Anda di halaman 1dari 5

TEKS EMCEE PROGRAM PENUTUPAN IHYA RAMADHAN SKKS 2016

QUE: MULA MAJLIS

Bagi memulakan majlis kita pada hari ini,marilah kita bersama-sama menyanyikan lagu
Negaraku, Sabah Tanah Airku dan lagu Sekolah. Oleh itu, para hadirin diminta berdiri dan
dalam keadaan sedia.

Dari Raub pergi ke Pontian

Terus pula ke Kuala Perlis

Harap semua berikan perhatian

Mohon saya mulakan Majlis.

Dengan bismillahlafaz dimula,

Dengan bismillah restu dipinta,

Segala usaha telah pun mendapat hidayat-Nya,

Semoga beroleh seluruh berkat-Nya. Amin.

Yang Berusaha,

En. Brahim bin Zakaria,

Guru Besar SK Karamunting.

Yang Dihormati, Pn. Elizabeth Sapikin,

Guru Penolong Kanan 1.

Yang Dihormati, En. Habib Abdul Rahman bin Habib Mahmud, Guru Penolong Kanan HEM

Yang Dihormati, Pn. Nur Azie Intang, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Yang dihormati, En Jamaluddin bin Saling, Guru Penolong Kanan Petang.

Barisan warga pendidik SK Karamunting,


Seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Assalamualaikum,

Ah lan wa sah lan wamarhababikum...ke

Majlis Penutup Ihya Ramadhan SK Karamunting

Ke Pekan Kuala membeli bingka,

Sayang pesanan terlupa sudah;

Majlis bermula tirai dibuka,

Dengan alunan madah yang indah.


Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang

Maha Esa, kerana dalam kita meniti Ramadhonul Kareem yang penuh keberkatan

ini, dapat kita dipertemukan dalam Program Penutupan Ihya Ramadhan SK

Karamunting.

Ramadhan merupakan bulan doa hambanya diterima, bulan diterima keampunan

dan taubat, bulan penuh keredhaan Allah.

Allah telah berfirman.


Ya aiyuhallazi naamanu kutibaalaikumussiam
Kama kutiba alallazi naminkoblikum laallakum tattakun
(surah al-baqarah ayat 183)

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana

diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,

QUE: DOA

Kalau pergi Tanjung Keramat,

Anak manis jangan diangkat;

Bersama kita memohon rahmat,

Moga majlis mendapat berkat.

Untuk memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya,

menjemput Ustaz Wan untuk mengetuai bacaan doa. Malis dengan segala

hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Wan di atas pimpinan bacaan doa sebentar
tadi.
QUE : UCAPAN GB

Duduk sekawan si burung unta,

Tepi keramat di waktu malam;

Pada mu tuan kami meminta,

Kata azimat penutup kalam.

Pergi ke kota beli selasih,

Sayang si dara buat halwa;

Berilah kata simpulan kasih,

Sulamkan mesra satukan jiwa.

Hadirin sekalian, kelangsungan majlis diteruskan lagi dengan ucapan

Tuan Guru Besar.

Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan

YangBerusaha En. Brahim bin Zakaria Guru Besar SK Karamunting untuk

menyampaikan ucapan.Majlis dengan segala hormat nya mempersilakan.

-----------selesai ucapan---------------

QUE : PENYAMPAIAN SUMBANGAN.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan hari raya kepada pelajar-

pelajar yang kurang berkemampuan dan anak yatim. Untuk itu, majlis menjemput

Encik _________________untuk menyampaikan sumbangan ikhlas dari pihak

sekolah.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Dimulakan dengan penyampaian sumbangan kepada pelajar-pelajar yang

kurang berkemampuan.

Dijemput adik ...


Seterusnya adalah penyampaian sumbangan kepada pelajar-pelajar anak

yatim.Dipersilakan adik ...

Anda mungkin juga menyukai