Anda di halaman 1dari 31

NIAT & CARA SOLAT

SUNAT AWWABIN
(Panduan Lengkap)
Muhamad Naim
Dikemaskini 20/11/2023
Ulasan 38

Ini adalah panduan mengerjakan Solat Sunat Awwabin.

Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda melakukan
solat awwabin dengan betul.

Apa yang menarik:


Ejaan dalam rumi juga turut disertakan bagi membantu mereka yang sukar membaca
tulisan arab.

Jika anda memerlukan panduan ini, mari kita mulakan..

Isi Kandungan
 Maksud Solat Sunat Awwabin
 Adakah Solat Sunat Awwabin Adalah Solat Dhuha?
 Waktu Perlaksanaan Solat Sunat Awwabin
 Niat Solat Sunat Awwabin
 Bilangan Rakaat
 Cara Solat Sunat Awwabin
 Rakaat Pertama
 Rakaat Kedua
 Rakaat Ketiga
 Rakaat Keempat
 Rakaat Kelima
 Rakaat Keenam
 Doa Selepas Solat Sunat Awwabin
 Fadilat & Kelebihan Solat Sunat Awwabin
 Penutup

Maksud Solat Sunat Awwabin


Awwabin berasal daripada perkataan Awwab yang bermaksud kembali kepada Allah
dengan bertaubat dan beristighfar. Solat sunat Awwabin (‫ )صالة سنة األوابين‬adalah solat
sunat yang dilaksanakan antara waktu Maghrib dan Isyak.

Solat ini dinamakan al-Awwabin iaitu kembali mengingati Allah dengan melaksanakan
amalan sunat kerana pada waktu tersebut (antara Maghrib dan Isyak manusia sedang leka
dan lalai dengan aktiviti santai seperti makan malam, berbual-bual, tidur dan urusan yang
lain.
Adakah Solat Sunat Awwabin Adalah Solat Dhuha?
Terdapat juga sebahagian pendapat yang mengatakan bahawa solat sunat Awwabin
adalah Solat Sunat Dhuha. Sebaliknya ada ulama yang berpendapat bahawa ia adalah
solat di antara waktu Maghrib dan Isyak kerana terdapat dalil daripada hadis Nabi
tentangnya.

Dalam hadis riwayat Hudzaifah bin al-Yaman katanya:

Lalu, aku menemui Nabi, maka aku pun melaksanakan solat Maghrib bersama
Baginda. Kemudian Baginda meneruskan solar sehingga solat Isyak

(Hadis riwayat al-Tirmidzi)

Solat sunat Awwabin ini juga menjadi rutin dan amalan harian para sahabat Rasulullah
malahan mereka amat mengambil berat tentang amalan sunat pada waktu tersebut.

Dalam sebuah atsar yang diriwayatkan oleh Abdul Rahman bin al-Aswad daripada bapa
saudaranya yang berkata:

Suatu waktu yang mana aku tidak pernah menemui Abdullah bin Mas’ud pada
waktu tersebut melainkan aku mendapati beliau sedang bersolat iaitu waktu di
antara Maghrib dan Isyak. Beliau pernah berkata: la adalah waktu kelalaian.
Dalam sebuah atsar yang lain, Abdullah bin Umar pernah berkata:
Solat sunat Awwabin adalah bermula di antara masa para jemaah solat Maghrib
mula bergerak keluar sehingga kembali semula untuk menunaikan solat Isyak.

(Riwayat Ibn Abu Syaibah)

Solat sunat Awwabin juga disebut sebagai solat malam kerana waktu malam bermula
setelah masuknya waktu Maghrib.

Justeru itu, setiap ibadat sunat yang dilaksanakan selepas waktu Maghrib dianggap telah
mencapai maksud qiyamullail.

Ibn Abu Syaibah pernah meriwayatkan dalam al-Musannaf daripada Anas bin
Malik bahawa beliau pernah melaksanakan solat di antara waktu Maghrib dan Isyak. Lalu
beliau berkata: Itu adalah solat di awal malam.

Malahan para ulama mazhab bersepakat bahawa digalakkan agar melazimi solat-solat
sunat antara waktu Maghrib dan Isyak.

Mengikut fahaman Mazhab Shafi’e yang dipegang orang Islam di Malaysia, Solat Sunat
Awwabin membawa pengertian solat yang dilakukan selepas Fardhu Maghrib menanti
waktu Isyak.

Waktu Perlaksanaan Solat Sunat


Awwabin
Solat sunat Awwabin dikerjakan dalam masa antara Maghrib dan Isyak.

Dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat dan sebaik-baiknya enam rakaat dengan tiga
salam sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa yang solat selepas Maghrib enam rakaat, maka disamakan untuk orang itu
ibadah selama 12 tahun

– Riwayat Tirmizi
Niat Solat Sunat Awwabin
Bagaimanakah niat Solat Sunat Awwabin?

Niat Solat Sunat Awwabin adalah seperti berikut:

1.Dua rakaat pertama diniatkan untuk memelihara iman.


Untuk rakaat pertama dan kedua, bacalah niat:

Usolli Sunnatal AwwaBin Ma’a HifZil IMaan Rak’Ataini Lillahi Ta’ala

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat Awwabin serta menjaga iman 2 rakaat kerana Allah Taala

2.Dua rakaat yang kedua dilakukan dengan niat bertaubat.


Untuk rakaat ketiga dan keempat, bacalah niat:

Usollo Sunnatal AwwaBin Ma’at-TawBati Rak’Ataini Lillahi Ta’ala

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat Awwabin bersama bertaubat 2 rakaat kerana Allah Taala

3.Dua rakaat yang ketiga dilakukan dengan niat bersama istikharah.


Untuk rakaat kelima dan keenam, bacalah niat:
Usollo Sunnatal AwwaBin Ma’al IstiKhaaRati Rak’Ataini Lillahi Ta’ala

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat Awwabin bersama istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala

Bilangan Rakaat
Berdasarkan dalil dari beberapa hadis-hadis yang menyebut tentang bilangan
rakaat solat sunat Awwabin, dapat dirumuskan bahawa:

1. Bilangan rakaat yang minimum adalah dua rakaat.


2. Bilangan rakaat yang sederhana adalah enam rakaat.
3. Bilangan rakaat yang sempurna adalah dua puluh rakaat. Jika melaksanakan
solat sunat Awwabin lebih daripada dua rakaat, maka pelaksanaannya secara
dua rakaat dua rakaat yakni setiap dua rakaat dengan satu salam.
Nota

Jika masa agak terhad, umpamanya ada kuliah Maghrib atau majlis ilmu, maka boleh
dikerjakan dengan kadar yang minimum iaitu dua rakaat sahaja.

Cara Solat Sunat Awwabin


Kaedah Perlaksanaan Solat Sunat Awwabin ini akan menerangkan kaedah solat sebanyak
6 rakaat (dipisahkan oleh 2 rakaat – 2 rakaat)

Solat ini dilakukan selepas selesai Solat Sunat Ba’diyyah Maghrib

Ringkasan cara mengerjakan Solat Sunat Awwabin adalah seperti berikut:

 Mulakan Solat Sunat Awwabin dengan takbiratul ihram sambil niat dalam hati:
“Sahaja aku solat sunat Awwabin dua rakaat kerana Allah Taala” untuk setiap
dua rakaat.
 Bacalah Surah Al-Fatihah diikuti dengan surah lazim seperti al-Kafirun (untuk
rakaat pertama) atau al-Ikhlas (untuk rakaat kedua) dalam setiap rakaat.
 Lakukan rukuk, kemudian sujud dua kali dengan menjaga tuma’ninah
(ketenangan) dalam setiap gerakan.
 Untuk rakaat kedua, bangun dengan membaca takbir, bacalah Al-Fatihah dan
surah lazim yang lain, diikuti dengan rukuk dan sujud.
Setelah selesai rakaat kedua, duduk untuk tahiyyat akhir dan akhiri solat dengan
memberi salam.
 Berdoalah dengan khusyuk memohon keampunan dari Allah SWT.
Penting untuk diingat, solat Awwabin dilakukan dengan niat yang ikhlas dan penuh
keinsafan.

Rakaat Pertama
1.Solat Dimulakan Dengan Takbiratul ihram.
Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat sunat Awwabin dalam hati.

Lafaz niat solat awwabin diniatkan untuk memelihara iman:

Usolli Sunnatal AwwaBin Ma’a HifZil IMaan Rak’Ataini Lillahi Ta’ala

Atau boleh juga berniat dalam bahasa melayu:

Sahaja aku solat sunat Awwabin serta menjaga iman 2 rakaat kerana Allah Taala
* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.

2.Bacalah Surah al-Fatihah.


Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al fatihah tanpa doa iftitah terlebih dahulu.

Tetapi jika ingin membaca iftitah juga, ia adalah sunat (dapat pahala membaca)

Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan
dalam semua solat.

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki


yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna
an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
3.Kemudian, Baca Surah al-Kafirun
Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah pendek daripada surah al-Quran.

Antaranya surah yang boleh dibaca adalah al-Alkafirun:

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā


A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum
Dīnukum Wa Liya Dīn
Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak
mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu
beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

4.Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan
di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih


5.Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh

6.Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

7.Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Baca bacaan antara dua sujud:


Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu
Anni

8.Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

9.Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.


Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum
bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

Posisi Duduk Istirahat

Rakaat Kedua
10.Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat
(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).

11.Baca Surah al-Fatihah.


Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.
Surah al fatihah
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki
yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna
an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

12.Seterusnya Membaca al-Ikhlas


Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū
Kufuwan Aḥad
Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk
untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa
denganNya”.

Bacaan surah al-Kafirun dan al-Ikhlas pada rakaat pertama dan kedua adalah berdasarkan riwayat Aisyah r.a. “Rasulullah
membaca ‘kul ya ayyuhal kafirun’ dan ‘qul huwallahu ahad’ dalam solat sunat subuh” (Hadis ini direkodkan oleh Ahmad dan at-
Tahawi

13.Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan
di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:


SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih

14.Kemudian Bangun Iktidal


Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh

15.Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

16.Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Baca bacaan antara dua sujud:

0
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu
Anni
17.Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

18.Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir

19.Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:

Assalamualaikum Warahmatullah

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

Assalamualaikum Warahmatullah
Doa Selepas Memberi Salam

Selepas setiap kali memberi salam, bacalah doa berikut:

AllaHumMa SadDidNi Bil imaan WahFazHu AlayYa Fii HaYaaaTii Wa inDa


WaFaaTii Wa Ba’Da MaMaaTii

Maksudnya:

Ya Allah, penuhkanlah aku dengan iman dan peliharakanlah ia sepanjang hidupku,


waktu matiku dan selepas matiku.

Selesai membaca doa ini, terus bangun dari duduk


untuk melakukan rakaat seterusnya iaitu rakaat
ketiga dan rakaat keempat.

Rakaat Ketiga
20.Rakaat Ketiga Dimulakan Dengan Takbiratul ihram.
Lafaz niat Solat Sunat Awwabin untuk rakaat ketiga dan keempat adalah diniatkan
dengan taubat:

Usollo Sunnatal AwwaBin Ma’at-TawBati Rak’Ataini Lillahi Ta’ala

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat Awwabin bersama bertaubat 2 rakaat kerana Allah Taala
* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.
21.Bacalah Surah al-Fatihah.
Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al fatihah tanpa doa iftitah terlebih dahulu.

Tetapi jika ingin membaca iftitah juga, ia adalah sunat (dapat pahala membaca)

Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan
dalam semua solat.

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki


yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna
an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

22.Kemudian, Baca Surah al-Kafirun


Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah pendek daripada surah al-Quran.

Antaranya surah yang boleh dibaca adalah al-Alkafirun:

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā


A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum
Dīnukum Wa Liya Dīn
Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak
mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu
beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.
23.Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan
di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih

24.Kemudian Bangun Iktidal


Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh

25.Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih


26.Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Baca bacaan antara dua sujud:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu


Anni

27.Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

28.Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.


Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum
bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

Posisi Duduk Istirahat

Rakaat Keempat
29.Rakaat Keempat Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat
(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).
30.Baca Surah al-Fatihah.
Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

Surah al fatihah
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki
yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna
an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

31.Seterusnya Membaca al-Ikhlas


Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū
Kufuwan Aḥad
Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk
untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa
denganNya”.

Bacaan surah al-Kafirun dan al-Ikhlas pada rakaat pertama dan kedua adalah berdasarkan riwayat Aisyah r.a. “Rasulullah
membaca ‘kul ya ayyuhal kafirun’ dan ‘qul huwallahu ahad’ dalam solat sunat subuh” (Hadis ini direkodkan oleh Ahmad dan at-
Tahawi

32.Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan
di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih

33.Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh

34.Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

35.Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Baca bacaan antara dua sujud:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu


Anni
36.Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

37.Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir

38.Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:

Assalamualaikum Warahmatullah

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

Assalamualaikum Warahmatullah

Doa Selepas Memberi Salam Rakaat Keempat


Selepas setiap kali memberi salam, bacalah doa berikut:

AllaHumMa SadDidNi Bil imaan WahFazHu AlayYa Fii HaYaaaTii Wa inDa


WaFaaTii Wa Ba’Da MaMaaTii

Maksudnya:

Ya Allah, penuhkanlah aku dengan iman dan peliharakanlah ia sepanjang hidupku,


waktu matiku dan selepas matiku.

Selesai membaca doa ini, terus bangun dari duduk


untuk melakukan rakaat seterusnya iaitu rakaat
ketiga dan rakaat keempat.

Rakaat Kelima
39.Rakaat Kelima Dimulakan Dengan Takbiratul ihram.
Lafaz niat Solat Sunat Awwabin untuk rakaat kelima dan keenam adalah diniatkan
dengan istikharah:

Usollo Sunnatal AwwaBin Ma’al IstiKhaaRati Rak’Ataini Lillahi Ta’ala

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat Awwabin bersama istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala
* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.
40.Bacalah Surah al-Fatihah.
Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al fatihah tanpa doa iftitah terlebih dahulu.

Tetapi jika ingin membaca iftitah juga, ia adalah sunat (dapat pahala membaca)

Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan
dalam semua solat.

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki


yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna
an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

41.Kemudian, Baca Surah al-Kafirun


Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah pendek daripada surah al-Quran.

Antaranya surah yang boleh dibaca adalah al-Alkafirun:

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā


A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum
Dīnukum Wa Liya Dīn
Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak
mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu
beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

42.Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan
di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih

43.Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh

44.Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

45.Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Baca bacaan antara dua sujud:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu


Anni
46.Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

47.Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.


Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum
bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

Posisi Duduk Istirahat

Rakaat Keenam
48.Rakaat Keempat Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat
(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).

49.Baca Surah al-Fatihah.


Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

Surah al fatihah
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki
yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna
an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
50.Seterusnya Membaca al-Ikhlas
Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū
Kufuwan Aḥad
Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk
untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa
denganNya”.

Bacaan surah al-Kafirun dan al-Ikhlas pada rakaat pertama dan kedua adalah berdasarkan riwayat Aisyah r.a. “Rasulullah
membaca ‘kul ya ayyuhal kafirun’ dan ‘qul huwallahu ahad’ dalam solat sunat subuh” (Hadis ini direkodkan oleh Ahmad dan at-
Tahawi

51.Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan
di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih

52.Kemudian Bangun Iktidal


Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh

53.Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

54.Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Baca bacaan antara dua sujud:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu


Anni

55.Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:


Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

56.Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir

56.Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:

Assalamualaikum Warahmatullah

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

Assalamualaikum Warahmatullah

Doa Selepas Memberi Salam Rakaat Keenam

Selepas setiap kali memberi salam, bacalah doa berikut:

AllaHumMa SadDidNi Bil imaan WahFazHu AlayYa Fii HaYaaaTii Wa inDa


WaFaaTii Wa Ba’Da MaMaaTii
Maksudnya:

Ya Allah, penuhkanlah aku dengan iman dan peliharakanlah ia sepanjang hidupku,


waktu matiku dan selepas matiku.

Selesai membaca doa ini, maka selesailah Solat


Sunat Awwabin 6 rakaat tersebut. Alhamdulillah.

Doa Selepas Solat Sunat Awwabin


Tiada doa yang khusus selepas Solat Sunat Awwabin, jesteru itu berdoalah apa sahaja
yang diingini tetapi sebaik-baiknya mohonlah keampunan kepada Allah ‫ ﷻ‬dan
mohon agar diberikan ketetapan iman dan ketaatan kepada Allah ‫ﷻ‬.

Sebagai tambahan, anda juga boleh merujuk wirid dan doa selepas solat ini: Wirid &
Doa Selepas Solat

Fadilat & Kelebihan Solat Sunat


Awwabin
Apakah kelebihan mengerjakan Solat Sunat Awwabin?

Berikut adalah beberapa dalil mengenai kelebihan solat ini:

1.Diampunkan Dosa
Dalam al-Hawi al-Kabir, menurut al-Mawardi terdapat sebuah riwayat daripada Nabi
yang menyebut:

Sesungguhnya Baginda melaksanakan solat antara Maghrib dan Isyak sebanyak


dua puluh rakaat, dan Baginda bersabda: Ini solat Awwabin, maka sesiapa yang
mendirikannya akan diampunkan dosanya.

(Hadis riwayat al-Tabrani)


2.Pahalanya Sama Seperti Ibadat Selama 12 Tahun
Para ulama salafus soleh menjadikan solat sunat Awwabin in sebagai amalan mereka di
mana mereka menamakannya Solat Ghaflah kerana manusia sering lalai pada waktu
tersebut dan mereka sibuk dengan urusan makan malam dan tidur.

Konsisten dalam melaksanakan solat sunat Awwabin merupakan amalan yang sebaik-
baiknya.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahaw Rasulullah bersabda:

Sesiapa yang melakukan solat enam rakaat selepas solat Maghrib tanpa diselangi
antaranya dengan perbicaraan, samalah pahalanya dengan ibadat selama dua belas
tahun.

(Hadis riwayat al-Tirmidzi)

3.Dibina Rumah Untuknya Didalam Syurga


Dalam kitab al-Mughni disebutkan bahawa Allah berfirman:

Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur kerana
mengerjakan amal-amal soleh).

(Surah al-Sajdah ayat 16)

Anas bin Malik ketika memperkatakan tentang ayat in menyebut bahawa para sahabat &
mengerjakan amalan sunat antara waktu Maghrib dan Isyak dengan melaksanakan solat.
Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:

Sesiapa yang melaksanakan solat (sunat) sebanyak dua puluh rakaat selepas solat
Maghrib, maka Allah akan membina sebuah rumah untuknya di dalam syurga.

(Hadis riwayat al-Tirmidzi)


4.Termasuk Dalam Golongan Orang-Orang Bertaubat
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan secara marfu oleh Muhammad bin al-Mukandir
bahawa Nabi bersabda:

Sesiapa yang bersolat sunat antara waktu solat Maghrib dan solat Isyak, maka
itulah solat orang-orang yang bertaubat (Awwabin).

(Hadis riwayat Ibn al-Mubarak)

5.Amalan Untuk Masuk ke Syurga


Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Rabi‘ah bin Ka‘ab al-Aslami, bahawasanya
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah bersabda kepadanya yang maksudnya:

“Pohonlah sesuatu (kepadaku). Lalu aku (Rabi‘ah) berkata: Aku memohon kepada
Tuan untuk menemani Tuan di syurga. Lalu Baginda bersabda: Ada lagi? Lalu aku
(Rabi‘ah) menjawab: Itu sahaja. Baginda bersabda: Bantulah aku (untuk
memperbaiki) dirimu dengan memperbanyakkan sujud (sembahyang sunat).”

– Hadis riwayat Imam Muslim

6.Memperbaiki Kekurangan Pada Solat Fardu


Imam Ahmad pula meriwayatkan daripada Abu Hurairah, bahwasanya Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah bersabda yang maksudnya,

“Sesungguhnya yang pertama sekali akan dihisab segala amal perbuatan manusia
pada hari kiamat ialah tentang sembahyangnya. Allah berfirman kepada
MalaikatNya, sedang Dia Lebih Mengetahui: Periksalah sembahyang hambaKu,
apakah cukup ataupun kurang? Kalau cukup catatlah cukup, dan kalau kurang
(sembahyang fardhu mereka), maka Allah berfirman lagi: Periksalah adakah
hambaKu ini mempunyai amalan (sembahyang) sunat? Jika ternyata terdapat amalan
sembahyang sunatnya, lalu Allah berfirman lagi: Cukupkanlah kekurangan
sembahyang fardhu hambaKu itu dengan amalan sembahyang sunatnya. Kemudian
diperhitungankanlah amal perbuatannya itu menurut cara sedemikian.”

– Hadis riwayat Imam Ahmad

Dengan demikian, orang yang mendirikan solat sunat antara waktu Maghrib dan Isyak ini
akan diberikan ganjaran di atas solat tersebut, di samping merebut peluang yang besar
kelebihannya pada waktu berkenaan ketika mana kebanyakan manusia sedang leka dan
lalai.

Malahan, ibadat antara dua waktu tersebut sudah termasuk dalam amalan qiyamullail.

Penutup
Lakukan solat sunat ini sementara menanti waktu Isyak.

Ianya lebih baik dari duduk berbual kosong atau tidur, terutama jika tiada majlis ilmu.

Boleh juga dilakukan di rumah jika berhalangan untuk solat jamaah di masjid.

Lakukanlah ia selalu agar Allah ‫ ﷻ‬merahmati kita dengan memelihara keteguhan dan
nikmat keimanan yang berterusan serta menghapuskan dosa-dosa kita.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat.

Anda mungkin juga menyukai