Anda di halaman 1dari 4

FADHILAT 

AL-FATIHAH
Rasullullah telah bersabda yang bermaksud :

"Fatihatul kitab (surah al fatihah) adalah ubat bagi segala racun"

1. Untuk Penawar Racun & Kala Jengking

Isilah gelas dengan sedikit air yang dicampur dengan sedikit garam. Bacakanlah surah al Fatihah 7
kali pada air di dalam gelas itu. Kemudian berilah orang yang disengat lipan itu minum dan
usapkanlah sedikit di bahagian sengatan tadi. Insyaallah dengan ikhtiar itu racun yang ada di
dalam badan akan menjadi tawar sehingga cepat sembuh kembali.

2. Untuk Menghilangkan Sifat Lupa

Tulislah surah al Fatihah pada bekas air seperti gelas, piring, dan lain-lain) yang bersih lagi suci.
Lalu tuangkanlah air ke dalamnya supaya tulisan itu terhapus. Kemudian berilah minum kepada
orang yang selalu pelupa. Insya Allah usaha ini akan berhasil dengan kesabaran.

3. Untuk Penyembuhan Segala Penyakit

Ambillah sebaldi air lalu dibacakan surah ini kepada air itu sebanyak 40 kali. Kemudian basuhlah
kedua tangan, kedua kaki, muka,kepala dan seluruh anggota badan sampai rata dengan air itu.
Insya Allah dengan ikhtiar ini, penyakit yang dialami akan sembuh. Lakukanlah berkali-kali.

4. Untuk Penyembuhan Penyakit Mata

Bacalah surah ini 41 kali sehabis sembahyang subuh kepada orang yang sakit mata. Kemudian
usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air ludah iaitu selepas membaca al Fatihah. Insya Allah
akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al Fatihah ini.

FADHILAT AL-IKHLAS

Mulakanlah bacaan dengan ayat - "Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmannirrahim".
Tafsirannya : Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha
Pemurah lagi Maha Mengasihani. Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling
kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat:
Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3
kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota
rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu
kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar
menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di
akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga
dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu
menuju ke syurga.

Demikian diterangkan dalam ( Tadzikaratul Qurthuby ). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki
kepada umatnya : Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit?
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya
mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya.
Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)
tidak tahu apa yang dikatakannya itu.

Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan
bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus
kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya
sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda : Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000
sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi
itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur
hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya
membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai
Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu
itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid
walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap
malaikat Israfil a.s.

FADHILAT AL-KURSI

1. Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas memyempurnakan solat fardhu akan dipelihara oleh
Allah sehingga solat berikutnya
2. Allah swt akan menghantar dua malaikat untuk memelihara orang  yang membaca ayat al-Kursi
ketika berada di tempat pembaringan sehingga waktu subuh
3. Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu akan memelihara keluarga, juga rumah-
rumahnya  yang berhampiran dengannya. Boleh juga dimaksudkan terpelihara daripada binatang
yang mudharat, bencana  alam, kebakaran, dan jahat angkara manusia. Maka Rasulullah s.a.w
menyuruh setiap arang agar melakukan sesuatu perbuatan dengan menyebut nama Allah oleh
kerana iblis dan syaitan tidak berupaya mengangkat atau  membuka sesuatu yang di tutup dengan
meyebut nama Allah
4. Allah tidak menegah mereka yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu masuk dalam
syurga
5. Barang siapa yang keluar dari rumahnya dengan membaca ayat al-Kursi, maka Allah utuskan tujuh
puluh ribu malaikat kepadanya, mereka memohon keampunan dan mendoakan baginya
6. Barang siapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan
menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari
7. Barang siapa membacanya, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti
orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid
8. Barang siapa yang membacanya ketika dalam kesempitan atau kesusahan, Allah akan
menolongnya 
9. Selawat Syifa'

Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang


menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan
juga cahaya penglihatan, dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas
keluarga dan sahabatnya.

Selawat Syifa' di atas dapat menghilangkan lebam, bengkak atau berbilai atas
bekas pukulan terutamama sekali selepas dirotan oleh perawat semasa rawatan
menghalau jin yang menggunakan ayat-ayat Ruqiyah. Caranya ialah : ambil
minyak urutan, sapu di atas telapak tanganmu, lalu bacakan ayat Selawat Syifa'
ini dan kemudian sapukan di atas bekas bilai pukulan itu. Insya' Allah dengan izin
Allah maka hilanglah bekas itu.

SalaMun,
Ala Sulaiman, Fil alamin
.
Gangguan Jin1. Cara yang digunakan oleh Rasulullah SAW untuk mengusir gangguan Jin.-
Melaknat Iblis dengan Laknat Allah SWT.- Ditepuk punggungnya dan berdoa yang ertinya "
Keluarlah kau wahai musuh Allahdan Aku Melaknat-mu dengan Laknat Allah"- Membaca Ayat2
Ruqyah :Al-Fatihah, Al-Baqarah 1-4, Al-Baqarah 163-164, Al-Imran 18,Al-Hasyr 1-3,Ash-
Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.2.Cara selepas Zaman Rasullulah SAW.a. Zaman
Imam Ahmad:Membaca Al-Fatihah, Al-Hasyr 1-3, Ash-Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan
An-Naas. Dituliskan, dicelupkan serta diminumkan airnya.b. Membacakan Ruqyah pada orang
yg terkena gangguan jin.c. Hal dalam menangani gangguan Jin.- Langkah-langkah
PencegahanMengikuti Perintah dan Menjauhi larangan Allah SWT serta mengikuti Sunnah
Rasulullah SAW.Contoh :- Solat Berjamaah 5 waktu di masjid & Solat Sunnat- Tilawah Qur'an-
Ta'alim- dsb- Langkah-langkah Bertahan/DefensifBerdo'a:Contoh: Al-Mu'minun 97-98"Ya
Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung (pula)
kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku."Rasulullah SAW membaca do'a
diatas pada saat hendak solat, selesai solat dan hendak tidurMembaca do'a Al-ma'tsurat
Rasulullah pagi dan petang.- Langkah-langkah Melawan Gangguan/OffensifSurat Fathir: 6"
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu), kerana
sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi
penghuni neraka yang menyala-nyala."Tanamkan sikap permusuhan & rasa benci dengan
Syaitan.- Laknat Syaitan tersebut dengan Laknat Allah.

Anda mungkin juga menyukai