Anda di halaman 1dari 26

TAZKIRAH

CARI SAHABAT YANG BERTAKWA

Berkawanlah/bersahabatlah dan carilah sahabat@rakan yang mengingatkan kita kepada TAQWA, ingatkan kita
tentang akhirat, ingatkan kita tentang Agama. Duduklah bersama mereka, solatlah bersama mereka dan
rapatlah dengan mereka kerana di akhirat kelak, rakan2/sahabat2 yang soleh/solehah ini mampu memberikan
Syafaat kepada kita di saat mereka tidak melihat kita bersama mereka di dalam Syurga. Mereka akan bertanya
kepada Allah, "Ya Allah dimanakah sifulan yang dahulu dia duduk dengan kami, solat dgn kami, mengaji
dengan kami? ALLAH SWT perintahkan para malaikatNya mencari sifulan itu dan sekiranya dia berada di dalam
Neraka, maka akan segera dikeluarkan darinya.

Ikhwan/akhwat sekalian, walaupun keadaan kehidupan kita adalah berbeza, namun kita semua tetap kena
sama di dalam melaksanakan perintah Ugama. Kita tetap akan memakai pakaian yang sama ketika kita mati
kelak dan diletakkan di saiz yang sama di dalam lahat. Keadaan kita akan dibezakan semula di padang mahsyar
pada nilai amalan yang berbeza. Keadaan perbezaan ini amat penting untuk kita, justeru bezakan diri kita
dengan yang lain melalui amal soleh yang perlu kita usahakan pada masa sekarang sebelum kita bertemu Allah
kelak.

Taqwa pada Allah sungguh2, jaga akhlak sungguh2, jaga lisan sungguh2 dan jaga ibadah kita sungguh2.

TIP UNTUK MENDAPAT REZEKI YANG TAK DISANGKA2.

Basic amalan yang membawa kepada terbukanya pintu rezeki adalah memperbanyakkan ISTIGHFAR setiap
hari. Hal ini ada dijelaskan oleh Allah SWT di dlm surah Nuh ayat 10 hingga 12.

Kedua, setiap kali apabila kita dapat gaji, OT lebih, dapat bonus, dapat duit lebih, perkara yang mula2 kita
lakukan adalah belikan makanan spt beras, gula, dan sebagainya kemudian cari orang2 susah, jumpa dia dan
berikan secara by hand kepadanya. Kita sedia maklum sedekah itu byk disebut di dalam hadith sebagai amalan
yg menambah rezeki. Ditambah pula apabila kita serahkan sendiri kepada orang yg susah, maka sudah pasti dia
akan mendoakan kebaikan utk kita, paling tidak pun mereka akan doakan "semoga kamu dimurahkan rezeki".
Mana ada situasi yg apabila kita sedekah kat orang lain, pastu dia buat dek je.... Hakikatnya pasti dia akan
mendoakan. Sedarilah bahawa doa orang fakir miskin ini adalah tajam maka kerana itu Nabi s.a.w
mengkhabarkan orang miskin2lah yg paling byk menghuni Syurga. Justeru setiap kali kita dapat rezeki lebih
maka bersedekahlah, carilah orang2 susah, utamakan kerabat sendiri terlebih dahulu, jika tak der cari jiran yg
terdekat, jika masih tak jumpa carilah yang lain yg diyakini.

BLANJAWAN (UTK AKHIRAT)

~ Up budget utk witir 100%


~ Up budget utk fajar 100%
~ Up budget utk dhuha 100%
~ Up budget utk solat berjamaah 90%
~ Upkan utk baca Quran 80%
~ Upkan utk majlis ilmu 40%
~ Upkan utk sedekah 30%
~ Upkan utk puasa sunat 30%
~ Upkan utk hafal zikir pg/petang 100%

Insyaa Allah, senang di akhirat.

JIKA KALIAN URGENT NAK MINTA PADA ALLAH AGAR DIPERCEPATKAN MAKBULNYA DOA,

1) Perbanyakkan doa ketika tahjud


2) Perbanyakkan puasa sunat dan berdoa sebelum berbuka
3) Gunakan ruang pada hari jumaat utk memperbanyakkan doa dari awal pagi dan beri penekanan pada
penghujung asar.
4) Perbanyakkan melakukan solat sunat rawatib dan perhebatkan berdoa sebelum bilal iqomah.

SENTIASALAH BERBICARA YANG BAIK-BAIK KERANA IA AKAN MENJADIKAN SIKAP SERTA AMAL KITA BAIK.

Sekiranya kita melihat@mendengar kesibukan orang lain mencerca/memburukkan individu lain, maka jangan
masuk campur/berlepas diri serta ignore. Jika kita pula yg difitnah maka diam dan sabar. Jangan bimbang utk
fikir apa yg mereka kata tapi bimbanglah atas apa yang akan kita kata. Sabar itu akan mengangkat kemulian
kita dikemudian hari.

Hakikatnya orang yang membuat aniaya pada kita tidak akan pernah aman, malah dia akan menunggu masa
utk terkena musibah atas doa orang2 yg dia aniaya. Maka kerana itu Nabi s.a.w menyebut di dalam sabdanya
"takutlah kamu dgn doa orang yg dizholimi".

Ujian adalah lumrah kehidupan. Justeru action bagi yg diuji itu bersegera utk merapatkan hubungan dgn Tuhan
melalui solat yg byk serta doa, kerana bukan semua masalah dpt diselesaikan dgn tangan, kuasa, atau
kelebihan yg lain. Berserah pada Allah, yakin pada Allah dan bersangka baiklah pada Allah. Insyaa Allah
pertolongan Allah pasti akan hadir pada insan2 yg sabar.

ADA TIGA PERKARA YANG MENGUNTUNGKAN MANUSIA DI TIMBANGAN MIZAN

Ikhwan/Akhwat sekalian, Nabi s.a.w ada mengkhabarkan di dalam tiga buah hadith yang berbeza berkenaan
dengan tiga perkara yang memberi tuah seseorang itu ketika dia ditimbang oleh Allah SWT tentang amalannya
di neraka timbangan amal yang penuh dengan debaran, kebimbangan dan menakutkan itu. Dineraca
timbangan mizan itulah penentu samada seseorang itu akan dicampakkan ke dalam Neraka atau di masukkan
ke dalam Syurga. Di neraca timbangan itu jugalah akan diserahkan buku catatan amal seseorang itu
DAN....apabila buku itu diserahkan ditangan kiri seseorang itu, maka itu adalah keputusan yang mengerikan
tatkala apabila buku catatan amal itu diserahkan ditangan kanan, maka akan beruntunglah seseorang itu.

Namun, ada tiga hal yang dapat memberi keberuntungan seseorang itu di saat ia menghadapi perasaan cemas,
menakutkan, bimbang, resah dan sebagainya iaitu sekiranya ada tiga amalan ini padanya. Ketika itu dia benar-
benar akan beruntung@bertuah.

Yang pertama, di dalam catatan amalnya itu banyak rekod yang dicatatkan oleh Malaikat (semasa hidupnya),
iaitu dia banyak melakukan amalan SEDEKAH. Yang kedua, didapati di dalam rekod amalannya itu terdapat
banyaknya ucapan ISTIGHFAR dan yang ketiga, diketahui bahawa dia orang yang sering melafadzkan zikir
"Subhanallah Wabihamdihi, Subhanallah Hil Adzim". Masyaa Allah

Mudah-mudahan, dengan tiga perkara yang VERY-VERY IMPORTANT ini kita jadikan ia sebagai FOKUS AMALAN
di dalam kita usaha mencari keredhaan Allah SWT serta bekalan selepas kematian kita. TACKLE sungguh-
sungguh amalan ini dan perbanyakkan.

JAZZAKALLAHU KHAIRAN KATSIRAN?

Tak, lafadz asal yg shahih hanya sampai "Jazzakallahu khairan" sahaja. Lafadz "Katsiran" enggak ada di dalam
dalil...gitu...

Maksud Jazzakallahu khairan adalah


"Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan

26. Ringankan tulang kita @ keluarkan sedikit harta kita untuk memudahkan urusan insan lain kerana tanpa
kita sendari ia akan memudahkan urusan kita di dunia malah ia turut memberi manfaat besar untuk kita di
akhirat.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, Nabi s.a.w berkata, “Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan
dunia dari seorang Mukmin, maka Allâh melapangkan darinya satu kesusahan di hari Kiamat. Barangsiapa
memudahkan (urusan) orang yang kesulitan (dalam masalah hutang), maka Allâh Azza wa Jalla memudahkan
baginya (dari kesulitan) di dunia dan akhirat......."

(Hadith Shahih, riwayat Imam Muslim)

SESEORANG ITU AKAN MATI SESUAI DENGAN APA YANG DIA SUKA BUAT.

Manusia itu akan di "auto mati"kan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan tak kira siang atau malam.
Ketika tarikh dan detik masa mati yang telah ditetapkan pada seseorang itu sampai, maka dia akan mati pada
keadaan apa yang sedang dia perbuat ketika itu.

Sekiranya seorang itu dia suka banyak menghabiskan masanya dengan berkaraoke,mengumpat, tengok
wayang, dengar lagu, LALU....apabila sampai tarikh dan masa mati yang telah ditetapkan ke atasnya pada
ketika itu, maka dia akan mendapat kematian sesuai dengan kebiasaannya itu.

Justeru, letakkan kebiasaan hidup kita pada perkara yang bemanfaat agar kita dimatikan di dalam keadaan
melakukan perkara2 yang baik dan amal soleh. Kalau nak mati di dalam solat, baca quran, majlis ilmu dan
berpuasa, maka sering2lah melakukan hal sedemikian.

UJIAN ALLAH

Semakin kita diuji oleh Allah, kita perlu semakin dekat dgn Allah kerana apabila Allah uji kita itu sebagai tanda
Allah beri perhatian kepada kita berbanding dari Allah biarkan kita hanyut.

Samada kita diuji atau tak diuji, perbanyakkan doa ini. Ia adalah penghulu segala doa dan ia merupakan doa
yang paling banyak di ucapkan oleh Nabi s.a.w dan banyak manfaat dan hikmah disebalik doa ini.

ِ ِ ُّ ‫َربَّنَا آتِنَا يِف‬


َ ‫الد ْنيَا َح َسنَةً َويِف اآلخَر ِة َح َسنَةً َوقنَا َع َذ‬
‫اب النَّا ِر‬
“Ya Allah, berikanlah kepada Kami kebaikan di dunia, berikan pula kebaikan di akhirat dan lindungilah Kami
dari siksa neraka.”

~ PESAN NABI S.A.W KETIKA MAGHRIB (HADITH BUKHORI/MUSLIM)

Kata Nabi s.a.w, "Jika kalian berada di senja hari, maka tahanlah anak-anak kalian (dari keluar rumah), kerana
sesungguhnya ketika itu SYAITAN sedang BERTEBARAN. Jika telah berlalu sesaat dari waktu malam(selepas
maghrib berlalu), maka lepaskan mereka. Tutuplah pintu dan sebutlah nama Allah, kerana sesungguhnya
syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup. Tutup pula bekas minuman dan makanan kalian dan
sebutlah nama Allah, walaupun dengan sekadar meletakkan sesuatu di atasnya, matikanlah lampu-lampu
kalian(ketika tidur)”

(HR. Bukhari dan Muslim).

AHLI SYURGA

Tak mengapa kalau tak pandai Ilmu Agama, kerana kebanyakkan ahli syurga itu bukan dikalangan orang
berilmu tinggi tetapi mereka adalah dikalangan orang yang berakhlak baik. Namun kita perlu sungguh2 jaga
perkara yg wajib, jaga solat sungguh2, jaga aurat sungguh2, taati suami ibu bapa.

Apa contoh akhlak yg baik?, Antaranya adalah berkata yg baik2 dan menjauhi ghibah, beradab di dalam
perilaku, meminta izin, minta maaf, sopan, memberi salam, tepati janji, jujur dan lain2 lagi.

Tanda akhlak kita baik adalah kita akan disenangi oleh orang yg baik tatkala ia turut akan mempengaruhi orang
yg tak baik untuk menjadi baik.
Kita ni, buat baik pun orang kata, buat tak baik pun orang akan kata, tapi biarlah orang kata pada perbuatan
baik kita kerana mereka yg memperlekehkan kita itu akan menyebabkan pahalanya akan berhijrah pada kita.
Maka kerana itu bersabarlah.

JOM JADI BAIK

Tidak dijanjikan orang yang telah bertaubat itu dia akan maksum(terpelihara dari melakukan dosa), dan syaitan
akan bekerja keras utk merosakkan iman orang2 yg baik hingga mereka terjerumus kembali kepada
maksiat@dosa. Maka kerana itu semakin kita berusaha utk jadi baik , semakin kuat ujian dan godaan yang
hadir. Namun kekuatan yang akan membuatkan seseorang itu mampu mengatasi halangan2 itu adalah, ikhlas,
insaf serta keazaman utk istiqomah.

Manusia tidak akan mampu utk sentiasa memastikan dirinya terlepas dari melakukan kesalahan dan dosa
kerana ia adalah kelemahan bagi setiap manusia secara fitrah, NAMUN itu bukan alasan utk kita terus
melakukan kesilapan. Sentiasalah mohon pada Allah SWT agar hati ini tidak dibolak balikkan. Antara perkara
yang perlu dilakukan oleh setiap muslim adalah memagar dirinya dengan ISTIGHFAR kerana walaupun sebesar
zarah sekalipun dosa yg terhasil ia tetap akan dihitung. Mungkin ia terhasil dari ucapan2 yg bebas, memadang
aurat wanita dan sebagainya. Istighfar akan sentiasa menghapuskan dosa. Berat melakukan amal soleh adalah
petanda beratnya dosa yg membebani kita.

Justeru, Nabi s.a.w mengkhabarkan, "Sungguh beruntunglah bagi mereka2 yg apabila diperlihatkan di dalam
timbangan amal mereka (diakhirat kelak), banyak ucapan2 istighfar yg terkandung di dalamnya. (HR Ibnu
Majjah)

Semoga kita sentiasa menjadikan istighfar sebagai wirid harian kita tatakala dengan beristighfar juga ia adalah
kunci terbukanya pintu rezeki.

CARA BUAT PAHALA SUNNAH YANG LUMAYAN SEAWAL BANGUN PAGI, BERDASARKAN HADITH YANG
SHAHIH.

1) Bangun pagi ucap :-

‫النشور‬ ِ ‫احلمد‬
‫هلل الذي أحيانا بعد ما أماتنا وإليه‬
ُ
(Segala puji bagi Allah yang menghidupkanku dan mematikanku dan kepadaNya lah kita dikembalikan)” (HR.
Bukhari no. 6325, Muslim no. 2711).

2) Kemudian pergi ke bilik air, masuk dahului kaki kiri, kemudian basuh kedua tangan 3 kali, kemudian
beristinsya' iaitu memasukkan air ke dalam hidung hingga perit pangkal hidung kemudian di hembus ,
dilakukan 3 kali.

3) Bersugi (gosok gigi)

4) Berwudhu'

5) Keluar tandas dahului kaki kanan, sambil ucap "ghufronak(ampunilah)"

6) Buat solat sunat yg ringan 2 rakaat, kemudian bertahjud.


DOA IBU BAPA UNTUK ANAK

Ada 2 dalil dari ucapan Nabi s.a.w yang mana Nabi nak bagi tau bahawa DOA KEDUA IBU BAPA terhadap
ANAKNYA adalah termasuk di dalam DOA yang mustajab, namun baginda tidak mencontohkan apakah bentuk
doa yang hendak dibaca KERANA setiap individu mempunyai keadaan yg berbeza2. Justeru dengan khabaran
yang umum itu, ia memberi ruang kepada kita sebagai ibu bapa untuk berdoa dengan doa yang bebas
bersesuaian yang kita ingin pohonkan untuk kebaikan anak2 kesayangan kita.

Jagalah adab2 berdoa agar doa kita berquality utk diangkat kelangit dan diijabahka. Justeru berdoalah dgn
keadaan berwudhuk, berdoa selepas melakukan solat tahjud dan tidak mengapa berdoa angkat tangan dan di
dalam bahasa melayu kerana Allah Maha memahami kesemua bahasa.

DIBAWAH INI ADALAH SANDARAN DALIL YANG MENJELASKAN BAHAWA DOA IBU BAPA TERHADAP ANAK2
ADALAH MERUPAKAN DOA YG MUSTAJAB, SEBAGAIMANA NABI IBRAHIM DAN NABI ZAKARIA JUGA MEMINTA
KEPADA ALLAH AGAR DIKURNIAKAN ANAK YG BAIK.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

ِ ُ‫ك فِي ِه َّن دعوةُ الْوالِ ِد ودعوةُ الْمسافِ ِر ودعوةُ الْمظْل‬


‫وم‬ َّ ‫ات الَ َش‬ ٍ
َ َْ َ َ َ ُ َْ َ َ َ َْ َ ٌ َ‫ث َد َع َوات ُم ْستَ َجاب‬
ُ َ‫ثَال‬
“Tiga doa yang mustajab yang tidak diragukan lagi yaitu doa orang tua, doa orang yang bepergian (safar) dan
doa orang yang dizholimi.” (HR. Abu Daud no. 1536.

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

‫الصائِ ِم َو َد ْع َوةُ الْ ُم َسافِ ِر‬


َّ ُ‫ َو َد ْع َوة‬، ‫ات الَ ُتَر ُّد َد ْع َوةُ الْ َوالِ ِد‬
ٍ ‫ث دعو‬
َ َ َ ُ َ‫ثَال‬
“Tidak doa yang tidak tertolak yaitu doa orang tua, doa orang yang berpuasa dan doa seorang musafir.” (HR. Al
Baihaqi dalam Sunan Al Kubro. Syaikh Al Albani mengatakan hadits ini shahih sebagaimana dalam As Silsilah
Ash Shahihah no. 1797).

MARI KITA SAMA2 MUHASABAH UNTUK KEBAIKAN, IAITU BAGI KITA YANG BEKERJA MAKAN GAJI.....

~ Amanahlah dgn tugas2 yg diberi

~ Jangan guna@ambil hak syarikat utk kegunaan peribadi

~ Jangan banyak guna masa utk tujuan peribadi

~ Jangan rasuah dalam pekerjaan

~ Jangan memburuk2 syarikat,kerana disitu tempat sumber rezeki kita, jika tidak setuju maka resignlah.

~ Mentaati bos@pemimpin dalam pekerjaan

~ Ikhlaslah di dalam bertugas dan niatkan utk mencari rezeki yg halal utk menyara diri sendiri dan keluarga.

KESEMUA YG DI ATAS INI AMAT TERKAIT DGN KEBERKATAN. TANDA REZEKI TAK BERKAT ADALAH , MASUK TAK
SEBERAPA, HILANGNYA BANYAK.

Dan keterangan di atas ini juga amat terkait dgn dalil di bawah:-

Kata Nabi s.a.w "Tidak akan berganjak kedua kaki seorang anak Adam itu semasa (berada di Padang Mahsyar)
pada hari kiamat sehingga ditanyakan kepadanya empat perkara;

Pertama: Tentang umurnya, dimanakah dihabiskan;

Kedua: Tentang ilmunya, apakah diamalkan dengannya;


Ketiga: Tentang hartanya, sumbernya, BAGAIMANA IA DIPEROLEHI dan bagaimana digunakan;

Keempat: Tentang kesihatannya, bagaimana digunakan.”


[Hadith Riwayat at-Tirmidzi No. 2417]

Renung2kan juga firman Allah SWT ini:-

“Pada hari ini, Kami tutup mulut-mulut mereka dan tangan-tangan mereka akan bercakap (mengakui segala
amalan-amalan yang dilakukan di atas dunia) serta kaki-kaki yang menjadi saksi atas apa yang mereka
lakukan.” [Surah Yasin 36:65]

DOA SELEPAS WUDHU

Jangan tinggalkan doa ini selepas berwudhu', jika kalian istiqomah membacanya setiap kali selepas berwudhu'
kelak akan dibukakan kelapan-lapan pintu Syurga utk kalian pilih pintu yg mana yg kalian sukai untuk
memasukinya.

"Asyhadu allailaha illallahu wahdahu lasyarikalah, wa asy hadu anna muhammadan 'abduhu warasuluh"

[Hadith Shahih]

MENINGGALKAN SESUATU KERANA ALLAH

Siapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, maka Dia akan ganti dengan yang lebih baik.

Siapa yang meninggalkan budaya dan tradisi syirik, maka Allah akan menggantikannya dengan beribadah pada
Allah semata. Shalatnya untuk Allah, sembelihan korbannya untuk Allah, dan sedekahnya untuk Allah.

Siapa yang meninggalkan ibadah yang tidak ada tuntunan kerana Allah, maka Allah akan memberikan cahaya
sunnah untuknya, jalan yang terang benderang yang jauh dari kesia-siaan.

Siapa yang meninggalkan pekerjaan yang haram, pekerjaan riba dan profesion yang mengundang laknat Allah,
maka Allah akan ganti dengan pekerjaan yang halal yang lebih mententeramkan jiwa.

Siapa yang meninggalkan kekasih hati yang belum halal kerana Allah, maka Allah akan beri ganti dengan jodoh
yang terbaik yang lebih menjaga kesucian diri.

Siapa yang meninggalkan nyanyian yang sia-sia dan muzik yang banyak melalaikan, maka Allah akan ganti
dengan hal yang lebih bermanfaat dan dijauhkan dari kemunafikan.

Siapa yang meninggalkan ketagihan rokok, dadah dan ganja kerana Allah, maka Allah ganti dengan kesihatan
dan keselamatan pada jiwanya.

Faedah yang sangat berharga disebutkan oleh Ibnul Qayyim rahimahullah berikut ini:

“Akan terasa sulit jika seseorang meninggalkan hal-hal yang ia sukai, lantas ia meninggalkannya kerana selain
Allah.

Namun jika jujur dan ikhlas dari dalam hati dengan meninggalkannya kerana Allah, maka tidak akan terasa
berat untuk meninggalkan hal tadi. Yang terasa sulit cuma di awalnya saja sebagai ujian apakah hal tersebut
sanggup untuk ditinggalkan. Apakah meninggalkan hal itu jujur ataukah dusta? Jika ia terus bersabar dengan
menahan kesulitan yang hanya sedikit, maka ia akan memperoleh kelazatan.

Ibnu Sirin pernah berkata bahwa ia mendengar Syuraih bersumpah dengan nama Allah, seorang hamba yang
meninggalkan sesuatu kerana Allah, maka ia akan meraih apa yang pernah luput darinya.

Adapun perkataan “Siapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, maka akan diberi ganti yang lebih baik dari
itu”, ganti yang diberikan di sini beraneka ragam. Akan tetapi ganti yang lebih besar yang diberi adalah
kecintaan dan kerinduan pada Allah, ketenangan hati, keadaan yang terus mendapatkan kekuatan, terus
memiliki semangat hidup, juga kebanggaan diri serta ridha pada Allah Ta’ala.”(Al Fawaid, hal. 166)

Marilah saudaraku … cubalah berusaha meninggalkan sesuatu kerana Allah, ingat kerana Allah semata, maka
rasakan bagaimanakah gantian luar biasa yang Allah berikan.

Ingat sekali lagi sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang disebutkan oleh salah seorang sahabat:

ُ‫إِنَّكَ لَ ْن تَ َد َع َشيْئا ً هَّلِل ِ َع َّز َو َج َّل إِالَّ بَ َّدلَكَ هَّللا ُ ِب ِه َما ه َُو خَ ْي ٌر لَكَ ِم ْنه‬

“Sesungguhnya jika engkau meninggalkan sesuatu kerana Allah, niscaya Allah akan memberi ganti padamu
dengan yang lebih baik.”
(HR. Ahmad 5: 363. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih. Syaikh Salim bin ‘Ied
Al Hilali berkata bahwa sanad hadits ini shahih. Adapun tidak disebutnya nama sahabat tetap tidak
mencacatkan hadits tersebut kerana seluruh sahabat itu baik)

Bentuk gantian dari meninggalkan sesuatu yang haram disebutkan dalam ayat-ayat dan hadits-hadits berikut
ini:

Siapa yang meninggalkan penipuan dalam jual beli, maka Allah akan mendatangkan berkah pada jual belinya.
Dalam hadits disebutkan:

‫ت بَ َر َكةُ بَي ِْع ِه َما‬


ْ َ‫ َوإِ ْن َكتَ َما َو َك َذبَا ُم ِحق‬، 0‫ُوركَ لَهُ َما ِفى بَي ِْع ِه َما‬ َ َ‫ار َما لَ ْم يَتَفَ َّرقَا – أَوْ ق‬
َ ‫ال َحتَّى يَتَفَ َّرقَا – فَإ ِ ْن‬
ِ ‫ ب‬0‫ص َدقَا َوبَيَّنَا‬ ِ َ‫ان ِب ْال ِخي‬
ِ ‫ْالبَيِّ َع‬
“Kedua orang penjual dan pembeli masing-masing memiliki hak pilihan (khiyarah) selama keduanya belum
berpisah. Bila keduanya berlaku jujur dan saling terus terang, maka keduanya akan memperolehi keberkahan
dalam transaksi tersebut. Sebaliknya, bila mereka berlaku dusta dan saling menutup-nutupi, niscaya akan
hilanglah keberkahan bagi mereka pada transaksi itu” (Muttafaqun ‘alaih).

Siapa yang meninggalkan sifat tamak, maka ia akan mulia di sisi manusia dan ia akan menjadi orang-orang yang
beruntung. Allah Ta’ala berfirman:

َ‫ق ُش َّح نَ ْف ِس ِه فَأُولَ ِئكَ هُ ُم ْال ُم ْف ِلحُون‬


َ ‫َو َم ْن يُو‬

“Dan barangsiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung.”
(QS. At Taghabun: 16)

Siapa yang meninggalkan sifat sombong dan memilih tawadhu’, maka Allah akan membuat ia meninggikan
darjatnya di dunia. Dari Abu Hurairah RA, ia berkata bahwa Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

ُ ‫اض َع أَ َح ٌد هَّلِل ِ إِالَّ َرفَ َعهُ هَّللا‬


َ ‫َو َما ت ََو‬

“Tidaklah seseorang memiliki sifat tawadhu’ (rendah diri) kerana Allah melainkan Allah akan meninggikannya.”
(HR. Muslim no. 2588).

Siapa yang meninggalkan rasa dendam dan mudah memaafkan yang lain, maka Allah pun akan
menganugerahkan kemuliaan pada dirinya. Dari Abu Hurairah RA, ia berkata bahwa Rasul shallallahu ‘alaihi wa
sallambersabda:

‫ًزا‬0Iًّ ‫و إِالَّ ِع‬0ٍ ‫َو َما زَ ا َد هَّللا ُ َع ْبدًا ِب َع ْف‬

“Tidaklah Allah menambahkan kepada seorang hamba sifat pemaaf melainkan akan semakin memuliakan
dirinya.”
(HR. Muslim no. 2588).

Semoga Allah memberi taufik untuk meninggalkan yang haram kerana Allah.
MENTAHNIQ

Antara perbuatan yang dilakukan oleh Nabi s.a.w apabila mendapat kelahiran bayi tatkala ia menjadi sunnah
utk kita ikuti adalah MENTAHNIQ. Apakah itu tahniq, ia adalah memberikan manisan yg dijamah lalu diletakkan
manisan yg telah dijamah itu pada langit2 bayi samada ia berupa madu atau kurma atau manisan yang lain.
Tidak mengapa ketika menguyah kurma jika kita ingin membaca ayat2 Al Quran , berzikir atau berselawat
asalkan ia tidak menjadi perkara dikhususkan.

Antara beberapa perkara yang perlu kita ketahui bertsabit dgn pendalilan hadith berkenaan hal2 ketika
kelahiran iaitu menyebarkan berita kegembiraan itu, mendoakan bayi, mentahniq , menamakan bayi serta
menggondolkan rambut bayi pada hari yg ke7 dan membuat aqiqah. Kesemua perlaksanaan mendapat bayi ini
tidak memerlukan majlis ibadah yg lain seperti marhaban atau yasinan.

Semoga dgn panduan ini ia dapat dilaksanakan bagi mereka2 yg bakal mendapat baby yg baru,Insyaa Allah.

75. Mai nak habaq sat, sebelom hang nak tido' ni , hang nak tak Agama ada baghitau tiga jenis amalan sunnah
yg berpahala besa' ketika hang tido'

~ Apabila hang tido' dalam keadaan berwudu', Allah anta' Malaikat duk doa kat hang

~ Hang baca surah 3 QUL sekali, pastu dan hang tiup selepas baca setiap surah kat kedua tapak tangan hang,
kemudian hang usapkan keseluruh badan hang, hang nak tau tak jin tak mahu kacau hang la hai....

~ Hang zikir Subhanallah 33X, Alhamdulillah 33X, Allahu Akbar 34X, Allah nak kasi hang satu kesenangan
akhirat yg ianya lebih hebat dari hang memiliki pembantu rumah yg urus semua kerja2 rumah hang

Semuanya ada dalil ni ...hang tak perlu ghagu la hai..

MENYEMBUNYIKAN AMALANNYA

Perkara BESAR yang seharusnya kita ingat ketika melakukan suatu amalan iaitu haruslah ikhlas kerana ia
menjadi syarat sesuatu amalan itu akan diterima oleh Allah SWT.

Antara amalan yg Allah SWT angkat melebihi dari amalan yang lain adalah amalan berpuasa kerana puasa
adalah amalan yang tersembunyi, maka kerana itu sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadits qudsi:
“Setiap amalan manusia akan dilipatgandakan menjadi 10 hingga 700 kali dari kebaikan yang sepertinya. Allah
berfirman (yang artinya): Kecuali amalan puasa. Amalan tersebut untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan
membalasnya.” (HR. Muslim no. 1151).

Jika kita sudah mengetahui hal ini, maka sudah sepatutnya orang yang ikhlas berusaha untuk
menyembunyikan setiap amalan peribadinya dengan berbagai cara sehingga orang lain tidak mengetahuinya.

Lihatlah apa yang dilakukan oleh orang shalih terdahulu. Ketika mereka berpuasa sunat, mereka meminyakkan
janggutnya, membasahi bibirnya sehingga orang-orang mengira bahwa mereka tidak berpuasa. Artinya mereka
ingin menjaga keikhlasan dengan menyembunyikan amalannya.

Dari kisah sirah , seorang salaf ini memiliki kedai di pasar. Setiap harinya, dia membawa 2 roti dari rumahnya.
Lalu dia keluar dari rumahnya menuju kedainya di pasar. Di tengah perjalanan, dia mensedekahkan 2 roti tadi.
Anggota keluarganya mengira bahwa roti tadi untuk dia makan di kedainya. Sedangkan orang-orang yang
berada di pasar mengira bahwa makanan tadi akan dimakan di rumahnya. Padahal salaf ini sedang puasa.
Itulah strateginya untuk menyembunyikan amalan puasanya.

Dan sangat jauh sikap kita dalam menyembunyikan amalan dibanding dengan para salaf dahulu. Lebih lagi
pada umat zaman moden ini, sering berselfie ketika berada di majlis ilmu, melakukan umrah/haji, bersedekah,
bertahjud dan sebagainya

Semoga amal shalih kita tidak dirugi oleh sikap membangga diri ketika beramal tatkala ia termasuk di dalam
syirik kecil.
~ AJAL KITA DI ANTARA 2 WAKTU SOLAT

KUBUR adalah penantian PERTAMA MENUJU AKHIRAT

Sebelum memasuki kampung akhirat sebagai darul hisab (kampung perhitungan bagi amal), manusia di
hadapkan dengan alam barzakh atau alam kubur sebagai penantian pertama menuju ke sana. Bagi yang
selamat di kuburnya, maka kehidupan akhirat akan lebih mudah baginya. Adapun bagi yang tidak, maka
setelahnya akan terasa lebih sulit. Hal inilah yang telah dijelaskan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam
sabdanya:

َ ‫ َوإِ ْن مَلْ َيْن ُج ِمْنهُ فَ َما َب ْع َدهُ أ‬،‫ فَِإ ْن جَنَا ِمْنهُ فَ َما َب ْع َدهُ أَيْ َس ُر‬،‫اآلخَر ِة‬
‫َش ُّد‬ ِ ‫ال َقبر أ ََّو ُل منَا ِز ِل‬.
َ ُْ
"Kubur adalah tempat pertama menuju akhirat. Bila jenazah selamat darinya maka setelahnya akan lebih
mudah. Bila tidak selamat darinya maka setelahnya akan lebih berat.
(Hadits hasan. Lihat: Shahih at-Targhib wa at-Tarhib, karya Syaikh al-Albani, no. 3550)

Penantian pertama inilah yang dijelaskan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai pemandangan yang paling
buruk. Ustman bin Affan radhiyallahu ‘anhu bercerita bahwa dirinya pernah mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi
wa sallam bersabda:

ِ
ُ‫ط إِالَّ الْ َقْب ُر أَفْظَ ُع مْنه‬
ُّ َ‫ت َمْنظَرا ق‬
ً ُ ْ‫ما َرأَي‬.
َ
"Tidak pernah aku melihat pemandangan (buruk) melainkan kubur lebih buruk lagi darinya."

Sehingga hal inilah yang membuat Ustman bin Affan radhiyallahu ‘anhu menangis tersedu-sedu hingga air
matanya membasahi janggutnya. (Shahih at-Targhib, no. 3550)

Kita hanya boleh berusaha dengan beramal shalih dan berdoa kepada Allah agar dijauhkan dari adzab kubur
yang sangat mengerikan dan menakutkan.

Oleh itu, ada sebuah sunnah, tepatnya sebuah doa, yang telah diajarkan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam
kepada umatnya agar mereka memohon perlindungan kepada Allah dari adzab kubur.

Suatu ketika al-Bara’ bin ‘Azib radhiyallahu ‘anhu bercerita: “Kami pernah bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wa sallam menghantarkan jenazah seorang laki-laki Anshar. Sesampainya kami di makam sementara jenazah
belum dimasukkan ke liang lahad, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam duduk dan kami pun ikut duduk di
sekeliling beliau (dengan tenang) seolah-olah di atas kepala kami ada burung (yang bertenggek). Di tangan
beliau ada sebatang kayu yang beliau gunakan untuk menggores-gores tanah, lalu beliau mengangkat
kepalanya ke langit dan menunduk ke tanah, beliau memandang ke atas lagi dan menunduk ke bawah hingga
tiga kali, kemudian bersabda (sebanyak dua atau tiga kali): “Mohonlah perlindungan kepada Allah dari adzab
kubur.”
(Hadits shahih riwayat Ahmad, Abu Dawud, an-Nasa’i, dll. Lihat: Ahkam al-Jana’iz, karya Syaikh al-Albani, no.
105, hlm. 198)

Aisyah radhiyallahu ‘anha pernah menuturkan bahwasanya ada seorang wanita Yahudi yang menemui dirinya
lalu menyebutkan tentang adzab kubur, ia berkata kepada Aisyah: “Semoga Allah melindungimu dari adzab
kubur.”

Aisyah radhiyallahu ‘anha melanjutkan: “Kemudian aku bertanya kepada Rasulullah tentang adzab kubur, dan
Beliau menjawab: ”Ya, adzab kubur adalah haq (benar-benar ada).”

Ia berkata: “Setelah itu, tidaklah aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengerjakan shalat
melainkan beliau memohon perlindungan (kepada Allah) dari adzab kubur.”
(HR. al-Bukhari & Muslim)

Berkenaan dengan lafaz doa yang beliau ajarkan kepada umatnya, maka telah ditunjukkan dalam sebuah
hadits riwayat Muslim. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
‫اب الْ َقرْبِ َو ِم ْن فِْتنَ ِة‬
ِ ‫اب جهنَّم و ِمن َع َذ‬
ِ ِ َ ِ‫ اللَّه َّم إِيِّن أَعوذُ ب‬:‫ول‬
ْ َ َ َ َ ‫ك م ْن َع َذ‬
ِِ ِ ِ
ْ ُ ْ ُ ُ ‫ َي ُق‬.‫َح ُد ُك ْم َف ْليَ ْستَع ْذ باللَّه م ْن أ َْربَ ٍع‬
ِ
َ ‫إ َذا تَ َش َّه َد أ‬
َّ ‫ات َو ِم ْن َشِّر فِْتنَ ِة الْ َم ِسْي ِح الد‬
‫َّج ِال‬ ِ ‫الْمحيا والْمم‬.
َ َ َ َْ َ
"Apabila seorang dari kalian selesai membaca tasyahhud, hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah
dari empat perkara. (Hendaklah) ia berdoa: "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari adzab
neraka Jahannam, dari adzab kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari kejahatan fitnah al-Masih ad-Dajjal."
(Muslim, no. 128 [588])

ISI HATI KITA

Setiap hari kita sentiasa memastikan perut kita sentiasa diisi, maka begitulah hendaknya agar jangan
dilupakan pada jantung hati kita yang JUGA perlu diisi dengan zikrullah, istighfar Al Quran.

Jika kita tak makan maka badan kita lemah begitu juga dengan rohani kita yang apabila tidak ada santapan
maka jiwa kita akan lemah.

Justeru, antara santapan rohani yang menjadi keperluan jiwa adalah amalan zikir pagi dan petang.

NAK TAU CARA UNTUK BAHAGIA?

Yang pertama, berkatalah dengan perkataan @ ucapan2 yang baik2 kerana ia akan memberi aura kebaikan
pada diri kita

Yang kedua, jauhi orang2 yang negative. Ramaikan kawan orang yang positif kerana kita PASTI akan merasa
TEMPIAS positifnya samada melalui kata2nya atau sikapnya.

Yang ketiga, senyum2lah selalu

Yang keempat, jangan over thingking , dan JANGAN buang masa memikir hal yang lepas-lepas.

Yang kelima, selalulah mendoakan kebaikan orang lain kerana para malaikat juga turut memohon kepada Allah
agar kebaikan yg sama diberi untuk kita. Ia adalah PASTI.

Yang keenam, ingat Allah sentiasa.

BOLEH?

Berzikirlah dengan ucapan "SUBHANALLAH WABIHAMDIH" secara istiqomah(tidak putus setiap hari) , kerana
tidak ada insan yang mampu menandingi neraca beratnya pahala timbangan amal kalian kelak, KECUALI jika
yang ada membacanya melebihi dari jumlah yg dan kalian baca.

~ CERIAKAN DIRI KITA DGN AMALAN ZIKIR PAGI, DI DAHULUI DGN MEMBACA SAYYIDUL ISTIGHFAR

ANTARA KESAN TAQWA PADA SESEORANG MUSLIM ITU ADALAH APABILA DIA BERSUNGGUH MENJAGA
LISAN

Sebagai seorang muslim yang beriman dengan Allah dan hari akhirat berhati-hatilah dengan lisan, jangan
sampai ia digunakan untuk mencemuh, mengejek orang lain, apalagi ditujukan pada seorang muslim yang ingin
menjalankan ajaran Islam. Dalam satu keadaan, diam itu emas jika diamnya adalah dari membicarakan orang
lain, atau diamnya dari berbicara yang sia-sia atau berbau maksiat.

Perhatikanlah, sesungguhnya kerana lisan seseorang boleh terjerumus dalam jurang kebinasaan. Lihatlah
hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berikut ketika berbicara dengan Mu’adz bin Jabal radhiyallahu
‘anhu:
‫ت يَا نَىِب َّ اللَّ ِه َوإِنَّا‬
ُ ‫ َف ُق ْل‬.‫ك َه َذا‬ َّ ‫َخ َذ بِلِ َسانِِه قَ َال ُك‬
َ ‫ف َعلَْي‬ ِ
َ ‫ت َبلَى يَا نَىِب َّ اللَّه قَ َال فَأ‬
ِ َ ِ‫أَالَ أُخرِب َك مِب َالَ ِك َذل‬
ُ ‫ ُق ْل‬.‫ك ُكلِّه‬ ُْ
َّ‫اخ ِر ِه ْم إِال‬
ِ َ‫وه ِهم أَو علَى من‬ ِ
َ َ ْ ْ ‫َّاس ىِف النَّا ِر َعلَى ُو ُج‬ َ ‫ب الن‬ ُّ ‫ك يَا ُم َعاذُ َو َه ْل يَ ُك‬ َ ‫اخ ُذو َن مِب َا َنتَ َكلَّ ُم بِِه َف َق َال ثَ ِكلَْت‬
َ ‫ك أ ُُّم‬ َ ‫لَ ُم َؤ‬
‫صائِ ُد أَلْ ِسنَتِ ِه ْم‬
َ ‫ح‬.
َ
“Mahukah kuberitahukan kepadamu tentang kunci semua perkara itu?” Jawabku: “Apa dia ya Rasulullah.”
Maka beliau memegang lidahnya dan bersabda: “Jagalah ini”. Aku bertanya: “Ya Rasulullah, apakah kami
dituntut (disiksa) kerana apa yang kami katakan?” Maka beliau bersabda: “Celaka engkau. Adakah yang
menjadikan orang menyungkurkan mukanya (atau ada yang meriwayatkan batang hidungnya) di dalam neraka
selain ucapan lisan mereka?” (HR. Tirmidzi no. 2616. Tirmidzi mengatakan hadits ini hasan shahih)

Hendaklah seseorang berfikir dulu sebelum berbicara. Siapa tahu kerana lisannya, dia akan dilempar ke neraka.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

ِ ‫هِب‬ ‫هِب‬ ِ ِ
َ ‫الر ُج َل لَيَتَ َكلَّ ُم بِالْ َكل َمة الَ َيَرى َا بَأْ ًسا َي ْه ِوى َا َسْبع‬
‫ني َخ ِري ًفا ىِف النَّا ِر‬ َّ ‫إِ َّن‬
“Sesungguhnya seseorang berbicara dengan suatu kalimat yang dia anggap itu tidaklah mengapa, padahal dia
akan dilemparkan di neraka sejauh 70 tahun perjalanan kerananya.”
(HR. Tirmidzi no. 2314. At Tirmidzi mengatakan bahwa hadits ini hasan gharib)

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda:

‫ َوإِ َّن الْ َعْب َد لَيَتَ َكلَّ ُم بِالْ َكلِ َم ِة ِم ْن َس َخ ِط‬،‫ات‬


ٍ ‫ يرفَع اللَّه هِب ا درج‬، ً‫ضو ِان اللَّ ِه الَ ي ْل ِقى هَل ا باال‬
َ َ َ َ ُ ُ َْ َ َ ُ ِ ِ ِ ِ ِ َّ ِ
َ ْ ‫إ َّن الْ َعْب َد لَيَتَ َكل ُم بالْ َكل َمة م ْن ر‬
‫هِب ىِف‬ ِ ِ َّ
َ ‫الله الَ يُْلقى هَلَا بَاالً َي ْه ِوى َا َج َهن‬
‫َّم‬
“Sesungguhnya ada seorang hamba berbicara dengan suatu perkataan yang tidak dia fikirkan lalu Allah
mengangkat darjatnya disebabkan perkataannya itu. Dan ada juga seorang hamba yang berbicara dengan
suatu perkataan yang membuat Allah murka dan tidak pernah difikirkan bahayanya lalu dia dilemparkan ke
dalam jahannam.” (HR. Bukhari no. 6478)

ِ ‫ق َو ْال َم ْغ ِر‬
‫ب‬ ِ ‫ار أَ ْب َع َد َما بَيْنَ ْال َم ْش ِر‬
ِ َّ‫ِإنَّ ْال َع ْب َد لَيَتَكَلَّ ُم ِب ْال َك ِل َم ِة َما يَتَبَيَّنُ َما ِفيهَا يَه ِْوى ِبهَا ِفى الن‬
“Sesungguhnya ada seorang hamba yang berbicara dengan suatu perkataan yang tidak difikirkan bahayanya
terlebih dahulu, sehingga membuatnya dilempar ke neraka dengan jarak yang lebih jauh dari pada jarak antara
timur dan barat.”
(HR. Muslim no. 2988)

Imam Nawawi rahimahullah dalam Syarh Muslim (18/117) tatkala menjelaskan hadits ini mengatakan: “Ini
semua merupakan dalil yang mendorong setiap orang agar selalu menjaga lisannya sebagaimana Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda:

ِ ِ ِ ِ ِ
‫ت‬ ْ َ‫ أ َْو لي‬،‫َم ْن َكا َن يُ ْؤم ُن بِاللَّه َوالَْي ْوم اآلخ ِر َف ْلَي ُق ْل َخْيًرا‬
ْ ‫ص ُم‬
“Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka berkatalah yang baik dan jika tidak maka diamlah.”
(HR. Bukhari no. 6018 dan Muslim no. 47).

Oleh kerana itu, selayaknya setiap orang yang berbicara dengan suatu perkataan atau kalimat, merenungkan
apa yang akan ia ucap. Jika memang ada manfaatnya, barulah ia berbicara. Jika tidak, hendaklah dia menahan
lisannya.”

Dalam Jami’ul ‘Ulum wal Hikam, Ibnu Rajab rahimahullahberkata: “Tidak ada perkataan yang bersifat
pertengahan antara bicara dan diam. Yang ada, suatu ucapan boleh jadi adalah kebaikan sehingga kita pun
diperintahkan untuk mengatakannya. Boleh jadi suatu ucapan mengandungi keburukan sehingga kita
diperintahkan untuk diam.”

Ibnu Mas’ud RA pernah berkata, “Demi Allah yang tidak ada sesembahan yang benar selain Dia. Tidak ada di
muka bumi yang lebih berhak untuk dipenjara dalam waktu yang lama daripada lisan.” (Dinukil dari Jami’ul
‘Ulum wal Hikam)

Ibnul Mubarak ditanya mengenai nasihat Luqman pada anaknya, lantas beliau berkata: “Jika berkata (dalam
kebaikan) adalah perak, maka diam (dari berkata yang mengandungi maksiat) adalah emas.”
(Dinukil dari Jami’ul ‘Ulum wal Hikam)

Diam itu lebih baik daripada berbicara sia-sia bahkan mencela atau mencemuh yang mengandungi maksiat.

Itulah manusia, ia menganggap perkataannya tidak berkesan apa-apa, namun di sisi Allah boleh jadi perkara
besar. Allah Ta’ala berfirman:

ِ ِ ِ
ٌ ‫َوحَتْ َسبُونَهُ َهِّينًا َو ُه َو عْن َد اللَّه َعظ‬
‫يم‬
“Kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar.”
(QS. An Nur: 15).

Dalam Tafsir Al Jalalain dikatakan bahwa orang-orang biasa menganggap perkara ini ringan. Namun, di sisi
Allah perkara ini dosanya amatlah besar

100 RAHMAT ALLAH

Mengejar kedudukan yang tertinggi diakhirat adalah satu pejuangan dan sasaran yang mesti ada di dalam diri
setiap muslim. Dunia bukan tempat enjoy kerana tempat enjoy kita yg sebenar adalah di Syurga, kerana nikmat
dunia tak lah seberapa sangat dan tidak pula kekal. Di khabarkan di dalam hadith, Nabi s.a.w menjelaskan
bahawa Allah SWT memiliki 100 rahmat yang 1 rahmat telah diberikan di dunia tatkala yg selebihnya akan
diberi di akhirat. Ini adalah satu khabaran yg benar.

Tidak tergambar betapa dahsyatnya dan hebatnya nikmat Syurga yg diumpamakan jari yg dicelupkan dilautan,
dimana setitik yg menitis dijari itulah nikmat dunia yg dikejari tatkala yang selautan itu nikmat Syurga.

Dikhabarkan oleh Nabi s.a.w bahawa ramai penghuni Syurga itu dikalangan orang miskin. Gambaran ini
memberi kita info bahawa bukan kelebihan duniawi yg menjadi faktor utk kita mendapatkan Syurga. Tidak
mengapa jika tidak kaya, tidak mengapa jika tidak cantik, tidak mengapa jika tidak cerdik, yang penting kita
usaha jaga diri, taqwa pada Allah sungguh2, taubat pada Allah pada perkara yang silam kerana keadaan yang
pengakhiran itulah yang akan dinilai oleh Allah SWT meskipun kita tersedar pada lewat usia. Begitulah
keadaanya para sahabat Nabi s.a.w yang dahulunya mereka kafir, ada yg awal masuk islam tatkala ramai juga
yg masuk Islam pada usia yg lewat. Sedang dosa kafir pun Allah SWT mudah utk ampunkan, maka apalah lagi
dosa kita sebagai muslim yg telah mengikrarkan Allah SWT sbg Rabb sejak kita kecil.

Justeru kita jangan putus asa dari rahmat Allah SWT, tahanlah dengan ujian dunia yg sedikit dan sementara
kerana manusia tidak akan pernah putus utk diuji agar untuk Allah melihat quality kesabaran manusia. Syurga
adalah untuk orang2 yang sabar.

ORANG YANG IKHLAS TERLINDUNG DARI SYAITAN

Syaitan minta permission kepada Allah SWT untuk menggoda manusia kepada kemaksiatan dan dosa serta
menyesatkan manusia dari aqidah yg benar, namun khabaran yang telah Allah SWT sampaikan kepada Syaitan
laknatullah itu bahawa mereka tidak akan mampu utk lakukan demikian terhadap hamba2 Allah yang IKHLAS.

Justeru ikhlas hati kita di dalam ibadah, ikhlaskan hati kita di dalam taqwa dan ikhlaskan hati kita di dalam
iman.
HADIRKAN RASA GEMBIRA

Bila kita hadir ke event2 hiburan, kita mampu hadirkan rasa gembira, apabila kita lontarkan nyanyian pada
lagu-lagu yang kita suka lalu kita mampu hadirkan rasa gembira sedangkan kesemua kegembiraan itu tidak
memberi apa-apa erti selepas kematian kita.

Justeru hadirkanlah rasa gembira apabila setiap kali kalian pergi ke masjid untuk solat berjamaah atau ke
kuliah-kuliah Agama dan hadirkan rasa gembira apabila setiap kali kalian membacakan ayat-ayat Allah samada
Quran atau zikir kerana kesemua ini akan menjadi hiburan kita berada di alam berzah, ketika berada di yaumul
mahsyar hatta hinggalah kita ke Syurga.

18. Allah SWT akan memasukkan orang-orang KAFIR serta orang-orang FASIK (melakukan dosa) ke dalam
NERAKA-NYA, maka sedarilah bahawa nikmat yang paling besar dan paling bermakna bagi manusia untuk ia
hidup sebagai hamba Allah dimuka bumi ini adalah NIKMAT ISLAM DAN NIKMAT IMAN. Tanpa dua kurniaan
ini , kita tak laku di akhirat.

Oleh yang demikian itu, hanya menjadi seorang ISLAM maka itu belum cukup syarat untuk kita terus masuk ke
Syurga tetapi kita perlu sentiasa memastikan diri kita mempunyai IMAN yang konsisten.

Justeru, Nabi s.a.w sarankan kita agar sentiasa mengamalkan doa ini agar keimanan kita tidak digoyahkan oleh
tarikan dunia yang mempersonakan.

Moga-moga, friends serta followers MRJ yang lama dah hadam dan amal doa ini setiap hari kerana ia sudah
sering dikongsikan dan diingatkan pada masa-masa yang lalu.

Bagi followers yang baru...amalkan doa yang berharga ini, sekurang-kurang bila kita menghadap Tuhan nanti,
ada satu doa shahih dari Nabi s.a.w yang ada kita amalkan agar ia dapat kita jadikan modal untuk kita beritahu
pada Rabbul A'lamin yang kita ada pohonkan doa yang kita harapkan agar kita hidup di dalam AgamaNya
sampai kita mati.

Agar tetap diteguhkan hati ingatlah sebuah do’a yang selalu dibaca oleh Nabi. Ummu Salamah radhiyallahu
‘anha mengatakan bahwa doa yang paling sering dibaca oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah
doa,

ِ
َ ِ‫ت َق ْلىِب َعلَى دين‬
«‫ك‬ ِ ُ‫» يا م َقلِّب الْ ُقل‬
ْ ِّ‫وب َثب‬ َ ُ َ
“Yaa muqollibal qulub tsabbit qolbi ‘ala diinik” artinya ‘Wahai Zat yang membolak-balikkan hati teguhkanlah
hatiku di atas agama-Mu’ (HR. Tirmidzi, Ahmad, Hakim, dishahihkan oleh Adz Dzahabi, lihat pula Shohihul
Jami’)

LANTIK PEGUAM BELA KALIAN DI AKHIRAT DENGAN IKHTIAR...

1 HARI, BACA AT LEAST 1 MUKA AL-QURAN

24. Yang pertama, jika kaum lelaki boleh hadir ke masjid@surau untuk sempurnakan solat tarawirkh 11 rakaat
bersama imam di bulan ramadhan, maka mengapakah kalian tidak usahakan untuk hadiri solat subuh
berjamaah utk sempurnakan hanya dua rakaat?, sedangkan menyelesaikan solat tarawikh bersama imam
dengan jumlah rakaat yang banyak berbanding menghadiri solat subuh berjamaah sebanyak dua rakaat itu
fadhilatnya adalah sama iaitu ganjaran pahala solat seluruh malam. Hakikatnya meninggalkan solat subuh
berjamaah di masjid adalah satu kerugian yang sangat besar bagi kaum adam.

Yang kedua, tempat solat fardhu bagi kaum lelaki adalah dimasjid/surau kerana ia adalah perintah yang tegas
dari Nabi s.a.w iaitu bagi mereka yang dapat mendengar azan dari rumah mereka serta dekat utk dihadiri.
Bukan berjamah dgn anak isteri dirumah.
Yang ketiga, kaum hawa tak perlu rasa rugi jika tidak menghadiri solat berjamaah di masjid kerana Nabi s.a.w
telah mengkhabarkan bahawa tempat solat fardhu yang afdhol bagi kaum hawa itu adalah dirumah dan solat
di dalam bilik itu lebih afdhol dari ruang tamu. Ini kerana apabila wanita solat dirumah dan tidak keluar ke
masjid maka dia telah menutup dirinya dari fitnah pandangan lelaki serta menghidari dirinya dari kesulitan lain
yg tidak dijangka jika dia keluar seorang diri. Misalnya terhindar dari pencolekan, diganggu oleh kaum lelaki
dan ancaman lain yg tidak dijangka. DAN, apabila kaum hawa solat diruang yg sempit seperti di dalam bilik
rumahnya maka itu lebih afdhol(berpahala lebih) dari ia solat diruang tamu kerana dia telah menyembunyikan
gerak tubuhnya ketika solat dari terlihat oleh mungkin tetamu, ipar, jiran yg bukan mahram yg mungkin akan
hadir ketika kalian sedang solat. Oleh yang demikian itu meskipun wanita solat fardhu dirumah maka dia
memperolehi kebaikan yang lebih baik(berpahala lebih) dari mendatangi jamaah di masjid walaupun ia solat
seorang diri. Namun jika kaum hawa mempunyai kelapangan dari tugasan dirumah dan ingin hadir utk
mengikut suami serta ingin mendengar kuliah maka ia digalakkan.

* penjelasan di atas ini ada sandaran dalil-dalil dari sanad yg shahih dan baik.

ORANG YANG BIJAK AKHIRAT:

Org lain ada h/phone, dia juga ada h/phone, namun meskipun dia memiliki h/phone yg murah dia
memanfaatkan sebaiknya untuk sharing ilmu yg berguna berbanding dgn org lain yg memiliki h/phone yg
mahal tetapi menghabiskan masa dgn bermain apps, games dan kongsi kisah hidup.

Org lain ada duit, dia juga ada duit, namun meskipun dia tidak memiliki duit yg byk ia tetap memanfaat sekadar
yg dia ada itu utk bersedekah berbanding dgn org lain yg byk wang tetapi sekadar suka melihat angka yg besar
di dalam buku akaunnya.

Org lain ada kereta, dia juga ada kereta, namun meskipun keretanya usang, dia memanfaatkan keretanya itu
utk ke kuliah2 Agama dan mendatangi solat berjamaah secara istiqomah, berbanding org lain yg memiliki
kereta yg mahal tetapi tak habis-habis asyik mengilat dan takut kotor.

Cukuplah tiga perumpamaan dari banyak lagi perumpaan lain yang dapat kita ambil pengiktibaran dan
muhasabah untuk kita renung kerana pada hari yaumul mahsyar kelak wang, emas, segala yang dimiliki itu
tidak berguna lagi. Solat, puasa, quran tidak dapat diganti dengan apa-apa sahaja harta yang kita ada.

LUANGKAN MASA DENGAN??

Kita mesti luangkan satu masa, saat kita lapang dan kita terjaga pada malam hari, kita berwudhuk, buat solat
dua rakaat, lepas tu duduk, kita istighfar sebanyaknya sambil tu kita tutup mata. Kita kenang dosa-dosa kita,
kita remind semula yang kita ni ada buat salah dengan mak/ayah kita, kita ada maki hamun anak kita, kita
mungkin ada terambil barang orang, kita ada banyak salah dengan orang lain, kita tak jaga solat, kita jarang
baca quran, puasa Ramadhan kita yang lepas2 banyak tak terganti, kita ada curi tulang ketika bekerja,
kemudian kita tanya diri kita apakah aku mampu untuk menghadapi kematian?, kita muhasabah sekiranya jika
Allah tak beri kesempatan masa pada kita lalu kita dimatikan apakah kita sanggup berhadapan dgn Allah SWT
di Yaumul Mahsyar kelak?.

Sebelum ni kita mungkin tak pernah pun menangis utk ingat dosa-dosa kita yang banyak. Maka pada ketika itu
nanti (terbangun pada malam hari) kita menangislah sepuas-puas , kerana ketahuilah bahawa Neraka tidak
akan menyentuh insan-insan yang menangis kerana mengenang dosa-dosanya.

KETIKA NABI S.A.W DIMIKRAJKAN KE LANGIT, BAGINDA S.A.W DIPERLIHATKAN TENTANG KEDAHSYATAN
NERAKA.

Kata Nabi s.a.w yang maksudnya "aku tidak pernah melihat kedahsyatan yang sedemikian rupa yang amat
menakutkan aku tatkala ketika itu aku melihat penghuni Neraka itu dihuni oleh kebanyakkannya adalah kaum
wanita yang mana diantara ramai dikalangan oleh kaum wanita yang berada di dalam Neraka itu adalah
disebabkan mereka sering menyakiti hati suaminya dengan lidahnya (ucapannya). Dia tidak sedikitpun melihat
ُ ‫َما َرأَي‬
kebaikan suaminya. Walaupun byk kebaikan yg dilakukan oleh sisuami itu, ia tetap mengatakan ‫ْت ِم ْنكَ خَ يْرً ا‬
ُّ َ‫" ق‬aku tidak melihat sedikitpun kebaikanmu." Disebabkan hanya ucapan sedemikian itu siisteri dihumbankan
‫ط‬
ke Neraka. (HR Al Bulkhori- Shahih)

Itu belum lagi isteri yang berani memaki hamun suami. Zaman sekarang ramai ya para isteri yg berbuat
demikian....jangan begitu ya, sia2 nanti amalan puasa, solat tahjud & sedekah kalian.

KEBANGGAAN ORANG BUKAN ISLAM

Kebanggaan orang kafir adalah rumah, kereta dan banyakknya wang kerana dunia ini adalah Syurga bagi
mereka.

Kita tak boleh ikut rentak mereka kerana kita akan dihidangkan Syurga yang tidak dapat dibayangkan dan tidak
terjangkau oleh akal akan betapa indah dan hebatnya Syurga itu.

Kata Nabi s.a.w kepada Anas bin Malik, "Seandainya turun seorang sahaja bidadari dari Syurga maka bumi ini
akan harum ekoran kesan dari wangian bidadari itu"

Moga-moga kita terus usaha untuk mengejar pahala kerana itulah yang akan menjadi dana dan kekayaan kita
di akhirat kelak.

6. Jagalah hubungan kita sesama muslim kerana dosa kita sesama muslim itu atas keampunan dari orang yang
kita sakiti. Justeru sekiranya kita tidak mampu memberikan kebaikan kepada seseorang maka janganlah kita
pula menyusahkan orang lain atau menyakiti hatinya. Hakikatnya dosa yang banyak menghumbankan
seseorang itu ke dalam Neraka adalah dosa sesama manusia.

Jagalah syariat sebaiknya dan jangan terlalu memikirkan tentang perasan kerana perasaan itu akan sering di
goda. Menjaga aqidah pada diri bukan hanya menjaga diri dari kesyirikan semata, tetapi menjaga diri dari
kemaksiatan serta menjaga akhlak juga adalah bahagian dari aqidah kerana disitulah menunjukkan pegangan
taqwa kita yang mantap iaitu bersungguh mentaati printah Allah dan menjauhi larangannya dgn pegangan
yang teguh.

Syaitan bijak menipu manusia , apabila syaitan tidak mampu mengetuk pintu kesyirikan pada seseorang maka
digodanya pula pada sudut kesombongan dan keegoan lalu menyebabkan seseorang itu merasa tidak berdosa
berghibah, tidak merasa berdosa mencerca muslim yang lain serta mewujudkan provokasi , kutuk mengutuk
utk menyakiti orang yang dibenci. Yang lebih parah bila mengajak orang lain di dalam kutuk berjamaah utk
sama2 membenci orang dia benci. Actually , apa yg kita dapat?

DIUJI SAKIT??

Sekiranya kita diuji sakit yang lama atau musibah yang datang bertali arus atau mengalami masalah hidup
yang berpanjangan, janganlah kita berputus asa kerana bukan nikmat dunia yang kita perlu kejar.

Apakah kita telah bersungguh dengan solat dan doa? Apakah kita pernah usaha dgn perbanyakkan istighfar
sebagai zikir harian? Hakikatnya bertapa ramai manusia yg berjaya di dalam kehidupan yg bangkit dari
tersungkur kerana dia tidak berputus asa berdoa kerana Allah SWT tidak janji cepat utk selesaikan masalah
namun Allah janji turunkan penyelesaian kepada orang2 yg sabar.

Allah SWT tidak menzalimi hamba2Nya, tatkala menuntut agar hamba2Nya kembali kepadaNya. Namun tetap
ada insan2 yg apabila ia diuji lalu ia semakin menjauh dari Tuhannya. Sikap ingin bersegera berlepas dari
permasalahan dan tidak sabar ini menyebabkan sesetengah manusia mudah bersuuzon (bersangka buruk)
pada Rabbnya dan putus asa dari mengharap.

Apakah kita lebih byk berzikir dari berfikir. Bertapa ramai manusia yg lebih gemar bercerita masalah dgn orang
ramai dari bangun malam merintih kepada Penciptanya di dalam doa yg ikhlas. Tidak salah utk bertanya utk
mencari jalan tapi bukan hanya sekadar luahan kosong yg tidak bermakna.

Jangan kita anggap dgn ujian itu sebagai singkiran Allah kepada hamba2Nya, kerana para rasul lah yg paling
teruk diuji. Walaupun ujian itu berbeza hadir pada cara hidup seseorang namun cara penyelesaiannya tetap
sama iaitu bersabar dgn solat dan doa. Allah tidak tolak istighfar bagi insan2 yg berdosa tidak kira apa jua dosa
yg dilakukan, Allah tidak tolak doa orang2 yg mengharap dan Allah tidak tolak amalan orang yg sakit meskipun
perlakukan tidak dapat dilakukan dgn sempurna.

Jangan terlalu berfikir negatif kerana negatiflah yg akan terperap di dalam diri. Jangan selalu bersangka buruk
kerana yg buruk itulah yg akan bersarang di otak. Jangan banyak melihat kelebihan orang lain tetapi lihatlah
orang lain lebih teruk diuji agar kita merasa bersyukur tatkala ia akan memberikan semangat utk kita move on.

Jangan terus membiarkan diri kita pasif tanpa usaha kerana Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga
mereka mengubah nasib diri mereka sendiri, tatkala Allah akan menunjukkan jalan mempermudahkan urusan
bagi insan2 yg memohon kepadaNya.

Apakah doa yg mesti kita amalkan disaat teruk diuji?

"Allahumma atina fid-dunya hasanah, wa fil-akhirati hasanah, wa qina 'aza-bannar"

Kat mana tempat nak mohon pada Allah? TAHJUD....

Sudah2lah ikhwan dan akhawat sekalian. Orang yang sibuk dengan amal soleh tidak akan ada masa untuk
berbuat menyakiti hati orang lain. Jangan rosakkan jiwa kita, jangan gelisahkan diri kita dan jangan kita
stresskan diri kita disebabkan seseorang. Hakikatnya kita tetap seorang diri di dalam kubur. Maka sibukkan diri
kita dgn amal soleh agar kubur kita dihiburkan dgn amalan dan bukan dibisingkan dengan jeritan siksaan.

DOA YANG DITUNDA

Kata Nabi s.a.w di dalam sebuah riwayat yang shahih, bagi menghadapi cabaran umat pada zaman mereka
,setiap para rasul itu diberikan masing-masing dengan satu DOA yang akan dimakbulkan. Nabi s.a.w
mengkhabarkan bahawa "semua para rasul telah pun memohonkan doa itu dan telah diijabahkan, KECUALI
aku yang masih belum menggunakan doa itu". Nabi s.a.w tunda dari menggunakan doa itu utk baginda s.a.w
gunakan nanti diyaumul mahsyar utk menolong umat baginda.

Antara insan-insan yang berhak menerima syafaat ini disebabkan mereka yang sering mendoakan wasilah
(kedudukan yg tertinggi) utk Nabi s.a.w melalui doa azan yang dilafadzkan. Kedua ,mereka ini banyak
berselawat kepada Nabi s.a.w terutamanya byk berselawat pada hari jumaat.

Maka kerana itu kita disarankan agar memperbanyakkan berselawat pada hari jumaat. Semoga kita mengambil
peluang ini.

APAKAH AMALAN KUNCI REZEKI SEPERTI YANG DIJELASKAN DI DALAM DALIL QURAN & HADITH

1) Memperbanyakkan Istighfar setiap hari, maksudnya jadikan istighfar sebagai wirid harian sebanyaknya
tanpa hitungan

2) Mengistiqomahkan bersedekah harta. Maksudnya, setiap kali kita dapat gaji/imbuhan/bonus/wang yg tak
disangka, maka kita syukur dan keluarkan sedikit harta ini utk bantu faqir miskin.

3) Istiqomahkan solat dhuha 4 rakaat (2 salam) setiap hari, Allah akan cukupkan keperluan kita pada setiap
hari.

Kesemua penjelasan ini ada dalil. Tak perlu kita nak cari cara lain yg tidak shahih serta jauhkan amalan yg
diada2kan (bukan dari syariat).

Buat dengan ikhlas dan sabar, Insyaa Allah..... Masyaa Allah...

Kebanyakkan orang tahu bahawa Agama menganjurkan memperbanyakkan selawat pada hari jumaat,
namun.... SEDIKIT orang yang nak mengamalkannya, semoga kita termasuk di dalam golongan yang sedikit itu.

2 SYAFAAT (PENOLONG) BESAR,


Kita akan layak perolehi diakhirat kelak sekiranya kita beri komitment pada dua hal iaitu, memperbanyakkan
membaca Al Quran dan Selawat.

Memperbanyakkan membaca Al Quran, kelak Al Quran sendiri akan hadir sebagai peguam bela utk membela
dosa sipembacanya hatta sipembaca itu tadi terselamat dari azab Neraka. Inilah syafaat yg terbesar.

Kedua, syafaat Nabi s.a.w, disaat penghimpunan jumlah manusia yg tidak terhitung banyakkanya, teramat
lama tempoh penantiannya, maka Nabi s.a.w akan mengenali umat baginda yg byk berselawat kepadanya,
tatkala membantu mereka agar dipercepatkan urusan utk dihitung amalannya dineraca mizan. Penantian di
mahsyar itu adalah penantian yg teramat panjang dan teramat tention utk menunggu giliran. Hatta oleh
kerana penantian yg terlalu panjang itu, peluh manusia terkumpul hingga menjadi lautan lantas ada insan yg
terkapai serta lemas di lautan peluh. Na'uzubillah..

GANJARAN PAHALA LUMAYAN

Ketahuilah bahawa pahala yang besar itu tidak hanya boleh diperolehi dengan melakukan sesuatu perbuatan
amal, tetapi dengan tidak berbuat apa-apa pun ia mampu menghidangkan ganjaran pahala yang sangat
LUMAYAN.

Bagaimana caranya?

~ Memaafkan orang lain


~ Berbaik sangka
~ Menahan marah
~ Bersabar
~ Berniat utk melakukan kebaikan
~ Jaga hati dari merasa iri hati, dengki, hasad, cemburu didalam urusan dunia, berdendam
~ Diam dari berkata perkara yg sia2@dosa

Hakikatnya menjaga hal yg di atas ini lebih sukar dari beramal maka kerana itu pahalanya juga adalah besar.

Semoga kita sentiasa istiqomah menjaga ketaqwaan.

TINGGALKAN GAJI BESAR DAN PANGKAT YANG HEBAT JIKA PEKERJAAN ITU BERTENTANGAN DGN SYARIAT.

Alhamdulillah, seorang muslimah yang hebat , dia sanggup berhenti dari bidang pekerjaannya yg bergaji besar
serta pangkat yang bagus setelah saya menasihatinya agar meninggalkan pekerjaanya iaitu sebagai operation
labour untuk "menggugurkan kandungan@janin".

Demi mencari redha Allah iaitu menjauhi sesuatu yang dimurkai serta memperbaiki diri di dalam menjaga
aurat adalah merupakan satu pengorbanan murni yang amat bermakna dan amat berharga.

Bukan semua orang kuat dan mampu melaksanakannya apabila merasa senang dengan nikmat harta takhta
KECUALI mereka yang meletakkan cintanya kepada Allah dan Rasul mengatasi segalanya.

Semoga beliau diberikan kebaikan dunia dan akhirat serta dilorongkan dengan rezeki yang lebih baik.

SAYA MENASIHATI MEREKA2 YG BEKERJA BANK, SERTA INSURANCE CONVENSIONAL, AHLI MUZIK, PELUKIS
GAMBAR, PEMBUAT BINAAN KUBUR, YG SELALU MERASUAH, AGAR MENCARI SUMBER REZEKI YG
LAIN...KERANA SETIAP HARTA YG KITA MILIKI AKAN DIMINTA DIPERTANGGUNGJAWABKAN DIAKHIRAT DAN
AKAN DITANYAKAN DARI MANA SUMBER YG KITA PEROLEHI....

APAKAH ADA PAHALA BERBUAT KEBAIKAN PADA HAIWAN?

ya , sebagaimana kisah shahih seorang wanita pelacur pada zaman Nabi Musa a.s, yg dosanya diampunkan
oleh Allah SWT lalu dimasukkan dia ke Syurga kerana terdetik kebaikannya memberikan air minuman kepada
anjing yg kehausan. Namun janganlah pula salah faham dgn hadith ini, tak boleh la beranggapan berzina dan
meninggal solat itu dianggap tidak mengapa asalkan sahaja ada buat kebaikan maka dah cukup syarat boleh
simply masuk syugra. Harus diingat bahwa kejadian itu adalah pada zaman Nabi Musa, namun pada zaman
Nabi s.a.w Agama telah langkap dgn syariat yg WAJIB itu dipatuhi kesemuanya.

JODOH

Apakah jika tidak ada jodoh didunia , maka akan ada jodoh di akhirat?. Ya itu sudah pasti akan ada teman,
Syurga itu adalah tempat segala kenikmatan dan apa2 yg diiniginkan akan dipenuhi.

60. Keutamaan memperbanyakkan selawat pada hari jumaat ini kebanyakkan semua orang tahu, namun
kebanyakkannya tak buat. Mungkin perlu ada peringatan melalui media agar menganjurkan sunnah yg
semakin dilupakan ini.

Fadhilat selawat kecil? Sapa habaq camtu....? Orang yg memperbanyakkan selawat adalah antara orang yg
dekat dengan Nabi s.a.w dan berkelebihan utk mendapatkan syafaat baginda.

Sifat penerimaan Agama pada individu itu agak berbeza, ada yg mengambil Agama ini sgt penting di dalam
kehidupan, ada anggap tak penting, ada yg bisher-bisher dan ada yang ambil Agama pada keperluan tertentu
shj.

Kita perlu hadam bahawa sakit dan susah didunia ada orang yg akan bantu, tapi sakit dan susah diakhirat kita
akan merana dan terus merana tatkala di akhirat tidak ada kematian dan tidak ada apa2 pertolongan
melainkan mereka yg komitmen semasa hidupnya dgn banyak membaca Al Quran, banyak berselawat, banyak
menangis mengenang dosa, cintakan masjid, orang yg bersahabat kerana Allah, orang yg menyembunyikan
bersedekah Sehingga Tangan Kiri Tidak Tahu Apa Yang Diberikan Oleh Tangan Kanan.

Justeru pilihan utk menjadi orang beruntungan akhirat itu telah diberitakan di dalam Al Quran dan juga hadith.
Atas diri kita utk muhasabah atas kepentingan yg manakah yg harus dipilih.

Mari ucapan "Allah Humma Solli A'la Muhammad, Wa'ala Ali Muhammad"

TIAP2 HARI , 5 AMALAN UTAMA YANG KITA MESTI USAHAKAN ADALAH:-

1) Solat awal waktu, jika kau perbaiki solat maka hakikatnya kau perbaiki kehidupanmu

2) Zikir pagi petang, amalan ini akan bawa perubahan pada diri dan kehidupanmu. Bila kau banyak puji Allah,
maka Allah akan banyak berikan nikmat-NYA utkmu.

3) Baca Quran at least semuka sehari. Bila kau baca ayat2 Allah, jiwa mu akan bersih.

4) Jagalah sunat fajar dan witir sebagaimana kita menjaga solat fardhu.

5) Kau jangan lupa doakan kedua ibu bapamu

TIPS MURAH REZEKI DAN KEBAIKAN YANG BANYAK AKAN DILIMPAHI ADALAH DENGAN CARA BERSEDEKAH
HARTA.

Justeru, saya rekomen pada mereka yang ingin dilapangkan rezekinya, maka setiap dapat gaji, belikan sesuatu
untuk disedekahkan kepada orang-orang yang susah.

Sifat orang yang susah ini dia tidak meminta-minta dan dia tidak pula menonjolkan diri namun ciri-ciri mereka
dapat dikenali.

Rangking sedekah yang paling afdhol adalah kerabat sendiri, jiran kemudian baharulah yg lain. Insyaa Allah jika
kita bersedekah, orang disedekahi itu pasti akan mendoakan kebaikan untuk kita tanpa kita minta.

Maka bersedekahlah setiap kali dapat gaji, kelak Allah akan atur rezeki kita dari sumber yang tidak disangka2.

Tak semua orang mampu untuk istiqomah pada SEMUA amalan. Kita tidak disuruh untuk pressure diri di dalam
melakukan kesemuanya kecuali pada ibadah yg wajib.
Justeru apabila kita memaksa diri untuk melakukan kesemuanya, kesannya kita akan kecewa apabila banyak
amalan tidak dapat diistiqomahkan ekoran adanya halangan2 tertentu, lalu keadaan itu menyebabkan kita
merasa putus asa dan menjadi malas. Imam Al Bukhori meriwayatkan hadith, kata Nabi s.a.w,"beramallah
dengan amal yang sesuai kemampuan kalian"

Kita tidak perlu push diri untuk mengejar amalan yang banyak tetapi fokus pada yang amalan yang senang dan
mudah atas kemampuan diri kita terdaya, kemudian amalan tersebut diistiqomahkan. Ini kerana Nabi s.a.w
ada menjelaskan bahawa amalan yang PALING DICINTAI OLEH ALLAH SWT adalah "amalan yang berterusan
meskipun ia SEDIKIT".

Dari penjelasan hadith ini, kita cuba ukur dan audit semula tahap keupayaan diri kita di dalam
mengistiqomahkan amalan yang kita sedang usahakan

Jika ada yang berjaya istiqomah di dalam amalan zikir pagi dan petang, maka terbaik bossku.

Jika ada yang berjaya istiqomah membaca semuka Al-Quran setiap hari, semoga kalian berbahagia di akhirat.

Jika ada yang berjaya istiqomah solat diawal waktu, semoga kalian menjadi orang yang beruntung.

Jika ada yang berjaya untuk istiqomah melakukan tahjud, semoga kalian mendapat darjat yg dtinggi di dalam
Syurga.

Jika ada yang berjaya istiqomah di dalam bersedekah, semoga kalian menjadi vvip akhirat.

Moga2 amalan yang berterusan itu menjadi faktor penyebab untuk memudahkan urusan kita ke Syurga, Insyaa
Allah.

~ JANGAN BERTANGGUH, KERANA AJAL DATANG PADA BILA - BILA.

َ‫َولَن یُؤَ ِّخ َر ٱهَّلل ُ ن َۡفسًا ِإ َذا َج ۤا َء أَ َجلُهَ ۚا َوٱهَّلل ُ خَ ِبی ۢ ُر ِب َما ت َۡع َملُون‬

"Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa)
apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan"
[Surah al-Munafiqun 11]

Saudaraku,

✍ Imam at-Thabari berkata dalam tafsirnya: "Maksudnya, Allah swt tidak akan menangguhkan ajal seseorang
dengan memanjangkan usianya saat kematian tiba. Akan tetapi, terus di ambil nyawanya. Dan Allah swt Maha
Mengetahui amalan seluruh hambaNya, Dia mengetahui seluruhnya, tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi
bagiNya. Allah swt akan membalas mereka semua, orang baik akan dibalas atas kebaikannya dan orang jahat
akan dibalas berdasarkan perbuatan buruknya".

✍ Oleh yang demikian, hendaklah kita bersegera dan sentiasa bersiap sedia dengan kebaikan dan amal soleh
kerana bila-bila masa sahaja kita boleh dimatikan oleh Allah swt yakni datangnya ajal kita. Jangan sesekali leka
dengan tipu daya dunia dan lalai dengan keseronokan hidup yang dapat menjauhkan kita dengan Allah dan
amal soleh.

: َ‫ َو ِم ْن َحيَاتِكَ لِ َموْ تِك‬، َ‫ضك‬ ِ ‫ َو ُخ ْذ ِم ْن‬،‫ر ْال َم َسا َء‬0ِ ‫ َوإِ َذا أَصْ بَحْ تَ فَالَ تَ ْنت َِظ‬،‫اح‬
ِ ‫ص َّحتِكَ ِل َم َر‬ َّ ‫ر ال‬0ِ ‫ إِ َذا أَ ْم َسيْتَ فَالَ تَ ْنت َِظ‬.
َ َ‫صب‬
[‫]رواه البخاري‬

"Jika kamu berada di petang hari jangan tunggu pagi hari, dan jika kamu berada di pagi hari jangan tunggu
petang hari, gunakanlah kesihatanmu untuk (persiapan saat) sakitmu dan kehidupanmu untuk kematianmu"
(HR. Bukhori)

✍ Al-Imam Hasan Al-Basri rahimahullah berkata:

ِ ُ‫ وأما غدًا فلعلك ال ت‬،‫ أما أمس فقد ذهب بما فيه‬،‫الدنيا ثالثة أيام‬
‫ فاليوم لك فاعمل فيه‬،‫دركه‬
"Kehidupan di dunia ini ibarat 3 hari, semalam telah pun berlalu termasuk apa yang ada di dalamnya. Adapun
esok mungkin kamu tidak akan menemuinya lagi. Maka hari ini adalah bagimu untuk engkau beramal di
dalamnya"
===============

"Ya Allah, berilah peluang kepada kami bertaubat sebelum mati"

NASIHAT BERGUNA

Yang pertama, jangan didik anak kecil anda dengan nyanyian tetapi didiklah dgn surah-surah lazim. Zaman
skrg budak 3 tahun pun dah nyanyi lagu cinta. Kasihan.....

Kedua, nasihat saya pada kaum wanita , jika kalian tak dpt menahan diri utk berkaraoke maka berkaraokelah
hanya dirumah bersendirian. Jangan berkaraoke dikhalayak. Jagalah ikhtilat. Walaupun secara mutlak suara
wanita bukan aurat namun mengalun2kan suara , samada suara godaan atau nyanyian ia tetap boleh
menaikkan syahwat lelaki dan hukumnya tetap haram.

Yang ketiga, bagi yg terlebih harta jangan banyak habiskan duit anda dgn byk pergi melancong sedangkan
ramai fakir miskin yg hanya makan maggie , nasi + kicap setiap hari.

Yang keempat, jaga hati kita dengan melafadzkan istighfar, zikir dan quran setiap hari, ia sangat membantu kita
utk istiqomah di dalam taqwa.

ZAKAT EMAS

Timbang semua emas yang kita miliki, sekiranya beratnya 85gram dan lebih, maka setiap tahun kita wajib
keluarkan zakat emas tersebut sebanyak 2.5% atau 0.025

Jadi kiraannya:-

ZAKAT EMAS = (jumlah gram emas 85gram dan ke atas) X (harga emas semasa) X 0.025

TAK BAYAR ZAKAT EMAS, maka kelak emas itu akan dijadikan seterika dari api Neraka yang akan di dakapkan di
belakang tubuh orang2 yg tidak mengeluarkannya.

ANTARA KERJA2 YANG TIDAK SEPATUTNYA DICEBURI OLEH MUSLIM YG CINTAKAN AKHIRAT DAN TAKUT
UNTUK DIPERSOAL DI YAUMUL MAHSYAR:-

~ Bank2 convensional
~ Premis2 yang ada menjual arak, fokus kepada cashier yg terlibat di dalam urusan jual beli.
~ Apa jua bentuk kelab malam
~ panggung wayang
~ Genting highland yg terlibat dgn menjaga pusat2 perjudian
~ Mana2 majikan yg tidak membenarkan solat serta menutup aurat.

Sekiranya, pembaca budiman yang membaca pesanan ini dan terlibat dgn bidang berkenaan maka rancanglah
utk resign, bukan untukku tetapi untuk saat kalian dikafankan kelak.

BIAR KITA HILANG DUNIA ASALKAN KITA TIDAK HILANG AKHIRAT

94. Yang pertama, sembunyikan amal ibadah kita sebagaimana kita sembunyikan dosa kita kerana quality
ibadah yg terbaik adalah jika ia dilakukan secara tersembunyi.

Yang kedua, jika kita semakin berilmu jangan kita semakin sombong dan hilang akhlak, kerana ilmu yg
memberi kesan kepada diri itu akan menjadikan diri kita semakin merendah diri dan tawadu'. Namun syaitan
menyuntik sifat sombong bagi orang yg berilmu lalu menjadikan dirinya pengkritik dan terjadilah permusuhan.

Yang ketiga, kita kena KUAT tahan sabar dan tahan marah. 2 perasaan ini adalah dari penciptaan fitrah naluri
manusia yg ianya perlu dikawal dengan iman dan ilmu. Letakkan fikiran mendahulu tindakan. 2 perasaan inilah
yg menjadi pengukur kepada baiknya tahap keimanan seseorang itu.
Yang keempat, jika umur kita dah cecah 40an, slowkanlah aktiviti duniawi, umur 40an itu adalah umur asar yg
akan mendekati senja. Pada waktu ini kita perlu kepung pengakhiran kehidupan kita kepada amal soleh agar
mati kita di dalam kebaikan. Umur 50an kita perlu sentiasa beringat dan sentiasa berwaspada kerana kematian
boleh hadir pada bila2 masa. Umur umat akhir zaman semakin singkat, seringkali kita lihat semakin ramai yg
menemui ajal pada usia yg awal. Jika usia kita 60an, bukan masanya lagi utk mengejar dunia.

Yang kelima, kita jangan buat masalah dgn orang lain, jangan cetus permusuhan, jika kita tak dapat buat
kebaikan padanya maka janganlah kita menyusahkannya.

Yang keenam, jangan buang masa dengan perkara2 lagho(lalai) kerana Allah telah menegaskan atas
sumpahNya bahawa masa itu sentiasa merugikan kecuali orang ingat pada akhirat dan meluangkan dgn
berbuat kebaikan utk persediaan hari yg kekal abadi ini.

Bersyukurlah kerana Allah telah bantu kita lahir di dalam keluarga Islam, maka bantulah diri kita sendiri utk kita
sampai ke SyurgaNya, kerana Syurga yg hebat itu tidak akan dicapai dengan hanya angan2 kosong @ tidak
berbuat apa2.

IMAN

Iman itu diumpamakan sebagai TUMBUHAN yang mana ia boleh layu dan mati. Tumbuhan memerlukan 3
unsur untuk hidup iaitu cahaya, air dan baja.

Begitu juga dengan iman, ia juga memerlukan cahaya (ilmu yg akan menerangi hati), air iaitu zikrullah(zikir)
dan bajanya adalah Istighfar iaitu penguat kepada ibadah. 3 unsur ini jika ia tidak dipupuk pada iman maka kita
akan lihat keadaan diri kita yang porak peranda.

ISTIQAMAH

Saya mengkagumi insan2 yg istiqomah baca Quran setiap hari, jaga solat awal waktu, berusaha bangun tahjud,
menjaga solat fajar serta berinfaq setiap dpt gaji. Semoga kita sejiwa di dalam mencari keredhaan Allah,
memperhebatkan taqwa dan bersabar.

Hakikatnya orang2 yang menjadikan akhirat itu sebagai matlamat utama untuk dirinya , nescaya dia tidak akan
ada alasan dan merasa penat utk istiqomah melakukan amal soleh kerana merasa yakin dgn habuan yg tidak
terbanding nikmatnya.

Namun jika akhirat itu bukan matlamat dirinya, maka dia akan menjadikan ibadah itu hanya sebagai syarat
kehidupan.

APAKAH MENDENGAR KULIAH DIYOUTUBE DAN DI MAJLIS ILMU ITU NILAINYA SAMA?

MRJ Jawab, dari sudut manfaat ilmu tetap sama, iaitu tetap dapat ilmu dan tetap dapat kebaikan jika ia
diamal , NAMUN bagi insan2 yang duduk di dalam majlis ilmu itu, dia akan dapat doa dari para malaikat,
dipayungi oleh sayap malaikat, disebut nama mereka oleh Allah, diturunkan sakinah(ketenangan) dan
diberikan keampunan selagi mana berada di dalamnya.

~ TEMAN

TIGA YANG MENEMANI, DUA PULANG, SATU YG TINGGAL

Tiga yang menemani kita sampai ke kubur, dua akan pulang, satu akan tetap menemani kita di alam kubur.

🖋Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

ُ‫ َويَ ْبقَى َع َملُه‬، ُ‫ فَيَرْ ِج ُع أَ ْهلُهُ َو َمالُه‬، ُ‫ يَ ْتبَ ُعهُ أَ ْهلُهُ َو َمالُهُ َو َع َملُه‬، ‫اح ٌد‬ ِ ‫ فَيَرْ ِج ُع ْاثن‬، ٌ‫ِّت ثَالَثَة‬
ِ ‫َان َويَ ْبقَى َم َعهُ َو‬ 0َ ‫ع ْال َمي‬0ُ َ‫يَ ْتب‬

“Yang mengikuti jenazah sampai ke kubur ada tiga, dua akan kembali dan satu tetap bersamanya di kubur.
Yang mengikutinya adalah keluarga, harta dan amalnya. Yang kembali adalah keluarga dan hartanya.
Sedangkan yang tetap bersamanya di kubur adalah amalnya." (HR. Bukhari, no. 6514; Muslim, no. 2960)
‘Ali bin Muhammad Abul Hasan Nuruddin Al-Mala Al-Harawi Al-Qari (meninggal dunia tahun: 1014 H)
menyatakan bahwa seseorang ketika mati ada tiga yang mengikutinya hingga ke kubur. Pertama adalah
keluarganya, iaitu anak dan kerabatnya, begitu pula sahabat dan kenalannya. Kedua adalah hartanya, seperti
budak laki-laki atau perempuannya, juga haiwan tunggangannya. Ketiga adalah amalannya, iaitu amal baik
atau buruk yang pernah ia lakukan. Keluarga dan harta tadi akan kembali. Yang tersisa hanyalah amalnya yang
menemani ia di kubur. (Mirqah Al-Mafatih Syarh Misykah Al-Mashabih, 8: 3235. Dinukil dari Fatwa Al-Islam
Sual wa Jawab, no. 199542)

Ibnu Hajar rahimahullah berkata:


ْ َ‫ت اَل يَ ْتبَ ُعهُ إِاَّل َع َملُهُ فَق‬
‫ط‬ ِ َ‫قَوْ لُهُ ( يَ ْتبَ ُعهُ أَ ْهلُهُ َو َمالُهُ َو َع َملُهُ ) هَ َذا يَقَ ُع ِفي اأْل َ ْغل‬
ٍ ِّ‫ َورُبَّ َمي‬، ‫ب‬

"Jenazah akan diikuti oleh keluarga, harta dan amalnya. Itu adalah umumnya. Boleh jadi ada jenazah yang
hanya diikuti oleh amalnya saja, tanpa membawa harta dan keluarga ketika dihantar ke kuburan.” (Fath Al-
Bari, 11: 365)

Disebutkan dalam hadits Al-Bara’ bin ‘Azib yang panjang tentang pertanyaan di alam kubur. Ada ketika itu
datang seseorang yang berwajah tampan dan berpakaian bagus, baunya pun wangi. Ia adalah wujud dari
amalan shalih seorang hamba. Sedangkan orang kafir didatangi oleh orang yang berwajah hodoh. Itu adalah
wujud dari amalan buruknya. (HR. Ahmad, 4: 287. Syaikh Syu’aib Al-Arnauth menyatakan bahwa sanad hadits
ini shahih, perawinya adalah perawi yang shahih)

LALU AMAL KITA BAGAIMANA? SUDAHKAH AMAL KITA SIAP UNTUK MENEMANI KITA KELAK DI ALAM KUBUR?

39. Walaupun ada pandangan mazhab yg mengatakan tidak boleh baca Quran bagi wanita haid/nifas NAMUN
semua pandangan sepakat, dibolehkan bagi wanita haid untuk BERDOA, BERZIKIR, BERISTIGHFAR &
BERSELAWAT.

Justeru janganlah kalian LANGSUNG tidak melakukan hal sedemikian (BERDOA, BERZIKIR, BERISTIGHFAR &
BERSELAWAT) kerana apabila kita tidak mengingati dan menyebut Allah , bisikan-bisikan syaitan akan mudah
untuk menguasi dirimu.

Kesannya kalian akan merasa MALAS BERIBADAH, mudah dimasuki jin, merasa tidak tenang dan kegelisahan.

Maka kerana itu amalkanlah zikir pagi dan petang, berdoalah dan zikirlah dgn zikir-zikir yang ringan
(Subhanallah Wabihamdih, Subhanallah Hil Adzim) diwaktu kamu lapang, paling tidak pun, mulakan apa sahaja
perbuatanmu dengan menyebut "BISMILLAH" moga Allah menyebut-nyebut kamu sebagai hambaNya yang
bertaqwa.

~ BAGI YG TIDAK UZUR, AYUH DHUHA 4 RAKAAT (2 SALAM) , ALLAH AKAN CUKUPKAN KEPERLUANMU PADA
HARI ITU.

49. Setiap kata-kata@penulisan kita sentiasa akan melahirkan tiga perkara sama lagho, dosa dan pahala.
Justeru jadikan kata-kata kita bermanfaat dan bernilai pahala.

52. Jika Allah mencintai seorang hamba, maka Allah jaga lisannya dari ucapan yang buruk, Allah lindungi
lisannya dari berdusta, ghibah, mencaci-maki. Dan Allah hiasi lisannya dengan berdzikir, membaca Al-Qur'an,
membaca Kalam para Nabi dan Rasul, kalam shalihin, mengingatkan ilmu dan segala yang dicintai Allah SWT.

53. Sebelum takbir untuk mula solat TIDAK ADA @ TIDAK DISUNNAHKAN untuk menyebut@membaca :-

1) Istighfar
2) Surah An Nas
3) Usolli
54. Sesuatu barang itu bernilai bukan terletak pada barang tersebut, tetapi keadaan yang menentukan
nilainya.

Tamsilannya , umpama sebatang buluh yang hanyut tiada nilai dalam keadaan biasa, namun ia akan lebih
mahal dari dunia dan isinya bagi seseorang yang sedang terkapai kapai kelemasan. Ketika itu kamu akan buang
semua ketulan-ketulan emas berharga yg ada di dalam beg kamu yang mana ia akan menjadi pemberat yang
akan menenggelamkan kamu.

Demikianlah juga dengan pahala. Ia tidak dirasai nilainya sewaktu di dunia, berbanding di akhirat, yang mana di
akhirat nanti semua benda tidak akan lagi bernilai melainkan hanyalah pahala.

Oleh kerana semua kita sedang menuju ke sana, maka kutiplah apa saja sekecil-kecil amalan@kebaikan yang
ianya akan menjadi bekalan pahala, walau sekadar manis muka pada saudaramu sedang senyuman itu juga
adalah berpahala.

55. Orang lelaki yang solat berjamaah di masjid, jangan pakai baju yang ada tulisan di bahagian belakang, ia
menghalangi makmum di belakang dari khusysuk kerana mereka tersibuk membaca kata-kata pada baju yang
kamu pakai.

Jangan belikan baju anak-anak kita yang ada padanya gambar2 kartun atau apa sahaja bentuk pakaian yang
ada lukisan gambar (makhluk bernyawa). Dan tidak lah patut apabila baju-baju yang bergambar sedemikian itu
dipakai pula oleh lelaki yg dah dewasa tertutamanya jika ia dipakai di dalam solat.

56. Ditempat kerja pun kita tetap ada ruang untuk mengamalkan sunnah dan melakukan kebaikan seperti
memberikan ucapan salam, melakukan dhuha, berbicara dengan senyuman, menasihati serta berkongsi ilmu
dengan sekerja sewaktu sarapan dan makan tgh hari. Sentiasa mengamalkan sikap jujur dan disenangi.
Amanah di dalam melaksanakan sunnah dan menjaga adab dan akhlak di dalam pergaulan. Diam dari berkata
yang sia-sia serta berzikir perlahan sambil buat kerja.

Semoga kita sentiasa mengikhlaskan diri di dalam beribadah serta menjaga ketaqwaan.

TAK BANYAK, ISTIQOMAH JAGA 4 AMALAN YANG UTAMA INI

1) Baca Quran at least semuka sehari


2) Jaga solat sunat fajar sebagaimana kita jaga solat fardhu
3) Jaga solat sunat witir sebagaimana kita jaga solat fardhu
4) Berpuasa at least sebanyak 3 hari dalam sebulan

Tak banyak, jaga 3 perkara ini sungguh-sungguh:-

1) Jangan berhutang
2) Jangan sakiti hati orang lain, jangan byk bercampur dgn orang2 yg lagho
3) Jaga hubungan baik dgn suami serta ibu bapa.

INSYAA ALLAH KALIAN AKAN DI DATANGKAN SEBAGAI TETAMU VVIP ALLAH SWT DIAKHIRAT KELAK

ADAB

Jika ingin belajar menjadi muslim yang baik, maka pelajarilah adab dan akhlak terlebih dahulu dan
semaikanlah ia di dalam diri. Berapa ramai yang ghairah mengejar ilmu lalu akhirnya mereka menjadi
pengkritik, mentahzir guru, sombong di dalam berhujah malah ada yang bermaki2an apabila diuji dengan
diberikan sedikit ilmu.

Kata Ibn al-Qayyim:

‫األدب هو الدين كله‬


Maksudnya: adab itu agama keseluruhannya.
Justeru, bacalah kisah2 para sahabat agar kita dapat menyelami serta mencontohi akhlak mereka. Kita ambil
tahu macam mana para sahabat dapat beriman dgn Nabi s.a.w dgn iman yang kental.

Barakallahu feekum.

MEMILIKI SAHABAT-SAHABAT YANG MENGINGATKAN KITA KEPADA TAQWA ADALAH SATU KEPERLUAN
KEHIDUPAN YG IANYA ADA VALUE YANG AMAT BERMAKNA UNTUK KEPENTINGAN AKHIRAT KITA.

Ini kerana Allah SWT ada menjelaskan di dalam Al Quran akan berlaku di akhirat nanti seseorang yang semasa
DI DUNIA BERSAHABAT, DIAKHIRAT SALING JATUH MENJATUHKAN... SALING HINA MENGHINA.. SALING
MUSUH-MEMUSUHI..

Firman Allah SWT di dalam Al Quran,

"AL AKHILA'U YAUMA-IDZIN BA'DUHUM LIBA'DHIN, 'ADUWWUN ILAL MUTTAQIIN."

"Teman-teman akrab(semasa di dunia) pada hari itu (kiamat) akan MENJADI MUSUH BAGI SEBAHAGIAN YANG
LAIN, KECUALI orang-orang yang BERTAQWA"
[Al-Qur'an Surah az-Zukhruf: 67]

Justeru jika ada dikalangan sahabat-sahabat kita yang selalu tag nama kita pada perkongsian yang ilmiah yang
menjuruskan kepada mengingati akhirat, yang selalu ingatkan kita utk solat, utk ibadah, maka dialah sahabat
sejati yang perlu kita appreciate.

DISEBALIK POSTING-POSTING YANG KITA UP DIMEDIA SOSIAL, IA AKAN MEMBERIKAN KITA SATU
KEBERUNTUNGAN YANG BESAR DI AKHIRAT SEKIRANYA......

FIRMAN ALLAH SWT di dalam Al-Qur’an surah Ali Imran ayat 104 :

‫ك ُه ُم الْ ُم ْفلِ ُه ْو َن‬ ِ ِ


َ ِ‫ولْت ُك ِن ِمْن ُك ْم اَُّمةُ يَ ْدعُ ْو َن اىَل اخلَرْيِ َويَأْ ُم ُر ْو َن بِالْ َم ْع ُر ْوف َو َيْن َه ْو َن َع ِن الْ ُمْن َك ِر َوأ ُْولَئ‬.
َ

Dan di antara kamu ada golongan orang yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh (berbuat) yang makruf,
dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itu lah orang-orang yang beruntung (Ali Imran :104)

AMALAN BERPAHALA BESAR

Jangan downkan amal kita oleh apa jua rintangan dan dugaan. Hakikatnya pada ketika kita diuji, kita perlu
perhebatkan doa agar hubungan kita dengan Tuhan semakin rapat. Bukan semakin menjauh. Semua orang
pasti ada masalah masing-masing. Jiwa seorang muslim akan sentiasa diusik agar dunia ini tidak dijadikan
sebagai sesuatu yg terlalu dicintai dan ditumpu.

Disamping menjaga ibadah wajib, jangan diabai amal yg sunat, walaupun amalan sunat itu tidak wajib namun
bukan beerti langsung tidak dibuat. Siapa kita di mahsyar sekiranya tanpa amal soleh.

Sekiranya kita nak lakukan segala ibadah yang disunnahkan@disyariatkan oleh Agama, mungkin kita tak
termampu. Namun Nabi s.a.w.mengkhabarkan bahawa Allah akan cinta terhadap seseorang itu disebabkan dia
istiqomah pada amalannya meskipun amalan yg dia lakukan itu sangatlah SEDIKIT....

Justeru saya share amalan2 penting yang ianya merupakan amalan yg berpahala besar tatkala ia menjadi
amalan utama Nabi s.a.w, para sahabat serta orang2 shalih

Yang pertama, perjuangkan utk diri kita agar solat di awal waktu.

Kedua, istiqomahlah utk baca Quran setiap hari.

Ketiga, bersedekahlah at least sebulan sekali.

Keempat, setiap bulan, pastikan kita ada melakukan berpuasa sunat, at least 3 hari.
Kelima, jangan kita meninggalkan sunat witir dan sunat fajar.

Keenam, usahakan utk hadir di dalam majlis2 ilmu at least sebulan sekali, jika sukar mendapatkannya maka
ambil lah masa utk dengar kuliah2 diyoutube oleh asatizah2 ilmuan hadith. Kita tak boleh stop utk belajar
Agama.

Semoga kita sama2 usahakan utk 6 perkara ini, jika tak mampu kesemua maka janganlah meninggalkan
kesemua.

APAKAH AKTIVITI2 MENCARI AKHIRAT YANG KITA BOLEH JOIN?

1) Menghadiri majlis-majlis ilmu (belajar Al Quran, tajwid, iqra', dengar tazkirah kuliah-kuliah Agama). Kata
Nabi s.a.w bila kita duduk di dalam majlis-majlis ilmu umpama berada di dalam taman-taman Syurga.

2) Ziarah orang sakit , kata Nabi s.a.w bila kita ziarah orang sakit umpama berada di dalam kebun-kebun
Syurga.

3) Permudahkan urusan orang-orang yang susah, anjurkan program-program infaq. Kata Nabi SAW, bersabda:
“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu
kesusahan pada hari kiamat."

4) Bantu orang lain untuk mereka faham Agama, samada belikan dia buku2 Agama, sharekan ilmu2 yg shahih
serta bawa dia ke majlis-majlis ilmu. Kata Nabi s.a.w, "Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan
(kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala
seperti orang yang melakukannya."

5) Banyak membaca Al Quran ketika kesorangan. Kata Nabi s.a.w, "Orang yang membaca al-Quran dan
menjaganya, diakhirat nanti dia akan bersama para malaikat yang mulia.

Kesemua hadith-hadith yang kongsikan di atas adalah hadith yang shahih.

Di dalam kehidupan ini, cara hidup kita adalah kita yang decide. Kalau masa kita hanya di penuhi dengan hal2
yang lagho seperti byk main games, melancong, shopping, jalan2, mengembara dan sebagainya, walaupun ia
tidak salah maka hadamlah bahawa ia amat-amat merugikan masa hadapan akhirat kita, kerana ketika itu kita
tidak lagi diberi ruang untuk memperbaiki amal.

ADA ORANG KATA, JANGAN BACA QURAN SORANG-SORANG, NANTI BILA BACA SALAH DAPAT DOSA....

MRJ Jawab...tidak demikian, kesalahan bacaan di dalam MEMPELAJARI Al Quran adalah keadaan kesalahan
yang di maafkan. Malah seseorang itu akan mendapat DUA PAHALA kerana bersusahan membacanya. Justeru
untuk mempelajari Al Quran, kita tidak ada jalan short cut tatkala semua orang akan menghadapi step yang
sama iaitu mengeja, membaca secara tergagap, tersalah-salah lalu apabila diistiqomahkan dengan SABAR
baharulah kelancaran akan di perolehi.

Dari Aisyah r.ha Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang ahli dalam Alquran(para hafiz atau orang yg membaca
Quran dgn baik dan diistiqomahkan) akan bersama para malaikat pencatat yang mulia lagi benar. Dan bagi
orang-orang yang terbata-bata membaca Alquran serta bersusah payah (mempelajarinya), maka dia akan
mendapat dua pahala(dua kali pahala)” (HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud).

SETIAP KATA-KATA YANG BAIK, MAKA IA BOLEH JADI DUA HAL KEPADA MUSLIM YANG LAIN...

Yang pertama, kata-kata yang baik itu akan menjadi DOA kepada muslim yang lain.

Kedua, dia possibility menjadi asbab kepada muslim yang lain berubah menjadi baik lalu menjadikan ia taqwa
tatkala perubahan yang baik itu akan melahirkan pahala buat orang yang menegur@menasihati.

Justeru, sentiasalah berkata dengan ucapan yang baik-baik, moga-moga kalian di redhai Allah SWT.

DIAKHIRAT NANTI,
~ Sakit, tidak akan ada ubat
~ Penyesalan, tidak boleh nak repair semula
~ Kerisauan, tidak ada sesiapa nak luah
~ Kesusahan, tidak ada sapa2 nak tolong
~ Sengsara dan derita, tidak akan pernah reda

Justeru, persiapkan diri pada masa sekarang sebelum terjadinya 5 perkara di atas. Kesemua hal di atas itu
disebabkan dosa serta malas beramal.

Anda mungkin juga menyukai