Anda di halaman 1dari 6

Khasiat Surah Al-Ikhlas

Friday, February 28, 2014


KEHEBATAN FADHILAT SURAH AL IKHLAS
Ketahuilah betapa besarnya fadhilat dan kelebihan membaca Surah Al-Ikhlas ini. Namun
begitu, kita tidak seharusnya hanya memikirkan ganjaran tersebut kerana ia merupakan
kehendak Allah SWT bagi sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Dengan membaca Surah Al-
Ikhlas adalah merupakan kecintaan kita kepada Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Maka
marilah kita mempraktik dan memperbanyakkan membaca surah ini secara terusan.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sekali, dikurniakan kepadanya
pahala seperti pahala orang yang membaca 1/3 Al-Quran.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali nescaya
mendapat pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya
sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang
membaca 10 kali surah Al-Ikhlas siang dan malam; Maka Allah memberinya sebuah istana
dalam syurga.” (HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi.)

Diriwayatkan pula dari Ali bin Abi Talib, katanya, Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang
membaca surah al-Ikhlas 10 kali selepas solat Subuh, maka ia tidak akan tergelincir sekalipun
syaitan memperdayanya dengan sungguh-sungguh.”

Bacalah Surah Al-Ikhlas selepas selesai solat fardhu sebagai amalan harian. InsyaAllah
berkat surah Al-Ikhlas yang kita baca itu, kita akan mendapatkan kebaikan di dunia dan
akhirat. Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas 3 X selepas setiap solat fardu, kita mengubati
diri kita sendiri. Daripada Abu Hurairah; Rasululllah SAW bersabda: “Surah Al Ikhlas adalah
penawar segala penyakit (Rohani / Jasmani).” (HR: Ibnu Majah r.a.)

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali, nescaya Allah
akan sediakan baginya satu mahligai indah dalam syurga.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas pada perkuburan sebanyak 11
kali, kemudian dihadiahkan pahalanya kepada ahli kubur, nescaya diberikan kepada si
pembacanya pahala sebanyak bilangan ahli kubur di situ.”

Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali setiap
selesai solat Subuh maka dirinya akan dijaga dari perbuatan dosa selama sehari tersebut.”
Membaca surah Al-Ikhlas dan ‘Al- Mu’awwidzatain’ sebanyak 3 kali pada waktu Subuh dan
Asar, InsyaAllah maka kita akan selamat dari merbahaya sehingga tiba Subuh dan Asar
berikutnya. Sesiapa membaca di dalam solat sunat dhuha, surah kursi 10 kali pada rakaat
pertama dan surah Al-ikhlas 10 kali pada rakaat kedua, mendapat keredaan Allah SWT dan
Insyallah ada rezekinya pada hari itu.

Bacalah Al-Ikhlas 11 kali dan ditiupkan pada tengkuk orang yang degil untuk lembutkan hati
mereka. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 51 kali setiap
hari, nescaya dibangunkan dari kuburnya terus ke syurga.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali dan dia tidak
menzalimi manusia, tidak mencuri, tidak berzina dan tidak minum minuman yang
memabukkan, nescaya Allah ampunkan kesalahan yang dilakukan olehnya dalam tempoh 50
tahun.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 200 kali setiap hari
serta ia tidak mempunyai hutang dengan manusia, nescaya dituliskan baginya 1500 kebajikan
dan dihapuskan dosanya yang telah dilakukan dalam masa 50 tahun.”

Sesiapa membaca surah ini sebanyak 21 kali sebelum tidur, kemudian mengiring ke sebelah
kanan, nescaya diseru pada hari Kiamat: “Wahai hamba Ku, pergilah engkau ke pihak kanan
dan masuklah ke dalam syurga.” Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang membaca surah Al-
Ikhlas sebanyak 100,000 kali, nescaya dikurniakan baginya pahala seperti orang yang telah
menebus dirinya dari neraka.”

Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali, nescaya
dikurniakan kepadanya kesukaan dan ditempatkan di dalam syurga.”

Membaca Al-Ikhlas 1000 kali, bermakna ia telah pun membeli dirinya kepada Allah Ta’ala.
“Sesiapa yang mampu membaca Al-Ikhlas seribu kali berarti ia telah menebus dirinya dari
neraka.”

Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat Subuh dan Maghrib, berdoalah minta apa
yang dihajati, Allah akan mengabulkan semua yang dimaksudkan. Sabda Rasulullah SAW:
“Orang-orang yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali lebih dikasihi oleh Allah
SWT daripada orang yang membelanjakan 200 ekor kudanya untuk perang sabilillah.”

Bacalah surah ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan
keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka
akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Dari Ubay Ibn Ka’ab – Rasulullah SAW
bersabda : “Sesiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan
kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya
dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya dari pahala seperti pahala
syuhada.”

Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali ketika masuk ke dalam rumahnya,
terpelihara dari kepapaan dan dikasihi oleh jiran-jirannya. Diriwayatkan daripada Saidina
Saad As-Saidi r.a., bahawa beliau mengadu kepada Baginda Rasulullah SAW tentang
kefakiran dan kesempitan hidup yang dialaminya. Maka sabda Baginda SAW: “Apabila
engkau hendak masuk ke rumahmu, bagilah salam kepada orang yang ada di dalam rumah,
sekiranya tiada sesiapa, berilah salam kepadaku dan bacalah surah Al-Ikhlas sekali.” Setelah
itu, diamalkan oleh beliau. Tidak lama kemudian melimpah ruah rezekinya sehingga jiran-
jiran disekitar rumahnya.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Masuklah rumah
dengan kaki kanan dan dengan membaca ‘Bismillah’. Berilah salam kepada anggota rumah
dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

** Nota – Berkenaan memberi salam kepada malaikat. Amalkanlah bersolat kerana salam
pertama (wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan
kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab
salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap
di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang tidak membaca ‘Bismillah’ pada permulaan
makannya (kerana terlupa), bacalah surah Al-Ikhlas ketika selesai dari makan.”

Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat fardhu, kemudian bacalah doa berikut:
(untuk menundukkan Orang Zalim) “Sesungguhnya daku menguasakan roh surah ini, panas
dan sejuk, kepada roh…. (sebutlah nama orang berkenaan) yang zalim itu.”

Supaya ditunaikan segala hajat, melunaskan segala hutang piutang dan bala, mendapat rezeki
yang banyak, mendapatkan zuriat dan sebagainya. Tunaikan solat hajat sebanyak empat
rakaat dan satu salam di tempat yang sunyi dari manusia.
Pada rakaat pertama: Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 10 kali
Pada rakaat kedua: Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 20 kali
Pada rakaat ketiga:Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 30 kali
Pada rakaat keempat: Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 40 kali
Setelah memberi salam, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali, selawat ke atas Nabi 50
kali, Istighfar 50 kali dan baca ‘Laa hawlaa walaa quwwata illa billahhil ‘aliyyil ‘azim’
sebanyak 50 kali. Kemudian dipohon apa-apa hajat, InsyaAllah berhasil.

Untuk mengubati penyakit, tulis surah ini pada bekas kayu sebanyak 7 kali. Kemudian
dipadamkan dengan air dan diberi minum kepada orang yang sakit. InsyaAllah segera
sembuh.

Diriwayatkan bahawa sesiapa membaca surah ini ketika sakit yang membawa kematian,
nescaya dapat kelepasan dari fitnah dan himpitan kubur. Apabila hari Kiamat, ia akan
diangkatkan oleh malaikat dengan sayapnya hingga selamat melalui shirat (titian sirat Al-
Mustaqim) dan masuk ke dalam syurga.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia
meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari
kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi
titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.” Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul
Qurthuby).

Rasulullah SAW, sebelum beradu (tidur), Baginda membaca surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq
dan surah An-Naas pada dua belah tangannya lalu disapukan ke muka dan seluruh tubuhnya.
Dilakukan sebanyak 3 kali oleh Baginda SAW.

Jika dibaca 3 surah ini (surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas) pagi dan petang, nescaya
tidak mengalami apa-apa kesusahan.

Bacalah Surah Al-Ikhlas 3 X sebelum terbit matahari dan 3 X selepas terbenam matahari.
Allah selamatkan dari segala kejahatan.

Sesiapa membaca surah Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas setiap satu 7 kali selepas
solat Jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala sehinggalah ke Jumaat
yang berikutnya.

Kata Syeikh Abu Hassan As-Syazuli: “Apabila engkau hendakkan keikhlasan, maka bantulah
dirimu dengan membaca surah Al-ikhlas.”

Daripada Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika saya (Rasulullah SAW)
israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu
sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang
sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke
barat (masyrik ke maghrib). Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang
mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut
maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami
berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.”

Para sahabat kagum tercengang mendengarnya. Lantas Rasulullah SAW bertanya :”Herankah
kamu, sahabat2ku ? Mereka menjawab : ” Ya benar, kami heran.” Beliau melanjutkan :”Demi
Allah yang diriku ditangan-Nya, “Qul Huwallahu Ahad” tertulis disayap Jibril A.S.
“Allahush Shomad” tertulis disayap Mikail A.S . “Lam Yalid Walam Yulad” tertulis disayap
Izrail A.S . “Walam Yakun Lahu kufuan Ahad” tertulis disayap Israfil A.S. Maka
barangsiapa diantara ummatku membaca “Qul Huwallahu Ahad” niscaya dikurniai Allah ia
pahala orang yang membaca Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.” Kemudian beliau bertanya
lagi:”Herankah kamu, mendengarnya? . Mereka menjawab:”Ya, benar kami heran.” Lantas
beliau bersabda :”Demi Allah yang diriku ditangan-Nya, “Qul Huwallahu Ahad” tertulis di
kening Abu Bakar Shiddiq. “Allahush Shomad” tertulis dikening Umar Al-Faruq. “Lam
Yalid Walam Yulad” tertulis dikening Usman Zin-Nurain. Dan “Walam Yakun Lahu Kufuan
Ahad ” tertulis dikening Ali As-Sakhiy. Maka barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas niscaya
dikurniai Allah ia pahala Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari, sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul
Huwa’llahu Ahad’ 100,000 kali, maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah,
maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Ku saksikan bahawa
sifulan itu telah menjadi pemerdekaan Allah SWT sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari
sisi Allah SWT , Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka’. Inilah yang dinamakan
membaca Qulhua’llah ahad satu khatam iaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu
kesanggupan kita sehari.”

Sebuah kisah yang terjadi di zaman lampau bahawa seorang lelaki meninggal dunia.
Alangkah sedihnya perasaan kedua ibu bapanya. Maka pada malam setelah anak itu
dikebumikan, ayahnya bermimpi melihat anaknya diseksa di dalam neraka Jahannam. Malam
ke 2 si ayah bermimpi melihat anaknya sedang bersukaria di dalam syurga. Lalu si ayah
bertanya dalam mimpi itu kepada anaknya: “Semalam aku melihat engkau di dalam neraka,
mengapa malam ini engkau berada di dalam syurga pula?” Jawab si anak: “Hari ini ada orang
yang lalu dekat kuburku dan ia hadiahkan surah Al-Ikhlas 3x dan pahalanya dihadiahkan
kepadaku. Itulah sebabnya ayah lihat saya berada di dalam syurga sekarang.”

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya : “Hai Aisyah, engkau jangan tidur dulu sebelum
engkau kerjakan empat perkara : 1. Khatamkan Al-Quran, 2. Jadikan semua Nabi
membelamu nanti pada hari kiamat, 3. Jadikan semua orang mukmin rela kepadamu, dan 4.
Kerjakan Haji dan Umrah.” Kemudian Rasulullah pun shalat, sedangkan Aisyah tinggal
ditempat tidur. Selesai Solat, Aisyah pun berkata: “Rasulullah, tebusanmu ibu dan ayahku,
Rasulullah suruh saya mengerjakan empat perkara yang saya tidak sanggup melakukannya
pada waktu ini.” Baginda tersenyum, seraya bersabda : ” Apabila engkau membaca Qul
Huwallahu Ahad (tiga kali), maka seolah-olah engkau telah mengkhatamkan Al-Quran. Jika
engkau membaca shalawat kepadaku dan kepada semua Nabi sebelumku, maka kami nanti
akan mensyafaatkanmu pada hari kiamat. Dan apabila engkau meminta ampunkan orang-
orang mukmin, maka tentu semua mereka nanti akan rela kepadamu. Dan apabila engkau
membaca “Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, Wallahu Akbar, maka
sesungguhnya engkau berarti telah mengerjakan Haji dan Umrah.”

Pada suatu hari Rasulullah Saw sedang duduk dalam mesjid Madinah. Tiba-tiba datang
rombongan mengusung jenazah untuk di shalatkan. Para sahabat mempersilahkan Nabi untuk
menyembahyangkannya . Beliau bertanya: ” Apakah mayat ini meninggalkan hutang?
Mereka menjawab : ” Ya, benar, dia meninggalkan hutang sebanyak 4 dirham.” Lantas beliau
bersabda : ” Saya tidak mau menyembahyangkan mayat yang meninggalkan hutang.
Shalatkan kamulah dia.” Pada saat itu Jibrilpun datang seraya berkata: “Hai Muhammad,
Allah berkirim salam kepadamu. Dia berfirman : “Aku sudah mengutus Jibril menyamar
seperti mayat itu dan sudah melunaskan hutangnya. Tegaklah, shalatkan dia kerana dian
sudah diampuni Allah dan barangsiapa yang ikut mensolatkannya , niscaya diampuni Allah
pula dosanya.” Nabi Muhammad Saw pun bertanya: ” Hai Jibril, dari mana dia memperoleh
kehormatan ini “? Jibril menjawab :”Dia mendapat kehormatan itu, kerana setiap hari
membaca seratus kali Qul Huwallahu Ahad.” Didalamnya terdapat keterangan tentang sifat-
sifat Allah dan pujian terhadap-Nya” Hadis itu menunjukkan barangsiapa membaca “Qul
Huwallahu Ahad” seratus kali dalam sehari, maka Allah akan melunaskan hutangnya
sebelum mati.

Menurut Hadis Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya ” Barangsiapa
membaca Qul Huwallahu Ahad sepuluh kali dibina Allah untuknya satu istana didalam
syurga. Barangsiapa membacanya 20 kali, dibina Allah untuknya dua istana dalam syurga.
Barangsiapa membacanya 30 kali maka dibina Allah untuknya tiga istana dalam syurga.
Umar bin Khattab berkata: “Ya, Rasulullah, kalau begitu akan banyaklah istana kami dalam
syurga” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Allah lebih lapang (luas) dari pada itu.”
Maksudnya, bagi Allah berapa pun jumlah istana itu soal mudah.
Hadis Anas bin Mali menyatakan bahwa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa membaca Qul Huwallahu Ahad sekali, dia diberkati. Barangsiapa membacanya
dua kali dia dan keluarganya diberkati. Barangsiapa membacanya tiga kali, dia, keluarga dan
jiran tetangganya diberkati. Barangsiapa membacanya 12 kali, dibina Allah untuknya 12
istana didalam syurga. Jika dibacanya 100 kali, maka dihapuskan Allah dosanya (dosa kecil)
selama 50 tahun, kecuali pertumpahan darah dan harta benda. Jika dibacanya 200 kali,
dihapuskan dosanya 100 tahun. Jika dibacanya 1000 kali, niscaya sebelum mati telah dilihat
atau diperlihatkan kepadanya tempatnya dalam syurga.”

Menurut Hadis Al-Baihaqi, dari Umamah Al-Bahili, bahawa Jibril telah mendatangi Nabi
SAW bersama dengan 70.000 Malaikat di Tabuk Jibril berkata :”Rasulullah, saksikan jenazah
Muawiyah dari Tabuk bersama Jibril dan sejumlah Malaikat lain. Kemudian Rasulullah SAW
bersabda :” Jibril, apa sebabnya Mu’awiyah beroleh martabat seperti itu? Jibril menjawab:
‘Dia memperoleh kehormatan itu, akibat membaca “Qul Huwallahu Ahad setiap hari, sedang
berdiri, duduk, ruku’ dan berjalan.” 

Anda mungkin juga menyukai