Anda di halaman 1dari 4

CARA SOLAT TAUBAT

1. Niat Solat Sunat Taubat:

2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:


Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
3. Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat
Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40
kali:

Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.


Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya
daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim)
4. Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :
a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;

As-tagh-fi-rulLaa-hil A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu ilaih.
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan
melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku
bertaubat kepada-Nya.
b. Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;

As-tagh-firul-Laa-hil A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu ilaih. Tau-ba-ta Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-an
wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.

Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada
Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku
bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak
dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat,
menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian,
hidup dan kebangkitan.
.
c. Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :

AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa abdu-ka wa-a-naa a-laa ah-di-ka wa-wa-di-ka mas-ta-th0-tu, a-uu-dzu-bi-ka min
syar-ri-maa sha-na-tu, a-buu u-la-ka bi-ni-ma-ti-ka a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi
fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang
menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku,
daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku
memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah
dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan
kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku
kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.

5. Baca Doa Taubat

Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah,
Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang
Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!
Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang
banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat
manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun
membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur
dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan
dan hukuman. Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa
sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah!
Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan
daku berjanji tidak akan mengulanginya. Ya Allah! Pengampunan-Mu
adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu
terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah!
Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri,
tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka
berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala


dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang!

Anda mungkin juga menyukai