Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR

TEKS PENGERUSI MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH


Tarikh                    : 5 April 2021
Masa                     : 2.30 ptg
Tempat                 : Dewan Hotel Perdana Kota Bharu

PERKARA/ BUTIRAN CATATAN


PEMBACA
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Ketibaan
Tetamu Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis
kita akan bermula sebentar lagi.
Hariff
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Kamarudin bin
Yahya Guru SKBS dengan diiringi dif-dif kehormat masuk
ke dalam dewan. Dipersilakan mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Petang yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis “Sanjungan Budi,
Lambaian Kasih” sempena persaraan En. Kamarudin bin
Yahya, Guru Besar SK Bunut Susu.

Bacaan Doa Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam


sejahtera, dan Salam SK Bunut Susu.
Jue
Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh


bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil
Ustaz Ahmad Muslim b. Hamdan. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Ucapan Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
Alu-aluan kasih kepada Al Fadil Ustaz Ahmad Muslim b. Hamdan atas
bacaan doa itu tadi.
Hariff
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Dihormati

Yang Diraikan
En Kamaruddin bin Yahya
Guru Besar SK  Kota Setia 

Yang Berusaha En.Che Hanah bin Che Ya


Penolong Kanan Pentadbiran SK Bunut Susu

Yang Berusaha Pn.Hjh Noor Ainu binti Awang


Penolong Kanan Hal-ehwal Murid

Yang Berusaha En. Zailan b. Awang


Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Dihormati Tn. Hj Abd Kadir


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Bunut
Susu

Yang Dihormati
Dif-dif Jemputan

Seterusnya
Rakan -rakan guru dan kakitangan SKBS yang diRahmati
Allah sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih” sempena persaraan
Yang Diraikan En Kamaruddin bin Yahya,Guru Besar
SK  Bunut Susu

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur


Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka
kita dapat bersama-sama berhimpun pada petang ini untuk
meraikan En. Kamaruddin bin Yahya dalam Majlis
“Sanjungan Budi, Lambaian Kasih”
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan


kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan En. Kamarudin
bin Yahya sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia
pendidikan yang berakhir sebagai Guru Besar di SK Bunut
Susu

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis menjemput Yang Berusaha En.Che Hanah Bin Che Ya


Penolong Kanan Pentabbiran untuk menyampaikan ucapan alu
aluan Dipersilakan.

Ucapan PK1 Terima kasih diucapkan kepada PKP


atas ucapan sebentar tadi.

Seterusnya Majlis menjemput Ust Khairul Anuar selaku


Pengerusi Kelab Guru SKBS 2021
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ust Khairul Anuar bin


Ucapan Jaafar Pengerusi Kelab Guru atas ucapan yang telah
Jue disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan  Yang


Dihormati Tn.Hj Abd Kadir bin Ibrahim., Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Bunut Susu untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Ucapan YDP Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Tn.Hj Abd


MGB Kadir atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Tidur lena di bilik beradu
Hujan lebat di Kampung Baru
Bagaimana kami takkan rindu
Tuan mendapat tempat baharu

Panjang sungguh jambatan Pulau Pinang


Sempat berhenti di Tanjung Uban
Jasa kalian tetap dikenang
Semoga diberkati diredhai Tuhan

Majlis seterus menjemput Pn.Zubaidah bt Mohamed guru


kita yang baharu sahaja bersara bagi menyampaikan
ucapan, dengan segala hormat dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas ucapan sebentar tadi.

Persembahan
Multimedia Para Hadirin yang kami muliakan,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan Tayangan Video


Kenangan dan biodata sempena persaraan Yang Diraikan
Tn.Guru Besar kita

*** Persembahan multimedia


Ucapan
Yang Dirai Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan Tayangan Video
GB sempena persaraan Yang Diraikan En. Kamaruddin bin yahya
Hariff . Terima kasih kepada team unit ict SKBS dan individu yang
menjayakan persebahan tersebut. 
Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat
kita semua.

Hadirin yang dimuliakan,


Persembahan
Khas Gurindam Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu
Jiwa ucapan daripada Yang Diraikan En. Kamarudin bin Yahya.
Majlis dengan segala hormatnya  menjemput dan
Jue mempersilakan.

***………Ucapan GB

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Yang Diraikan En. Kamarudin bin Yahya atas
ucapan itu tadi.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah


sama-sama kita saksikan persembahan khas daripada Guru-
Guru SKBS yg diketua oleh cgu fieda kita berjudul Pelangi
Petang dan Salam Terakhir”. Dipersilakan.

**** persembahan

Semoga kita terhibur dengan persembahan khas yang


cukup istimewa sebentar tadi. Terima kasih diucapkan

Penyampaian Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Watikah
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di
Hariff pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama pelari telah sampai ke garisan penamat,

Majlis seterusnya ialah penyampaikan Cenderahati


Kenangan kepada guru-guru kita yang telah bertukar pada
tahun lepas Untuk itu, majlis mempersilakan  Yang
Dihormati En. Kamaruddin bin Yahya Guru Besar kita
naik ke pentas utama untuk menyempurnakan penyampaian
tersebut. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn.Guru


Besar kerana sudi menyempurnakan majlis penyampaian
cenderamata sebentar tadi.
Penyampaian
Hadiah &
cenderamata

Jue
Umpama memanjat dah sampai ke puncak
Penutup Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Hariff Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Kita telah pun berada di hujung acara.


Untuk cikgu kamarudin……….

Guru umpama bintang cemerlang


Walau bersara jasa dikenang

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Penutup Majlis  mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Diraikan En. Kamaruddin kerana sudi untuk bersama kita
Jue pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua
mendoakan agar Yang Diraikan En. Kamarudin bin yahya
bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-
sama memeriahkan Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih”
ini.

Dikesempatan ini juga, sy ingin memohon ribuan kemaafan


andai ada salah dan silap sepanjang sy mengacarakan Majlis
ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Majlis menjemput Yang Diraikan En. Kamarudin serta semua
tetamu, hadirin dan hadirat untuk menjamu selera
.sepanjang hadirin menjamu selera kita akan dihiburkan
dengan beberapa persembahan drp guru kita..majlis dengan
segala hormatnya menjemput PKP kita utk menyampaikan
sebuah lagu yg bertajuk..
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq
walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa
Barakatuh

Anda mungkin juga menyukai