Anda di halaman 1dari 2

Bissmillahirrahmanirahim..Assalamualaikum warahmatullahibarakatuh.

Yang saya hormati

Encik Sabri
Setiausaha Masjid an naim
Barisan tenaga pengajar kem ibadah
Barisan Ahli jawatankuasa Masjid Annaim
Dan anak2 yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah kerana dengan
limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Penangguhan Kem Jom Solat siri
pertama Peringkat SMK Demak Baru Tahun 2013. Mudah-mudahan hasrat untuk melahirkan generasi
yang cemerlang dapat direalisasikan melalui program-program sebegini.

Bagi memohon agar majlis kita pada hari ini dilimpahi dengan keberkatan, mari kita mengaminkan doa
bersama2

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.

Seterusnya majlis menjemput ustaz Badrol Hisyam bin Majid, selaku ketua komanden kem jom solat siri
pertama untuk membuat sedikit ulasan dan rumusan sepanjang program ini berlangsung.

Majlis dengan segalanya hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapakan terima kasih kepada Ustaz Badrol Hisyam bin Majid atas ulasan dan rumusan
beliau tadi.

UCAPAN ALUAN PENGETUA.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Masjlis seterusnya menjemput En Sabri untuk memberikan sebab dua kata.

Dipersilakan dengan segala hormatnya.


Terima kasih diucapkan kepada En saabri atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Seterusnya acara penyampaian cenderamata dan hadiah kepada barisan tenaga pengajar dan kepada
peserta.

Untuk menyempurnakan majlis, dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan En Sabri bagi
menyampaikan cenderamata dan hadiah.Dipersilakan.

Majlis mengucapakan terima kasih kepada Cikgu Hajah Fatimah atas penyampaian cenderamata itu tadi.

Mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana Kem ibadah Masjid An naim, saya ingin mengungkapkan
ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan majlis
selama 4 hari majlis ini . Kepada anak –anak pelajar yang dikasihi jadikan ilmu yang dikutip selama kita
berkampung 4 hari ini sebagai titik mula kepada kamu untuk mencintai solat , jadikan satu ibadat yang
mengembirakan. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya, in sya Allah.

Sekian saya akhiri dengan lafaz suci wabilah hitaufik wassalamualaikum W.B.T.

Anda mungkin juga menyukai