Anda di halaman 1dari 11

Bunga melati tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara, Assalamualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara.

Hadirin dan hadirat yang dihormati, Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kasihNya dapat kita bersama-sama dalam Majlis Hari keluarga .. Saya bagi pihak majlis amat mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan.Untuk pengetahuan hadirin sekalian, Majlis Hari keluarga ini merupakan salah satu program yang dinanti-nantikan setiap tahun kerana pada masa inilah kita semua dapat berkumpul dan bersukan bersama dan secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Garam ada kicap pun ada, Sayang lada terlupa bagi, Pantun ada ucapan pun ada, Sayang tiada berdoa lagi. Dengan segala hormatnya, majlis menjemput saudara Ahmad Abdullah untuk memimpin bacaan doa pada pagi ini.Dipersilakan Amin-amin ya rabbal alamin,doa dibaca restu diminta. Terima kasih diucapkan pada saudara .. atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. Hadirin dan hadirat sekalian,bagi memulakan ..kita pada hari ini marilah kita bersenam ringan bersama-sama. Anda mahu tak mahu?!! Apa yang ditunggu lagi. Kita persilakan saudara untuk mengetuai senaman kita. Selesai sudah senaman kita. Dijemput semua menikmati sarapan pagi yang khas disediakan untuk anda. Anda semua dah kenyang? Sedap tak? Jom kita berkumpul semula untuk aktiviti seterusnya. ^______^

MAJLIS PENUTUP

Yang berbahagia .. , selaku tetamu kehormat , yang dihormati barisan tenaga pengajar, ahli-ahli dari UniKL,Nilai,PJ serta seluruh warga .. Untuk meneruskan majlis kita pada hari yang indah ini, dijemput saudari .. selaku pengarah program .. untuk menyampaikan sepatah dua kata.Dipersilakan... Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan itu tadi Kini tanpa berlengah masa lagi,majlis menjemput ..untuk memberi ucapan.Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan. Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada En atas pemberian ucapan itu tadi.

Kini tibalah masanya saat-saat yang dinantikan.Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah sukaneka kepada para pemenang. Dipersilakan . diiringi saudara .. untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.Diminta wakil dari kumpulan pemenang untuk mengambil hadiah.Bagi acara, 1) 2) 3) 4) 5)

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi, maka berakhirlah Hari keluarga 2012. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan dan menghadiri majlis ini. Sebelum berpisah, dengarkanlah serangkap pantun daripada saya,

Pergi ke dudun memetik kelapa, Kelapa muda si kelapa barli, Jari disusun maaf dipinta, Panjang usia berjumpa kembali. Saya bagi pihak majlis memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung.Yang baik itu datangnya dari Allah, dan buruk itu datangnya dari diri saya sendiri.Saya sudahi dengan w.b.t wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi, maka berakhirlah Hari keluarga PSSCM. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan dan menghadiri majlis ini. Sebelum berpisah, dengarkanlah serangkap pantun daripada saya, Pergi ke dudun memetik kelapa, Kelapa muda si kelapa barli, Jari disusun maaf dipinta, Panjang usia berjumpa kembali. Saya bagi pihak majlis memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung.Yang baik itu datangnya dari Allah, dan buruk itu datangnya dari diri saya sendiri.Saya sudahi dengan w.b.t wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai