Anda di halaman 1dari 6

ADAB-ADAB MASJID

1. Nampak masjid hendaklah berselawat.


2. Tunaikan hak masjid, berwudhuk dan solat sunat dua
rakaat.
3. Masuk dengan kaki kanan.
4. Membaca doa masuk masjid.

5. Niat iktikaf sebelum duduk.

6. Memperbanyak empat perkara berikut:


 dakwah
 ibadah
 ta’lim wa ta’lum ( belajar dan mengajar)
 khidmat
7. Tidak berniaga di dalam masjid.
8. Tidak bercakap perkara dunia.
9. Tidak meninggikan suara.
10. Tidak membuka aurat.
11. Menggunakan alatan dengan baik.
12. Tidak membazir, air dan elektrik.
13. Jika tidur hendaklah tidur dengan cara nabi s.a.w.
14. Pastikan tidur beralas.
15. Keluar dengan membaca doa keluar masjid dan langkah
dengan kaki kiri.

16. Berazam akan datang lagi pada lain kali.


ADAB-ADAB TA’LIM
1. Berwudhuk.
2. Solat sunat dua rakaat.
3. Pakaian menutup aurat.
4. Memakai wangi-wangian.
5. Duduk rapat apabila mendengar bacaan ta’lim.
6. Pandang wajah orang yang membaca ta’lim.
7. Duduk dengan mujahadah tahiyyat awal atau tahiyyat
akhir atau yang termampu.
8. Pada akhir majlis membaca tasbih kaffarah dan surah
Al-Asr
9. Apabila mendengar bacaan ta’lim maka dengarlah
dengan:
 tawajjuh
- Dengar dengan tekun, sungguh-sungguh seolah-olah
tidak pernah mendengar bacaan itu sebelum ini.
 tawadhuk
- Mendengar dengan rasa rendah diri, seolah-olah kita
tidak layak duduk dalam majlis yang sangat mulia.
 taazim
- Merasa akan kebesaran majlis yang penuh dengan
kebaikan dan keberkatan disisi Allah s.w.t.
 tasdiq
- Membenarkan setiap perkataan yang diujar.
 tabligh
- Berniat untuk menyampaikan segala yang didengar
kepada orang lain.

ADAB- ADAB TANDAS


SEBELUM MASUK
 membaca doa masuk tandas

Dengan nama Allah s.w.t sesungguhnya aku


berlindung dengan Mu daripada syaitan jantan dan
betina.

 Memastikan tiada pada badan akan perkataan dan


barang-barang yang mulia. Cth: ayat quran, tasbih dll.
 Memastikan memakai penutup kepala.
 memakai pakaian yang sesuai seelok-eloknya
memakai pakaian yang berbeza semasa ke tandas dan
solat
 Jika memakai seluar pastikan di sensing kerana
dikhuatiri jika labuh akan terkena air najis.
 Masuk dengan kaki kiri.

SEMASA DI DALAM TANDAS:


 Memastikan ada air mutlak untuk beristinjak
 Tidak berfikir atau berangan.
 Tidak berzikir atau bercakap.
 Tidak menjawab salam, jika ada orang memanggil
beri isyarat dengan berdehem sahaja.
 Tidak berludah.
 Tidak memandang ke arah najis dan kemaluan.
 Tidak terlalu lama, segera tunai hajat dan beredar.
 membaca doa Istinjak;

Ya Allah Ya tuhanku bersihkan hatiku dari nifak


dan perbaikkan alat sulitku dari sebarang kejahatan.
 Membasuh najis dengan tangan kiri.
 Menyiram najis dengan cermat.
 Tidak membaca sebarang tulisan atau perkataan di
dalam tandas apatahlagi membaca surat khabar
dsb.
 Tidak menghadap kiblat atau mengkanankan
kiblat.

SEMASA KELUAR:
 Membaca doa keluar tandas setelah keluar.

Ku harap keampunan Mu, segala puji bagi Allah yang


menghilangkan dariku segala kekotoran dan menyihatkan
aku.
 Keluar dengan kaki kanan.
 Tutup pintu tandas.

LAIN-LAIN
 Tidak buang air di tempat laluan, air mengalir, di
bawah pokok tempat orang berteduh dan arah angin
bertiup.
 Tidak berdiri, bercangkung dan memberati sebelah
kiri.
 Jimatkan air.
 Seelok-eloknya beristinjak dengan tiga biji batu dan
air mutlak.
ADAB MAKAN
 Menuggu makanan.
 nampak makanan maka bacalah doa makan:

Ya Allah berkati kami akan rezeki yang kau beri dan


jauhkan kami dari api neraka.
 Membasuh kedua-dua belah tangan.
 Memakai kopiah atau penutup kepala.
 Menggunakan alas atau lapik semasa makan.
 Makan dengan tangan yang banyak lebih berkah,
bermaksud makan secara berjamaah.
 Makan dengan tangan kanan.
 membaca doa keberkatan ketika hendak menyuap nasi
atau makanan ke mulut;
 Mengambil makanan yang paling dekat dengan kita.
 Tidak makan dengan gelojoh, seeloknya kunyah
dengan 40 atau 44 kali kunyahan.
 Semasa makan boleh mengatakan hanya kebesaran
Allah s.w.t atau memuji Allah s.w.t;

Ya Allah bagi Mu segala pujian dan segala kesyukuran.


 Jika makan dengan senyap seolah-olah gaya Nasrani
jika makan dengan keadaan bising seperti Yahudi.
 Makan sedikit lebih disukai oleh Allah s.w.t dan
RasulNya.
 Duduk dengan sunnah nabi s.a.w.
 Tidak berselang dengan air.
 Jika tidak suka dengan masakan maka tidak perlu
mengeji tetapi jika suka tidak pula terlalu memuji.
 Meyakini bahawa hanya Allah s.w.t yang memberi
rezeki dan kekenyangan.
 membaca doa selepas makan;

Segala puji bagi Allah s.w.t yang memberi kami makan,


minum dan menjadikan kami dari orang Islam.

Anda mungkin juga menyukai