Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS 

“SANJUNGAN BUDI, KILAUAN KASIH’


SEMPENA PERSARAAN EN AZMAN BIN HASSAN

PERKARA/ BUTIRAN CATATAN


PEMBACA

Ketibaan Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,


Tetamu
Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana
majlis kita akan bermula sebentar lagi.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En Azman Bin


Hassan Dan Isterinya
_______________________________ dengan
diiringi dif jemputan masuk ke dalam dewan.
Dipersilakan mengambil tempat.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Petang yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna

Kami bawakan kepada anda Majlis “Sanjungan Budi,


Kilauan Bakti” sempena persaraan En Azman Bin
Hassan Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Pekula
Jaya.

Bacaan Doa Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t,


salam sejahtera dan salam Kedah Aman Makmur

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh
bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al
Fadil ...............................................................................
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Ucapan Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Alu-aluan Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Al Fadil Ustaz
__________________________________ atas
bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Yang Diraikan
En Azman Bin Hassan
Guru Bimbingan dan Kaunseling SMk Pekula Jaya

Yang Dihormati
Pengerusi Majlis Guru Kaunseling Zon Kondusif
En Wan Mohd Fadhli Bin Wan Mohd Yusoff

Yang Dikasihi Rakan-Rakan Guru Bimbingan Dan


Kaunseling Zon Kondusif dan tetamu jemputan
_____________________________ iaitu Isteri
Kepada En Azman Bin Hassan dan En Abdul Ghani
Bin Hasan (Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK
Khir Johari)

Selamat datang ke :
Majlis “Sanjungan Budi, Kilauan Bakti” sempena
persaraan Yang Diraikan En Azman Bin Hassan .

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur


Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya
maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada
petang ini untuk meraikan En Azman Bin Hassan dalam
Majlis “Sanjungan Budi, Kilauan Bakti”, “
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala


bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang
Diraikan sepanjang perkhidmatan beliau di dalam
dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru
Bimbingan dan Kaunseling Di SMK Pekula Jaya.

Ucapan Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Pengerusi
Majlis Zon Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis menjemput En Wan Mohd Fadhli Bin Wan Mohd


Yusoff untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

***………Ucapan Pengerusi Zon

Terima kasih diucapkan kepada Yang En Wan Mohd


Fadhli Bin Wan Mohd Yusoff atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan En


Abdul Ghani Bin Hasan Selaku rakan kerja dan juga
teman rapat sepanjang berada di SMK Pekula Jaya
untuk menyampaikan sepatah dua kata.. Dipersilakan.

***………Ucapan rakan

Terima kasih diucapkan kepada En Abdul Ghani atas


ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Ucapan Yang Hadirin yang dimuliakan,


Diraikan
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan
iaitu ucapan daripada Yang Diraikan En Azman Bin
Hassan. Majlis dengan segala hormatnya menjemput
dan mempersilakan.

***………Ucapan Yang Diraikan

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan


terima kasih atas ucapan itu tadi.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di


pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama pelari telah sampai ke garisan penamat,

Jamuan Majlis diteruskan dengan menjemput


Makan dan _______________________________ untuk
Penyampaian bacaan doa makan bagi memulakan jamuan makan kita.
Hadiah Majlis dengan segala hormatnya.

*Doa Makan.

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah


dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat
insan yang kita raikan pada hari ini iaitu En Azman Bin
Hassan.

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput


dan mempersilakan En Azman Bin Hassan diiringi oleh
En Nizan untuk menerima hadiah dan cenderamata.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata


daripada
Rujuk senarai hadiah……

1.
2.
3.

Begitulah sebentar tadi upacara penyampaian


cenderamata kenang-kenangan

Umpama memanjat dah sampai ke puncak


Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Potong Kek Hadirin yang dimuliakan,

Memandangkan jarang-jarang sekali kita bertemu dan


bersua, di majlis ini dalam meraikan En Azman yang
saya menjemput semua rakan-rakan yang lahir pada
bulan Januari, Febuari dan Mac untuk sama-sama naik
ke pentas bagi memotong kek sebagai simbolik
menyambut ulang tahu kelahiran simbolik menyambut
ulang tahun kelahiran Dipersilakan.

Hadirin yang dimuliakan,


Sama-sama kita nyanyikan lagu selamat hari jadi buat
rakan-rakan kita.

Allah Selamatkan Kamu,, Allah Selamatkan Kamu..


Allah Selamatkan semua..,,Allah Selamatkan Kamu..

Penutup Kita telah pun berada di hujung acara.


Untuk cikgu Azman ……….

Guru umpama bintang cemerlang


Walau bersara jasa dikenang

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari


ini.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Diraikan En. Azman Bin Hassan kerana sudi untuk
bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan
kami semua mendoakan agar bertambah ceria dan
bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada


semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa
bersama-sama memeriahkan Majlis “Sanjungan Budi,
Kilauan Bakti” ini.

Dikesempatan ini juga, saya ingin memohon ribuan


kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya
mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Wa BilLahi Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum


Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

Anda mungkin juga menyukai