Anda di halaman 1dari 9

Risalah Ramadhan

Ke Arah Ramadhan Yang Lebih Bermakna

…Malam Lailatul Qadr…


7 Keistimewaan Lailatul Qadar

‫ﺑِﺴۡـــــــــﻢِ ﭐﻟﻠﻪِ ﭐﻟﺮَّﺣۡـﻤَـٰﻦِ ﭐﻟﺮَّﺣِـــــــﻴ ِﻢ‬


ٍ‫ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﻣُﺤَﻤَّﺪ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﻣُﺤَﻤَّﺪ‬
.
Setiap umat Islam pasti teringin bertemu ‘Lailatul Qadar’ iaitu
malam penuh rahmat dan kemuliaan. Malam yang mempunyai 7
keistimewaan ini begitu utama dari malam-malam yang lain
kerana ia hanya boleh ditemui setahun sekali sahaja iaitu pada
salah satu daripada 10 malam terakhir Ramadhan.

Perkara itu dijelaskan dalam firman Allah:

٢﴿ ِ‫﴾ ﻭَﻣَﺎ ﺃَﺩْﺭَﺍﻙَ ﻣَﺎ ﻟَﻴْﻠَﺔُ ﺍﻟْﻘَﺪْﺭ‬١﴿ ِ‫ﺇِﻧَّﺎ ﺃَﻧﺰَﻟْﻨَﺎﻩُ ﻓِﻲ ﻟَﻴْﻠَﺔِ ﺍﻟْﻘَﺪْﺭ‬

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada


Malam Al-Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu?”
(Surah Al-Qadar; Ayat 1 – 2)
.

.
7 Keistimewaan Lailatul Qadar tersebut adalah:~

.
1. Waktu Diturunkan Al-Quran
.
Lailatul Qadar menunjukkan keistimewaan kerana pada malam
inilah Allah ‫ ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ‬menurunkan kitab suci utama iaitu Al-
Quranul Karim.
.
Ibnu ‘Abbas dan selainnya mengatakan, “Allah menurunkan Al-
Quran secara keseluruhan sekaligus dari Lauhul Mahfuzh ke
Baitul’ Izzah yang ada di langit dunia. Kemudian Allah
menurunkan Al-Quran kepada Rasulullah ‫ ﷺ‬tersebut secara
beransur-ansur sesuai dengan peristiwa dan kejadian yang
berlaku sepanjang 23 tahun.”
.
.
2. Lebih Baik Dari 1000 Bulan
.
Keutamaan Lailatul Qadar sungguh luar biasa kerana malam ini
lebih baik dari 1000 bulan dan bersamaan dengan 83 tahun.
Allah ‫ ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ‬berfirman;

ٍ‫ﻟَﻴْﻠَﺔُ ﺍﻟْﻘَﺪْﺭِ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِﻦْ ﺃَﻟْﻒِ ﺷَﻬْﺮ‬

“Malam Lailatul-Qadar (Malam Kemuliaan) itu lebih baik dari


seribu bulan.”
(Surah Al-Qadar; Ayat 3)

.
An Nakha’I dalam ‘Latha-if Al Ma’arif’ menyatakan, “Amalan di
lailatul qadar lebih baik dari amalan di 1000 bulan.” Mujahid,
Qotadah dan ulama lainnya berpendapat bahawa yang
dimaksudkan dengan lebih baik dari seribu bulan adalah solat
dan amalan pada lailatul qadar lebih baik dari solat dan puasa di
1000 bulan yang tidak terdapat lailatul qadar. (Zaadul Masiir).
.
.
3. Malam Penuh Keberkatan
.
Lailatul Qadar adalah malam yang penuh keberkatan
berdasarkan firman Allah ‫ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ‬,

َ‫ﺇِﻧَّﺎ ﺃَﻧْﺰَﻟْﻨَﺎﻩُ ﻓِﻲ ﻟَﻴْﻠَﺔٍ ﻣُﺒَﺎﺭَﻛَﺔٍ ﺇِﻧَّﺎ ﻛُﻨَّﺎ ﻣُﻨْﺬِﺭِﻳﻦ‬

“Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang


diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi
peringatan.”
(Surah Ad Dukhan; Ayat 3)
.
‘Malam penuh berkat’ ini adalah malam ‘Lailatul Qadar’ dan ini
juga menunjukkan keistimewaan malam tersebut. Ramai malaikat
yang akan turun pada Lailatul Qadar kerana banyaknya
keberkatan pada malam tersebut dan turunnya malaikat
menandakan melimpahnya berkat dan rahmat.
.

.
4. Turunnya Jibril Dan Para Malaikat
.
Keistimewaan Lailatul Qadar diiringi juga dengan turunnya para
malaikat yang diketuai oleh ‘Ar Ruuh’ iaitu malaikat Jibril pada
malam al-Qadr dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang-
gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang
berpuasa dengan seikhlas hati.
Allah ‫ ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ‬berfirman,

‫ﺗَﻨَﺰَّﻝُ ﺍﻟْﻤَﻼَﺋِﻜَﺔُ ﻭَﺍﻟﺮُّﻭﺡُ ﻓِﻴﻬَﺎ ﺑِﺈِﺫْﻥِ ﺭَﺑِّﻬِﻢ‬


“Pada Malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin
Tuhan mereka.”
(Surah Al-Qadar; Ayat 4)
.
Keistimewaan ‘Ar Ruuh’ atau Malaikat Jibril yang disebut dalam
ayat di atas adalah bagi menunjukkan kemuliaan (keutamaan)
malaikat tersebut.
Sebagaimana malaikat turun ketika ada yang membacakan Al-
Quran, mereka juga akan mengelilingi orang-orang yang berada
dalam majlis zikir dan majlis ilmu. Para malaikat akan meletakkan
sayap-sayap mereka pada penuntut ilmu kerana malaikat sangat
mengagungkan mereka. (Tafsir Al-Quran Al ‘Azhim, 14: 407)

.
.
5. Malam Kesejahteraan
.
Lailatul Qadar disifatkan sebagai keutamaan luar biasa dan
kesejahteraan kerana pada malam itu malaikat turun untuk
mengucapkan “Salam Sejahtera” kepada seluruh penduduk bumi.
Firman Allah ‫;ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ‬

‫ﺳَﻼَﻡٌ ﻫِﻲَ ﺣَﺘَّﻰ ﻣَﻄْﻠَﻊِ ﺍﻟْﻔَﺠْﺮ‬

“Sejahteralah Malam (yang penuh berkat) itu hingga terbit


fajar!”
(Surah Al-Qadar; Ayat 5)
.
Mujahid menyatakan, “Malam tersebut penuh keselamatan di
mana syaitan tidak dapat berbuat apa-apa di malam tersebut,
baik berbuat buruk atau mengganggu yang lain.” (Tafsir Al
Qur’an Al ‘Azhim). Juga boleh membawa makna bahawa malam
tersebut, banyak yang terselamat dari hukuman dan seksaan
kerana mereka melakukan ketaatan pada Allah ‫( ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ‬pada
malam tersebut).
.
.
6. Dicatatkan Takdir Tahunan
.
Lailatul Qadar adalah malam penulisan dan dicatatkan takdir
tahunan. Imam Nawawi rahimahullah dalam ‘Syarh
Muslim’ bahawa catatan takdir tahunan tersebut tentu saja
didahului oleh ilmu dan penulisan Allah ‫ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ‬. Takdir ini
nantinya akan diperlihatkan kepada malaikat dan ia akan
mengetahui yang akan terjadi dan mereka akan melaksanakan
tugas yang diperintahkan untuknya.
.
Allah ‫ ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ‬berfirman,

ٍ‫ﻓِﻴﻬَﺎ ﻳُﻔْﺮَﻕُ ﻛُﻞُّ ﺃَﻣْﺮٍ ﺣَﻜِﻴﻢ‬


“Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah”
(Surah Ad Dukhan; Ayat 4)

.
Ibnu Katsir dalam kitab tafsirnya menerangkan bahawa pada
Lailatul Qadar akan diperhalusi di Lauhul Mahfuzh mengenai
penulisan takdir dalam setahun, juga akan dicatat ajal maut
dan rezeki. Dan turut juga akan dicatat segala sesuatu
hingga akhir dalam setahun. Demikian juga diriwayatkan oleh
Ibnu ‘Umar, Abu Malik, Mujahid, Adh Dhahhak dan ulama salaf
lainnya.

.
Allah ‫ ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ‬berfirman,

ِ‫ﻳَﻤْﺤُﻮﺍ۟ ﭐﻟﻠَّﻪُ ﻣَﺎ ﻳَﺸَﺂﺀُ ﻭَﻳُﺜْﺒِﺖُ ﻭَﻋِﻨﺪَﻩُۥٓ ﺃُﻡُّ ﭐﻟْﻜِﺘَٰﺐ‬


“Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan
(apa yang Dia kehendaki), dan di sisi-Nya-lah terdapat
Umulkitab (Lohmahfuz).”
(Surah Ar Ra’d; Ayat 39)
.

.
7. Dosa Diampunkan
.
Dosa setiap orang yang menghidupkan malam ‘Lailatul
Qadar’ akan diampunkan oleh Allah ‫ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ‬.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda,

ِ‫ﻣَﻦْ ﻗَﺎﻡَ ﻟَﻴْﻠَﺔَ ﺍﻟْﻘَﺪْﺭِ ﺇِﻳﻤَﺎﻧًﺎ ﻭَﺍﺣْﺘِﺴَﺎﺑًﺎ ﻏُﻔِﺮَ ﻟَﻪُ ﻣَﺎ ﺗَﻘَﺪَّﻡَ ﻣِﻦْ ﺫَﻧْﺒِﻪ‬
“Sesiapa melaksanakan solat pada malam lailatul qadar
kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-
dosanya yang telah lalu akan diampunkan.”
(Hadis Riwayat Bukhari r.a.)

.
Ibnu Hajar Al Asqalani mengatakan bahawa yang
dimaksudkan ‘iimaanan’ (kerana iman) adalah membenarkan janji
Allah ‫ ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ‬iaitu pahala yang diberikan kepada orang yang
menghidupkan malam tersebut. Manakala ‘ihtisaaban’ bermakna
mengharap pahala dari sisi Allah ‫ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ‬, bukan kerana
mengharap selainnya seperti berbuat riyak. (Fathul Bari)
.
.
‘Lailatul Qadar’ juga dikenali dengan nama ‘Lailatul
Syaraf’ bermaksud malam kemuliaan atau ‘Lailatul Tajalli’ yang
bermakna malam Allah ‫ ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ‬melimpahkan cahaya dan
hidayahNya kepada orang berpuasa dan beribadat pada sebelah
malamnya.
Orang yang beribadah sepanjang tahun tentu lebih cerah dan
mudah mendapatkan 7 keistimewaan dan kemuliaan malam
tersebut kerana ibadahnya bersifat kekal, tetap, ikhlas dan
konsisten berbanding dengan orang yang beribadah jarang-
jarang.
“Ya Allah! Mudahkanlah bagi kami meraih
keistimewaan Lailatul Qadar di hari-hari
terakhir bulan Ramadhan tahun ini dengan
kami berupaya mengisinya dengan seikhlas
hati bersolat, berzikir dan beramal soleh
tanpa rasa mengantuk.”

Aaminnn Yaa Rabbal Alamin…


.
.
‫ﻭﺍﻟﻠﻪ ﺃﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮﺍﺏ‬
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Anda mungkin juga menyukai