Anda di halaman 1dari 9

Taqarrub kepada Allah BERUZLAH ATAU BERKHALWAT KITAB RAHASIA SUFI - Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani.

Terjemahan Abdul Majid Hj Khatib, Ditahkik dan di tulis semula oleh Syed Ahmad Semait SHALAT DAN DOA DALAM UZLAH Uzlah artinya memencilkan diri atau mengasingkan diri dari orang ramai dgn tujuan melatih diri untuk menghampirkan diri dgn Allah swt. Barangsiapa memilih jalan untuk meninggalkan hal-hal keduniaan dan memencilkan diri dari orangramai dgn niat hendak melatih diri supaya dapat menghampirkan diri dgn Allah swt, maka hendaklah ia mengetahui amal ibadat yg perlu dilakukan di dlm uzlah itu, spt solat, doa, wirid, zikir dan sbgnya.

Dlm uzlah itu diri kita hendaklah bersih zahir dan batin. Pakaian, tempat beruzlah dan badan hendaklah bersih. Niat kita hendaklah ikhlas iaitu kerana Allah semata-mata. Kalau boleh hendaklah berpuasa dlm masa beruzlah itu. Tempat yg baik untuk beruzlah ialah dlm masjid atau kawasan berhampiran masjid untuk memudahkan kita mengerjakan solat berjamaah lima waktu. Solat berjamaah lima waktu itu adalah penting dan salah satu syarat dlm beruzlah. Dlm pada itu hendaklah kita menyendiri (bersendirian) dan jangan berkata-kata dgn sesiapa pun. Org yg beruzlah atau berkhalwat itu tidak boleh meninggalkan solat berjamaah lima waktu sehari semalam.

Setiap orang yg beruzlah itu hendaklah mendirikan solat tahajjud. Solat Tahajjud melambangkan tentang kebangkitan semula sesudah mati. Solat ini dilakukan pada malam hari selepas tidur sebentar. Waktu malam adalah waktu yg bagus sekali untuk mendirikan solat, terutama sekali solat Tahajjud, kerana waktu itu biasanya fikiran tenang dan jernih, hati hening dan khusyuk dan gangguan luaran pun tidak banyak atau hampir tidak ada. Selain itu, di waktu mlm sang hamba boleh bermunajat dgn tuhannya tanpa didengar atau dilihat orang, dan yg demikian itu adalah lebih menimbulkan khusyuk di dlm hati, dan terhindar dari perasaan riya yg kadang-kadang mengacau amalan manusia.

Tatkala bangun dari tidur untuk melakukan solat tahajjud itu bacalah: Alhamdulillahillazi akhyaana bada maa amaatani wa ilaihinnsyur Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan aku selepas mematikan aku, dan kepada-Nyalah tempat kembali. Kemudian bacalah 10 ayat terakhir dari surah Al-Imran, iaitu ayat 190 200. Selepas itu pergilah berwudhuk, setelah selesai berwudhu bacalah:

Asyhadu allaa ilaaha ilallahu wahdahu laa syariikalah, wa asyhadu anna muhammadan abduhu warasuuluh. Subhaanakallahumma wa bihamdika asyhadu an laa ilaaha illa anta, ngamiltu suu an wa dzolamtu nafsi, Astaghfiruka wa atubu ilaika, Faghfirli watub ngalayya, innaka antattawwaaburrahim. Allahummaj ngalni minattawwaabin, waj ngalni minal mutatoh hirin. Waj ngalni min ngibadikassoolihin. Waj ngalni subuuron syakuuran. Waj ngalni azkuruka zikran kasyiran. Wa u sabbihuka bukratan wa asiilan. Maksudnya: Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah yang Esa tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku naik saksi bhw Muhammad itu hambaNya dan Rasul-Nya. Maha suci Engkau ya Allah, dgn kepujian-Mu aku naik saksi bhw tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku telah melakukan kejahatan dan telah menganiaya diriku sendiri, aku mohon keampunan-Mu dan aku bertaubat kpdMu, Maka ampunilah daku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat lagi Mha Penyayang. Ya Allah ya Tuhanku jadikanlah daku dari golongan org2 yg bertaubat, dan golongan org2 yg suci, dan jadikanlah daku drpd hamba2 Mu yg soleh. Dan jadikanlah daku sebagai orang yg sabar lagi bersyukur. Dan jadikanlah daku orang yg ingat kpdMu dgn ingatan yg banyak, yg mengucap tasbih kepada-Mu siang dan malam. Kemudian hadapkan muka ke langit da pandanglah bintang-bintang yang gemerlapan sambil membaca dua kalimah syahadat. Selepas itu baca pula:

Allahumma inni nga u zu bi ridhoka min sakhatika, wa bimu ngaafaatika min nguqubatika, wa a nguzu bika minka laa ukhsi thanaa an ngalaika anta kamaa athnaita ngala nafsika. Allahuma inni ngabduka wabnu ngabdika wabnu amatika, naa syiyati biyadika, maadhin fiya hukmuka, naafizun fiyya qadhoo uka. As aluka bikullismin huwa laka sammaita bihi nafsaka, au anzalnatahu fi kitaabika, au aktoitahu ahadan min kholqika, awistatsarta bihi fi ngilmil ghaibi ngindaka, an tajngalal quraana rabii nga qalbi wa nuura basori, wa jilaa a ghammi, wa zahaaba khurni wa hammi, Allahummar zuqni khubbaka wa khubba man yukhibbuka, wa khubba kulli ngamalin yuqarribuni ilaika, waj ngal khubbaka a khabbal asy yaaa e ilayya, waj ngal nafsaka a khabba ilayya minal maa eil baaridi. Maksudnya: Ya Allah, ya tuhanku, ssngghnya aku berlindung dgn keridhaan-Mu drpd kemurkaanMu dan dgn kemaafanMu drpd siksaMu, dan aku berlindung dgnMu drpdMu yg mana tiada cukup pujianku kpdMu sbgmn Engkau memuji diriMu sendiri. Ya Allah, ssgghnya aku ini hambaMu, dan anak drpd hambaMu, dan anak drpd hambaMu yg perempuan, ubun-ubunku di tanganMu, hukuman-Mu berjalan atasku, ketentuan-Mu lulus terhadapku. Aku bermohon dgn setiap nama yg telah Engkau namakan diri-Mu dgnnya atau turunkannya di dlm kitab-Mu, atau Engkau ajarkan kpd ssorg drpd hamba2Mu, atau yg hanya Engkau saja yg mengetahuinya di dlm ilmu ghaib-Mu (maka aku bermohon dgn berkat nama2-Mu itu semuanya) agar Engkau jadikan Al-Quran ini subur di dlm hatiku, cahaya bagi pandanganku, penghapus bagi kesusahanku dan penghilang kedukaan dan kesedihanku. Ya Allah, ya Tuhanku kurniakanlah daku cinta kpdMu dan cinta kpd org yg cinta kpdMu dan cinta kpd setiap amalan yg dapat yg menghampirkan daku cinta kpdMu, dan jadikanlah cinta kpdMu itu perkara yg paling aku cintai, dan jadikanlah Zat-Mu yg lebih aku cintai drpd air yg sejuk. Kemudian hadapkan muka ke arah kiblat dan ucapkanlah: Allahu akhbar, segala puji bagi-Mu. Aku agungkan Dikau siang dan malam. Kemudian baca tasbih Subhaanallah 10 x, Disusuli dgn bacaan tahmid alhamdulillah 10x , bacaan tahlil laa ila ha illallah 10x . Slps itu dirikan solat 12 rakaat dgn salam setiap 2 rakaat. Allah memuji org yg mendirikan solat tahajjud. Sbgmn difirmankanNya di Surah al-isra ayat 79 dan surah as-sajdah ayat 16-17. Slps itu dirikan 3 rakaat solat witir. Dlm rakaat ketiga, selepas Iktidal (berdiri slps rukuk) baca qunut sebelum sujud. Maka berakhirlah solat malam itu. Pada siangnya, selepas terbit matahari kira-kira tingginya sepenggalah, dirikanlah solat Isyraq (solat cahaya) 2 rakaat, dan 2 rakaat solat Istiadzah (solat memohon perlindungan dari kejahatan). Dlm rakaat pertama slps fatihah, baca surah Al-Falaq. Dlm rakaat kedua slps fatihah, baca surah An-Naas. Kemudian dirikan 2 rakaat solat Istikharah (solat memohon petunjuk dan bimbingan dari Allah swt untuk membuat keputusan dgn betul). Dlm dua rakaat tsb slps fatihah bacalah Ayatul Qursi (surah al-baqarah ayat 255). Slps itu bacalah Al-Ikhlas 7x , kemudian dirikan solat Dhuha (solat memohon ketenteraman jiwa dan keheningan fikiran) 8 rakaat. Slps membaca fatihah, bacalah surah Asy-Syams dan surah Ad-Dhuha, sila lihat dalam quran. Slps itu dirikan 2 rakaat solat Kaffarah (solat menebus atau menghapus dosa serta kotoran dan najis yg menyentuh diri seseorang tanpa dapat dielakkan atau tanpa disedari). Bersentuhan dgn kotoran dan najis, walaupun tidak sengaja, adalah suatu kesalahan dan org yg bersalah perlu dihukum. Dlm setiap rakaat selepas fatihah, bacalah 7x surah Al-Kautsar.

Satu lagi solat yang perlu di dirikan dalam beruzlah atau berkhalwat ialah solat Tasbih. Mereka yang bermazhab Hanafi mendirikan solat ini 4 rakaat dengan satu salam. Mereka yang bermazhab shafie pula melakukannya dengan 4 rakaat dengan 2 salam. Peraturan ini ialah bagi solat Tasbih yang di dirikan di siang hari. Sekiranya di lakukan pada malam hari, solat Tasbih ini di dirikan 4 rakaat dengan 2 salam oleh kedua-dua mazhab tersebut. Dalam setiap rakaat selepas fatihah, baca satu surah al-quran. Selepas itu, sebelum rukuk baca tasbih 15 kali: Subhaanallah walhamdulillah walaa ilaaha ilallah wallahu akhbar, walaa khawlawalaa quwwata illa billahil ngaliyyil ngazim. Maksudnya: Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah, dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Tatkala rukuk baca tasbih 10 kali lagi. Kemudian berdiri selepas rukuk dan tasbih 10 kali lagi. Kemudian sujud dan tasbih 10 kali. Duduk antara dua sujud baca tasbih 10 kali, setelah itu sujud lagi dan baca tasbih 10 kali. Kemudian duduk istirahah dan baca tasbih 10 kali. Kemudian bangun berdiri untuk rakaat kedua. Begitulah seterusnya di baca tasbih itu pada rakaat kedua, ketiga dan keempat. Jumlah tasbih setiap rakaat 75 tasbih. Ini bererti dalam empat rakaat itu, kita membaca tasbih sebanyak 300 kali. Jika sanggup buatlah solat tasbih ini setiap hari. Jika tidak sanggup buatlah setiap jumaat. Jika tidak sanggup juga buatlah sebulan sekali, Jika tidak sanggup buatlah sekali seumur hidup. Orang yang beruzlah hendaklah mendirikan solat tasbih ini, faedah dan pahalanya amat besar. Orang yang dalam uzlah atau khalwat itu hendaklah membaca 200 ayat al-quran sekurang-kurangya setiap hari. Zikir di baca terus menerus, sama ada membaca zikir yang berupa Asma Allah (nama-nama Allah yang indah) dengan suara yang kuat ataupun dengan senyap. Yakni di dalam hati. Zikir hati bermula hanya apabila hati telah sedar dan telah hidup. Bahasa dalam zikir hati ini ialah kata rahasia yang dalam dan tersembunyi. Setiap orang hendaklah ingat akan Allah dan menyebut nama-nama-Nya bersesuaian dengan keupayaan masing-masing. Firman Allah: .dan berzikirlah (dgn menyebut) Allah sebagaimana yg ditunjukkan-Nya kpdmu.surah Al-Baqarah ayat 198.

Dgn kata lain, ingatlah Allah menurut keupayaan masing2. Dlm setiap peringkat kerohanian (dlm suluk) zikir itu berbeza-beza. Masing2 ada nama, ada cirri-ciri dan ada jalannya. Hanya org yg berada dlm suatu peringkat itu saja yg tahu zikir yg pada peringkat mana ia berada. Org dlm beruzlah juga hendaklah membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 100 kali, selawat 100 kali. Dan hendaklah juga membaca doa berikut 100 kali:

Astaghfirullahal aziim, allazi laa ilaaha illa huwal hayyul qayyumurrohmaanurrahim wa atubuu ilaih. a-uzubika min syarri maa sonatu wa a-uzubika min zanbii, faghfirlii fainnahu laa yaghfiruzzunuuba illa anta. Talamu maa fii nafsi walaa alamu maa fi nafsika. Innaka allamul ghuyub. Antal muqaddimu wa antal muakkhiru. Innaka ala kulli syaiin qadiir. Maksudnya: Aku mohon ampun kpd-Mu, ya Allah! Yg Maha Agung, yg mana tiada Tuhan melainkan Dia, Yg Hidup lagi Yg Berdiri Sendiri, Yg Maha
Pengasih lg Maha Penyayang dan aku bertaubat kpdNya. Aku berlindung dgn-Mu dari kejahatan yg telah aku lakukan dan aku berlindung dgnMu dari dosaku, maka ampunilah bagiku kerana ssngghnya tiada ng dapat mengampunkan segala dosa melainkan Engkau. Engkau mengetahui apa yg ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada DiriMu. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Engkau yang mendahulukan dan Engkau juga yang mengakhirkan. Sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.

Selepas amal ibadat tersebut, maka masa yang terluang hendaklah diisi dgn membaca Al-Quran, berwirid, berzikir dan sbgnya.

Kaedah bersuluk KAEDAH BERSULUK Thariqat paling afdhol: Thariqat Khalawatiyah Syarat mengikuti Thariqat ahli sufi: A. Bertaqwa (takut) kepada Allah; dgn meninggalkan segala maksiat zahir dan batin serta meninggalkan ketaatan yg zahir dan batin. B. Senjata; Membanyakkan zikrullah untuk melenyapkan Nafsul Ammarah. C. Kenderaan; Himmah yakni bersungguh-sungguh tanpa lalai, lupa, malas, letih untuk mendapatkan marifat allah dlm martabat muqarrabin. D. Muallim menunjukkan jalan; Guru mursyid yg menyucikan zahir batin hatinya. E. Rakan yg ikut sama; Dapat mengerjakan ratib, zikir dan bekerjasama dlm kebajikan. F. Kewajipan; Wajib jika mahu bersuluk mengetahui perkara yg wajib, mustahil dan harus bagi Allah swt sekadar yg Fardhu Ain. Wajib mengetahui Ilmu Feqah sekadar yg Fardhu Ain. Wajib mengamalkan segala Aurad dan Ratib Thariqatnya dgn lengkap dan sempurna. Apabila ketinggalan hadir perhimpunan org yg berzikir atau mempelajari ilmu bermanfaat hendaklah keji dirinya. G. Wajib melakukan empat perkara; 1.Berlapar - Mengurangkan makan supaya menjadi putih hatinya dan meringankannya serta hati menjadi lembut dan membukakan mata hati melihat Allah. Abdal=Aulia dgn sebab : mengosongkan perut, berjaga malam, berdiam diri dan mengasingkan diri dari org ramai. 2.Sahar (berjaga malam) - Hendaklah mengurangkan tidur dan membanyakkan melakukan ibadah bagi menerangkan hati. Byk tidur menyebabkan hati menjadi keras, malap dan mati dari menerima hidayah. 3.Shamt (melazimkan berdiam diri) - Menahan lidah dari berkata-kata dgn perkara sia-sia dan menahan hati dari lintasan mengenai sesuatu. Melazimkan berdiam diri akan mewarisi marifat allah. 4.Al-Khalwah (Bersendiri) - Menjauhi orang ramai dan bersunyi sendirian dgn seluruh jasmani. Menyelubungkan kepala dan memejamkan mata supaya khusyuk.

Berkhalwat disertai dgn berlapar, berjaga, berdiam diri tanpa berkata-kata, maka lidahnya menuturkan kalimah ALLAh ALLAh atau LAA ILAA HA ILLALLAH atau menuturkan zikir yg ditalkinkan syeikhnya. Diulang-ulang zikir dgn lidah, ia sampaikan pada hati. Kemudian lidah diam, berzikirlah di hati sehingga semata-mata kerana ingat Allah. Ketika itu terjadilah syuhud kpd Zat Allah.

Inilah kemuncak martabat Arifin dan Muqarrabin. Apabila di dlm khalwatnya nampak sesuatu dtg jgnlah dihiraukan&hdaklah semata-mata ingat kpd Allah swt. Org yg berkhalwat sayugialah tidak mengamal ibadat yg lain drpd zikrullah kecuali solat lima waktu, solat sunat Ratibah dan solat dua rakaat wuduk. Hendaklah bertalqin kpd Imam Ghazali, menghadir zikir tuhannya dgn menghayal jisim Nabi dlm hati, menggambar dlm hati rupa Imam Ghazali dan rupa syeikhnya siang dan malam. Syarat khaifiat berkhalwat dan adabnya di dalam kitab Nafahatul Ilahiyah Fi Suluk At-Thariqah Al-Muhammadiyah oleh Syeikh Hunna Muhammad As-Samman. Nota: Ilmu Thariqat itu memadai diketahui dan diamalkan mengikut apa yg terkandung di dlm kitab Minhajul Abidin karangan Imam Ghazali. *Wahai orang yg mahukan kemenangan di akhirat, Sifat keji dan perangai yg buruk di dlm hati itu ialah penyakit-penyakit dlm hati yg hendaklah diubati bersungguh-sungguh spt mengubati penyakit zahir di tubuh badan. Penyakit zahir tidak akan sembuh melainkan dgn mendapat ubat dari doktor atau tabib yg mahir dan biasa mengubati penyakit tsbt, Maka begitulah juga halnya penyakit hati tidak akan sembuh melainkan mengetahui Ilmu Thariqat yg memberi manfaat dan Ilmu Syariat, Dgn permulaan perjalanannya bertaubat dari segala maksiat yg zahir dan batin dan belajar Ilmu Usuluddin setakat yg Fardhu Ain. Keterangan mengenai jalan ke arah mendidik akhlak ada terdapat dari kitab Siyarus Salikin juz3.

6 Darjat nafsu PERINGKAT DARJAT NAFSU MANUSIA Enam martabat nafsu manusia yang perlu kita ketahui: AN-NAFSUL-LAWWAMAH Nafsu yg mengkeji segala perbuatan jahat atau maksiat tetapi belum bebas dari maksiat di sebalik kegemarannya melakukan perbuatan mentaati Allah, tetapi belum tetap melakukannya. Sebenarnya sdg di peringkat memerangi hawa nafsu Ammarah. Setiap kali melakukan dan mahu melakukan maksiat atau kejahatan, ia mencela dirinya dan tidak gemar perbuatan itu. Nafsul Lawwamah mempunyai enam perkara: 1.Mempunyai perjalanan iaitu Lillahi Taala yakni semata-mata kerana Allah. 2.Alamnya Alamul Mitsal (Alam Barzakh). 3.Tempatnya di hati. 4.Halnya cintakan berbuat ibadat yg diperintahkan Allah. 5.Wiridnya iaitu Ilmu Thariqat. 6.Sifatnya iaitu mengeji segala kejahatan dan menyesali diri sendiri apabila cuai berbuat kebaikan, banyak memikir-mikir, ujub, riya, byk menentang org lain, suka menjadi ketua, menyesal masih lagi ada sesetengah nafsul ammarah.
Ia melihat benar itu benar dan batil itu batil, mengetahui segala sifat jahat itu dicela syara tetapi belum bebas darinya. Ia gemar beribadat tetapi dalam hatinya suka orang memuji amalannya. Jika hilang ujub, riyanya sampailah ia martabat Nafsul Mulhamah atau Nafsul Mutmainnah.

Orang yang mengikut martabat ini sayugialah memperbanyakkan zikrullah ALLAH ALLAH ALLAH sama ada berdiri atau duduk atau baring. AN-NAFSUL-AMMARAH Nafsu yg menyuruh ke arah melakukan maksiat/jahat. Inilah serendah-rendah nafsu. Untuk mensucikan diri dari Nafsul Ammarah hendaklah dgn memperbanyakkan Zikrullah, Wirid, mempelajari Ilmu Tasawuf, Ilmu Thariqat, Ilmu Suluk dan ilmu yg bermanfaat untuk akhiratnya. Nafsul Ammarah mempunyai enam perkara: 1.Mempunyai perjalanan iaitu kepada Allah Taala. 2.Mempunyai Alam (Alamul Ajsam) iaitu Alam Fizikal. 3.Mempunyai hal cenderung kepada kejahatan. 4.Mempunyai wirid iaitu Syariat. 5.Antara sifatnya iaitu jahil, bakhil, tamak, takabbur, bercakap sia-sia, pemarah, suka makan, hasad dengki, lalai, perangai jahat dan suka menyakiti orang dan lain-lain lagi. Untuk bebas dari Nafsul Ammarah sayugialah memperbanyakkan zikrullah LAA ILAA HA ILLALLAH sama ada berdiri atau duduk atau baring. AN-NAFSUL-MULHAMAH Perjalanannya Alallah, matahatinya tidak menyimpang dari syuhud terhadap perbuatan Allah. Hatinya beriman dan yakin sepenuhnya terhadap perbuatan itu berpunca drpd Allah.

Alamnya Alamul Arwah. Tempatnya di dalam ruh. Halnya asyik kepada Allah. Wiridnya marifat akan Allah. Sifatnya As-Sakha iaitu murah hati, qanaah, tidak tamak, ilmuddin, tawadhu, merendah diri, halim yakni tidak pemarah, Tahammulul Adzaa iaitu tahan sakit, memaafkan orang lain, menunjukkan orang cara beramal salih dan berbuat kebajikan, menerima alasan dan keuzuran orang, syuhud perbuatan dirinya perbuatan segala manusia dan makhluk-makhluk yg lain hasil daripada kudrat Allah. Di antara sifatnya As-Sauq, rindu, menangis, susah hati, mengasing diri, sibuk dgn beribadat kpd Allah, sibuk dgn Zikrullah. Sayugialah mperbanyakkan zikir HUWA HUWA HUWA atau LAA HUWA ILLA HUWA. Diperbanyak zikir secara Jahar (lantang dan kuat) supaya berkesan di hati. (HUWA) dibulatkan dlm hati kewujudan Allah yg mutlak seolah-olah matahati melihat Allah tanpa warna, tanpa tempat, tanpa jisim & tanpa serupa dgn sesuatu. (LAA HUWA ILLA HUWA) dibulatkan di dlm ingatan didalam hati tiada yg wujud selain Allah swt. AN-NAFSUL-MUTMAINNAH Perjalannya beserta Allah. Alamnya Alhaqiqatul Muhammadiyah Sifatnya di martabat Taayunul-Awwal iaitu martabat wahdah. Tempatnya di Sirr Halnya hati tetap kepada Allah. Wiridnya ialah sebahagian daripada rahsia-rahsia syariat atau batin ilmu syariat iaitu Makrifat Ilmu Hakikat. Sifatnya Aljud iaitu murah hati, tawakkal, tidak pemarah, beribadat, syukur, redha qadha Allah, sabar di timpa bala, berperangai spt perangai nabi, patuh segala kata nabi dan perbuatannya. Wiridnya HAQQUN HAQQUN atau YAA HAQQUN YAA HAQQUN AN-NAFSUR-RADHIYAH Perjalanannya Fillahi Taala. Alamnya Alamul-Lahud iaitu Alamudz-Dzat Tempatnya dalam Sirrus-sirr (Rahsia dalam rahsia). Jalannya fana. Inilah makam LAA MAUJUDA ILLALLAH Tiada wirid. Sifat orang pada martabat ini membenci segala-gala selain Allah swt, Ikhlas kepada Allah, warak, lalai selain dari Allah, redha tanpa menentang, tenggelam dalam keindahan Allah yang mutlak. Keadaannya tidak menghalangnya menunjukkan orang ramai ke jalan kebajikan, dan mencegah dari melakukan kejahatan. Tiada siapa mendengar kata-katanya melainkan kata-katanya bermanfaat kepadanya. Sedangkan hatinya terus bulat dengan Syuhud akan Alamul Laahut dan Sirrus-sirr. Membanyak zikir HAYYUN supaya masuk ke martabat nafsul mardhiyah dan sayugialah diperbanyakkan sebutannya beserta dengan (isim haiy) iaitu ALWAHHAABUL FATTAA KHUL WAHIDUSSOMADU AN-NAFSUL MARDHIYAH Perjalanannya dengan Allah Taala iaitu mendapatkan ilmu daripada Allah dan pulang semula kepada makhluk setelah sampai kepada Allah untuk memberi Irsyad (petunjuk jalan) kepada makhluk iaitu membimbing kejalan menuju Allah. Alamnya Alamul Ajsad. Tempatnya di dalam Khafi. Halnya Al-Hirah yang makbul. Wiridnya Syariat, Sifatnya perangai yg baik dan meninggalkan segala-gala selain Allah, lemah lembut kpd semua org, menunjuk jalan kpd manusia jalan2 berbuat kebajikan, memaafkan kesalahan orang, menyintai seluruh manusia, cenderung mengeluarkan dari kegelapan tabiat dan nafsu mereka kpd cahaya ruh mereka. Zikirnya ISMULLAHIL QAYYUM atau YAA QAYYUM YAA QAYYUM YA QAYYUM serta memperbanyakkan supaya berkesan pada hatinya.

Sebuah perjalanan yang pasti LIKU-LIKU PERJALANAN ALAM MANUSIA Sebanyak mana dunia yang dicari?, tidak akan habisnya, marilah tingkatkan bekalan amalan kita, menuju destinasi kerana mati memang pasti menghampiri!

99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN


http://puteri.synthasite.com/kesempurnaan-iman.php

Bersyukur apabila mendapat nikmat; 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Sabar apabila mendapat kesulitan; Tawakal apabila mempunyai rencana/ rancangan ; Ikhlas dalam segala amal perbuatan; Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan; Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan; Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan; Jangan gusar dengan kekayaan orang; Jangan hasad dan iri hati atas kejayaan orang; Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;

10. Jangan tamak kepada harta; 11. Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan; 12. Jangan hancur kerana kezaliman; 13. Jangan goyah kerana fitnah; 14. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri. 15. Jangan campuri harta dengan harta yang haram; 16. Jangan sakiti hati ayah dan ibu; 17. Jangan usir orang yang meminta-minta; 18. Jangan sakiti anak yatim; 19. Jauhkan diri dari dosa-dosa besar; 20. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil; 21. Banyakan berkunjung ke rumah Allah (masjid); 22. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu; 23. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;

24. Biasakan solat sunat tengah malam; 25. Perbanyak zikir dan doa kepada Allah; 26. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat; 27. Sayangi dan santuni fakir miskin; 28. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah; 29. Jangan marah berlebih-lebihan; 30. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan; 31. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah; 32. Berlatihlah untuk banyak berfikir; 33. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dipenuhi; 34. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis / syaitan dan Jin; 35. Jangan percaya ramalan manusia; 36. Jangan terlampau takut miskin; 37. Hormatilah setiap orang; 38. Jangan terlampau takut kepada manusia; 39. Jangan sombong, takabur dan besar kepala; 40. Berlakulah adil dalam segala urusan; 41. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah; 42. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala; 43. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran; 44. Perbanyakkan silaturrahim; 45. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam; 46. Bicaralah secukupnya dan sebaiknya; 47. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya; 48. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu; 49. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur; 50. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin; 51. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga; 52. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan; 53. Hormatilah kepada guru dan ulama yang mengajar kebaikan; 54. Selalu bershalawat kepada nabi; 55. Cintai keluarga Nabi saw; 56. Jangan terlalu banyak berhutang; 57. Jangan terlampau mudah membuat janji; 58. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara; 59. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti percakapan yang tidak berfaedah; 60. Bergaullah dengan orang-orang soleh; 61. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar; 62. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu; 63. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita; 64. Jangan berdendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;

65. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya; 66. Jangan benci kepada orang yang membenci kita; 67. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan 68. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan. 69. Jangan melukai hati orang lain; 70. Jangan membiasakan berkata dusta; 71. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatka kerugian; 72. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab; 73. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan; 74. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita 75. Jangan membuka aib orang lain; 76. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita; 77. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana; 78. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan; 79. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya; 80. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara; 81. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain; 82. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara; 83. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa; 84. Hargai kejayaan dan pemberian orang; 85. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan; 86. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan. 87. Sediakan waktu untuk aktiviti yang sesuai dengan norma-norma agama dan kemampuan diri kita; 88. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani atau fikiran kita menjadi terganggu; 89. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana; 90. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita; 91. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina; 92. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya; 93. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban; 94. Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan aurat) dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan; 95. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri; 96. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan; 97. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan; 98. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.

Dengan segala iktibar agar kita dapat menjadikan sebagai panduan hidup seharian Dari sahabat untuk sahabat

Anda mungkin juga menyukai