Anda di halaman 1dari 3

Assalammualaikum w.b.

Sarung ketupat berisi inti,

Dibawa budak sambil berlari,

Kehadiran semua sangat dihargai,

Moga Majlis bertambah seri.

Doa dibaca memohon Rahmat,

Moga Majlis mendapat berkat.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, majlis menjemput Al-
Fadhil Ustaz __________________ untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan selamat datang ke majlis solat hajat perdana & yassin anjuran masjid al azim
Bandar baru permas jaya 2016

Yang berusaha…

Yang berbahagia…

Yang dimuliakan penceramah jemputan kita sohibussamahah…

Guru-guru Ibu bapa dan penjaga serta anak2 murid yang dirahmati sekalian

Alhamdullillah…. bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan izin limpah kurnia Nya pada malam
ini, kita sekali lagi bersama-sama berhimpun di masjid ini bagi mengadakan majlis solat hajat
dan bacaan yassin anjuran masjid al azim Bandar baru permas jaya.Terlebih dahulu bagi pihak majlis
, kami amat berbesarhati dan mengalu-alukan kehadiran hadirin dan hadirat sekalian ke majlis yang
penuh barakah ini. Semoga dengan kesudian kalian meluangkan masa pada majlis kali ini
membolehkan kita duduk berkumpul dalam ikatan kekeluargaan di samping mendoakan kejayaan
anak-anak kita yang akan menduduki peperiksaan UPSR , PT3, SPM & STPM yang bakal menjelang.

Hadirin yang dirahmati Allah sekelian, Sebelum memulakan majlis, sukacita saya untuk membacakan
perjalanan aturcara majlis pada hari ini....

Majlis dimulakan dengan bacaan yassin dan solat hajat,kemudian solat isyak dan slot motivasi dan di
akhiridengan jamuan makan.
Sehubungan dengan itu majlis dengan segala hormatnya menjemput sohibus
samahah __________________________untuk mengetuai bacaan yassin dan solat hajat. Dengan
segala hormatnya dipersilakan...

Hadirin yang dirahmati sekelian,majlis kita akan diteruskan lagi dengan mendengar motivasi
daripada penceramah jemputan kita . Oleh itu,marilah kita sama-sama meminjamkan sebentar
mata,telinga dan hati kita agar ilmu yang bakal di sampaikan dapat kita hayati dan manfaat bersama.
Sehubungandengan itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakansohibus samahah
…………………………………………………..........untuk menyampaikan motivasinya yang bertajuk
“Pecutan AkhirSebelum Peperiksaan” . dipersilakan

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh sohibus
samahah ……………………………………………………………………..sebentar tadi.Semoga segala yang
disampaikan tadi dapat dijadikan ikhtibar dan panduan buat kita semua dalam menempuhi cabaran
yang mendatang.

Hadirin yang dihormati sekelian,Dengan berakhirnya ceramah itu tadi , maka majlis sudah sampai
kepenghujungnya. Saya selaku wakil kerja jawatankuasa majlis, memohon maaf atas
segalakekurangan dan tidak keselesaan sepanjang majlis iniberlangsung. Sesungguhnya yang baik itu
datangnya dariAllah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripadakelemahan saya sebagai makhluk
Allah bernama insanSebelum kita bersurai marilah kita sama-sama membacaSurah al-
‘Asr dan tasbih Kafarah
Seterusnya majlis dengan segala hormatnyamempersilakan semua tetamu untuk menikmati
juadahyang telah disediakan di kantin sekolah. Dengan itu sayasudahi dengan wabillah hitaufik wal
hidayahwassalammualaikum w. b.t dan terima kasih

PENYAMPAIAN HADIAH & CENDERAHATI

Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati. Untuk
menyempurnakan penyampaian, Majlis dengan ini, menjemput dan mempersilakan
__________________, Tuan Pengetua, untuk mengiringi __________________ YDP PIBG,
dipersilakan.

Dijemput, Tuan Imam ________________________ Imam Masjid ____________________ untuk


menerima cenderahati dari pihak PIBG dan Sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada tuan imam atas kesudian menerima cenderahati dan terima kasih,
syukran jazilan yang berbahagia tuan imam / ustaz atas kesudian bertandang ke sekolah ini.
Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat _____________________ ADUN
Kawasan ________________ untuk menerima cenderahati dari pihak PIBG dan Sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia __________________ YDP PIBG di atas kesudian
menyampaikan cenderahati sebentar tadi.

PENUTUP

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Tuan puteri tersenyum-senyum,

Melihat mempelai direnjis dipilis,

Senyum-senyum jangan tak senyum,

Sudah kita di penghujung Majlis.

ATAU, RINGKAS: Kita sudah di penghujung majlis.

Saya mewakili warga kerja, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepadasemua
pihak yang terlibat di dalam menjayakan Majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun
tidak.

Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada Allah s.w.t. Tiada untaian kata yang mampu
dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas
kesudian hadir menjayakan solat hajat perdana peringkat _______________.

Kita doakan semoga anak-anak pelajar kita mendapat kejayaan dalam peperiksaan.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
mengacarakan majlis ini.

Semoga dapat kita bersua kembali dalam pertemuan yang lain.

Terima kasih kepada semua.

Dijemput kepada semua tetamu VIP dan hadirin untuk menikmati jamuan hidangan di kantin sekolah
selepas ini.

Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al
‘Asr.

Anda mungkin juga menyukai