun Keladi
Kerana Sudi Menghadirkan Diri.
Bacaan Doa Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
bermunajat,memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat dari-Nya. Untuk itu,
majlis mempersilakan Ustaz Mohd Jamri bin Yiddin untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

*Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada Ustaz atas bacaan doa itu tadi.
hadirin sekalian,

Majlis ringkas yang kita adakan ini merupakan majlis sempena perpisahan dan
Ucapan Alu- perpindahan Encik Ahmad Johari Bin Dawod dan Encik Suhaimi Bin Abd Kudus.
aluan Banyak kenangan yang terpahat di setiap hati sanubari kita masing-masing. Tidak
kira sama ada yang telah lama mengenali 2 orang insan hebat ini mahupun yang baharu
mengenalinya, pastinya banyak cerita suka dan duka telah kita cipta sepanjang kita
bersama dengan beliau. Yang pastinya setiap memori itu pasti meninggalkan kenangan
yang sangat mendalam di lubuk jiwa masing-masing.

**************
Buah selasih di dalam puan,
Di bawa gadis ke tengah laman,
Segala kenangan dan jasamu tuan,
Sentiasa tersemat dalam ingatan.

Setelah sekian lama kita bersama, saya percaya banyak kata-kata yang ingin diluahkan,
yang dibicarakan dalam hati masing-masing.

sebagai pembuka persada ucapan. majlis dengan hormatnya mempersilakan Encik


Ahmad Hashim Bin Yasin, Guru Besar Sk Temin untuk memberikan ucapan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru besar atas ucapan alu-aluan itu
tadi.
Indah kilauan batu permata,
bertambah indah di pakai putera,
Kini bersua bertentang mata,
Mungkin nanti intai-intai sahaja

Tidak lengkap rasanya jika kita tidak mendengar ucapan dan kata-kata dari tetamu yang kita
raikan pada petang ini. Tanpa membuang masa saya dengan rasa sukacitanya menjemput
Ucapan Yang Encik Ahmad Johari Bin Dawod bagi menyampaikan ucapan.
Dirai majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Dihormati Encik Ahmad Johari Bin
Dawod atas ucapan yang disampaikan itu tadi.

************

Seterusnya, marilah sama-sama kita dengarkan pula ucapan dari rakan staf kita iaitu
Encik Suhaimi Bin Abd Kudus. Majlis dengan ini mempersilakan…

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan dan bicara akhir yang disampaikan
oleh Encik Suhaimi Bin Abd Kudus itu tadi.
Tayangan Hadirin yang dihormati sekalian,
montaj
Kini masa yang ditunggu-tunggu telah tiba, para hadirin dijemput untuk menikmati hidangan
yang telah disediakan sambil kita menyaksikan tayangan montaj bagi mengimbau
nostalgia
menggamit jiwa dan kenangan sepanjang Encik Ahmad Johari Bin Dawod dan Encik
Suhaimi
Bin Abd Kudus berkhidmat di SK Temin

****Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Jamali bin abd hamid diatas kesudian
Penyampaian Kuning emas masaknya padi
Cenderamata Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Sumbangan tuan tidak bertepi


Mengorban diri menyemai bakti
Ganjaran terbaik hanya dari ilahi
Dari kami terimalah cenderamata ini

Majlis mempersilakan Encik Ahmad Johari Bin Dawod untuk menerima cenderahati tanda
kenang kenangan dari kami.

Dijemput Encik Ahmad Hashim Bin Yasin, Guru Besar Sk Temin untuk menyampaikan
cenderamata. Dengan segala hormatnya di persilakan.

Dijemput…………………….
Dijemput………………………..

Majlis merakamkan terimakasih kepada Yang Dihormati , ___________


atas penyampaian tanda hati itu
tadi.
Penutup Hadirin yang dihormati sekalian,

Subur padi Allah kurnia,


Hidup mula di dalam air,
Sudah menjadi lumrah dunia,
Setiap yang bermula akan berakhir.

Majlis kita sampai di sini, sebelum kita bersurai ,saya mengambil kesempatan untuk
mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada warga kerja majlis kita
pada hari ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Sebarang kelemahan harap dimaafi


Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati

Sekian. Wabillahitaufik walhidayah. Wassalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai