Anda di halaman 1dari 2

Soalan Kemusykilan

Boleh Ustaz Huraikan Rukun Wuduk Satu Persatu Dan Apa Yang Sunat Dilakukan Semasa Berwuduk.. Adakah Perlu
Kita Menyucikan Secara Sepintas Lalu Bahagian Yang Hendak Diambil Wuduk.. Adakah Jika Kita Berpeluh Kita Tak
Boleh Berwuduk Dan Kita Mesti Menyucikan Dahulu Atau Pun Mandi Dahulu... Jika Di Tempat Kita Hendak
Berwuduk Tidak Terdapat Tempat Mandi Bagaimana Kita Hendak Menyucikan Tubuh Kita Daripada Peluh... Minta
Ustaz Huraikan

Jawapan
Rukun wudhu' ada enam perkara iaitu
1. niat,
2. membasuh muka,
3. membasuh dua belah tangan hingga ke siku,
4. menyapu sebahagian daripada kepala,
5. membasuh dua belah kaki hingga buku lali dan
6. tertib.

Anggota-anggota wajib diwudhu'kan ialah yang terkandung dalam rukun-rukun wudhu' selain niat
dan tertib seperti di atas.

Manakala sunat ialah:


1. Membaca bismillahirrahmanirrahim.
2. Membasuh dua belah tapak tangan sebanyak tiga kali sebelum memasukkannya ke dalam bekas
air.
3. Berkumur-kumur.
4. Memasukkan air ke dalam hidung dengan tangan kanan dan mengeluarkannya dengan tangan
kiri.
5. Menyelati janggut yang tebal.
6. Menyapu seluruh kepala.
7. Menyelati celah-celah jari kedua-dua belah tangan dan kaki
8. Menyapu dua telinga luar dan dalam dengan air yang lain selain daripada air buat menyapu
kepala.
9. Melakukan semua perbuatan fardhu wudhu' dan sunatnya sebanyak tiga kali.
10.Mendahulukan yang kanan daripada yang kiri ketika membasuh tangan dan kaki.
11.Menggosok-gosok tangan atas anggota ketika membasuhnya.
12.Melebihkan basuhan muka ke bahagian kepala dan membasuh bahagian atas dua siku dan buku
lali.
13. Bersederhana menggunakan air tanpa berlebih-lebihan dan terlalu berdikit-dikit.
14. Menghadap qiblat ketika berwudhu'.
15. Tidak bercakap-cakap ketika berwudhu'.
16. Berdoa setelah selesai berwudhu'.

Bagi makluman saudara peluh bukan tergolong dalam kategori najis dan bukan perkara yang
mewajibkan mandi. Oleh itu saudara tidak perlu mandi sebelum mengambil wudhu'. Walau
bagaimanapun sekiranya saudara mandi dan menyucikan peluh dari melekat terlebih dahulu
kemudian berwudhu' untuk keselesaan ketiuka solat adalah lebih baik.

Syarat dan Rukun Sembahyang


Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah
satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:-
1. Orang Islam.
2. Menghadap arah Kiblat
3. Suci dari Haidh, Nifas dan Junub.
4. Akil baligh
5. Melihat atau mendengar.
6. Jaga (tidak tidur)
7. Sudah masuk waktu sembahyang.

Syarat Sah Sembahyang


Syarat-syarat sah sembahyang ialah:
1. Sesudah masuk waktu sembahyang.
2. Menghadap ke arah Kiblat.
3. Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).
4. Suci pakaian, tempat dan badan dari najis.
5. Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki).
Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan
pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.

Rukun Sembahyang
Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.
1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam
keadaan berbaring.
2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.
5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri
juga dengan salam.
13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian
dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.

Perkara Yang Membatalkan Sembahyang

Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan
sembahyang ialah:-
1. Batal Wuduk.
2. Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di
dalam mulut).
3. Terbuka Aurat.
4. Melangkah, tiga langkah berturut-turut.
5. Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang.
6. Tertawa Terbahak-bahak.
7. Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.
8. Berubah Niat.
9. Mendahulu Imam sampai dua rukun.
10. Meninggalkan rukun Sembahyang.

Anda mungkin juga menyukai