Anda di halaman 1dari 4

ZIKRULLAH-dua kalimat ringan diucapkan lidah tetapi berat dalam timbangan

dan disukai oleh Allah (Ar-rohman) ialah ‘Subhanallah wabihamdihi,


Subhanallahil adzhim’ (Maha Suci Allah dan Segala puji bagi-Nya, Maha Suci
Allah yang Maha Agung)
-ada 4 perkara, barang siapa memilikinya Allah akan membangun untuknyarumah
di syurga, dan dia dalam naungan cahaya Allah yang Maha Agung. Apabila
pegangan teguhnya ‘Laailaha illallah’. Jika peroleh kebaikan dia ucapkan
‘Alhamdulillah’. Jika berbuat dosa dia ucapkan ‘Astaghfirullah’ dan jika ditimpa
musibah dia berkata ‘Inna lillahi wainna ilaihi roji’uun’.
-ini merupakan ucapan dari perbendaharaan syurga. “La haula wala Quwwata illa
billah’. (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah).
-tiada amal perbuatan anak Adam yang lebih menyelamatkannya dari azab Allah
daripada zikrullah.

FADHILAT ZIKIR-mendapat keredhaan Allah dan memperoleh ketenangan hati


serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa. -menimbulkan kejernihan,
kemanisan pada hati dan wajah.
-mendapat kasih saying, kecintaan serta keampunan Allah dan dimurahkan
rezekinya.
-mendapat pembelaan daripada Allah apabila seseorang itu berada di dalam
kesusahan dan kedukaan.
-mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian malaikat. -dapat merasakan
kebesaran, keagungan, kehebatan dan kekuasaan kerajaan Allah. -mendapat nur
(cahaya) daripada Allah di dunia, alam barzakh dan titian sirat nanti. -dapat
menjadi pendinding dan perisai daripada neraka. -dapat mendekatkan diri kepada
Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan. -dapat menghalau dan
mematahkan gangguan syaitan dan niat buruk terhadap diri kita. -dapat
menghilangkan kerunsingan dan keresahan hati.
-dapat menjauhkan diri daripada segala kebimbangan dan ketakutan. -dapat
membersihkan hati dari segala kekotoran serta dapat menghapuskan dosa dan
maksiat kecil.

FADHILAT SELAWAT-Allah swt akan membalas dengan 10 selawat untuk setiap


selawat daripada umat nabi ke atas Baginda saw. -Allah akan mengangkat 10 darjat
untuk setiap selawat daripada hamba-Nya. -malaikat juga akan turut membacakan
selawat ke atas orang yang berselawat.
-doa yang disertai dengan selawat akan diperkenankan oleh Allah. –mendapat
tempat yang dekat dengan Rasulullah saw pada hari kiamat. -Allah akan
menggandakan limpah kurnia dan rahmat-Nya pada mereka yang berselawat.
-terselamat dan terpelihara daripada segala yang mendukacitakan dari hal
keduniaan mahupun akhirat. -Allah akan meluas dan melapangkan rezeki dari
sumber yang tidak diketahui.

FADHILAT SURAH AL-IKHLAS-sabda nabi saw-‘barang siapa yang membaca


surah al-ikhlas , maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-
Quran’.’barang siapa yang membaca surah al-ikhlas tiga kali, maka dia telah
membaca Al-Quran seluruhnya’.’barang siapa yang membaca surah al-ikhlas tiga
kali, maka dia telah membaca Al-Quran seluruhnya’.’barang siapa yang membaca
surah al-ikhlas sebelas kali, Allah swt membangunkan rumah untuknya di
syurga’.’barang siapa yang membaca surah al-ikhlas satu kali, maka Allah swt
menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah swt,
malaikat-Nya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya dan Dia menganugerahkan
kepadanya dari pahala seperti pahala syuhada. Sabda Rasulullah saw-‘Demi Allah
yang jiwaku di tangan-Nya, sesungguhnya ‘Qul Huwallahu Ahad’ itu tertulis di
sayap malaikat Jibrail as, ‘Allahus Somad’ itu tertulis di sayap malaikat Mikail as,
‘Lam Yalid Walam Yuulad’ tertulis pada sayap malaikat Izrail as dan ‘Walam
Yakullahu Kufwan Ahad’ tertulis pada sayap malaikat Israfil as.

FADHILAT ISTIGHFAR-sabda nabi saw-‘siapa yang melazimkan amalan


istighfar 70 kali sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).
‘siapa yang melazimkan amalan istighfar akan dikeluarkan Allah swt dari sifat
ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda
kaum wanita. Sifat hazan bereri berdukacita’. ‘Malaikat Jibrail, Mikail, Israfil dan
Izrail telah berkata kepadaku. (nabi saw) kata Jibrail as-‘wahai Rasulullah, barang
siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak 10 kali, maka akan
saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat
menyambar’. Kata Mikail as-‘mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri
mereka itu minum dari telagamu’. Kata Israfil as-‘mereka yang berselawat
kepadamu akan aku sujud kepada Allah swt dan aku tidak akan mengangkat
kepalaku sehingga Allah swt mengampuni orang itu’. Kata Izrail as-‘bagi mereka
yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-
lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.

FADHILAT AYAT KURSI-sabda nabi saw-‘apabila seseorang dari umatku


membaca ayat kursi 12 kali, kemudian dia berwudhuk dan mengerjakan solat
subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama
dengan orang yang membaca seluruh Al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari
kiamat dia akan diberi mahkota dari sinar cahaya yang menyinari semua penghuni
dunia.
-barang siapa yang membaca ayat kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah
swt berkenan memberi pertolongan kepadanya. -barang siapa membaca ayat kursi
sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70 000 malaikat kepadanya
dan mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. -barang siapa
membaca ayat kursi di akhir tiap solat, dia akan masuk syurga, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah akan memelihara rumahnya dan rumah2
sekitarnya.
-barang siapa membaca ayat kursi di akhir tiap solat fardhu, dia akan berada dalam
lindungan Allah hingga solat yang lain, Allah swt akan menganugerahkan dia
setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2
serta Allah melimpahkan rahmat padanya. Selain itu, Allah akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi
Allah sehingga mati syahid. -barang siapa membaca ayat kursi bila berbaring di
tempat tidurnya, Allah akan mewakilkan dua orang malaikat memeliharanya
hingga subuh.

KELEBIHAN SURAH YAASIN-sabda Rasulullah saw-‘siapa yang membaca


surah yaasin di permulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi’.
-segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi Al-Quran ialah surah yaasin. -Allah
swt akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al-Quran
sebanyak 10 kali. -Allah swt membaca surah yaasin dan surah taha seribu tahun
lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi. Para malaikat berkata ‘ummat
dimana Al-Quran diturunkan akan dirahmati hati2 yang memikulnya, yakni yang
menghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga
dirahmati’. –‘sesiapa yang membaca surah yaasin semata-mata kerana Allah swt
segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Jadikan sebagai amalan untuk
dibaca ke atas orang-orang mati’. -surah yaasin dinamakan Mun’mah (pemberi
berita baik) di dalam Torah kerana ia mengandungi manfaat kepada pembacanya,
di dalam kehidupan di dunia dan juga di akhirat. Ia menghindarkan penderitaan di
dunia dan juga di akhirat serta menjauhkan kedasyatan di kehidupan akhirat. –Ia
juga dikenali sebagai Rafi’ah Khafidah iaitu mengangkat darjat orang2 yang ingkar
(tidak beriman). –jika surah yaasin dibaca pada setiap malam dan kemudiannya
meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid. Barang siapa yang membaca
surah yaasin akan diampunkan, sesiapa yang membacanya semasa kelaparan, akan
dihilangkan kelaparannya itu. Barang siapa yang membacanya dikala sesat jalan,
akan menjumpai jalan semula.
-barang siapa membacanya kerana kehilangan binatang akan mendapatkannya
semula, bila seseorang itu membacanya kerana bimbang kekurangan makanannya,
makanan itu akan mencukupi, jika ia dibaca kepada orang yang menghadapi
penderitaan maut, akan dimudahkan baginya dan jika dibaca ke atas perempuan
yang sukar untuk melahirkan anak, akan dimudahkan bagi bayinya. Maqri
Rahmatullah Alaihi berkata, ‘jika surah yaasin dibaca oleh seseorang yang
takutkan pemerintahatau musuh, ia akan dihilangkan dari ketakutan itu’. Jika
membaca surah yaasin dan surah was-saffat pada hari jumaat dan memohon
kepada Allah swt sesuatu, doanya akan diterima. *peringatan kepada amalan
sembahyang Dhuha, ringkas 2 rakaat beserta doa untuk kesihatan dan murah
rezeki. Petua amalan untuk orang berjaya dan murah rezeki, ayat 1000 dinar dan
surah Yusof ayat 37.

Anda mungkin juga menyukai