Anda di halaman 1dari 12

SOLAT TAUBAT

.
1. Niat Solat Sunat Taubat:

Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala

2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:


.
Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas
.
.
3. Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu
selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:

Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini
termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
.
.
4. Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :
.
a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;

Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan
Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.

.
b. Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;

1
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan
Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku
taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan
tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai
kematian, hidup dan kebangkitan.
.
c. Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :

Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang


menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku
berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon
perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui
akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-
dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali
Dikau.

5.  Baca Doa Taubat

2
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon
ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha
Mengurus!
Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak
berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau
menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya.
Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan
daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala
dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu
terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku
telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu
kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. 
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan
kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!

3
Solat Sunat Tasbih
Niat Solat Sunat Tasbih Terbahagi kepada dua, iaitu niat pada waktu siang dan niat
pada waktu malam.

1.Lafaz niat solat sunat tasbih jika dikerjakan di siang hari (satu salam) ialah:

4
 Usolli Sunnatal Tasbihi Arba’a Raka’atin Lillahi Taala 

Sahaja aku solat sunat tasbih empat rakaat kerana Allah Taala.

2.Lafaz niat solat sunat tasbih jika dikerjakan di malam hari (dua salam) ialah:

 Usolli Sunnatal Tasbihi Rak’ataini Lillahi Taala 

Sahaja aku solat sunat tasbih dua rakaat kerana Allah Taala.

Rakaat Pertama
1. Niat ketika takbiratul ihram
2. Membaca surah al-Fatihah
3. Membaca surah selepas al-Fatihah. Selepas itu bertasbih sebanyak 15 kali
4. Rukuk. Bertasbih sebanyak 10 kali
5. Iktidal. Bertasbih sebanyak 10 kali
6. Sujud. Bertasbih sebanyak 10 kali.
7. Duduk diantara dua sujud. Bertasbih sebanyak 10 kali.
8. Sujud kedua. Bertasbih sebanyak 10 kali.
9. Duduk istirahat sebelum bangun untuk rakaat kedua. Bertasbih sebanyak 10
kali.
Rakaat Kedua
1. Membaca surah al-Fatihah
2. Membaca surah selepas al-Fatihah. Selepas itu bertasbih sebanyak 15 kali
3. Rukuk. Bertasbih sebanyak 10 kali
4. Iktidal. Bertasbih sebanyak 10 kali
5. Sujud. Bertasbih sebanyak 10 kali.
6. Duduk diantara dua sujud. Bertasbih sebanyak 10 kali.

5
7. Sujud kedua. Bertasbih sebanyak 10 kali.
8. Duduk tasyahud akhir dan membaca tahiyat. Bertasbih sebanyak 10 kali.
9. Memberi salam.

Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:


1. Rakaat 1:  Surah At-Takathur atau Ad-Dhuha
2. Rakaat 2:  Surah Al-Ashr atau Al-Insyiraah
3. Rakaat 3:  Surah al-Kafirun atau Al-Kauthar
4. Rakaat 4:  Surah Al-Ikhlas.atau An-Nashr.
.
.
Bacaan Tasbihnya ialah:

Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha
Besar;   Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha
Agung.

Doa Solat Tasbih

6
Allaahumma inni As’aluka Taufiqa ahlil Huda .  Wa ‘amala ahlil Yaqin

Wa munaa sohata ahlil Taubati, Wa ‘Azama ahliss-sobri,   Wawajila ahlil-Hasyyati,

7
Wa tholaba ahlirr-roghbati, Wa Ta’abbuda Ahlil War’ie,  Wa ‘Irfaana ahlil ‘Ilmi

Hatta Akhofaka.  Allaahumma Inni As’aluka makhofatan Tuhjidzuni ‘an ma’aasiika

Hatta ‘Amala Bi Tho’atika  ‘Amalan Astahiqqu Bihi Ridhoka Hatta ‘Unaasihaka fiit-

taubati  Wa khaufan minka Hatta Uhliso Lakan-nasiihata  Wa Hatta Atawakkala

‘Alaika fiil Umuri Kulliha   Wa Husnizz-zonni Bika, Subhanaka Kholiqan-nurr,

Rabbana Atmim Lana Nuurana, Waghfirlana Innaka ‘Ala Kulli Syai’in Qodir.

Maksudnya:

Ya Allah, aku bermohon taufiq daripadaMu seperti mana orang-orang yang telah Engkau
beri petunjuk, dan jadikan amalan ini seperti mana amalan ahli yakin, dan jadikan aku dari
golongan yang menerima nasihat, orang-orang yang bertaubat, dan keazamanku seperti
mana orang-orang yang takut.

Dan aku bermohon seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan dan beribadah
seperti ibadat orang-orang yang warak.

Dan jadikan pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga aku termasuk ke
dalam golongan orang yang takut kepada Engkau.

Ya Allah, aku memohon kepadaMu, jadikan dalam diriku ini perasaan takut yang dapat
menghalang aku daripada melakukan maksiat sehinggalah aku beramal yang aku merasa
perlu mendapatkan keredhaanMu dan juga sehingga aku betul-betul ikhlas dan bertawakkal
kepadaMu dalam setiap perkara.

Dan aku memohon supaya menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau Maha Suci
Engkau Pencipta Cahaya kebenaran.

Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan ampunilah kami.

Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa.

Solat Sunat Tahajjud


1. Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :

8
 .
Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-
dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan
janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu;
Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah
menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.
.
.
2.  Niat Solat Tahajjud:

Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.


.
.
3.  Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:
.
a)
Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)
Atau;
b)
Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas
Atau;
c)
  10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)
.
.
4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3
kali:

9
.
.
5.  Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:

.
6.  Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~

10
Allahumma Lakal-Hamdu Anta Qoyyimus-SamaWaa Tiwal-Ardhi Waman Fii-Hinna, Walakal Hamdu
Laka Mulkus-Samaa Waa Tiwal-Ardhi Waman Fii-Hinna, Walakal-Hamdu NuuRus-Samaa Waa
Tiwal-Ardhi, Walakal-Hamdu Antal-Haqq WaWa’-Dukal Haqq WaLiqoo-Uka Haqq WaQauLuka
Haqq Wal-Jannatu Haqq WanNaRu Haqq, WanNabiyYuuna Haqq, WaMuHamMaDun Sollallahu
‘AlaihiWasallam Haqq, WasSa-‘ATu Haqq. AllaHumMa Laka AslamTu, Wabika Amantu, Wa
‘Alaika TawakKalTu Wa iLaiKa AnabTu Wabika KhoSomTu, Wa iLaiKa Hakamtu, FagFirLi
MaaQadDamTu, WaMaa Akh-KhorTu WaMaa AsRarTu WaMaa A’-LanTu, AnTal MuQodDimu Wa
Antal Mu-Akh-Khiru, Laa iLaha illa Anta Au Laa iLaha GhoiRuKa WaLaa HauLa Walaa QuwWata
illa Billahi

Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta
segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta

11
serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam
semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah
benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi
itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar. 
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku
bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku
berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku
sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha
Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya
melainkan dengan pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab
neraka.
Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat
sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.! 

12

Anda mungkin juga menyukai