com/pro/sembahyang
sembahyang@yahoo.com
sembahYANG
Syarat dan Rukun Sembahyang
Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan
jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:-
1. Orang Islam.
2. Menghadap arah Kiblat
3. Suci dari Haidh, Nifas dan Junub.
4. Akil baligh
5. Berakal.
6. Melihat atau mendengar.
7. Jaga (tidak tidur)
8. Sudah masuk waktu sembahyang.
Rukun Sembahyang
Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.
1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang
dalam keadaan berbaring.
2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.
5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah
kiri juga dengan salam.
13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian
dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.
belajar
10. Meninggalkan rukun Sembahyang.
(*THUMAKNINAH - berhenti seketika dalam waktu lebih lama).