Anda di halaman 1dari 1

Cara Pantas Hilangkan

Sakit Sendi, Saraf, Luka

Luka lambat sembuh, lumpuh, ada masalah


saraf dan kebas berpanjangan

klinikdrrushmini.com

OPEN

AKU ISLAM Menu

Home » Blog » Ibadah » Solat Sunat Hajat

NIAT & CARA SOLAT


SUNAT HAJAT
(Panduan Lengkap)
Dikemaskini pada: 13 August, 2022 Oleh Muhamad Naim

Ini adalah panduan lengkap cara Solat Hajat dan


Doa Solat Hajat.

Anda akan dibimbing secara langkah-demi-


langkah dengan mudah.

Apa yang menarik:

Panduan solat hajat ini dipermudahkan dengan


ejaan rumi & audio untuk membantu sesiapa
yang mengalami kesukaran membaca skrip
tulisan arab.

Jika anda memerlukan panduan ini, jom kita


mulakan.

Isi Kandungan

Pengenalan
↣ Maksud Solat Hajat

Waktu Solat Hajat

Niat Solat Hajat

Rakaat Solat Hajat

Cara Solat Hajat


↣ Bacaan Tasbih Dalam Sujud Akhir

↣ Memohon Hajat Semasa Dalam


Sujud Terakhir

Doa Solat Hajat

Penutup: Mintalah Perkara Baik


Yang Berkekalan Hingga Akhirat

Pengenalan

Maksud Solat Hajat

Apakah maksud Solat Hajat?

Hajat dari segi bahasa merujuk kepada keperluan


atau memohon sesuatu.

Imam al-Syatibi mentakrifkan hajat sebagai


sesuatu yang amat diperlukan oleh seseorang
untuk melapangkannya daripada situasi
kesempitan yang lazimnya membawa kepada
kesukaran.

Oleh itu, Solat Hajat dikerjakan apabila kita


memohon sesuatu hajat daripada Allah. Sama
ada memohon kebaikan atau pun menolak
sesuatu keburukan.

Allah ber!rman:

Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku


perkenankan doa permohonan kamu.

— Surah Gha!r ayat 60

Tidak kira sama ada doa itu dalam keadaan


terdesak atau semata-mata menunaikan
kewajipan, setiap doa pasti Allah akan beri
perhatian.

Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah


menerusi sabdanya yang bermaksud:

Doa itu ialah senjata orang Mukmin, tiang


agama dan cahaya langit dan bumi

BantuanKRITIKAL
Rebut peluang untuk
memperoleh pahala & Donate Now
saham akhirat…

— Riwayat al-Hakim no. 1218

Bertepatan dengan maksud solat dari segi bahasa


sebagai doa, maka ibadat solat merupakan jalan
yang terbaik untuk kita mengajukan doa, hajat
dan permohonan kepada Allah.

Diharapkan dengan solat yang kita laksanakan


secara bersungguh-sungguh, Allah SWT akan
memperkenankan doa yang kita hajati.

Waktu Solat Hajat


Bilakah waktu mengerjakan Solat Sunat Hajat?

Solat sunat hajat boleh dilakukan pada bila-bila


masa sahaja sama ada pada siang dan malam,
kecuali pada waktu yang diharamkan solat.

Terutama apabila ada suatu hajat yang baik


untuk dipohon kepada Allah SWT.

— Namun sebaik-baiknya, solat hajat dilakukan


pada waktu tengah malam sama ada pukul satu,
dua atau tiga pagi, bagi menghadirkan rasa
ketenangan, kesungguhan dan penuh
pengharapan kepadaNya.

Setelah bangun daripada tidur, terlebih dahulu


hendaklah Solat Tahajjud.

Kemudian dibacakan al-Fatihah sekali untuk


dihadiahkan kepada Nabi Muhammad SAW,
arwah kaum muslimin muslimat dan arwah ibu
bapa.

Selepas itu barulah dimulakan solat sunat hajat


ini.

Niat Solat Hajat


Setelah bersedia dengah wuduk, mulakan solat
sunat hajat dengan lafaz niatnya:

Usolli sunnatal hajati rak’ataini lillahi taala

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat


kerana Allah Taala

Rakaat Solat Hajat


Berapakah bilangan rakaat bagi Solat Hajat?

Ada pendapat yang masyhur dalam Mazhab


Sya!’e adalah sebanyak dua rakaat, sebagaimana
yang disebutkan dalam hadis Abdullah bin Abu
Awfa.

Namun, terdapat juga pendapat yang berlainan


tentang bilangan rakaat solat sunat hajat. Ada
yang berpendapat empat rakaat ada juga yang
berpendapat dua belas rakaat.

LAST CALL!! [Big Bungalow


Tanah Kebun 1 Ekar Berpagar Tanah Perta
Lower Price!!] 65x115 0%D/P O…
Selangor Perak Ked

RM 503,899 RM 85,000 RM 30

Secara kesimpulannya, solat ini boleh dilakukan


sekurang-kurangnya dua rakaat dan sebanyak-
sebanyaknya 12 rakaat.

Solat hajat paling afdal ialah 12 rakaat, 6 kali


salam (Menurut Imam al-Ghazali dalam Kitab
ihya’ Ulumuddin)

Cara Solat Hajat

Bagaimana cara mengerjakan Solat


Hajat?

Terdapat pelbagai-bagai pendapat


tentang bacaan dan cara solat hajat.

Tetapi walaupun begitu, kaedah atau


rukun-rukun solat ini tetap sama
sebagaimana dengan solat-solat
sunat yang lain

Di bawah ini merupakan salah satu


kaedah untuk melaksanakan solat
sunat hajat:

Buat baju design anda di sini


Pantas & fabrik berkualiti
Buat baju kini lebih mudah di Kimyra.
Pantas, fabrik berkualiti & harga berbaloi.

kimyrastyle.com

BUKA

Rakaat Pertama

1. Solat Dimulakan Dengan


Takbiratul ihram.

Niat Solat Sunat Hajat

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat


solat sunat hajat dalam hati:

Usolli Sunnatal Hajati Rak’ataini Lillahi


Taala

Atau niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat sunat hajat dua


rakaat kerana Allah Taala

* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum


mengangkat takbir.

2. Bacalah Surah al-Fatihah.

Pada kebiasaannya, solat sunat terus


dibaca al fatihah tanpa doa i"itah terlebih
dahulu.

Tetapi jika ingin membaca i"itah juga,


maka ia adalah perbuatan sunat (dapat
pahala membaca)

Owner Bankrup Jual [ SHAH


Rumah Kampung utk di Jual. ALAM ]BERBALOI Tapak Rumah Du
40x100Freehold Dekat KL

RM 10,000 RM 467,667 RM 50

Surah al-Fatihah adalah sebahagian


daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib
dibacakan dalam semua solat.

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-
ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-
raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn.
Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn.
Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm.
Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim,
ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-
ḍāllīn

3. Kemudian, Ayatul Kursi

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula


potongan ayat daripada surah al-Baqarah
ayat 255 (ayat Kursi) sebanyak 7 kali (atau
mana-mana surah al-Quran)

00:00 00:00

Allaahu la ilaaha illa huwal hayyul


Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun
walaa naumun lahu maa
!ssamaawaati wama !l ardhi, man
dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa
biidznih, ya‘lamu maa baina aydiihim
wa maa khalfahum,
walaayuhiithuuna bisyai-in
min’ilmihi illaa bimaa syaa-a, wasi’a
kursiyuhus samaawaati wal ardhi,
walaa yauuduhu hifzuhumaa wa
huwal’aliyuul ‘azhiim.”

Maksudnya:

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan


Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya
mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak
mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang
ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang
dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya
melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang
ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang
mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun
dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah
kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi
Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan
bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah
menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang
Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar
(kekuasaanNya)

Pemilihan surah adalah bebas. Anda juga


baca surah-surah yang lain selain daripada
ayat Kursi

4. Selesai Membaca Surah,


Teruskan Dengan Rukuk

Belakang badan perlu rata, pandangan


dihalakan ke tempat sujud dan tangan
diletakkan di kepala lutut dalam keadaan
selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih

5. Kemudian Bangun Iktidal

Anda mungkin juga menyukai