Anda di halaman 1dari 9

Cara Melaksanakan Solat Taubat

1. Niat solat taubat

“Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat

dua rakaat kerana Allah Ta’ala. ”

2. Bacaan semasa solat


Pada rakaat pertama hendaklah membaca surah al-Fatihah dan al-Kafirun.

Manakala pada rakaat yang kedua pula hendaklah membaca surah al-Fatihah
dan al-Ikhlas.

3. Bertasbih
Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua iaitu selepas membaca tasbih biasa,
bacalah Tasbih berikut sebanyak 40 kali:

“Tidak ada Tuhan

selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang

yang zalim. ”

4. Beristighfar
Banyakkan beristighfar selepas memberi salam.

1. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 atau 100 kali.


“Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang
Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya. ”

2. Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 atau 100 kali.

“Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang

Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Aku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba

yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak

mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan. ”

3. Penghulu istighfar sebanyak 3 kali

“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan

aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian

setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku.

Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah aku lakukan. Aku mengakui

atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku

segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat
mengampuni segala dosa kecuali Engkau. ”

5. Baca doa taubat


Bacalah doa yang biasa dibaca untuk memohon keampunan dan taubat daripada

Allah SWT. Berdoalah dengan penuh harapan untuk mendapat keampunan


daripada Allah.

Luahkan segalanya kepada Allah dengan sebenar-benar taubat. Anggaplah

seolah-olah sekejap lagi kita akan mati. Pasti kita akan berdoa dengan penuh
khusyuk dan bersungguh-sungguh.

Mudah sahaja kan untuk solat taubat? Ambil masa dan muhasabah diri setiap

hari. Saban hari, ada saja dosa yang kita lakukan. Bersihkan kembali diri kita

daripada dosa dengan membanyakkan istighfar dan memohon keampunan


kepada-Nya. Amalkan solat sunat taubat setiap hari jika boleh.

Mari kita renungkan, Rasulullah s.a.w yang bebas dosa itu pun beristighfar tidak

kurang dari 70 kali setiap hari. Jadi, sudah tentu kita manusia yang setiap

detiknya sentiasa menambah koleksi dosa seharusnya lebih banyak beristighfar


dan memohon keampunan Allah.
Panduan & Cara Solat Sunat Taubat Nasuha

Cara Solat Sunat Taubat Nasuha: Niat &


Istighfar Dalam Bacaan Jawi & Rumi
Solat taubat adalah sejenis solat sunat yang boleh dipraktikkan oleh seseorang yang beragama Islam. Oleh
kerana sudah menjadi lumrah manusia untuk melakukan kesilapan dan berbuat dosa, maka Allah S.W.T.
yang maha pemurah telah memberikan kita satu hadiah ataupun anugerah yang tidak ternilai untuk
menyucikan diri kita daripada dosa-dosa. Hadiah ini adalah taubat dan pengampunan. Bagaimanakah cara
untuk mendapatkannya? Mudah sahaja. Anda boleh mempelajari cara untuk mengerjakan solat sunat
taubat sepertimana cara yang diterangkan di bawah.

Cara Solat Taubat Nasuha Yang Betul

Waktu Solat Sunat Taubat

Solat taubat boleh dilakukan pada bila-bila masa. Tetapi, adalah lebih afdhal ianya dikerjakan pada waktu
tengah malam kerana ia lebih sunyi dan anda lebih tenang. Anda juga disarankan untuk melakukannya
sewaktu bersendirian supaya tiada gangguan dan anda akan menjadi lebih khusyuk ketika melakukan solat.

Kaedah Solat Sunat Taubat

Solat sunat taubat boleh dilakukan dalam 2, 4, ataupun 6 rakaat. Ia sama seperti solat sunat lain. (Jika solat
4 atau 6 rakaat, buatlah 2 rakaat dan salam, diikuti lagi 2 rakaat dan salam, dan begitulah seterusnya).

Niat

Niat anda juga adalah sangat penting. Adalah baik untuk anda bersungguh-sungguh dan mempunyai
keinginan tinggi untuk bertaubat dan meninggalkan daripada berbuat perkara mungkar- perbuatan ini
dipanggil taubat nasuha. Dengan mengikuti langkah-langkah ini, mudah-mudahan solat anda akan
diterima.

Panduan Solat Sunat Taubat Menggunakan Carta Aliran

Anda boleh merujuk carta aliran ini sebagai panduan solat sunat taubat yang komprehensif, bermula
daripada solat sunat sehinggalah ke istighfar, istighfar tauhid & penghulu istighfar. Untuk kemudahan
anda, di sini saya sertakan juga cara bacaan niat & istighfar solat taubat dalam bahasa rumi.
Silalah bookmark halaman ini untuk rujukan pada masa hadapan atau anda boleh menyimpan terus gambar
carta aliran ini di dalam peranti anda. Saya mengharapkan supaya ilmu yang dikongsikan ini sedikit-
sebanyak dapat memberikan manfaat.

Doa Solat Taubat Nasuha

Lazimnya, memang akan ada “template” untuk berdoa. Namun begitu, contoh doa taubat sengaja tidak
disertakan di sini. Hal ini kerana adalah lebih afdhal untuk kita berdoa dengan setulus hati di dalam bahasa
yang kita sendiri fahami. Sekiranya kita berniat solat sunat taubat dengan sebenar-benar taubat tetapi
doanya adalah sekadar doa mengikut “skrip” yang bukan datang daripada hati yang tulus ikhlas; lebih-
lebih lagi jika ia di dalam bahasa Arab tetapi kita tidak arif dalam berbahasa Arab, wallahu a’lamtetapi
berkemungkinan besar kita sendiri pun tidak yakin dan tidak dapat merasakan kesungguhan di dalam
berdoa.

Oleh yang demikian, berdoalah dengan penuh keikhlasan dari hati, pohonlah keampunan, mudah-mudahan
taubat kita diterima dan dosa-dosa kita dapat dihapuskan. Allah S.W.T. menyukai hamba-Nya yang suka
bertaubat. Sesungguhnya perjalanan yang manis adalah perjalanan ahli taubat.

Selamat beramal. In Sha Allah, semoga ibadah anda diterima.


Shalat Taubat Nasuha – Merupakan Shalat Sunah Taubat yg dikerjakan dg jumlah Raka’at minimal
2 Raka’at dan maksimal dikerjakan sebanyak 6 Raka’at. Perbedaan antara Shalat Sunah Taubat dg
Shalat Sunah Taubat Nasuha sendiri tidak ada perbedaan karena Shalat Sunah tersebut merupakan
Shalat Sunah yg sama hanya saja terdapat perbedaan kalimat Nasuha.
Pengertian Taubat Nasuha sendiri adalah seorang muslim yg mencoba untuk bertaubat dan
memohon ampunan Alloh Swt dari perbuatan dosa besar yg sudah mereka lakukan dan setelah
melakukan Taubat tersebut, mereka benar – benar berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan dosa
mereka lagi dan benar – benar menyesal telah melakukan perbuatan dosa tersebut. Adapun jenis
perbuatan dosa yg masuk ke dalam kreteria dosa besar antara lain Durhaka kepada orang tua, Syirik,
Musrik, Berzina, Membunuh, Memakan harga anak yatim atau piatu, Korupsi dan masih banyak lagi.

Kemudian untuk waktu mengerjakan Shalat taubat nasuha ada baiknya dikerjakaan saat malam tiba
setelah Shalat isya sehingga anda bisa mengerjakan Shalat Taubat Nasuha ini dg khusyu dan
tenang. Namun Waktu Shalat Taubat Nasuha jg bisa dilakukan saat siang dan malam hari hanya
saja anda harus memperhatikan waktu – waktu yg dilarang untuk melakukan Shalat Sunnah. Cara
Shalat Taubat Nasuha sendiri sama persis dg Cara Shalat Taubat pada umumnya yg dilengkapi dg
bacaan Niat Shalat, Suratan Al Fatihah, Suratan dan Salam.
Cara Mengerjakan Shalat Taubat Nasuha Terlengkap

Bacaan Niat Shalat Taubat Nasuha

Laporkan Iklan Ini Tidak Layak

Terjemahan Niat Shalat Taubat Nasuha diatas ialah, ” USHALLI SUNNATAT TAUBATI RAK’ATAINI
LILLAAHI TA’AALAA. ALLAAHU AKBAR ”. dan Pengertian Niat Shalat Taubat diatas adalah, ”’ Aku
Niat Shalat Sunah Taubat dua Raka’at karena Alloh Ta’ala, Alloh Maha Besar ”.
Setelah anda membaca bacaan Niat Shalat Taubat Nasuha diatas maka anda tinggal membaca
Surat Al Fatihah, Suratan, Ruku, Itidal, Sujud dan Salam seperti mengerjakan Shalat Wajib kemudian
Shalat Sunah Taubat Nasuha ini dikerjakan minimal 2 Raka’at dan maksimal 6 Raka’at.

Doa Setelah Shalat Taubat Nasuha


Setelah selesai mengerjakan Shalat Taubat maka anda duduklah dg khusyu dan tenang, kemudian
membaca Dzikir Sholawat Nabi, Tahmid maupun bacaan Tahlil setelah itu perbanyaklah membaca
bacaan Istighfar yg dibaca minimal 100 kali karena manfaat dari bacaan Istighfar itu sendiri adlh
untuk memohon ampunan kpd Alloh Swt..

Terjemahan Latin Bacaan Doa Shalat Taubat Istighfar diatas ialah, ” ASTAGHFIRULLAAHAL
‘AZHIIMA, ALLADZII LAA ILAAHA ILLAA HUWAL HAYYUL QAYYUUMU WA ATUUBU ILAIHI ”. dan
pengertian didlm Bahasa Indonesia nya adalah, ”’ Saya memohon ampunan kpd Alloh yg Maha
Agung saya mengaku bahwa tiada Tuhan melainkan Alloh, Tuhan yg hidup terus selalu jaga ”’.

Bacaan Istighfar diatas merupakan Bacaan Istighfar lengkap yg bisa anda amalkan sebagai Doa
Setelah Shalat Taubat dan anda bisa membaca bacaan Doa Shalat Taubat Nasuha dg Bahasa
Indonesia. Kemudian kesimpulan yg bisa kami berikan kepada anda terkait Shalat Sunah Taubat ini
adalah bahwa Shalat Sunah Taubat Nasuha sama saja dg Shalat Sunah Taubat hanya saja bahasa
Taubat Nasuha lebih kongkret.
Karena didlm Taubat Nasuha ini seseorang benar – benar memohon ampun dan menyesal atas dosa
yg mereka perbuat dan berjanji untuk tidak akan mengulangi perbuatan dosa mereka lagi. Namun
barang siapa yg mengerjakan Shalat Taubat dg sungguh – sungguh sebelum ajal mereka menjemput
maka akan dijanjikan Surga dan pahala yg besar serta di ampuni segala dosa – dosanya oleh Alloh.

Anda mungkin juga menyukai