Anda di halaman 1dari 4

Shopee Lowest Price Guaranteed

Spring Cot Abby / Baby / NEW & READY STOCK / FREE


Spring Cover Cloth & Cradle Net / Colour, Elegant…
RM 269 Shop now

Free Shipping Across Malaysia


Shopee

AKU ISLAM Menu

Home » Blog » Ibadah » Solat Taubat

NIAT & CARA


SOLAT TAUBAT
Beserta DOA
TAUBAT (Panduan
Lengkap)
Oleh Muhamad Naim

Bagaimana cara Solat Taubat dan Doa


Taubat?

Ini adalah panduan lengkap untuk


melakukan Solat Sunat Taubat dan doa
taubat nasuha.

Anda akan dibimbing secara langkah demi


langkah sehingga selesai dan panduan ini
diringkaskan agar mudah difahami.

Apa yang penting:

Panduan cara Solat Taubat ini juga


dipermudahkan dengan ejaan Rumi dan
juga audio untuk membantu sesiapa yang
mengalami kesukaran membaca tulisan
arab.

Tanpa buang masa, mari kita mulakan..

Isi Kandungan

Pengenalan

Maksud Solat Taubat

Syarat-Syarat Taubat

Waktu Solat Taubat

Niat Solat Taubat

Bilangan Rakaat

Cara Solat Taubat


↣ Rakaat Pertama

↣ Rakaat Kedua

↣ Bacaan Dalam Sujud Akhir

Bacaan Zikir Dan Istighfar


Selepas Solat Taubat
↣ Bacaan Istighfar Solat Taubat

↣ Bacaan Zikir Taubat

Doa Taubat
↣ Doa Taubat

↣ Sayyidul Istighfar

Hikmah Solat Taubat

Soal Jawab Masalah Berkaitan


Solat Taubat

Penutup: Allah Itu Maha


Penerima Taubat

Pengenalan

Apakah sifat orang beriman?

Salah satu sifat orang yang beriman adalah


segera bertaubat kepada Allah SWT apabila
mereka terlanjur melakukan kesalahan atau
dosa.

Apabila kita melakukan kesalahan, kita


seharusnya memperbanyakkan istighfar,
yakni memohon keampunan kepada Allah
SWT dan bertaubat dengan taubat nasuha.

Wahai orang-orang yang


beriman! Bertaubatlah kamu
kepada Allah dengan taubat
nasuha, mudah-mudahan
Tuhan kamu akan
menghapuskan kesalahan-
kesalahan kamu.

— Surah Gha!r ayat 60

Dalam Tafsir al-Qurtubi, taubat nasuha


merujuk kepada perbuatan bertaubat
dengan rasa tulus, menyesali kesalahannya
dari lubuk hatinya, beristighfar dengan
lidahnya, meninggalkan kesalahan tersebut
dan menenangkan hati agar tidak kembali
mengulangi kesalahan yang sama.

Dan di antara rahmat Allah SWT kepada


hambaNya yang berdosa adalah dengan
membuka pintu taubat untuknya agar dia
kembali kepada khaliq-Nya dalam keadaan
penuh pengharapan hanya kepadaNya
sahaja tempat kembali.

Maksud Solat
Taubat

Apa yang dimaksudkan dengan Solat


Taubat?

Solat sunat taubat adalah solat yang


disunatkan dilakukan apabila seseorang
melakukan dosa atau merasakan diri telah
berbuat dosa dan ingin bertaubat kepada
Allah.

Selain dari istighfar dan menyesali segala


kesalahannya, taubat nasuha juga boleh
disempurnakan dengan melakukan Solat
Sunat Taubat sebanyak dua rakaat.

Shopee No.1 Marketplace


Shopee

Kita sebagai manusia biasa, tidak terlepas


dari melakukan kesilapan, khilaf dan dosa.
Dan sebaik-sebaik orang yang berbuat salah
dan pendosa adalah mereka yang bersegera
bertaubat.

Oleh itu, perlaksanaan Solat Sunat Taubat


ini menzahirkan kesungguhan seorang
hamba untuk benar-benar bertaubat yakni
taubatan nasuha kepada penciptanya
lantaran ibadah solat merupakan sebaik-
baik ibadat dan wasilah yang dapat
menghubungkan diri seseorang kepada
Allah SWT.

Dan juga orang-orang yang apabila


melakukan perbuatan keji, atau
menzalimi dirinya sendiri, mereka
bersegera ingat kepada Allah lantas
memohon ampun akan dosa mereka
dan sememangnya tidak ada sesiapa
yang dapat mengampunkan dosa-
dosa melainkan Allah

— Surah Ali Imran ayat 135

Maka, cara yang terbaik untuk kembali taat


kepada Allah SWT adalah melalui solat yang
disertai dengan zikir istighfar dan doa
taubat selepas solat tersebut.

Syarat-Syarat Taubat

Solat sunat taubat ini dilakukan sesudah


seseorang itu menginsa! kesalahan dirinya
sendiri lantas memohon keampunan
daripada Allah.

Antara syarat-syarat taubat adalah:

Benar-benar menyesal terhadap


perbuatan atau dosa yang lalu

Meninggalkan perbuatan yang


membawa dosa tersebut

Bercita-cita tidak akan melakukan


perbuatan dosa itu lagi

Tetapi apabila kita melakukan perbuatan


dosa terhadap manusia seperti mencuri,
mengumpat, memukul dan sebagainya..

… maka hendaklah ditambah lagi satu


syarat, iaitu memulangkan semula barang
yang dicuri dan memohon maaf atas
kesalahan yang telah dilakukan.

Bacaan Cadangan

Panduan Melakukan Taubat


Nasuha

Ingin melakukan taubat nasuha?

Jika anda buntu dan tidak tahu caranya,


panduan ini akan membimbing anda
melakukan taubat nasuha secara lengkap.

Lihat Panduan Ini

Waktu Solat Taubat

Bilakah waktu sesuai mengerjakan Solat


Sunat Taubat?

Solat sunat taubat boleh dikerjakan pada


bila-bila masa sahaja. Tidak ada waktu yang
dikhususkan untuk mengerjakan Solat
Sunat Taubat ini.

Ia boleh dilakukan sekalipun dalam waktu


tahrim (waktu yang diharamkan solat
sunat) kerana solat ini mempunyai sebab,
iaitu segera bertaubat kepada Allah SWT.

Namun, solat ini lebih baik dilakukan


selepas tengah malam sewaktu Qiamullai
(bangun pada 2/3 malam untuk beribadat
kepada Allah) kerana suasana pada waktu
ini sunyi dan kurang gangguan agar solat
lebih khusyuk.

Cuma, apabila kita berasa bersalah dan


mahu kembali kepada Allah, maka lebih
baik kembali yang dimulai dengan amalan
serta-merta.

Dan amal yang paling baik bagi umat


manusia tidak lain tidak bukan adalah solat.

Niat Solat Taubat


Niat Solat Sunat Taubat adalah seperti
berikut:

Usolli Sunnata Taubati Rak’ataini Lillahi


Ta’ala

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat taubat dua


rakaat kerana Allah Taala

Bilangan Rakaat

Tidak ada keterangan khusus berkenaan


solat sunat taubat secara terperinci.

Mengikut pandangan kebanyakkan ulamak,


solat sunat taubat boleh dikerjakan
sebanyak dua, empat dan enam rakaat

Perlaksanaan cara solat taubat ini adalah


sama seperti solat-solat sunat yang lain.

Cara Solat Taubat

Bagaimana cara mengerjakan


Solat Taubat?

Cara Solat Taubat dari segi


pergerakan adalah sama seperti
solat-solat sunat yang lain.

Bacaan dalam solat ini tidaklah


ditentukan. Oleh itu, bolehlah
dibaca mana-mana surah yang
disukai.

Di bawah panduan melakukan


solat sunat taubat secara
langkah demi langkah:

Free Shipping Across…


Shopee

Rakaat Pertama
1. Solat Dimulakan Dengan
Takbiratul ihram.

Niat Solat Taubat

Semasa mengangkat takbir, bacakan


niat Solat Sunat Taubat dalam hati:

Usolli Sunnata Taubati Rak’ataini


Lillahi Ta’ala

Atau boleh juga berniat dalam Bahasa


Melayu:

Sahaja aku solat sunat taubat


dua rakaat kerana Allah Taala
2. Kemudian, Bacalah Doa
I!itah.

Hukum membaca I"itah adalah sunat


hai’ah.

Solat Sunat Taubat ini tetap sah jika


doa ini tidak dilakukan. Namun, jika
dibaca akan mendapat pahala.

Doa I"itah

Allaahu Akbaru Kabiiraa-


walhamdu Lillaahi Katsiiran,
Wa Subhaanallaahi Bukrataw-
wa’ashiila.

Wajjahtu Wajhiya Lilladzii


Fatharas-samaawaati Wal Ardha
Haniifam-muslimaw-wamaa
Anaa Minal Musyrikiina.

Inna Solaatii Wa Nusukii Wa


Mahyaaya Wa Mamaatii Lillaahi
Rabbil ‘Aalamiina.

Laa Syariikalahu Wa Bidzaalika


Umirtu Wa Ana Minal
Muslimiin

3. Seterusnya Bacalah Surah


al-Fatihah.

Surah al-Fatihah adalah sebahagian


daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib
dibacakan dalam solat.

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-
ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-
raḥmānir-raḥīm. Māliki
yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa
iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-
mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta
‘alaihim, ghairil-magḍūbi
‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

4. Kemudian, Baca Surah al-


Ka"run

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah


pula ayat daripada mana-mana surah
al-Quran seperti surah al-Ka!run.

00:00 00:00

Qul yaa ayyuhal-ka!run. La


a’budu maa ta’buduun. Wa la
antum ‘Abiduna maa a’bud. Wa
laa ana ‘Aabidum maa ‘abattum.
Wa laa antum ‘abiduuna maa
a’bud. Lakum diinukum wa liya
diin.

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-


orang ka!r! Aku tidak akan menyembah apa yang
kamu sembah. Dan kamu tidak mahu
menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku
tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan
kamu pula tidak mahu beribadat secara aku
beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku
agamaku.

Pemilihan surah adalah bebas. Anda


juga baca surah-surah yang lain.

5. Selesai Membaca Surah,


Teruskan Dengan Rukuk

Belakang badan perlu rata,


pandangan dihalakan ke tempat sujud
dan tangan diletakkan di kepala lutut
dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan


rukuk:

SubHaaNa Rabbiyal A’zim


Wabihamdih

6. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah


tegak (iktidal), kemudian bacalah:

Sami Allahu Liman Hamidah.


Rabbana Lakal Hamdh

7. Selepas Iktidal, Teruskan


Dengan Melakukan Sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

8. Kemudian Duduk
Diantara Dua Sujud

Baca bacaan antara dua sujud:

Rabbig"rli Warhamni Wajburni


Warfagni Warzuqni Wahdini Wa
‘AaFini Wa’fu Anni

9. Kemudian Lakukan Sujud


Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

10. Duduk Istirahat Seketika


Sebelum Bangun Untuk
Rakaat Kedua.

Sebelum bangun ke rakaat kedua,


duduk istirahat sebentar (lebih kurang
3 saat) sebelum bangun berdiri untuk
rakaat seterusnya.

Posisi Duduk Istirahat

Rakaat Kedua
11. Rakaat Kedua Dimulai
Dengan Lafaz
Takbir intiqalat

Selepas bangun dari duduk istirahah,


maka bertakbirlah untuk rakaat
kedua.

(Takbir intiqalat bermaksud takbir


permulaan rakaat kedua).

12. Baca Surah al-Fatihah

Seperti rakaat pertama, sekali lagi


pada rakaat kedua dibacakan surah al-
Fatihah.

Seperti rakaat pertama, sekali lagi


pada rakaat kedua dibacakan surah al-
Fatihah.

Surah al-Fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-
ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-
raḥmānir-raḥīm. Māliki
yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa
iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-
mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta
‘alaihim, ghairil-magḍūbi
‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

13. Membaca Surah al-Ikhlas

Selesai membaca al-Fatihah, maka


bacalah pula surah al-ikhlas.

00:00 00:00

Qul huwallahu ahad. Allahus-


samad. Lam yalid wa lam
yuulad. Wa lam yakul lahuu
kufuwan ahad.

Maksudnya:

Katalah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah


Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi
tumpuan sekalian makhluk untuk memohon
sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak
diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang
serupa denganNya.”

 Seperti rakaat pertama, kita bebas


untuk membaca mana-mana surah
yang kita mahu dan ingat.

Free Shipping Across…


Shopee

14. Selesai Membaca Surah,


Teruskan Dengan Rukuk

Belakang badan perlu rata,


pandangan dihalakan ke tempat sujud
dan tangan diletakkan di kepala lutut
dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan


rukuk:

SubHaaNa Rabbiyal A’zim


Wabihamdih

15. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah


tegak (iktidal), kemudian bacalah:

Sami Allahu Liman Hamidah.


Rabbana Lakal Hamdh

16. Selepas Iktidal, Teruskan


Dengan Melakukan Sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

17 Kemudian Duduk
Diantara Dua Sujud

Baca bacaan antara dua sujud:

Rabbig"rli Warhamni Wajburni


Warfagni Warzuqni Wahdini Wa
‘AaFini Wa’fu Anni

18 Kemudian Lakukan Sujud


Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Bacaan Dalam Sujud Akhir

Semasa sujud akhir (sebelum


bangun untuk tahiyat),
ucapkanlah sebagaimana berikut
sebanyak 40 kali:

Laa ilaaha illa Anta Subhanaka


Inni Kuntu Minazzolimin

Maksudnya:

Tidak ada Tuhan selain


Engkau. Maha Suci Engkau,
sesungguhnya aku adalah
termasuk orang-orang yang
zalim

19 Bangun Dari Sujud, Terus


Lakukan tahiyyat akhir
20 Selesai Tahiyat, Solat
Diakhiri Dengan Memberi
Salam.

Akhir solat dengan memberi salam


dua kali, bermula dari kanan
kemudian memalingkan muka ke kiri.

Palingkan muka ke sebelah kanan,


dan ucapkan salam seperti berikut:

Assalamualaikum Warahmatullah

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga


rahmat Allah dan berkatNya

… kemudian palingkan pula muka ke


sebelah kiri dan ucapkan salam
kedua:

Assalamualaikum Warahmatullah

21 Maka Selesailah Solat


Taubat Tersebut.

Selepas salam, bacalah surah Al-


Fatihah dan wirid-wirid.
Perbanyakkan istighfar dan memohon
keampunan kepada Allah.

Seterusnya, lakukan Doa Taubat


seperti yang dinyatakan pada
bahagian di bawah

Bacaan Zikir Dan


Istighfar Selepas
Solat Taubat

Sesudah salam, perbanyakkan istigfar


dan memohon keampunan kepada
Allah (sambil menyesali dosa-dosa
yang dilakukan)

Maka ucapkanlah istighfar berulang


kali:

Bacaan Istighfar Solat Taubat

Astag"rullah Hal ‘Azim Allazi Laa


ilaaHa illa Huwalhayyu-Qoyyum Wa
AtuuBu ilaih

Maksudnya:

Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan


Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah.
Dia hidup, berdiri dengan sendirinya, dan aku
memohon keampunan daripadaNya.

Amalan ini sesuai dengan !rman


Allah:

Dan mereka itu apabila


melakukan perbuatan keji atau
menzalimi diri mereka, maka
mereka mengingati Allah lalu
beristighfar ke atas dosa-dosa
mereka. Dan siapakah yang
mengampunkan dosa selain
Allah. Serta mereka tidak
berterusan terhadap apa yang
telah mereka lakukan dalam
keadaan mereka mengetahui.

— Surah Ali Imraan: 135

Istighfar boleh sahaja dilakukan


dengan mengucapkan lafaz
‘’Astagh!rullah’’, ataupun istighfar
dalam ertikata lain adalah bertaubat
kepada Allah SWT

Iaitu seseorang itu benar-benar


menyesal terhadap maksiat yang
dilakukan, berhenti dari
melakukannya, serta berazam untuk
tidak mengulanginya kembali buat
selamanya.

Bacaan Zikir Taubat

Sebagai tambahan:

Boleh juga diamalkan zikir taubat ini


selepas solat atau bila-bila masa
sahaja.

Doa Taubat

Akhir sekali adalah doa taubat.

Jam Tawaf
Alisra - HQ
yang mengeluarkan produk jam
tawaf alisra.
Jam Tawaf Alisra - HQ

Beli Sekarang

Bagaimana untuk doa solat taubat?

Berdoalah mengikut luahan hati


mengharapkan keampunan dan
keredhaan Allah.

Namun jika anda buntu, anda boleh


membaca doa khusus di bawah ini
untuk memohon keampunan Allah.

Doa ini juga boleh dibaca terus


jika anda tidak dapat melakukan
solat, seperti sedang haid atau
lain-lain keuzuran.

1. Membaca Doa Taubat

Antara doa taubat ringkas yang boleh


dibaca adalah seperti berikut:

Doa Taubat

00:00 00:00

Allahumma inni Zholamtu Nafsi


Zull-man Katsiran Walaa Yagh-
Firu ZunuuBa illa Anta, Fagh-
!rli Min indika Mag!rotan
innaka Antal Rgho-fuu Rur-
rahim.

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi


diriku sendiri dengan kezaliman yang besar. Dan
tiada siapa yang akan mengampuni dosa-dosaku
melainkan Engkau. Maka ampunilah aku dengan
keampunan yang besar daripada sisiMu.
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi
Maha Pengasih.

2. Sujud Dan Membaca


Sayyidul Istighfar

Selepas selesai berdoa, maka lakukan


sujud dengan membaca Sayyidul
Istighfar:

Sayyidul Istighfar

00:00 00:00

Allaahumma Annta Rabbii Laa


iLaaHa ilLaa AnnTa Kholaq-
tanii Wa Anaa ‘Abduka Wa Anaa
‘Ala ‘Ahdika Wawa’ Dika Maas-
Tatha-Tu ‘A-Uudzu-Bika Min
Syarrimaa Sona’-tu, Abuu-U-
Laka Bini’matika Alayya, Wa
Abuu-U BiDzanmmBi, Fagh-Fir-
Lii Fa-innahu Laa Yagh-Firudz-
DzunuuBa ilLaa Annta.

Maksudnya:

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan


kecuali Engkau, Engkau telah menciptakan aku
dan aku adalah hambaMu, dan hamba pasti
menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu
sesuai kemampuanku. Aku meminta
penjagaanMu dari buruknya segala perbuatanku,
aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan
dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku
lakukan. Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa
kecuali engkau.

Hikmah Solat
Taubat

Apakah maksud hikmah?

Hikmah ertinya adalah kebaikan yang


tersembunyi.

Semua peraturan yang digariskan Allah


SWT mempunyai hikmah atau kebaikannya.
Kebaikan yang dimaksudkan bukan untuk
Allah SWT, tetapi bagi manusia.

Namun banyak diantara yang ditetapkan


Allah SWT itu tidak disebutkan hikmahnya
didalam al-Quran atau hadis. Dalam
keadaan sedemikian, maka para ulama’ lah
yang menerangkan apa hikmahnya.

Begitu juga dengan Solat Taubat, disuruh


kita mengerjakannya kerana ada hikmah
yang tersembunyi.

Hikmah Solat Taubat ialah untuk


membersihkan dosa-dosa kita.

Memang dengan mengucap istighfar sahaja


pun (kalau kita betul-betul bertaubat), Allah
SWT akan mengampuni dosa-dosa kita.

Namun supaya kita nampak lebih sungguh-


sungguh bertaubat, perlulah kita
mengerjakan Solat Sunat Taubat.

Ada orang yang mengucap istighfar (minta


ampun), setiap selesai mengerjakan solat
fardu tetapi dosa yang selalu dia kerjakan
belum dia tinggalkan dan tidak ada
perasaan menyesal.

Pernyataan minta ampunnya itu hanya di


bibir belaka.

Orang seperti itu sudah pasti lebih baik


mengerjakan Solat Taubat supaya nampak
lebih serius taubatnya.

Cara yang lebih baik ialah mengerjakan


Solat Taubat dirumah tengah malam atau
menjelang sahur.

Ketika sujud yang terakhir, sujudnya


dipanjangkan dan direnungkan segala dosa
yang terlanjur dikerjakan dan direnungkan
pula bagaimana dahsyatnya seksa Allah
SWT.

Begitu juga setelah memberi salam tangan


diangkat sambil memohon keampunan
daripada Allah SWT.

Hendaklah diingat-ingat segala kesalahan


yang dilakukan, hendaklah direnungkan
bagaimana beraninya kita melanggar
perintah Allah SWT dan kita bayangkan
betapa hebatnya seksa Allah SWT.

Di samping itu hendaklah kita yakin


bahawa Allah SWT sebenarnya redha
memaafkan kesalahan kita asalkan kita
betul-betul bertaubat. Bererti perlu ada
khauf (rasa takut) dan raja’ (rasa harap).

Maksudnya, perlu takut terhadap seksa


Allah SWT dan perlu pula yakin bahawa
Allah SWT yang Maha Pengampun akan
mengampuni segala dosa dosa kita.

Kesungguhan bertaubat dengan taubat


nasuha diikuti dengan Solat Sunat Taubat
merupakan satu-satunya jalan untuk
mendapatkan keampunan Allah SWT.

InsyaaAllah, dengan izin Allah segala dosa


kita akan diampuni.

Soal Jawab Masalah


Berkaitan Solat
Taubat

Berikut adalah beberapa soal jawab


lazim yang sering timbul berkaitan
dengan Solat Sunat Taubat:

Apakah Solat Taubat?

Solat sunat taubat adalah solat yang


disunatkan dilakukan apabila seseorang
melakukan dosa atau merasakan diri
telah berbuat dosa dan ingin bertaubat
kepada Allah.

Adakah Solat Taubat Boleh Dilakukan


Setiap Hari?

Boleh. Malah digalakkan untuk


memperbaharui taubat kita setiap
masa.

Sebab Solat Taubat

Solat Sunat Taubat menzahirkan


kesungguhan seseorang untuk benar-
benar bertaubat (taubatan nasuha)
kepada Allah kerana ibadah solat
merupakan sebaik-baik ibadat dan cara
menghubungkan diri seseorang kepada
Allah SWT.

Bagaimana Cara Solat Taubat Paling


Mudah Dan Paling Ringkas?

Kaedah solat paling mudah adalah:

1) Niat Solat Taubat

2) Lakukan Solat Sunat ringkas dua


rakaat seperti solat sunat yang biasa

3) Berdoa memohon ampun

Apakah Waktu Sesuai Solat Taubat?

Solat sunat taubat boleh dikerjakan


pada bila-bila masa sahaja. Tidak ada
waktu yang dikhususkan untuk
mengerjakan Solat Sunat Taubat
ini. Apabila kita berasa bersalah dan
mahu kembali kepada Allah, maka
lebih baik kembali yang dimulai dengan
amalan serta-merta.

Lakukan Solat Taubat Dahulu Atau


Tahajjud Terlebih Dahulu?

Jika Solat Taubat ingin dilakukan pada


waktu malam selepas tidur (qiamullail),
maka lakukan Solat Tahajjud terlebih
dahulu bagi menghormati empunya
waktu.

Adakah Waktu Yang Haram Untuk Solat


Taubat?

Tiada. Ia boleh dilakukan sekalipun


dalam waktu tahrim (waktu yang
diharamkan solat sunat) kerana solat ini
mempunyai sebab, iaitu segera
bertaubat kepada Allah SWT.
Bolehkah Solat Taubat Selepas Subuh?

Ya Boleh. Ini kerana solat ini termasuk


dalam solat sunat yang bersebab dan
boleh dilakukan dikerjakan selepas
subuh ataupun asar.

Adakah Bacaan Tasbih Dalam Sujud


Terakhir Itu Wajib Dibaca 40 Kali?

Tidak wajib. Bacaan tersebut adalah


sunat sahaja. Ia tidak semestinya dibaca
sehingga 40 kali atau ditinggalkan terus.

Apakah Hukum Solat Taubat?

Hukum solat taubat adalah sunat.

Bagaimana Orang Yang Tidak Dapat


Solat (Haid) Melakukan Taubat?

Memperbanyakkan istighfar dan


membaca doa taubat. Yang paling
penting segera meninggalkan
perbuatan berdosa tersebut.

Syarat Sah Solat Taubat

Solat Sunat Taubat ini dilakukan


sesudah seseorang itu menginsa!
kesalahan dirinya sendiri lantas
memohon keampunan daripada Allah.
Jika sekadar dilakukan tanpa keinsafan
yang sebenar, maka Solat Taubat itu
menjadi sia-sia.

Penutup: Allah Itu


Maha Penerima
Taubat
Yakinlah bahawa Allah itu Maha
Pengampun lagi Maha Pengasih.

InsyaAllah, setiap dosa-dosa kita, kecil atau


besar, pasti akan diampunkan oleh Allah.

Semoga panduan ini dapat membantu kita


dalam melakukan solat sunat taubat dengan
sebaik mungkin.

Semoga Allah SWT menerima taubat kita


dan membersihkan jiwa-jiwa kita daripada
kegelapan dosa dan maksiat.

InsyaaAllah.

Nota Rujukan:

1. Indahnya Hidup Bersyariat — Allahyarham


Dato’ Ismail Kamus [Pautan]

2. Ensiklopedia Solat — Rohidzir Rais, Fuad


Ismail, Mohd Wahid Abd Hanif

3. Ensiklopedia A-Z Tentang Solat — Dr Nik


Yusri Musa

4. Ensiklopedia Solat: Solat Taubat — TV3


O#cial [Pautan]

5. Bimbingan Lengkap Solat Sunat — Dato’ Dr.


Mahmood Haji Abdul Majib, Rohidzir Rais
[Pautan]

6. Solat Sunat Harian — Ustaz Mohd Faez B.


Mohd Shah al-Hashimi

7. 1157 Persoalan Solat — Ustaz Muhadir Haji


Joll [Pautan]

Kongsikan artikel ini:

    
10K+

Artikel Berkaitan:

9 Amalan Bulan Dosa Yang Tidak


Ramadan Yang Diampunkan Oleh
Digalakkan Allah

zikir

Panduan Lengkap
ZIKIR

Panduan Lengkap, Solat Sunat

Suka Apa Yang


Anda Baca?
Da"arkan nama dan email
anda untuk mendapatkan
panduan dan perkongsian
berkualiti terus ke inbox
anda secara PERCUMA!

Nama

Email Anda

Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak

bertolak ansur dengan spam dan kebocoran

maklumat kepada pihak ketiga.

Sertai Sekarang!

Tinggalkan Komen Anda..

Tuliskan pandangan anda disini..

2.9K COMMENTS

  Komen Terbaru 

Zie

 1 bulan yang lalu

Salam ustaz..selepas sujud akhir bacaan


40x tu terus tahiyat akhir dan beri
salam?..bacaan tahiyat akhir perlu atau
xperlu?..saya terbaca tahiyat akhir dan beri
salam adakah sah solat saya?

0 Balas 

Muhamad Naim Penulis

 Reply to Zie  1 bulan yang lalu

Wassalam. Bacaan tahiyat akhir kena baca


(wajib).

Jika tak baca tahiyat tidak sah solat.

3 Balas

Fatihah

 1 bulan yang lalu

Assalamualaikum. Terima kasih kerana


berkongsi ilmu, semoga Allah
memberikan ganjaran pahala untuk
penulis

2 Balas 

Muhamad Naim Penulis

 Reply to Fatihah  1 bulan yang lalu

Wassalam.

Sama-sama. Terima kasih juga kerana sudi


mendoakan.

1 Balas

rafidah

 1 bulan yang lalu

Syukur alhamdulillah… terima kasih atas


panduan lengkap ini. Dapatlah saya
belajar memperbaiki kesalahan diri saya.
Semoga menjadi manfaat bagi semua
hamba allah terutama saya yang baru nak
belajar mendekatkan diri kepada allah ni.
semoga allah memberkati segala kebaikan
Ustaz.

2 Balas 

Muhamad Naim Penulis

 Reply to ra!dah  1 bulan yang lalu

Alhamdulillah. Semoga menjadi asbab kebaikan


dan syurga untuk kita semua.

1 Balas

Sara

 1 bulan yang lalu

Terima kasih ustaz atas pkongsian ni.


Sangat jelas. Sy mohon sahre yer ustaz

2 Balas 

Muhamad Naim Penulis

 Reply to Sara  1 bulan yang lalu

Sama-sama, terima kasih atas maklumbalas


yang diberikan.

1 Balas

Hamba-Nya

 1 bulan yang lalu

Alhamdulillah,terima kasih. Semoga


sentiasa dilimpahkan rezeki dan diberi
kesihatan yang sejahtera

1 Balas 

Muhamad Naim Penulis

 Reply to Hamba-Nya  1 bulan yang lalu

Alhamdulillah, terima kasih atas doa terhadap


saya

2 Balas

Hamba allah

 1 bulan yang lalu

Assalammualikum ust klu sy xingt doa


syaiddatul istiqfar tu bole ke sy dgr dri hp
n trus brsujud adakah sah solat sy…

1 Balas 

Muhamad Naim Penulis

 Reply to Hamba allah  1 bulan yang lalu

Wassalam. Boleh..

1 Balas

Norlisza

 1 bulan yang lalu

Assalammualaikum,ustaz,selepas hbis
salam saya masih belum lancar hafal doa
taubat dn saiyyidul istighfat..boleh ka saya
membaca mengikut salinan saya?

1 Balas 

Muhamad Naim Penulis

 Reply to Norlisza  1 bulan yang lalu

Wassalam. Boleh, tidak menjadi masalah


membaca melalui salinan atau melalui telefon

1 Balas

Fazley Nurdin

 1 bulan yang lalu

assalamualaikum ustat klau saya baca


panduan ini sambil solat apakah solat saya
sah?

0 Balas

Faiz

 1 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz, saya tersilap,saya


terbaca bacaan pada sujud akhir tu, pada
sujud sebelumnya, dan selepas tu saya
teruskan solat tetapi tak mengulangi
bacaan tersebut pada sujud terakhir,
adakah solat saya sah atau terbatal ustaz.

1 Balas 

Muhamad Naim Penulis

 Reply to Faiz  1 bulan yang lalu

Wassalam. Jangan risau, solat itu sah

1 Balas

Jahil

 2 bulan yang lalu

salam ustat .. kalau tak hafal sayyidul


istifar adakah bacaan lain boleh keta baca
kan ?

0 Balas 

Muhamad Naim Penulis

 Reply to Jahil  2 bulan yang lalu

Wassalam. Boleh dibacakan doa yang lain

0 Balas

LIHAT KOMEN YANG TERDAHULU ➽

Cari Topik:

Pautan Pantas
 Doa Selepas Solat

 Panduan Solat Fardu

 Qada Solat (Cara Ganti Solat)

 Panduan Solat Jenazah

 Panduan Solat Taubat

 Panduan Solat Tahajjud

 Panduan Solat Dhuha

 Panduan Solat Jamak & Qasar

 Panduan Solat Hajat

 Solat Sunat Rawatib (Ba’diyyah &


Qabliyyah)

 Panduan Solat Sunat Tasbih

 Panduan Solat Tarawih

 Panduan Solat Witir

 Panduan Solat Sunat Tahiyatul


Masjid

 Panduan Solat Sunat Fajar

 Senarai Solat-Solat Sunat

 Senarai Doa-Doa Harian

 Panduan Taubat Nasuha

 Panduan Melaksanakan Qiamullail

 Niat Puasa Ganti Ramadan

Lihat Senarai Penuh Panduan

Ikuti akuislam di:

  

Pautan Utama:

Mengenai

Senarai Artikel

Lapor Iklan

Soalan Lazim

English Sect

Search:

Notis Privasi Disclaimer

© 2023 Hak Cipta Terpelihara akuislam.com

Anda mungkin juga menyukai